1. ) SEE SIP ENG 2. ) SEE SIP WEI
The court upheld the magistrate's sentence of one year imprisonment from 21 May 2023, finding the magistrate correctly applied sentencing principles, properly afforded mitigation credit for an early guilty plea, and that there were no substantial or compelling reasons nor any miscarriage of justice to disturb the...
Source-derived case information.
- Citation
- AC-83-223-05/2023 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Prosecutor: Public Prosecutor; Appellant: See Sip Eng
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 23 May 2023
- Case Number
- AC-83-223-05/2023 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal / Appeal Against Sentence
- Outcome
- appeal dismissed; sentence upheld
- Legal Topics
- Theft, Sentencing, Guilty Plea Mitigation, Appeal on Facts
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Public Prosecutor
Prosecutor
See Sip Eng
Appellant
Procedural Posture
Criminal Appeal / Appeal Against Sentence
Legal Issues
- 1 Whether the sentence of one year imprisonment was excessive
- 2 Whether the appellant was entitled to greater mitigation credit for early guilty plea
- 3 Whether there was any miscarriage of justice warranting interference by the appellate court
Ratio Decidendi
The court upheld the magistrate's sentence of one year imprisonment from 21 May 2023, finding the magistrate correctly applied sentencing principles, properly afforded mitigation credit for an early guilty plea, and that there were no substantial or compelling reasons nor any miscarriage of justice to disturb the sentence.
Court Disposition
appeal dismissed; sentence upheld
Orders
- Appeal dismissed
- Sentence of one year imprisonment to run from 21 May 2023
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
AC-83-223-05/2023 Kand. 10 07/07/2023 16:20:41 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET TELUK INTAN DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN KES NO: AC-83-223-05/2023 PENDAKWARAYA LWN SEE SIP ENG (No. K/P: 790702085651) ALASAN PENGHAKIMAN 1. PENDAHULUAN Orang Kena Tuduh (OKT) Pertama (B1) tidak berpuas hati dengan keseluruhan hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret Mahkamah Majistret Teluk Intan terhadap B1 pada 23hb Mei 2023 atas pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (Akta 574). B1 di dalam kes ini telah mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan dan diwakili oleh Peguambela dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). 2. PERTUDUHAN ASAL “Bahawa kamu, pada 19/05/2023 jam lebih kurang 4.30 pagi di Tokong Cina Khoon Yam Temple, 36700 Chui Chak, Perak, di Daerah Hilir Perak, di Negeri Perak, telah melakukan pencurian ke atas harta alih berupa 4 unit bekas colok tembaga pelbagai saiz kepunyaan Tokong Cina Khoon Yam Temple. Oleh itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Hukuman:- Hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. 3. PERTUDUHAN PINDAAN “Bahawa kamu secara bersama, pada 19/05/2023 jam lebih kurang 4.30 pagi di Tokong Cina Khoon Yam Temple, 36700 Chui Chak, Perak, di Daerah Hilir Perak, di Negeri Perak, telah melakukan pencurian ke atas harta alih berupa 4 unit bekas colok tembaga pelbagai saiz kepunyaan Tokong Cina Khoon Yam Temple. Oleh itu kamu telah melakukan kesalahan S/N v8/3Kd8ECUO6ikh8v9FGFA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang boleh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Hukuman:- Hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. 4. PENGAKUAN SALAH OKT 4.1 Kedua-dua OKT telah dihadapkan ke Mahkamah pada 23hb Mei 2023. Pertuduhan Pindaan telah dibacakan dan diterangkan kepada kedua-dua OKT dalam bahasa Melayu dan kedua-dua OKT faham terhadap pertuduhan tersebut serta mengaku bersalah terhadap Pertuduhan Pindaan. Kedua-dua OKT faham sifat dan akibat pengakuan mereka. Kedua-dua OKT adalah merupakan adik-beradik dan hanya B1 yang memfailkan rayuan ini. 4.2 Pihak Pendakwaan telah mengemukakan eksibit-eksibit dan telah ditanda seperti berikut: i. Fakta Kes -P1 ii. Laporan polis Chui Chak no. 501/23 – P2 iii. Laporan polis Teluk Intan no. 5174/23 – P3 iv. Laporan polis Teluk Intan no. 5178/23 - P4 v. Rajah Kasar – P5 vi. Gambar Tempat Kejadian – P6 (A-F) vii. Gambar Barang Rampasan – P7 (A-G) viii. Borang Serah Menyerah Tangkapan dan Barang Kes – P8 ix. Borang Serah Menyerah Barang Kes – P9 4.3 Berkenaan Eksibit P1 iaitu fakta kes bertulis telah dibacakan dalam Bahasa Melayu, diterangkan dalam Bahasa Melayu dan diakui benar oleh kedua-dua OKT. Fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah seperti berikut:- i. Pada 19/05/2023 jam lebih kurang 11.29 pagi, Pengadu Ong Chin Huat, KPT: 540514- 08-6073 (selepas ini dirujuk sebagai pengadu) telah membuat satu laporan polis sepertimana Chui Chak RPT 501/23. ii. Pengadu menyatakan pada 19/05/2023 jam lebih kurang 7.00 pagi telah dimaklumkan oleh rakannya beritahu 4 unit bekas tembaga pelbagai saiz telah hilang di Tokong Cina Khoon Yam Temple, 36700, Chui Chak, Perak. Hasil semakan CCTV mendapati pada 19/5/2023 jam lebih kurang 4.30 pagi datang (2) lelaki bangsa tidak pasti telah mencuri 4 unit tembaga pelbagai saiz dan menggunakan sebuah motovan semasa melakukan jenayah tersebut.. iii. Pada 21/05/2023 jam lebih kurang 11.40 malam, kamu telah ditangkap di alamat No.1, Lorong 1, Taman Cahaya, Jalan Woo Saik Hong, 36000, Teluk Intan, Perak. Laporan Tangkapan sepertimana Teluk Intan RPT 5174/23. iv. Kamu kemudiannya telah mengaku terlibat dalam kes yang dilaporkan dan telah pandu arah Pegawai Tangkapan INSP Gunalan A/L Muthiah bersama anggota BSJ IPD Hilir S/N v8/3Kd8ECUO6ikh8v9FGFA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Perak ke Bahagian semak berhampiran dengan rumah alamat No.1, Lorong 1, Taman Cahaya, Jalan Woo Saik Hong, 36000, Teluk Intan, Perak. Laporan Rampasan adalah sepertimana Teluk Intan RPT 5178/23. v. Oleh itu, kamu secara bersama telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. 4.4 Mahkamah berpuas hati bahawa fakta-fakta yang dinyatakan dalam eksibit P1 tersebut terjumlah kepada suatu kesalahan sebagaimana yang terkandung dalam pertuduhan. Pada peringkat ini, Mahkamah sedar bahawa jika kedua-dua OKT mengakui fakta kes itu secara bersyarat atau jika pengakuannya adalah tidak jelas dan meragukan, maka Mahkamah hendaklah menganggap pengakuan kedua-dua OKT sebagai pengakuan tidak bersalah dan meneruskan dengan perbicaraan. 4.5 Oleh itu, kesemua hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengakuan salah kedua- dua OKT adalah teratur, tidak bersyarat dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Mahkamah berpuas hati bahawa kedua-dua OKT mengaku bersalah dan telah memahami sepenuhnya sifat dan akibat pengakuan, maka pengakuan salah kedua-dua OKT diterima. 5. HUJAHAN MITIGASI HUKUMAN OKT memohon agar hukuman penjara yang minima dari tarikh tangkap dikenakan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut: 1. B1 berumur 43 tahun. 2. B1 menolong menjual buah-buahan 3. B1 adalah seorang bujang dengan tanggungan ibu bapa. 6. HUJAHAN PEMBERATAN HUKUMAN Pihak pendakwaan memohon agar hukuman yang setimpal diberikan dalam kes ini. 7. SABITAN DAN HUKUMAN Mahkamah mendapati B1 bersalah dan B1 disabitkan sebagaimana pertuduhan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 1 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 21hb Mei 2023. 8. ALASAN PENGHUKUMAN 8.1 Adalah pada hemat saya bahawa segala pertimbangan berkenaan apa yang boleh menjadikan suatu hukuman yang berpatutan dalam sesuatu kes telah dipatuhi sepertimana yang S/N v8/3Kd8ECUO6ikh8v9FGFA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dinyatakan dalam kes PP V. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] 1 LNS 864; diputuskan seperti berikut: “It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a)the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities;(h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc. All these factors where applicable need to be addressed by the defense to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court…” 8.2 Berdasarkan kepada nas kes di atas, berikut merupakan faktor-faktor yang diambil kira oleh Mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman yang sewajarnya kepada B1: a) Pengakuan Bersalah B1 b) Rayuan Mitigasi B1 c) Ini merupakan kesalahan pertama B1 8.3 Adalah tidak dinafikan bahawa pengakuan salah B1 perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah sebagai satu faktor penting mitigasi hukuman. Pengakuan salah B1 telah dengan serta merta mengurangkan kos pendakwaan memandangkan tiada keperluan untuk memanggil saksi-saksi dan menjimatkan masa semua pihak kerana perbicaraan penuh tidak perlu dijalankan. 8.4 Mahkamah merujuk kepada kes SAU SOO KIM V PP [1975] 2 MLJ 137; yang mana diputuskan bahawa:- “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witness.” 8.5 Bagi kes ini, B1 telah mengaku bersalah terhadap sejurus pertuduhan dibacakan dan pengakuan salah tersebut adalah pada peringkat awal dimana Mahkamah masih belum berjalan dengan bicara penuh. Maka, faktor ini perlu dipertimbangkan dalam penentuan hukuman yang dijatuhkan. Mahkamah ini ambil maklum bahawa kesegeraan B1 mengaku salah membolehkan mahkamah ini menyelesaikan perbicaraan kes ini dengan segera. 8.6 Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes SHUK DEV OLI V PP [2014] 1 LNS 103; diputuskan bahawa: - S/N v8/3Kd8ECUO6ikh8v9FGFA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “…pengakuan bersalah Perayu di peringkat seawal perbicaraan tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana ianya merupakan salah satu faktor peringanan hukuman yang baik. Kredit serta diskaun boleh diberikan atas pengakuan sedemikian. Prinsip ini menjadi amalan kepada Mahkamah dalam mempertimbangkan hukuman yang setimpal bagi menggalakkan Perayu mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibuat supaya masa, tenaga dan kos semua pihak yang terlibat dapat dijimatkan. Saksi- saksi juga tidak perlu dipanggil.” 8.7 Selain itu, kes MOHAMAD ABDULLAH ANG SWEE KANG V PP [1988] menjelaskan bahawa pengakuan salah OKT mewajarkan pengurangan 1/3 daripada hukuman sekiranya OKT membuat pengakuan salah, seperti berikut: - “It is generally accepted that the extent of reduction on account of a plea of guilty would be between ¼ and 1/3 of what otherwise would have been the sentence.” 8.8 Bagi kes ini, hukuman penjara maksima yang diperuntukkan adalah tujuh tahun, atau denda atau dengan kedua-dua. Berpandukan nas kes di atas, pengurangan 1/3 daripada tujuh tahun penjara adalah sebanyak 4.6 tahun penjara dan Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara 1 tahun dari tarikh ditangkap. Mahkamah ini telah mengambil kira faktor mitigasi dan faktor pemberat sebelum menjatuhkan hukuman setimpal terhadap B1. Ingin juga Mahkamah menekankan di sini bahawa, B1 melalui peguam YBGK telah memohon hukuman penjara dan bukan hukuman denda. 8.9 Maka Mahkamah ini berpendapat hukuman penjara 1 tahun, adalah amat berpatutan dan boleh bertindak sebagai pengajaran kepada B1 malah bertindak sebagai pencegahan kepada orang awam berkenaan hukuman berat yang bakal menanti sekiranya terdapat segelintir mereka yang seringkali tidak serik terlibat dalam kesalahan jenayah. Besar harapan Mahkamah ini bahawa hukuman penjara dalam tempoh tersebut dapat memberikan keinsafan kepada B1 agar tidak mengulangi perbuatan yang sama di masa hadapan. 8.10 Berbalik kepada kes ini, rayuan mitigasi OKT melalui Peguambela YBGK, memaklumkan bahawa B1 perlu menanggung ibu bapa telah memohon kepada Mahkamah agar hukuman penjara yang minima dijatuhkan. Mahkamah telah mengambil kira rayuan mitigasi tersebut dengan sewajarnya dan mengimbanginya dengan faktor-faktor lain sepertimana yang dihuraikan di atas. 9. KEWAJIPAN MAHKAMAH TINGGI SELAKU MAHKAMAH RAYUAN 9.1 Prinsip undang-undang yang terpakai didalam sesuatu rayuan telah diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Herchun Singh & Ors v. Public Prosecutor [1969] 1 LNS 52; [1969] 2 MLJ 209 di muka surat 211 seperti berikut: "This view of the trial judge as to the credibility of the witness must be given proper weight and consideration. S/N v8/3Kd8ECUO6ikh8v9FGFA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal An appellate court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding: see Sheo Swarup v. King-Emperor AIR [1934] PC 227." 9.2 Prinsip yang sama juga telah diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Lai Kim Hon & Ors v. Public Prosecutor [1980] 1 LNS 197; [1981] 1 MLJ 84, di muka surat 93 seperti berikut: "The principle of law governing appeals in criminal cases on questions of fact is well established, in that the Appeal Court will not interfere unless the balance of evidence is grossly against the conviction especially upon a finding of a specific fact involving the evaluation of the evidence of a witness founded on the credibility of such witness." 9.3 Bagaimanapun prinsip ini telah diperhalusi dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim v. Public Prosecutor & Another Appeal [2004] 3 CLJ 737 di muka surat 752 di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut: "Clearly, an appellate court does not and should not put a brake and not going any further the moment it sees that the trial judge says that that is his finding of facts. It should go further and examine the evidence and the circumstances under which that finding is made to see whether, to borrow the words of HT Ong (CJ Malaya) in Herchun Singh's case (supra) "there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding. " Otherwise, no judgment would ever be reversed on question of fact and the provision of s. 87 CJA 1964 that an appeal may lie not only on a question of law but also on a question of fact or on a question of mixed fact and law would be meaningless." 9.4 Berdasarkan otoriti-otoriti di atas, adalah disimpulkan bahawa Mahkamah di peringkat rayuan tidak sepatutnya mengganggu dapatan fakta Mahkamah Bicara melainkan Mahkamah Bicara tersebut telah melakukan kesilapan yang ketara. Namun, Mahkamah Rayuan adalah berkewajipan untuk mengganggu sesuatu keputusan Mahkamah Bicara sekiranya didapati Mahkamah Bicara tersebut telah secara serius menyalah arahkan dirinya sehingga menyebabkan suatu 'miscarriage of justice'. 9.5 Bagi kes ini, Mahkamah ini dengan suci hati mempercayai bahawa tiada kesilapan ketara mahupun ‘miscarriage of justice’ yang berlaku dalam kes ini. Malah, hukuman yang diberikan juga adalah tidak ‘excessive’ dan mengikut panduan nas-nas yang dihuraikan di atas. 10. KESIMPULAN Kesimpulannya, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman penjara 1 tahun dari tarikh tangkap pada 21.5.2023 adalah memadai dan berpatutan memandangkan Mahkamah ini telah mengambil kira kesemua faktor mitigasi dan pemberatan dengan sewajarnya. Keputusan tersebut adalah berlandaskan kepada prinsip undang-undang yang mantap dan nas-nas yang S/N v8/3Kd8ECUO6ikh8v9FGFA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sedia ada. Mahkamah ini turut berpendapat bahawa kepentingan awam memerlukan B1 dikenakan hukuman penjara bukan sahaja sebagai satu pengajaran kepada B1 tetapi untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama dan ini akan menghantar satu mesej yang kuat kepada masyarakat bahawa hukuman berat seperti ini akan menanti bagi kesalahan seperti ini. Oleh yang demikian, saya memohon agar hukuman yang dijatuhkan terhadap OKT adalah dikekalkan. Bertarikh: 6hb Julai 2023 Disediakan oleh, t.t ………………………… (ASHVINII THINAKARAN) Majistret Mahkamah Majistret Teluk Intan S/N v8/3Kd8ECUO6ikh8v9FGFA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal