[Timbalan (TPR), Jabatan Peguam Negara] MOHD HALMIZI BIN MAT JIDIN
Court convicted because prosecution proved all elements of section 14(a) AKSTK 2017: victim was a child; credible and consistent identification by the child corroborated by caregivers and CIC recordings; medical experts confirmed an acute anal fissure consistent with penetration by a hard object (excluding...
Source-derived case information.
- Citation
- CB-62JSK-23-06/2019 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Prosecution: Public Prosecutor; Accused: Mohd Halmizi bin Mat Jidin
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 1 March 2023
- Case Number
- CB-62JSK-23-06/2019 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Criminal / Appeal Judgment
- Outcome
- Appeal dismissed; conviction and sentence affirmed.
- Legal Topics
- Sexual Assault of a Child, Section 14 AKSTK 2017, Prima Facie Standard, Alibi Defence, Medical Expert Evidence, CIC Recordings
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Public Prosecutor
Prosecution
Mohd Halmizi bin Mat Jidin
Accused
Procedural Posture
Criminal / Appeal Judgment
Legal Issues
- 1 Whether prosecution proved each element of section 14(a) AKSTK 2017 beyond reasonable doubt
- 2 Whether the touching by use of an object amounted to sexual assault
- 3 Credibility and motive of prosecution witnesses (SP4, SP6, SP7)
Ratio Decidendi
Court convicted because prosecution proved all elements of section 14(a) AKSTK 2017: victim was a child; credible and consistent identification by the child corroborated by caregivers and CIC recordings; medical experts confirmed an acute anal fissure consistent with penetration by a hard object (excluding constipation); defence alibi was inconsistent and uncorroborated and accused admitted presence at home within material time — therefore no reasonable doubt remained.
Court Disposition
Appeal dismissed; conviction and sentence affirmed.
Orders
- Sentence of 5 years imprisonment and 1 stroke of the cane to commence from date of conviction
- Return of bail money to the surety
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
CB-62JSK-23-06/2019 Kand. 150 02/02/2024 15:35:39 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN JENAYAH NO.: CB-62JSK-23-06/2019 ANTARA PENDAKWARAYA DAN MOHD HALMIZI BIN MAT JIDIN (NO KP: 792204-16-5391) ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ini adalah rayuan yang difailkan oleh Pihak Pembelaan terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah pada 01.03.2023 yang telah memutuskan bahawa Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan yang munasabah dan mensabitkan OKT dengan pertuduhan dan menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun bermula dari tarikh Page | 1 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sabitan pada 01.03.2023 dan 1 sebatan. Pembelaan telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 07.03.2023 yang merayu terhadap sabitan dan hukuman tersebut. LATAR BELAKANG KES [2] OKT telah dituduh di Mahkamah dengan pertuduhan pindaan seperti berikut: “Bahawa kamu pada 24.01.2019 jam diantara 5.15 petang hingga 6.30 petang, di alamat rumah tidak bernombor Kampung Tanjung Perang, Kampung Awah, di dalam Daerah Maran, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, didapati dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal dengan memasukkan objek kayu ke dalam dubur seorang kanak – kanak nama : Aidil Haziq Al-Harraz bin Abdul Rahman, No kpt: 131016-06-0447 yang berumur 5 tahun, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta Yang Sama” Hukuman: Penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh dikenakan sebat. Page | 2 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [3] OKT tidak mengaku salah terhadap pertuduhan dan selanjutnya kes ini telah dibicarakan yang mana OKT akhirnya telah didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan. BEBAN PEMBUKTIAN [4] Pada peringkat kes pendakwaan, beban dan tahap pembuktian yang perlu dikemukakan oleh pendakwaan adalah kes “prima facie” sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 173(h)(i) dan (iii) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) iaitu; “Section 173 (h) (i) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence. (ii).. (iii) For the purpose for subparagraph (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” [5] Mahkamah telah merujuk kepada kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301, yang telah menyatakan bahawa: Page | 3 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “The test at the close of the prosecution case would be; Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.” [6] Manakala, di dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, Mahkamah telah memutuskan bahawa: “(i) at the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused; (ii) ask yourself the question: if I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me?If the answer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been madeoutThe test at the close of the prosecution case would be; Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answers is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted; (iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; Page | 4 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] MLJ 253”. [7] Maka adalah jelas bahawa diperingkat ini, Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan dan dengan penilaian maksima keterangan- keterangan yang ada bahawa setiap intipati kesalahan seperti dalam pertuduhan telah dibuktikan secara prima facie. Berdasarkan garis panduan yang dinyatakan ini, Mahkamah mempertimbangkan kes pendakwaan yang dikemukakan seperti berikut: KES PENDAKWAAN [8] Pihak Pendakwaan telah memanggil 10 orang saksi iaitu Sjn Norliza binti Mat Dali (SP1), Kpl Mohd Azman bin Mahpot (SP2), Insp Mohd Jefri bin Mat Nawi (SP3), Nurul Farahin binti Zalilah (SP4), Muhammad Fareth bin Ahmad (SP5), Norleza binti Mat Jidin (SP6), Aidil Haziq Al-Harraz bin Abdul Rahman (SP7), Jazree bin Jamaluddin (SP8), Insp Shahril bin Poddin (SP9) dan Insp Muhamad Faiez bin Zulkeflee (SP10). Pihak Pendakwaan juga telah mengemukakan ekshibit P1 hingga P22 sepanjang perbicaraan. [9] Secara ringkasnya, saksi – saksi Pendakwaan telah memberi keterangan untuk menyokong kes Pendakwaan. SP4 dalam keterangannya telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa pada 24.01.2019 jam lebih kurang 7.40 pagi, beliau dan suami telah menghantar SP7 (mangsa) yang pada ketika itu berusia 5 tahun untuk diasuh oleh isteri OKT bernama Mariani Page | 5 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal binti Abdul Samad kerana SP4 dan suami berniaga di Bandar Baru Chenor. Setelah pulang ke rumah, SP7 telah mengadu kepada SP4 bahawa duburnya sakit. SP4 telah memeriksa dubur SP7 dan mendapati terdapat kesan darah dan melecet. SP4 seterusnya membawa SP7 untuk berjumpa ibunya iaitu SP6 untuk meminta SP6 agar memujuk SP7 menceritakan apa yang telah berlaku. [10] Menurut keterangan SP7, pada hari kejadian ketika SP7 sedang menonton televisyen bersama dengan Ashraf yang berusia 4 tahun di ruang tamu rumah OKT, OKT telah mencucuk dubur SP7 menggunakan objek kayu. [11] Setelah itu, SP4 telah membuat satu laporan polis seperti di ekshibit bertanda P12. Selanjutnya, SP7 telah dibawa ke hospital dan diperiksa oleh SP5 dan SP8 di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang. [12] SP5 dan SP8 adalah saksi – saksi pakar yang mempunyai pendidikan, latihan dan pengalaman. SP5 dan SP8 telah mengesahkan terdapat cedera di dubur SP7 dan SP7 mengalami kecederaan ‘Perinial Examination: Noted small anal fissure at 7º clock position length around 4mm. No active bleeding’. SP5 telah mengeluarkan Laporan Pemeriksaan Awal seperti di ekshibit bertanda P14 dan Piktograf bertanda P15. Laporan Perubatan Rasmi juga telah dikeluarkan dan dikemukakan bertanda P16. Page | 6 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [13] SP1 dan SP9 telah merekodkan keterangan SP7 secara CIC dan telah mengemukakan CD dan Transkrip Rakaman CIC yang pertama bertarikh 31.01.2019 bertanda P3 (A-B) dan P4. CD dan Transkrip Rakaman CIC yang kedua pula bertarikh 10.04.2019 bertanda P6 dan P7 untuk menyokong kes Pihak Pendakwaan. [14] SP2 telah mengemukakan 6 keping gambar tempat kejadian bertanda P8 (A-F) manakala SP10 iaitu Pegawai Penyiasat telah membuat siasatan secara keseluruhan dan hasil siasatan menunjukkan OKT telah melakukan Amang Seksual Fizikal dengan memasukkan objek kayu ke dalam dubur SP7. DAPATAN MAHKAMAH DI PERINGKAT KES PENDAKWAAN [15] Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan – Kesalahan Seksual Kanak – Kanak 2017 telah menetapkan dua elemen kesalahan amang seksual terhadap kanak – kanak untuk dibuktikan iaitu: (i) Mangsa adalah kanak – kanak (ii) Amang seksual fizikal tersebut dilakukan bagi maksud seksual dengan tindakan menyentuh mana – mana bahagian badan seorang kanak - kanak Page | 7 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [16] Mahkamah juga telah merujuk kes Ahmad Imtiaz v PP [2022] 1 LNS 586, yang memutuskan bahawa Pendakwaan hendaklah memenuhi elemen- elemen berikut bagi membuktikan kes sebagaimana yang dipertuduh terhadap Tertuduh:- (i) Mangsa merupakan seorang kanak-kanak ketika kejadian; (ii) Tertuduh telah menyentuh mana-mana bahagian badan Mangsa tanpa persetubuhan; dan sentuhan oleh Tertuduh adalah bagi maksud seksual. ELEMEN PERTAMA: MANGSA ADALAH KANAK – KANAK [17] Bagi elemen pertama, Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa mangsa adalah seorang kanak – kanak seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta yang sama iaitu: 2. (1) Akta ini hendaklah terpakai bagi kanak – kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan sekiranya Akta ini berhubung dengan mana – mana undang – undang bertulis yang lain, bagi kanak – kanak yang berumur sebagaimana yang dinyatakan dalam undang – undang yang bertulis itu. [18] Mahkamah telah meneliti keterangan SP4 dan juga SP10 dan mendapati SP7 adalah seorang kanak – kanak yang berumur 5 tahun semasa kejadian. Dapatan ini juga telah disokong melalui laporan polis yang Page | 8 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dibuat oleh SP4 seperti ekshibit bertanda P12 yang turut menyatakan umur SP7. [19] Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan ini tidak dicabar oleh Pihak Pembelaan sepanjang perbicaraan. Oleh itu, elemen pertama tersebut telah dibuktikan oleh Pihak Pendakwaan. ELEMEN KEDUA: AMANG SEKSUAL FIZIKAL DILAKUKAN BAGI MAKSUD SEKSUAL DENGAN MENYENTUH MANA – MANA BAHAGIAN BADAN SEORANG KANAK - KANAK [20] Bagi memberi tafsiran kepada perbuatan amang seksual tersebut, Mahkamah ini telah merujuk kepada kes Pendakwa Raya lawan Mohd Khairul Azlan bin Mohd Napi, Rayuan Jenayah Mahkamah Tinggi Temerloh No: CB-42JSKH-1-03/2021 di mana YA Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut telah merujuk kepada Penyata Rasmi Parlimen bertarikh 03.04.2017 berkenaan dengan seksyen 14 ini. Tiada sebarang takrifan berkenaan dengan amang seksual. Apa yang dinyatakan hanyalah seperti berikut: "Bahagian empat terdiri daripada fasal 15 memperuntukkan mengenai kesalahan amang seksual, sexual assault, dengan izin, secara fizikal terhadap kanak-kanak. Di bawah fasal ini, mana-mana orang yang bagi maksud seksual menyentuh mana-mana bahagian kanak-kanak, membuat kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau mana- mana orang lain atau membuatkan kanak-kanak menyentuh mana-mana Page | 9 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bahagian badan kanak-kanak itu sendiri atau melakukan apa-apa perbuatan yang melibatkan sentuhan fizikal dengan kanak-kanak tanpa persetubuhan, melakukan sesuatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan tidak melebih 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat. Dapat dilihat perbuatan yang dirangkumi di bawah perbuatan amang seksual ini merupakan perbuatan yang melibatkan sentuhan." [21] YA Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut juga telah merujuk perkataan amang seksual dalam teks Bahasa Inggerisnya yang telah menggunakan perkataan “physical sexual assault on a child”. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat Dewan Bahasa Pustaka Cetakan Kesembilan 2021 perkataan amang membawa maksud: [amang II] Definisi:; mengamang, mengamang-amang, mengamangi menakuti (dengan mengacukan senjata), mengancam, menggugat: diambilnya kerisnya lalu diamanginya lawannya. Sementara itu di dalam Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan susunan Haji Zainal Abidin Safarwan amang telah ditakrifkan seperti berikut: amang II; mengamang, mengamangi mempertakuti/menakuti- nakuti dengan mengacukan senjata, mengancam, menggugat, menggaham, mengugut. [22] Sementara 'assault' dalam The Consice Oxford Dictionary Ninth Edition membawa maksud : Page | 10 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 1. a violent attack. An act that threatens physical harm to to a person, whether or not actual harm done. 2. a concerted attempt to do something demanding v. make an assault on. [23] Dalam kes yang sama, YA Hakim Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “[51] Oleh yang demikian di dalam s. 14 itu telah diberikan penjelasan berkenaan dengan bagaimanakah tindakan-tindakan tersebut boleh dikatakan mempunyai maksud seksual. Ini adalah bertujuan bagi memandu mahkamah meneliti keterangan sama ada tindakan-tindakan perayu tergolong di dalam tindakan yang boleh disimpulkan sebagai bermaksud seksual. Frasa seksual telah ditakrifkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Kesembilan 2021 seperti berikut:” Seksual: (seksual) 1. bkn seks; 2. bkn perse-tubuhan antara lelaki dengan perempuan; keseksualan 1. ciri (sifat) atau peranan seks; 2. dorongan seks. “[53] Mahkamah perlu berhati-hati melihat keterangan yang ada berdasarkan penjelasan di bawah s. 14 itu telah dikemukakan bagi menentukan sama ada perbuatan Perayu tersebut tergolong di dalam suatu tindakan bermaksud seksual. Ini bermakna tindakan menyentuh fizikal kanak-kanak sahaja tanpa dapat ditunjukkan ia bermaksud untuk seksual tidak secara automatik menjadikan sentuhan fizikal sebagai kesalahan di bawah s. 14.” Page | 11 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [24] Mahkamah juga merujuk kepada huraian 1 dan huraian 2 seksyen 14 tersebut yang menyatakan seperti berikut: “Huraian 1- Perbuatan menyentuh boleh melibatkan perbuatan menyentuh dengan menggunakan mana - mana bahagian badan atau dengan suatu objek dan boleh dilakukan dengan apa – apa sahaja termasuk apa – apa sahaja yang dipakai oleh orang yang menyentuh atau kanak – kanak yang disentuh.” “Huraian 2- Dalam menentukan apa yang menjadi maksud seksual, Mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.” [25] Oleh itu, Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa OKT telah menyentuh mana – mana bahagian badan SP7 sama ada menggunakan mana – mana bahagian badan atau objek dengan tujuan seksual. Mahkamah juga perlu melihat keterangan setempat dan keadaan semasa kejadian sentuhan itu berlaku untuk menentukan samada sentuhan tersebut boleh dijuruskan kepada ianya adalah bermaksud seksual. Sebagai contoh, tempat kejadian yang berlaku di kawasan sunyi atau tempat tertutup daripada pandangan umum maka ia mungkin boleh dilihat sebagai suatu sentuhan yang bermaksud seksual. [26] Mahkamah telah meneliti keseluruhan keterangan - keterangan saksi – saksi Pendakwaan dari SP1-SP10 dan membuat penemuan seperti berikut: Page | 12 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (a) Pada 24/1/2019, SP4 telah menghantar SP7 ke tempat kejadian untuk diasuh oleh Mariani bt Abdul Samat yang merupakan ibu saudara SP4 dan isteri kepada OKT. (b) Berdasarkan keterangan SP7, ketika SP7 sedang menonton televisyen bersama Ashraf di ruang tamu rumah Mariani, OKT telah mencucuk dubur SP7 menggunakan objek kayu. Keterangan SP7 dalam menjawab soalan tambahan berkenaan kejadian sentuhan oleh ‘Aki’ (nama panggilan OKT oleh SP7) adalah sebagaimana berikut: SP7 (Semasa pemeriksaan utama) S: Haziq nak cerita dengan kakak pasal siapa? J: Aki. S: Kenapa dengan Aki nie? J: Dia buat Haziq. S: Apa yang Aki buat dekat Haziq? J: Dia cucuk buntut. Page | 13 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S: Dia cucuk buntut siapa? J: Haziq. S: Dia cucuk buntut Haziq pakai apa? J: Kayu ….. S: Kalau kakak bagi patung dekat Haziq boleh tak Haziq tunjuk macam mana yang Haziq cakap Aki cucuk tu? Haziq boleh gerak-gerakkan patung nie, patung nie kan boleh gerak-gerak. Okay. Macam mana ha… boleh cerita kat kawan-kawan kakak macam mana? J: Macam nie (sambil mencapai sebatang pen). Masa tu Haziq tengah tengok TV (sambil mengerakkan satu patung untuk duduk membelakangkan satu patung lain). S: Haziq yang mana satu Haziq? J: Nie. (sambil mengoyangkan patung yang duduk di hadapan). S: Aki yang mana? J: Nie. (sambil menyentuh patung yang duduk di belakang). S: Pastu? Page | 14 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal J: Pastu dia sorok kayu nie kat belakang dulu. (sambil meletakkan pen di belakang patung yang berada di belakang). Pastu Haziq pandang belakang, pastu Haziq tanyalah ‘Aki nak buat apa dengan kayu tu?’, pastu Aki cakap nak buang. Pastu Haziq tengoklah TV semula. Pastu Aki ambil kayu nie, pastu dia ambik kayu tu, pastu dia cucuk sini. (sambil menunjukkan patung belakang mencucuk bahagian dubur patung hadapan dari arah belakang) S: Tapi Haziq pandang depan, macam mana Haziq tahu Aki cucuk tu? J: Sebab Haziq ada rasa Aki cucuk. S: Sbb Haziq rasa ada Aki cucuk? J: Tapi Haziq tak tahulah kayu ke apa. S: Yang Haziq nampak apa? J: Haziq nampak bucu tu je. Bucu macam nie. Tajam. (sambil merujuk kepada bahagian mata di pen di tangan). S: Bucu apa? J: Bucu kayu. S: Pastu Haziq ada cakap apa-apa ke bila Aki buat macam tu? J: Emm..takde. Page | 15 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S: Apa yang Haziq rasa? J: Sakit sikit-sikit. (c) Keterangan SP7 seperti di atas telah disokong dengan keterangan SP4 dan laporan polis beliau seperti ekshibit bertanda P12 yang menyatakan bahawa, beliau hanya menyedari kejadian yang menimpa SP7 setelah pulang ke rumahnya, apabila SP7 mengadu duburnya sakit. SP4 telah memeriksa dubur SP7 dan mendapati terdapat kesan darah dan melecet. Menurut keterangan SP6 pula, SP7 menceritakan kepadanya bahawa ‘Aki’ telah mencucuk duburnya menggunakan objek kayu. Kejadian ini diceritakan oleh SP7 sendiri dalam keadaan ingatannya masih utuh dan kejadian baru sahaja berlaku di hari yang sama. (d) Selain dari itu, Mahkamah juga mendapati, kecederaan yang dialami oleh SP7 pada bahagian duburnya telah disahkan oleh keterangan dan laporan dari SP5 dan SP8. SP5 telah mengesahkan bahawa SP7 mengalami kecederaan ‘Perinial Examination: Noted small anal fissure at 7º clock position length around 4mm. No active bleeding yang dapat dilihat melalui Laporan Pemeriksaan Awal dan Piktograf yang dikeluarkan oleh SP5 yang telah dikemukakan dan ditanda sebagai P14 dan P15. Laporan Perubatan Rasmi juga telah dikemukakan dan ditanda sebagai P16. Page | 16 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (e) SP7 telah memberi keterangan yang konsisten bahawa OKT telah mencucuk duburnya dengan menggunakan kayu dan keterangan itu adalah sepadan dengan dua rakaman CIC yang telah dikemukakan melalui CD dan Transkrip Rakaman seperti ekshibit bertanda P3 (A-B), P4, P6 dan P7. Walaupun terdapat sedikit percanggahan dalam keterangan SP7, Mahkamah mendapati ianya tidak material dan keseluruhan keterangan SP7 masih lagi konsisten bahawa OKT telah mencucuk duburnya dengan kayu semasa kejadian. (f) Selanjutnya, SP7 telah diperiksa oleh SP5 dan SP8 di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan disahkan mengalami kecederaan dan berdasarkan nota klinikal telah menyatakan ‘Perinial Examination: Noted small anal fissure at 7° clock position length around 4mm. No active bleeding’. [27] Justeru, berdasarkan keterangan SP7 yang mengecam dan mampu menceritakan secara positif dan konsisten dalam rakaman CIC dan juga keterangannya di Mahkamah bahawa OKT telah mencucuk duburnya menggunakan kayu semasa kejadian hingga SP7 merasa sakit menunjukkan terdapat sentuhan ke atas badan SP7 oleh Tertuduh. [28] Mahkamah juga mendapati keterangan SP7 tersebut turut disokong oleh keterangan lain yang menyokong penceritaan SP7 tentang sentuhan tersebut yang antaranya adalah pemeriksaan SP5 dan SP8 yang Page | 17 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mengesahkan terdapat kecederaan di dubur SP7. Selain itu, koroboratif SP4 yang ada menghantar SP7 ke tempat kejadian pada hari kejadian dan ada mendengar aduan SP7 yang duburnya sakit. Keterangan SP6 bahawa pada malam kejadian, SP7 telah menceritakan bahawa duburnya telah dicucuk oleh Tertuduh juga turut menyokong keterangan SP7 bahawa kejadian ini telah sememangnya telah berlaku pada hari tersebut. [29] Dalam hal ini, Mahkamah telah merujuk kepada kes Zulkifli Ahmad v PP (2022) 1 LNS 516 bahawa elemen terpenting yang perlu dibuktikan dalam kes kesalahan di bawah AKSTK 2017 atau jenayah seksual ialah elemen pembuktian perbuatan oleh tertuduh terhadap mangsa, sebagaimana berikut:- “[18] Pertuduhan ketiga pula adalah satu jenayah di bawah s. 26(1) AKSTK. Elemen kesalahan yang perlu dibuktikan adalah mangsa seorang kanak- kanak di bawah umur 18 tahun, Perayu telah melakukan apa-apa perbuatan lain melibatkan kontak fizikal terhadap mangsa tanpa persetubuhan dan perbuatan itu dilakukan oleh Perayu bagi tujuan atau maksud seksual. Di sini juga, walaupun butiran seperti tarikh tepat dan masa adalah amat berguna tetapi butiran tersebut tidak merupakan essential part of the alleged offence. [19] Mahkamah ini merujuk kepada keputusan kes Mohd Ridzuan Mohd Yassin lwn. PP [2021] 1 LNS 2135 di mana sabitan di bawah s. 376(3) KK dikekalkan walaupun pertuduhan pindaan pertama menyatakan pada bulan Page | 18 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Februari 2018 jam lebih kurang 12 malam sedangkan mangsa menyatakan dalam pemeriksaan balas ia dilakukan jam 2 lebih. Prinsip undang-undang di atas dipakai dan Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut mendapati pertuduhan tidak memprejudiskan tertuduh walaupun ianya tidak dipinda kerana perbuatan tersebut telah dibuktikan dilakukan.” [30] Selain daripada itu, Mahkamah juga mendapati perbuatan OKT mencucuk dubur SP7 menggunakan objek kayu adalah termasuk dalam takrifan seksyen 14(a) AKSTK 2017 dan Huraian 1, menyentuh mana-mana bahagian tubuh Mangsa kerana takrifan tersebut juga meliputi sentuhan menggunakan objek termasuklah objek kayu sebagaimana dalam kes ini. Maka elemen sentuhan kepada mana-mana bahagian tubuh ini telah dibuktikan melalui keterangan SP7 yang mengecam OKT telah mencucuk duburnya menggunakan kayu. Keterangan saksi-saksi lain dan laporan perubatan menguatkan pengecaman SP7, sekali gus membuktikan elemen tersebut yang menjadi elemen penting dalam kes ini telah dipenuhi. [31] Seterusnya Mahkamah perlu menentukan bahawa sentuhan oleh OKT tersebut adalah bagi maksud seksual. Menurut Huraian 2, Seksyen 14(a) AKSTK 2017, dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, Mahkamah boleh menimbangkan antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu. Page | 19 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [32] Dalam kes ini, keterangan menunjukkan bahagian tubuh yang disentuh OKT adalah pada dubur SP7 menggunakan objek kayu. SP7 dalam kes ini merupakan seorang kanak-kanak lelaki. Mahkamah mendapati bahawa bahagian dubur adalah bahagian sulit SP7. Perbuatan Tertuduh mencucuk dubur SP7 hingga SP7 mendapat kecederaan yang disahkan oleh SP5 dan SP8 sebagai Noted small anal fissure at 7° clock position length around 4mm. Mahkamah mendapati bahawa OKT tidak mempunyai alasan untuk melakukan perbuatan tersebut dan jika sekalipun gurauan adalah alasan OKT mencucuk dubur SP7, maka gurauan tersebut adalah bersifat seksual dan one sided kerana OKT mendapat keseronokan akibat perbuatan tersebut manakala SP7 pula telah mendapat kecederaan anal fissure pada duburnya. Mahkamah akui kes ini agak unik dan berbeza dengan kes -kes yang lain seperti yang dihujahkan oleh Pembelaan dimana, dalam kes-kes yang dirujuk tersebut menunjukkan perbuatan seperti meramas buah dada atau meraba alat sulit yang jelas menunjukkan suatu perbuatan bermaksud seksual. [33] Walaupun, perbuatan sentuhan OKT menggunakan objek kayu dalam kes ini tidak secara langsung menunjukkan niat seksual tetapi ianya telah memenuhi huraian 1 dan huraian 2 seksyen 14(a) dan pada hemah Mahkamah ianya adalah mencukupi untuk menafsirkan perbuatan OKT tersebut adalah amang seksual. Malahan maksud perkataan amang seksual itu sendiri iaitu dalam teks inggerisnya sebagai “physical assault on a child” sepertimana yang dinyatakan di dalam perenggan [21] dan [22] di atas jelas menunjukkan bahawa perbuatan OKT yang mencucuk dubur SP7 sehingga Page | 20 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal cedera adalah suatu perbuatan yang terjumlah kepada “physical assault” yang bermaksud seksual. Takat perbuatan OKT tersebut yang mencucuk sehinga cedera tidak lagi boleh dianggap sebagai suatu gurauan. Malahan, pada hemah Mahkamah ianya adalah suatu perbuatan di luar tabii yang bermaksudkan seksual. Mahkamah mendapati, Pihak pembelaan dalam kes ini tidak pernah sama sekali membangkitkan pembelaan mereka bahawa perbuatan OKT tersebut adalah suatu perbuatan gurauan dan jika ianya suatu gurauan sekali pun, Mahkamah percaya seksyen 14(a) ASTK 2017 tidak mengecualikan perbuatan seupama tersebut kerana ianya tidak dinyatakan di dalam mana-mana peruntukkan spesifik di dalam ASTK 2017 mengenai suatu pembelaan gurauan. [34] Selain daripada itu, Mahkamah juga perlu melihat bagaimana dan dimana tempat kejadian itu berlaku sebelum memutuskan samada OKT berniat seksual atau tidak semasa perbuatan dilakukan. Dalam kes ini, keterangan menunjukkan bahawa kejadian berlaku di ruang tamu yang terbuka dan hari yang siang yang tidak menjadikan situasi tersebut sebagai unlikely condition untuk satu jenayah seksual berlaku. Kejadian berlaku semasa SP7 sedang menonton televisyen bersama Ashraf yang berumur 4 tahun ketika itu dan ada 1 orang dewasa lain yang berada di dapur rumah tersebut. Pembelaan telah meletakkan kepada SP10 bahawa situasi ruang tamu yang terbuka menjadikannya unlikely untuk suatu jenayah seksual sebagaimana kes ini berlaku. Page | 21 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [35] Mahkamah mendapati bahawa meskipun sifat ruang tamu rumah itu terbuka, namun ruang tamu rumah itu sendiri adalah berdinding dan tersorok serta terhalang daripada pandangan orang luar di luar rumah. Tambahan pula, dalam kes ini, individu lain yang berada dalam rumah hanyalah Ashraf yang berusia 4 tahun ketika itu dan Wan (Mariani bt Abdul Samat) yang sedang berpantang. Mahkamah berpendapat masih wujud ruang dan peluang untuk OKT melakukan perbuatan yang dipertuduh terhadapnya keatas SP7. Lebih-lebih lagi dengan keterangan SP7 dan SP10 bahawa seluar SP7 tidak tertanggal pun ketika kejadian. Ini bermaksud adalah mudah untuk Tertuduh menyorokkan perbuatannya dari sebarang mata yang memandang. Mahkamah mendapati bahawa dalam kes ini, SP7 pasti yang OKT telah mencucuk duburnya menggunakan objek ketika SP7 sedang menonton televisyen dan perbuatan tersebut tidak memerlukan masa yang lama untuk dilakukan sebelum dilihat oleh orang lain. [36] Justeru itu, berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan di atas, Mahkamah berpuashati dan mendapati maka bahawa elemen kedua pertuduhan telah juga dibuktikan oleh Pihak Pendakwaan. Mahkamah memutuskan perbuatan OKT mencucuk dubur SP7 menggunakan objek kayu pada hari kejadian tersebut adalah suatu perbuatan amang seksual bermaksud seksual yang tertakluk kepada suatu kesalahan dibawah seksyen 14(a) ASTK 2017. Page | 22 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [37] Seterusnya, Mahkamah telah meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh Pembelaan pertamanya isu kredibiliti SP4, SP6 dan SP7 dan motif dendam oleh SP4 terhadap OKT. Pembelaan semasa pemeriksaan balas telah membangkitkan bahawa SP4 merupakan seorang yang bermotif dendam dan mereka cerita kes ini untuk menganiya OKT yang dikatakan telah mengambilnya pulang dari kerja sebagai escort di masa dahulu dan menyebabkan SP4 dihantar ke Sekolah Tunas Bakti, Marang Terengganu. [38] Dalam hal ini, Mahkamah mendapati keterangan SP4 dalam adalah terhad sebagai Pengadu yang membuat laporan polis tentang kejadian yang menimpa anaknya, SP7. Tiada keterangan kukuh berjaya ditunjukkan oleh Pembelaan bahawa SP4 selaku pengadu di dalam kes ini mempunyai motif dendam terhadap OKT. Aduan tertuduh juga telah disokong oleh keterangan SP7 dan SP6 dan seterusnya disahkan oleh Doktor yang memeriksa dubur SP7 iaitu SP5 dan SP8. Mahkamah juga mendapati bahawa hubungan kekeluargaan antara SP4 dan OKT adalah pada ketika kejadian baik sahaja. Ini dapat dilihat daripada fakta bahawa SP4 telah menghantar SP7 ke rumah OKT untuk menjaga SP7 dan SP4 telah menggangap OKT dan isterinya, Mariani, adalah insan yang dipercayai untuk menjaga SP7 sementara SP7 berniaga di Chenor. Oleh itu, Mahkamah mendapati isu motif saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP4 adalah tidak dapat dipertahankan dan Mahkamah mendapati saksi-saksi tersebut telah memberi keterangan secara kredible dan telus. Page | 23 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [39] Pembelaan juga telah membangkitkan isu rakaman CIC yang bercanggah, mengandungi soalan memimpin dan keperluan rakaman CIC kedua. Dalam hal ini, setelah meneliti keterangan yang ada, Mahkamah mendapati bahawa rakaman keterangan CIC SP7 adalah mematuhi peruntukkan di bawah Seksyen 6 Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007. [40] Mahkamah mendapati percanggahan yang wujud adalah tidak material hingga menjejaskan elemen-elemen penting kes seperti pengecaman Tertuduh dan kelakuan Tertuduh mencucuk dubur SP7 menggunakan objek. Keterangan SP7 telah diuji oleh Pembelaan semasa pemeriksaan balas dan Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP7 kekal utuh dan konsisten serta tidak tercabar tentang pengecaman dan bagaimana OKT telah cucuk duburnya menggunakan kayu. [41] Pembelaan juga telah membangkitkan bahawa kecederaan SP7 adalah berkemungkinan disebabkan oleh permulaan sembelit. Dalam hal ini, Mahkamah telah menerima keterangan kedua-dua saksi Doktor Pakar iaitu SP5 dan SP8 yang menyatakan bahawa kecederaan SP7 di bahagian duburnya adalah konsisten dengan ‘penetration by hard object’ dan tidak sesuai sebagai disebabkan sembelit, khususnya kerana kecederaan adalah acute dan bukan chronic fissure yang menjadi simptom kepada sembelit. Keterangan SP5 semasa pemeriksaan utama dan balas adalah seperti berikut : Page | 24 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal SP5 (pemeriksaan utama) S: Apakah hasil pemeriksaan fizikal yang dijalankan terhadap pesakit ini J: Daripada pemeriksaan yang dilakukan bersama saya dan pakar mendapati memang ada kesanlah luka, kita panggil fissurelah pada kedudukkan 7° clock, pukul 7, dalam linkungan itu kecederaan terlihat dalam panjangnya dalam 4mm macamtulah tapi no active bleed, tiada pendarahan yang masih berlaku. …. S: Kesan kecederaan atau koyakan itu adakah ianya baru atau lama? J: Daripada pemeriksaan tu didapati kecederaan itu boleh dikatakan acute kita panggil. Sbb kita tahu fissure nie dibahagi kepada 2 lah. Its either acute or chronic. Chronic means has been happening for a long period of time lah basically in chronic fissure we can see scar tissue ahh fibrosislah and in case of constipation there will be a lot of fissure and there will be fribrosis and kita panggil macam parutlah keras and untuk luka yang kita dapat pada mangsa ini nampak dia lebih fresh maksudnya dia punya mucosa layer dia masih healthy kita nampak dekat situ. S: Tadi Dr sebut constipation, dalam kes kita pada hari ini, ada dimaklumkan atau pemeriksaan berkait dengan constipation terhada pesakit ini? J: Saya daripada keterangan yang diberikan oleh ibulah. Ibu mengatakan bahawa mangsa tida pernah ada masalah sembelit sebelum ini dan tak pernah complain pasal sembelit langsung dan pemakanannya nomal Page | 25 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sahaja jadi saya rasa fissure ini atau luka ini bukan disebabkan oleh constipation tersebut. S: Jadi dalam kes kita ini, fissure tersebut disebabkan oleh apa Dr? J: Daripada cerita mak dan juga adik tadi kemungkinan disebabkan oleh hard object yang daripada history disebabkan oleh kayulah. S: Okay, apakah dapatan akhir atau hasil diagnose Dr berdasarkan pemeriksaan terhadap pesakit ini? J: Dapatan saya daripada history taking dan juga physical examination yang kita buat ia adalah tele lah dengan apa yang diceritakan oleh ibu dan cross reference oleh mangsa dan juga physical examination tadilah. Dan ia ada luka pada dubur kawasan pukul 7 tadi. S: Adakah konsisten kecederaan kanak-kanak ini konsisten dengan penggunaan objek keras atau kayu yang dikatakan tadi. J: Ya betul. Objek keras. SP5 (pemeriksaan balas) S: Dalam kes ini, hasil atau pendapat Dr, kes ini melibatkan satu chronic fissure? J: Acute. Untuk this case acute lah. Page | 26 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S: Dan acute ini biasanya melibatkan fresh new tear? Betul eh? J: Betul. S: Dr juga menolak possibility berlakunya constipation, so pada Dr tak kut, betul eh? J: Ha. Betul. Tak constipatelah budak ini. S: Cadangan saya kalau constipate di peringkat awal, sembelit tu baru berlaku, dan bukan prolong, cadangan saya kemungkinan wujud anal fissure di peringkat awal, dia tak perlu ada apa tu yang Dr kata tu? J: Biasanya constipate fissure takkan berlaku terus, maksud saya dia mesti budak tu akan complain constipation for a long period of time. Prolong constipation for a long period of time akan menyebabkan tearing of skin tadi yang saya cakap nie yang kemudiannya kita akan panggil fissure. Dia bukan kita kata sembelit sekali akan jadi fissure tak. Dia mesti in a long period of time. Dalam budak dia ada certain certain disease yang kita akan relate to that yang kita dah rule out daripada hstory from the mother herself. … S: Maka cadangan saya sebenarnya Dr tidak bertanya dengan masalah constipation pada pesakit atau ibunya? Setuju? Tak tahu? J: Yang berdasarkan laporan nie tak dinyatakan tapi seperti saya bercakap saya ada bertanya. Memang saya ada bertanya dan saya ingat tapi saya tidak dokumenkan di sinilah. SP8 (pemeriksaan utama) Page | 27 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S: Rujuk pada perenggan 3 muka surat pertama, apa hasil pemeriksaan fizikal Dr ke atas adik Haziq? J: Keputusannya pesakit adalah stable namun pada pemeriksaan dubur ternampak satu anal fissure pada posisi jam 7 panjangnya hanya 4mm dan tiada kesan pendarahan. ….. S: Kenapa dr kata ini luka baru? J: Bila lihat pada luka tiada kesan-kesan luka chronic. Seperti anal fissure dia acute or chronic. For chronic dia ada kesan-kesan seperti kuman atau kesan peeling tapi patient ini kesan baru. Clean cut with no healing process happen yet. S: Jelaskan P6 ini Dr? J: Kecederaan iaitu anal fissure can be due to hard object caused by force penetration or force expulsion to the anus. S: Pada pandangan Dr boleh sembelit akibatkan kesan ini? J: Sembelit boleh juga. Kalau sembelit untuk anal fissure it has to be a chronic and to be quite some time and bila chronic constipation dia terlalu keras, najis tu terlalu besar dan tidak boleh keluar and bila dia keluar tu kawasan anal fissure senang lukalah. Kenapa chronic sebab bila chronic constipation dia kekurangan darah dan senang koyak. Page | 28 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S: Dalam kes ini ada constipation? J: Kes ini tiada chronic constipation. S: Mengapa Dr kata begitu? J: Kerana dalam history notes hospital ada tanya patient ada sembelit atau tidak. Dia kata tidak ada. S: Hasil pemeriksaan abdomen? J: Pemeriksaan abdomen tidak menunjukkan tanda-tanda kecederaan atau tanda constipation. [42] Berdasarkan keterangan di atas, Mahkamah mendapati kedua-dua saksi pakar pegawai perubatan SP5 dan SP8 telah mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami oleh SP7 adalah bukan satu natural occurrence disebabkan oleh “constipation” ataupun sembelit mahupun perbuatan garu sendiri. Keterangan menunjukkan bahawa kecederaan mangsa adalah konsisten dengan “force penetration or force expulsion to the anus”. [43] Pada hemah Mahkamah, dapatan ini menyokong keterangan SP7 bahawa duburnya telah dicucuk oleh OKT dengan objek kayu. Sifat kayu adalah umumnya keras dan apabila dicucuk di dubur SP7 tanpa kerelaanya Page | 29 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal maka adalah logik untuk berlaku anal fissure akibat force penetration tersebut. [44] Akhirnya diperingkat ini, Setelah membuat penilaian secara maksimum kepada kesemua keterangan yang ada, Mahkamah mendapati bahawa Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen pertuduhan dibawah seskyen 14(a) ASTK 2017 dan membuktikan kes prima facie dan seterusnya memerintahkan OKT untuk dipanggil membela diri. [45] OKT diberi 3 pilihan iaitu, samada memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi atau memberi keterangan bersumpah dari kandang tertuduh atau berdiam diri. OKT telah memilih untuk membela diri dengan memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi dan tertakluk kepada pemeriksaan balas. KES PEMBELAAN [46] Beban pembuktian di akhir kes Pembelaan adalah untuk pihak Pendakwaan membuktikan kesnya melampau keraguan yang munasabah. Seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan seperti berikut: “(1) Di penghujung perbicaraan, Mahkamah hendaklah menimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan di hadapannya dan hendaklah memastikan sama ada pendakwa telah membuktikan kesnya hingga tiada keraguan munasabah. Page | 30 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (2) Jika Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwa telah membuktikan kesnya hingga tiada keraguan munasabah, Mahkamah hendaklah memutuskan bahawa tertuduh itu bersalah dan dia boleh disabitkan atas kesalahan itu. (3) Jika Mahkamah mendapati bahawa pendakwa masih belum membuktikan kesnya hingga tiada keraguan munsabah, Mahkamah hendaklah merekodkan suatu perintah pembebasan.” [47] Prinsip yang sama juga telah diterangkan di dalam kes Balachandran v PP 2 MLJ 301 yang memutuskan seperti berikut: “As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt. However it must be observed that it cannot, at that stage, be properly described as a case that has been proved beyond reasonable doubt. Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence.” Page | 31 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [48] Seterusnya, Mahkamah Persekutuan di dalam kes MD ZAINUDIN BIN RAUJAN V PUBLIC PROSECUTOR [2013] 3 MLJ 773, sekali lagi telah menekankan prinsip yang sama seperti berikut: “At the conclusion of the trial, s. 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well - established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Abu Bakar v. PP [1949] 1 LNS 50;; [1950] 16 MLJ 57 Spenser - Wilkinson J, at 59, opined: “In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v. Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the “ordinary rule” which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused’s guilt.” Page | 32 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [49] Berdasarkan nas otoriti-otoriti seperti di atas, adalah merupakan satu prinsip yang mantap di dalam undang-undang bahawa tugas Mahkamah di akhir perbicaraan penuh adalah untuk mempertimbangkan keterangan OKT dengan keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan Pendakwaan dan menentukan sama ada OKT telah berjaya membuktikan satu keraguan yang munasabah atau tidak terhadap kes Pendakwaan. [50] Keraguan Munasabah telah didefinisikan seperti berikut di dalam kes PP V SAIMIN & ORS [1971] 2 MLJ 16: “The following definition of ‘reasonable doubt’ is often quoted: It is not mere possible doubt, because everything relating to human affirs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainly of the truth of the ‘charge’. It has been said that ‘reasonable doubt’ is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your conscience, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself, I doubt if he is guilty, then it is reasonable doubt, it is a doubt which settles in your judgement and finds a resting place there”. [51] Bagi tujuan membela diri, Pihak Pembelaan telah memasukkan notis alibi selepas Mahkamah memutuskan suatu kes prima facie telah dibuktikan Page | 33 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal terhadap OKT dan OKT telah dipanggil untuk membela diri. Pihak Pembelaan juga telah memanggil 5 orang saksi iaitu OKT sendiri (SD1), Mariani binti Abd Samat (SD2), Mohd Azuan Hazri bin Habibul Akhir (SD3), Rosmah binti Mat Jidin (SD4) dan Rapeah binti Mahmod (SD5). [52] Selepas Mahkamah memerintahkan OKT untuk dipanggil membela diri, Pihak Pembelaan telah memasukkan suatu notis alibi bertarikh 09.08.2021 seperti eksibit bertanda D24. Mahkamah telah memutuskan bahawa notis alibi tersebut adalah sah dan mematuhis peruntukan seksyen 402A (3) Kanun Tatacara Jenayah. [53] Berdasarkan notis alibi tersebut, Mahkamah mendapati bahawa pembelaan tunggal OKT adalah bahawa OKT pada masa 5.15 petang sehingga 6.30 petang pada tarikh kejadian 24.09.2019, tidak berada di tempat kejadian sepertimana pertuduhan. Pihak Pembelaan telah mengemukakan eksibit-eksibit berikut sepanjang perbicaraan iaitu: (i) Notis alibi eksibit bertanda D24 (ii) Salinan WhatsApp antara SD2 dan OKT eksibit bertanda IDD25 (iii) Salinan WhatsApp antara SD2 dan OKT dari jam 11.00 pagi – 5.00 petang eksibit bertanda P26; dan (iv) Resit Bengkel Nam Woei eksibit bertanda D27 Page | 34 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [54] SD1, OKT telah memberi keterangan bahawa pada masa kejadian, OKT berada di Bengkel untuk membaiki lori bersama rakan sekerja iaitu SD3. Untuk menyokong alibi OKT tersebut, Pihak Pembelaan telah mengemukakan resit bengkel Nam Woei seperti eksibit bertanda D27. [55] SD2 merupakan isteri kepada OKT dan telah memberi keterangan bahawa pada masa kejadian, OKT tidak berada di rumah dan telah berada di tempat kerja. Untuk membuktikan perkara tersebut, SD2 telah mengemukakan Salinan WhatsApp antara SD2 dengan OKT seperti eksibit bertanda IDD25. Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi versi Salinan WhatsApp antara SD2 dengan OKT pada tarikh yang sama telah diserahkan kepada SP10 seperti eksibit bertanda P26 (A dan B). [56] SD3 yang merupakan rakan sekerja OKT telah memberi keterangan bahawa, OKT ada bersamanya dari jam 4 petang hingga jam 5 petang kerana OKT ingin menemaninya ke bengkel. SD3 walaubagaimanapun, memaklumkan bahawa dia tidak mengetahui keberadaan OKT selepas pada jam 5 petang. [57] SD4 dan SD5 yang merupakan kakak dan ibu OKT telah memberi keterangan bahawa pada sekitar jam 5.15 petang hingga jam 6.30 petang, OKT tidak berada di rumah OKT tetapi telah sampai di rumah SD5 setelah mengambil anak dan isteri OKT. Page | 35 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal DAPATAN MAHKAMAH DI PERINGKAT KES PEMBELAAN [58] Pihak Pembelaan telah membangkitkan satu pembelaan tunggal melalui notis alibi seperti eksibit bertanda D24 yang menyatakan pada masa kejadian, OKT tidak berada di rumah tetapi berada bersama rakan sekerja SD3 di bengkel. Setelah itu OKT telah pergi ke rumah ibunya SD5 bersama isteri dan anak OKT. [59] Mahkamah telah menilai keterangan saksi – saksi Pembelaan yang lain iaitu SD1 sehingga SD5 serta eksibit – eksibit yang dikemukakan bertanda D24, IDD25, P26 (A dan B), dan D27. Mahkamah mendapati wujudnya keterangan OKT dan SD2 sendiri mengesahkan bahawa pada 24.01.2019 terdapat tempoh masa OKT berada di rumah pada sekitar jam 5.15 petang sehingga 6.30 petang. [60] Ini dapat dilihat, berdasarkan keterangan OKT sewaktu pemeriksaan balas seperti berikut: SD1 (semasa pemeriksaan balas) S: Pukul berapa sampai rumah? J: Dalam 6-6:10. Page | 36 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S: Bila sampai rumah isteri dan anak dah siap-siap depan rumah? J: Setuju. S: Kemudian, Encik Halmizi tidak pun mengambil anak bongsu bernama Firdaus? J: Setuju S: Ada turun kereta dan masuk rumah? J: Tidak. S: Mariani ada siap-siap anak tadi? J: Setuju. S: Waktu tu Encik Halmizi kat mana? Kereta je? J: Ye. S: Berapa lama Puan Mariani siap-siap anak? J: Dia dah ada depan pintu. S: Berapa lama siap? J: 5-10 minit. Page | 37 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S: Setuju masa Encik Lalmizi sampai rumah, Haziq pun ada rumah? J: Setuju. S: Nama penuh haziq ialah Aidil Haziq al Harraz? J: Setuju. S: Masa Mariani siap anak, anak akan gerak sana sini, setuju? J: Setuju. S: Haziq sorang dan isteri Encik Halmizi dengan anak? J: Dia dengan asyraf. S: Kat mana? J: Depan pintu. S: Pintu rumah Encik Halmizi berdepan dengan ruang tamu? J: Setuju. S: Saya cadangkan Encik Halmizi tidaklah berada di kereta semata-mata pada 6- 6:10 tarikh kejadian? J: Tidak. Page | 38 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S: Ada masuk rumah waktu tu? J: Tidak. [61] Berdasarkan keterangan tersebut, Mahkamah mendapati OKT sendiri telah mengesahkan bahawa OKT telah sampai ke rumah antara jam 6-6.10 petang. Keterangan tersebut juga menunjukkan bahawa mangsa SP7 adalah berada di tempat kejadian. Pada hemah Mahkamah, pada takat ini, alibi OKT seperti eksibit bertanda D24 tidak lagi relevan memandangkan wujudnya pengakuan OKT bahawa OKT telah sampai di rumah pada jam 6-6.10 petang yang mana ianya adalah dalam tempoh masa seperti pertuduhan. Oleh itu, dalam keadaan ini, OKT dalam keadaan berkemampuan untuk melakukan perbuatan amang seksual ke atas SP7 disebabkan OKT telah berada di tempat kejadian dalam tempoh masa tersebut sebelum OKT pergi ke rumah ibunya. [62] Mahkamah seterusnya telah menilai keterangan SD2 iaitu isteri OKT yang telah mengemukakan Salinan WhatsApp antara SD2 dengan OKT seperti eksibit bertanda IDD25. Kandungan WhatsApp IDD25 menunjukkan perbualan antara OKT dan SD2 pada jam 5.40 petang sehingga 5.46 petang yang mengatakan bahawa OKT tidak berada di rumah seperti pertuduhan semasa waktu kejadian antara jam 5.15 hingga 6.30 petang pada tarikh 24.01.2019. Page | 39 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [63] Walaubagaimanapun, di dalam IDD25 yang dikemukakan tersebut, di bahagian bawah perbualan WhatsApp antara OKT dengan SD2 terdapat satu pesanan yang masih tidak dihantar berbunyi: “BARU NAK GIE OFIS, SAMPAI-SAMPAI RUMAH TRUS BAWAK KOJIC GIE RUMAH LONG?”. Perkara ini telah berbeza dengan satu lagi versi perbualan WhatsApp yang sama yang telah diserahkan kepada SP10 seperti eksibit bertanda P26 (A dan B) yang mana ianya tidak mengandungi pesanan yang belum dihantar tersebut. [64] SD2 telah menjelaskan perkara ini bahawa kandungan WhatsApp yang tidak dihantar tersebut telah dibuat pada tarikh yang sama iaitu 24.01.2019 tetapi tidak dihantar kepada OKT kerana ianya adalah bertujuan untuk peringatan sendiri dan bukannya ditaip sebelum pergi ke balai polis pada bulan 8.2022. Mahkamah mendapati keterangan SD2 ini adalah tidak kredibel dan bersifat pemikiran semula dan rekaan semata – mata untuk menyesuaikan versi pembelaan OKT. Perlu diingat bahawa SD2 merupakan isteri kepada OKT adalah seorang saksi yang berkepentingan yang tinggal bersama OKT dan mempunyai peranan aktif dalam siasatan kes ini. [65] Dalam hal ini, Mahkamah telah merujuk kepada kes AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMED YUSOFF v PUBLIC PROSECUTOR [2022] MLJU 2519 yang memutuskan seperti berikut: Page | 40 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “[38] I do not see how SD3 could be a disinterested witness from the Notes of Evidence in this appeal. It was clear as day whose side she had taken and she was very defensive of the Appellant, her husband. SD3’s evidence would then require corroboration, going by the principle highlighted above. [39] The Appellant alleged that his son had constipation problems which was supported by the evidence of SD2. It was argued that the burden of proof was not on the Appellant to prove this issue about PW5’s problem but it was raised as a reasonable doubt on the prosecution case. Nevertheless, the Court finds that the evidence of SD2 is also not conclusive where he had only conducted checks on the boy’s tummy. He did not do an internal examination. Moreover, PW5 denied that he had a constipation problem. The fact that SD2 was unable to remember who came with PW5 on that day when he examined the boy is irrelevant to the charge. Even he admitted that he met many patients in one day. [40] The important thing to remember was that PW4 told the Court it was SD3 whom had brought PW5 to see SD2. In the Appellant’s cross examination, he admitted that he told SD3 to bring their son to Columbia Asia Hospital to confuse the police. The report of SD2 marked as D8 showed the date of the hospital visit as 6.11.2019. In his reexamination, the Appellant denied what he said earlier but there was no explanation on this material contradiction. He also admitted that SD3 would take his side, and which was clearly demonstrated in Court when SD3 did not believe her son and mother at all and instead pointed her finger at them. Therefore, the Court finds that the Appellant’s credibility was severely impaired. The Court also views Page | 41 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal SD3’s evidence with suspicion as she was an interested witness, this has been elaborated above.” [66] Seterusnya, Mahkamah telah menilai keterangan SD3 yang merupakan rakan sekerja OKT dan mendapati keterangan SD3 tidak dapat menyokong alibi OKT bahawa OKT tidak berada di rumah pada masa sepertimana pertuduhan. SD3 telah memberi keterangan bahawa OKT ada bersamanya pada jam 4 petang hingga 5 petang sahaja kerana OKT menemaninya ke bengkel untuk membaiki lori. Eksibit bertanda D27 juga tidak mengesahkan alibi OKT mengenai keberadaan OKT dari sudut masa di tempat kejadian seperti pertuduhan. SD3 telah memberi keterangan bahawa dia tidak tahu keberadaan OKT selepas jam 5 petang pada hari tersebut. [67] Berkenaan dengan keterangan SD4 dan SD5, Mahkamah mendapati bahawa kedua – dua saksi tersebut juga adalah saksi berkepentingan dan berkecenderungan untuk memberikan keterangan yang bias dan memihak kepada OKT dan mempunyai timbangan keterangan yang rendah sekiranya tidak disokong oleh mana – mana keterangan kredibel yang lain. Mahkamah telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan PP v MOHD KHAIROL FAIZI ABU [2017] 1 LNS 126 yang diputuskan seperti berikut: “In matters involving the testimony of ‘interested witnesses’, the issue that concerns the court is not whether the witnesses are related to the accused or to the victim of his crime. The issue is whether their evidence is reliable. While the evidence of the mother or the brother of an accused person is entitled to Page | 42 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal credence like any other witness, at the same time the court must not shut its mind to the reality that their motherly or brotherly instinct would be to try to save him from punishment, more so when the punishment is death.” [68] Pada takat ini, Mahkamah telah memutuskan bahawa, pembelaan tunggal alibi OKT dalam kes ini adalah tidak dapat dipertahankan dan hanyalah bersifat pemikiran semula dan penafian kosong semata – mata. Mahkamah mendapati keterangan – keterangan sokongan yang dikemukakan oleh Pihak Pembelaan adalah merupakan daripada saksi – saksi yang berkepentingan dan tidak kredibel serta mempunyai timbangan keterangan yang lemah. Keterangan – keterangan tersebut gagal menunjukkan bahawa OKT benar – benar tidak berada di tempat kejadian pada masa yang material kerana jarak masa yang menjadi pertikaian adalah pendek dan singkat. Mahkamah juga telah menerima keterangan OKT sendiri yang mengakui bahawa OKT telah berada di rumah pada masa kejadian antara jam 6-6.10 petang yang mana ianya adalah di dalam tempoh masa seperti pertuduhan. [69] Akhirnya berdasarkan alasan-alasan di atas Mahkamah telah mendapati bahawa OKT telah gagal membangkitkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan dan oleh itu, OKT didapati bersalah dan disabitkan di atas pertuduhan. Mahkamah seterusnya mengarahkan OKT untuk membuat rayuan mitigasi sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas OKT. Page | 43 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal RAYUAN MITIGASI OKT DAN HUJAHAN PENDAKWAAN [70] Dalam Rayuan Mitigasi, Pihak Pembelaan telah memaklumkan bahawa OKT berumur 44 tahun dan telah berkahwin serta mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. OKT merupakan penanggung tunggal kepada keluarga. Isteri OKT tidak bekerja dan OKT juga menanggung ibunya. OKT bekerja sebagai pemandu lori dengan bayaran gaji RM1,000 sebulan. Isteri OKT adalah penghidap penyakit tulang belakang dan ibu OKT juga mempunyai penyakit darah tinggi dan kolestrol serta masih mengambil deskripsi ubat. OKT tiada rekod lampau dan merupakan pesalah kali pertama dan wajar untuk diambil kira sebagai faktor mitigasi. Pihak Pembelaan memohon satu hukuman yang minimum dikenakan ke atas OKT agar OKT boleh diterima kembali dalam masyarakat dan pada masa yang sama bagi kepentingan awam terjaga. Pihak Pembelaan memaklumkan bahawa OKT perlu kembali kepada pangkuan masyarakat untuk menjadi orang yang lebih baik di masa hadapan. OKT juga telah memberi kerjasama yang baik sepanjang perbicaraan. [71] Pihak pendakwaan di dalam hujahan pemberatan telah memohon satu hukuman yang berat dikenakan kepada OKT. OKT telah dipertuduhkan dibawah seksyen 14(a) ASTK 2017. “Gravity of the offence” bagi kesalahan ini adalah sangat serious dan tujuan akta ini digubal adalah untuk melindungi kanak-kanak dari menjadi mangsa seksual. Dalam kes ini, Mangsa yang terlibat adalah berumur 5 tahun dan telah mengalami trauma yang teruk. Akibat perbuatan OKT, mangsa telah mengalami kecederaan “anal fissure”. Berdasarkan fakta kes, hubungan OKT dengan mangsa adalah datuk Page | 44 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kandung sendiri yang telah mencabul kehormatan mangsa dengan melakukan amang seksual kepada mangsa. Pertimbangan juga harus diberikan kepada mangsa sendiri dan adalah wajar untuk OKT diberikan pengajaran yang setimpal untuk mendidik OKT dan masyarakat diluar sana agar tidak melakukan kesalahan yang serupa di masa hadapan dan untuk mendokong niat Parlimen dalam menggubal akta ini. Pohon juga OKT dikenakan perintah kaunseling apabila dilepaskan kepada masyarakat supaya OKT menjadi orang yang lebih baik apabila dilepaskan kelak. Pohon juga pertimbangan diambil kira bahawa kes ini telah melalui sehingga perbicaraan penuh yang melibatkan ramai orang saksi dan kos yang tinggi. Pihak Pendakwaan memohon suatu hukuman yang berat dikenakan ke atas OKT. HUKUMAN [72] Mahkamah telah menimbangkan rayuan mitigasi OKT dan juga hujahan Pihak Pendakwaan serta prinsip-prinsip penghukuman yang ada dan Mahkamah dengan ini mendapati bahawa pertimbangan kepada kepentingan awam adalah melebihi kepentingan OKT perlu diberikan sejajar dengan peningkatan kes -kes dibawah kesalahan jenayah seksual kanak pada masa kini. Mahkamah mendapati ASTK 2017 ini digubal untuk melindungi kanak-kanak daripada perbuatan seksual yang mana pada usia yang rentan, kanak-kanak ini tidak dapat melindungi diri mereka sendiri. Page | 45 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [73] [74] Pada hemah Mahkamah, OKT sebagai orang dewasa perlu melindungi kanak-kanak daripada perbuatan- perbuatan tersebut. Sebaliknya OKT telah melakukan kesalahan ini terhadap mangsa sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan anal fissure pada bahagian duburnya. Walaubagaimanapun, Mahkamah juga telah menilai hubungan antara OKT dan mangsa yang merupakan antara datuk suadara dan cucu saudara serta bagaimana kesalahan ini berlaku dan mendapati “graviti of sexual offence” tersebut adalah tidak sama berbading dengan kes kes amang seksual yang lain yang telah dilaporkan. [75] Oleh itu, setelah menilai kesemua faktor peringanan dan pemberatan yang ada, Mahkamah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara dan 1 sebatan ke atas OKT bermula dari tarikh sabitan. Mahkamah juga memerintahkan agar wang jaminan dipulangkan kepada penjamin. Bertarikh 1 Februari 2024 …......chewanzaidi………… [DATO’ CHE WAN ZAIDI BIN CHE WAN IBRAHIM] Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh Pahang Page | 46 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pihak Pendakwaan: TPR Faizah Khalilah binti Zaberi dan Wardah Nabilah binti Wahab Pihak Pembelaan: Encik Mohd Hazrin Alif bin Wahab Page | 47 S/N S9j72EyyeEiODY7vyFOmdg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal