SAVANDARAJAN A/L SUBRAMONIAN 1. ) Pentadbir Tanah Daerah Klang 2. ) GOH SWEE WAN
Material and multiple discrepancies in the plaintiff's documentary evidence (inconsistent name spellings, differing grant numbers, unproven lot areas), absence of the plaintiff's interest in the Trust Deed schedule, lack of proof of payment and the official search showing registration in the defendant trustee meant...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-24NCvC-829-04/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: Savandarajan a/l Subramonian; Defendant First: Pentadbir Tanah Daerah Klang; Defendant Second: Goh Swee Wan
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 23 April 2025
- Case Number
- BA-24NCvC-829-04/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Land Acquisition Dispute Under Section 29(2) Land Acquisition Act 1960 (originating Summons for Release of Deposited Compensation) / High Court Decision on Originating Summons (lampiran 1) Dismissed on 6 June 2025; Appeal Filed to Court of Appeal (lampiran 45 on 8 May 2025)
- Outcome
- Originating summons (Lampiran 1) dismissed.
- Legal Topics
- Compensation Release, Beneficial Ownership, Proof of Title, Sale and Purchase Agreements, Deed of Assignment, Official Search and Registration
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Savandarajan a/l Subramonian
Plaintiff
Pentadbir Tanah Daerah Klang
Defendant First
Goh Swee Wan
Defendant Second
Procedural Posture
Land Acquisition Dispute Under Section 29(2) Land Acquisition Act 1960 (originating Summons for Release of Deposited Compensation) / High Court Decision on Originating Summons (lampiran 1) Dismissed on 6 June 2025; Appeal Filed to Court of Appeal (lampiran 45 on 8 May 2025)
Legal Issues
- 1 Whether the plaintiff proved on the balance of probabilities that he was the legal and beneficial owner of four sub-lots taken and therefore entitled to 75% of the deposited compensation.
- 2 Whether the affidavits and documentary evidence (Sale and Purchase Agreements, Deed of Assignment) were sufficiently credible and consistent to displace the registered title shown in the official search.
- 3 Whether discrepancies in names, grant numbers and lot areas and absence of payment proofs justified rejecting the plaintiff's claim.
Ratio Decidendi
Material and multiple discrepancies in the plaintiff's documentary evidence (inconsistent name spellings, differing grant numbers, unproven lot areas), absence of the plaintiff's interest in the Trust Deed schedule, lack of proof of payment and the official search showing registration in the defendant trustee meant the plaintiff failed to prove on the balance of probabilities that he was legal and beneficial owner of the four sub-lots; therefore the originating summons was dismissed with costs.
Court Disposition
Originating summons (Lampiran 1) dismissed.
Orders
- Lampiran 1 dismissed with costs
- Plaintiff to pay costs of RM1,000 to Defendant First (Pentadbir Tanah Daerah Klang)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-24NCvC-829-04/2024 Kand. 48 10/06/2025 11:01:35 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SAMAN PEMULA BA-24NCvC-829-04/2024 Dalam Perkara Seksyen 29(2) Akta Pengambilan Tanah 1960 Dan Dalam Perkara Pengambilan Tanah No. Lot: PT 127726 (Lot 15769) No Hakmilik: HSD 134360 Mukim: Klang Tuanpunya Berdaftar: Goh Swee Wan - Sbg. Pemegang Amanah 2 - 1/1 Bhg. Antara SAVANDARAJAN A/L SUBRAMONIAN (No. K/P: 620411-10-5825) …Plaintif Dan 1. PENTADBIR TANAH DAERAH KLANG …Defendan Pertama 2. GOH SWEE WAN (No. K/P: 580401-10-5553) …Defendan Kedua 1 S/N CNedAtJgskuDFo0VHmuVMw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Adalah menjadi satu lumrah bahawa jikalau Kerajaan mengambil tanah kepunyaan mana-mana individua atau entiti, tuan punya tanah tersebut berhak mendapat pampasan mengikut undang-undang di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. [2] Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, wang pampasan tanah sebanyak RM8,253,000.00 telah didepositkan di Mahkamah selaras dengan seksyen 29 Akta Pengambilan Tanah 1960. [3] Plaintiff, melalui Sama Pemulanya di dalam Lampiran 1, telah memohon kepada Mahkamah ini supaya beliau dibenarkan untuk mendapatkan pampasan sebanyak 75% yang berjumah RM1,096,538.46 atas alasan Pentadbir Tanah Daerah Klang telah mengambil empat tanah lot Plaintif untuk membina Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (Taiping – Banting) Pakej 3. [4] Mahkamah ini telah menolak Saman Pemula ini pada 23 April, 2025. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Plaintif telah memfailkan rayuan terhadap Keputusan ini ke Mahkamah Rayuan melalui Lampiran 45 pada 8 Mei, 2025. [5] Berikut adalah alasan penghakiman Mahkamah ini untuk Lampiran 1. 2 S/N CNedAtJgskuDFo0VHmuVMw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pihak-Pihak [6] Plaintiff ialah Savandarajan a/l Subramonian. Beliau tidak diwakili oleh peguam. [7] Defendan Pertama ialah Pentadbir Tanah Daerah Klang. [8] Defendan Kedua ialah Goh Swee Wan. Beliau merupakan Pemegang Amanah untuk tanah yang terlibat. Isu Utama [9] Isu utama dan tunggal ialah sama ada Plaintif telah membuktikan kepada Mahkamah ini – atas imbangan keberangkalian – bahawa beliau berhak membuat tuntutan sepertimana yang dipohon di dalam Saman Pemula ini sebagai “legal and beneficial owner” untuk 4 sub-lot tanah tersebut. Kes untuk Plaintif [10] Plaintif telah mengesahkan affidavit-affidavit serta mengemukakan dokumen-dokumen seperti Akuan Berkanun dan Perjanjian Jual Beli untuk menyokong Saman Pemula ini. [11] Kes Plaintif adalah bersandarkan kepada alasan bahawa beliau telah membeli 4 sub-lot tanah tersebut daripada salah seorang pemilik bersama yang asal tanah tersebut. 3 S/N CNedAtJgskuDFo0VHmuVMw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [12] Plaintif turut berhujah bahawa wang pampasan sebanyak RM1,096,538.46 adalah jumlah yang betul dan perlu dilepaskan kepada beliau. Hujahan oleh Defendan-Defendan [13] Defendan Pertama mencabar permohonan Plaintif atas alasan bahawa Carian Rasmi masih menunjukkan bahawa tanah-tanah yang terlibat masih didaftarkan di atas nama Defendan Kedua (sebagai Pemegang Amanah). [14] Defendan Pertama mengakui bahawa ia telah dimaklumkan oleh individu-individu yang mendakwa telah membeli lot-lot tersebut berikutan daripada tanah yang telah dipecah-pecah secara tidak rasmi. [15] Namun, Defendan Pertama menegaskan bahawa ia tidak dapat menerima maklumat-maklumat berkenaan hanya berdasarkan kepada Akuan Berkanun dan Perjanjian Jual Beli yang dikemukakan. Ini adalah kerana maklumat pemilikan bagi tanah No. Hakmilik HSD 134360 yang tercatat di dalam Carian Rasmi masih di atas nama Defendan Kedua (sebagai Pemegang Amanah). [16] Mengikut Defendan Pertama, berdasarkan kepada Notis Siasatan (Borang E) bertarikh 14.12.2021 (eksibit “NAE-2”) butiran tanah yang terlibat dengan pengambilan yang dicadangkan adalah: 4 S/N CNedAtJgskuDFo0VHmuVMw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal No. Lot/ Hakmilik Tuan Punya Keluasan **Anggaran No. P.T. Atau Berdaftar atau Lot/Petak Keluasan Yang Pendudukan Penduduk Yang Hendak Diambil/ Direkodkan Anggaran keluasan/ Isipadu dan Had Tanah Bawah Tanah Yang Hendak Diambil PT127726 HSD 134360 Goh Swee Wan 42123 12704 meter (15769) 1/1 bhg. meter persegi persegi [17] Defendan Kedua pula mencabar permohonan Plaintif atas beberapa alasan sepertimana yang dinyatakan dalam affidavit-afidavit dan hujahan-hujahannya. [18] Adalah kes Defendan Kedua bahawa beliau tidak ada sebarang pengetahuan tentang dakwaan Plaintif bahawa Plaintif telah membeli Sub-lot 1, Sub-lot 9, Sub-lot 10, dan Sub-lot 16. [19] Defendan Kedua menegaskan bahawa beliau adalah Pemegang Amanah hartanah yang dipegang di bawah Hakmilik H.S. (D) 134360 No. P.T. 127726 (dahulunya dikenali sebagai Geran 20045 Lot 10435) Mukim dan Daerah Klang, Selangor dan beliau mempunyai tugas untuk untuk melaksanakan terma-terma Declaration of Trust bertarikh 28 Disember, 2007 untuk kepentingan pembeli-pembeli yang disenaraikan di dalam 5 S/N CNedAtJgskuDFo0VHmuVMw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Jadual Pertama (First Schedule) Declaration of Trust bertarikh 28 Disember, 2007 tersebut. [20] Defendan Kedua merujuk kepada fakta bahawa nama Plaintif tidak ada di dalam senarai pembeli-pembeli yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama (First Schedule) Declaration of Trust bertarikh tersebut. [21] Defendan Kedua seterusnya mengesahkan bahawa Defendan Pertama telah mengeluarkan Notis Siasatan (Borang E) yang bertarikh 14 Disember, 2021 untuk pengambilan tanah beranggaran 12,704 meter persegi bagi Hakmilik HSD 134360, PT 127726 (15769), yang didaftarkan atas nama Defendan Kedua, Goh Swee Wan sebanyak 1/1 bahagian (sebagai Pemegang Amanah) dan wang pampasan sebanyak RM 8,253,000.00 telah didepositkan di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 11 Oktober, 2023. [22] Yang penting ialah penyangkalan oleh Defendan Kedua mengenai dakwaan oleh Plaintiff bahawa beliau merupakan pemilik benefisial (“beneficial owner”) untuk 4 sub-lot tanah yang terlibat. [23] Adalah hujah Defendan Kedua bahawa beban terletak pada Plaintif untuk membuktikan bahawa Plaintif telah membeli Sub-lot 1, Sub-lot 9, Sub-lot 10, dan Sub-lot 16 dengan sah dan menjadi pemilik yang sah dan juga pemilik benefisial (“beneficial owner”) Sub-lot 1, Sub-lot 9, Sub-lot 10, dan Sub-lot 16. [24] Untuk menyokong hujahan di atas, Defendan Kedua bergantung kepada seksyen 101 Akta Keterangan 1950 serta Keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Malayan Produce Company Sendirian Bhd v 6 S/N CNedAtJgskuDFo0VHmuVMw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Landbanq Sdn Bhd (in liquidation) & Anor [2023] AMEJ 1638; [2023] 8 CLJ 876; [2023] 6 MLJ 840; [2023] 6 MLRA 190. [25] Meskipun terdapat Perjanjian Jual Beli yang dikemukakan oleh Plaintif sebagai bukti dalam Ekshibit-Ekshibit Lampiran 2 dan Lampiran 5, namun Defendan Kedua menekankan bahawa terdapat beberapa percanggahan maklumat yang ketara yang terdapat pada Ekshibit- Ekshibit tersebut. [26] Percanggahan maklumat ini adalah mengenai nama pembeli yang dicatatkan. Untuk sub-lot 1, nama dua pembeli yang dinyatakan adalah Savandarajan a/l Subramaniam dan Patmawathy a/p Munusamy. Ejaan nama Savandarajan a/l Subramaniam adalah jelas berbeza, mengikut Defendan Kedua, dengan nama Plaintif, iaitu Savandarajan a/l Subramonian. [27] Begitu juga dengan sub-lot 9. Dua orang pembeli yang dinyatakan di dalam “Sale and Purchase Agreement” bertarikh 16 April, 1997 adalah Savandarajah a/l Subramoniam dan Muniandy a/l Subramoniam. Nama Savandarajah a/l Subramoniam, mengikut Defendan Kedua, adalah jelas berbeza dengan nama Plaintif iaitu Savandarajan a/l Subramonian. Selain itu, Geran No. 19551 juga berbeza dengan butiran geran dalam Catatan Carian Persendirian Hakmilik yang menunjukkan Hakmilik terdahulu ialah CT19951. [28] Untuk sub-lot 10, Defendan Kedua menekankan bahawa nama pembeli yang dinyatakan di dalam “Sale and Purchase Agreement” bertarikh 3 Januari, 1997, adalah Savandarajah a/l Subramoniam yang juga jelas berbeza dengan nama Plaintif, iaitu Savandarajan a/l 7 S/N CNedAtJgskuDFo0VHmuVMw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Subramonian. Begitu juga dengan Geran No. 19551 yang dinyatakan di dalam “Sale and Purchase Agreement” tersebut adalah berbeza dengan butiran geran dalam Catatan Carian Persendirian Hakmilik yang menunjukkan Hakmilik terdahulu ialah CT19951. [29] Selanjutnya, Defendan Kedua berhujah bahawa dakwaan Plaintif bahawa beliau telah membeli Sub-lot 16 itu tidak disokong oleh “Deed of Assignment” bertarikh 25 September, 1996 yang ditandakan sebagai Ekshibit “F” di dalam Afidavit Sokongan Plaintif. Hal ini kerana nama Assignee yang dinyatakan di dalam Deed of Assignment bertarikh 25 September, 1996 tersebut, adalah Savandarajah a/l Subramoniam yang jelas berbeza dengan nama Plaintif iaitu Savandarajan a/l Subramonian. [30] Justeru, Defendan Kedua berhujah bahawa percanggahan nama- nama dan fakta penting seperti butiran tanah yang dalam Perjanjian- Perjanjian Jual Beli Sub-lot 1, Sub-lot 9, Sub-lot 10, dan Sub-lot 16 jelas menunjukkan bahawa Plaintif tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaannya sendiri. [31] Menjawab hujahan balasan oleh Plaintif bahawa percanggahan di atas hanya semata-mata “typing errors” di dalam Perjanjian-Perjanjian Jual Beli Sub-lot 1, Sub-lot 9, Sub-lot 10, dan Sub-lot 16, Defendan Kedua menjelaskan bahawa Plaintif sendiri tetap tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membetulkan ejaan nama-nama dalam Perjanjian- Perjanjian Jual Beli tersebut. [32] Sebagai hujahan balas kepada dakwaan Plaintif yang kononnya Defendan Kedualah, sebagai Pemegang Amanah, yang seharusnya menghubungi peguamcara yang menyaksikan dan menyempurnakan 8 S/N CNedAtJgskuDFo0VHmuVMw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Perjanjian-Perjanjian Sewa Beli tersebut, yakni Tetuan Gill & Tang dan Tetuan Alexander & Company, Defendan Kedua menekankan bahawa sebelum Saman Pemula difailkan oleh Plaintif pada 26 April, 2024, Defendan Kedua tidak mengetahui kewujudan Perjanjian-Perjanjian Jual Beli keempat Sub-Lot tersebut. Malahan, Defendan Kedua berhujah bahawa sebaliknya, Plaintiflah, sebagai pihak yang membuat dakwaan bahawa beliau adalah pembeli 4 sub-lot berkenaan, yang tanggungjawab untuk menghubungi sendiri Tetuan Gill & Tang dan Tetuan Alexander & Company, dan bukannya Defendan Kedua. [33] Tambahan, Defendan Kedua turut membangkitkan alasan bahawa terdapat keraguan di segi keluasan 4 sub-lot yang terlibat. [34] Defendan Kedua berhujah bahawa dakwaan-dakwaan Plaintif tentang keluasan untuk setiap Sub-lot 1, Sub-lot 9, Sub-lot 10 dan Sub- lot 16 juga adalah tidak terbukti ataupun dakwaan yang salah memandangkan: • Sale and Purchase Agreement bertarikh 22 Jun, 2009 untuk Sub- lot 1 iaitu Ekshibit “C” tidak menunjukkan keluasan lot seperti yang didakwa oleh Plaintif; • Sale and Purchase Agreement bertarikh 16 April, 1997 untuk Sub-lot 9 iaitu Ekshibit “D” tidak menunjukkan keluasan lot seperti yang didakwa oleh Plaintif; • Sale and Purchase Agreement bertarikh 3 Januari, 1997 untuk Sub-lot 10 iaitu Ekshibit “E” tidak menunjukkan keluasan lot seperti yang didakwa oleh Plaintif; dan 9 S/N CNedAtJgskuDFo0VHmuVMw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal • Deed of Assignment bertarikh 25 September, 1996 untuk Sub-lot 16 tidak menunjukkan keluasan lot seperti yang didakwa oleh Plaintif. [35] Defendan Kedua membuat rumusan bahawa memandangkan pernyataan keluasan lot dalam Perjanjian-Perjanjian Jual Beli Sub-lot 1, Sub-lot 9, Sub-lot 10 dan Sub-lot 16 adalah tidak terbukti ataupun dakwaan yang salah, maka dakwaan pengiraan yang dibuat Plaintif adalah tidak betul dan turut diragui. Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif untuk pampasan sebanyak RM1,096,538.46 perlu ditolak dengan kos. [36] Seterusnya, Defendan Kedua merujuk kepada kegagalan Plaintif untuk membuktikan bahawa Plaintif telah memberi balasan bagi pembelian Sub-lot 1, Sub-lot 9, Sub-lot 10 dan Sub-lot 16. Dengan ketiadaan resit rasmi, bukti pembayaran, bayaran guaman dan invois yang dikemukakan untuk membuktikan dakwaan pembelian Sub-lot 1, Sub-lot 9, Sub-lot 10 dan Sub-lot 16 tersebut, tuntutan Plaintif harus ditolak. Defendan Kedua bergantung kepada keputusan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes He-Con Sdn Bhd v Bulyah bt Ishak & Anor (as administrators for the estate of Nor Zainir bin Rahmat, the deceased) and another appeal [2020] 5 AMR 645; [2020] 7 CLJ 271; [2020] 4 MLJ 662; [2020] 5 MLRA 98 untuk menyokong hujahan ini. Dapatan Mahkamah [37] Mahkamah ini ingin menekankan bahawa tugas Mahkamah ini adalah untuk menguji keterangan affidavit yang dikemukakan terhadap keadaan sekeliling dan dokumen semasa. (Lihat Guan Teik Sdn Bhd v Haji Mohd Noor bin Haji Yakob [2000] 4 CLJ 324; [2000] 4 MLJ 433 di ms 10 S/N CNedAtJgskuDFo0VHmuVMw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 439; [2000] 1 MLRA 617; Ab Latef & Associates (M) Sdn Bhd v Govindasamy a/l Suppiah [2016] 10 CLJ 1; [2016] 5 MLJ 508; [2016] 4 MLRA 163 dan Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng v Gan Yook Chin [2003] 2 AMR 357; [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 MLJ 97; [2003] 1 MLRA 95. [38] Setelah meneliti segala peruntukan undang-undang, keterangan, hujahan serta prinsip undang-undang yang terpakai, Mahkamah mendapati, antara lain, “Sale and Purchase Agreements” dan “Deed of Assignment” yang dikemukakan oleh Plaintif dipenuhi dengan kesilapan – di luar daripada apa yang boleh dianggap sebagai kesilapan menaip. [39] Mahkamah ini juga berpendapat bahawa nombor geran yang berlainan bukan satu perkara yang remeh. [40] Keluasan sub-lot-sub-lot yang terlibat masih merupakan satu tanda tanya yang relevan. [41] Kegagalan Plaintif mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi kepentingan beliau sejak berpuluh tahun lagi juga menimbulkan tanda tanya. [42] Mahkamah ini menggangap kegagalan memasukkan “kenyataan” mengenai kepentingan Plaintiff di dalam “Trust Deed” yang dibuat selepas kepentingan Plaintif yang dikatakan telah ujud juga menjadi satu persoalan – ditambah dengan kepentingan yang seharusnya dijamin/dilindungi oleh peguamcara yang sama – yang terlibat dalam penyediaan “Sale and Purchase Agreements” serta “Deed of Trust” tersebut. 11 S/N CNedAtJgskuDFo0VHmuVMw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [43] Turut mempengaruhi Mahkamah ini adalah keterangan bahawa Carian Rasmi yang mengesahkan bahawa tanah tersebut masih di atas nama Defendan Kedua (sebagai Pemegang Amanah). [44] Berdasarkan kepada dapatan-dapatan oleh Mahkamah seperti di atas, Mahkamah mendapati bahawa keterangan Plaintif, apabila dinilai, kurang daripada nilai kesaksian yang diperlukan untuk memujuk Mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Plaintif. [45] Lantaran, Lampiran 1 adalah ditolak dengan kos dan Plaintif diperintahkan membayar kos sebanyak RM1,000 kepada Defendan Pertama dan RM5,000.00 kepada Defendan Kedua. Bertarikh: 6 Jun, 2025 sgd [CHOONG YEOW CHOY] Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam 12 S/N CNedAtJgskuDFo0VHmuVMw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguam: Plaintif – mewakili diri sendiri Noor Fadzila binti Ishak bagi pihak Defendan Pertama (Jabatan Peguam Negara, Putrajaya) Nur Adilah binti Anuar bagi pihak Defendan Kedua (Tetuan K S Ong & Co.) 13 S/N CNedAtJgskuDFo0VHmuVMw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal