PENDAKWARAYA SAMSIAH BT SAMSUL BAHARI
The High Court held the magistrate had erred in substituting the mandatory gravity of an offence under Section 403 with only a good behaviour bond. Given the substantial loss (RM14,094.40), the breach of trust, and the statutory scheme prescribing at least six months custody, the appropriate sentence is immediate...
Source-derived case information.
- Citation
- BL-41(Ors)-2-08/2020 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: Public Prosecutor; Respondent: Samsiah binti Samsul Bahari
- Court
- Ors
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 22 July 2021
- Case Number
- BL-41(Ors)-2-08/2020 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal / Appeal to High Court
- Outcome
- Appeal allowed; magistrate's sentence set aside and replaced with custodial sentence
- Legal Topics
- Section 403 Penal Code (criminal Breach of Trust), Section 294 Criminal Procedure Code (good Behaviour Bond), Judicial Discretion in Sentencing, Public Interest and Deterrence
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Public Prosecutor
Appellant
Samsiah binti Samsul Bahari
Respondent
Procedural Posture
Criminal / Appeal to High Court
Legal Issues
- 1 Whether the magistrate erred in imposing a good behaviour bond under Section 294 instead of a custodial sentence for an offence under Section 403
- 2 Appropriate weight to give to public interest, deterrence and seriousness of breach of trust versus the offender's youth and first offender status
- 3 Whether the sentence imposed was manifestly inadequate in light of statutory minimums
Ratio Decidendi
The High Court held the magistrate had erred in substituting the mandatory gravity of an offence under Section 403 with only a good behaviour bond. Given the substantial loss (RM14,094.40), the breach of trust, and the statutory scheme prescribing at least six months custody, the appropriate sentence is immediate imprisonment of six months. The prosecution appeal is allowed and the magistrate's sentence set aside and replaced with six months' imprisonment, with the RM5000 bail returned to the surety.
Court Disposition
Appeal allowed; magistrate's sentence set aside and replaced with custodial sentence
Orders
- Appeal allowed
- The magistrate's order of a good behaviour bond of RM5000 with one surety for three years is set aside
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH NO.: BL-41(Ors)-2-08/2020 ANTARA PENDAKWARAYA PERAYU LAWAN SAMSIAH BT SAMSUL BAHARI RESPONDEN (Dalam Mahkamah Majistret (4) Klang) Kes Jenayah No. MM4 -83-2375-10/2019 PENDAKWARAYA LWN SAMSIAH BT SAMSUL BAHARI ALASAN PENGHAKIMAN Ini adalah rayuan oleh Pendakwaraya terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret(4) pada 10.8.2020 yang menjatuhkan hukuman perintah berkelakuan baik selama 3 tahun bercagaran sebanyak RM 5000 dengan seorang penjamin untuk kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan. 1 [1] OKT telah dituduh melakukan kesalahan dibawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama iaitu telah didapati dengan curangnya menyalahgunakan wang hasil jualan bertarikh 25.10.2019 dan 26.10.2019 milik Syarikat Speedmart Cawangan Bayu Perdana 1 berjumlah RM 14,094.40 untuk kegunaan sendiri. [2] Pada 10.6.2020, apabila pertuduhan dibacakan dan diterangkan kepada OKT, beliau telah mengaku salah dan faham sebab dan akibat dari pengakuannya. Setelah mendengar hujahan TPR dan rayuan OKT, Majistret telah mensabitkan OKT dan menjatuhkan hukuman dengan memberikan Bon Berkelakuan Baik dibawah Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah dengan jaminan bercagar sebanyak RM 5000 dengan seorang penjamin selama 3 tahun. [3] Justifikasi yang diberi oleh Tuan Majistret didalam alasan penghakimannya untuk hukuman yang beliau jatuhkan adalah kerana beliau telah mengambil kira faktor latar belakang OKT iaitu beliau masih muda dan boleh dibentuk untuk masa depan yang baik selain daripada OKT adalah pesalah pertama. Pada hemat Tuan Majistret, OKT sewajarnya diberi peluang untuk memperbaiki diri dan harus dielakkan dari hukuman penjara. [4] Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman harus mengambil kira kepentingan awam dan ianya mengatasi segala faktor lain. Faktor ini diperjelaskan didalam nas atau otoriti yang sering digunakan apabila melibatkan faktor hukuman iaitu R v Ball (Kenneth John) [1951] 35 Cr App R 164, Justice Hilbery: 2 “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the Public Interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.” (penekanan oleh Mahkamah) [5] Mahkamah Rayuan didalam PP lwn Abdul Halim Ishak & Satu Lagi memutuskan seperti berikut (Mohd Zawawi Salleh HMR (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) “(1) Sesuatu hukuman yang dijatuhkan hendaklah setimpal dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan dan tahap kebertanggungjawaban pesalah atau pesalah-pesalah. Berikutan itu, Mahkamah hendaklah memberi pertimbangan yang saksama kepada faktor-faktor pemberatan dan faktor-faktor peringanan. 3 [6] Tugas Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan adalah ianya tidak akan mengganggu dapatan Mahkamah Rendah baik dari segi fakta ataupun hukuman dan dalam konteks rayuan dihadapan Mahkamah ini jika Mahkamah berpuashati bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan iaitu hukuman yang dijatuhkan tidak terlalu tinggi atau tidak terlalu rendah berdasarkan fakta dan rekod-rekod yang dikemukakan di Mahkamah; maka hukuman tersebut tidak akan diusik. [6] OKT dituduh melakukan kesalahan dibawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun dan dengan sebatan rotan dan boleh juga dikenakan denda. Kesalahan dibawah Seksyen 403 adalah dengan curang menyalahgunakan harta milik orang lain untuk kegunaannya sendiri. Dalam konteks kes dihadapan Mahkamah ini, OKT telah menyalahgunakan wang hasil jualan milik majikannya (Speedmart Cawangan Bayu Perdana 1) untuk kegunaannya sendiri. [7] Tuduhan yang dihadapi OKT adalah berat dan serius kerana beliau telah diamanahkan untuk menjaga keselamatan wang hasil jualan milik syarikat dimana beliau bekerja namun telah menyalahgunakan wang tersebut untuk kegunaannya sendiri. [8] Undang-undang berkaitan hukuman adalah mantap apabila melibatkan proses menjatuhkan hukuman iaitu selain dari faktor latar belakang OKT, jenis kesalahan yang dilakukan, pengakuan salah OKT dan kepentingan awam, Mahkamah juga harus mengambil kira perspektif pandangan awam tentang kesalahan 4 menyalahgunakan wang majikan untuk kepentingan sendiri adakah ianya suatu yang boleh dimaafkan dan OKT wajar diberi peluang kedua. [9] Faktor usia OKT yang muda dan beliau telah mengaku salah dan ini telah menjimatkan masa Mahkamah hanya antara faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan namun hukuman yang diperuntukkan untuk kesalahan tersebut juga merupakan faktor penting yang sewajarnya diambil perhatian oleh Hakim/Majistret yang menjatuhkan hukuman. Seksyen 403 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara mandatori tidak kurang dari 6 bulan dan hukuman sebat dan denda adalah opsyen. Ini jelas menunjukkan bahawa apabila hukuman untuk seksyen 403 digubal, ianya memperuntukan hukuman penjara mandatori dan sebatan; ini dengan sendirinya menunjukkan sesiapa yang dituduh dibawah kesalahan ini harus bersedia menghadapi hukuman yang berat. [10] OKT berusia 27 tahun dan beliau telah diamanahkan untuk menjaga keselamatan wang hasil jualan milik majikannya dan beliau telah memecahkan kepercayaan dan amanah yang diberikan hanya atas alasan terdesak untuk menggunakan wang tersebut. Ini adalah satu perbuatan tidak jujur dan harus dihindar walau atas apa alasan sekalipun. OKT sepatutnya memikirkan kesan dan akibat perbuatannya atas dirinya dan keluarga serta pandangan masyarakat keatas beliau. Mahkamah bersetuju bahawa dalam keadaan tertentu penjara bukanlah opsyen terbaik untuk mendidik pesalah tetapi jika dilihat dari perspektif kepentingan awam dan sebagai peringatan kepada pesalah; maka penjara merupakan satu institusi yang terbaik untuk memberi pengajaran kepada pesalah 5 bahawa perbuatan mereka adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan dari awal lagi. Apabila seseorang itu selesai menjalani hukuman penjara, maka apabila ianya kembali ke pangkuan masyarakat; ianya akan mengingatkan beliau bahawa pelakuan jenayah beliau telah memberi satu pengajaran yang tidak ingin beliau ingati sepanjang hayat. Jika seseorang pesalah itu dikenakan bon jamin berkelakuan baik, ianya tidak meninggalkan apa-apa impak besar dalam hidupnya kerana beliau akan kembali ke pangkuan masyarakat seperti orang yang tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah. [11] Dalam konteks memberi bon jamin berkelakuan baik dibawah Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah, ianya boleh diberikan dan wajar diberikan hanya dalam keadaan-keadaan tertentu yang pada hemat Mahkamah penjara bukan institusi yang sesuai untuk beliau, kesalahan yang dilakukan adalah pada pandangan dan pengamatan Hakim/Majistret adalah tidak serius dan tidak melibatkan kerugian besar, kecederaan serius pada mangsa dan jika melibatkan kecurian barangan, barang yang dicuri telah ditemui kembali. Senarai ini tidak ‘exhaustive’ dan terpulang kepada budi bicara Hakim/Majistret yang berkenaan. Budibicara Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman untuk mengunakan Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah hendaklah dilaksanakan dengan adil dan betul kerana selain mengambil kira kepentingan OKT, kepentingan dan keadilan pada mangsa juga hendaklah dipertimbangkan. [12] Didalam kes dihadapan Mahkamah ini, Perayu adalah pekerja di sebuah pasaraya yang telah diamanahkan wang hasil jualan sejumlah RM 14,094.40. Beliau sepatutnya amanah dalam menjaga 6 keselamatan wang tersebut kerana ini tanggungjawab beliau sebagai pekerja yang digaji oleh majikannya; namun kepercayaan itu telah disalahgunakan apabila wang yang sepatutnya diserahkan kepada majikan telah digunakan untuk kepentingan sendiri. Pada pandangan Mahkamah ini, perbuatan Perayu adalah sesuatu perbuatan yang tidak jujur kerana ianya telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM14,094.40 kepada majikannya dan perbuatan sebegini tidak sepatutnya dilepaskan dengan hanya bon jamin berkelakuan baik dengan jaminan sebanyak RM 5000. Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman seharusnya memberikan satu mesej yang jelas kepada mereka yang diamanahkan untuk menjaga harta milik majikan agar tidak sekali-kali cuba untuk melakukan kesalahan ini kerana jika disabitkan hukuman adalah berat. [13] Mahkamah dengan ini mendapati Majistret telah khilaf dalam menjatuhkan hukuman Bon Jamin berkelakuan baik dengan jumlah jaminan sebanyak RM 5000 dengan seorang penjamin tanpa mengaplikasikan mindanya pada keseriusan kesalahan yang dilakukan OKT. Oleh itu, Mahkamah mengenepikan hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret dengan menggantikan dengan hukuman penjara 6 bulan penjara bermula hari ini. Oleh itu, rayuan pendakwaraya dibenarkan. Wang jaminan sebanyak RM 5000 dipulangkan kepada penjamin. 7 Bertarikh pada 22 Julai 2021 t.t (NORLIZA BINTI OTHMAN) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG 8