SAZARUL ZAKRY BIN ZAINAL ABIDI 1. ) LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH 2. ) PENGUATKUASA PUSAT PEMULIHAN KHAS SIMPANG RENGGAM, JOHOR 3. ) KETUA POLIS NEGARA
The applicant failed to establish any statutory procedural non-compliance under POCA 1959 that would render his current detention unlawful; challenges to expired remand were academic; regulatory provisions permitting attendance of prosecutors or police at advisory board hearings are discretionary ('may') and the...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-44-162-07/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant: Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi; Respondent: Lembaga Pencegahan Jenayah (Pusat Pemulihan Khas Simpang Renggam, Johor); Respondent: Ketua Polis Negara
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 29 November 2021
- Case Number
- WA-44-162-07/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Habeas Corpus / Judgment
- Outcome
- habeas corpus application dismissed
- Legal Topics
- Preventive Detention, POCA 1959, Habeas Corpus, Procedural Compliance, Judicial Review
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi
Applicant
Lembaga Pencegahan Jenayah (Pusat Pemulihan Khas Simpang Renggam, Johor)
Respondent
Ketua Polis Negara
Respondent
Procedural Posture
Habeas Corpus / Judgment
Legal Issues
- 1 Whether the magistrate complied with s.4(1)(a) POCA 1959 when granting 21-day remand
- 2 Whether permitting a police handler to attend the advisory board hearing breached Reg 5(4) and Article 151(1)(a)
- 3 Whether failure to supply recording/record of statements breached Article 151(1)(a) or s.15B POCA 1959
Ratio Decidendi
The applicant failed to establish any statutory procedural non-compliance under POCA 1959 that would render his current detention unlawful; challenges to expired remand were academic; regulatory provisions permitting attendance of prosecutors or police at advisory board hearings are discretionary ('may') and the Board acted within its statutory discretion; there was affirmative evidence that investigatory and board procedures required by POCA were followed, and POCA does not mandate provision of tape recordings or statement transcripts, therefore habeas corpus is dismissed.
Court Disposition
habeas corpus application dismissed
Orders
- Habeas corpus application dismissed
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHAKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO. WA — 44 — 162 — 07/2021 ANTARA SAZARUL ZAKRY BIN ZAINAL ABIDI PEMOHON = DAN . LEMBAGA PENCEGAHAN JENAYAH PENGUATKUASA PUSAT PEMULIHAN KHAS SIMPANG RENGGAM, JOHOR RESPONDEN - KETUA POLIS NEGARA RESPONDEN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Pencegahan Jenayah 1959 (‘POCA 1959’), dan berhasrat untuk dilepaskan dari penahanan tersebut melalui permohonan habeas corpus ini. Pemohon mendakwa bahawa penahanan beliau adalah tidak sah oleh kerana beberapa ketidakpatuhan prosedur oleh pihak responden- responden. Pemohon telah ditangkap dan ditahan di bawah Akta Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lIwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [2] Saya telah menolak permohonan pemohon berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di dalam Penghakiman ini. Latarbelakang kes [3] Saya akan menggunapakai latarbelakang kes seperti yang dihuraikan oleh pihak responden-responden. [4] Pemohon telah ditangkap oleh Inspektor Vikneswaran ai/| Kannan di bawah seksyen 3(1) POCA 1959 pada 8 Julai 2020. Fail kes pemohon telah dirujuk dan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya menurut subseksyen 3(1A) POCA 1959 pada keesokan harinya. — [5] Pada 9 Julai 2020, pemohon telah ditahan reman_ bagi maksud siasatan untuk tempoh dua puluh satu hari bermula dari 9 Julai 2020 sehingga 29 Julai 2020 menurut peruntukan seksyen 4(1)(a) POCA 1959. Pada 22 Julai 2020, pegawai penyiasat yang ditugaskan, iaitu Inspektor Mohd Husny Bin Hussein (‘Inspektor Husny), telah menyerahkan dan mengemukakan_ salinan laporan lengkap penyiasatan terhadap pemohon di bawah seksyen 4A POCA 1959 kepada pegawai inkuiri, iaitu Muhammad Farith Bin Muhammad Faizal (‘Muhammad Farith’) dan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah (“Lembaga tersebut”) pada 28 Julai 2020. Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [6] [7] [8] Pada 23 Julai 2020, satu perintah telah diperolehi untuk pemohon ditahan reman bagi maksud siasatan bagi tempoh tiga puluh lapan hari bermula dari 23 Julai 2020 sehingga 29 Ogos 2020 sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 4(2)(a) POCA 1959. Inkuiri di bawah seksyen 9 POCA 1959 telah dijalankan terhadap pemohon oleh pegawai inkuiri iaitu Muhammad Farith pada 29 Julai 2020. Setelah mendengar dan menimbangkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pemohon, keterangan saksi-saksi dan keterangan dalam fail kes pemohon, pegawai inkuiri telah berpuas hati bahawa terdapat alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa pemohon adalah termasuk dalam kategori yang boleh didaftarkan di bawah Perenggan 2, Bahagian 1, Jadual Pertama POCA 1959. Lembaga tersebut telah menerima laporan lengkap penyiasatan berkaitan dengan pemohon di bawah seksyen 4A POCA 1959 daripada pegawai penyiasat pada 28 Julai 2020. Pada 30 Julai 2020, pegawai inkuiri telah mengemukakan laporan terhadap pemohon = yang mengandungi alasan-alasan berserta dapatan menurut subseksyen 10(2) POCA 1959 kepada Lembaga tersebut. Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [9] [10] Lembaga tersebut telah bersidang pada 26 Ogos 2020 jam 9.00 a.m. Setelah mempertimbangkan dapatan dan laporan inkuiri ke atas pemohon oleh pegawai_ inkuiri yang dikemukakan di bawah subseksyen 10(2) POCA 1959 dan laporan penyiasatan ke atas pemohonan oleh pegawai penyiasat yang dikemukakan di bawah seksyen 4A POCA 1959, Lembaga tersebut telah berpuas hati bahawa ada alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa pemohon adalah termasuk dalam kategori yang boleh didaftarkan di bawah Perenggan 2, Bahagian 1, Jadual Pertama POCA 1959. Lembaga tersebut juga telah mengesahkan dapatan pegawai inkuiri menurut perenggan 10A(2)(a) POCA 1959, dan telah memasukkan pemohon ke dalam daftar sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 12(1) POCA 1959. Lembaga tersebut telah kemudiannya memaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Penjenayah pada 26 Ogos 2020 bahawa laporan pegawai inkuiri menyatakan bahawa beliau telah mendapati dan berpuas hati bahawa terdapat alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa pemohon adalah termasuk dalam kategori yang boleh didaftarkan di bawah perenggan 2, Bahagian 1, Jadual Pertama POCA 1959. Lembaga tersebut juga telah mengesahkan dapatan pegawai inkuiri tersebut di bawah perenggan 10A(2)(a) POCA 1959 dan nama pemohon hendaklah dimasukkan ke dalam daftar di bawah subseksyen 12(1) POCA 1959. Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lIwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [11] [12] Setelah dimaklumkan oleh Lembaga tersebut pada 26 Ogos 2020, Timbalan Pendaftar Penjenayah, iaitu DSP Zuraidah binti Samsudin, telah mendaftarkan nama pemohon di dalam daftar pada tarikh yang sama mengikut subseksyen 12(1) POCA 1959. Beliau juga telah memaklumkan kepada Lembaga tersebut bahawa nama pemohon telah didaftarkan di dalam daftar pada tarikh yang sama. Pada 27 Ogos 2020, Lembaga tersebut telah bersidang dan berpuas hati bahawa pemohon yang telah didaftarkan adalah: ahli kumpulan yang terlibat dalam jenayah kegiatan menyamar sebagai penjawat awam dan merompak secara berkumpulan di sekitar negeri Selangor, dan adalah termasuk dalam kategori yang boleh didaftarkan di bawah perenggan 2, Bahagian 1, Jadual Pertama, POCA 1959. Lembaga tersebut juga telah berpuas hati bahawa perintah tahanan terhadap pemchon adalah perlu bagi kepentingan ketenteraman awam dan pencegahan jenayah. Lanjutan dari itu, Lembaga tersebut telah mengeluarkan suatu perintah tahanan ke atas pemohon selama dua tahun bermula dari 27 Ogos 2020 di Pusat Pemulihan Khas (“PPK”) Simpang Renggam, Kluang, Johor di bawah subseksyen 19A(1) POCA 1959. Selanjutnya. perintah tahanan, pernyataan mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat dan pengataan-pengataan fakta yang perintah itu diasaskan terhadap pemohon telah disediakan, . diteliti dan disemak oleh Abdul Rasid Bin Sudin, Pengerusi Lembaga tersebut pada masa yang material. Beliau juga telah menandatangani perintah tahanan terhadap pemohon. Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi wn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [13] [14] Perintah tahanan bertarikh 27 Ogos 2020, serta pernyataan mengenai alasan terhadap perintah tersebut dibuat dan pengataan-pengataan fakta yang perintah itu diasaskan telah diserahkan dan disampaikan kepada pemohon oleh Inspektor Husny pada 27 Ogos 2020. si kandungan dokumen- dokumen tersebut telah diterangkan kepada pemohon dan telah diakui difahami oleh pemohon. Pemohon telah dibawa masuk ke PPK Simpang Renggam, Johor pada 28 Ogos 2020. Saiful bin Mohamed, Timbalan Penguasa Penjara dan pegawai yang menjaga PPK Simpang Renggam, Johor, telah bertemu dengan pemohon pada 28 Ogos 2020. Beliau telah menerangkan kepada pemohon isi kandungan perintah tahanan serta pernyataan mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat dan juga pengataan- pengataan fakta yang perintah itu diasaskan. Pemohon juga telah diberitahu dan diterangkan mengenai hak-hak pemohon untuk membuat representasi terhadap penahanan beliau kepada Lembaga Penasihat menurut sub-peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Jenayah (Tatacara Lembaga Penasihat) 2014 (“Peraturan-Peraturan tersebut’). Pemohon juga telah diterangkan tentang hak beliau untuk mendapatkan khidmat peguam dan hak untuk memanggil saksi-saksi. Pemohon telah memahami penerangan tersebut. Pemohon juga telah disampaikan dan diserahkan dengan tiga salinan Borang 1, iaitu representasi berkaitan dengan perintah tahanan di bawah subperaturan 3(2) Peraturan-Peraturan tersebut. Isi kandungan Borang 1 itu juga telah diterangkan Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi kepada pemohon. Pemohon kemudiannya telah mengisi dan melengkap Borang 1. Isi kandungan Borang 1 yang telah diisi telah diterangkan kepada pemohon dan telah diakui difahami oleh pemohon. Pemohon telah menyerahkan dua salinan Borang 1 pada lewat petang 28 Ogos 2020. Beliau kemudiannya telah mengemukakan sesalinan Borang 1 tersebut kepada Lembaga Penasihat pada 28 Ogos 2020. [15] Borang 1 pemohon telah diterima secara rasmi oleh Lembaga Penasihat pada 1 September 2020. Tarikh persidangan pendengaran representasi pemohon yang telah ditetapkan pada 7 Oktober 2020 telah ditangguhkan oleh kerana peguam pemohon baharu sahaja_ dilantik dan_ ingin menyediakan dokumen dan memanggil saksi. Tarikh persidangan pendengaran representasi pemohon telah ditetapkan pada 18 November 2020. Borang 2, iaitu Notis Pendengaran Representasi yang telah dikeiuarkan oleh Lembaga Penasihat bagi memaklumkan pemohon_ tarikh- tarikh persidangan representasi pemohon telah disampaikan _ dan dimaklumkan kepada pemohon. Lembaga Penasihat juga telah menghantar borang-borang 3 iaitu ‘Notis Untuk Mengemukakan Orang Tahanan’ kepada PPK Simpang Renggam, Johor untuk mengemukakan pemcohon ke hadapan Lembaga Penasihat pada _ tarikh-tarikh pendengaran representasi pemohon yang telah ditetapkan. Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [16] [17] Representasi pemohon telah didengar dan dipertimbangkan oleh Lembaga Penasihat pada 18 November 2020, yang telah dipengerusikan oleh Dato’ Othman Bin Yusof, bersama dengan dua anggota Lembaga Penasihat, iaitu Mohd Noh bin Ahmad dan Ramli Bin Aziz, dengan kehadiran pemohon dan peguam pemchon. Lembaga Penasihat telah mengarahkan Lans Koperal Azrol Bin Sharif bertindak sebagai pemudah cara. Pemohon telah memanggil ayah beliau sebagai saksi untuk memberi keterangan. Lembaga Penasihat telah membuat syor setelah mendengar dan menimbangkan representasi yang dibuat oleh pemohon pada 18 November 2020. Syor mengenai representasi pemohon tersebut telah dikemukakan kepada Yang di- Pertuan Agong menurut subperaturan 11(1) Peraturan- Peraturan tersebut pada 24 November 2020. Setelah menimbangkan syor-syor Lembaga Penasihat tersebut, Yang di-Pertuan Agong telah pada 25 November 2020 memperkenankan syor yang telah dikemukakan oleh Lembaga Penasihat, iaitu untuk perintah tahanan pemohon diteruskan. Undang-undang berkenaan habeas corpus [18] Habeas corpus adalah satu remedi kehakiman untuk mencegah pihak berkuasa dari penjarakan atau menahan sebarang individu secara tidak sah. Kata-kata Choor Singh J di dalam kes Re Onkar Shrian [1970] 1 MLJ 28 yang juga telah Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi wn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [19] diikuti oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors v Nasharuddin Nasir [2004] 1 CLJ 81 adalah berkaitan: “Where the personal freedom of an individual is wrongly interfered with by another, the release of the former from illegal detention may be effected by habeas corpus. The illegal detention of a subject, that is a detention or imprisonment which is incapable of legal justification, is the basis of jurisdiction in habeas corpus.” Pemohon yang mencabar penahanan beliau di bawah POCA 1959 melalui writ habeas corpus mesti menunjukkan ketidakpatuhan prosedur oleh pihak yang menahan; seksyen 15B(1) POCA 1959. Mahkamah Persekutuan di dalam Lee Kew Seng v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2005] 3 CLJ 914 telah menyatakan seperti berikut: The provisions of ss. 7C and 7D are clear. The effect of the amendments is that, in a habeas corpus application such as in this case, the detention order made by the minister under s. 4(1) of the Ordinance may only be challenged on ground of non-compliance with any procedural requirement, and nothing else. Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [20] In our view, courts must give effect to the amendments. That being the law, it is the duty of the courts to apply them. So, in a habeas corpus application where the detention order of the Minister made under s. 4(1) of the Ordinance or, for that matter, the equivalent ss. in ISA 1960 and DD(SPM) Act 1985, the first thing that the courts should do is to see whether the ground forwarded is one that falls within the meaning of procedural non-compliance or not. To determine the question, the court should look at the provisions of the law or the rules that lay down the procedural requirements. It is not for the courts to create procedural requirements because it is not the function of the courts to make law or rules. If there is no such procedural requirement then there cannot be non-compliance thereof. Only if there is that there can be non-compliance thereof and only then that the courts should consider whether, on the facts, there has been non-compliance.” Secara kesimpulan, Mahkamah dalam mempertimbangkan ~ suatu permohonan habeas corpus hanya boleh meneiliti peruntukan undang-undang berkaitan penahanan pemohon tersebut dan memutuskan samada terdapat ketidakpatuhan prosedur. Permohonan habeas corpus tersebut hanya boleh dibenarkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa proses penahanan pemohon tersebut tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang berkenaan penahanan pemohon tersebut. 10 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi wn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi Alasan permohonan [21] Pemohon telah mengemukakan alasan-alasan berikut: (i) (ii) (iii) Ketidakpatuhan di bawah seksyen 4(1)(a) POCA 1959 oleh kerana Majistret yang terpelajar telah gagal untuk memuaskan hati beliau sebelum mengeluarkan perintah reman selama 21 hari; Ketidakpatuhan prosedur di bawah Peraturan 5(4) Peraturan-Peraturan tersebut oleh Pengerusi Lembaga Penasihat apabila membenarkan seorang Pegawai Pengendali Polis hadir dalam pendengaran representasi pemohon di hadapan Lembaga Penasihat. Ini adalah bertentangan dengan Perkara 151(1)(a) Perlembagaan Persekutuan; Perlanggaran Perkara 151(1)(a) Perlembagaan Persekutuan apabila pemohon gagal dibekalkan dengan sesalinan rakaman_ percakapan' beliau sebelum pendengaran representasi; Ketidakpatuhan seksyen 9(3)(b) POCA 1959 oleh pegawai inkuiri kerana telah gagal untuk memeriksa saksi-saksi kes pemohon atas sumpah atau ikrar; 11 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi (v) Perintah tahanan yang dikeluarkan terhadap pemohon adalah defektif kerana ianya langsung tidak menunjukkan kesalahan jenayah, iaitu pemerasan di bawah seksyen 383/384 Kanun Keseksaan; (vi) Ketidakpatuhan peruntukan seksyen 7B(1) dan (5) POCA 1959; dan (vii) Kegagalan Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan sesalinan rekod keterangan pemohon adalah satu perlanggaran seksyen 15B POCA 1959. Penemuan [22] Saya akan menganalisa setiap alasan yang dikemukakan dan () memberi dapatan saya terhadap alasan tersebut. Samada Majistret yang terpelajar tidak mematuhi seksyen 4(1)(a) POCA 1959 kerana telah gagal untuk memuaskan hati beliau sebelum mengeluarkan perintah reman selama 21 hari, [23] Pemohon telah merujuk kepada “Pernyataan Bertulis Pegawai Polis” oleh Inspektor Vikneswaran A/L Kanan bertarikh 9 Julai 2020. Inspektor Vikneswaran telah dalam pernyataan tersebut mengemukakan lima alasan untuk memasukkan nama pemohon ke dalam senarai daftar di bawah seksyen 12 POCA 1959. Pemohon telah merujuk kepada salah satu alasan yang dikemukakan, iaitu di 12 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [24] perenggan 2.2 Pernyataan tersebut, dimana pemohon dikatakan telah pada pukul 2.00 a.m. pada 19 September 2020 bersama tiga rakan sejenayah menyamar sebagai penjawat awam dan melakukan rompakan di sebuah kedai. Pemohon menyatakan bahawa_ insiden tersebut tidak mungkin telah berlaku oleh kerana beliau telah ditangkap pada 8 Julai 2020, iaitu lebih kurang dua bulan sebelum yang dikatakan rompakan tersebut berlaku, dan Majistret yang terpelajar tersebut telah mengeluarkan perintah reman berdasarkan satu insiden yang tidak mungkin dilakukan oleh beliau. Pemohon telah merujuk kepada kes Zaidi Kanapiah v ASP Khairul Fairoz bin Rodzuan and others [2021] 5 CLJ 581 (‘kes Zaidi Kanapiah’) dimana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan bahawa seorang Majistret perlu menggunakan budi bicara kehakiman dalam mempertimbangkan satu permohonan di bawah seksyen 4 POCA 1959. Di dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan juga telah menyenaraikan garis panduan untuk Majistret apabila mempertimbangkan suatu permohonan di bawah seksyen 4(1) POCA 1959. Pemohon berhujah bahawa Majistret yang terpelajar tersebut tidak mengikut prosedur di bawah seksyen 4(1) POCA 1959, oleh kerana beliau telah gagal untuk menggunakan budi bicara kehakiman dalam memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap pernyataan bertulis tersebut, dan justeru itu perintah reman yang dikeluarkan terhadap beliau adalah tidak sah. 13 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [25] [26] [27] Pihak responden tidak menafikan dakwaan pemohon, tetapi menyatakan bahawa terdapat insiden-insiden lain yang telah dinyatakan di dalam pernyataan bertulis tersebut yang berlaku sebelum pemohon ditangkap. Pihak responden juga berhujah bahawa alasan pemohon ini tidak mempunyai merit kerana tempoh reman pemohon di bawah seksyen 4(1) POCA 1959 telah lama tamat, dan pemohon sekarang ditahan di bawah peruntukan seksyen 19A(1) POCA 1959. Peguam terpelajar responden berhujah bahawa suatu permohonan habeas corpus harus tertumpu kepada perintah tahanan semasa. Saya bersetuju dengan hujahan responden bahawa walaupun insiden yang dinyatakan di dalam perenggan 2.2 pernyataan bertulis tersebut tidak mungkin dilakukan oleh pemohon oleh kerana tarikh insiden tersebut adalah selepas beliau ditangkap, terdapat tiga insiden lain yang moelibatkan pemohon. Justeru itu, Majistret yang terpelajar tersebut boleh dianggap telah menggunakan budi bicara kehakiman berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di dalam pernyataan bertulis tersebut selain daripada perenggan 2.2. Berkenaan garis panduan yang dinyatakan di dalam kes Zaidi Kanapiah (supra) tersebut, Mahkamah Persekutuan telah di dalam kes selepas itu, iaitu kes Goh Leong Yong v ASP Khairul Fairoz Rodzuan & Ors [2021] 8 CLJ 331 memutuskan bahawa garis panduan tersebut adalah “per incuriam’” (satu keputusan yang dibuat dengan tidak berjaga): 14 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [28] [29] [127] In any event, with the greatest of respect to my learned brother Vernon Ong FCJ, the procedures as set out in Zaidi Kanapiah (supra) are merely guidelines and it cannot override and replace the statutory requirements as mandated by s. 4 of POCA because there are procedures provided by law. Hence, in determining the detention under s. 4(1)(a), the procedure to be adapted is the one as provided for under s. 4(1)(a). [128] The guidelines go against the very principle as stated in Lee Kew Sang (supra) when determining whether a particular detention has complied with statutory requirement as mandated by the relevant section in the Act, in determining whether the detention is lawful or not, Therefore the guidelines are per incuriam.” Saya dengan hormatnya lebih cenderung untuk mengikuti keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Goh Leong Yong (supra) terutamanya kerana kes tersebut telah diputuskan kemudian dimana korum_ tersebut telah menganalisa penghakiman Vernon Ong HMP. Tidak ada keperluan untuk Majistret yang terpelajar tersebut mengikuti garis panduan yang ditetapkan di dalam kes Zaidi Kanapiah (supra) tersebut. Saya juga bersetuju dengan hujahan responden bahawa alasan ini tidak bermerit oleh kerana tempoh reman pemohon di bawah seksyen 4(1) POCA 1959 telah lama tamat dan tidak boleh dicabar lagi. Saya berpendapat bahawa alasan ini telah 15 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [30] menjadi akademik. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Mohd Faizal Haris v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2005] 4 CLJ 613 (‘kes Mohd Faizar’), telah menyatakan bahawa suatu permohonan habeas corpus hendaklah ditujukan kepada perintah tahanan semasa sahaja: “The general rule that a writ of habeas corpus must be directed against the current order of detention therefore applies where a detention under s. 6(1) has been made subsequent to an arrest and detention under s. 3(1) and (2). It follows that where a detention order has been made under s. 6(1) the writ of habeas corpus must be directed only against that order even if the earlier arrest and detention are irregular.” Prinsip ini telah diikut dan ditekankan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes L. Rajendran R. Letchumanan v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2010] 7 CLJ 653 (‘kes L. Rajendran’) dan kes yang terbaharu iaitu Goh Leong Yong (supra). Mahkamah Persekutuan di dalam kes Goh Leong Yong telah menyatakan seperti berikut: ‘[51] Given the aforesaid, on the academic point, the preliminary objection on the application for the writ of habeas corpus against the detention of the appellant under section 4(1)(a) of POCA by the Senior Federal Counsel has merits. The issuance of the writ of habeas corpus would not serve any purpose for the detention under section 4(1)(a) as it has already ended when it was brought before the High Court. Such a challenge has been rendered academic. 16 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi wn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [31] An application for a writ of habeas corpus must be directed towards the current detention order, The principle enunciated by Mohd Faizal Haris (supra) and L. Rajendaran (supra) is still relevant and remain as good law.” Peguam terpelajar pemohon telah menyeru Mahkamah ini untuk mengikut keputusan yang telah diberi oleh Mahkamah Persekutuan pada 1 Oktober 2021 dalam kes Dhinesh a/ Tanaphil v Lembaga tersebut & dua yang lain [05(HC)-12- 01/2021(B)] (‘kes Dhinesh’). Peguam yang terpelajar telah mengemukakan Minit Keputusan dan berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa ketidakpatuhan prosedur yang berlaku ketika permohonan reman di bawah seksyen POCA 1959 adalah tidak akademik. Peguam terpelajar pemohon telah hanya mengemukakan minit keputusan oleh kerana setakat ini panel hakim-hakim di dalam kes tersebut belum mengeluarkan lagi alasan penghakiman. Minit keputusan yang relevan tersebut adalah seperti berikut: “(i) There is non-compliance with section 4(2) of the Prevention of Crime Act 1959 (POCA) because the order of the Magistrate did not indicate that a statement from the Public Prosecutor was produced before the Magistrate when she ordered the 38-day remand as required under section 4(2)(s) (ii). 17 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [32] (ii) _ (ii) | The writ of habeas corpus is not academic following this Court’s decision in Zaidi Kanapiah v ASP Khairul Fairoz Rodzuan & Ord and Other Appeals [2021] 5 CLJ 587.” Saya dengan hormatnya lebih cenderung untuk mengikut keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes- kes Mohd Faizal, L. Rajendran dan Goh Leong Yong (supra). Ini adalah kerana tiada alasan penghakiman untuk kes Dhinesh (supra). Dengan tiada alasan penghakiman maka saya tidak dapat mempertimbangkan fakta kes tersebut dan juga undang-undang yang digunapakai untuk mencapai keputusan tersebut; rujuk kes-kes Mahkamah Persekutuan dalam Vishnu Telagan v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2019] 9 CLJ 177 dan Tamilrasan a/l Subramaniam v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2021] 10 CLJ 163. Saya juga berpendapat adalah tidak wajar untuk saya membuat sebarang spekulasi terhadap alasan keputusan tersebut dengan hanya berpandukan minit keputusan. Ketidakpatuhan prosedur di bawah Peraturan 5(4) Peraturan-Peraturan Pencegahan Jenayah (Tatacara Lembaga Penasihat) 2014 (‘Peraturan-Peraturan tersebut’) oleh Pengerusi Lembaga Penasihat apabila membenarkan seorang Pegawai Pengendali Polis hadir dalam pendengaran representasi pemohon bertujuan untuk membantu Lembaga Penasihat dan bertentangan dengan Perkara 151(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. 18 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi wn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [33] [34] [35] Pemohon mendakwa bahawa Lembaga Penasihat telah dibantu. oleh seorang pengendali polis yang tidak berkelayakan di bawah Peraturan-Peraturan tersebut semasa pendengaran representasi beliau pada 18 November 2020. Peguam terpelajar pemohon berhujah bahawa Peraturan 5(4) Peraturan-Peraturan tersebut menghadkan kuasa budi bicara Lembaga Penasihat untuk memanggil mana-mana_pihak ketiga untuk hadir dan membantu) mereka semasa representasi pemohon. Peguam terpelajar juga berhujah bahawa tidak wajar untuk Setiausaha Lembaga Penasihat mendeposkan = afidavit + menjawab- afidavit pemohon berkenaan isu ini, dan afidavit jawapan responden sepatutnya dideposkan oleh Pengerusi atau ahli Lembaga Penasihat tersebut sahaja. Peguam terpelajar pemohon berhujah bahawa hanya seorang Pendakwa Raya sahaja yang boleh hadir semasa pendengaran representasi di bawah Peraturan 5(4): 5. | Pendengaran Representasi (4) Pendakwa Raya boleh hadir semasa pendengaran representasi untuk membantu Lembaga Penasihat. Peguam terpelajar juga berhujah bahawa Peraturan 9(1), Peraturan-Peraturan tersebut hanya boleh digunapakai oleh Lembaga Penasihat jika tiada peruntukan yang nyata: 19 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi wn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [36] [37] 9. Tatacara jika tiada peruntukan yang nyata (1) Jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh peraturan-peraturan ini, Lembaga Penasihat boleh mengawal selia tatacaranya sendiri. Peguam terpelajar berhujah lanjut bahawa Peraturan 5(4) adalah satu peruntukan yang spesifik dan justeru itu Lembaga Penasihat tidak boleh menggunakan sebarang peruntukan yang umum yang membolehkan mereka untuk menggunakan budi bicara di bawah Peraturan 9(1) Peraturan-Peraturan tersebut. Kes-kes Mahkamah Tinggi Ong Boon Kian v Lembaga tersebut [2020] 1 LNS 840, Federick Walta Ngu v Lembaga tersebut & Yang Lain [2021] 8 CLJ 42 dan Mathanraj a/l Sunmugam v Lembaga tersebut & lain-lain [2021] MLJU 852 telah dirujuk dimana permohonan habeas corpus pemohon-pemohon telah dibenarkan apabila Mahkamah- Mahkamah_ tersebut berpendapat bahawa _ responden- responden di dalam kes-kes tersebut telah melanggari peruntukan Peraturan 5(4) apabila membenarkan seorang pegawai polis hadir untuk membantu Lembaga Penasihat semasa persidangan representasi pemohon di hadapan Lembaga tersebut. Saya bersetuju dengan hujahan peguam terpelajar responden bahawa prosedur yang dinyatakan di dalam Peraturan 5(4) berkenaan kehadiran Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya adalah hanya bersifat direktori dan bukan mandatori. Ini adalah kerana perkataan yang digunakan 20 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [38] dalam peraturan tersebut terhadap kehadiran Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya adalah “bo/eh” ataupun “may” di dalam Bahasa Inggeris. Justeru itu, Lembaga Penasihat mempunyai budi bicara untuk memanggil Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya sekiranya mereka memerlukan kehadiran pegawai tersebut untuk membantu mereka. Saya berpendapat bahawa Lembaga tersebut juga mempunyai budi bicara untuk memanggil pegawai yang lain seperti seorang pegawai polis untuk membantu. mereka semasa pendengaran representasi pemohon. Di dalam kes Chua Kian Voon v Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2020] 1 CLJ 747, Mohd Zawawi Salleh HMP yang menyampaikan penghakiman bagi Mahkamah Persekutuan, telah memberi pendekatan tentang perbezaan diantara perkataan “may” dan ‘shail’ dengan merujuk kepada satu petikan daripada penghakiman Mahkamah Agong di dalam kes Lock Wee Kock v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor [1993] 4 CLJ 211 seperti berikut: “The use of the word ‘may’ and ‘shall’ has led to some confusion in the interpretation of provision of a statute. In ordinary usage, the word ‘may’ is permissive and the word ‘shall’ is imperative.” 21 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [39] Azahar Mohamed HMT (pada masa tersebut dan sekarang KHN) di dalam kes Yap Chian Loon v Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Malaysia and anor [2007] MLJU 399 juga telah menyatakan bahawa perkataan “boleh” (may) adalah membolehkan, bebas dan bukan mandatori: “Adalah mustahak untuk diperhatikan bahawa pengqgubal undang-undang telah memilih dengan secara nyata dalam seksyen 7(1) ungkapan ‘boleh’ (may) dan sebaliknya tidak menggunakan ungkapan ‘hendak’ (shall). Saya juga perhatikan dalam seksyen 7 itu sendiri perkataan-perkataan ‘boleh’ dan ‘hendak’ dibezakan secara berhati-hati dan ini menunjukkan perkataan-perkataan tersebut dengan sengaja dibezakan bagi maksud untuk diberi tafsiran yang sewajarnya. Pada hemat saya perkataan ‘boleh’ dalam konteks seksyen 7(1) itu adalah semata-mata kuasa budi bicara Lembaga Penasihat samada untuk menjalankan — ulangkaji memandangkan dalam seksyen itu juga dengan secara nyata menjelaskan bahawa hanya Pengerusi Lembaga mempunyai budi bicara berhubungan perkara ulangkaji tersebut. Perkataan ‘boleh’ yang digunakan menunjukkan satu proses prosedur pihak Lembaga Penasihat dan Lembaga tidak terikat oleh undang-undang untuk menjalankan ulangkaji dalam semua keadaan. Tiada_sebab_untuk_perkataan ‘boleh’ ditafsirkan sebagai mandatori dalam seksyen tersebut. Oleh itu perkataan ‘boleh’ dalam konteks peruntukan tersebut ialah membolehkan, bebas (permissive) dan bukannya mandatori.” (penekanan diberi) 22 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [40] Justeru itu, saya berpendapat bahawa peruntukan di bawah seksyen 5(4) Peraturan-Peraturan tersebut bukanlah bersifat mandatori dan adalah hanya membolehkan. Lembaga Penasihat pada hemat saya mempunyai budibicara samada untuk memanggil Pendakwa Raya atau Timbalan Pendakwa Raya untuk hadir semasa pendengaran representasi pemohon. la bukan merupakan satu keperluan yang wajib. [41] Saya juga bersetuju dengan responden bahawa Lembaga Penasihat mempunyai budi bicara untuk memanggil seorang pegawai polis semasa pendengaran representasi pemcohon tersebut. Ini adalah kerana Peraturan 9(1) Peraturan- Peraturan tersebut memberi kuasa kepada mereka untuk menentukan tatacara pengendalian prosiding representasi pemohon. Peguam terpelajar pemohon telah hanya merujuk kepada Peraturan 9(1). Saya berpendapat bahawa Lembaga Penasihat mempunyai kuasa untuk memanggil seorang anggota polis semasa pendengaran tersebut di bawah Peraturan 9(2)(b): “(2) Tanpa_ menjejaskan keluasan subperaturan (1), Lembaga Penasihat boleh, dengan mengambil kira pertimbangan mengenai keselamatan, kepentingan awam atau keperluan untuk melindungi seseorang saksi atau keluarga atau sekutu saksi itu, menentukan — 23 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [42] [43] (b) sama ada mana-mana pegawai polis patut dikehendaki untuk hadir di hadapan Lembaga Penasihat dengan kehadiran orang tahanan atau peguam belanya atau kedua- duanya; atau (c) lsu yang sama telah. dibangkitkan di dalam kes-kes Mahkamah Tinggi iaitu Tee Jun Wei v Inspektor Parthiban Suntharam & Yang Lain [2021] 8 CLJ 127 dan Amirul Syuib Sulaiman v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia dan dua lagi [2021] 1 LNS 226, dimana Mahkamah telah di dalam kes-kes tersebut memutuskan bahawa kehadiran seorang pegawai polis semasa pendengaran representasi pemohon tidak melanggar Peraturan 5(4) dan dibenarkan di bawah Peraturan 9 Peraturan-Peraturan tersebut. Saya lebih cenderung untuk mengikut keputusan di dalam kes-kes tersebut oleh kerana ia melibatkan peruntukan di: bawah POCA 1959, manakala kes-kes yang dirujuk oleh peguam terpelajar pemohon adalah berkenaan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Saya dengan ini berpendapat bahawa isu yang ditimbulkan oleh pemohon berkenaan yang dikatakan pelanggaran Peraturan 5(4) Peraturan-Peraturan tersebut adalah tidak bermerit. 24 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi (iii) (iv) [44] [45] [46] Responden telah melanggar Perkara 151(1)(a) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal membekalkan pemohon dengan sesalinan percakapan pemohon sebelum pendengaran representasi beliau. Kegagalan Kementerian Dalam = Negeri untuk membekalkan sesalinan rekod keterangan pemohon adalah satu pelanggaran seksyen 15B POCA 1959. Saya akan mengambil kedua-dua isu ini secara bersama oleh kerana kedua-dua isu tersebut adalah mirip. Menurut pemohon, hak beliau untuk diberi peluang mengemukakan representasi terhadap perintah tahanan tersebut adalah termaktub di bawah Artikel 151(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Justeru itu, pemohon menegaskan bahawa beliau berhak untuk mendapatkan sesalinan rakaman percakapan dan rekod keterangan beliau supaya beliau dapat menjalankan pembelaan dengan sempurna. Pemohon telah melalui peguam memohon sesalinan rakaman percakapan beliau dari Ketua Penolong Pengarah, Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman pada 24 Mei 2021, supaya beliau dapat membuat representasi. Permohonan beliau telah ditolak. Alasan pihak polis adalah berdasarkan kepentingan awam di bawah seksyen 21A POCA 1959. Pemohon tidak berputus asa dan telah sekali lagi melalui peguam membuat permohonan yang sama supaya 25 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi wn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [47] [48] [49] beliau dapat membuat permohonan habeas corpus. Kali ini pihak polis tidak memberi sebarang respon. Pemohon menyatakan bahawa alasan yang diberikan oleh pihak polis adalah tidak munasabah oleh kerana beliau hanya memohon rakaman percakapan beliau sahaja dan bukan orang lain. Peguam terpelajar pemohon berhujah bahawa percakapan pemohon adalah hak beliau dan keengganan pihak polis untuk memberi percakapan pemohon tersebut walaupun setelah dimohon oleh peguam merupakan pelanggaran undang-undang dimana ia mengakibatkan pemohon tidak dapat menjalankan pendengaran representasi dengan teratur dan berkesan. Peguam terpelajar pemohon juga telah pada 24 Mei 2021 memohon sesalinan rekod keterangan beliau yang telah direkodkan oleh pegawai siasatan Kementerian Dalam Negeri. Pihak Kementerian tidak memberi sebarang respon. Peguam terpelajar pemohon berhujah bahawa pemohon berhak untuk mendapatkan sesalinan rekod keterangan tersebut supaya beliau dapat menyemak pematuhan prosedur bagi rekod keterangan tersebut di bawah peruntukan seksyen 9 POCA 1959. Kes-kes Mohd Najib Yusof v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & anor [2016] 1 LNS 374, Ismail bin Yaakub v TMDN & 2 lagi [Permohonan Jenayah No. WA-44- 118-08/2017] dan Hamsyaini Hamzah v Tlmbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Anor [2016] 1 LNS 1724 telah dirujuk sebagai menyokong hujahan peguam terpelajar 26 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi wn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [50] [51] _pemohon. Keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Chua Kian Voon v Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors (supra) juga telah dirujuk. Di dalam kes tersebut perayu telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa walaupun perayu boleh dinafikan sesalinan rekod keterangan atas alasan kepentingan awam, pegawai penyiasat perlu memberi alasan kenapa dia berpendapat sebegitu. Saya mendapati bahawa tiada peruntukan di dalam POCA 1959 yang memberi hak kepada pemohon untuk diberi rakaman percakapan beliau. Justeru itu, tiada isu samada pihak responden telah melanggar sebarang peraturan. Pihak pemohon perlu menunjukkan bahawa pihak responden telah melanggar peraturan yang berkaitan sekiranya beliau ingin berjaya di dalam permohonan habeas corpus. Mahkamah Persekutuan di dalam kes L Rajanderan R Letchumanan v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malysia & Ors (supra) telah menyatakan bahawa aduan seorang pemohon akan hanya sah jika POCA 1959 mempunyai syarat dahuluan. Kes-kes yang dirujuk oleh pemohon iaitu Mohd Najib Yusof (supra), [smail Bin Yakub (supra), Tan Seng Kuan (supra) dan Chua Kian Voon (supra) tidak terpakai oleh kerana kes-kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dimana terdapat peruntukan berkenaan rakaman percakapan dalam seksyen 27 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi wn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi 4, manakala tiada peruntukan yang serupa terdapat di dalam POCA 1959. [52] Saya juga dengan hormatnya berpendapat bahawa hujahan peguam terpelajar pemohon bahawa pihak responden telah melanggari peruntukan Perkara 151(1)(a) Perlembagaan Persekutuan adalah tersasar oleh kerana tidak ada peruntukan sebegitu di dalam Perkara 151(1)(a): “Sekatan ke atas tahanan pecegahan 151. (1) Jika mana-mana undang-undang atau ordinan yang dibuat atau dimasyhurkan menurut Bahagian ini membuat peruntukan bagi tahanan pencegahan — (a) pihak berkuasa yang atas perintahnya mana-mana orang yang ditahan di bawah undang-undang atau ordinan itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, memberitahu orang itu alasan dia ditahan dan, tertakluk kepada Fasal (3), pengataan fakta yang berasaskannya perintah itu dibuat, dan hendaklah memberikan peluang kepadanya untuk membuat representasi terhadap perintah itu dengan seberapa segera yang boleh;” [53] Adalah jelas bahawa keperluan yang dinyatakan adalah untuk seseorang yang ditahan diberitahu alasan terhadap penahanan beliau dan pengataan-pengataan fakta yang berasaskan perintah tersebut. Malah keperluan di bawah 28 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lIwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi (v) [54] [55] perkara ini telah dipenuhi oleh responden-responden dimana mereka telah melalui afidavit jawapan Inspektor Husny menyatakan alasan dan pengataan fakta kepada pemohon. Ketidakpatuhan seksyen 9(3)(b) POCA 1959 oleh pegawai siasatan kerana telah gagal untuk memeriksa saksi-saksi kes pemohon atas sumpah atau ikrar. Seksyen 9(3)(b) POCA 1959 adalah seperti berikut: “Kewajipan dan kuasa Pegawai Siasatan 9. (3) Seorang Pegawai Siasatan boleh, bagi maksud mana-mana siasatan di bawah Akta ini — (b) memanggil dan memeriksa saksi-saksi atas sumpah atau ikrar, dan boleh bagi maksud-maksud tersebut mengendali apa-apa sumpah atau ikrar.” Pemohon menyatakan bahawa pihak responden telah melanggari prosedur di bawah seksyen 9(3)(b) POCA 1959 kerana pegawai siasatan telah gagal untuk memeriksa saksi- saksi secara bersumpah ataupun berikrar. Pemcohon telah merujuk kepada afidavit pegawai siasatan dimana beliau telah menyatakan bahawa beliau telah memanggil dan memeriksa saksi-saksi yang mempunyai kaitan dengan pemohon untuk memberi keterangan, tapi langsung tidak menyatakan 29 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lIwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [56] [57] (v) samada saksi-saksi tersebut telah mengangkat sumpah atau ikrar. Pemohon menyatakan bahawa oleh kerana pegawai penyiasat tidak menyatakan secara spesifik bahawa saksi- saksi tersebut telah mengangkat sumpah atau ikrar maka adaiannya adalah keterangan mereka telah diambil tanpa sumpah diangkat atau ikrar diambil. Pemohon menyatakan bahawa ini menimbulkan kemusykilan samada keterangan yang diambil dari saksi-saksi tersebut adalah benar, oleh kerana mereka telah memberi keterangan tanpa mengangkat sumpah atau ikrar dan ini merupakan satu pelanggaran prosedur yang amat serius. Pegawai siasatan telah dalam afidavit jawapan beliau menyatakan bahawa beliau telah mematuhi peruntukan undang-undang di bawah seksyen 9(3)(b) tersebut. Jawapan beliau adalah untuk menyangkal pengataan pemohon bahawa beliau tidak mengikuti peruntukan tersebut. Pemohon tidak langsung menyangkal pengataan pegawai penyiasat tersebut di dalam mana-mana afidavit. Pada pendapat saya, jawapan pegawai penyiasat tersebut adalah dengan jelas satu pengataan positif yang jika tidak diragui atau disangkal maka hendaklah diterima sebagai benar. Justeru itu, isu yang ditimbulkan oleh pemohon tidak bermerit. Perintah tahanan yang dikeluarkan terhadap pemohon adalah defektif kerana ianya langsung tidak menunjukkan kesalahan jenayah iaitu pemerasan di bawah seksyen 383/384 Kanun Keseksaan (‘KK’). 30 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [58] [59] [60] [61] Pemohon telah merujuk kepada perenggan 8 afidavit jawapan Pengerusi Lembaga tersebut, iaitu Abdul Rasid Bin Sudin, dimana beliau telah menyatakan bahawa pemohon adalah anggota kumpulan yang melakukan kesalahan jenayah di bawah seksyen 170 KK dan seksyen 383/384 KK. Pengerusi tersebut walau bagaimanapun telah di dalam perenggan 12 afidavit yang sama menyatakan bahawa pemohon telah melakukan rompakan secara berkumpulan (seksyen 395 Kk). Pemohon menyatakan bahawa ini menimbulkan keraguan samada perintah tahanan yang dikeluarkan terhadap beliau adalah sah, oleh kerana hukuman di bawah seksyen 384 KK adalah berbeza dengan hukuman di bawah seksyen 395 KK. Pemohon juga telah merujuk kepada Perintah Tahanan terhadap beliau dimana perintah tersebut telah-dikeluarkan di atas alasan bahawa pemohon telah melakukan jenayah rompakan secara berkumpulan. Pemohon menyatakan bahawa pendaftaran nama beliau ke dalam daftar di bawah seksyen 12(1) Akta tersebut adalah defektif. Saya berpendapat bahawa isu ini tidak bermerit kerana tiada ketidakpatuhan prosedur yang telah berlaku. Saya setuju bahawa terdapat percanggahan seperti yang diutarakan oleh pemohon tetapi ini tidak menunjukkan bahawa_ pihak responden telah melanggari prosedur di dalam POCA 1959. Seksyen 15B POCA 1959 dengan jelas menyatakan bahawa hanya isu ketidakpatuhan prosedur sahaja yang boleh dibangkitkan. Mahkamah tidak perlu mengambil kira tentang 31 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [62] (vi) [63] fakta atau keterangan berkaitan perintah penahanan; Karam Singh v Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia [1969] 2 MLJ 129. Mahkamah Persekutuan di dalam kes L Rajanderan R Letchumanan v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malysia & Ors (supra) telah juga menyatakan pendirian yang sama: ‘[9] The cases referred to above illustrate the principles upon which the courts will consider in allowing for judicial review on an executive detention. It may be stated this way. A writ of habeas corpus must be directed only against the current detention order even if the earlier arrest of the detainee is irregular. The court is also not concerned with the vagueness, sufficiency or relevancy of the grounds of detention, which is the sphere of subjective exercise of the Minister’s discretion under the various executive detention legislations unless mala fide on his part is shown. (see Karam Singh v. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (Minister of Home Affairs, Malaysia & Anor v Karpal Singh [1988] 3 MLJ 29).” Ketidakpatuhan prosedur seksyen 7B(1) dan (5) POCA 1959. Pemohon menyatakan bahawa Lembaga tersebut yang ditubuhkan adalah tidak sah dan perlantikan anggota-anggota Lembaga tersebut tidak memenuhi keperluan kelayakan yang diperuntukkan di bawah POCA 1959. Atas alasan ini, pemohon menyatakan bahawa korum Lembaga_ untuk 32 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [64] [65] persidangan pada 26 Ogos 2020 adalah tidak sah, oleh kerana pihak responden tidak menyatakan tarikh-tarikh perlantikan tiga orang anggota Lembaga tersebut, dan kegagalan ini merupakan suatu ketidakpatuhan prosedur. Pemohon juga menyatakan bahawa korum untuk persidangan Lembaga adalah hanya tiga anggota sahaja mengikut seksyen 7B(5) POCA 1959, dan pihak Lembaga telah gagal mengikuti prosedur oleh kerana Lembaga tersebut telah mengadakan persidangan dengan empat anggota. Seksyen 7B POCA 1959 adalah seperti berikut: 7B. Lembaga tersebut (1) Suatu Lembaga tersebut ditubuhkan yang terdiri daripada anggota berikut yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong: (a) seorang Pengerusi, yang hendaklah seseorang yang berkelayakan undang-undang dengan pengalaman sekurang-kurangnya lima belas tahun dalam bidang undang-undang; (b) seorang Timbalan Pengerusi; dan (c) tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada enam anggota lain. 33 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [66] (2) Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu, memegang jawatan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula. (3) Tiap-tiap anggota Lembaga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Yang di-Pertuan Agong. (4) Perlantikan mana-mana anggota Lembaga boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong. (5) Korum bagi mana-mana persidangan Lembaga adalah tiga anggota. (6) Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri. (7) Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah disifatkan sebagai seorang perkhidmatan awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan. Pengerusi Lembaga tersebut telah di dalam afidavit jawapan beliau menamakan tiga anggota Lembaga tersebut selain dari beliau dan juga berkenaan perlantikan mereka oleh Yang di- Pertuan Agong di bawah seksyen 7B POCA 1959. Tidak ada keperluan yang diperuntukkan di bawah POCA 1959 untuk menyatakan tarikh-tarikh perlantikan mereka. Justeru itu, saya berpendapat bahawa isu yang diketengahkan oleh 34 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi lwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi [67] pemohon tentang kegagalan pihak responden untuk menyatakan tarikh perlantikan mereka adalah tidak bermerit oleh kerana tiada isu perlanggaran prosedur. Saya juga berpendapat isu tentang korum persidangan Lembaga yang diutarakan oleh pemohon adalah tidak bermerit. Seksyen 7B POCA 1959 hanya menyatakan bahawa korum untuk persidangan Lembaga tersebut adalah tiga anggota. Pada hemat saya, ini merupakan keperluan minimum untuk persidangan Lembaga dan ia tidak bermakna bahawa hanya tiga anggota sahaja yang boleh menghadiri . sebarang persidangan Lembaga. Justeru itu, persidangan yang telah diadakan oleh Lembaga tersebut seramai empat orang anggota adalah sah dan tidak melanggari prosedur di bawah POCA 1959. Kesimpulan [68] [69] Saya berpuas hati bahawa pihak responden telah mengikuti segala prosedur yang diperuntukkan di dalam POCA 1959 dalam proses penahanan pemohon. Pemohon telah gagal untuk menunjukkan sebarang ketidakpatuhan prosedur berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan oleh beliau di dalam permohon ini. Justeru itu, permohonan pemohon untuk habeas corpus adalah ditolak. 35 Sazarul Zakry Bin Zainal Abidi iwn Lembaga Pencegahan Jenayah & 2 lagi Tarikh: 28 Januari 2022. (Mohamed Zaini Mazlan) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya (Bahagian Jenayah) Kuala Lumpur Peguam pemohon T.L Chen & Moi Wei Jiun-Jay [Messrs Jay & Jay] Pequam responden Muhammad bin Sinti [Senior Federal Counsel] 36