SMALL MEDIUM ENTERPRISE DEVELOPMENT BANK MALAYSIA BERHAD 1. ) MOHD RAZLAN BIN MOHAMED YUSOF (berniaga atas nama dan gaya sebagai SOLO BORNEO MART)(201903266743)(003022948-H) 2. ) NUR SHEILA BINTI HASSIM
Service by ordinary post was valid and effective in accordance with the contractual service provisions and Order 10 r.3; the default judgment was therefore regular and Defendant Second failed to demonstrate a prima facie meritorious defence; accordingly the application to set aside the default judgment is dismissed...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-B52M-1684-09/2023 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: SMALL MEDIUM ENTERPRISE DEVELOPMENT BANK MALAYSIA BERHAD; Defendant First: MOHD RAZLAN BIN MOHAMED YUSOF (SOLO BORNEO MART); Defendant Second: NUR SHEILA BINTI HASSIM
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 17 February 2025
- Case Number
- WA-B52M-1684-09/2023 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Banking/contract (debt Recovery) / Judgment on Application to Set Aside Default Judgment
- Outcome
- Application by Defendant Second to set aside default judgment dismissed
- Legal Topics
- Personal Guarantee, Service of Process Pursuant to Contract, Default Judgment, Setting Aside Judgment, Certificate of Indebtedness, Facility Agreement, Murabahah
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
SMALL MEDIUM ENTERPRISE DEVELOPMENT BANK MALAYSIA BERHAD
Plaintiff
MOHD RAZLAN BIN MOHAMED YUSOF (SOLO BORNEO MART)
Defendant First
NUR SHEILA BINTI HASSIM
Defendant Second
Procedural Posture
Civil Banking/contract (debt Recovery) / Judgment on Application to Set Aside Default Judgment
Legal Issues
- 1 Whether service of writ and statement of claim on Defendant Second was valid under contract and Rules of Court
- 2 Whether the default judgment is regular
- 3 Whether Defendant Second has a meritorious/arguable defence sufficient to set aside a regular default judgment
Ratio Decidendi
Service by ordinary post was valid and effective in accordance with the contractual service provisions and Order 10 r.3; the default judgment was therefore regular and Defendant Second failed to demonstrate a prima facie meritorious defence; accordingly the application to set aside the default judgment is dismissed with costs.
Court Disposition
Application by Defendant Second to set aside default judgment dismissed
Orders
- Application by Defendant Second to set aside the default judgment is dismissed with costs of RM3000.00
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
WA-B52M-1684-09/2023 Kand. 21 14/03/2025 11:16:27 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA–B52M–1684–09/2023 ANTARA SMALL MEDIUM ENTERPRISE DEVELOPMENT BANK MALAYSIA BERHAD (No. Syarikat: 49572-H) ...PLAINTIF DAN MOHD RAZLAN BIN MOHAMED YUSOF (No. K/P: 850611-08-6773) [Berniaga atas nama dan gaya sebagai SOLO BORNEO MART (201903266743)(003022948-H)] …..DEFENDAN PERTAMA NUR SHEILA BINTI HASSIM (No. K/P: 851027-43-5078) …... DEFENDAN KEDUA ALASAN PENGHAKIMAN ( LAMPIRAN 9) PENGENALAN [1] Saya menolak permohonan Defendan Kedua yang membuat permohonan melalui Notis Permohonan (Kandungan 9) bertarikh 1 November 2024 untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan Kedua dengan kos sebanyak RM3,000.00 1 S/N XUYYfbv9zUuVsM6A8RaZtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal LATAR BELAKANG [2] Pada 13.7.2022 defendan kedua telah memasuki perjanjian sebagai penjamin kepada Defendan Pertama di dalam tindakan ini di mana Defendan Pertama adalah pelanggan Plaintif bagi perjanjian Kemudahan Pembiayaan Perbankan Islamik yang telah dimasuki Defendan Pertama bersama Plaintif melalui Surat Tawaran bertarikh 13.7.2022 iaitu Cash Line- i berjumlah RM 300,000.00. [3] Kemudahan Pembiayaan Perbankan ini di struktur berdasarkan prinsip Syariah secara perjanjian Murabahah Sale Contract bertarikh 22.08.2022 berjumlah RM 375,041.05. [4] Defendan kedua telah memasuki Jaminan Peribadi (Personal Guarantee) bertarikh 15.08.2022 untuk bertindak sebagai Penjamin bagi perjanjian Kemudahan Pembiayaan Perbankan Islamik tersebut. [5] Selepas perjanjian tersebut ditandatangani, Defendan Pertama telah membuat bayaran semula secara ansuran seperti yang dijadualkan oleh pihak Plaintif. [6] Bermula Jun 2023, perniagaan Defendan Pertama menghadapi masalah pengurusan yang menyebabkan tunggakan pembayaran ansuran bulanan kepada Plaintif. [7] Pada 5.1.2024 defendan kedua dan Defendan Pertama telah hadir berjumpa dengan wakil Plaintif untuk membincangkan tentang tunggakan ansuran bulanan yang perlu dijelaskan kepada Plaintif. Plaintif kemudiannya menyerahkan surat bertarikh 19.1.2024 yang menyatakan tentang urusan pembayaran semula yang perlu diselesaikan oleh Defendan Pertama. [8] Semasa perjumpaan tersebut dan di dalam surat tersebut defendan kedua mendakwa wakil Plaintif tidak pernah memaklumkan berkenaan Penghakiman Ingkar Kehadiran yang telah direkodkan ke atas defendan kedua yang merupakan Penjamin kepada Defendan Pertama. [9] Pada setiap masa material, defendan kedua tidak mempunyai sebarang pengetahuan terhadap Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut berserta Penghakiman Ingkar Kehadiran dimasukkan ke atas defendan kedua sehingga tarikh carian mengenai profil kredit defendan kedua melalui Agensi Pelaporan 2 S/N XUYYfbv9zUuVsM6A8RaZtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kredit yang Berdaftar di bawah Akta Pelaporan Kredit 2010 iaitu di laman sesawang Credit Tip-Off Service Data System Sdn Bhd (CTOS) pada 11.09.2024. [10] Defendan kedua percaya bahawa Penghakiman tersebut hendaklah diketepikan atas alasan Penyampaian Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut adalah tidak disempurnakan ke atas defendan kedua. [11] Defendan kedua menyatakan bahawa berdasarkan Afidavit Penyampaian tersebut, Deponen telah melampirkan Sesalinan bukti pengeposan, surat iringan Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil bertarikh 12.10.2023, sesalinan termeterai Writ Saman bertarikh 27.09.2023 dan sesalinan Pernyataan Tuntutan bertarikh 26.09.2023, Facility Agreement dan Personal Guarantee kedua-duanya bertarikh 15.08.2022. [12] Namun begitu, defendan kedua, menegaskan bahawa tiada akuan penerimaan untuk membuktikan penerimaan defendan kedua sekali gus pengetahuan defendan kedua terhadap dokumen–dokumen tersebut. Oleh itu, penyampaian Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut adalah tidak teratur. [13] Defendan kedua mempunyai pembelaan yang bermerit terhadap tuntutan Plaintif ke atas defendan kedua sebagai penjamin Defendan Pertama sahaja dalam perjanjian tersebut. [14] Defendan kedua menyatakan bahawa wakil Plaintif mempunyai banyak peluang untuk memaklumkan kepada defendan kedua dan menyerahkan kepada defendan kedua Salinan Penghakiman tersebut namun tidak berbuat demikian. [15] Pengaturan bayaran (Payment arrangement’) antara Plaintif dan Defendan Pertama sedang berlangsung maka adalah tidak adil untuk satu Penghakiman Ingkar Kehadiran direkodkan ke atas defendan kedua atas kapasiti penjamin kepada Defendan Pertama. [16] Defendan kedua selanjutnya menyatakan bahawa sehingga ke hari ini defendan kedua tidak menerima apa-apa penyampaian untuk Penghakiman Ingkar yang dimasukkan oleh Plaintif pada 5.11.2024. 3 S/N XUYYfbv9zUuVsM6A8RaZtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [17] Defendan kedua setelah dinasihati oleh Peguam cara defendan kedua dan sesungguhnya percaya bahawasanya untuk tujuan keadilan dan saksama, Mahkamah wajar mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan oleh Plaintif atas alasan-alasan yang diberikan. [18] Defendan kedua dan percaya bahawa tidak wujud kelewatan melampau dalam memfailkan permohonan ini kerana pengetahuan defendan kedua terhadap Penghakiman tersebut adalah hanya setelah carian profil kredit dijalankan, iaitu setelah sepuluh (10) bulan dari tarikh Penghakiman. [19] Justeru, defendan kedua percaya bahawa Notis Permohonan yang difailkan di luar tempoh masa ini layak didengar, dan Penghakiman tersebut wajar diketepikan agar Defendan Kedua boleh menjawab tuntutan Plaintif. Prinsip Undang-undang [20] Di dalam kes Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee& Anor [1997] 3 CLJ 305 at pages 313 – 314 His Lordship Mohd Azmi FCJ menyatakan:- “... Where the default judgment has been obtained regularly, in order to succeed the Defendant must file an affidavit of merits, i.e. the Defendant must disclose by affidavit evidence that prima facie he has a defence on the merits. Put in another way, the affidavit must disclose that he has an arguable or triable issue on the merits.” [21] Manakala di dalam kes in Hasil Bumi Perumahan Sdn. Bhd. & 5 Ors v United Malayan Banking Corp. Bhd. [1994] 1 MLJ 312, dinyatakan:- “When the judgment is a regular judgment, this Defendant: must show to the Court that he has a defence that has some merits of which the Court should try. To use common and plain language, the applicant must show that his defence is not a sham defence but one that is prima facie, raising serious issues as a bona fide reasonable defence that ought to be tried 4 S/N XUYYfbv9zUuVsM6A8RaZtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal because obviously if the defence is a sham defence, there is no defence and the application must fail.” Alasan Kenapa Permohonan Ditolak [22] Berikut adalah alasan-alasan dan sebab mengapa permohonan ini ditolak iaitu penghakiman ingkar tersebut dimasukkan secara teratur dan defendan kedua tidak mempunyai pembelaan bermerit. Penghakiman Ingkar dimasukkan secara teratur [23] Berdasarkan rekod serahan yang dibuktikan melalui afidavit penyampaian, writ dan penyata tuntutan telah diserahkan dengan sempurna. Ia diserahkan selaras dengan peruntukan kontrak. Disertakan di bawah ini bahagian yang berkaitan afidavit penyampaian tersebut: Saya, HAZWAN AIMAN BIN MOHAMAD (NO. K/P: 891008-06-5047) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur yang merupakan penghantar serah (“process server”) yang berkhidmat di Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil yang mempunyai alamat penyampaiannya di 37G, Medan Bukit Indah 2, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor iaitu Peguam cara bagi pihak Plaintif di dalam tindakan ini sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:- 1. Saya telah diarahkan oleh majikan saya iaitu Peguam cara Plaintif, Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil, untuk menyerahkan sesalinan termeterai Writ Saman bertarikh 27.09.2023 dan sesalinan Pernyataan Tuntutan bertarikh 26.09.2023 mengikut kaedah yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 terhadap Defendan- Defendan di alamat terakhir Defendan-Defendan yang diketahui oleh Plaintif. 2. Bagi tujuan serahan tersebut, saya telah menyerahkan sesalinan termeterai Writ Saman bertarikh 27.09.2023 dan sesalinan Pernyataan Tuntutan bertarikh 26.09.2023 berserta sesalinan surat iringan Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil bertarikh 12.10.2023 (“dokumen-dokumen tersebut”) secara Pos Biasa dengan Sijil Pengeposan pada 13.10.2023 selaras dengan peruntukan kontrak yang dimasuki di antara Plaintif dan Defendan-Defendan yang mana memperuntukkan seperti berikut: Facility Agreement 16.6 5 S/N XUYYfbv9zUuVsM6A8RaZtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) The service of any Legal Process in respect of any action or proceeding may be effected on the Customer by forwarding a copy of the Legal Process by hand or by ordinary post with certificate of posting or ordinary post to the Customer’s address given in this Agreement or at such other address as the Customer shall have notified to the Bank in writing and such Legal Process shall be deemed to have been served on the second (2nd) Business Day after posting and if delivered by hand, on the day it was delivered. For the purpose of this Clause, reference to “Legal Process” means any pleadings, all forms of originating processes, interlocutory applications of whatever nature, affidavits, orders, such other documents which are required to be served under the rules of court and such notices under the Companies Act 1965 and the Bankruptcy Act, 1967 (includes any insolvency legislation enacted from time to time) and other relevant statutes and the rules made thereunder. Personal Guarantee 30 (a) The service of notice and/or any legal process which includes pleadings, all forms of originating processes, interlocutory applications of whatever nature, affidavits, orders and such documents other than the aforesaid which are required to be served under the RULES OF COURT 2012, the Companies Act 2016, Bankruptcy Act 1967 (includes any other insolvency legislation enacted from time to time) and other relevant statutes and the rules made thereunder (including any modification amendment or re-enactment thereto) may be given by ordinary or registered post sent to the address as stated herein and shall be deemed to have been duly served and duly received upon the expiry of three (3) Business Days after the same is posted. Sesalinan bukti pengeposan, surat iringan Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil bertarikh 12.10.2023, sesalinan termeterai Writ Saman bertarikh 27.09.2023 dan sesalinan Pernyataan Tuntutan bertarikh 26.09.2023, Facility Agreement dan Personal Guarantee kedua-duanya bertarikh 15.08.2022 adalah dilampirkan di sini dan ditandakan secara kolektif sebagai Ekshibit “WAN-1” 3. Saya sesungguhnya percaya dan selanjutnya menyatakan bahawa serahan dokumen-dokumen tersebut telah berjaya disempurnakan terhadap Defendan pada setiap masa material [24] Penyampaian Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan Kedua adalah sah dan teratur kerana ia telah disampaikan dengan sewajarnya selaras dengan Klausa 30 Perjanjian Jaminan Peribadi bertarikh 15.08.2022, yang memperuntukkan bahawa penyampaian tersebut dianggap telah dibuat 6 S/N XUYYfbv9zUuVsM6A8RaZtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal selepas tamat tempoh tiga (3) hari bekerja. Writ dan Pernyataan Tuntutan telah disampaikan kepada Defendan Kedua melalui pos biasa pada 13.10.2023 . [25] Kaedah 10 Aturan 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah memperuntukkan seperti berikut: Order 10 Rule 3 of the Rules of Court Service of writ in pursuance of contract (O. 10, r. 3) (1) Where— (a) a contract contains a term to the effect that the Court shall have jurisdiction to hear and determine any action in respect of a contract or, apart from any such term, the Court has jurisdiction to hear and determine any such action; and (b) the contract provides that, in the event of any action in respect of the contract being begun, the process by which it is begun may be served on the defendant, or on such other person on his behalf as may be specified in the contract, in such manner or at such place (whether within or out of the jurisdiction) as may be so specified, then, if an action in respect of the contract is begun in the Court and the writ by which it is begun is served in accordance with the contract, the writ shall, subject to paragraph (2), be deemed to have been duly served on the defendant. [26] Penghakiman Ingkar di dalam kes ini adalah satu penghakiman yang teratur kerana Plaintif telah menyempurnakan penyampaian Writ dan Pernyataan Tuntutan selaras dengan Kaedah 10 Peraturan 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Adakah defendan mempunyai pembelaan bermerit [27] Di dalam kes ini defendan mengakui telah melaksanakan perjanjian jaminan peribadi bertarikh 15.8.2022. Maka Defendan kedua tertakluk kepada syarat dan terma di dalam perjanjian yang dimasuki tersebut di antara lain: (a) membayar kesemua wang yang perlu dibayar yang terhutang kepada plaintif melalui tuntutan pembayaran oleh plaintif. (b) Surat jaminan tersebut adalah dokumen sekuriti berterusan dan (c) defendan kedua dianggap sebagai peminjam utama 7 S/N XUYYfbv9zUuVsM6A8RaZtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (d) jaminan yang diberikan itu tidak akan terjejas di antara plaintif dengan defendan pertama (e) defendan mengaku janji plaintif mempunyai hak untuk meneruskan akaun selepas penamatan (f) defendan kedua mengaku janji bahawa penyata adalah dianggap muktamad (g) defendan kedua mengakui sijil keberhutangan dianggap muktamad [28] Defendan pertama telah gagal membuat pembayaran secara ansuran seperti dijadualkan oleh pihak plaintif. [29] Defendan-defendan telah hadir ke pejabat plaintif pada 5.1.2024 untuk memohon menangguhkan apa jua tindakan guaman terhadap defendan- defendan. Pada masa berkenaan, plaintif telah pun memperolehi penghakiman ingkar terhadap defendan pertama dan defendan kedua. Setelah meneliti permohonan, plaintif meluluskan permohonan defendan tertakluk kepada pembayaran yang ditetapkan melalui surat tanpa prejudis, bermula Januari sehingga Mei 2024. [30] Susulan dari pengaturan ini, plaintif telah menarik balik Notis Kebankrapan terhadap defendan pertama dengan kebebasan memfailkan semula. [31] Namun, selepas itu defendan-defendan telah gagal mematuhi jadual pembayaran yang ditetapkan, Justeru plaintif memfailkan semula Notis Kebankrapan terhadap defendan pertama. [32] Sekitar Ogos 2024 defendan pertama mendapat kelulusan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit. Susulan itu, sekali lagi plaintif menarik balik Notis Kebankrapan dengan kebebasan memfailkan semula. [33] Plaintif memaklumkan kepada defendan pertama bahawa plaintif telah bersetuju untuk meluluskan permohonan defendan pertama di bawah skim SDRS iaitu Structures Assessment Parameters for SDRS dengan memberi kelonggaran kepada defendan pertama berkaitan ansuran bulanan, enam bulan moratorium, kadar keuntungan mengikut kadar asal, pengemukaan 18 cek tarikh ke hadapan. Plaintif juga menangguhkan tindakan guaman terhadap 8 S/N XUYYfbv9zUuVsM6A8RaZtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal defendan pertama dan penjamin iaitu defendan kedua tertakluk kepada pematuhan. [34] Pada masa ini , tiada sebarang tindakan perlaksanaan difailkan terhadap defendan pertama dan defendan kedua susulan kelulusan permohonan AKPK oleh defendan pertama. [35] Defendan Kedua tidak boleh mendakwa tidak mengetahui kewujudan Perjanjian Kemudahan kerana Jaminan yang diberikan oleh Defendan Kedua adalah berkaitan dengan Kemudahan yang diberikan kepada pelanggan pertama melalui Perjanjian Kemudahan. [36] Terma dalam perjanjian jaminan adalah jelas dan tidak mengandungi sebarang kekaburan. Oleh itu, Defendan Kedua tidak boleh mendakwa tidak mengetahui terma yang menetapkan bahawa sebarang rundingan antara Plaintif dan Defendan Pertama tidak akan menjejaskan liabiliti Defendan Kedua. [37] Saya merujuk kepada kes otoriti yang menyatakan bahawa pihak adalah terikat dengan perjanjian yang ditandatangani dan jika terma adalah jelas, maka tidak perlu ada bukti lain. Di dalam kes DEUTSCHE BANK (MALAYSIA) BHD v MBD HOLDINGS BERHAD & ANOR [2015] 6 MLRA 583, diputuskan seperti berikut: “But where a claim is based on a proved or admitted express agreement, the courts do not require, in addition, proof that parties to an ordinary commercial relationship actually intended to be bound” [38] Di dalam kes BANK MUAMALAT MALAYSIA BHD & ORS V REDHA RESOURCES SDN BHD & ORS (2016) 1 LNS 1156, diputuskan seperti berikut: “[21] Parties in this case were aware of these clear terms upon entering into all the agreements between them and have agreed on these terms voluntarily. They have acted on the agreements and the Respondents had in fact benefitted from the transactions involved and should not be allowed to raise issues on the terms voluntarily agreed upon.” 9 S/N XUYYfbv9zUuVsM6A8RaZtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [39] Di dalam kes TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM V. BANK ISLAM MALAYSIA BHD & ANOTHER CASE [2010] 4 CLJ 388 diputuskan : "[13] The issue before me is therefore whether the challenge on the validity of the BBA Facility Agreement is a bona fide triable issue. In my view, questioning of the validity of an agreement after benefiting from it and upon default, in itself lacks bona fide...... To turn around and challenge the validity of an agreement entered voluntarily after reaping the benefit under it appears to be a mere afterthought.” [40] Plaintif telah mengemukakan sijil keberhutangan. Mengenai sijil keberhutangan yang menjadi bukti jumlah keberhutangan, saya merujuk kepada kes CEMPAKA FINANCE BHD V HO LAI YING (TRADING AS KH TRADING) & ANOR [2005] 2 MLRA 736 yang memutuskan: ”A certificate of indebtedness operates in the field of adjectival law, excusing the plaintiff from adducing the proof of debt and shifting the burden onto the defendant to disprove the amount claimed. In the instant case, the relevant cls. 27 and 7.03 of the loan agreement and guarantee agreement respectively were sufficiently clear. A clause of this nature has been described as a conclusive evidence clause and has been held to be binding and valid by courts in Australia and England. The certificate of indebtedness, issued in accordance with the aforesaid cls. 27 and 7.03, was lucid enough. There was nothing to indicate or suggest any manifest error on the face of the said certificate nor was any fraud shown.” [41] Berkaitan isu penjamin utama yang mana defendan kedua di dalam kes ini dianggap penjamin utama, saya merujuk kepada kes ANDREW LEE SIEW LING v UNITED OVERSEAS BANK (M) BHD [2012] 3 CLJ 708 yang memutuskan seperti berikut: "It is our considered view that in the present case the appellant, being a person who has given a guarantee and more importantly an indemnity, is primarily liable for losses which the principal borrower could not have been made liable. His liability is not dependent or secondary to the liability of the principal borrower. He is a principal debtor himself. The liability under a contract of indemnity does not depend on whether the principal debt is enforceable. It has no reference in law to the obligation of any third person. In essence, the liability of the person who has given an indemnity can be more extensive than that of the liability of the principal borrower. 10 S/N XUYYfbv9zUuVsM6A8RaZtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [42] Terma-terma perjanjian jaminan adalah jelas, maka defendan kedua tidak boleh lari dari tanggungjawab beliau sebagai penjamin dan anggapan sebagai peminjam utama. [43] Sebarang pengaturan pembayaran di antara plaintif dengan defendan pertama, tidak menjejaskan hak plaintif untuk merekodkan penghakiman terhadap defendan kedua. Apatah lagi di dalam kes ini, penghakiman ingkar telah didapati sebelum sebarang pengaturan penstrukturan bayaran dibuat. Tambahan pula di dalam kes ini, plaintif tidak memulakan lagi apa-apa tindakan perlaksanaan terhadap defendan kedua. Kesimpulan [44] Di dalam kes ini, saya mendapati bahawa serahan writ saman dan penyata tuntutan telah dibuat dengan sempurna mengikut terma kontrak. Maka penghakiman ingkar terhadap Defendan Kedua adalah teratur. Seterusnya, saya mendapati bahawa Defendan Kedua tidak mempunyai pembelaan bermerit. Oleh yang demikian, permohonan Defendan Kedua untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar ditolak dengan kos. Bertarikh pada hari ini 10hb. Mac, 2025. Zaman Mohd Noor Hakim Mahkamah Sesyen 1 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 11 S/N XUYYfbv9zUuVsM6A8RaZtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal