SOON PING KIONG
On maximum evaluation of prosecution witnesses and documents the court was satisfied beyond reasonable doubt that OKT1 and OKT2 had custody, control and knowledge of the seized drugs and engaged in trafficking; subsequent conduct and the physical facts (observation of OKT1 carrying the box, possession of keys,...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-45A-41-03/2022 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Prosecution: Pendakwa Raya; Defendant: Soon Ping Kiong; Defendant: Miss Prakat Tachan
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 6 June 2025
- Case Number
- BA-45A-41-03/2022 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal / Conviction and Sentencing; Notice of Appeal Filed
- Outcome
- Defendants convicted on drug trafficking and related counts and sentenced
- Legal Topics
- Possession, Trafficking, Joint Liability (s34), Admissibility/hearsay, Chain of Custody, Presumption of Knowledge (s37)
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Pendakwa Raya
Prosecution
Soon Ping Kiong
Defendant
Miss Prakat Tachan
Defendant
Procedural Posture
Criminal / Conviction and Sentencing; Notice of Appeal Filed
Legal Issues
- 1 Whether prosecution proved possession, control and knowledge of drugs
- 2 Whether defendants committed trafficking under s2 and s39B ADB 1952
- 3 Admissibility of hearsay evidence and relevance of subsequent conduct (s8 Evidence Act)
Ratio Decidendi
On maximum evaluation of prosecution witnesses and documents the court was satisfied beyond reasonable doubt that OKT1 and OKT2 had custody, control and knowledge of the seized drugs and engaged in trafficking; subsequent conduct and the physical facts (observation of OKT1 carrying the box, possession of keys, location of luggage in the living area) supported possession and knowledge; CCW had no proven nexus to the seized drugs; accordingly convictions under the cited drug and poisons statutes were maintained and concurrent custodial sentences imposed.
Court Disposition
Defendants convicted on drug trafficking and related counts and sentenced
Orders
- BA-45A-41-03/2022: Soon Ping Kiong convicted under s39B ADB 1952 and sentenced to life imprisonment (treated as 30 years) from 17.11.2020; no whipping; sentence to run concurrently with other sentences.
- BA-45A-42-03/2022: Soon Ping Kiong and Miss Prakat Tachan convicted under s39B ADB 1952 and each sentenced to life imprisonment (30 years) from 17.11.2020; no whipping; sentences to run concurrently with other sentences.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-45A-41-03/2022 Kand. 99 BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 24/06/2025 10:04:39 DALAM MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-41-3/2022 PENDAKWA RAYA LAWAN SOON PING KIONG (NO. KAD PENGENALAN: 640708-10-7395) DAN DALAM MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BA-45A-42-3/2022, BA-45A-43-3/2022 & BA-45-60-11/2022 PENDAKWA RAYA LAWAN 1. SOON PING KIONG (NO. KAD PENGENALAN: 640708-10-7395) 2. MISS PRAKAT TACHAN (NO. PASPOT: AB 2982798) [KES DIBICARAKAN BERSAMA] 1 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 PENGHAKIMAN [1] Soon Pin Kiong dan Miss Prakat Tachan (dirujuk “OKT-OKT”) dalam kes ini telah dituduh dengan pertuduhan-pertuduhan seperti berikut: PERTUDUHAN PINDAAN KES BA-45A-41-3/2022 (OKT - SOON PING KIONG) – EKSIBIT P2 Bahawa kamu pada 17/11/2020 jam lebih kurang 11.40 pagi bertempat di parkir di tepi kedai Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No. 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 12,255.7 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan. PERTUDUHAN KES BA-45A-42-3/2022 OKT1 - SOON PING KIONG DAN OKT2 - MISS PRAKAT TACHAN – EKSIBIT P6 PERTUDUHAN PERTAMA Bahawa kamu bersama-sama pada 17/11/2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di tingkat atas, Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No. 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 30,937 gram dan dengan itu 2 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan. PERTUDUHAN KEDUA TERPINDA (BA-45A-42-03/2022) – EKSIBIT P8 Bahawa kamu bersama-sama pada 17/11/2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di tingkat atas, Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No. 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 1785.8 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan. 3 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 PERTUDUHAN BAGI KES BA-45A-42-3/2022 OKT1 - SOON PING KIONG DAN OKT2 - MISS PRAKAT TACHAN – EKSIBIT P11 PERTUDUHAN PERTAMA Bahawa kamu bersama-sama pada 17/11/2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di tingkat atas, Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No. 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Ketamine seberat 9538 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan Hukuman: Mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada dua belas sebatan. PERTUDUHAN KEDUA Bahawa kamu bersama-sama pada 17/11/2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di tingkat atas, Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No. 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati memiliki racun berjadual jenis Etizolam seberat 4725 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan Hukuman: Denda tidak lebih RM 10 000.00 atau penjara tidak lebih 4 tahun atau kedua-duanya sekali 4 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 PERTUDUHAN BAGI KES BA-45-60-11/2022 OKT - SOON PING KIONG DAN OKT - MISS PRAKAT TACHAN – EKSIBIT P14 Bahawa kamu bersama-sama pada 17/11/2020 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di tingkat atas, Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services, No. 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati memiliki dadah berbahaya Heroin dan Monoacetylmorphine seberat 11.1 gram (1.7 gram Heroin dan 9.40 gram Monoacetylmorphine) dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan Hukuman: Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 sebatan [2] OKT-OKT tidak mengaku salah apabila kesemua pertuduhan dibacakan dan mohon dibicarakan. [3] Pada 30.10.2024, di akhir kes pendakwaan, Mahkamah setelah menilai dan mempertimbangkan secara maksima keterangan saksi pendakwaan dan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan, telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT-OKT. Mahkamah telah memerintahkan kedua-dua OKT membela diri terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut. Kedua-dua OKT telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi. 5 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [4] Pada 6.6.2025, di akhir kes pendakwaan, Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah dan Mahkamah telah mensabitkan OKT- OKT sepertimana pertuduhan. [5] Tidak berpuas hati atas keputusan Mahkamah ini, OKT-OKT telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 11.6.2025 terhadap keseluruhan keputusan atas sabitan dan hukuman untuk pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) yang dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama ke Mahkamah Rayuan. [6] Manakala untuk pertuduhan di bawah seksyen 12(2) yang dihukum di bawah seksyen 39A(2) ADB 1952 dan pertuduhan di bawah seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang dihukum di bawah seksyen 30(5) Akta Racun 1952, rayuan atas sabitan sahaja [7] Berikut adalah keputusan muktamad Mahkamah ini. FAKTA KES [8] Keempat-empat kes (No. Kes: BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42- 03/2022, BA-45A-43-03/2022 dan BA-45-60-11/2022) adalah dibicarakan secara bersama kerana keempat-empat kes ini melibatkan saksi-saksi yang sama. Hanya no. kes: BA-45A-41- 03/2022 melibatkan OKT Soon Ping Kiong sahaja dan pertuduhan tersebut adalah berkenaan dengan dadah di dalam kotak (eksibit P21) yang dijumpai di dalam kereta. 6 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [9] Manakala kes kedua, kes ketiga dan kes keempat (No. Kes: A-45A- 42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 dan BA-45-60-11/2022) melibatkan OKT - Soon Ping Kiong dan OKT Miss Prakat Tachan telah dituduh bersama dan pertuduhan-pertuduhan adalah berkenaan dengan dadah dan racun yang dijumpai di dalam rumah. [10] Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai sebelas (11) orang saksi bagi membuktikan kes terhadap OKT-OKT seperti berikut: SP1 L/Kpl Aizad bin Mustafa (jurustor) SP2 Insp Kaslizaini bt Abidin (pengambil barang kes) SP3 Insp Mohd Razali bin Mohd Zulkipli (penghantar barang kes) SP4 Dr. Saravana Kumar a/l Jayaram (ahli kimia dadah) SP5 Insp Nor Badrol Hisham bin Md Nor (Pegawai Serbuan) SP6 Lim Khin Min (pemilik rumah kedai) SP7 Sharifah Nur Hafiza binti Syed A Rahman (ahli kimia DNA) SP8 Kpl Ruslan bin Ismail (jurugambar) SP9 L/Kpl Mohd Amirul bin Riduan SP10 Ng Ban Leong SP11 DSP Mohd Joharizal bin Hamzah (Pegawai Penyiasat) 7 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [11] Pada 17.11.2020 jam lebih kurang 11.40 pagi, pengadu (SP5) dan anggota serbuan telah membuat pemerhatian ke atas sebuah kereta Toyota Altis nombor pendaftaran VFA 6330 yang di parkir di tepi kedai pusat servis kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Service, No. 43, Jalan Apollo U5/192, Bandar Pinggir Subang, seksyen U5, Shah Alam, Selangor (tempat kejadian). Kemudian, datang OKT 1 yang membawa sebuah kotak menghala ke arah kereta tersebut. OKT 1 dilihat memasukkan kotak tersebut ke dalam boot kereta tersebut. [12] SP5 telah menghampiri OKT 1 dan memperkenalkan diri sebagai polis lalu membuat pemeriksaan fizikal ke atas OKT 1 namun tidak menjumpai apa-apa barang salah. SP5 menjumpai serangkai kunci dan alat kawalan jauh berlogo Toyota (P41A) dalam genggaman tangan kanan OKT 1. Melalui semakan JPJ, kereta Toyota Altis tersebut dimiliki oleh teman Wanita (OKT2) kepada OKT1. [13] Pemeriksaan ke atas kotak (P21) yang dibawa oleh OKT 1 menjumpai (1) bungkusan besar plastik berwarna hitam (P31) dan di dalamnya terdapat (17) bungkusan kecil warna hitam (P31A – P31Q) dan di dalam setiap bungkusan kecil itu terdapat plastik lutsinar bertulis AAA (P31A(1) – P31Q(1)) mengandungi ketulan mampat kristal disyaki dadah syabu anggaran berat 17480 gram. [14] Seterusnya, OKT 1 telah membuka kunci mangga pada pintu gril tingkat bawah menggunakan kunci yang dijumpai daripada OKT 1 dan pergi ke rumah di tingkat atas pusat servis kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Service tersebut. Ketika SP5 dan anggota serbuan 8 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 bersama OKT 1 sampai di hadapan pintu utama rumah tersebut dapati pintu bertutup tetapi tidak berkunci. [15] OKT 1 membuka pintu tersebut dan apabila memasuki rumah tersebut, pengadu dapati terdapat OKT 2 dan anaknya yang berada di ruang tamu rumah. Pengadu memperkenalkan diri sebagai polis kepada OKT 2. [16] Seterusnya, OKT 1 telah menunjukkan (3) beg bagasi dan (1) beg plastik yang terdapat di ruang tamu sebelah kiri pintu masuk. Pengadu telah membuka ketiga-tiga beg bagasi tersebut di hadapan kedua-dua OKT dan menjumpai barang seperti berikut: a. (1) beg bagasi warna coklat bertulis United Polo Club (P17) mempunyai (33) bungkus plastik hijau bertulis Guanyinwang masing-masing terdapat plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah Syabu anggaran berat 33980 gram. b. (1) beg bagasi hitam bertulis Kamiliant (P18) mengandungi (12) bungkusan plastik oren bertulis Tradition Tea Gift masing-masing mengandungi ketulan mampat kristal disyaki dadah Syabu anggaran berat 12000gram dan (9) bungkusan plastik lutsinar masing-masing mengandungi ketulan kristal disyaki dadah Syabu anggaran berat 9040 gram. c. (1) beg bagasi hitam bertulis Kamiliant (P19) mengandungi (105) ikatan gelang getah dan setiap ikatan terdapat (25) keping aluminium foil warna merah/silver bertulis Erimin 5 yang mana setiap kepingan mengandungi (10) biji pil disyaki dadah. 9 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [17] Di dalam beg plastik kuning bertulis Daiso Japan (P20), pengadu telah menjumpai: a. (1) plastik lutsinar mengandungi pil warna hijau disyaki dadah Ecstacy anggaran berat 900 gram. b. (1) plastik lutsinar mengandungi pil warna hijau cerah disyaki dadah Ecstacy anggaran berat 850 gram. c. (1) plastik lutsinar mengandungi pil warna hijau gelap disyaki dadah Ecstacy anggaran berat 730 gram. d. (1) plastik lutsinar mengandungi pil warna ungu gelap disyaki dadah Ecstacy anggaran berat 900 gram e. (1) plastik lutsinar mengandungi pil warna biru gelap disyaki dadah Ecstacy anggaran berat 1650 gram. f. (1) plastik lutsinar mengandungi pil warna oren gelap disyaki dadah Ecstacy anggaran berat 670 gram. g. (1) plastik lutsinar mengandungi serbuk putih disyaki dadah Ketamine anggaran berat 1000 gram. h. (1) plastik lutsinar berisi ketulan keputihan disyaki dadah Heroin anggaran berat 450 gram. [18] SP5 telah merampas kesemua barang kes yang dijumpai di rumah dan juga di kereta dan turut menangkap OKT 1 dan OKT 2 untuk dibawa ke pejabat Narkotik IPD Sg Buloh untuk diserahkan kepada SP11. [19] Barang kes dadah yang dirampas telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa oleh ahli kimia (SP4). Hasil analisa mendapati barang kes adalah dadah berbahaya dan racun 10 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 berjadual sebagaimana pertuduhan-pertuduhan yang dihadapkan ke atas OKT-OKT. [20] Kesemua barang kes telah dicamkan oleh saksi-saksi pendakwaan. Rantaian keterangan serta rantaian barang kes tidak pernah terputus. KES PENDAKWAAN [21] Bagi membuktikan OKT-OKT melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) yang dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama, pihak pendakwaan perlu membuktikan intipati berikut: (a) Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya (b) OKT-OKT mempunyai kawalan, jagaan dan milikan terhadap dadah-dadah tersebut (c) OKT-OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah- dadah tersebut (d) OKT-OKT mengedar dadah tersebut [22] Manakala bagi pertuduhan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 dan dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama, pihak pendakwaan membuktikan intipati seperti berikut: (a) Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya (b) OKT-OKTmempunyai kawalan, jagaan dan milikan terhadap dadah-dadah tersebut 11 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 (c) OKT-OKT mempunyai pengetahuan terhadap dadah- dadah tersebut [23] Untuk kes di bawah seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan hukuman di bawah seksyen 30 (5) Akta yang sama, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan seperti berikut: (a) Racun yang dirampas adalah racun berjadual (b) OKT-OKTmempunyai kawalan, jagaan dan milikan terhadap racun-racun tersebut (c) OKT-OKT mempunyai pengetahuan terhadap racun-racun tersebut [24] Untuk pertuduhan sepertimana eksibit P2 yang melibatkan OKT bernama Soon Pin Kiong, berdasarkan keterangan daripada SP5 sendiri yang telah membuat pemerhatian 15 minit sebelum OKT mengangkat P21 untuk diletakkan dalam boot kereta dan hanya OKT seorang sahaja yang mengangkat kotak tersebut menunjukkan bahawa OKT adalah orang yang mempunyai ‘power to deal as owner to exclusions of all other persons ’. Keterangan SP5 bahawa hanya OKT sahaja yang sedang mengangkat kotak P21 disokong oleh keterangan SP10 yang juga melihat OKT yang keluar dari kawasan sekitar pusat servis kereta dan menuju ke kereta sambil mengangkat kotak P21. [25] Serbuan telah dilakukan serta merta ketika OKT memasukkan P21 ke dalam boot kereta. Ternyata, pihak pendakwaan berhujah OKT mempunyai pengetahuan, kawalan dan jagaan terhadap P21. 12 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [26] Manakala untuk pertuduhan-pertuduhan lain yang mengaitkan OKT1 dan OKT2, pihak pendakwaan berhujah bahawa elemen kawalan dan jagaan dibuktikan terhadap barang kes dadah apabila OKT1 memandu arah SP5 dan anggota serbuan ke rumah OKT-OKT. [27] OKT1 membuka kunci mangga (eksibit P41A) pada grill. Pintu rumah tidak berkunci. OKT1 telah menunjukkan kepada SP5 eksibit P17, P18, P19 dan P20 dalam keadaan bergari barang-barang kes dadah yang disimpan di ruang tamu rumah sebelah kiri pintu masuk. Tidak ada orang lain yang mempunyai akses ke rumah tersebut. [28] Perbuatan OKT1 yang menunjukkan kesemua barang kes dadah, membuka mangga di pintu grill yang berkunci terjumlah kepada perbuatan selepas “subsequent conduct” di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 dan keterangan relevan menunjukkan OKT1 tahu berkenaan dadah-dadah tersebut. Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Amathevelli a/p Ramasamy v PP [2009] 2 MLJ 367. [29] OKT2 juga mempunyai pengetahuan berkenaan dadah-dadah dan racun tersebut kerana beg-beg tersebut berada di sebelah pintu dalam keadaan terbuka dan agak mustahil OKT2 tidak mengetahuinya. [30] Pihak pendakwaan juga menggunakan anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 berkaitan pengetahuan OKT-OKT ke atas dadah dan racun yang dijumpai. 13 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [31] Berkenaan elemen pengedaran, pihak pendakwaan menggunapakai seksyen 2 ADB 1952 bersandarkan kepada perbuatan carrying yang terkait OKT1 dengan barang kes dadah eksibit P21. [32] Untuk barang kes dadah eksibit P17, P18, P19 dan P20, OKT1 dan OKT2 dihujahkan telah menyimpan “keeping” dadah-dadah tersebut sepertimana takrifan “trafficking” di bawah seksyen 2 ADB 1952. [33] Seksyen 34 (niat bersama) terpakai atas bukti-bukti berikut: (a) SP10 memberi keterangan hanya OKT1 dan OKT2 tinggak di rumah berkenaan. (b) Kunci rumah telah diserahkan kepada OKT1 sahaja. (c) Beg-beg tersebut tidak diletakkan di tempat tersembunyi yang tidak boleh dilihat oleh mana-mana orang yang menghuni rumah tersebut. [34] Mengenai CCW, pihak pendakwaan menghujahkan perbualan antara CCW dan OKT1 telah dihujahkan sebagai ‘hearsay” dan tidak boleh diterima. Pihak pendakwaan merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Leong Hong Khie v PP and Tan Gong Wai v PP [1986] 2 MLJ 206. [35] Walaupun keterangan SP10 tidak disangkal oleh pihak pendakwaan, sebaliknya pihak pendakwaan menghujahkan bahawa ínadmissible evidence remains inadmissiblle” walaupun ia tidak dibantah. Kes dirujuk ialah Mustakim bin Chek Man v PP [2010] 2 MLJ 760. 14 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [36] Pihak pendakwaan juga tidak menafikan kewujudan penama CCW. Namun CCW tidak ditangkap bersama OKT1 dan OKT2. SP11 juga menyatakan siasatan ke atas CCW mendapati bahawa CCW tidak ada kaitan dengan CCW. [37] Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa seksyen 114(g) Akta Keterangan tidak terpakai dan kes Ghasem Hozouri Hassan v PP [2018] MLJU 601 terpakai. [38] Pihak pendakwaan juga menghujahkan tidak ada nexus secara utuh yang menunjukkan penama CCW sebagai pemilik dadah-dadah tersebut. HUJAHAN PEMBELAAN [39] Manakala peguambela OKT bagi semua pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 pada asasnya menghujahkan seperti berikut: (i) Kebolehterimaan (‘admissibility’) Penggantungan Perintah Tahanan dan Pengataan-Pengataan Fakta bagi Ching Chin Wei (IDD48) sebagai eksibit pembelaan di tahap kes pendakwaan; (ii) Percanggahan yang ketara di antara keterangan Ketua Pegawai Tangkapan (SP5) dan Pemilik Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Service (SP10); (iii) Keterangan Pemilik Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Service (SP10) merupakan keterangan yang boleh 15 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 diterima kerana SP10 merupakan saksi pendakwaan yang mana kebolehpercayaannya tidak pernah dicabar (‘impeached’) ataupun dipohon untuk menjadikan beliau sebagai seorang saksi belot (‘hostile witness’); (iv) Kegagalan untuk memanggil Ching Chin Wei (CCW) sebagai saksi pendakwaan ataupun mengemukakan rakaman percakapan CCW di bawah Seksyen 32 Akta Keterangan 1950 telah membangkitkan inferens yang bertentangan terhadap kes pendakwaan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950; (v) OKT1 tidak mempunyai kawalan dan jagaan eksklusif terhadap dadah yang dijumpai dalam kotak (Ekshibit P21) yang mana dijumpai di dalam boot kereta tersebut. (vi) OKT1 tidak mempunyai pengetahuan tentang kehadiran dadah yang dijumpai di dalam kotak (Ekshibit P21) yang mana dijumpai di dalam boot kereta tersebut. (vii) Siasatan Pegawai Penyiasat (SP11) yang tidak memuaskan (‘shoddy investigation’); (viii) Ketiadaan bukti untuk membuktikan niat bersama OKT 1 dan OKT 2 untuk mengedar dadah yang dijumpai di ruang tamu sebelah kiri pintu masuk di rumah tersebut; dan 16 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 (ix) Anggapan pengedaran di bawah Seksyen 37(da)(vi) dan (xvi) Akta Dadah Berbahaya (“ADB 1952”) telah disangkal oleh OKT1 dan OKT2 di akhir kes pendakwaan. TUGAS MAHKAMAH [40] Prinsip undang-undang adalah mantap berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan terletak di pihak pendakwaan yang mesti membuktikan suatu kes prima facie di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. [41] Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 telah meringkaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa mempertimbangkan keterangan-keterangan yang dikemukakan di dalam sesuatu kes seperti yang berikut: "(i) the close of the prosecution's case, subject the evidence, led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from the evidence. If the evidence admits of two of more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused. (ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No", then, (iii) prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted; 17 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 (iv) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; (v) after the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263" [42] Dengan berpandukan kepada prinsip kes di atas, Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi pendakwaan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan bagi mewujudkan suatu kes prima facie terhadap OKT. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN ELEMEN PERTAMA : IDENTITI DADAH [43] Mengenai elemen pertama identiti dadah, Mahkamah berpuas hati dadah di dalam kotak eksibit P21 yang dikemukakan di Mahkamah adalah barang kes yang sama yang dirampas oleh SP5, yang diserahkan kepada SP11 untuk diserahkan kepada Dr. Saravana Kumar, ahli kimia (SP4). Dadah yang sama yang dikemukakan di Mahkamah telah dianalisa oleh SP4 berdasarkan Laporan kimia yang ditandakan sebagai eksibit P30. Merujuk kepada kes Gunalan Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2004] 4 CLJ 551; [2004] 4 MLJ 489; [2004] 6 AMR 189, apa yang mustahak di dalam kes yang melibatkan pengedaran dadah bahawa pihak pendakwaan mestilah membuktikan bahawa barang kes yang dijumpai adalah yang sama dianalisa oleh ahli kimia dan OKT telah 18 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 dipertuduhkan dengan pertuduhan pengedaran yang berkait dengan dadah tersebut. Rantaian keterangan barang kes adalah penting dalam tempoh masa ia dijumpai sehinggalah selesainya barang kes dianalisa oleh ahli kimia. Pihak pembelaan tidak menyangkal secara serius barang kes dadah dan racun yang dirampas. [44] Oleh itu, Mahkamah merumuskan bahawa rantaian keterangan berhubung barang kes dadah adalah utuh dan tidak terputus dan Mahkamah berpuas hati bahawa elemen pertama mengenai identiti dadah telah dibuktikan. ELEMEN KEDUA : OKT-OKT MEMPUNYAI KAWALAN, JAGAAN DAN MILIKAN SERTA PENGETAHUAN TERHADAP BARANG KES YANG DIRAMPAS [45] Bagi elemen kedua, elemen milikan merupakan intipati penting yang mesti dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan hendaklah membuktikan elemen fizikal dan mental di pihak tertuduh terlebih dahulu sebelum tertuduh dikatakan memiliki dadah di bawah ADB 1952. Mahkamah ini perlu berpuas hati bahawa tertuduh berkeupayaan untuk berurusan dengan dadah tersebut iaitu “power of disposal to the exclusion of others.” [46] Elemen-elemen tersebut telah dibincangkan dengan terperinci di dalam kes Leow Nghee Lim v. Red [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] 1 MLJ, seperti berikut: "Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of 19 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them. Custody therefore implies knowledge of the existence and whereabouts of the goods and power of control over them, not amounting to possession. Control must be proved as a fact and it must arise from the relation of the person to the goods, irrespective of whether they are contraband. Probably the most helpful definition of possession is:- "The relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons." This definition does not express, but it does imply that the meaning of the word includes some element of knowledge. A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge." [47] Mengenai elemen pengetahuan, keputusan Mahkamah Persekutuan yang sering dirujuk ialah kes Parlan bin Dadeh v. Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717 yang memutuskan bahawa elemen pengetahuan boleh dinilai melalui inferen dari keterangan ikut keadaan yang bergantung kepada keadaan sekeliling sesuatu kes. Dalam erti kata lain, ia adalah merupakan suatu persoalan fakta. Petikan yang dirujuk adalah seperti berikut: "Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge." [48] Manakala Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v Denish Madhavan [2009] 2 CLJ; [2009] 2 MLJ 194 memutuskan pemilikan 20 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 tidak semestinya bersifat ekslusif. Ia bermaksud bahawa the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property sepertimana yang diputuskan seperti berikut: “[17] The idea of exclusivity features in the meaning of ‘possession’ in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: ... It is often said that ‘possession must be exclusive’. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession.” [49] Menggunapakai prinsip undang-undang di atas sebagai asas panduan, Mahkamah ini membuat dapatan seperti berikut: PERTUDUHAN KES BA-45A-41-3/2022 OKT – SOON PIN KIONG OKT Soon Ping Kiong mempunyai milikan, kawalan dan jagaan serta pengetahuan mengenai eksibit P21 [50] Mahkamah telah menilai dan mempertimbangkan secara maksima keterangan saksi pendakwaan dan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan di akhir kes pendakwaan. 21 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [51] Pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan SP5 untuk membuktikan elemen kawalan dan jagaan OKT terhadap dadah yang dijumpai di kereta Toyota Altis dengan nombor pendaftaran VFA 6330. [52] Bertindak atas maklumat aktiviti pengedaran dadah melibatkan satu lelaki berbangsa cina yang tinggal di atas kedai pusat servis kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Service, Jalan Apollo U5/192 Shah Alam, Selangor (kedai servis kereta Hup Tuck) dengan menggunakan kereta jenis Toyota Altis. [53] Pada hari yang sama, 17.11.2020 jam 10.00 pagi, SP5 telah memberikan taklimat kepada pasukan Tindakan Khas Narkotik Bukit Aman yang terdiri daripada lebih kurang 12 anggota serbuan. [54] SP5 telah membentuk 3 pasukan serbuan seperti berikut: (a) Kumpulan pertama terdiri daripada beliau dan anggota serbuan lain dengan menggunakan kenderaan Isuzu Dmax No. WA493T. (b) Kumpulan kedua terdiri daripada empat anggota serbuan menaiki kenderaan Nissan Sentra No. JKT 8475. (c) Kumpulan ketiga terdiri daripada empat anggota serbuan menaiki dua buah motosikal. [55] SP5 dan anggota serbuan lain telah sampai di lokasi pada pukul 10.30 pagi dan telah membuat pemerhatian di tempat kejadian selama 15 minit. Jarak antara kereta sasaran dan kedudukan pasukan serbuan lebih kurang 100 ke 150 meter. 22 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [56] Sebelum pemerhatian dijalankan, SP5 telah mengarahkan anggota serbuan yang menaiki motosikal untuk memeriksa sekeliling kereta tersebut dan mendapati bahawa tiada orang dalam kereta tersebut dan enjin kereta tidak hidup. [57] Kemudian, SP5 melihat OKT membawa kotak (eksibit P21) ke kereta Toyota Altis yang berada di parkir kedai pusat servis kereta Hup Tuck dan meletakkannya ke dalam boot kereta. [58] Keterangan SP5 disokong oleh SP10 yang menyatakan pada hari kejadian beliau melihat OKT mengangkat sebuah kotak dan menghala ke kereta tersebut. SP10 sahkan bahawa OKT keluar dari pintu yang menghubungkan rumah yang didiami OKT yang berada di tingkat di atas kedai SP10. [59] SP5 mengarahkan semua pasukannya menghampiri OKT untuk dibuat pemeriksaan. Kemudian, SP5 memperkenalkan diri sebagai polis. Serbuan dilakukan serta merta ketika OKT memasukkan P21 ke dalam boot kereta. [60] Pemeriksaan badan ke atas OKT tidak menjumpai apa-apa barang salah melainkan serangkai kunci berserta alat kawalan jauh berlogo Toyota di dalam genggaman tangan kanan OKT. [61] Dengan bersaksikan OKT, SP5 telah membuat pemeriksaan ke atas kotak yang berada di dalam boot kereta dan menjumpai dadah sebagaimana pertuduhan. Pada ketika itu juga, SP5 ada 23 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 bertanyakan OKT dari mana OKT datang dan OKT menyatakan yang dia keluar dari rumahnya. [62] Adalah tidak syak lagi pada Mahkamah bahawa OKT mempunyai milikan, kawalan dan jagaan serta pengetahuan ke atas barang kes dadah kerana OKT yang membawa kotak P21 yang mengandungi (1) bungkusan besar plastik berwarna hitam (P31) dan di dalamnya terdapat (17) bungkusan kecil warna hitam (P31A – P31Q) dan di dalam setiap bungkusan kecil itu terdapat plastik lutsinar bertulis AAA (P31A(1) – P31Q(1)) mengandungi ketulan mampat kristal disyaki dadah syabu anggaran berat 17480 gram. PERTUDUHAN KES NO. BA-45A-42-3/2022, BA-45A-43-3/202 DAN BA-45-60-11/2022 MELIBATKAN OKT-OKT – MILIKAN, KAWALAN DAN JAGAAN SERTA PENGETAHUAN KE ATAS EKSIBIT P17, P18, P19 DAN P20 [63] Setelah OKT 1 ditangkap di kereta tersebut, OKT 1 telah memandu arah SP5 dan anggota serbuan ke rumahnya. Rumah yang didiami OKT 1 dan OKT 2 adalah rumah kedai yang berada di tingkat atas kedai SP10. OKT 1 telah membuka kunci mangga (P42A) menggunakan kunci P41A yang dijumpai dengan OKT 1 dan kesemua mereka telah naik ke tingkat atas untuk pergi ke rumah tersebut. [64] Pihak peguambela menghujahkan bahawa terdapat percanggahan meterial keterangan SP5 dan SP10 berkaitan gari di tangan OKT, sama ada OKT1 digari di depan atau di belakang semasa ditangkap kerana ia mempengaruhi tunjang kes pendakwaan. Pihak pembelaan menghujahkan SP5 memberi keterangan bahawa OKT1 digari di 24 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 hadapan. Manakala SP10 menyatakan OKT1 digari di belakang. Pihak pembelaan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Kesavan Krishnan v PP satu lagi rayuan [2015] 6 CLJ 163 yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan terdapat percanggahan material antara saksi pendakwaan berkaitan perayu kedua telah keluar kereta dengan memegang eksibit P10A. Atau adakah versi pembelaan melalui keterangan SD3 dan SD4 bahawa perayu kedua tidak memegang apa-apa beg plastik semasa keluar dari kereta. Mahkamah Rayuan memutuskan percanggahan material tersebut telah menimbulkan keraguan yang munasabah dan rayuan perayu kedua telah dibenarkan kerana percanggahan material tersebut telah menimbulkan keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan. [65] Namun begitu, kes yang dirujuk adalah amat berbeza dengan naratif kes ini. Kes yang dirujuk pihak pembelaan adalah isu melibatkan barang kes dadah. Manakala untuk kes di hadapan Mahkamah ini, percanggahan yang dikatakan material oleh pihak pembelaan ialah mengenai gari di tangan OKT1, sama ada di hadapan atau di belakang yang mana pada pandangan Mahkamah bukanlah satu percanggahan material yang menyebabkan timbulnya keraguan yang munasabah. [66] Seterusnya pihak pembelaan menghujahkan bahawa keterangan SP10 yang merupakan saksi pendakwaan yang mana kebolehpercayaan keterangannya diterima dan tidak pernah dicabar (impeached) ataupun dipohon dijadikan saksi belot sewajarnya diterima oleh Mahkamah ini berkaitan keterangan SP10 mengenai CCW telah datang ke rumah OKT-OKT dua hari sebelum kejadian. 25 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [67] Pihak pembelaan telah menyoal SP10 dan SP10 mengecam CCW sebagai B3 dalam gambar eksibit D45(3) dan dikatakan bahawa SP10 mendengar CCW dan OKT1 bercakap mengenai CCW dalam proses berpindah rumah dan beliau menyebut mengenai “luggage” dan barang-barang disimpan sementara di rumah OKT-OKT. Walau bagaimanapun, SP10 hanya dapat mengecam beg plastik kuning (eksibit P20) di Mahkamah. [68] Mahkamah ini membuat dapatan bahawa SP10 hanya mengecam eksibit P20. Keterangan SP10 berkaitan perbualan yang dikatakan berlaku antara penama CCW dengan OKT 1 tidak boleh diterima oleh Mahkamah kerana keterangan tersebut adalah suatu keterangan dengar cakap (hearsay evidence). Mahkamah ini bersetuju dengan prinsip undang-undang yang mantap yang dirujuk di dalam kes Mahkamah Persekutuan oleh pihak pendakwaan di dalam kes Leong Hong Khie v PP and Tan Gong Wai v PP (supra) yang mana Seah FJ yang menyampaikan keputusan Mahkamah Persekutuan seperti berikut: “The general rule is that hearsay evidence is not admissible as proof of a fact which has been stated by a third person. This rule has been long established as a fundamental principle of the law of evidence. To quote Lord Normand in Teper v R [1952] AC 480 486: “The rule against the admission of hearsay evidence is fundamental. It is not the best evidence, and it is not delivered on oath. The truthfulness and accuracy of the person whose words are spoken by another witness cannot be tested by cross- examination and the light which his demeanour would throw on his testimony is lost.” 26 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 In our opinion, another reason is the danger that hearsay evidence may be concocted, fabricated and tailored to suit the witness's testimony. [69] Walaupun pada masa tersebut pihak pendakwaan tidak membuat bantahan berkenaan keterangan hearsay yang diberikan oleh SP10 semasa disoal balas, kedudukan undang-undang adalah mantap iaitu “inadmissible evidence remains inadmissible” walaupun tiada bantahan daripada pihak satu lagi. Rujuk Mustakim Bin Chek Man v Public Prosecutor (supra). [70] Tambahan pula, semasa pemeriksaan semula ke atas SP10, beliau menyatakan bahawa tiada CCTV di bengkel SP10 yang boleh mengesahkan sekiranya benar CCW datang ke tempat kejadian sebagaimana yang dinyatakan dan SP10 juga tidak memaklumkan hal tersebut kepada pihak polis semasa rakaman percakapan beliau diambil. Dalam erti kata lain, keterangan SP10 mengenai CCW tidak disokong oleh rakaman CCTV. Dalam hal ini, Mahkamah hanya menerima bukti mengenai kewujudan CCW yang juga tidak dinafikan oleh pihak pendakwaan. [71] Berbalik kepada naratif kes ini, pintu rumah OKT1 tidak berkunci. OKT 1 telah membuka pintu rumah dan semasa kejadian terdapat OKT 2 dan anak OKT 1 di ruang tamu rumah. OKT 1 telah menunjukkan kepada SP5, 3 beg bagasi (P17, P18 dan P19) dan 1 beg plastik (P20) yang disimpan di ruang tamu rumah sebelah kiri pintu masuk. [72] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa tindakan OKT 1 yang menunjukkan SP5 dan anggota serbuan ke 27 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 pintu gril di tingkat bawah, membuka pintu gril yang berkunci, membawa pihak polis ke pintu rumah dan menunjukkan beg-beg yang mengandungi dadah tersebut terjumlah kepada perbuatan selepas /“subsequent conduct” di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 yang merupakan keterangan yang relevan untuk menunjukkan OKT 1 tahu berkenaan dadah-dadah tersebut. [73] Adalah tidak dipertikaikan berkenaan rumah yang didiami oleh OKT 1 dan OKT 2 berdasarkan keterangan SP6 (pemilik premis) dan SP10 (penyewa premis). SP6 menyatakan bahawa premis tersebut adalah miliknya. Premis tersebut merupakan rumah kedai satu setengah tingkat. Premis tersebut disewakan sebanyak RM4500 kepada Hup Tuck Aircond & Auto Service. SP6 sahkan perjanjian penyewaan sebagaimana P50 yang dimasuki pihak-pihak. [74] SP10 pula mengakui bahawa kedai Hup Tuck adalah perniagaan miliknya. SP10 menyatakan bahawa beliau menyewa keseluruhan premis di tingkat atas dan bawah yang mana bahagian bawah adalah tempat perniagaannya manakala rumah di tingkat atas disewakan kepada bapa saudaranya, OKT 1. Menurut SP10, OKT 1 tinggal di rumah tersebut bersama teman wanitanya, OKT 2. [75] SP10 mempunyai set kunci untuk membuka pintu gril sebagaimana dalam P37(8) dan kunci untuk pintu kayu sebagaimana dalam P37(13). SP10 menyatakan yang set kunci telah diserahkan kepada OKT 1. 28 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [76] SP10 menyatakan bahawa beliau sudah lama tidak pergi naik ke tingkat atas rumah tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa akses yang ada pada rumah tersebut hanyalah kepada OKT 1 dan OKT 2 sahaja. [77] Tiada keterangan lain yang menunjukkan bahawa rumah yang didiami oleh OKT 1 dan OKT 2 diakses oleh orang lain selain mereka berdua. [78] Oleh hal yang demikian, adalah jelas bahawa hanya OKT 1 dan OKT 2 sahaja yang mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas dadah- dadah dan racun yang dijumpai dalam rumah tersebut. [79] Mahkamah ini membuat rumusan bahawa anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 bagi menunjukkan pengetahuan OKT-OKT terhadap barang kes dadah terpakai dan seksyen 8 Akta Keterangan 1950 yang menunjukkan keterangan relevan dalam ruang lingkup seksyen 8 Akta Keterangan. PERTUDUHAN KES BA-45A-42-3/2022, BA-45A-43-3/2022 & BA-45- 60-11/2022 [80] Seterusnya, semasa OKT 1 ditahan di kereta tersebut, SP5 bertanyakan OKT 1 dari mana OKT 1 keluar dan OKT 1 menyatakan yang dia telah keluar dari rumahnya. Lalu, OKT 1 telah membawa SP5 dan anggota serbuan ke pintu gril rumah sebagaimana dalam gambar P37 (6 – 9). [81] Pintu gril tersebut dalam keadaan berkunci. SP5 menyatakan yang OKT 1 telah membuka pintu gril tersebut menggunakan kunci yang 29 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 dirampas dari tangan OKT semasa ditahan sebelumnya. Setelah pintu gril dibuka, OKT 1 telah membawa SP5 dan anggota serbuan menaiki tangga sehingga ke sebuah pintu kayu rumah yang bertutup tetapi tidak berkunci. [82] OKT 1 telah membuka pintu rumah tersebut. OKT 1, SP5 dan anggota serbuan masuk ke rumah tersebut. Dalam rumah tersebut terdapat OKT 2 dan kanak-kanak lelaki di ruang tamu rumah. [83] Setelah masuk ke rumah tersebut, OKT 1 telah tunjukkan beg bagasi yang ada di tepi pintu masuk rumah tersebut. Terdapat 3 beg bagasi dan 1 beg plastik bertulisan Daiso Japan di ruangan tersebut. SP5 menyatakan yang OKT 1 walaupun dalam keadaan bergari masih boleh menunjukkan beg-beg bagasi P17, P18 dan P19 serta beg bertulisan Daiso Japan P20. Kesemua beg tersebut mengandungi dadah. [84] Pihak pendakwaan merujuk kes Amathevelli a/p P Ramasamy v PP [2009] 2 MLJ 367 yang mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan bahawa perbuatan OKT yang menunjukkan dan membawa pihak polis kepada terjumpanya barang kes adalah relevan terjumlah kepada “subsequent conduct” dan boleh diterima Mahkamah di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. "The inadmissibility of the information supplied by the appellant does not affect the admissibility of the evidence of her subsequent conduct under s.8 of the Evidence Act 1950 irrespective of s.27. As Chinnapa Reddy J in Prakash Chand v State AIR 1979 SC 400 at pg 404: The evidence of the circumstances, simpliciter, that an accused person led a police officer and pointed out the place where stolen articles or 30 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 weapon which might have been used in the commission of the offence were found hidden, would be admissible as conduct, under s.8 of the Evidence Act, irrespective of whether any statement by the accused contemporaneously will or antecedent to such conduct falls within the purview of s.27 of the Evidence Act (vide Himachal Pradesh Administration v Om Prakash AIR 1972 SC 975)." [85] Oleh hal yang demikian, berdasarkan nas undang-undang di atas Mahkamah ini membuat dapatan bahawa perbuatan OKT 1 sebenarnya menunjukkan yang OKT 1 tahu bahawa kandungan dalam eksibit P17 – P20 merupakan dadah berbahaya dan racun berjadual. [86] OKT 2 juga mempunyai pengetahuan berkenaan dadah-dadah dan racun tersebut kerana OKT 2 tinggal di rumah tersebut bersama OKT 1. Tambahan pula, tempat beg-beg tersebut berada di sebelah pintu dalam keadaaan terbuka yang mana menyebabkan Mahkamah membuat inferen bahawa OKT2 mengetahui berkenaan kewujudan beg-beg yang mengandungi dadah tersebut. ELEMEN KEEMPAT : OKT MENGEDAR [87] Sehubungan isu ini, dalam kes Munuswamy Sundar Raj v Public Prosecutor [2015] 6 MLJ 214 dirujuk yang mana Suriyadi Halim Omar HMP telah memutuskan seperti berikut: “[15] The ingredient of trafficking was established when the appellant carried the drugs from New Delhi airport to Kuala Lumpur (see s. 2 of the Act)”. 31 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [88] Seksyen 2 ADB 1952 memperuntukkan takrifan pengedaran dadah berbahaya dan dinyatakan seperti berikut: “trafficking” includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act”. [penekanan diberikan] [89] Gopal Sri Ram HMR (kemudian HMP) dalam kes Mohamad Yazri Minhat v Public Prosecutor [2003] 2 CLJ 65 telah menyatakan: “To summarise, the fact that the accused is transporting a quantity of drugs from one point to another does not make him a trafficker. Whether he is a trafficker in those circumstances depends on the facts and circumstances of the given case, including the quantity of the drugs and any transaction the accused proposed to enter into. Applying the common-sense approach laid down by Lord Diplock in Ong Ah Chuan, the learned judge’s conclusion that the appellant was guilty of trafficking is abundantly justified.”(penekanan diberikan) SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN [90] Berdasarkan kepada keterangan yang terdapat dalam kes semasa yang dibicarakan ini, niat bersama oleh kedua-dua OKT dapat dibuktikan seperti berikut: a) SP10 menyatakan yang hanya OKT 1 dan OKT 2 sahaja yang tinggal di rumah tersebut. 32 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 b) Kunci rumah telah diserahkan kepada OKT 1. c) Beg-beg tersebut tidak diletakkan di tempat yang tersembunyi yang tidak boleh dilihat oleh mana-mana orang yang menghuni rumah tersebut. [91] Mahkamah merujuk kepada kes Taza Tarji v PP & Another Appeal [2020] 1 LNS 1590, Mahkamah Rayuan turut memutuskan: The issue of common intention [39] It is trite law that the important element in common intention is "participation in action". The element of pre-planning by the accused may develop during the course of the commission of the offence and the existence of common intention is a question of fact that can be established by inferences from the circumstances of each case. In this regard, the Federal Court in Wan Yurillhami Wan Yaacob & Anor v. PP [2010] 1 CLJ 17 had lucidly explained the issue of common intention in the following manner: "[29] It is a well established principle of law in dealing with criminal liability under s. 34 of the Penal Code that a pre-concert or pre- planning may develop on the spot or during the course of the commission of the offence. The existence of common intention is a question of fact and in each case, it may be proved as a matter of inference from the circumstances of the case. (see Mahbub Shah v. Emperor AIR [1945] PC 118 and Suresh v. State of Uttar Pradesh AIR [2001] SC 1344)” Ching Chin Wei (CCW) tidak berkaitan dengan semua pertuduhan dalam kes ini 33 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [92] Dalam hal ini, peguambela OKT menyangkal hujahan pihak pendakwaan dengan menghujahkan bahawa kotak eksibit P21 adalah kepunyaan seorang individu bernama Chong Chin Wei (CCW) yang telah datang ke rumah OKT dua hari sebelum kejadian OKT ditangkap. [93] Apa yang menarik mengenai CCW telah datang ke rumah OKT dua hari sebelum kejadian tidak dibangkitkan oleh pihak pendakwaan semasa pemeriksaan utama ke atas SP10. Sebaliknya, ia dibangkitkan semasa pemeriksaan balas SP10 oleh pihak pembelaan yang telah menunjukkan gambar (eksibit IDD45) individu yang dirujuk oleh SP10 sebagai Ah Wei. Di peringkat ini, pihak pendakwaan mohon mencatatkan mencatatkan bantahan beliau sebelum beliau meneruskan dengan pemeriksaan semula SP10. Bantahan pihak pendakwaan adalah mengenai kotak (P21) dan 3 bag bagasi (P17, P18 dan P19) yang tidak dapat dicamkan oleh SP10. [94] SP10 hanya dapat mengecamkan bag plastik warna kuning (P20). Oleh itu, memandangkan SP10 tidak dapat mengecam kotak dan 3 bag luggage, Mahkamah ini berpandangan bahawa apa yang dilihat oleh SP10 adalah tidak sama dengan eksibit-eksibit barang kes. [95] Semasa SP11 disoal balas oleh pihak pembelaan, beliau telah ditanyakan mengenai seorang individu bernama CCW yang mana dikatakan telah ditangkap di bawah seksyen 6(1) Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta LLPK). Pihak peguambela telah 34 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 menghujahkan bahawa salinan Penggantungan Perintah Tahanan dan pengataan fakta mengenai CCW yang ditandakan sebagai IDD48 hendaklah diterima oleh Mahkamah dan ditandakan sebagai eksibit D48. Di peringkat ini, pihak pendakwaan membantah penandaan eksibit IDD48 kepada D48. Hujahan pihak pendakwaan ialah tidak dibuktikan bahawa SP11 pernah melihat IDD48 sebelum ini. Oleh itu, TPR membantah apabila peguambela ingin menandakan dokumen IDD48 sebagai D48 melalui SP11. [96] Berkaitan dengan IDD48, Mahkamah ini mendapati semasa pemeriksaan utama SP11, beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai tangkapan CCW di bawah LLPK. Apabila ditunjukkan Report Bukit Tinggi 658/20 yang ditandakan sebagai eksibit P46, beliau memaklumkan bahawa beliau bukan pengawai yang menangkap CCW. Sebaliknya, Ins Mohamad Firdaus bin Fauzi. [97] Menurut laporan polis Bukit Tinggi 0658/20 (eksibit P46), CCW ditangkap pada hari yang sama (11.7.2020) pukul 11.45 pagi di rumah alamat Summer Residence Rainforest Sanctuary no. 75-77, Jalan Puncak Rimba, Genting Sempah, Bentong, 28750 Pahang. [98] CCW ditangkap bersama barang kes termasuk kereta Honda CRV beserta kunci dan alat kawalan jauh jenama Honda, kenderaan Toyota Harrier dan wang tunai bercampur-campur. Menurut SP11, tidak ada dadah yang dijumpai bersama CCW. [99] SP11 memberi keterangan bahawa CCW telah diserahkan oleh SP5 untuk disiasat dan tiada apa-apa barang dadah dan bukti yang dijumpai untuk mengaitkan CCW dengan kes ini. Oleh itu, CCW 35 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 tidak ada kena mengena dengan kes ini. Tambahan pula, CCW ditangkap di bawah LLPK. OKT pula ditangkap di bahawa ADB 1952 kerana memiliki dan mengedar dadah berbahaya. [100] Mahkamah ini membuat dapatan bahawa dokumen IDD48 tidak akan dipertimbangkan oleh Mahkamah di peringkat ini sehinggalah pihak pembelaan memanggil saksi untuk memberi keterangan mengenai IDD48 di peringkat pembelaan kelak. [101] Tambahan pula, asas tangkapan menurut report eksibit P46 adalah berbeza dengan naratif kes ini. SP11 juga memberi keterangan bahawa beliau tidak bersetuju dengan cadangan peguambela semasa disoal balas bahawa kemungkinan dadah- dadah yang dinyatakan di dalam perintah LLPK ada kaitan dengan barang kes dadah dalam kes ini. [102] Mahkamah merumuskan tangkapan CCW tidak ada kaitan dengan tangkapan OKT. Mahkamah ini juga merumuskan bahawa tiada kegagalan di pihak pendakwaan untuk memanggil CCW atas alasan yang telah diberikan di atas. Oleh itu, seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 yang dihujahkan oleh peguambela adalah tidak terpakai. KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [103] Setelah meneliti segala keterangan dan setelah membuat pertimbangan secara maksimum ke atas keterangan saksi pendakwaan dan krebiliti saksi-saksi pendakwaan, adalah didapati dan diputuskan bahawa Pendakwa Raya telah berjaya 36 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 membuktikan kes prima facie terhadap OKT 1 dan OKT 2 dan diperintahkan seperti berikut: i) Bagi kes no BA-45A-41-03/2022, OKT Soon Ping Kiong dipanggil untuk membela diri. ii) Bagi kes no BA-45A-(42 & 43) – 03/2022 dan BA-45-60- 11/2022, OKT1 dan OKT2 dipanggil untuk membela diri. VERSI PEMBELAAN OKT1 [104] Kedua-dua OKT1 dan OKT2 telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah di kandang saksi. Berikut adalah saksi- saksi pihak pembelaan yang seramai tiga orang iaitu: 1. Soon Ping Kiong SD1 (OKT1) 2. Mohd Haniff bin Md Salleh SD2 – Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Unit Sempadan Darat 3. Miss Prakat Tachan SD3 (OKT2) [105] OKT 1 menyatakan sebelum dia ditangkap, dia tinggal bersama OKT 2 di tingkat atas Pusat Servis Kereta Hup Tuck Air Cond & Auto Services (tempat kejadian) sejak November 2017. [106] OKT 1 telah mengenali OKT 2 di Healthland bermula bulan Jun 2017. Setelah mereka menjadi pasangan, OKT 1 telah tinggal bersama OKT 2 di tempat kejadian. Tempat kejadian telah disewakan oleh anak saudara OKT 1 iaitu SP10 kepadanya sejak 37 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 2017. OKT 1 membayar sewa bulanan sebanyak RM800 kepada ibu SP10. [107] OKT 1 menyatakan bahawa dua hari sebelum dia ditangkap, seorang rakannya bernama Ching Chin Wei (CCW) telah menghubungi OKT 1 dan bertanyakan OKT 1 sekiranya rakan tersebut boleh menyimpan bagai dan kotak di tempat tinggal OKT 1 kerana beliau ingin berpindah rumah. [108] OKT 1 telah mengenali CCW beberapa tahun yang lalu melalui kawan dan CCW merupakan pelanggan tetap OKT 1 yang selalu membeli nombor ekor dari OKT 1. Maka, atas dasar kepercayaan tersebut, OKT 1 telah bersetuju untuk menolong CCW. [109] OKT 1 menyatakan pada hari yang sama jam 4.30 petang, CCW telah datang ke tempat kejadian. CCW telah menghubungi OKT 1 dan meminta OKT 1 untuk turun mengangkat barang dari kereta CCW. OKT 1 menyatakan pada masa tersebut dia telah melihat terdapat 1 kotak, 1 beg plastik kuning dan 2 bagasi yang telah dikeluarkan dari kereta CCW dan terdapat lagi 1 bagasi dalam kereta tersebut. [110] OKT 1 menyatakan yang dia dan CCW telah mengangkat kesemua barang tersebut untuk dibawa naik ke rumah OKT 1. OKT 1 menyatakan yang dia melihat ketiga-tiga bagasi dalam keadaan berzip tetapi tidak berkunci manakala kotak pula bersil dan mempunyai butiran penerima dan penghantar pada atas kotak tersebut. 38 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [111] OKT 1 menyatakan dia tidak mengesyaki apa-apa pada barang- barang tersebut. Dia juga tidak melihat kandungan dalam beg plastik kuning memandangkan beg tersebut berlipat. OKT 1 telah meletakkan kesemua barang tersebut di belakang pintu utama rumah OKT 1. [112] OKT 1 menyatakan yang dia telah menjelaskan perkara tersebut kepada OKT 2. OKT 2 tidak bercakap apa-apa dan hanya mengangguk kepalanya apabila dimaklumkan oleh OKT 1. [113] Kemudian, OKT 1 menyatakan pada 17.10.2020 (hari kejadian) CCW telah menelefon OKT 1 untuk meminta bantuan dari OKT 1 bagi menghantar kotak tersebut ke syarikat rakan CCW di Sabah. OKT 1 menyatakan yang dia bersetuju untuk membantu CCW memandangkan dikatakan terdapat syarikat J&T berhampiran tempat tinggal OKT 1. [114] OKT 1 menyatakan yang dia telah mengambil kotak dan turun dari rumahnya untuk pergi ke kereta Toyota Altis milik OKT 2. OKT 1 terus meletakkan kotak tersebut dalam boot kereta tersebut dan masuk ke tempat pemandu. [115] OKT 1 menyatakan ketika dia ingin menghidupkan enjin kereta, dia telah dihampiri oleh lelaki yang tidak dikenali secara tiba-tiba. Salah seorang daripada mereka telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis (Pengadu/SP 5) dan meminta OKT 1 keluar dari 39 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 kereta tersebut. Kemudian, OKT 1 menyatakan dia telah digari di belakang. [116] OKT 1 menyatakan yang pintu utama di tingkat atas telah dibuka oleh SP5 dan semasa itu terdapat OKT 2 dan anak lelaki OKT 1 yang berada dalam rumah tersebut. Kemudian, SP5 telah menjumpai 3 beg bagasi dan 1 beg plastik kuning di belakang pintu utama. OKT 1 menyatakan yang dia ada maklumkan bahawa kesemua beg bagasi, beg kuning dan kotak adalah milik CCW. Pemeriksaan telah dilakukan oleh SP5 ke atas semua beg tersebut dan mendapati terdapat kandungan dadah di dalamnya. [117] OKT 1 menyatakan yang dia terkejut dengan penemuan tersebut. OKT 1 menyatakan yang dia bukanlah pemilik kepada kesemua barang kes tersebut dan CCW hanya menumpangkan barang tersebut selama 2 hari sahaja. [118] OKT 1 menyatakan yang CCW telah ditangkap pada 17.11.2020 dan menjadi tahanan LLPK dan telah mendapat perintah penggantungan pada 4.5.2021. OKT 1 menafikan pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah-dadah yang dijumpai bersamanya. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH KE ATAS VERSI PEMBELAAN OKT1 [119] Apabila diteliti akan pembelaan OKT1, tunjang pembelaan OKT1 adalah beliau tidak mempunyai milikan, pengetahuan, kawalan, jagaan ke atas dadah-dadah yang dirampas (eksibit bag-bag bagasi 40 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 (P17, P18, P19), beg kuning eksibit P20 dan kotak eksibit P21. Sebaliknya, OKT1 mengulangi pembelaannya sepertimana di peringkat prima facie bahawa dadah-dadah tersebut adalah milik CCW. OKT1 berpegang kepada barang kes dadah dimiliki CCW dan ini dikuatkan dengan Perintah Tahanan di bawah LLPK sepertimana eksibit D48 terhadap CCW. Namun apabila disoal balas, OKT1 menyatakan bahawa beliau tidak tahu mengenai LLPK, OKT1 tidak dapat mengesahkan bahawa CCW ditahan di bawah LLPK. Maklumat mengenai LLPK hanya dimaklumkan oleh peguambela OKT1 kepada beliau. [120] OKT1 selanjutnya berpaksikan kepada keterangan SP10 di peringkat pendakwaan telah menghujahkan bahawa SP10 telah memberikan keterangan bahawa SP10 nampak CCW telah datang ke rumah OKT1 dua hari sebelum kejadian. Peguambela OKT1 menghujahkan bahawa terdapat percanggahan keterangan SP10 dan SP5 dan isu ini menjadi kritikal kerana pihak pendakwaan telah gagal mengambil langkah untuk “impeach” keterangan SP10 yang dikatakan oleh peguambela sebagai seorang saksi “hostile”. [121] Apa yang menarik perhatian Mahkamah mengenai pembelaan OKT1 berhubung CCW ialah ia tidak pernah sekali-kali dimaklumkan oleh OKT1 kepada pegawai serbuan, mahupun pegawai penyiasat atau pegawai yang merakam percakapan OKT1 semasa siasatan. Isu CCW hanya dibangkitkan oleh peguambela semasa menyoal balas SP5. 41 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [122] Pihak pendakwaan telah memanggil DSP Mohd Joharizal bin Hamzah (SP11) yang mana keterangan SP11 adalah amat material berhubung tangkapan CCW dan laporan polis Bukit Tinggi 0658/20 (eksibit P46). Menurut SP11, CCW telah ditangkap pada tarikh yang sama dengan tangkapan OKT1 dan OKT2. Namun, laporan polis mengenai tangkapan CCW adalah berbeza dengan kedua-dua OKT di dalam kes ini (rujuk laporan polis Kg Baru Subang/6685/20 eksibit P43). CCW telah diserahkan kepada Ins. Mohd Firdaus bin Fauzi dan hasil siasatan ialah CCW tidak terlibat dengan kes di hadapan Walaupun ujian darah CCW juga diambil dan dibuat analisa bersama-sama dengan kedua-dua OKT, ujian darah yang dilakukan bersama tidak bermaksud bahawa CCW ada kaitan. Tambahan pula, Borang Bongkar eksibit P39(B) tidak ditandatangani oleh CCW untuk mengaitkan CCW dengan barang kes dadah yang dirampas dalam kes ini. Dengan demikian, Mahkamah membuat dapatan bahawa CCW tidak ada kaitan dengan kedua-dua OKT dalam kes ini. [123] Pihak pendakwaan yang pada awalnya membantah tandaan IDD48 sebagai eksibit telah bersetuju dengan pihak pembelaan semasa peringkat hujahan (clarification) supaya IDD48 ditandakan sebagai eksibit D48. Walau apapun, keterangan SD2 berkaitan D48 juga tidak dapat mengesahkan bahawa dadah-dadah di dalam kes ini adalah berkait dengan D48. [124] Mahkamah ini telah dirujuk kepada kes-kes berikut yang disandarkan oleh peguambela yang dihujahkan mempunyai fakta yang sama dengan kes ini. Mahkamah Rayuan telah memutuskan 42 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 untuk melepas dan membebaskan tertuduh/perayu dalam kes tersebut kerana pengedar dadah yang sebenar adalah merupakan individu lain yang terkait dengan LLPK. Kes-kes tersebut adalah seperti berikut: (a) Akliansyah v PP [2014] 3 MLJ 392. (b) Ooi Chee Seong & Anor v PP [2014] 3 MLJ 593. (c) Masoumeh Gholami Khaveh v PP [2013] 5 MLJ 688. [125] Mahkamah ini telah meneliti kes undang-undang yang dirujuk oleh peguambela dan Mahkamah mendapati bahawa fakta-fakta kes yang dirujuk nyata berbeza dengan fakta di dalam kes ini. Analisa Mahkamah ke atas kes Akliansyah v PP (supra) mendapati bahawa pihak pendakwaan di dalam kes tersebut telah gagal membuktikan pengetahuan di pihak perayu/tertuduh mengenai dadah yang berada di dalam bag yang dimiliki oleh CKW. Mahkamah Rayuan membuat dapatan bahawa perayu adalah seorang innocent carrier dan pengedar dadah yang sebenar adalah CKW. Terdapat keterangan yang menyokong versi pembelaan dalam kes tersebut termasuklah surat temuduga yang mana perayu telah ke tempat kejadian untuk menghadiri temuduga dan diarahkan oleh CKW untuk mengambil bag beliau di dalam boot kereta CKW. Perayu juga telah memaklumkan kepada pegawai serbuan mengenai CKW yang ditangkap dalam kawasan yang sama semasa kejadian. CKW telah ditahan di Simpang Renggam di bawah LLPK dengan aktiviti dadah yang sama sepertimana keterangan saksi pembelaan. Terdapat nexus antara CKW dengan kereta dan dadah yang dirampas. 43 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 Kegagalan pihak pendakwaan memanggil tuan punya kereta telah menyebabkan kelompangan kepada kes pendakwaan. [126] Manakala kes Ooi Chee Seong & Anor v PP (supra), Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan perayu/tertuduh dan alasan pokok Mahkamah membenarkan rayuan perayu kerana kegagalan memanggil Ang untuk menyangkal bahawa beliau memiliki kondominium yang diduduki oleh perayu yang mana dadah dirampas. Telah dibuktikan juga bahawa Ang mempunyai nexus dengan rumah yang mana perayu ditangkap. [127] Untuk kes Masoumeh Gholami Khaveh v PP (supra), perayu/tertuduh berada di dalam bilik hotel ketika serbuan. Sebelum itu, saksi pendakwaan memberi keterangan bahawa perayu, seorang warga negara Iran telah sampai di KLIA dan mengambil dua buah bagasi dari baggage claim. Setelah serbuan dilakukan, kedua- dua perayu dan Amin telah menandatangani Borang Bongkar eksibit P8. Manakala Izin untuk mendakwa juga mengaitkan Amin dengan niat bersama dengan perayu mengedar dadah. Namun, hanya perayu sahaja yang dinyatakan di dalam pertuduhan. Amin telah ditahan di bawah LLPK dan fakta kritikal dan material yang telah dipertimbangkan Mahkamah Rayuan ialah penglibatan Amin di dalam kes perayu. Amin telah ditawarkan oleh pihak pendakwaan apabila menutup kes pendakwaan. Akan tetapi, Amin tidak dapat disediakan bagi pihak pendakwaan semasa perbicaraan. Keterangan Amin boleh membuktikan bahawa perayu tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang dirampas. 44 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [128] Berdasarkan kepada fakta ketiga-tiga kes dirujuk oleh pihak pembelaan, adalah jelas keputusan-keputusan tersebut tidak terpakai kepada kes di hadapan Mahkamah ini yang nyata berbeza. Sebagai contoh, kes Masoumeh Gholami Khaveh v PP (supra) terdapat beberapa keraguan dapat ditimbulkan susulan kegagalan pihak pendakwaan dalam kes tersebut memanggil Amin sebagai saksi pendakwaan atau menyediakan saksi tersebut yang telah ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan semasa menutup kes di peringkat pendakwaan. Kehadiran Amin dalam kes berkenaan akan dapat merungkai beberapa persoalan atau menutup kelompangan kepada kes pendakwaan. [129] Berbanding dengan kes di hadapan Mahkamah ini, naratif kes amatlah jauh berbeza. Mahkamah juga merumuskan bahawa tidak ada keterangan yang boleh diberikan oleh CCW kerana laporan tangkapan berbeza dan hasil siasatan juga mendapati dadah yang dirampas tidak sama. Mahkamah ini tidak dapat bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan bahawa jenis dadah di dalam kes ini adalah sama dengan kes LLPK yang melibatkan CCW. Mahkamah membuat dapatan bahawa CCW atau LLPK tersebut tidak dapat menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah di dalam kes. [130] Ini adalah kerana terdapat keterangan melimpah ruah yang menunjukkan OKT1 mempunyai pengetahuan, kawalan dan jagaan kepada barang kes dadah yang mana eksibit P21 sedang dibawa oleh OKT1 ketika diserbu. Manakala, eksibit P17, 18 dan 19 serta eksibit P20 diletakkan di dalam rumah OKT1 yang didiami bersama OKT2. 45 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [131] Berbalik kepada keterangan SP10 yang dikatakan melihat CCW dua hari sebelum kejadian yang mana OKT1 telah mengangkat bag- bag bagasi berkenaan bersama CCW. Namun, ia tidak pula disokong dengan suatu keterangan sokongan seperti CCTV. SP10 juga tidak menyatakan akan perkara ini kepada pegawai penyiasat. Mahkamah sedar bahawa beban pembuktikan di peringkat pembelaan masih terletak di bahu pendakwaan. Pihak pendakwaan memikul beban pembuktian tersebut yang mana keterangan SP11 ialah tiada CCTV di tempat kejadian. SP10 juga tidak dapat mengecam di Mahkamah bag bagasi dan plastik kuning yang dikatakan dibawa oleh CCW dan OKT1. Tambahan pula, tidak ada maklumat kiriman parcel di atas kotak eksibit P21 tertera nama CCW. Peguambela hanya mengaitkan alamat di eksibit P21 merujuk kepada alamat di Sabah yang mana dikatakan CCW juga ditangkap di bawah LLPK. [132] Peguambela juga mencabar P43 daripada diterima Mahkamah kerana kata-kata amaran tidak dilaksanakan oleh SP5. Apabila Mahkamah ini meneliti P43, jelas bahawa peguambela mencabar mengenai soalan-soalan yang ditanya kepada OKT1 sepertimana di dalam P43. Memandangkan SP5 mengakui bahawa kata-kata amaran tidak diberikan, Mahkamah ini tidak menerima soalan- soalan yang ditanya kepada OKT1 sepertimana di dalam P43 kerana merupakan satu pengakuan yang memprejudiskan OKT1. [133] Mahkamah ingin menekan bahawa rumusan Mahkamah bahawa OKT1 mempunyai milikan, pengetahuan, kawalan dan jagaan tidak 46 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 bersandarkan kepada soalan-soalan yang ditanya oleh SP5 sepertimana tercatat di P43. Sebaliknya bergantung kepada keterangan-keterangan saksi pendakwaan yang melimpah rumah menunjukkan kaitan OKT1 dan OKT2 ke atas dadah-dadah dan racun yang dirampas. [134] Mahkamah juga membuat dapatan bahawa mangga pintu grill dibuka oleh OKT1 kerana hakikatnya serangkai kunci telah dirampas daripada OKT1. Masakan SP5 boleh membuka mangga pintu grill tersebut kerana SP5 tidak tinggal di situ. [135] Tidak ada asas untuk Mahkamah ini tidak mempercayai keterangan SP5 berkaitan dengan reaksi OKT1 dan OKT2 yang menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai pengetahuan mengenai dadah terlarang yang dirampas di dalam kereta tersebut. [136] Mahkamah ini sedar akan prinsip undang-undang yang mantap sepertimana diputuskan di dalam kes Chan Pean Leon V. Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237 bahawa elemen pengetahuan, kecuali diakui, hanya boleh dibuktikan melalui inferens daripada keadaan sekeliling sesuatu kes (surrounding circumstances) dan merupakan suatu persoalan fakta. [137] Oleh yang demikian, Mahkamah membuat dapatan bahawa reaksi OKT1 dan OKT2 tidak boleh dilihat secara terpencil (in isolation). Akan tetapi, ia hendaklah dilihat berdasarkan kepada keadaan sekeliling kes. 47 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [138] Berdasarkan kepada keadaan sekeliling kes. Apabila dianalisa reaksi OKT1 dengan latarbelakang kes, Mahkamah ini berpandangan bahawa OKT1 memberikan reaksi takut dan gelisah kerana OKT1 tahu mengenai barang dadah terlarang di tempat kejadian. VERSI PEMBELAAN OKT 2 [139] OKT 2 menyatakan yang dia telah datang ke Malaysia pada bulan Januari tahun 2017 dan bekerja sebagai tukang urut di Healthland, Subang Jaya. OKT 2 mengenali OKT 1 pada tahun yang sama dan mereka telah berpacaran pada bulan Oktober 2017. [140] Setelah mereka berpasangan, OKT 2 telah berhenti kerja dan menetap bersama OKT 1 di tempat kejadian. OKT 2 menyatakan bahawa pada 15.11.2020, pada jam lebih kurang 4.30 petang, OKT 2 melihat OKT 1 dan rakan OKT 1 iaitu CCW membawa 3 bagasi, 1 kotak dan 1 beg plastik kuning ke dalam tempat tinggal mereka. [141] OKT 2 ada bertanyakan OKT 1 dan CCW apakah barang tersebut dan OKT 1 menjawab bahawa kesemua barang tersebut adalah kepunyaan CCW dan CCW meminta pertolongan untuk menyimpan barang tersebut kerana CCW dalam proses perpindahan rumah. [142] OKT 2 nampak ketiga-tiga bagasi tersebut berzip tetapi tidak berkunci dan kotak bersalotape. OKT 2 menyatakan dia tidak mengesyaki apa-apa kerana CCW adalah kawan kepada OKT 1. 48 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 [143] OKT 2 menyatakan pada 17.11.2020 jam lebih kurang 11.40 pagi, OKT 1 dilihat telah mengambil sebuah kotak dari belakang pintu utama dan keluar dari rumah tersebut. OKT 1 menyatakan bahawa CCW meminta OKT 1 untuk menghantar barang tersebut ke syarikat kawannya di Sabah. [144] Lebih kurang 20 minit kemudian, OKT 2 mendengar suara kecoh dari luar dan pintu utama rumah mereka telah dibuka. Selepas pintu dibuka, OKT 2 melihat OKT 1 dikatakan digari di belakang dan diiringi oleh beberapa lelaki termasuklah SP5 yang memperkenalkan diri sebagai polis. [145] OKT 2 menyatakan yang dia melihat SP5 menjumpai 3 beg bagasi dan 1 beg plastik kuning yang diletakkan di belakang pintu utama tersebut. Pemeriksaan telah dibuat oleh SP5 terhadap beg-beg bagasi dan beg kuning dan di dalamnya mengandungi barangbarang dadah. [146] OKT 2 menafikan pemilikan dan pengetahuannya terhadap beg bagasi dan beg kuning yang dijumpai. OKT 2 menyatakan bahawa dia percaya dadah yang dijumpai ada kaitan ataupun milik CCW. [147] Peguambela di peringkat ini juga menghujahkan bahawa pertuduhan ke atas OKT2 adalah cacat kerana OKT2 tidak dipertuduhkan bersekali dengan OKT1 mengenai kotak (eksibit P21). Apa yang jelas, OKT1 ditangkap bersama dengan kotak eksibit P21 di dalam kereta. Tidak ada keterangan yang diberikan bahawa kotak tersebut disimpan di rumah OKT1 yang diduduki oleh 49 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 OKT2. Oleh yang demikian, Mahkamah membuat dapatan bahawa tidak ada isu berbangkit berkaitan perkara ini. [148] Berdasarkan kepada di atas, daripada analisa Mahkamah mengenai versi pembelaan OKT1 dan OKT2, adalah dapatan Mahkamah bahawa pembelaan kedua-dua OKT hanyalah merupakan penafian semata-mata. KESIMPULAN [149] Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan OKT serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa mengikut prinsip yang diputuskan di dalam Mat v PP [1963] 1 MLJ 263, OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan mengenai pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. OKT1 dan OKT2 disabitkan dengan kesalahan atas pertuduhan pengedaran di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. [150] Peguambela OKT membuat mitigasi bagi pihak OKT1 berumur 62 tahun. OKT2 berumur 56 tahun. Pesalah pertama. OKT1 mempunyai 4 orang anak dan menjaga ibu berumur 92 tahun. Telah direman semenjak 17.11.2020. [151] Peguambela OKT membuat mitigasi bagi pihak OKT1 berumur 62 tahun. OKT2 berumur 56 tahun. Pesalah pertama. OKT1 50 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 mempunyai 4 orang anak dan menjaga ibu berumur 92 tahun. Telah direman semenjak 17.11.2020. [152] Kedua-dua OKT bernasib baik susulan pelaksanaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, hukuman gantung sampai mati bukanlah hukuman mandatori bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman alternatif iaitu pemenjaraan seumur hidup (selama 30 tahun) dan tidak kurang 12 sebatan. Bagi Mahkamah ini menggunakan budi bicaranya dalam menentukan hukuman yang wajar dikenakan bagi kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT1 dan OKT2 telah diberikan peluang untuk membuat mitigasi. [153] Setelah menimbangkan mitigasi OKT-OKT dan faktor pemberat oleh pihak pendakwaan, sepertimana trend semasa hukuman bagi kesalahan yang sama (rujuk kes terkini Mahkamah Rayuan di dalam kes Lim Zhen Qiang & 5 yang lain v Pendakwa Raya, Rayuan Jenayah No. B-05(SH)-344-07/2024), Mahkamah ini berpendapat bahawa OKT-OKT wajar diberikan peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat setelah selesai menjalani hukuman penjara. Oleh itu, hukuman bagi pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah seperti berikut: [154] Bagi pertuduhan kes no. BA-45A-41-03/2022, Mahkamah ini memerintahkan untuk OKT, Soon Pin Kiong dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) dari tarikh ditangkap 17.11.2020. Tidak ada hukuman sebatan dikenakan atas faktor undang- undang. Hukuman penjara berjalan serentak dengan hukuman 51 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BA-45A-41-03/2022, BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 & BA-45-60-11/2022 penjara dalam kes no. BA-45A-42-03/2022, BA-45A-43-03/2022 dan BA-45-60-11/2022. [155] Bagi pertuduhan BA-45A-42-03/2022, OKT1 dan OKT2 dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dari tarikh ditangkap (30 tahun) dari tarikh ditangkap 17.11.2020. Tidak ada hukuman sebatan dikenakan atas faktor undang-undang. Hukuman penjara berjalan serentak dengan hukuman penjara dalam kes no. 45A-41- 03/2022 (OKT1), BA-45A-43-03/2022 dan BA-45-60-11/2022. [156] Bagi pertuduhan BA-45A-43-03/2022, pertuduhan pertama, OKT1 dan OKT2 dijatuhkan dengan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) dari tarikh ditangkap; pertuduhan kedua, OKT1 dan OKT2 dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun dari tarikh ditangkap pada 17.11.2020. [157] Bagi pertuduhan BA-45-60-11/2022, OKT1 dan OKT2 dijatuhkan dengan hukuman penjara 8 tahun dari tarikh ditangkap 17.11.2020. [158] Kesemua hukuman penjara adalah berjalan serentak. 52 S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S/N ozax8W8xDEKgW0IQjnnsg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal