SIM CHON SIANG YU CHEE HONG @ LOOI CHEE HONG
The default judgment was regularly obtained by valid substituted service; defendant's non-receipt allegation was not a satisfactory explanation; delay in applying was significant and unexplained; the draft defence did not demonstrate a bona fide triable issue; balancing all factors the court refused to exercise its...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-23CY-41-11/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: Sim Chon Siang; Defendant: Yu Chee Hong @ Looi Chee Hong
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 9 April 2026
- Case Number
- WA-23CY-41-11/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil: Defamation / Application to Set Aside Default Judgment
- Outcome
- Application to set aside default judgment dismissed
- Legal Topics
- Setting Aside Default Judgment, Substituted Service, Delay and Laches, Bona Fide Defence, Costs
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Sim Chon Siang
Plaintiff
Yu Chee Hong @ Looi Chee Hong
Defendant
Procedural Posture
Civil: Defamation / Application to Set Aside Default Judgment
Legal Issues
- 1 Whether the default judgment was regular or irregular
- 2 Whether substituted service was valid
- 3 Whether defendant provided a reasonable explanation for failure to enter appearance
Ratio Decidendi
The default judgment was regularly obtained by valid substituted service; defendant's non-receipt allegation was not a satisfactory explanation; delay in applying was significant and unexplained; the draft defence did not demonstrate a bona fide triable issue; balancing all factors the court refused to exercise its discretion to set aside the judgment and dismissed the application with costs RM3,000.
Court Disposition
Application to set aside default judgment dismissed
Orders
- Application dismissed
- Costs to plaintiff RM3,000
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
WA-23CY-41-11/2024 Kand. 82 15/04/2026 17:03:14 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO. WA-23CY-41-11/2024 ANTARA Sim Chon Siang [No. K/P: 660824-01-5859] ...PLAINTIF DAN Yu Chee Hong @ Looi Chee Hong [No. K/P: 730704-10-5025] … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Permohonan untuk mengetepikan penghakiman ingkar) A. PENDAHULUAN 1. Ini ialah permohonan Defendan melalui Notis Permohonan bertarikh 7.1.2026 (Lampiran 45) untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran (“JID”) yang telah dimasukkan pada 20.3.2025 di bawah Aturan 13 Kaedah 8 dan Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 1 S/N DpcFFm9V6Ua/GnAN0WWmjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2. JID tersebut telah diperoleh oleh Plaintif setelah Defendan gagal memasukkan kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan. 3. Mahkamah telah meneliti Afidavit-Afidavit yang difailkan, hujahan bertulis kedua-dua pihak, serta Ikatan Autoriti masing- masing. B. LATAR BELAKANG RINGKAS 4. Plaintif telah memulakan tindakan ini melalui Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 5.11.2024 berhubung suatu tuntutan fitnah terhadap Defendan. 5. Tuntutan Plaintif adalah berasaskan kepada satu penerbitan berbentuk rakaman video melalui platform media sosial yang didakwa mengandungi kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap Plaintif. 6. Dalam Pernyataan Tuntutan tersebut, Plaintif mendakwa bahawa kenyataan-kenyataan yang diterbitkan oleh Defendan mengandungi tuduhan serius termasuk dakwaan berkaitan salah laku jenayah, ketidakjujuran, serta tingkah laku tidak bermoral yang telah menjejaskan reputasi Plaintif sebagai seorang tokoh awam. 7. Selepas pemfailan Writ, Plaintif telah mengambil langkah- langkah untuk menyampaikan Writ dan Pernyataan Tuntutan kepada Defendan secara serahan kendiri. Walau bagaimanapun, percubaan penyampaian tersebut tidak berjaya. 2 S/N DpcFFm9V6Ua/GnAN0WWmjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8. Rekod menunjukkan bahawa beberapa percubaan penyampaian secara serahan kendiri telah dibuat tetapi gagal. Berikutan itu, Plaintif telah memfailkan permohonan untuk penyampaian ganti, dan pada 2.1.2025, Mahkamah telah membenarkan penyampaian ganti melalui kaedah yang diarahkan oleh Mahkamah di mana penyampaian ganti telah dilaksanakan melalui penampalan dan pengiklanan dalam akhbar tempatan, dan penyampaian tersebut menjadi sempurna mengikut terma perintah Mahkamah. 9. Walaupun demikian, Defendan gagal memasukkan kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 10. Sehubungan dengan itu, Plaintif telah memfailkan permohonan untuk memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran di bawah Aturan 13 Kaedah 6 dan Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Setelah mempertimbangkan permohonan tersebut dan dokumen sokongan yang difailkan, Mahkamah telah membenarkan permohonan Plaintif dan Penghakiman Ingkar Kehadiran telah dimasukkan pada 20.3.2025. 11. Susulan daripada itu, prosiding pentaksiran ganti rugi telah dijalankan dan Mahkamah telah membuat award terhadap Plaintif. 3 S/N DpcFFm9V6Ua/GnAN0WWmjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12. Ia merupakan suatu suatu yang signifikan bahawa Defendan, walaupun telah diberi notis, tidak hadir dan tidak mengambil sebarang langkah untuk mencabar JID pada peringkat tersebut. 13. Mahkamah mendapati bahawa Defendan tidak mengambil sebarang langkah untuk mencabar penghakiman tersebut pada peringkat awal, termasuk semasa prosiding pentaksiran ganti rugi, sebelum memfailkan permohonan untuk mengetepikan JID pada Januari 2026. C. ISU UNTUK DIPUTUSKAN 14. Isu utama yang perlu diputuskan adalah: (a) Sama ada JID tersebut adalah suatu penghakiman yang teratur (regular) atau tidak teratur (irregular); dan (b) Sekiranya JID adalah teratur, sama ada Mahkamah harus menggunakan budi bicaranya untuk mengetepikan JID tersebut. D. PRINSIP UNDANG-UNDANG TERPAKAI 15. Dalam memutuskan permohonan bagi mengenepikan JID, Mahkamah ini merujuk kepada prinsip mantap yang terpakai, iaitu – 4 S/N DpcFFm9V6Ua/GnAN0WWmjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (a) Sekiranya penghakiman ingkar adalah tidak teratur, ia hendaklah diketepikan ex debito justitiae; (b) Sekiranya penghakiman adalah teratur, Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengetepikannya, dengan mengambil kira faktor seperti: i. alasan kegagalan memasukkan kehadiran; ii. tempoh kelewatan; iii. merit pembelaan; dan iv. keadilan keseluruhan kes. 16. Dalam kes Ding Laeng v KTS Sdn Bhd [2017] 1 MLJ 158 Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa: “It is trite that in considering the application to set aside a judgment in default, the starting point was to ascertain whether the judgment was a regular or irregular judgment. If it was an irregular judgment, the default judgment ought to be set aside ex debito justitiae. If it was regularly obtained, then the defendant must show that he has defence on the merits.” 17. Dalam menggunakan budi bicaranya, Mahkamah hendaklah menilai sama ada terdapat suatu pembelaan yang bona fide serta isu yang boleh dibicarakan (triable issues), dan menimbang imbangan keadilan antara pihak-pihak. 5 S/N DpcFFm9V6Ua/GnAN0WWmjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18. Prinsip ini telah dihuraikan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Ding ini, di mana Mahkamah menegaskan bahawa ketidakpatuhan kepada keperluan prosedur seperti Aturan 13 Kaedah 6 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 akan menjadikan penghakiman tersebut tidak teratur dan wajib diketepikan ex debito justitiae. 19. Sebaliknya, jika penghakiman adalah teratur, Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengetepikannya dengan mengambil kira keseluruhan keadaan kes. 20. Pendekatan ini selaras dengan prinsip dalam kes Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee & Anor [1997] 3 CLJ 305, di mana Mahkamah Persekutuan menegaskan bahawa kewujudan suatu pembelaan yang bona fide dan isu yang boleh dibicarakan adalah faktor penting dalam penggunaan budi bicara Mahkamah. 21. Walau bagaimanapun, Mahkamah tidak terikat untuk mengetepikan penghakiman semata-mata kerana wujudnya pembelaan. Dalam kes Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Bhd [1995] 1 MLJ 281, Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa Mahkamah perlu melihat keseluruhan keadaan termasuk tingkah laku pihak yang memohon. 22. Dalam hal penyampaian ganti, apa-apa penyampaian ganti yang telah dilaksanakan, adalah selaras dengan prinsip bahawa langkah-langkah yang diarahkan oleh Mahkamah adalah 6 S/N DpcFFm9V6Ua/GnAN0WWmjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mencukupi untuk membawa dokumen ke pengetahuan Defendan. 23. Dalam keadaan di mana penyampaian telah dilakukan mengikut undang-undang, maka alasan bahawa dokumen tidak diterima tidak mencukupi untuk mengetepikan penghakiman. 24. Di samping itu, Mahkamah juga boleh mengambil kira kelewatan dan corak tingkah laku pihak yang memohon seperti yang diiktiraf dalam kes Reka Setia Playground Sdn Bhd v Siow Wee Hong [2016] 1 LNS 549. 25. Kelewatan yang ketara tanpa penjelasan yang memuaskan merupakan faktor yang kuat menentang pemberian budi bicara, khususnya apabila ia disertai dengan kegagalan untuk mengambil sebarang langkah pada peringkat awal prosiding. E. ANALISIS MAHKAMAH (1) Sama ada JID adalah teratur 26. Mahkamah mendapati bahawa JID yang diperoleh oleh Plaintif adalah suatu penghakiman yang teratur. 27. Ini adalah kerana: (a) Percubaan penyampaian secara biasa telah dilakukan terlebih dahulu tetapi tidak berjaya; 7 S/N DpcFFm9V6Ua/GnAN0WWmjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) Plaintif telah memohon dan memperoleh perintah penyampaian ganti daripada Mahkamah; (c) Penyampaian ganti tersebut telah dilaksanakan mengikut terma perintah Mahkamah; dan (d) Defendan gagal memasukkan kehadiran walaupun penyampaian telah disempurnakan secara sah. 28. Di peringkat ini Mahkamah mendapati tiada kecacatan prosedur yang dikenal pasti dalam proses mendapatkan JID tersebut. 29. Mahkamah ini juga berpuas hati bahawa semua keperluan prosedur yang berkaitan telah dipatuhi dalam memperoleh penghakiman tersebut. Mahkamah juga berpuas hati bahawa keperluan Aturan 13 Kaedah 6 telah dipatuhi dalam memperoleh penghakiman tersebut. 30. Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa tidak timbul isu untuk mengetepikan penghakiman tersebut ex debito justitiae. (2) Sama ada Mahkamah harus menggunakan budi bicara untuk mengetepikan JID (a) Alasan kegagalan memasukkan kehadiran 31. Defendan berhujah bahawa Defendan tidak menerima dokumen- dokumen mahkamah. 8 S/N DpcFFm9V6Ua/GnAN0WWmjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 32. Walau bagaimanapun, Mahkamah mendapati bahawa: (a) Beberapa percubaan penyampaian telah dibuat; (b) Penyampaian ganti telah dibenarkan dan dilaksanakan; dan (c) Sebarang kegagalan menerima dokumen adalah berpunca daripada keadaan Defendan sendiri. 33. Dalam keadaan ini, Mahkamah tidak berpuas hati bahawa terdapat alasan yang munasabah bagi kegagalan Defendan memasukkan kehadiran. 34. Dalam kes ini juga Mahkamah berpuas hati bahawa Plaintif telah mematuhi keperluan penyampaian di bawah Aturan 10 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 serta memperoleh perintah penyampaian ganti di bawah Aturan 62 Kaedah 5. (b) Tempoh kelewatan 35. JID telah dimasukkan pada 20.3.2025, dan permohonan untuk mengetepikan hanya difailkan pada Januari 2026. 36. Tambahan pula, Mahkamah mengambil perhatian bahawa Defendan tidak mengambil sebarang langkah walaupun pada peringkat pentaksiran ganti rugi. 37. Mahkamah memutuskan bahawa kelewatan ini adalah ketara dan tidak dijelaskan dengan memuaskan. 9 S/N DpcFFm9V6Ua/GnAN0WWmjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 38. Mahkamah juga mengambil kira bahawa Defendan tidak hadir dan tidak mengambil sebarang langkah walaupun pada peringkat pentaksiran ganti rugi, walaupun telah diberi notis. Kegagalan berterusan ini menguatkan kesimpulan bahawa permohonan ini adalah suatu tindakan terkemudian. (c) Merit pembelaan 39. Mahkamah telah meneliti draf pembelaan yang dikemukakan. 40. Walaupun Mahkamah tidak membuat dapatan muktamad terhadap merit, pembelaan tersebut tidak menunjukkan suatu pembelaan yang bona fide atau menimbulkan isu yang benar- benar memerlukan perbicaraan penuh. 41. Dalam konteks keseluruhan kes, pembelaan tersebut tidak mencukupi untuk mengatasi faktor-faktor lain yang memihak kepada mengekalkan JID. (d) Keadilan keseluruhan 42. Mahkamah juga mengambil kira bahawa: (a) Plaintif telah memperoleh penghakiman secara sah; (b) Prosiding pentaksiran ganti rugi telah selesai; dan (c) Mengetepikan JID pada tahap ini akan menyebabkan prejudis yang ketara kepada Plaintif. 10 S/N DpcFFm9V6Ua/GnAN0WWmjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 43. Selain itu, Mahkamah mendapati bahawa kegagalan Defendan untuk mengambil sebarang tindakan sepanjang prosiding, termasuk pada peringkat pentaksiran, menunjukkan satu corak ketidakaktifan yang berterusan. 44. Dalam keadaan ini, Mahkamah berpuas hati bahawa permohonan ini merupakan suatu tindakan terkemudian (afterthought). F. KEPUTUSAN MAHKAMAH 45. Setelah mempertimbangkan semua faktor yang relevan termasuk alasan kegagalan, tempoh kelewatan, merit pembelaan, dan imbangan keadilan, Mahkamah mendapati bahawa Defendan gagal memenuhi ambang untuk Mahkamah menggunakan budi bicaranya bagi mengetepikan JID. 46. Dalam menggunakan budi bicara ini, Mahkamah telah menimbang semua faktor yang relevan termasuk penjelasan kegagalan, tempoh kelewatan, merit pembelaan serta prejudis kepada Plaintif, dan berpuas hati bahawa imbangan keadilan memihak kepada mengekalkan penghakiman 47. Mahkamah berpuas hati bahawa keputusan ini adalah selaras dengan prinsip keadilan dan tidak menafikan hak mana-mana pihak secara tidak wajar. Mahkamah mendapati bahawa ini bukanlah suatu kes yang wajar bagi campur tangan Mahkamah 11 S/N DpcFFm9V6Ua/GnAN0WWmjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal melalui penggunaan budi bicara untuk mengetepikan penghakiman yang telah diperoleh secara sah. 48. Mahkamah berpendapat bahawa tiada keadaan khas yang mewajarkan campur tangan untuk mengetepikan penghakiman yang telah diperoleh secara sah. 49. Dengan itu, permohonan Defendan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran ditolak dengan kos sebanyak RM3,000. Tarikh : 15 April 2026 ……………………………………… (YA PUAN MAHAZAN BINTI MAT TAIB) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR Peguam Plaintif : Ng Yih Miin & Goh You Ngee Tetuan T.S. Ong & Ng Peguam bela & Peguam cara Peguam Defendan : William Foo & Alvin Yap Tetuan Foo Hiap Siong & Co. Peguam bela & Peguam cara 12 S/N DpcFFm9V6Ua/GnAN0WWmjg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal