1. ) QAIS MOHAMMED RASHEED ALMOMAMI 2. ) MOUIYAD MAHMOUD AHMAD BANI 3. ) KAMAN RAJAB ALI ABU ALKHAER ONG TECK LOONG
The application (Saman Pemula Terpinda, Lampiran 4) was dismissed because applicants failed to comply with mandatory procedural rules (late filing of notice of appeal and failure to file record of appeal), failed to provide satisfactory explanation for excessive delay in seeking to set aside a consent judgment, did...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-24NCvC-2022-10/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant: Qais Mohammed Rasheed Almomani; Applicant: Mouiyad Mahmoud Ahmad Bani Yousef; Applicant: Kaman Rajab Ali Abu Alkhaer; Respondent: Ong Teck Loong
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 21 March 2022
- Case Number
- WA-24NCvC-2022-10/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Originating Summons (application to Appeal / Set Aside Consent Judgment) / Judgment on Application (high Court Decision)
- Outcome
- Saman Pemula Terpinda (Lampiran 4) dismissed
- Legal Topics
- Extension of Time to File Appeal, Setting Aside Consent Judgment, Compliance With Court Rules, Costs, Leave to Appeal, Failure to File Record of Appeal
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Qais Mohammed Rasheed Almomani
Applicant
Mouiyad Mahmoud Ahmad Bani Yousef
Applicant
Kaman Rajab Ali Abu Alkhaer
Applicant
Ong Teck Loong
Respondent
Procedural Posture
Originating Summons (application to Appeal / Set Aside Consent Judgment) / Judgment on Application (high Court Decision)
Legal Issues
- 1 Whether extension of time to file a notice of appeal should be granted
- 2 Whether the originating process (Saman Pemula Terpinda) and supporting affidavits are defective and non-compliant with rules
- 3 Whether the consent judgment can be set aside and if exceptional circumstances (fraud, mistake, total failure of consideration) exist
Ratio Decidendi
The application (Saman Pemula Terpinda, Lampiran 4) was dismissed because applicants failed to comply with mandatory procedural rules (late filing of notice of appeal and failure to file record of appeal), failed to provide satisfactory explanation for excessive delay in seeking to set aside a consent judgment, did not plead or prove exceptional circumstances (fraud, mistake or total failure of consideration) required to set aside a consent judgment, and their conduct caused prejudice to the respondent (notably unpaid rent).
Court Disposition
Saman Pemula Terpinda (Lampiran 4) dismissed
Orders
- Saman Pemula Terpinda in Lampiran 4 is dismissed
- Costs awarded to respondent in the sum of RM2000.00 subject to fi alokatur
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
WA-24NCvC-2022-10/2021 Kand. 16 15/06/2022 15:47:46 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SAMAN PEMULA NO: WA-24NCVC-2022-10/2021 ANTARA 1. QAIS MOHAMMED RASHEED ALMOMANI (PASSPORT JORDAN : N900843) 2. MOUIYAD MAHMOUD AHMAD BANI YOUSEF (NO. PASSPORT JORDAN : N778583) 3. KAMAN RAJAB ALI ABU ALKHAER (NO. PASSPORT JORDAN : T375292) ... PEMOHON-PEMOHON DAN ONG TECK LOONG … RESPONDEN 1 S/N dE6OpBjP80unnegmOfLjuA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN ( LAMPIRAN 4 ) Rayuan Lampiran 4 [1] Perayu-Perayu tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21.3.2022 yang menolak permohonan Perayu-Perayu untuk lanjutan masa untuk memfailkan Notis Rayuan. Saman Pemula Terpinda [Lampiran 4] [2] Saman Pemula Terpinda ini adalah untuk memberi Pemohon- pemohon kebenaran untuk merayu dan memohon perintah seperti berikut:- a) Perayu diberi kebenaran untuk merayu terhadap perintah bertarikh 24 Ogos 2021 yang menolak Notis Permohonan [Lampiran 11] bertarikh 21 Mei 2021 ke atas keputusan yang diberikan oleh Yang Arif Hakim Sesyen Puan Yasmin Abdul Razak yang bijaksana; b) Dan Perayu menfailkan Notis Rayuan dalam 14 hari dari kebenaran ini; c) Perintah-perintah lain yang perlu dan adil; dan d) Kos dalam kausa. [3] Alasan-alasan adalah seperti di dalam afidavit Sundaresan Krishnan yang merupakan Peguam bagi Pemohon-pemohon bertarikh 18.10.2021 antara lain adalah:- 2 S/N dE6OpBjP80unnegmOfLjuA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (1) Tarikh Perintah iaitu 24.8.2021 tidak diberitahu kepada peguam Perayu atau defendan-defendan; (2) Tarikh Perintah diketahui oleh peguam Defendan-defendan adalah pada 27.8.2021; (3) Notis Rayuan yang fail adalah pada 08.09.2021; (4) Notis Rayuan tersebut telah disampaikan pada peguan Responden pada 09.09.2021; dan (5) Defendan-defendan mempunyai merit dalam kes Rayuan kerana Perintah Persetujuan adalah tidak disetujui oleh Defendan- Defendan dan tiada apa-apa prejudis kepada Responden. Kes Responden [4] Responden menentang Lampiran 4 berdasarkan perkara-perkara berikut:- i) Lampiran 4 dan afidavit-afidavit Perayu-Perayu adalah defektif di mana permohonan tidak difailkan berdasarkan kaedah dan/atau Akta yang wujud; ii) Notis Rayuan yang telah difailkan pada 9.9.2021 adalah di luar masa 3 hari Perayu-Perayu gagal mematuhi Aturan 55 Kaedah 5(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012; iii) Lampiran 4 akan gagal di dalam semua keadaan kerana Rekod Rayuan tidak difailkan sehingga hari ini. Sekarang telah lebih 107 hari dan tiada Rekod Rayuan difailkan dan diserahkan kepada Responden. Perayu-Perayu gagal mematuhi Aturan 55 Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012; 3 S/N dE6OpBjP80unnegmOfLjuA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal iv) Perayu-Perayu tidak memberikan sebab kukuh mengapa Notis Rayuan tidak difailkan di dalam masa yang ditetapkan; v) Perayu-Perayu tidak memberikan apa-apa sebab mengapa Rekod Rayuan tidak difailkan sehingga hari ini; dan vi) Perayu-Perayu tidak mempunyai merit di dalam rayuan ini. [5] Dalam Rayuan ini memandangkan permohonan adalah melalui Saman Pemula, dan kod yang digunakan bukan kod rayuan, maka Mahkamah akan menamakan pihak-pihak sebagai Pemohon dan Responden seperti dalam Saman Pemula. [6] Dalam Lampiran 1 Saman Pemula jika dilihat, tiada intitulement yang ditulis oleh Pemohon-Pemohon dan Pemohon-Pemohon telah memfailkan Lampiran 4 untuk meminda kesilapan. Mahkamah berpendapat bahawa intitulement dalam sesuatu guaman adalah sangat asas dan tidak sepatutnya berlaku kesilapan dipihak Pemohon-Pemohon. [7] Mahkamah merujuk kepada kes Cheow Chew Khoon ( T/A Cathy Hotel) v Abdul Johari Bin Abdul Rahman [1995] MLRA 679 dimana YA Gopal Sri Ram HMR (pada masa itu) menjelaskan bahawa apabila saman tidak menyatakan apa-apa butir kaedah Mahkamah didalam huraiannya, ia bukan sahaja salah tetapi memalukan. YA Hakim menyatakan seperti berikut:- “ [47] In my judgement, this matter, which is a point of practice and procedure, is to be resolved by reference to the fundamental principle that a party must not take his opponent or the Court by surprise. It is my 4 S/N dE6OpBjP80unnegmOfLjuA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal opinion that an originating process requiring an intitulement must state, with sufficient particularity, either in its heading or in its body, the statute or Rule of Court under which the Court is being moved:otherwise it would be an embarrassing pleading and be liable to struck out, unless sooner amended.” [8] Mahkamah berpendapat walaupun Lampiran 4 di failkan tetapi defek- defek tersebut masih belum diperbetulkan. Afidavit-afidavit Pemohon- Pemohon adalah defektif dimana huraian didalam afidavit adalah salah dan langsung berbeza dengan huraian didalam Lampiran 4. Contoh Afidavit Sokongan oleh Kaman Rajab Ali Abu Alkhaer bertarikh 28.12.2021 adalah terlalu umum dan menyebut tentang kos sekuriti yang tidak berkaitan dengan Lampiran 4. [9] Dalam kes ini Peguamcara Pemohon-Pemohon yang mengikrarkan Afidavit Sokongan [ Lampiran 2] bertarikh 18.10.2021 bagi pihak Pemohon- Pemohon. Peguamcara tidak mempunyai pengetahuan peribadi berkenaan dakwaan yang diikrarkan dan boleh dipertikaikan. [ Kaplands Sdn Bhd v Lee Chin Cheng Dengkil Oil Palm Plantation Sdn Bhd [2000] 1 MLHR 1 dimana YA Mohd Hishamuddin Mohd Yunus (pada masa itu) memutuskan seperti berikut:- “ (1) The affidavit should have been deposed by an appropriate officer of the plaintiff familiar with the facts, not by the plaintiff”s solicitor. In matters where disputed questions of fact are involved, it is for the parties and not their solicitors to affirm affidavits relating thereto.” 5 S/N dE6OpBjP80unnegmOfLjuA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [10] Pemohon-Pemohon juga telah gagal mematuhi arahan Mahkamah untuk memfailkan afidavit Ke-2 Pemohon-Pemohon pada atau sebelum 20.12.2021 dan hanya memfailkan pada 28.12.2021 iaitu 8 hari diluar masa dan tanpa memohon perlanjutan masa dari Mahkamah. Pelanjutan Masa [11] Dalam kes Abdul Rahim Ponniah Bin Abdullah v Kulim Intensice Driving Centre Sdn Bhd [2000] 5 MLHR 536 yang juga merujuk kepada kes Scott & English (M) Sdn BHd v Leikie Refrigeration & Stainless Steel Industries Sdbn Bhd & Ors [1994] 2 MLHR 497 dimana faktor-faktor yang perlu diambilkira untuk perlanjutan masa adalah seperti berikut:- i) jangkamasa kelewatan; ii) sebab-sebab kelewatan; ii) merit didalam pembelaan; dan iii) tahap prejudis kepada Plaintif. [12] Notis Rayuan telah difailkan 3 hari lewat iaitu pada 9.9.2021 dan Pemohon-pemohon gagal mematuhi Aturan 55 k.5(2) Kaedah Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) yang diperuntukan seperti berikut:- “ (2) The appeal under this rule shall be brought by filing a notice of appeal in Form 111A in the Registry of the relevant Subordinate Court, with a copy extended to the Registry of the High Court within fourteen days from the date on which the decision was pronounced and serving a copy of the notice on every other party to the proceedings.” 6 S/N dE6OpBjP80unnegmOfLjuA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [13] Rekod Rayuan Pemohon tidak difailkan sehingga sekarang yang telah melebih 107 hari. Hari terakhir Pemohon-Pemohon perlu memfailkan Notis Rayuan adalah pada 6.9.2021. Dan Pemohon-Pemohon perlu memfailkan Rekod Rayuan didalam masa 1 bulan dari 6.9.2021 iaitu pada atau sebelum 5.10.2021. Pemohon-Pemohon telah gagal mematuhi Aturan 55 k. 5(3) KKM 2012. [14] Pemohon-Pemohon didalam afidavitnya tidak memberikan apa-apa sebab tentang kelewatan yang melampau tersebut. Ketepikan Penghakiman Persetujuan [15] Jika dilihat kepada Lampiran 4 salah satu perintah yang di pohon oleh Pemohon-Pemohon dalam Lampiran 4 adalah seperti berikut: a) Perayu diberi kebenaran untuk merayu terhadap perintah bertarikh 24 Ogos 2021 [ yang menolak Notis Permohonan ( Lampiran 11) ] bertarikh 21 Mei 2021 ke atas keputusan yang diberikan oleh Yang Arif Puan Hakim Sesyen Puan Yasmin Abdul Razak yang bijaksana; [16] Keputusan yang diberikan oleh Puan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut diatas adalah Penghakiman Persetujuan yang telah dimasukkan oleh Pihak-pihak pada 24 Ogos 2021. Permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Persetujuan tersebut telah ditolak oleh Puan Hakim Mahkamah Sesyen. 7 S/N dE6OpBjP80unnegmOfLjuA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [17] Bagi mengenepikan Penghakiman Persetujuan Pemohon-pemohon hendaklah mematuhi Aturan 42 k.13 KKM 2012 yang berbunyi seperti berikut:- “ Save as otherwise provided in these Rules, where provisions are made in these Rules for the setting aside or varying of any order or judgment, a party intending to set aside or to vary such order or judgment shall make an application to the Court and serve it on the party who has obtained the order or judgment within thirty days after the receipt of the order or judgment by him.” [18] Pemohon sepatutnya memfailkan tindakan mengenepikan Penghakiman Persetujuan tersebut dalam tempoh 30 hari dari tarikh mereka menerima Penghakiman Persetujuan tersebut. Dalam kes ini Pemohon- pemohon telah menerima Penghakiman Persetujuan tersebut pada 30.9.2020. Notis Permohonan hanya difailkan pada 21.5.2021 iaitu 223 hari selepas penerimaan Penghakiman Persetujuan tersebut. Kelewatan ini adalah melampau. [19] Mahkamah berpendapat bahawa Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah- kaedah Mahkamah 2012 adalah satu peruntukan yang wajib dipatuhi dan kegagalan untuk menerangkan kelewatan tersebut memerlukan permohonan pengenepian ditolak. Ini adalah prinsip di dalam kes RAMASUNDRAMOORTHY PERMALU VS GREGORY YUSRAN & ASSOCIATES (2020) 5 MLRA 428 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Aturan 42 Kaedah 13 tersebut adalah satu peruntukan yang wajib dipatuhi. 8 S/N dE6OpBjP80unnegmOfLjuA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [20] Beban adalah di pihak Pemohon-pemohon untuk mengenepikan Penghakiman Persetujuan tersebut secepat mungkin. Mahkamah merujuk kes Khor Cheng Wah v Sungai Way Leasing Sdn Bhd [1996] 1 MLRA 91] yang diputuskan seperti berikut:- “ It is cardinal principle of law that when a litigant seeks the intervention of the court in a matter that affects his rights, he must do so timeously. The maxim vigilantibus, non dormientibus, jura subveniunt, though having its origins in the Court of Chancery, is of universal application. Even in cases where a right is exercisable ex debito justitiae, a court may refuse relief to an indolent litigant.” Keadaan Istimewa [21] Mahkamah juga ingin menarik perhatian Pemohon-pemohon bahawa untuk Penghakiman Persetujuan diketepikan perlu adanya keadaan istimewa seperti frod, kesalahan (mistake) atau kegagalan pertimbangan yang mana tiada dalam mana-mana afidavit-afidavit Pemohon-pemohon untuk Mahkamah ini memberi pertimbangan. [22] Di dalam kes ini, selain dari mengatakan bahawa mereka tidak pernah bersetuju untuk memasukki dan merekodkan Penghakiman Persetujuan tiada pengataan di dalam afidavit sokongan permohonan ini bahawa terdapatnya frod, kesalahan atau kegagalan pertimbangan sehingga menyebabkan Penghakiman Persetuju direkodkan. 9 S/N dE6OpBjP80unnegmOfLjuA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [23] Di dalam kes ABDUL RAZAK SHEIKH MAHMOOD & ORS VS AMANAH RAYA BERHAD & ORS AND ANOTHER APPEAL [2018] 3 MLRA 529 Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa :- “This was, for us, a straightforward case where the appellants tries to renegotiate on a concluded agreement in the form of a consent judgement which in law cannot be set aside except on the exceptional circumstances such as fraud mistake and total failure of consideration”. Tindakan Baru untuk mengenepikan Penghakiman Persetujuan. [24] Pemohon-pemohon sepatutnya memfailkan tindakan baru untuk mengenepihak Penghakiman Persetujuan tersebut dan bukan secara Saman Pemula. Mahkamah merujuk kepada kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tong Lee Hwa & Anor v Chin Ah Kwi And Tong Chong Fah v Chin Ah Kwi [1971] 1 MLRA 882. Yang memutuskan seperti berikut:- “ The general rule is that after a judgement has passed and entered, even where it has been taken by consent and under a mistake, the Court cannot set it aside otherwise than in a fresh action brought for the purpose unless (a) there has been a clerical mistake or an error arising from an accidental slip or omission , or (b) the judgement as drawn up does not correctly state what the Court actually decided and intended to decide, in either of which cases the application may be by motion in the action (see Ainsworth v Wilding)[1896]1 Ch 673.” 10 S/N dE6OpBjP80unnegmOfLjuA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [25] Mahkamah berpendapat bahawa Permohonan ini tidak dibuat secara bona fide dan Pemohon-pemohon mengambil kesempatan untuk tinggal dipremis tersebut tanpa bayaran sewaan kepada Responden. Jumlah tertunggak setakat 10.11.2021 adalah sebanyak RM324,000.00. Sewaan tidak dibayar sejak 23.3.2021 (rujuk Lampiran 5 perenggan 14 Afidavit Jawapan Responden bertarikh 6.12.2021). Kelewatan sangat memprejudiskan pihak Responden. [26] Berdasarkan perkara-perkara di atas Mahkamah berpendapat bahawa tindakan Pemohon-Pemohon dalam Saman Pemula ini adalah untuk melengahkan proses Mahkamah, tiada merit yang di timbulkan. Oleh itu, Mahkamah menolak Saman Pemula Terpinda di Lampiran 4 dengan kos RM 2000.00 tertakluk kepada fi alokatur. tt ( LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR ) Hakim Mahkamah Tinggi NCVC 1 Kuala Lumpur Bertarikh : 10.6.2022 11 S/N dE6OpBjP80unnegmOfLjuA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguam Bagi Pihak Pemohon/Perayu Tetuan Laksmi Gandhi Nathan & Partner B-8-6, Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, 50100 Kuala Lumpur. (Tel : 03-26940023 h/p : 010-2311258) Peguam Bagi Pihak Responden Tetuan Jublin Tan & Tey 18-2, Tingkat 2, Jalan Kampung Attap 50400 Kuala Lumpur (Tel : 03-26940023 h/p: 010-2311258) 12 S/N dE6OpBjP80unnegmOfLjuA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal