RAMESH A/L SELVAM
Given the statutory mandatory sentencing band under s15(4) APJ (minimum 2 years, maximum 10 years), the defendant's guilty plea warranted consideration but was outweighed by the seriousness of breaching a Police Supervision Order, lack of acceptable excuse, aggressive conduct on arrest and the public interest in...
Source-derived case information.
- Citation
- AA-83-389-03/2026 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Prosecutor: PENDAKWA RAYA; Defendant: RAMESH A/L SELVAM
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 18 March 2026
- Case Number
- AA-83-389-03/2026 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Criminal / Sentencing / Judgment
- Outcome
- Defendant convicted under s15(2)(f) Akta Pencegahan Jenayah 1959 and sentenced to 30 months imprisonment from date of conviction.
- Legal Topics
- Breach of Police Supervision Order, Guilty Plea and Discount, Public Interest Deterrence, Statutory Sentencing Range
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
PENDAKWA RAYA
Prosecutor
RAMESH A/L SELVAM
Defendant
Procedural Posture
Criminal / Sentencing / Judgment
Legal Issues
- 1 Whether the offender breached a Police Supervision Order under s15(2)(f) APJ
- 2 Appropriate quantum of sentence within s15(4) APJ range
- 3 Weight to be given to guilty plea and mitigating factors vs public interest deterrence
Ratio Decidendi
Given the statutory mandatory sentencing band under s15(4) APJ (minimum 2 years, maximum 10 years), the defendant's guilty plea warranted consideration but was outweighed by the seriousness of breaching a Police Supervision Order, lack of acceptable excuse, aggressive conduct on arrest and the public interest in deterrence; a custodial sentence of 30 months was within law and proportionate.
Court Disposition
Defendant convicted under s15(2)(f) Akta Pencegahan Jenayah 1959 and sentenced to 30 months imprisonment from date of conviction.
Orders
- Convicted under section 15(2)(f) Akta Pencegahan Jenayah 1959.
- Sentence: 30 months imprisonment effective from date of conviction.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
AA-83-389-03/2026 Kand. 7 09/05/2026 23:38:57 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA NO. KES: AA-83-389-03/2026 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN RAMESH A/L SELVAM [No. K/P: 961223-04-5461] ALASAN PENGHAKIMAN LATAR BELAKANG [1] Tertuduh dalam kes ini telah dituduh bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 15(2)(f) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (selepas ini dirujuk sebagai “APJ”) yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(4) Akta yang sama. Tertuduh telah membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dibacakan kali pertama di hadapan beliau. Tertuduh telah dijatuhkan hukuman 30 bulan penjara dari tarikh sabitan. PERTUDUHAN [2] Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut: 1 S/N 7w6ntgKkOXjShW565UA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Bahawa kamu sebagai seorang yang diletakkan di bawah Perintah Pengawasan Polis di bawah sek 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959, kamu pada 16/03/2026 jam lebih kurang 0315hrs hingga jam lebih kurang 0415hrs, bertempat di alamat 3A Persiaran Sengat Baru 2, Taman Bersatu, 31300 Ipoh, di dalam Daerah Kinta, dalam Negeri Perak, maka kamu didapati telah melanggar salah satu syarat yang dikenakan dalam Perintah Pengawasan Polis di bawah sek 15 di bawah perenggan (f) yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, iaitu kamu “hendaklah berada di tempat tinggal di antara jam 8 malam dan 6 pagi melainkan jika mendapat kebenaran khas yang sebaliknya daripada Ketua Polis Daerah”. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 15 (f) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) dan boleh dihukum di bawah sek 15(4) Akta yang sama. Hukuman: Pemenjaraan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun dan tidak kurang dari dua tahun.” PRINSIP PENGHUKUMAN [3] Mahkamah mempunyai tanggungjawab yang berat untuk memastikan hukuman yang dijatuhkan adalah sesuai terhadap kesalahan yang dilakukan serta berlandaskan kepada prinsip-prinsip penghukuman yang diterima pakai. [4] Tujuan sesuatu hukuman itu telah dijelaskan dalam kes PP lwn. Cao Van Luyen [2016] CLJU 746; [2016] 1 LNS 746; [2016] 4 MLJ 161, di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: 2 S/N 7w6ntgKkOXjShW565UA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “[1] … Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman hanya perlu menimbang kehendak Parlimen, kepentingan awam, keseriusan kesalahan yang dilakukan, kesan ‘deterrent’, ‘retributive’ dan ‘rehabilitative’ hukuman tersebut, isu-isu pemberatan dan peringanan dan hal ehwal keadaan keseluruhan sesuatu kes yang menjustifikasikan sama ada sesuatu hukuman wajar dilunakkan atau diberatkan.” [5] Seksyen 173(b) Kanun Tatacara Jenayah (selepas ini akan dirujuk sebagai “KTJ”) memperuntukkan seperti berikut: “If the accused pleads guilty to the charge, whether as originally framed or as amended, the plea shall be recorded and he may be convicted on it and the court shall pass sentence according to law.” [6] Manakala, seksyen 183 KTJ memperuntukkan seperti berikut: “If the accused is convicted, the court shall pass sentence according to law.” [7] Maksud “sentence according to law” telah dijelaskan dalam kes PP v. Jafa Daud [1981] CLJU 28; [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315, Mohamed Azmi J (pada ketika itu) telah menyatakan: “A sentence according to law’ means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.” 3 S/N 7w6ntgKkOXjShW565UA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal DAPATAN MAHKAMAH [8] Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 15(4) APJ mewajibkan Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara bagi suatu tempoh yang tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun. [9] Setelah mengambil kira prinsip-prinsip penghukuman, Mahkamah dalam kes ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan berkuatkuasa dari tarikh sabitan. Pengakuan salah [10] Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan mengetahui sebab dan akibat daripada pengakuan tersebut. Secara asasnya, jika tertuduh mengaku bersalah, Mahkamah wajar untuk mengambil kira pengakuan tersebut dan memberikan pengurangan atau diskaun atas hukuman yang bakal dijatuhkan kerana pengakuan salah tertuduh tersebut bukan sahaja menjimatkan masa pihak Mahkamah malah juga masa pihak pendakwaan. [11] Walau bagaimanapun, pengurangan hukuman atau diskaun tersebut bukanlah suatu yang automatik memandangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan tersebut adalah masih di bawah budi bicara Mahkamah yang mendengar pertuduhannya setelah menilai keseriusan kesalahan yang dipertuduhkan serta faktor-faktor lain yang menjadi aras pertimbangannya. [12] Augustine Paul, Hakim Mahkamah Rayuan telah memutuskan dalam Bachik Bin Abdul Rahman v. Pendakwa Raya [2004] 2 MLJ 534, [2004] 2 CLJ 572, seperti berikut: “One of the principles in sentencing is that a convicted person should be given a discount for pleading guilty. A reduction of about one third of the sentence that would otherwise have been imposed is normally given. This, however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant 4 S/N 7w6ntgKkOXjShW565UA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal any discount. The severity of the offence or the existence of a previous conviction may outweigh the mitigating effect of the guilty plea; so, may the demands of public interest for a deterrent sentence as well as the absence of a good defence or of other mitigating factors. The guilty plea does not automatically entitle the convict to a lesser punishment.” [13] Selanjutnya Mahkamah ini merujuk kepada prinsip yang digariskan dalam kes Public Prosecutor v. Kamaruzaman Bin Mahmud &Anor [2007] 1 MLJ 750 di mana mahkamah memutuskan seperti berikut: “[68] Ordinarily a plea of guilty has been treated as a mitigating factor since it saves judicial time in conducting a lengthy trial but it also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses (see Melvani v. Public Prosecutor [1971] 1 MLJ 137, Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134, Loh Hock Seng & Anor v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 13, Public Prosecutor v. Leo Say & 2 Ors [1985] 2 CLJ 155, Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v. Public Prosecutor [1988] 1 MLJ 167, Public Prosecutor v. Ravindran a/l N Rethinam & 5 Ors [1992] 4 CLJ 2043, Tan Lay Chen v. Public Prosecutor [2001] 1 MLJ 135). The court has recognized that a plea of guilty is ordinarily a consideration to be taken into account in mitigation of punishment but it must be made clear that it is not the law that a sentencing judge must exercise a discretion to provide a non-custodial sentence in every case of plea of guilty as each case is dealt with on its own individual merits and should not be assumed mechanically that it will be spared the custodial sentence. A plea advanced on counsel’s advice late in the day because a conviction is almost inevitable, will be given less weight than one advanced from arrest or committal, on the first day he is charged in court to save witnesses from the trauma of a trial or to reduce court delays, (see R Lawrence [1980] 1 NSWLR 122,) Laurentiu [1992] 63 A Crim R 402).” 5 S/N 7w6ntgKkOXjShW565UA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [14] Mahkamah ini dalam melaksanakan budi bicara ketika menjatuhkan hukuman telah mengambil kira pelbagai faktor sebagaimana dinyatakan dalam kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] SMCU 864; [2017] 1 LNS 864 yang memutuskan seperti berikut: - “Jurisprudence relating to sentence (5) It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender’s previous record; (e) the offender’s contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc. (6) All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court...” [15] Oleh yang demikian, walaupun tertuduh mengaku bersalah, Mahkamah juga telah mengambil kira-kira faktor-faktor berikut: (i) Jenis kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh [16] Tertuduh telah dituduh dan mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah seksyen 15(2)(f) APJ iaitu satu kesalahan kerana melanggar Perintah Pengawasan Polis yang dikeluarkan di bawah seksyen 15(1) Akta yang sama. Oleh yang demikian, Mahkamah 6 S/N 7w6ntgKkOXjShW565UA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berpendapat hukuman yang diberikan oleh Mahkamah adalah wajar untuk menjadi pengajaran kepada tertuduh agar tidak melanggar Perintah Pengawasan Polis lagi di masa akan datang sekiranya tertuduh sekali lagi dikenakan Perintah sedemikian. (ii) Kepentingan awam [17] Tertuduh adalah seseorang yang telah dikenakan Perintah Pengawasan Polis setelah Lembaga Pencegahan Jenayah berpuas hati bahawa perlunya pengawalan dan pengawasan dijalankan terhadap tertuduh yang telah didaftarkan oleh Pendaftar Pencegahan Jenayah di bawah seksyen 12(2) APJ dibaca bersama Bahagian Kedua, Jadual Pertama Akta yang sama yang menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh individu-individu yang didaftarkan di bawah seksyen 12(2). [18] Oleh itu, selaras dengan ‘preamble’ APJ di mana satu mekanisma yang efektif diperlukan untuk mengawal mereka yang didaftarkan di bawah Akta ini bagi kemaslahatan masyarakat dan juga demi kepentingan awam, Mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang diberikan kepada tertuduh adalah wajar. [19] Mahkamah juga sedia maklum mengenai prinsip kepentingan awam sebagai suatu faktor pemberatan yang sering kali ditekankan oleh pihak pendakwaan supaya hukuman yang dijatuhkan harus bersifat “deterrent” kerana ia akan memberikan pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat di luar sana. [20] Setelah mengambil kira faktor kepentingan awam ini dan rayuan mitigasi tertuduh, Mahkamah mendapati hukuman yang dijatuhkan atas kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah setimpal. Sekiranya Mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan, Mahkamah percaya ia tidak akan bersifat “deterrent” dan “preventive” kerana ia akan menghantar mesej kepada masyarakat umum bahawa kesalahan ini merupakan suatu kesalahan yang bukan serius. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Sinnathurai Subramaniam v. PP [2011] 5 CLJ 56, di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: 7 S/N 7w6ntgKkOXjShW565UA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “[35] The sentences imposed by the sentencing judges have a signalling effect. If the judge imposes a light custodial sentence, he is sending a message to the whole world at large, so to speak, that the offence is not that serious. And if the judge imposes a binding over under the Criminal Procedure Code, he is saying that the accused should not be charged in the first place at all. So, it can be deduced that when a judge imposes a sentence he is making a statement whether the offence is serious or trivial. It is in these contexts that sentencing judges must be very cautious and must weigh in a balance the gravity of the offence with the proposed sentence. The sentence imposed must always reflect public interest after taking into account the mitigation advanced by the accused.” [21] Maka, Mahkamah percaya hukuman ini dapat memberikan peluang rehabilitasi dan pemulihan kepada tertuduh serta dapat memberikan mesej kepada masyarakat di luar sana mengenai keseriusan jenayah seperti ini. [22] Mahkamah berpendapat hukuman tersebut adalah wajar untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada tertuduh untuk berubah dan mengamalkan kehidupan yang jujur dan amanah serta memberi amaran kepada awam supaya tidak mengganggu ketenteraman awam. Di sini, Mahkamah telah mengimbangi kepentingan awam dan kepentingan tertuduh apabila menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh. (iii) Alasan Tertuduh [23] Semasa mitigasi, didapati peguambela tertuduh tidak mengemukakan sebarang alasan yang munasabah bagi kegagalan tertuduh untuk berada di tempat tinggal yang didaftarkan pada tarikh dan masa kejadian. Hasil siasatan juga dapati tertuduh tidak mendapatkan kebenaran Ketua Polis Daerah sebelum meninggalkan tempat tinggalnya di luar waktu yang ditetapkan. 8 S/N 7w6ntgKkOXjShW565UA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [24] Seterusnya, apabila semakan dibuat pada Repot Polis Pengadu sepertimana dalam eksibit P2, didapati tertuduh telah bertindak agresif dan cuba melarikan diri apabila ditahan oleh pengadu. Ini bermaksud tertuduh menyedari kesalahan yang dilakukannya. Maka, Mahkamah berpendapat hukuman yang dijatuhkan hendaklah memberikan pengajaran yang secukupnya kepada tertuduh. Mahkamah juga berpendapat bahawa hukuman 30 bulan penjara dari tarikh sabitan yang diberikan oleh Mahkamah tidak terlalu berat atau terlalu ringan terhadap tertuduh kerana kesalahan ini memperuntukkan hukuman paling minima 2 tahun dan paling maksima 10 tahun. KESIMPULAN [25] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang diberikan di atas, Mahkamah ini yakin bahawa hukuman yang telah diberikan terhadap tertuduh adalah setimpal dengan mengambil kira fakta kes, rayuan tertuduh dan juga faktor pemberat yang diberikan oleh Timbalan Pendakwa Raya terpelajar. Bertarikh 8 Mei 2026 Disediakan oleh, 9 S/N 7w6ntgKkOXjShW565UA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal