SITI AZRENA BINTI ZULKEPLI 1. ) PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO. 1), JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, PUTRAJAYA 2. ) LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO. 1), JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, PUTRAJAYA 3. ) LEMBAGA RAYUAN TATAT
The High Court dismissed the judicial review application because the respondents followed the statutory disciplinary scheme: the charges were sufficiently particularised, representations and appeals were considered in accordance with Regulations 35, 37, 37D and 38 and the Disciplinary Board Rules; delay did not...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-25-43-10/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant: SITI AZRENA BINTI ZULKEPLI; Respondent: PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO. 1), JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, PUTRAJAYA; Respondent: LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO. 1), JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, PUTRAJAYA; Respondent: LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM, SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA; Respondent: KERAJAAN MALAYSIA
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 9 January 2024
- Case Number
- JA-25-43-10/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Permohonan Semakan Kehakiman (judicial Review) / Judgment (high Court, Johor Bahru)
- Outcome
- Application dismissed
- Legal Topics
- Disciplinary Proceedings, Natural Justice (audi Alteram Partem; Nemo Judex), Procedural Fairness, Wednesbury Unreasonableness, Proportionality, Certiorari, Judicial Review
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
SITI AZRENA BINTI ZULKEPLI
Applicant
PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO. 1), JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, PUTRAJAYA
Respondent
LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO. 1), JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, PUTRAJAYA
Respondent
LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM, SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA
Respondent
KERAJAAN MALAYSIA
Respondent
Procedural Posture
Permohonan Semakan Kehakiman (judicial Review) / Judgment (high Court, Johor Bahru)
Legal Issues
- 1 Whether the disciplinary charges were defective or invalid
- 2 Whether the respondents breached the Public Officers (Conduct and Discipline) Regulations 1993, the Federal Constitution or principles of natural justice in handling dismissal proceedings
- 3 Whether the punishment (dismissal) was Wednesbury-unreasonable or disproportionate
Ratio Decidendi
The High Court dismissed the judicial review application because the respondents followed the statutory disciplinary scheme: the charges were sufficiently particularised, representations and appeals were considered in accordance with Regulations 35, 37, 37D and 38 and the Disciplinary Board Rules; delay did not vitiate proceedings; change of panel chair and presence of Integrity Unit were administrative and did not breach natural justice; the sanction of dismissal fell within the disciplinary authority's lawful discretion and was not reviewable on merits.
Court Disposition
Application dismissed
Orders
- Permohonan semakan kehakiman dilucutkan dan ditolak.
- Pemohon diperintahkan membayar kos kepada Responden-Responden sebanyak RM3,000.00 tertakluk kepada fi alokatur.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-25-43-10/2021 Kand. 56 20/07/2025 23:37:25 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO. JA-25-43-10/2021 Dalam perkara permohonan oleh Siti Azrena Binti Zulkepli (No. KP. 790212- 05-5240) untuk mendapatkan satu Perintah Deklarasi dan/atau Certiorari dan/atau Mandamus DAN Dalam perkara keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1), Jabatan Imigresen Malaysia pada 13 Januari 2020 dan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia pada 11 Januari 2021 DAN Dalam perkara Perintah-Perintah Am Bab D; Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2002 dan Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 DAN Dalam Perkara 5, 8 dan 135 Perlembagaan Persekutuan DAN Dalam Perkara Aturan 53 Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012 1 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ANTARA SITI AZRENA BINTI ZULKEPLI ...PEMOHON DAN 1) PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO. 1), JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, PUTRAJAYA 2) LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO. 1), JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, PUTRAJAYA 3) LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM, SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA 4) KERAJAAN MALAYSIA ...RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN 2 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGENALAN [1] Pemohon telah memfailkan satu Permohonan Semakan Kehakiman pada 20.10.2021 (Lampiran 1) untuk, antara yang lain, suatu perintah Certiorari untuk membatalkan keputusan yang telah diberi oleh Responden Pertama dan Responden Kedua bagi pihak Responden Keempat untuk membuang kerja Pemohon dari Perkhidmatan Awam (Jabatan lmigresen Malaysia) pada 13.01.2020 serta terhadap keputusan muktamad oleh Responden Ketiga bagi pihak Responden Keempat pada 11.01.2021 yang mengekalkan keputusan hukuman buang kerja terhadap Pemohon yang diberikan oleh Responden Pertama dan Responden Kedua. [2] Setelah membaca afidavit-afidavit, hujahan bertulis kedua-dua pihak, dan setelah mendengar hujahan lisan kedua-dua pihak, saya telah menolak Lampiran 1 ini dengan kos sebanyak RM3,000.00 tertakluk kepada fi alokatur untuk dibayar oleh Pemohon kepada Responden-Responden. [3] Alasan-alasan Mahkamah adalah sepertimana yang dinyatakan di perenggan-perenggan yang berikutnya. Fakta Kes [4] Fakta kes ini adalah berdasarkan kepada Permohonan bagi Semakan Kehakiman, Afidavit-Afidavit dan hujahan bertulis yang telah difailkan oleh pihak-pihak. [5] Pemohon merupakan seorang Penolong Penguasa Imigresen Gred KP38 (memangku) yang bertugas sebagai Timbalan Penolong Pengarah Tinggi di Pejabat Imigresen Pasir Gudang, 3 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Johor pada masa yang material. [6] Pemohon telah dilantik sebagai Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 pada 05.03.2006. Pemohon kemudian disahkan dalam perkhidmatan pada 29.03.2007 dan seterusnya memangku Gred KP38 pada 24.01.2017. [7] Pemohon telah dituduh atas kesalahan ke luar negara dari 02.04.2015 hingga 04.04.2015 atas urusan persendirian tanpa kebenaran Ketua Jabatan dan mengemukakan tuntutan elaun lebih masa palsu pada 02.04.2015 jam 1800 hingga 2200 sedangkan Pemohon pada ketika itu telah ke luar negara iaitu Indonesia pada jam 6.40 petang melalui jeti Pasir Gudang, Johor. [8] Suatu siasatan tatatertib telah dijalankan ke atas Pemohon lanjutan daripada tindakan yang melanggar tatakelakuan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 oleh Pemohon semasa bertugas di Pejabat Imigresen Pasir Gudang, Johor. [9] Laporan siasatan yang dijalankan telah diserahkan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2), Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor untuk pertimbangan, selaras dengan Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. [10] Setelah menimbangkan kesalahan tatatertib tersebut, Pengerusi Lembaga Tatatertib Sokongan (No. 2) Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor telah mendapati kesalahan tatatertib yang 4 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dilakukan adalah daripada jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat dalam Peraturan 37, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. [11] Oleh kerana kesalahan tatatertib melibatkan hukuman buang kerja atau turun pangkat, maka kes Pemohon ini dirujuk kepada Responden Kedua selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa dalam mengenakan hukuman sedemikian dibawah subperaturan 35(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. [12] Selanjutnya, setelah menimbang segala maklumat yang ada, Responden Pertama pada waktu material mendapati bahawa wujud suatu kes prima facie terhadap Pemohon dan satu surat pertuduhan bagi dua kesalahan tatatertib di bawah perenggan 4(2)(i) dan perenggan 4(2)(f) dan (g) bertarikh 18.07.2018 telah dikeluarkan kepada Pemohon selaras dengan Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana surat tersebut mengandungi fakta kesalahan tatatertib berserta alasan pertuduhan. [13] Pemohon telah diberikan tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat itu iaitu pada 08.08.2018 untuk mengemukakan representasi bertulis bagi membebaskan dirinya daripada pertuduhan yang dikemukakan tersebut. [14] Pemohon tidak pernah pada bila-bila masa memohon apa-apa dokumen daripada Responden Kedua sebelum mengemukakan representasi bertulisnya. 5 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [15] Pemohon telah membuat representasi bertulis kepada Responden Kedua pada 20.08.2018. [16] Setelah meneliti fakta, dokumen-dokumen termasuk representasi Pemohon, Responden Pertama dan Responden Kedua mendapati bahawa representasi Pemohon secara keseluruhannya gagal membebaskan diri Pemohon daripada pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. [17] Justeru itu, Responden Pertama dan Responden Kedua telah memutuskan bahawa Pemohon bersalah ke atas pertuduhan tersebut dan telah menjatuhkan hukuman Buang Kerja terhadap Pemohon mengikut perenggan 38(g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. [18] Surat Keputusan Tindakan Tatatertib bertarikh 20.12.2018 telah diterima oleh Pemohon pada 13.01.2019 dimana Pemohon diberikan peluang untuk membuat rayuan kepada Responden Ketiga dalam tempoh 14 hari daripada tarikh terima Surat Keputusan Tindakan Tatatertib, selaras dengan Peraturan 14 dan 15 Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. [19] Pemohon telah kemukakan surat rayuan bertarikh 15.01.2019 kepada Responden Ketiga. [20] Responden Ketiga pada 26.08.2019 telah meneliti keseluruhan rayuan Pemohon, pertuduhan dan representasi yang dikemukakan oleh Pemohon dan memutuskan untuk menghantar balik kes Pemohon untuk ditimbang semula oleh Responden 6 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kedua. Pemohon juga telah dimaklumkan tentang keputusan ini menerusi surat bertarikh 11.09.2019. [21] Seterusnya Responden Kedua dalam mesyuaratnya bertarikh 13.01.2020 telah mempertimbangkan semula semua pertuduhan dan representasi Pemohon lalu memutuskan hukuman Buang Kerja dikekalkan. [22] Pemohon telah sekali lagi mengemukakan rayuannya melalui surat bertarikh 17.03.2020 kepada Responden Ketiga melalui Ketua Jabatannya. [23] Pada 11.01.2021, Responden Ketiga telah bermesyuarat untuk mempertimbangkan dan meneliti keseluruhan rayuan Pemohon, pertuduhan dan representasi yang mana Pemohon bergantung untuk membebaskan dirinya, ulasan Ketua Jabatan dan alasan keputusan Responden Pertama dan Responden Kedua secara teliti dan seadil-adilnya serta keadaan dan sifat perlanggaran tatatertib oleh Pemohon. Responden Ketiga setelah berpuas hati mendapati bahawa rayuan Pemohon tidak mempunyai asas yang kukuh bagi mengubah keputusan Responden Pertama. Oleh yang demikian, rayuan Pemohon telah ditolak. [24] Susulan daripada keputusan Buang Kerja itu, Pemohon telah pada 20.10.2021 memfailkan Lampiran 1 mencabar keputusan yang dibuat oleh Responden-Responden. ISU-ISU YANG PERLU DITENTUKAN [25] Isu yang perlu ditentukan oleh Mahkamah ini adalah seperti yang berikut: 7 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (a) sama ada pertuduhan yang dikemukakan oleh Responden- Responden adalah cacat dan tidak sah; (b) sama ada Responden-Responden telah bertindak bertentangan dengan peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Perlembagaan Persekutuan serta ‘common law’ (law of natural justice and law of procedural fairness) dalam proses pembuangan kerja Pemohon; dan (c) sama ada Responden-Responden telah mematuhi prinsip Wednesbury dan doctrine of proportionality dalam menjatuhkan hukuman buang kerja ke atas Pemohon. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH Sama ada pertuduhan yang dikemukakan oleh Responden-Responden adalah cacat dan tidak sah Pertuduhan Pertama [26] Pemohon telah berhujah bahawa pertuduhan pertama yang dirangka adalah cacat dari segi kandungan dan tidak wujud kesalahan tatatertib kerana Arahan Pentadbiran yang disebut dalam Surat Tunjuk Sebab adalah Arahan Pentabdiran Bilangan 1 Tahun 2015 yang bertarikh 21.01.2015 yang bertajuk “Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian Jabatan Imigresen Malaysia” (“Arahan Pentadbiran tersebut”) adalah arahan pentadbiran baru dan masih belum berkuat kuasa sepenuhnya dan tidak dibawa ke pengetahuan Pemohon. [27] Pemohon seterusnya berhujah bahawa tiada bukti atau 8 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keterangan dokumentari membuktikan Arahan Pentadbiran tersebut telah dibawa ke pengetahuan Pengarah Imigresen Negeri pada tarikh yang sama iaitu pada 21.01.2015 mahupun kepada Bahagian Sumber Manusia di Taman Setia Tropika, Kempas Johor dan Ketua Imigresen Pejabat Imigresen Pasir Gudang, Johor Bahru. [28] Selain itu, surat yang ditandatangani oleh Ketua Imigresen Pejabat Imigresen Pasir Gudang, Johor Bahru masih merujuk kepada Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 1984 dan Arahan Pentadbiran tersebut tidak menyatakan tempoh spesifik untuk mengisikan Borang Perjalanan dan menghantar tujuan perakuan Pengarah Bahagian/Negeri. Apa yang dinyatakan dalam perenggan 3.2 Arahan Pentadbiran adalah tempoh yang munasabah. Perenggan 3.4 pula menyatakan tempoh masa satu (1) bulan untuk pemprosesan borang permohonan yang lengkap dengan perakuan Pengarah Bahagian/Negeri sebelum diangkat ke Ketua Pengarah Imigresen untuk kelulusan. [29] Sehubungan itu, Pemohon berhujah bahawa notis yang secukupnya perlu diberikan untuk arahan ini berkuat kuasa sepenuhnya memandangkan ia melibatkan tempoh masa yang panjang dan melibatkan banyak pihak daripada pemprosesan sehingga kelulusan diperolehi. [30] Pemohon telah memperoleh kelulusan ketua jabatannya iaitu Ketua Imigresen Pejabat Pasir Gudang, Johor untuk ke luar negara atas urusan persendiran dengan menandatangani surat iringan bertarikh 09.03.2015 yang beralamat kepada Pengurusan Sumber Manusia di Pejabat Imigresen Negeri Johor, Taman Setia 9 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Tropika, Kempas, Johor dan melampirkan Borang Permohonan Pemohon mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 1984. Oleh itu, Pemohon berhujah bahawa Pemohon telah memenuhi kehendak yang diperuntukkan kerana Ketua Jabatan adalah ditaksirkan di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) adalah termasuk pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu unit. [31] Menurut Arahan Pentadbiran tersebut, Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian yang lengkap dengan perakuan Pengarah Bahagian/Negeri hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dalam tempoh satu (1) bulan sebelum tarikh Perjalalan ke luar negara. Pegawai dan kakitangan yang memohon perjalanan ke luar negara hendak memastikan borang permohonan dihantar dalam tempoh munasabah untuk mendapat perakuan Pengarah Bahagian/Negeri. [32] Dalam hal ini, Pemohon telah mengisikan Borang Permohonan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian pada 25.03.2015 untuk perjalanan ke Batam, Indonesia dari 02.04.2015 hingga 04.04.2015, iaitu dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum bertolak ke Batam, Indonesia. Borang permohonan tersebut telah diterima oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Imigresen Malaysia pada 02.04.2015 (sila rujuk eksibit “SAZ-4” dalam Lampiran 2) dengan cop terima dan direkodkan dalam Buku Daftar Surat Menyurat. [33] Pemohon telah mengemukakan permohonan dalam masa singkat walaupun mengetahui tempoh masa yang panjang 10 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal diperlukan untuk mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya sebelum ke luar negara. Meskipun demikian, Pemohon telah meneruskan perjalanan ke luar negara pada 02.04.2015 walaupun tidak menerima maklum balas dan kelulusan daripada Ketua Jabatannya. Ini menunjukkan Pemohon adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dan sambil lewa, tidak mengambil berat dan tidak menghiraukan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 1984, Surat Pekeliling Bilangan 3 Tahun 2012 dan juga Arahan Pentadbiran tersebut yang mana Pemohon perlu memperoleh kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum keluar ke luar negara. [34] Selanjutnya, contoh-contoh permohonan sebelum ini menunjukkan ia merupakan amalan Pemohon untuk melakukan perjalanan ke luar negara sebelum kelulusan diperolehi. Rekod menunjukkan bahawa walaupun Pemohon memohon kelulusan lewat, Pemohon bernasib baik mendapat kelulusan ke luar negara bagi permohonan-permohonan sebelum ini. Selain itu, surat representasi yang dikemukakan oleh Pemohon seperti di exhibit SAZ-5 iaitu surat kelulusan ke luar negara bertarikh 13.12.2016 bagi perjalanan dari 19.01.2017 hingga 22.01.2017 menunjukkan bahawa Pemohon telah mengemukakan permohonan ke luar negara untuk kelulusan mengikut tempoh masa yang ditetapkan di bawah Arahan Pentadbiran tersebut. Ini menunjukkan bahawa Pemohan boleh mematuhi Arahan Pentadbiran berkenaan. [35] Oleh itu, saya berpendapat bahawa Pemohon jelas tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan mengenai permohonan kelulusan ke luar negara menurut Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 11 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 1984, Surat Pekeliling Bilangan 3 Tahun 2012 mahupun Arahan Pentabdiran tersebut. Segala permohonan yang dikemukakan adalah pada masa yang terdekat dengan tarikh ke luar negara walaupun Pemohon mengetahui permohonan ke luar negara perlu melalui beberapa bahagian di Jabatan Imigresen Johor sebelum dikemukakan kepada Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya, selaku ketua jabatan untuk kelulusan. [36] Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Pemohon, bahawa Ketua Imigresen Pejabat Pasir Gudang, Johor merupakan ketua jabatan Pemohon bagi maksud Arahan Pentadbiran tersebut merupakan suatu tafsiran yang salah. Dalam hal ini, rujukan dibuat kepada Perenggan 5 Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 (yang meminda Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 1984) yang menyatakan pegawai pelulus untuk permohonan ke luar negara atas urusan persendirian bagi kategori pegawai-pegawai lain termasuk pegawai kader di Kementerian/Jabatan di bawah Ketua Setiausaha Kementerian yang tidak tergolong dalam butiran 3, adalah pegawai yang diperturunkan kuasa oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Menurut rekod-rekod yang dikemukakan oleh Pemohon sendiri menunjukkan pegawai pelulus bagi Permohonan Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian di Jabatan Imigresen Malaysia adalah Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya. Maka, isu yang dibangkitkan oleh Pemohon bahawa ketua jabatan yang meluluskan permohonan Pemohon adalah Ketua Imigresen Pejabat Pasir Gudang, Johor adalah tidak bermerit dan ditolak oleh Mahkamah ini. 12 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [37] Kegagalan mematuhi arahan berkenaan dengan permohonan kelulusan ke luar negara merupakan kesalahan ingkar perintah di bawah perenggan 4(2)(i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pertuduhan Kedua [38] Mengenai pertuduhan kedua, Pemohon berhujah bahawa Pemohon tidak perasan tuntutan elaun masa yang dikemukakan adalah termasuk hari beliau bercuti untuk ke luar negara iaitu pada 02.04.2015 dengan catatan “sambung tugas”. Kad perakam waktu mencatitkan Pemohon sambung tugas pada hari tersebut walaupun Pemohon telah keluar awal daripada pejabat pada tarikh tersebut. [39] Pemohon telah mengemukakan Borang Tuntutan Elaun Lebih Masa bersama Senarai Tugas Kerja Lebih Masa pada bulan April 2015 yang telah ditandatangan oleh Pemohon sendiri, kepada ketua jabatannya untuk kelulusan. Pemohon telah memaklumkan bahawa borang tersebut disediakan oleh pegawai yang dikhaskan. [40] Saya mendapati alasan yang diberikan oleh Pemohon adalah tidak munasabah memandangkan setiap pegawai hendaklah memastikan butir-butir dalam Borang Permohonan Tuntutan Elaun Lebih Masa adalah betul sebelum memperakuinya. Kelakuan Pemohon adalah tidak jujur dan cuba menipu Jabatannya bahawa beliau bekerja lebih masa, padahal beliau telah keluar pejabat awal untuk bertolak ke Batam, Indonesia pada hari tersebut. Ia merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang 13 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mana tindakan boleh diambil terhadap Pemohon di bawah Akta 694. [41] Oleh itu, kelakuan Pemohon merupakan suatu kesalahan di bawah perenggan 4(2)(f) dan (g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu Pemohon adalah tidak jujur dan tidak bertanggungjawab. [42] Seterusnya, saya telah membuat semakan ke atas pertuduhan- pertuduhan yang dibuat terhadap Pemohon dan mendapati pertuduhan itu telah memperihalkan butir-butir mengenai kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh Pemohon. Pertuduhan- pertuduhan yang dibuat adalah jelas dan tidak mengelirukan Pemohon. Tiada peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menentukan cara pertuduhan perlu dirangka. Namun demikian, Mahkamah mendapati Pemohon faham intipati kedua-dua pertuduhan terhadapnya yang mana Pemohon telah mengemukakan representasi melalui surat bertarikh 20.08.2018 sepanjang 25 muka surat untuk menjawab pertuduhan secara khusus. [43] Dalam hal ini, saya merujuk kepada kes Nor Aziz bin Mat Isa lwn Sun Teoh Tia (SAC) Pengerusi Lembaga Tatatertib Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dan lain-lain [2020] MLJU 496 yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti yang berikut: "Kami bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi bahawa pertuduhan-pertuduhan terhadap perayu tidak mengelirukan. Hakim Mahkamah Tinggi tidak melakukan kesilapan dalam membuat pemerhatian bahawa tiada peruntukan di dalam Peraturan-Peraturan Kelakuan dan Tatatertib yang memperuntukkan tentang bagaimana pertuduhan perlu dirangka oleh sesuatu Pihak Berkuasa Tatatertib. Dengan ketiadaan 14 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal peruntukan yang spesifik tentang bagaimana pertuduhan perlu dirangka, Hakim Mahkamah Tinggi mendapati bahawa adalah di bawah bidang kuasa dan budi bicara Pihak Berkuasa Tatatertib untuk menentukan bentuk pertuduhan yang akan dikemukakan kepada perayu selagi pertuduhan tidak kabur atau mengelirukan.”. [Penekanan ditambah] [44] Pemohon telah berhujah bahawa pertuduhan-pertuduhan adalah pertuduhan lama dan telah basi (stale) kerana berlaku pada 02.04.2015 hingga 04.04.2015 sedangkan prosiding tatatertib hanya dimulakan pada tahun 2018 apabila Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan pada 18.7.2018. [45] Selanjutnya, Pemohon turut menghujahkan bahawa kelewatan selama hampir tiga (3) tahun untuk Responden-Responden mengenakan notis tindakan tatatertib ke atas Pemohon menyebabkan suatu ketidakadilan substantif berlaku ke atas Pemohon dan ianya memberi kesan langsung dari kegagalan Responden-Responden mematuhi ‘procedural fairness’ dalam membawa tindakan disiplin dengan sebegitu lewat. [46] Berkaitan ini, Mahkamah ini merujuk keputusan keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Ezaky Mulya bin Sapawi v Dato' Sri Nadzri Siron Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia & Ors [2022] 5 MLJ 472 di mana Mahkamah Rayuan dalam memutuskan isu had masa tindakan tatatertib, telah menyatakan seperti yang berikut: …“[50] It was submitted that the charges were stale as they were instituted in 2017 for transactions which occurred in 2012. We find that there is no limitation, as it were, for any disciplinary charges to be instituted under the Discipline Regulations 1993. There is simply no express or implied provision to this effect. Support for the proposition of no time limit can be found in Vickneswary at p. 592 where the Federal 15 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Court stated: [34] The General Orders do not provide for the time when a disciplinary action is required to be taken against any officer for a disciplinary offence. Applying the principles earlier stated that where procedure is provided by written laws then the courts should be wary of invoking common law, the delay, even if there was one, is not a ground for holding that there was procedural unfairness.”. [Penekanan ditambah] [47] Adalah jelas pada pandangan saya, kesalahan tatatertib tidak mempunyai tempoh had masa. Sebaliknya, Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengambil tindakan tatatertib apabila terdapat kesalahan tatatertib dilakukan tanpa menetapkan tarikh masa tertentu. Dalam kes Mahkamah Persekutuan Public Services Commission Malaysia & Anor. v Vickneswary RM Santhivelu [2008] CLJ 573 kesalahan tatatertib berlaku pada tahun 1977 manakala tindakan tatatertib hanya diambil 7 tahun kemudian iaitu pada tahun 1984. Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti yang berikut: “…[34] The General Orders do not provide for the time when a disciplinary action is required to be taken against any officer for a disciplinary offence. Applying the principles earlier stated that where procedure is provided by written laws then the courts should be wary of invoking common law, the delay, even if there was one, is not a ground for holding that there was a procedural unfairness… [104] Even if there was a delay on the part of the second respondent, we agree with the learned Judge that delay per se, as ruled by the Federal Court in Vicknewary, supra, is not the ground to hold that the disciplinary action taken by the first respondent was invalid. In Abd Razak Atan v. Dato’ Hj Ahmad Ragib bin Hj Mohd Salleh (sued in his capacity as Assistant Chief Administrator to the Inspector General of Police (Disciplinary) &Ors [2010] 6 CLJ 887; ; [2010] 3 MLJ 753, Abdul Malik Ishak JAC held that delay per se can never be a ground for holding that the disciplinary proceedings conducted against the plaintiff should be held null and void and that the decision arrived thereat be set aside. We are bound to decide this issue according to the law. In the present appeal, delay was not part of the appellant’s complaint in her written representation. She did not complaint 16 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal about it. We also cannot disagree with the learned Judge’s finding that the length of time was not inordinate.”. [Penekanan ditambah] [48] Di atas premis ini, saya berpandangan bahawa kelewatan membawa tindakan tatatertib terhadap Pemohon tidak menyebabkan prosiding tatatertib itu tidak sah. Oleh itu, saya mendapati isu ini tidak bermerit bagi mencabar keputusan yang telah dibuat oleh Responden-Responden. Oleh itu, saya menolak isu yang dibangkitkan oleh Pemohon. Sama ada Responden-Responden telah bertindak bertentangan dengan peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Perlembagaan Persekutuan serta “common law” (law of natural justice and law of procedural fairness) dalam proses pembuangan kerja Pemohon [49] Dalam pengendalian prosiding tatatertib terhadap kakitangan awam, Pihak Berkuasa Tatatertib bukan sahaja perlu mematuhi prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh statut, tetapi mereka juga perlu mematuhi prinsip keadilan asasi (“rules of natural justice”) yang merupakan salah satu prinsip penting dalam undang-undang pentadbiran (administrative law). Dua elemen utama “natural justice” adalah “nemo judex in causa sua iaitu “rule against bias” dan “audi alteram partem” iaitu “right of fair hearing”. [50] Prinsip undang-undang berkenaan permohonan Semakan Kehakiman telah menggariskan bahawa Semakan Kehakiman bukanlah merupakan satu proses rayuan terhadap sesuatu keputusan tetapi ianya adalah satu proses semakan terhadap 17 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bagaimana sesuatu keputusan tersebut dibuat. [51] Mahkamah tidak akan campur tangan (interfere) dengan keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib melainkan telah dibuktikan bahawa keputusan tersebut telah dicemari dengan kekhilafan undang-undang, tidak munasabah atau melibatkan ketidakaturan prosedur. [52] Dalam hal ini, saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Telekom Malaysia Bhd. v Tribunal Tuntutan Pengguna & Anor. [2007] 1 MLJ 626 yang menyatakan seperti yang berikut: “Governing Principles [12] At this juncture, it is appropriate for me to set out the principles governing the grounds for sustaining a substantive notice of motion to challenge a decision-making process by way of certiorari, as follows: (1) It is neither an appeal nor a review of the decision itself, but a review of the decision-making process of the tribunal to see if there are errors of law on the face of the record; (2) It is neither feasible nor desirable to attempt an exhaustive definition of what amounts to an error of law, for the categories of such an error are not closed, and an error may be disclosed if the decision-maker eg: (a) asks himself the wrong question; (b) takes into account irrelevant considerations; (c) omits to take into account certain relevant considerations (an Anisminic error); (d) misconstrues the terms of the relevant statute; or (e) misapplies or misstates a principle of general law. (per Gopal Sri Ram JCA in Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Bhd v. Transport Workers Union [1995] 2 CLJ 748 at p 765 f-g CA); 18 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (3) In process or substance, an impugned decision is flawed on ground of: (a) illegality, meaning that the decision must be based on law and the decision-maker must understand directly the law that regulates his decision-making power and must give effect to it, and whether he has or not is par excellence a justiciable question; (b) irrationality meaning "Wednesbury unreasonableness, so outrageous in its defiance of logic or of accepted moral standards that no sensible person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it, as enunciated in Associated Provincial Picture Houses Ltd v. Wednesbury Corp [1948] 1 KB 223; (c) procedural impropriety covering failure: (i) to observe basic rules of natural justice; (ii) to act with procedural fairness; (iii) to observe procedural rules that are expressly laid down in the legislative instrument by which its jurisdiction is conferred, even where such failure does not involve any denial of natural justice; and (4) possibly, proportionality. (per Edgar Joseph Jr FCJ in R Rama Chandran v. Industrial Court of Malaysia & Anor. [1997] 1 CLJ 147 at pp 172b- 173b; referring to the judgment of Lord Diplock in Council of Civil Service Unions & Ors v. Minister for the Civil Service [1985] AC 374.) (See my judgment in Lim Siew Hong v. Contraves Advances Devices Sdn Bhd & Anor [2006] 2 AMR 770 at pp 773- 775).).”. [Penekanan ditambah] [53] Saya seterusnya merujuk kepada keputusan di Mahkamah 19 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Rayuan dalam kes Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Kementerian Dalam Negeri & Ors. v Soo Lina & Ors. [2018] 6 CLJ 285 yang telah memutuskan bahawa— “What Is The Meaning Reasonableness In Judicial Review? [39] The test of reasonableness has been the subject of many cases over the decades in other Commonwealth jurisdictions. For example, in dealing with the circumstances under which the court could intervene to quash the decision of an administrative officer or tribunal on ground of unreasonableness or irrationality, Henchy J of the Irish Court in State (Keegan) v. Stardust Victims Compensation Tribunal [1986] IR 642 set a number of such circumstances in different terms. They are: 1. It is fundamentally at variance with reason and common sense; 2. It is indefensible for being in the teeth of plain reason and common sense; and 3. Because the court is satisfied that the decision-maker has breached his obligation whereby he "must not flagrantly reject or disregard fundamental reason or common sense in reaching his decision).”. [Penekanan ditambah] [54] Dalam menentukan sama ada keputusan yang dibuat oleh Responden-Responden adalah selaras dengan peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Perlembagaan Persekutuan serta “common law” (law of natural justice and law of procedural fairness) dalam proses pembuangan kerja Pemohon, saya perlu meneliti sama ada segala prosedur adalah dipatuhi dan ia adalah teratur dari segi perundangan. [55] Pemohon menghujahkan bahawa prosiding tatatertib terhadap Pemohon adalah tidak sah dan dicemari dengan “illegality” dan melanggar prinsip keadilan asasi dalam beberapa aspek seperti 20 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang berikut: (a) terdapat perlanggaran prinsip keadilan asasi apabila tindakan terhadapnya dikendalikan oleh dua pengerusi Lembaga Tatatertib yang berbeza sedangkan prinsip keadilan asasi mengkehendaki pihak yang sama mengendalikan keseluruhan prosiding; (b) Surat Tunjuk Sebab bertarikh 18.07.2018 dikeluarkan oleh Dato' Seri Hj. Mustafar bin Hj. Ali dan keputusan buang kerja berkuat kuasa 15.12.2018 telah dibuat pada 15.12.2018 oleh panel Responden Kedua yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Hj. Mustafar bin Hj. Ali susulan penerimaan representasi Pemohon bertarikh 20.08.2018. Namun demikian, Responden Ketiga melalui persidangan pada 28.08.2019 telah membuat keputusan untuk menghantar balik kes untuk ditimbang semula oleh Lembaga Tatatertib; (c) sungguhpun arahan untuk kes ditimbang semula, panel Lembaga Tatatertib lain yang dipengerusikan oleh Dato' lndera Khairul Dzaimee bin Daud dikatakan melalui persidangan pada 13.01.2020 telah membuat keputusan sama iaitu dapatan salah dan hukuman buang kerja berkuat kuasa 15.12.2018 dengan hanya merujuk kepada surat representasi awal Pemohon bertarikh 20.08.2018; (d) prinsip keadilan asasi mengkehendaki pihak yang sama yang mengendalikan prosiding dari awal peringkat pengeluaran Surat Tunjuk Sebab sehingga keputusan akhir dicapai; dan (e) Responden Kedua telah bertindak bertentangan dengan 21 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal undang-undang apabila masih mengekalkan kuat kuasa hukuman pada 15.12.2018 sedangkan Responden Ketiga telah menghantar balik kes dan mengarahkan agar kes Pemohon ditimbang semula. [56] Responden dalam kes ini berhujah bahawa keputusan yang dibuat oleh Responden-Responden telah mengikut prosedur yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang mana peraturan utama dalam prosiding tatatertib terhadap penjawat awam bagi hukuman buang kerja adalah tertakluk kepada peruntukan Peraturan 35, 37 dan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) [P.U.(A) 246/2022] seperti yang berikut: “35. (1) Jika seseorang pegawai dikatakan telah melakukan suatu kesalahan tatatertib— (a) Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi pegawai itu; atau (b) jika terdapat lebih daripada satu peringkat Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan dengan pegawai itu, Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat, hendaklah, sebelum memulakan apa-apa prosiding tatatertib berkenaan dengan pegawai itu, menimbangkan dan menentukan sama ada kesalahan tatatertib yang diadukan itu adalah daripada jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat atau suatu hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat. … 37. (1) Jika ditentukan di bawah subperaturan 35(2) bahawa kesalahan tatatertib yang diadukan terhadap seseorang pegawai adalah daripada jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang 22 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berkenaan yang kepadanya kes itu dirujukkan hendaklah menimbangkan segala maklumat yang ada. (2) Jika didapati oleh Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang. berkenaan bahawa wujud suatu kes prima facie terhadap pegawai itu, Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah— (a) mengarahkan supaya suatu pertuduhan yang mengandungi fakta kesalahan tatatertib yang dikatakan telah dilakukan oleh pegawai itu dan alasan-alasan yang berdasarkannya pegawai itu dicadangkan supaya dibuang kerja atau diturunkan pangkatnya dihantar kepada pegawai itu; dan (b) menghendaki pegawai itu untuk membuat, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh dia dimaklumkan pertuduhan itu melalui notis di bawah peraturan 52, suatu representasi bertulis yang mengandungi alasan-alasan yang padanya dia bergantung untuk membebaskan dirinya. (3) Jika, setelah menimbangkan representasi yang dibuat menurut subperaturan (1), Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh pegawai itu tidak mewajarkan hukuman buang kerja atau turun pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan ke atas pegawai itu apa-apa hukuman yang lebih ringan yang dinyatakan dalam peraturan 38 sebagaimana yang difikirkan sesuai olch Pihak Berkuasa Tatatertib itu. (4) Jika pegawai itu tidak membuat apa-apa representasi dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (2)(b), atau jika pegawai itu telah membuat representasi sedemikian tetapi representasi itu tidak dapat membersihkan dirinya sehingga memuaskan hati Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah terus menimbangkan dan membuat keputusan tentang pembuangan kerja atau penurunan pangkat pegawai itu. (5) Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa kes terhadap pegawai itu menghendaki penjelasan lanjut, Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menubuhkan suatu Jawatankuasa Penyiasatan bagi maksud mendapatkan penjelasan lanjut sedemikian. … 38. Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan 23 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pegawai itu: (a) amaran; (b) denda; (c) lucut hak emolumen; (d) tangguh pergerakan gaji; (e) turun gaji; (f) turun pangkat; atau (g) buang kerja.”. [Penekanan ditambah] [57] Dalam kes di hadapan saya, saya mendapati Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan No. 2 (di peringkat Ketua Jabatan) menyatakan dalam Surat Tunjuk Sebab bahawa setelah meneliti laporan siasatan dan menimbang semua maklumat yang diterimanya dan berpandangan Pemohon patut dikenakan tindakan tatatertib. Ini dinyatakan dalam surat tersebut yang menyatakan kenyataan seperti yang berikut: “Pengerusi Lembaga Tatatertib, setelah menimbang segala maklumat yang diterima, berpendapat tuan patut dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atas pertuduhan yang berikut…”. [58] Oleh yang demikian, saya mendapati bahawa Surat Tunjuk Sebab itu adalah memadai dan memenuhi kehendak Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi membolehkan Pemohon mempertahankan diri dengan mengemukakan representasi. Mengenai hujah Pemohon bahawa Responden Pertama perlu menyatakan alasan bagi menyokong dapatan prima facie sebelum mengemukakan Surat Tunjuk Sebab, pada pandangan saya, hujah tersebut adalah tidak berasas kerana perkara itu tidak dikehendaki oleh Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 24 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pandangan saya ini berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Agong dalam kes Ghazi Mohd Sawi v. Mohd Haniff Omar, Ketua Polis Negara, Malaysia & Anor [1994] 2 CLJ 333 yang menyatakan bahawa— “[33] Similarly, in this case, we have examined the relevant provisions of the General Orders 1980 (Chapter D), and it is beyond dispute that these provisions have been assiduously followed by the respondent, and having regard to all the authorities cited earlier on an oral hearing or inquiry under the circumstances of this case was not justified. In dealing with General Orders 1980 (Chapter D) we remind ourselves that we are dealing with General Orders that have legislative effect and we must guard ourselves against adding words into them which were never intended. In this regard, we found support in the passage of the judgment of Barwick CJ in Twist v. Randwick Municipal Council [1976] 136 CLR 106 at p 110: ... if the legislation has made provision for that opportunity to [to be heard] to be given to the subject before his person or property is so affected, the Court will not be warranted in supplementing the legislation, even if the legislative provision is not as full and complete as the Court might think appropriate. Thus, if the legislature has addressed itself to the question whether an opportunity should be afforded the citizen to be relevantly heard and has either made it clear that no such opportunity is to be given or has, by its legislation, decided what opportunity should be afforded, the Court being bound by the legislation as much is the citizen, has no warrant to vary the legislative scheme.”. [Penekanan ditambah] [59] Selain itu, saya berpandangan bahawa keputusan yang dibuat oleh panel Responden Kedua adalah teratur dari segi perundangan kerana kes prosiding tatatertib adalah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah pada masa itu, iaitu Dato' Seri Hj Mustafar bin Hj Ali sehingga keputusan buang kerja dibuat. Namun semasa kes tatatertib dirujuk semula oleh Responden Ketiga untuk dipertimbangkan semula oleh Responden Pertama dan Responden Kedua, Dato' Seri Hj Mustafar bin Hj Ali telah bersara pada masa prosiding tatatertib kedua diteruskan. Prosidng 25 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tatatertib diteruskan oleh penggantinya iaitu Dato' lndera Khairul Dzaimee bin Daud. Keputusan yang kemudian dibuat oleh Dato' lndera Khairul Dzaimee bin Daud selaku pengerusi panel Responden Kedua untuk mengekalkan keputusan terdahulu tidak dijejaskan atas pertukaran pengerusi panel Responden Kedua memandangkan keputusan adalah dibuat oleh pegawai berdasarkan jawatan yang dipegang dan bukan berdasarkan individu. Maka kes-kes yang dirujuk oleh Responden iaitu kes Hngh Ah Leong v Inspector- General of Police & 2 Ors [1995) 2 AMR 1993 dan Inspector-General of Police & Anor v Alan Noor bin Kamat [1988] 1 MLJ 260 boleh dibezakan daripada fakta kes ini. [60] Surat Tunjuk Sebab hanya merupakan dokumen yang dikehendaki untuk memulakan prosiding tatatertib berdasarkan siasatan yang dibuat dan tanpa mengambil kira representasi yang dibuat pada masa tersebut. Apa yang penting adalah penggantinya Dato' lndera Khairul Dzaimee bin Daud yang mempengerusikan prosidng tatatertib kedua Pemohon telah mempertimbangkan surat representasi Pemohon membuat keputusannya berdasarkan fakta yang dikemukakan dan respresentasi yang dibuat oleh Pemohon. [61] Pemohon telah diberikan tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan Surat Tunjuk Sebab iaitu pada 08.08.2018 untuk mengemukakan representasi bertulis bagi membebaskan dirinya daripada pertuduhan yang dikemukakan tersebut. Pemohon kemudian telah mengemukakan surat representasi bertulis kepada Responden Kedua pada 20.08.2018. 26 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [62] Oleh itu, saya berpandangan bahawa Pemohon telah diberikan peluang untuk mengemukakan kes beliau melalui representasi bertulis (sila lihat Exhibit SAZ-3 di Lampiran 2) kepada Responden Pertama dan Responden Kedua. [63] Responden Pertama dan Responden Kedua telah mempertimbangkan representasi Pemohon menurut subperaturan 37 (4) dan mendapati representasi yang dibuat oleh Pemohon tidak dapat membebaskan Pemohon daripada kedua- dua Pertuduhan tersebut. Saya mendapati bahawa Pemohon melalui surat representasi bertulis tersebut tidak menafikan kesalahan yang didakwa ke atasnya dan Pemohon hanya memberikan alasan atau justifikasi ke atas kesalahan yang dilakukan demi dapat meringankan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Oleh itu, saya berpandangan bahawa keputusan yang dibuat oleh Responden Pertama dan Responden Kedua adalah teratur. Berdasarkan Peraturan 37D dan Peraturan 38, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) [P.U.(A) 246/2022], Responden Pertama dan Responden Kedua telah mengenakan hukuman buang kerja. [64] Peraturan 37D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002) [P.U.(A) 246/2022] yang memperuntukkan seperti yang berikut: “37D. Jika, setelah menimbangkan representasi pegawai dan laporan Jawatankuasa Penyiasatan, jika ada, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan- (a) mendapati pegawai itu bersalah atas kesalahan tatatertib yang dikatakan telah dilakukan olehnya dan pegawai itu patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, 27 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu; (b) mendapati pegawai itu bersalah atas kesalahan tatatertib yang dikatakan telah dilakukan olehnya tetapi, setelah mengambil kira dalam pertimbangan hal keadaan dalam mana kesalahan tatatertib itu telah dilakukan dan faktor peringanan yang lain, kesalahan itu tidak mewajarkan hukuman, buang kerja atau turun pangkat tetapi mewajarkan pengenaan suatu hukuman yang lebih ringan, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu atau lebih hukuman selain buang kerja atau turun pangkat sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 38 sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu; atau (c) mendapati pegawai itu tidak bersalah, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah membebaskannya.". [Penekanan ditambah] [65] Bagi proses rayuan tatatertib pula, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U. (A)396/1993] adalah terpakai dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan proses rayuan adalah Peraturan 14,15 dan 16. [66] Peraturan 14 membenarkan mana-mana pegawai yang terkilan dengan keputusan Responden Pertama dan Responden Kedua untuk mengemukakan rayuannya kepada Responden Ketiga. [67] Subperaturan 15(1) pula menghendaki pegawai yang terkilan untuk mengemukakan rayuannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai tersebut menerima keputusan bertulis Lembaga Tatatertib. [68] Sebaik menerima rayuan, menurut subperaturan 15(2) Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan rayuan pegawai tersebut kepada Responden Pertama dan Responden Kedua berserta dengan ulasannya dalam tempoh 30 hari. [69] Seterusnya, Responden Pertama dan Responden Kedua 28 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal hendaklah mengemukakan rayuan dan rekod prosiding berserta alasan keputusan kepada Responden Ketiga juga dalam tempoh 30 hari mengikut kehendak subperaturan 15(4). [70] Menurut Peraturan 16, Responden Ketiga sebaik menerima dokumen, hendaklah mempertimbangkan rayuan tersebut dengan memutuskan rayuan atas merit alasan rayuan tanpa menerima apa-apa pernyataan atau keterangan lanjut. Walau bagaimanapun, Responden Ketiga boleh meminta apa-apa pernyataan atau keterangan daripada mana-mana orang jika berpendapat ianya patut dan adil untuk berbuat demilkian. [71] Dibawah subperaturan 16(4) seteleh menimbangkan rayuan, Responden Ketiga boleh— (a) menghantar balik kes itu kepada Lembaga Tatatertib untuk ditimbang semula; (b) mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib; (c) mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib tentang salahlaku perayu itu, tetapi mengubah hukuman itu kepada hukuman yang lebih ringan; atau (d) mengakaskan keputusan dan hukuman Lembaga Tatatertib dan membebaskan perayu. [72] Menurut subperaturan 16(5), sebarang keputusan Responden Ketiga adalah muktamad. [73] Berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Pemohon bahawa Responden Kedua telah bertindak bertentangan dengan undang- undang apabila masih mengekalkan kuatkuasa hukuman pada 15.12.2018 sedangkan Responden Ketiga telah menghantar balik 29 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kes dan mengarahkan agar kes Pemohon ditimbang semula. Oleh itu, tiada keputusan dalam aspek hukuman secara spesifik dan jelas kepada Pertuduhan Pertama dan Pertuduhan Kedua. [74] Responden menghujahkan bahawa Pemohon telah diberikan peluang untuk membuat representasi mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada. [75] Dalam hal ini, saya mendapati Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 tidak mensyaratkan bahawa Pihak Berkuasa Tatatertib perlu memberikan alasan sebelum mengenakan hukuman terhadap seseorang penjawat awam setelah beliau mengemukakan representasi mahupun rayuan. Apa yang perlu dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib setelah menerima representasi ialah sama ada kenyataan yang terdapat dalam representasi itu dapat membebaskan dirinya daripada sabitan atau tidak. [76] Selanjutnya, saya berpandangan bahawa Responden Ketiga telah menghantar balik kes Pemohon untuk dipertimbangkan semula oleh Responden Pertama dan Responden Kedua adalah selaras dengan perenggan 16(4)(a) Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. [77] Responden Pertama dan Responden Kedua setelah mempertimbangkan semula kes Pemohon masih mengekalkan keputusan yang sama, iaitu hukuman buang kerja yang berkuat kuasa pada 15.12.2018 tidak melanggar prinsip keadilan. Ini adalah kerana Responden Pertama dan Responden Kedua setelah mempertimbangkan semula kes dan respresentasi yang dibuat oleh Pemohon, Responden Pertama dan Responden 30 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kedua mendapati tiada keperluan untuk mengubah keputusan yang dibuat sebelum ini. [78] Pemohon kemudian telah diberikan peluang untuk mengemukakan rayuannya melalui surat bertarikh 17.03.2020 kepada Responden Ketiga melalui Ketua Jabatannya selepas Responden Pertama dan Responden Kedua memutuskan untuk mengekalkan keputusan buang kerja yang berkuat kuasa pada15.12.2018. [79] Responden Ketiga setelah meneliti semula prosiding tatatertib dan alasan yang diberikan oleh Responden Pertama dan Responden Kedua masih mengekalkan keputusan yang sama. Keputusan Responden-Responden adalah selaras dengan subperaturan 37(4) dan peraturan 37D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan menjatuhkan hukuman buang kerja selaras dengan Peraturan 38 Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 . [80] Di dalam kes Halimatussaadiah v. Public Service Commission [1992] 1 CLJ 413, Eusoff Chin J (pada masa itu) menyatakan – “As regards the issue of ‘finding of guilt’ of the plaintiff before the PSC imposed the punishment of dismissal, I think it is perfectly clear that order 26 (4) of the GO ‘D’ does not require the PSC to make such finding. What the PSC is required to decide is whether the explanation given by the plaintiff, had exculpated the plaintiff to the satisfaction of the PSC.”. [Penekanan ditambah] [81] Prinsip yang sama dipakai dalam kes T Ganeswaran v Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia & Satu Lagi [2005] 6 MLJ 97 di mana dinyatakan — 31 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Bagi mempertimbangkan alasan ini ingin kami nyatakan bahawa mengikut undang-undang perayu tidak perlu didapati bersalah. Yang perlu dipertimbangkan oleh responden pertama ialah sama ada representasi yang dikemukakan oleh perayu itu dapat membebaskan (exculpate) dirinya dari tuduhan terhadapnya dengan memuaskan. Sekiranya representasi perayu tidak dapat berbuat demikian terhadap beliau maka responden pertama berhak menjatuhkan hukuman serta- merta.”. [Penekanan ditambah] [82] Maka, saya berpendapat bahawa segala prosiding tatatertib yang dijalankan oleh Responden Pertama dan Responden Kedua serta prosiding rayuan yang dibuat oleh Responden Ketiga adalah selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Perlembagaan Persekutuan serta “common law” (law of natural justice and law of procedural fairness) dalam proses pembuangan kerja Pemohon. Sama ada Responden-Responden telah mematuhi prinsip Wednesbury dan doctrine of proportionality dalam menjatuhkan hukuman buang kerja ke atas Pemohon. [83] Adalah menjadi hujah Pemohon bahawa hukuman yang dikenakan terhadap beliau adalah terlalu berat dan tidak munasabah mengambil tahap keseriusan jenis kesalahan tatatertib yang dipertuduhkan. Pemohon berhujah tiada surat teguran daripada Responden-Responden sebelum tindakan drastik ini diambil. Tambahan pula, Pemohon telah berkhidmat selama 12 tahun dengan rekod cemerlang dan tidak pernah terlibat dengan kesalahan tatatertib sebelum ini. [84] Dalam hal ini, adalah menjadi undang-undang mantap bahawa 32 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal semakan kehakiman bukanlah suatu bentuk rayuan dalam menentukan sama hukuman yang dikenakan munasabah atau sebaliknya. Dalam kes T. Ganeswaran (supra), Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa— “Judicial review is not an appeal from a decision but a review of the manner in which the decision was made, and, therefore the court is not entitled on an application for judicial review to consider whether the decision itself was fair and reasonable.”. [Penekanan ditambah] [85] Prinsip undang-undang di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah (“KKM”) 2012 adalah jelas dan mantap berkaitan kuasa Mahkamah ini di mana Mahkamah boleh menyemak keputusan Pihak Berkuasa Awam yang menjalankan tugas atau fungsi awam hanya atas alasan sama ada sesuatu keputusan tersebut adalah salah (illegality), tidak rasional (irrationality) atau kecacatan prosedur (procedure impropriety). [86] Saya ingin menegaskan bahawa permohonan Semakan Kehakiman bukan bertujuan untuk menyemak keputusan tetapi untuk menyemak proses keputusan itu dibuat dan dalam Permohonan Semakan Kehakiman, Mahkamah tidak menjalankan bidang kuasa rayuan tetapi bidang kuasa penyeliaan. [87] Sehubungan itu, saya berpandangan bahawa di dalam sesuatu permohonan Semakan Kehakiman sepertimana di dalam kes ini, tugas dan fungsi Mahkamah adalah terhad ke atas isu-isu perundangan sahaja. Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengkaji serta memutuskan perkara fakta yang hanya berada di dalam pengetahuan serta pertimbangan pihak 33 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berkuasa yang memutuskan sesuatu keputusan. [88] Perlu disebut juga dalam kes-kes yang melibatkan tuntutan tatatertib oleh badan awam, Mahkamah perlu akur bahawa badan awam itu adalah pihak yang lebih mengetahui dalam membuat apa-apa peruntukan kesalahan disiplin, maka bukan menjadi tugas Mahkamah untuk menambah ganti mana-mana peruntukan tatacara disiplin itu. Dalam hal ini, rujukan dibuat kepada kes Hj AH Othman v. Telekom Malaysia Bhd. [2003] CLJ 310 yang menyatakan bahawa— “...In this regard, we agree and gratefully adopt the view expressed by L’Heureux-Dube J speaking on behalf of the majority of the Supreme Court of Canada in The Board of Education of the Indian Head School v. Knight: …“lt must not be forgotten that every administrative body is the master of its own procedure and need not assume the trappings of a court. The object is not to import into administrative proceedings the rigidity of all the requirements of natural justice that must be observed by a court, but rather to allow administrative bodies to work out a system that is flexible, adapted to their needs and fair.”‘. [Penekanan ditambah] [89] Mengenai hukuman pula, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 secara jelas memberikan budi bicara kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam menentukan hukuman yang wajar mengikut bentuk hukuman yang disenaraikan dalam perundangan tersebut. Oleh yang demikian, saya berpandangan sebagai pihak yang dipertanggungkan oleh undang-undang, Pihak Berkuasa Tatatertib adalah pihak yang paling layak dalam menentukan hukuman yang bersesuaian berdasarkan kepada keseriusan kesalahan yang dilakukan, dan bukannya mahkamah. 34 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [90] Dalam kes Ng Hock Cheng v. Pengarah Am Penjara & Ors [1998] 1 CLJ 405 Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa— “…After the High Court had judicially reviewed and upheld the disciplinary authority’s finding of misconduct or breach of any provision of the code of conduct under the said General Orders, in regard to any further and consequent order of punishment or penalty as prescribed by the “General Orders” aforesaid and imposed on the public officer in question, the High Court was right in not judicially reviewing such consequential order of dismissal or otherwise interfering with such order. The Court of Appeal was also right for not interfering with the same for reasons which we will discuss as follows. To so further review judicially would be acting against the concept, in the case of an order of dismissal, that there should not generally be any employment against the will of employer or employee. After all is said and done, persons in the public service categorized under art. 132 of the Federal Constitution are in fact employees. The court in truth is not substituting the order of dismissal with its own measure of punishment and if in the latter case, it would amount to the court forcing the employer/government to still employ him, or specifically enforcing a contract of personal service. It cannot be denied further that the disciplining of a public officer by his department head, is part of the function of the executive branch of the government and any usurpation by a court will be viewed with something very much more than disfavour even though the judiciary is the judicial branch of the government as well as an institution which belongs to the people. To repeat, a court intervenes only on the nature and manner of accusation against a public officer as distinct from a consequential punishment as explained above. Just like a professional body being the best tribunal to judge the seriousness of misconduct of its members, in a similar vein, an employer, including a government is the best person to judge similarly the seriousness of misconduct of an employee.”. [Penekanan ditambah] [91] Begitu juga dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors v Tay Chai Huat [2012] 3 MLJ 149 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan 35 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal seperti yang berikut: “[39] Thus, a court should not substitute what its thinks is the “correct” decision. What the court is concerned with is not the decision but the decision-making process. It does not entail the court substituting its discretion for that of the decision maker. Unless that restriction on the power of the court is observed, the court will in my view, under the guise of preventing the abuse of power, be itself guilty of usurping power”, per Lord Brightman in Chief Constable of the North Wales Police Force v. Evans [1982] 1 WLR 1155 at p. 1173.”. [Penekakan ditambah] [92] Berdasarkan kepada alasan di atas, saya mendapati Pemohon gagal untuk membuktikan kepada Mahkamah wujudnya ketaksahan, ketakaturan prosedur dan ketidakrasional yang memungkinkan Mahkamah ini untuk membenarkan permohonan ini. Isu-Isu Lain [93] Mengenai isu yang dibangkitkan oleh Pemohon bahawa terdapat percanggahan kepentingan (conflict of interest) dengan kehadiran Unit Integriti dalam prosiding tatatertib, saya telah meneliti isu berkenaan dan mendapati tiada keterangan yang menunjukkan Unit Integriti telah mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Responden-Responden. Kehadiran Unit Integriti adalah bersifat pentabdiran semata-mata (administrative nature) iaitu sebagai urus setia yang menyediakan dan membentangkan kertas pertimbangan dan tidak terlibat dalam membuat keputusan. [94] Dalam hal ini, saya merujuk kepada kes Ezaky Mulya bin Sapawi v Dato' Sri Nadzri Siron Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia & Ors (supra) di mana Mahkamah Rayuan telah 36 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa kehadiran pihak berkepentingan tidak mengakibatkan prosiding tatatertib tidak sah dan telah memutuskan seperti yang berikut: "PRESENCE OF INTERESTED PARTIES [91] In the meeting of the DB, interested parties, as termed by the appellant, were present. They were Jamil bin Mohd Dahlan (investigating officer and director of integrity/discipline), Noraini bt Mohd Nawi (principal assistant director, integrity section), Noorashikin bl Bahari (assistant director, discipline unit) and JPJ officers. In the DAB, there were 17 others including the legal advisor (LA). [92] It was submitted the presence of these parties had rendered the disciplinary proceedings defective. Further, where the DAB was legally represented, the appellant ought to be allowed to be heard. [93] Reference was made to Federal Hotel Sdn Bhd v National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers [1983] 1 MLJ 175 that it is contrary to natural justice to allow one side to be legally represented but refuse the same right to the other and that this is a gross violation of the fundamental principles of natural justice. [94] On the presence of the interested parties (other than the LA, which will be dealt with separately), the HCJ examined the establishment and composition of the DA and DAB as set out in regs 2 and 12of the Disciplinary Board Regulations 1993. The following was then said in paras 48 and 49 of the judgment: 48. There is nothing in regs 2 and 12 PSR which prohibit the attendance of interested parties in the meetings of DA and DAB. The DA and DAB are masters of their own procedure and may invite any party to sit in their proceedings. I refer to the Court of Appears judgment delivered by Gopal Sri Ram JCA (as he then was) in Haji Ali bin Haji Othman v Telekom Malaysia Bhd [2003] 3 MLJ 29; [2003] 3 CLJ 310, at p 314: ... Where the appellant has, with respect, misled himself is, we think, in equating a domestic inquiry with a formal 37 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal trial in a court. This is not the law. In this regard, we agree and gratefully adopt the view expressed by L'Heureux- Dube J speaking on behalf of the majority of the Supreme Court of Canada in The Board of Education of the Indian Head School v Knight. It must not be forgotten that every administrative body is the master of its own procedure and need not assume the trappings of a court. The object is not to import into administrative proceedings the rigidity of all the requirements of natural justice that must be observed by a court, but rather to allow administrative bodies to work out a system that is flexible, adapted to their needs and fair. 49. It is essential that the decisions of the DA and DAB should be made solely and independently by DA and DAB respectively. There is no affidavit evidence by the applicant to show that DA's Decision and DAB's Decision had been made by the interested parties. In the circumstances, the mere presence of interested parties in the meetings of DA and DAB cannot invalidate DA's Decision and DAB's Decision in this case. [95] The HCJ essentially said that the presence of such parties was not prohibited by regs 2 and 12 of the Disciplinary Board Regulations 1993. The DA and DAB being masters of their own procedure, were at liberty to invite anyone. Critically, the HCJ noted that the decisions must be made independently by the DA and DAB and found there was no evidence that those interested parties had made the decisions which are now being challenged. [96] Hence, it can be said those parties were present, but did not participate in the proceedings.”. [Penekanan ditambah] [95] Sehubungan itu, saya dapati isu yang dibangiktkan adalah tidak bermerit dan harus ditolak. Kesimpulan [96] Dalam kes ini, saya berpendapat bahawa Pemohon telah gagal untuk mengemukakan apa-apa bukti dan/atau dokumen untuk membuktikan ada sebarang ketidakrasional ataupun kesilapan prosedur di dalam mana-mana keputusan oleh Responden- 38 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Responden. [97] Oleh itu, saya menolak permohonan bagi Semakan Kehakiman di Lampiran 1 dan adalah juga diperintahkan bahawa Pemohon membayar kepada Responden-Responden kos sebanyak RM3,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh 5 Julai 2025 Ditandatangani ………………….. Wong Mee Ling Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Johor Darul Ta’zim. Peguam Bagi Pemohon Puan Ebrina binti Zubir Tetuan Maniam Nair & Co No. 117, Tingkat Dua, Jalan Genuang, 85000 Segamat, Johor Darul Takzim Peguam Bagi Responden-Responden Puan Syazana binti Abd. Lajis Peguam Kanan Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’Jaafar Muhammad, Kota Iskandar 79100 Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim 39 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kes-Kes Yang Dirujuk : 1. Telekom Malaysia Bhd. v Tribunal Tuntutan Pengguna & Anor. [2007] 1 MLJ 626 2. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Kementerian Dalam Negeri & Ors v. Soo Lina & Ors. [2018] 6 CLJ 285 3. Nor Aziz bin Mat Isa lwn Sun Teoh Tia (SAC) Pengerusi Lembaga Tatatertib Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dan lain-lain [2020] MLJU 496 4. Ezaky Mulya bin Sapawi v Dato' Sri Nadzri Siron Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia & Ors [2022] 5 MLJ 472 5. Public Services Commission Malaysia & Anor v Vickneswary RM Santhivelu [2008] CLJ 573 6. Ghazi Mohd Sawi v Mohd Haniff Omar, Ketua Polis Negara, Malaysia & Anor [1994] 2 CLJ 333 7. Hngh Ah Leong v Inspector-General of Police & 2 Ors [1995) 2 AMR 1993 8. Inspector-General of Police & Anor v Alan Noor bin Kamat [1988] 1 MLJ 260 9. Halimatussaadiah v Public Service Commission [1992] 1 CLJ 413 10. T Ganeswaran v Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia & Satu Lagi [2005] 6 MLJ 97 11. Hj AH Othman v. Telekom Malaysia Bhd. [2003] CLJ 310 12. Ng Hock Cheng v. Pengarah Am Penjara & Ors. [1998] 1 CLJ 405 13. Kerajaan Malaysia & Ors. v Tay Chai Huat [2012] 3 MLJ 149 40 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Undang-undang Yang Dirujuk: 1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 2. Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 3. Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 41 S/N MPdXf2L/BES/8HyOyAE2sQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal