SPECMA SOLUTIONS SDN BHD PERMAI BIRU SDN. BHD.
Defendant failed to prove misrepresentation, fraud or that the main equipment was defective; the written contract governs, FOC items were collateral and non‑mandatory obligations (including installation) were not imposed; therefore Defendant remains indebted to Plaintiff for RM150,000 and Defendant's counterclaim is...
Source-derived case information.
- Citation
- KF-A52NCC-10-11/2021 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Specma Solution Sdn Bhd; Defendant: Permai Biru Sdn Bhd
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 30 April 2025
- Case Number
- KF-A52NCC-10-11/2021 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Contract Dispute (civil) / Judgment (trial)
- Outcome
- Plaintiff's claim allowed; Defendant's counterclaim dismissed.
- Legal Topics
- Misrepresentation, Breach of Contract, Repudiation, Collateral Warranties, Interpretation of Contract, Contractual Remedies, Costs
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Specma Solution Sdn Bhd
Plaintiff
Permai Biru Sdn Bhd
Defendant
Procedural Posture
Contract Dispute (civil) / Judgment (trial)
Legal Issues
- 1 Whether RM150,000 remains owing by Defendant to Plaintiff
- 2 Whether the goods supplied were defective or non-conforming
- 3 Whether Plaintiff made misrepresentation and/or fraud regarding price or quality
Ratio Decidendi
Defendant failed to prove misrepresentation, fraud or that the main equipment was defective; the written contract governs, FOC items were collateral and non‑mandatory obligations (including installation) were not imposed; therefore Defendant remains indebted to Plaintiff for RM150,000 and Defendant's counterclaim is dismissed.
Court Disposition
Plaintiff's claim allowed; Defendant's counterclaim dismissed.
Orders
- Plaintiff's claim for RM150,000 allowed against Defendant
- Defendant's counterclaim dismissed
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
KF-A52NCC-10-11/2021 Kand. 66 24/08/2025 09:34:01 DALAM MAHKAMAH SESYEN KULIM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA KES GUAMAN NO: KF-A52NCC-10-11/2021 ANTARA SPECMA SOLUTION SDN BHD (NO. SYARIKAT : 1200314-K) - PLAINTIF DAN PERMAI BIRU SDN BHD (NO. SYARIKAT : 1057422-P) - DEFENDEN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN 1. Writ dan Pernyataan Tuntutan yang difailkan oleh pihak Plaintif (Lampiran 1) adalah untuk tuntutan-tuntutan seperti berikut: (a) Jumlah wang sebanyak RM 150,000.00; (b) Faedah sebanyak 5% setahun ke atas jumlah RM 150,000.00 dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad; 1 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (c) Kos tindakan ini dibayar oleh Defenden kepada Plaintif; (d) Apa-apa perintah lanjut yang difikirkan sesuai dan adil oleh Mahkamah yang Mulia ini. 2. Defenden sebaliknya telah memfailkan tuntutan balas yang menuntut daripada pihak Plaintif tuntutan-tuntutan seperti berikut; i) Plaintif membayar kepada Defenden wang berjumlah RM 150,000.00 yang merupakan pemulangan wang yang telah dibayar oleh Defenden di bawah perjanjian tersebut; ii) Plaintif mengambil semula mesin-mesin Plaintif yang telah dihantar kepada Defenden di premis Defenden dengan semua kos pengalihan dan pengangkutan ditanggung oleh Plaintif; iii) Plaintif membayar kos penyimpanan (storage cost) untuk mesin- mesin berjumlah RM 500.00 sehari kepada Defenden bermula 1/9/2020 sehingga tarikh pengambilan semula mesin-mesin Plaintif dari premis Defenden; iv) Plaintif membayar kepada Defenden gantirugi akibat kemungkiran kontrak untuk ditaksirkan oleh Mahkamah; v) Plaintif membayar faedah terhadap jumlah-jumlah di atas pada kadar 5% setahun dari tarikh pemfailan Tuntutan Balas sehingga penyelesaian penuh; vi) Plaintif membayar kos tindakan ini; 2 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal vii) Lain-lain relif yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini. B. LATAR BELAKANG KES KES PLAINTIF 3. Melalui satu perjanjian bertarikh 2.3.2020, Plaintif telah membekalkan kepada Defenden-Defenden mesin-mesin bagi tujuan perniagaan dobi dengan nilai RM 320,000.00. Antara mesin-mesin yang dibekalkan adalah; i) 2nd Hand QH Automatic Washer Extractor (2 units); ii) 2nd Hand England High Speed Steam Dryer (1 unit); iii) 2nd QH Flatwork Ironer & High Speed Floder (1 set) (Flatwork & Folder). 4. Manakala barangan yang diberikan secara FOC (Free of Charge) adalah; i) 2nd Hand Steam Chest Single Roller Ironer = 1 unit ii) 2nd Hand Hoffman Utility Press (Steam) = 1 unit iii) 2nd Hand Sidi Press Machine (Steam) = 1 unit iv) 2nd Hand Steam Foam Finisher 5. Bagi terma-terma pembayaran pula, sebagaimana yang tertera di dalam perjanjian tersebut adalah; 3 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal i) Pembayaran pendahuluan sebanyak RM 100,000.00 semasa perjanjian ditandatangani; ii) Bayaran bulanan sebanyak RM 50,000.00 sebulan untuk tempoh 4 bulan melalui post dated cheque; dan iii) Tempoh pembayaran hutang bermula 10.3.2020 sehingga 10.6.2020 untuk tempoh 4 bulan. 6. Bagi memenuhi terma-terma perjanjian, Defenden telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM 100,000.00 dan memberikan cek-cek kepada Plaintif. Manakala Plaintif telah membekalkan semua mesin-mesin tersebut kepada pihak Defenden dengan cara Defenden mengambil sendiri dari pihak Plaintif. 7. Setelah menolak jumlah bayaran yang dibuat oleh Defenden, sejumlah wang sebanyak RM 150,000.00 masih tertunggak dan kena dibayar oleh Defenden kepada Plaintif. KES DEFENDEN 8. Defenden tidak menafikan bahawa terdapat Perjanjian tersebut. Namun perjanjian tersebut adalah termasuk pemasangan serta pengujian dan pentauliahan (testing and commisioning) mesin-mesin tersebut. 9. Perjanjian tersebut bukan hanya terhad kepada 3 jenis mesin sahaja sebaliknya 10 jenis mesin di mana 5 jenis mesin telah gagal dibekalkan oleh Plaintif menurut terma-terma perjanjian tersebut. Oleh yang demikian, Defenden adalah tidak lagi terikat dengan 4 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal perjanjian tersebut atas tindakan Plaintif memungkiri perjanjian tersebut. 10. Bagi tuntutan balas yang difailkan oleh Defenden, terdapat representasi salah yang dibuat oleh Plaintif kepada Defenden semasa pembelian mesin-mesin menurut perjanjian tersebut. Hanya 5 unit mesin yang dibekalkan berbanding 10 mesin yang dinyatakan di dalam perjanjian tersebut. 11. Sebahagian mesin-mesin yang dibekalkan adalah mesin yang bersifat barang lusuh dan tidak berkualiti serta tidak menurut spesifikasi sebagaimana dalam perjanjian tersebut. 12. Disamping itu, harga yang ditawarkan oleh Plaintif kepada Defenden adalah harga yang sangat tinggi melampau jika dibandingkan dengan harga pasaran bagi mesin-mesin baharu dari jenis yang sama. 13. Oleh yang demikian, Defenden memplidkan bahawa Plaintif telah melakukan representasi-representasi salah dan palsu, melakukan kemungkiran perjanjian dan melakukan penipuan serta fraud terhadap Defenden. 14. Lanjutan daripada ini, Defenden pada bulan Ogos 2020 telah menamatkan perjanjian tersebut. C. ISU-ISU UNTUK DIBICARAKAN 15. Berdasarkan kepada fakta kes pihak-pihak di atas, isu-isu untuk dibicarakan telah difailkan di dalam kes ini. Isu-isu tersebut Adalah; 5 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a) Samaada jumlah wang sebanyak RM 150,000.00 masih dihutang oleh Defenden bagi barangan yang dibekalkan oleh Plaintif. b) Samaada barangan tersebut yang dibekalkan oleh Plaintif mempunyai defect dan/atau cacat. c) Samaada Plaintif telah membuat suatu misrepresentation dan/atau fraud terhadap Defenden berkenaan dengan harga dan/atau quality barangan tersebut. d) Samaada Defenden berhak untuk menamatkan perjanjian secara unilateral dan meminta bayaran balik penuh. e) Samada Defenden berhak untuk menuntut jumlah yang dituntut dalam Tuntutan Balas Defenden. 16. Kedua-dua pihak telah mengemukakan hujahan masing-masing berkait dengan perbicaraan penuh ini. D. DAPATAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH 17. Bagi menentukan mana-mana pihak yang memungkiri perjanjian tersebut, rujukan utama mestilah dibuat kepada perjanjian yang dimeterai dan ditandatangani oleh pihak-pihak. Adalah undang- undang yang mantap bahawa ihak-pihak adalah terikat dengan terma-terma perjanjian tersebut. 18. Pada peringkat ini, Mahkamah ingin menekankan bahawa isu yang dibangkitkan oleh Pihak Plaintif berkenaan dengan kapasiti SD1 6 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (Dowlad Rahuman bin MP Hammat Sahyu) pada menandatangani perjanjian bagi pihak Defenden adalah tidak dipertikaikan. 19. Merujuk kepada fakta-fakta yang dipersetujui oleh pihak-pihak dan juga keterangan SD1 secara keseluruhannya mengesahkan bahawa SD1 mempunyai kapasiti bagi pihak Defenden untuk menandatangani perjanjian tersebut. Perkara ini juga tidak dibangkitkan atau dinafikan oleh pihak Defenden di dalam hujahan utama mereka dan tidak dipertikaikan. Samaada Plaintif telah membuat suatu misrepresentation dan/atau fraud terhadap Defenden berkenaan dengan harga dan/atau quality barangan tersebut. 20. Berkenaan dengan isu representasi salah (misrepresentation) yang dibangkitkan oleh pihak Defenden, ianya adalah menjadi beban kepada pihak Defenden untuk membuktikan bahawa terdapat representasi salah yang dibuat oleh pihak Plaintif semasa perjanjian tersebut ditandatangani. 21. Ini bermakna, Defenden hendaklah membuktikan bahawa Plaintif mempunyai niat untuk menyembunyikan fakta sebenar tentang harga bagi barangan mesin-mesin tersebut. Tetapi ianya juga menjadi tanggungjawab Defenden untuk membuat carian yang munasabah dan pertanyaan yang munasabah berkenaan dengan harga sebenar barangan mesin tersebut sebelum menandatangani perjanjian tersebut. Ianya bukanlah kewajipan sebelah pihak tetapi merupakan kewajipan kedua-dua pihak untuk memaklumkan harga dan membuat carian harga yang sebenar. 7 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22. Di dalam kes ini, Defenden sama sekali gagal untuk membuktikan bahawa Plaintif telah memberikan representasi salah berkenaan dengan harga sebenar bagi mesin-mesin tersebut. Tanpa carian dan pertanyaan yang munasabah oleh pihak Defenden, perjanjian tersebut terus ditandatangani. 23. Tambahan lagi, tanpa membawa apa-apa keterangan atau bukti oleh pihak Defenden, perjanjian tersebut telah ditandatangani tanpa unsur-unsur paksaan atau penipuan oleh pihak Plaintif ke atas Defenden. 24. Sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak Plaintif dan Mahkamah bersetuju bahawa Seksyen 27 Akta Kontrak 1950 adalah terpakai dalam situasi ini. Seksyen 27 Akta Kontrak 1950 menyatakan seperti berikut; “A contract is not voidable merely because it was caused by one of the parties to it being under a mistake as to a matter of fact” 25. Mahkamah merujuk kepada kes Bank Islam Malaysia Berhad v Burwood Group Limited & Ors [2025] CLJU 1439 yang menyatakan seperti berikut atas konsep representasi salah; [34] In this regard, the decision in Maybank Islamic Bhd v Kamarulzaman Mohamed Nordin [2013] 10 CLJ 488 (HC) is highly persuasive. Asmabi Mohamed JC (as Her Ladyship then was) held that a party who signs a document is generally bound by its terms, and mere allegations of inconvenience or later regret do not suffice to escape 8 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal contractual obligations. The principle is clear in that the law does not offer sanctuary to those who, having had every opportunity to read and understand a document, later claim to have misunderstood its effect” 26. Isu ini berbangkit hanya apabila Defenden mendapati bahawa terdapat quotation lain dari sebuah syarikat yang dapat membekalkan mesin-mesin baharu dengan harga yang sama. Fakta dan keadaan ini tidak pada bila-bila masa menyebabkan perjanjian tersebut terbatal atau boleh dibatalkan oleh Defenden. Walaupun pada pandangan kasar, perjanjian tersebut boleh dianggap sebagai pembelian buruk (bad bargain) di mana menyebabkan Defenden mendapat barangan mesin terpakai (second hand), sedangkan Defenden boleh mendapat mesin baharu dengan harga yang sama, tidak menyebabkan perjanjian ini terbatal dengan sendiri. 27. Sebagaimana hujahan oleh pihak Plaintif, kes SJIC Bina Sdn Bhd v Iskandar Regional Development Authority and Another Case [2020] MLJU 2366 boleh menjadi rujukan sebagaimana berikut; “[85] Furthermore, SJIC Bina argued that public policy is not a principle that is applicable to the interpretation of a contract. Reference was made to the case of Pembinaan Perwira Harta Sdn Bhd v Letrikon Jaya Bina Sdn Bhd [2013] 2 MLJ 620 and HCS Construction Sdn Bhd v Gobinas Enterprise and Transportation Sdn Bhd [2016] MLJU 1031 for the proposition that parties to an agreement are free to enter into any contract for works at whatever pricing, subject to the limits under the law. Pursuant to s 14 of the Contracts 9 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Act 1950 [Act 136], free consent could be vitiated only if it was caused by coercion, undue influence, fraud, misrepresentation or by mistake. If a party made a bad bargain, that is not a ground for the court to interfere since a bad bargain is not a bad contract. Thus, it would be incongruous for IRDA to assert that it has entered into a bad bargain and to try and escape from its contractual obligations. This is a case where IRDA chose to take the financial benefit, but not the burden, leaving SJIC Bina to fund the works carried out which ultimately benefitted the public at large.” Samaada barangan tersebut yang dibekalkan oleh Plaintif mempunyai defect dan/atau cacat. 28. Berkaitan dengan isu ini, samaada barangan-barangan mesin yang telah diambil oleh pihak Defenden mempunyai defect atau kecacatan, Mahkamah mendapati bahawa hujahan pihak-pihak adalah lebih kepada unsur penyerahan barangan mesin yang mencukupi atau sebaliknya sebagaimana yang di dakwa oleh pihak Defenden bahawa barangan tidak sepenuhnya dikemukakan atau diserahkan kepada Defenden. 29. Mahkamah telah meneliti hujahan-hujahan ini dan mendapati bahawa, jika berdasarkan kepada isu asal samaada mesin-mesin tersebut mempunyai kesan defect atau kecacatan, tidak ada sebarang bukti atau keterangan yang jelas ditunjukan oleh pihak Defenden bahawa mesin-mesin tersebut benar-benar rosak atau cacat. 10 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30. Namun, meneliti lebih jauh kepada isu berkenaan ketidakcukupan mesin yang dibekalkan, rujukan mestilah dibuat pada terma-terma perjanjian tersebut. Merujuk kepada perjanjian tersebut, klausa 3 perjanjian tersebut dengan jelas menyatakan; 3) Equipment Details; Product : 2nd Hand QH Automatic Washer Extractor Capacity : 100 kg Description : Touch Screen Control Panel Price : RM 45,000.00 (own pickup) Quantity : 2 unit Product : 2nd Hand England High Speed Steam Dryer Capacity : 120 kg (25 min dryer) Description : Steam Dryer Price : RM 50,000.00 (own pickup) Quantity : unit Product : 2nd QH Flatwork Ironer & High Speed Floder Capacity : 600 pcs single bed sheet per hpur. King Bedsheet 400 pcs per hour Description : Therma Oil Gas Price : RM 180,000.00 (own pickup) Quantity : 1 set (Flatwork & Folder) Total Price : RM 320,000.00 Other Balance Equipment for FOC 11 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Product : 2nd Hand Steam Chest Single Roller Ironer = 1 unit Product : 2nd Hand Hoffman Utility Press (Steam) = 1 unit Product : 2nd Hand Sidi Press Machine (Steam) = 1 unit Product : 2nd Hand Steam Foam Finisher 31. Pihak Defenden berhujah bahawa Plaintif telah gagal untuk menyerahkan barangan yang dinyatakan sebagai FOC (Free of Charge) kepada pihak Defenden. 32. Pihak Plaintif sebaliknya menyatakan bahawa kegagalan pihak Defenden untuk melangsaikan bayaran tertunggak, menyebabkan tidak ada kewajipan kepada pihak Plaintif untuk menyerahkan barangan mesin FOC tersebut kerana kegagalan pihak Defenden memenuhi obligasi perjanjian tersebut. Tambahan lagi, barangan- barangan utama telah diserahkan kepada pihak Defenden dan barangan FOC tersebut adalah bersifat collateral sahaja dan bukanlah barangan utama dan asas kepada perjanjian ini. 33. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif ini di mana keperluan utama di dalam perjanjian tersebut adalah penyerahan barang utama yang menjadi asas dan keutamaan kepada perjanjian ini. Manakala barangan sampingan (barangan FOC) adalah hanya berdasarkan kepada pematuhan dan pemenuhan obligasi oleh kedua-dua pihak di dalam perjanjian tersebut. 34. Kes IPMUDA BERHAD V BAKITAN SDN BHD AND OTHERS [2010] MLJU 662 dengan jelas menyatakan berkenaan dengan syarat collateral; 12 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal The court finds that by virtue Section 13 of SGA the first defendant was in a position to treat the breach of condition of the said Purchase Orders as a breach of warranty. Section 13 of the SGA state as follows: (1) Where a contract of sale is subject to any condition to be fulfilled by the seller the buyer may waive the condition or elect to treat the breach of the condition as a breach of warranty and not as a ground for treating the contract as repudiated. (2) Where a contract of sale is not severable and the buyer has accepted the goods or part thereof, or where the contract is for specific goods of the property in which has passed to the buyer, the breach of any condition to be fulfilled by the seller can only be treated as a breach of warranty, and not as a ground for rejecting the goods and treating the contract as repudiated, unless there is a term of the contract express or implied to that effect. (3) Nothing in this section shall affect the case of any condition or warranty the fulfilment of which is excused by law by reason of impossibility or otherwise. The law on the breach of warranty was explained by Abdul Malek J (as he then was) in the case of Universal Cable (M) Bhd v. Bakti Arena Sdn Bhd & Ors [2000] 3 CLJ as follows: 13 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal "Now, when there is a breach of warranty, the contract remains in force and the first defendant as the buyer is restricted to a claim in damages. Section 12(3) of the SGA defines a warranty as a stipulation collateral to the main purpose of the contract, the breach of which gives rise to a claim for damages but not to a right to reject the goods and treat the contract as repudiated. section 12(4) of the SGA enacts that whether a stipulation in a contract of sale is a condition or a warranty depends in each case on the construction of the contract. The stipulation may be a condition, though called a warranty in the contract. Section 12(1) of the SGA enacts that a stipulation in a contract of sale with reference to goods which are the subject thereof may be a condition or a warranty. Thus, in order to satisfy the definition of a warranty, there must,first, be an agreement between the parties, a promise that the representation is or will be true ( Behn v. Burness [1863] 3 B & S 751 at 755; Bentsen v.Taylor, Sons & Co. (2) [1893] 2 QB 274 CA; Heilbut, Symons & Co Ltd v. Buckleton [1913] AC 30, HL; Oscar Chess Ltd v.Williams [1957] 1 ALL ER 325; [1957] 1 WLR 370, CA; and Dick Bentley Productions Ltd v. Harold Smith (Motors) Ltd [1965] 1 WLR 623, CA). Secondly, the agreement must be collateral to the main purpose of the contract and it is for the purpose of transferring the property in and the possession of the goods of the description contracted for the buyer. The warranty is said to be collateral because the breach of it, unlike the breach of a condition, is not the breach of the whole consideration (Wallis, Son and Wells v. Pratt and Haynes [1910] 2 KB 1003 at 1012). Everything hinges on the 14 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal contract. Whether a stipulation in a contract of sale is a condition the breach of which gives rise to a right to treat the contract as repudiated, or a warranty, the breach of which may give rise to a claim for damages, depends in each case on the construction of the contract itself (Cehave NV v. Bremer Handelsgesellschaft mbH, The Hansa Nord [1976] QB 44; [1975] 3 A11 ER 739, CA; Tradax International SA v. Goldschmidt SA [1977] 2 Lloyd's Rep604; Bremer Handelsgesellschaft mbH v.Vanden Avenne – I zegem PVBA [1978] 2 L LOYD'S Rep 109, HL; and Bnge Corpn v. Tradax SA [1981] 2 A11ER 513; [1981] 1 WLR 711 HL). As demonstrated, s. 12 of the SGA expressly provides that a term essential to the main purpose of the contract where a breach of which will entitle the injured party to terminate the contract, or that a term is collateral to the main purpose of the contract where its breach gives rise only to a claim for damages". 35. Oleh yang demikian, sekiranya wujud kegagalan pihak Plaintif untuk menyerahkan barangan FOC tersebut kepada pihak Plaintif, tidak sama sekali menjejaskan perjanjian tersebut. 36. Bagi menilai hujahan pihak Defenden yang berhujah bahawa pihak Plaintif telah memungkiri perjanjian dengan gagal untuk membuat pemasangan pada mesin-mesin tersebut berdasarkan kepada kluasa 8 perjanjian tersebut, maka Mahkamah mendapati bahawa hujahan ini adalah tanpa asas. 37. Klausa 8 perjanjian tersebut adalah seperti berikut; 15 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Peripheral of the said Equipment shall be provided by the Customer on its own account; however, the Vendor may be entrusted with installation of such equipment”. 38. Mahkamah mendapati bahawa klausa 8 ini tidak meletakkan kewajipan kepada pihak Plaintif untuk memasang barangan- barangan mesin tersebut di premis Defenden. Sekiranya melihat kepada perkataan yang digunakan, iaitu perkataan “may” dan “entrusted”, maka ianya bukanlah sesuatu yang bersifat mandatori ke atas pihak Plaintif. 39. Oleh yang demikian untuk meletakkan satu tanggungjawab untuk dilaksanakan ke atas Plaintif bagi satu perbuatan yang tidak bersifat mandatori bagi maksud perjanjian tersebut adalah tidak berasas sama sekali. 40. Pihak Defenden juga ada membangkitkan berkenaan dengan persetujuan pihak Plaintif untuk menjalankan beberapa kerja melalui tangkap layer mesej WhatsApp di antara SP1 dan SD1. 41. Di dalam menentukan samaada semua perbualan tersebut adalah mengikat pihak-pihak, hendaklah berpaksikan kepada perjanjian utama. Mahkamah juga mendapati bahawa semua perbualan di antara SP1 dan SD1 bukanlah bersifat perjanjian tambahan melainkan perbincangan antara kedua-dua pihak sahaja. Maka untuk mengambil perkataan-perkatan tersebut sebagai sebahagian terma perjanjian adalah tidak tepat. 16 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Samaada Defenden berhak untuk menamatkan perjanjian secara unilateral dan meminta bayaran balik penuh. 42. Defenden berhujah bahawa pihak Defenden berhak untuk menamatkan perjanjian secara unilateral dan meminta bayaran balik sepenuhnya atas kegagalan pihak Plaintif untuk menunaikan tanggungjawab di dalam perjanjian tersebut. 43. Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas dan berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak, tiada wujud sebarang kemungkiran perjanjian dilakukan oleh pihak Plaintif yang mewajarkan Defenden menamatkan perjanjian ini secara sebelah pihak. Samaada jumlah wang sebanyak RM 150,000.00 masih dihutang oleh Defenden bagi barangan yang dibekalkan oleh Plaintif. 44. Bagi menjawab kepada isu ini dan bersandarkan kepada alasan- alasan di atas dan kegagalan pihak Defenden untuk memenuhi tuntutan perjanjian tersebut, maka Defenden masih berhutang dengan pihak Plaintif bagi jumlah sebanyak RM 150,000.00. Samada Defenden berhak untuk menuntut jumlah yang dituntut dalam Tuntutan Balas Defenden. 45. Bersandarkan kepada alasan-alasan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa bagi pihak Defenden, tiada sebarang bukti dan justifikasi yang dikemukakan untuk membolehkan Tuntutan Balas Defenden dibenarkan terutamanya pada isu berkenaan barangan 17 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang cacat atau rosak. Malahan pihak Defenden dengan jelas telah memungkiri terma-terma perjanjian berkenaan dengan kegagalan membuat bayaran kepada pihak Plaintif bagi barangan yang menjadi subject matter utama di dalam kes ini. Maka tuntutan balas ini wajar untuk ditolak. E. KESIMPULAN 46. Berdasarkan kepada alasan-alasan yang diberikan di atas, pihak Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan di dalam Writ dan Pernyataan Tuntutan, manakala pihak Defenden telah gagal dalam membuktikan Tuntutan Balas ke atas pihak Defenden. Oleh yang demikian, Tuntutan pihak Plaintif dibenarkan dengan kos dan Tuntutan Balas Defenden ditolak. Disediakan oleh : (MOHD AZHAR BIN HAMZAH) Hakim, Mahkamah Sesyen Kulim, Kedah Darul Aman. Tarikh : 14 Ogos 2025 Peguamcara Plaintif : Tetuan Vinodhan Kuppusamy Peguamcara Defenden : Tetuan Balabedha & Co. 18 S/N Q2dblkCFNEuxJB30YSNCg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal