SANDIRAN A/L ARUMUGAM VEKNEASWARAN A/L SUBRAMANIAM
The default judgment was regularly obtained by service in accordance with the agreement and Order 10; the defendant failed to explain an excessive delay (1094 days) in applying to set aside and failed to demonstrate a meritorious defence; therefore the application to set aside is dismissed.
Source-derived case information.
- Citation
- NA-A52NCvC-66-08/2019 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Sandiran a/l Arumugam; Defendant: Vekneaswaran a/l Subramaniam
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 10 February 2023
- Case Number
- NA-A52NCvC-66-08/2019 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Guaman Sivil (civil Suit) / Decision on Application to Set Aside Default Judgment
- Outcome
- Defendant's application to set aside the default judgment dismissed; default judgment confirmed.
- Legal Topics
- Service of Process, Setting Aside Default Judgment, Delay in Filing Application, Allegation of Fraud in Sale and Purchase Agreement
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Sandiran a/l Arumugam
Plaintiff
Vekneaswaran a/l Subramaniam
Defendant
Procedural Posture
Guaman Sivil (civil Suit) / Decision on Application to Set Aside Default Judgment
Legal Issues
- 1 Whether the default judgment was regularly obtained (valid service)
- 2 Whether the defendant explained the delay in filing the application to set aside
- 3 Whether the defendant has a meritorious defence to justify setting aside the default judgment
Ratio Decidendi
The default judgment was regularly obtained by service in accordance with the agreement and Order 10; the defendant failed to explain an excessive delay (1094 days) in applying to set aside and failed to demonstrate a meritorious defence; therefore the application to set aside is dismissed.
Court Disposition
Defendant's application to set aside the default judgment dismissed; default judgment confirmed.
Orders
- Application to set aside default judgment dated 12 September 2019 dismissed.
- Default judgment dated 12 September 2019 remains in force (judgment for RM160,000.00 with interest at 5% per annum from 10 June 2019 and costs as per the original judgment).
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
NA-A52NCvC-66-08/2019 Kand. 26 03/04/2023 10:38:07 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS GUAMAN SIVIL NO. NA-A52NCVC-66-08/2019 ANTARA SANDIRAN A/L ARUMUGAM …PLAINTIF [NO.K/P:570114-08-6215] [TETUAN C.N RAJAN & CO] DAN VEKNEASWARAN A/L SUBRAMANIAM [NO. KP:811105-01-6607] ...DEFENDAN [TETUAN BALA GOPAL & ASSOCIATES (MELAKA)] ALASAN PENGHAKIMAN LATAR BELAKANG [1] Defendan merayu terhadap keputusan Mahkamah bertarikh 10 Februari 2023 yang menolak permohonan Defendan melalui Notis Permohonan bertarikh 14 Oktober 2022 untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar kehadiran terhadap Defendan yang bertarikh 12 September 2019. S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM -2- PENDAHULUAN [2] Susulan pembatalan Perjanjian Jual Beli antara Plaintif dengan Defendan bagi hartanah rumah teres dua tingkat yang beralamat di No.2281, Taman Orkid, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan, Plaintif menuntut daripada Defendan butiran yang berikut: (a) pemulangan wang deposit sebanyak RM 80,000.00; (b) jumlah wang sebanyak RM 80,000.00 sebagai bayaran ganti rugi kepada Plaintif; (c) faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh 10 Jun 2019 sehingga penyelesaian penuh; (d) kos tindakan ini; dan (e) lain-lain relif yang dianggap patut dan adil oleh Mahkamah yang Mulia ini. [3] Bagi tujuan tersebut, Plaintif telah mengambil tindakan memfailkan dokumen yang berikut: (a) Writ Saman bertarikh 13 Ogos 2019; (b) Pernyataan Tuntutan bertarikh 9 Ogos 2019;dan (c) Afidavit Penyampaian bertarikh 10 September 2019. S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM -3- [4] Menurut Afidavit Penyampaian yang diikrarkan oleh Cik Kanageswary a/p Segar, Kerani di Tetuan C.N. Rajan & Co pada 10 September 2019, Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah disampaikan melalui Pos Berdaftar A.R kepada Defendan di alamat di No. 4962, Jalan 11, Taman Regent, 73200 Gemenchih, Negeri Sembilan. [5] Selanjutnya, Cik Kanageswary a/p Segar juga telah mengaku menerima kad kuning bukti penerimaan Pos Berdaftar A.R yang menunjukkan dokumen telah berjaya diserahkan kepada Defendan di alamat terakhir diketahui pada 26 Ogos 2019. [6] Susulan itu, Mahkamah telah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 10 September 2019. Walau bagaimanapun, berikutan kegagalan Defendan untuk memasukkan Memorandum Kehadiran dalam masa 14 hari daripada tarikh penerimaan Writ dan Pernyataan Tuntutan, Mahkamah telah mengeluarkan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 12 September 2019 seperti yang berikut: “Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif wang sebanyak RM 160,000.00 berserta faedah kadar 5% setahun ke atas RM 160,000.00 dari tarikh 10.6.2019 sehingga tarikh penyelesaian penuh dengan kos sebanyak RM 1,296.00”. [7] Hanya pada 14 Oktober 2022, Defendan telah memfailkan Notis Permohonan dengan Afidavit Sokongan yang dikrarkan oleh Defendan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar bertarikh 12 September 2019. S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM -4- [8] Berdasarkan Afidavit Sokongan Defendan yang dikrarkan oleh Defendan pada 14 Oktober 2022 dan Afidavit Balasan Defendan yang dikrarkan oleh Defendan 17 November 2022, Defendan menegaskan perkara yang berikut: (a) Kelewatan memfailkan notis permohonan disebabkan oleh Defendan tidak pernah menerima apa-apa kertas kausa atau penghakiman ingkar bertarikh 12 September 2019; (b) Defendan hanya mengetahui mengenai Penghakiman Ingkar tersebut setelah menerima Notis Kebangkrapan yang diserahkan ke alamat premis perniagaan Defendan;dan (c) Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit. [9] Berdasarkan Afidavit Jawapan Plaintif yang dikrarkan oleh Plaintif bertarikh 3 November 2022, Plaintif menegaskan perkara yang berikut: (a) Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan di alamat di No. 4962, Jalan 11, Taman Regent, 73200 Gemenchih, Negeri Sembilan menurut Klausa 18.2 Perjanjian Jual Beli bertarikh 7 Disember 2017; (b) Defendan telah memberikan sendiri alamat kepada Peguam Plaintif bagi tujuan menyiapkan perjanjian jual beli; S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM -5- (c) Peguam cara Plaintif juga telah menghantar Penghakiman Ingkar bertarikh 12 September 2019 dan surat peringatan terakhir bertarikh 17 Mac 2022 melalui AR Berdaftar ke alamat menurut Klausa 18.2 Perjanjian Jual Beli bertarikh 7 Disember 2017; dan (d) Pembelaan Defendan tidak bermerit. KEPUTUSAN MAHKAMAH [10] Kes ini telah ditetapkan untuk keputusan bagi Notis Permohonan oleh Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu. [11] Berikutan pertukaran Hakim Mahkamah Sesyen dan berdasarkan arahan Pendaftar Mahkamah Rendah, keputusan kes ini dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang baharu. [12] Pihak-pihak telah sedia maklum mengenai pertukaran Hakim Mahkamah Sesyen yang membuat keputusan ini dan tiada bantahan direkodkan. [13] Oleh itu, Notis Permohonan yang difailkan oleh Defendan diputuskan oleh Hakim yang baharu. [14] Bagi mempertimbangkan Notis Permohonan Defendan, Mahkamah telah membaca alasan pemohonan Defendan dan Afidavit Sokongan Defendan yang dikrarkan oleh Defendan pada 14 Oktober 2022 dan Afidavit Balasan Defendan yang dikrarkan oleh Defendan pada 17 November 2022. S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM -6- [15] Mahkamah juga telah meneliti Afidavit Jawapan Plaintif yang diikrarkan oleh Plaintif bertarikh 3 November 2022. [16] Oleh itu, setelah mengambil kira hujahan kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan dan menurut Aturan 13 Kaedah 8 Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012, Mahkamah menolak permohonan Defendan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar atas alasan yang berikut: (a) Penghakiman Ingkar diperoleh secara teratur; (b) Kelewatan permohonan tidak munasabah; dan (c) Pembelaan yang dikemukakan tanpa merit. ANALISIS DAN PENEMUAN MAHKAMAH Peruntukan undang-undang yang terpakai [17] Dalam mempertimbangkan permohonan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar, Mahkamah perlulah terlebih dahulu memastikan sama ada Penghakiman Ingkar telah diperoleh secara teratur atau tidak teratur. Sekiranya Penghakiman Ingkar diperoleh tidak teratur maka Penghakiman Ingkar akan diketepikan tanpa dinafikan hak sebagaimana yang diputuskan oleh YA Evrol Mariette Peters, Pesuruhjaya Kehakiman (pada masa itu) dalam kes GOH HAI LOONG & LING KEA CHEW LWN KER SEE WEI [2021] 1 LNS 1153 seperti yang berikut: S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM -7- “[5] The approach when considering an application to set aside a judgment in default is, that the Court must first ascertain if the judgment in default was a regular or irregular one. If the judgment in default was an irregular one, it should be set aside ex debitio justitae.” [18] Sebaliknya, sekiranya Penghakiman Ingkar diperoleh secara teratur, Mahkamah perlulah menentukan sama ada wujudnya pembelaan yang bermerit. Susulan itu, kelewatan membuat permohonan untuk mengetepikan Permohonan Ingkar akan menjadi faktor yang akan dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam menentukan sama ada membenarkan atau menolak permohonan tersebut sebagaimana yang diputuskan oleh YA Evrol Mariette Peters, Pesuruhjaya Kehakiman (pada masa itu) dalam kes GOH HAI LOONG & LING KEA CHEW LWN KER SEE WEI [2021] 1 LNS 1153 seperti yang berikut: “[6] However, if the judgment in default was regularly obtained, the Court then has to determine whether there was a defence on merits. In doing so, the delay in making the application to set aside is a factor to be considered by the Court in deciding whether to grant or refuse the application.” sama ada Penghakiman Ingkar teratur Hujahan Defendan [19] Defendan mendakwa Penghakiman Ingkar telah diperoleh secara tidak teratur kerana tiada bukti penerimaan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan. S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM -8- [20] Malahan Kad kuning Pos A.R Berdaftar telah ditandatangani oleh seorang yang bernama Letchimi yang tidak dibuktikan oleh Plaintif telah diberi kuasa untuk menerima ekshibit Kad Kuning Pos Berdaftar A.R tersebut. [21] Tambahan pula, Defendan hanya mengetahui mengenai Penghakiman Ingkar tersebut setelah menerima notis kebangkrapan pada bulan Jun 2022 yang diserahkan ke alamat premis perniagaan Defendan; [22] Oleh itu, Defendan mendakwa penyampaian Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan cacat dan tidak boleh dipulihkan menyebabkan Penghakiman Ingkar tidak diperoleh secara teratur. Hujahan Plaintif [23] Sebaliknya Plaintif pula menyatakan bahawa Penghakiman Ingkar telah diperoleh secara teratur atas alasan yang berikut: (a) Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan di alamat yang sama seperti dalam Kad Pengenalan Defendan; (b) Menurut Afidavit Penyampaian Kanageswary a/p Segar, Writ Saman telah diserahkan kepada Defendan menurut klausa 18.2 Perjanjian Jual Beli bertarikh 7 Disember 2017 ke alamat yang sama seperti dalam Kad Pengenalan Defendan pada 26 Ogos 2019 dengan bukti penerimaan Kad A.R Berdaftar; S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM -9- (c) Penghakiman Ingkar telah dimasukkan pada 12 September 2019 iaitu selepas 14 hari penyampaian Writ Saman; dan (d) Alamat penyampaian Writ Saman sama dengan alamat di Afidavit Sokongan dan Afidavit Jawapan yang dikrarkan oleh Defendan; dan (e) Penyampaian Writ dan Pernyataan Tuntutan telah dibuat menurut Aturan 10 Kaedah 1(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012; (f) Defendan telah menandatangani Perjanjian Jual Beli pada 7 Disember 2017 dengan alamat seperti dalam Kad Pengenalan; (g) Salinan Penyata Tebusan bertarikh 8 Oktober 2018 juga dihantar ke alamat tempat tinggal Defendan dan bukan alamat Bengkel sepertimana yang didakwa oleh Defendan. Analisis dan Penemuan Mahkamah [24] Dalam menentukan sama ada Penghakiman Ingkar telah diperoleh dengan teratur, Mahkamah telah mempertimbangkan sama ada Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah disampaikan dengan sempurna kepada Defendan. [25] Plaintif mendakwa segala kertas kausa telah diserahkan melalui A.R. Pos berdaftar pada 23 Ogos 2019 dan disifatkan telah disampaikan kepada Defendan pada 26 Ogos 2019. S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM - 10 - [26] Tanpa disangkal, alamat yang digunakan oleh Plaintif ialah alamat yang tercatat dalam Perjanjian malahan merupakan alamat yang terkini diketahui oleh Plaintif dan penyampaian telah dibuat menurut Perjanjian. [27] Defendan dengan bersandarkan kes GOH TENG WHOO V. AMPLE OBJECTIVES [2021] MLJU 300 mendakwa serahan tidak sempurna kerana Kad kuning Pos A.R Berdaftar telah ditandatangani oleh seorang yang bernama Letchimi dan tidak dibuktikan oleh Plaintif telah diberi kuasa untuk menerima ekshibit Kad Kuning Pos Berdaftar A.R tersebut. [28] Mahkamah merujuk Aturan 10 yang memperuntukkan seperti yang berikut: “Order 10 – Service of originating process: General provisions Rule 1 - General provisions (1) Subject to the provisions of any written law and these Rules, a writ shall be served personally on each defendant or sent to each defendant by prepaid A.R. registered post addressed to his last known address or by means of electronic communication in accordance with any practice direction issued for that purpose and in so far as is practicable, the first attempt at service must be made not later than one month from the date of issue of the writ.”. [29] Dalam menentukan sama ada penyampaian Writ dan Pernyataan sempurna, Mahkamah merujuk keputusan YA Evrol S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM - 11 - Mariette Peters, Pesuruhjaya Kehakiman (pada masa itu) dalam kes MOHD FARIS ISMAIL (BERNIAGA DI ATAS NAMA DAN GAYA GREEJINGGA ENTERPRISE), NURASILAH SAHIDAN DAN AZAHARUDDIN ALAODIN LWN FUJI XEROX ASIA PACIFIC Pte Ltd [2022] 1 LNS 682 yang turut berbangkit isu mengenai pihak lain yang telah aku terima kad AR Berdaftar seperti yang berikut: “… the Cause Papers had been served by way of registered post. As such, the Defendants’ contention that they had not received the Cause Papers as they had moved to new addresses cannot now be relied on as it would have been the Defendants’ obligation to inform the Plaintiff of the change in addresses. As that was not done, the Plaintiff’s service of the Cause Papers in accordance with the Agreements, was proper. There was, therefore, no obligation on the Plaintiff to establish that the recipient of the Cause Papers was one of the Defendants. As such, the Defendants’ averment that the Cause Papers were received by an individual named “Adip Nabiha” was immaterial.”. [30] Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan menurut Klausa 18.2 Perjanjian Jual Beli bertarikh 7 Disember 2017 dan Aturan 10 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, penyampaian Writ dan Pernyataan Tuntutan sempurna. Justeru, Mahkamah memutuskan penghakiman ingkar teratur. S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM - 12 - sama ada kelewatan dijelaskan dengan memuaskan Hujahan Defendan [31] Defendan mendakwa tidak pernah menenerima apa-apa kertas kausa atau penghakiman ingkar yang dikatakan telah diserahkan oleh Plaintif. [32] Tambahan pula, Defendan hanya mengetahui mengenai Penghakiman Ingkar tersebut setelah menerima notis kebangkrapan bulan Jun 2022 yang diserahkan ke alamat premis perniagaan Defendan. [33] Disebabkan hal itu, telah menyebabkan Defendan lewat untuk memfailkan Notis Permohonan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar. Hujahan Plaintif [34] Sebaliknya Plaintif menegaskan bahawa Defendan telah lewat memfailkan Notis Permohonan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar iaitu lewat 1094 hari atau 3 tahun dari tarikh Penghakiman Ingkar disampaikan dan diterima pada 26 Ogos 2019 dan tidak mematuhi kehendak Aturan 42 kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [35] Malahan, Defendan hanya memfailkan permohonan setelah Plaintif mengambil tindakan untuk pelaksanaan melalui Notis Kebangkrapan. S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM - 13 - [36] Oleh itu, Plaintif menghujahkan bahawa Defendan gagal untuk memperjelaskan kelewatan tersebut dengan memuaskan. Analisis dan Penemuan Mahkamah [37] Setelah penghakiman disampaikan kepada Defendan dan diterima pada 26 Ogos 2019, Notis Permohonan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar hanya difailkan pada 14 Oktober 2022, ini bermakna berlaku kelewatan dalam 3 tahun dari saat Penghakiman Ingkar disifatkan diterima oleh Defendan. [38] Malahan walaupun Defendan mendakwa hanya mengetahui mengenai Penghakiman Ingkar tersebut setelah menerima notis kebangkrapan yang diserahkan ke alamat premis perniagaan Defendan pada bulan Jun 2022, Defendan hanya memfailkan Notis Permohonan Permohonan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar pada 14 Oktober 2022. [39] Mahkamah mendapati tempoh masa yang diambil oleh Defendan untuk memfailkan Notis Permohonan untuk mengetepikan Penghakiman jika dikira dari Jun 2022 hingga 14 Oktober 2022 Ingkar masih lewat dan melebihi 30 hari dan tidak mematuhi kehendak Aturan 42 kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [40] Malahan berdasarkan Afidavit dan Hujahan Defendan, tiada penjelasan diberikan mengenai kelewatan tersebut. [41] Keutamaan untuk mematuhi tempoh masa yang dtetapkan telah diputuskan dalam beberapa kes termasuk kes Mahkamah Rayuan dalam kes Mirra Sdn Bhd v. The Ayer Molek Rubber Co Bhd S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM - 14 - [2008] 2 MLJ 348, Khor Cheng Wah v. Sungai Way Leasing Sdn Bhd [1996] 1 MLJ 223, dan Thye Ah Chai (t/a Kent Naga Enterprise) v. Teraju Mercu Construction & Engineering Sdn Bhd [2014] 1 MLJ 422. [42] Dalam kes Mirra Sdn Bhd v. The Ayer Molek Rubber Co Bhd, Mahkamah Rayuan telah memutuskan kelewatan 4 bulan daripada tarikh Penghakiman Ingkar diterima merupakan suatu pertimbangan yang penting dalam menjalankan budi bicara untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar, dan dalam kes tersebut Mahkamah tidak membenarkan permohonan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar tersebut. [43] Tambahan pula, alasan lewat Defendan yang hanya semata- mata berasaskan penafian pengetahuan mengenai Writ, Penghakiman Ingkar merupakan satu alasan yang tidak boleh diterima kerana semata-mata penegasan kosong tanpa bukti. [44] Mahkamah juga merujuk peringatan supaya segera memfailkan permohonan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar yang telah disampaikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan (Ketika itu) YA Edgar Joseph Jr FCJ dalam kes Tuan Haji Ahmed Abdul Rahman v. Arab-Malaysian Finance Bhd [1996] 1 MLJ 30 seperti yang berikut: “Having said that it should be added that the application to set aside such a judgment should be made: (a) with reasonable promptitude, in other words within a reasonable time;”. [45] Berasaskan isu kelewatan Defendan ini, Mahkamah boleh terus menolak permohonan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar. S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM - 15 - Walau bagaimanapun, bagi menyempurnakan pertimbangan Mahkamah mengenai Notis Permohonan tersebut, isu merit akan juga dianalisis. sama ada pembelaan Defendan bermerit Hujahan Defendan [46] Defendan mendakwa Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangani oleh Defendan merupakan suatu Perjanjian Jual Beli palsu untuk menyembunyikan transaksi pinjaman wang secara haram. [47] Defendan turut mendakwa Plaintif tidak mengambil tindakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Jual Beli tersebut menunjukkan Plaintif bukanlah seorang pembeli yang bona fide untuk membeli hartanah tersebut dan disimpulkan Perjanjian Jual Beli tersebut merupakan dokumen palsu. Hujahan Plaintif [48] Sebaliknya Plaintif menafikan dakwaan Defendan bahawa Plaintif merupakan peminjam wang tanpa lesen dan menegaskan Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangani antara Plaintif dengan Defendan sah dan bukan palsu. [49] Selain itu, Plaintif juga menegaskan dakwaan Defendan tidak berasas dan tanpa apa-apa bukti dan merupakan suatu penafian kosong dan tanpa merit. S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM - 16 - [50] Plaintif turut menegaskan bahawa isu yang dibangkitkan oleh Defendan timbul hanya setelah Defendan menerima Notis Kebangkrapan dan bertujuan untuk melengah-lengahkan pelaksanaan penghakiman. Analisis dan Penemuan Mahkamah [51] Mahkamah mendapati dakwaan Defendan bahawa Perjanjian Jual Beli palsu tidak berasas kerana tiada disokong oleh apa-apa bukti malahan tiada dimaklumkan mengenai apa-apa laporan polis. [52] Selanjutnya, setelah meneliti Cadangan Pembelaan Defendan Mahkamah mendapati butiran mengenai penipuan tidak dibuktikan. Mahkamah merujuk keputusan YA Evrol Marette Peters, Pesuruhjaya Kehakiman (ketika itu) dalam kes GOH HAI LOONG, LING KEA CHEW LWN KER ZEE WEI yang merujuk keputusan YAA Tan Sri Ramly Ali Hakim Mahkamah Persekutuan (ketika itu) dalam kes SAMUEL NAIK SIANG TING V PUBLIC BANK BHD [2015] 8 CLJ 944 [2015] 6 MLJ 10 yang memutuskan penegasan mengenai penipuan menunjukkan tiada merit dalam Permohonan seperti yang berikut: “these averments of fraud were devoid of merit”. [53] Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan dakwaan Defendan tidak berasas dan tidak disokong oleh apa-apa keterangan dan hanya pemikiran terkemudian untuk cuba melepaskan liabiliti yang diakibatkan daripada Penghakiman Ingkar tersebut. S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM - 17 - Kesimpulan [54] Kesimpulannya, setelah mempertimbang bahawa Penghakiman Ingkar diperoleh secara teratur, kelewatan yang melampau dan pembelaan yang tidak bermerit, Mahkamah memutuskan tiada asas untuk membenarkan permohonan Defendan. [55] Oleh itu, berdasarkan alasan yang telah dinyatakan dan setelah meneliti dengan berhati-hati dan bijaksana segala keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini termasuklah hujahan bertulis kedua-dua pihak, permohonan Defendan ditolak. (MAZNI BINTI NAWI) Hakim Mahkamah Sesyen (4) Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus Tarikh: 3 April 2023 S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM - 18 - Bagi pihak Plaintif: Tetuan C.N Rajan & Co (Kuala Lumpur) Peguambela dan Peguamcara, Suite 568-10-16 & 17, 10th Floor, Mutiara Complex, 31/2 Mile, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur (Ruj: CNR/LT/1412/2019) Bagi pihak Defendan: Tetuan Bala Gopal & Associates (Melaka) Peguambela dan Peguamcara, No. 13-A, Jalan Banda Kaba, 75100 Melaka. (Ruj: BG/7447/22/L) S/N oucKHpNAokelm6B/1xMwbw **Note : Serial number will be used SANDIRAN NA-A52NCVC-66-08/2019 to verify theA/L originality ARUMUGAM of this DANdocument via eFILING VEKNEASWARAN A/L portal SUBRAMANIAM