STANDARD CHARTERED GLOBAL BUSINESS SERVICES SDN BHD KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI
Leave to apply for judicial review was refused because the applicant had an adequate statutory remedy under s.99 Income Tax Act 1967 to challenge the assessments before the Special Commissioners, and the applicant failed to demonstrate the very exceptional circumstances required to bypass that internal remedy; the...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-25-303-7/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant: Standard Chartered Global Business Services Sdn Bhd; Respondent: Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri; Putative Respondent: Lembaga Hasil Dalam Negeri (Putatif Respondent)
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 18 September 2019
- Case Number
- WA-25-303-7/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Judicial Review / Leave Application Refused (permission Stage)
- Outcome
- Application for leave to apply for judicial review dismissed as premature and an abuse of process
- Legal Topics
- Tax Incentives, Withholding Tax, MSC Status, Internal Remedies, Jurisdiction, Natural Justice
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Standard Chartered Global Business Services Sdn Bhd
Applicant
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Respondent
Lembaga Hasil Dalam Negeri (Putatif Respondent)
Putative Respondent
Procedural Posture
Judicial Review / Leave Application Refused (permission Stage)
Legal Issues
- 1 Whether the applicant may bypass internal appeal under s.99 Income Tax Act 1967 and seek judicial review
- 2 Whether the Director General acted beyond power in withdrawing tax exemptions granted by Minister or MDec
- 3 Whether withholding/tax assessments are subject to appeal to the Special Commissioners
Ratio Decidendi
Leave to apply for judicial review was refused because the applicant had an adequate statutory remedy under s.99 Income Tax Act 1967 to challenge the assessments before the Special Commissioners, and the applicant failed to demonstrate the very exceptional circumstances required to bypass that internal remedy; the application was therefore premature and an abuse of process.
Court Disposition
Application for leave to apply for judicial review dismissed as premature and an abuse of process
Orders
- Permission for judicial review refused
- Applicant to pay costs of RM2000 to the Attorney General
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKMAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN KUASA-KUASA KHAS) PERMOHONAN BAGI SEMAKAN KEHAKIMAN NO. WA-25-303-07-2019 Dalam perkara suatu Keputusan Responden seperti yang dinyatakan melalui surat bertarikh 28.6.2019; Dan Dalam perkara notis-notis taksiran tambahan bagi tahun taksiran 2014, 2015 dan 2016 bertarikh 28.6.2019 yang disampaikan melalui surat Responden bertarikh 28.6.2019; Dan Dalam perkara suatu permohonan untuk antara lain, suatu Perintah Certiorari; Dan Dalam perkara Aturan 53 Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012 1 ANTARA STANDARD CHARTERED GLOBAL PEMOHON BUSINESS SERVICES SDN BHD DAN KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ini merupakan permohonan Pemohon untuk kebenaran bagi semakan kehakiman bagi relif-relif berikut: (i) Pemohon diberikan kebenaran untuk memfailkan satu permohonan untuk; (a) Suatu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Responden dalam bentuk Notis-Notis Taksiran Tambahan bagi Tahun-Tahun Taksiran (TT) 2014, 2015 dan 2016 semuanya bertarikh 28.6.2019 (Keputusan tersebut) pada asas bahawa Keputusan tersebut adalah haram (illegal), terbatal/tidak sah (void), menyalahi undang-undang (unlawful) dan/atau melebihi kuasa (in excess of authority), ketakwarasan (irrational) dan/atau tidak munasabah 2 (unreasonable) dan menyebabkan penafian terhadap jangkaan sah Pemohon. (b) Suatu deklarasi bahawa Responden adalah terikat kepada dan memberi kesan kepada keputusan Mahkamah ini dalam kes Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Latex Manufacturing Sdn. Bhd. (2016) MSTC 30-125 yang telah diputuskan bahawa jika insentif cukai tidak dibatalkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan seperti yang diperuntukan di bawah undang-undang, pembayar cukai boleh terus menikmati insentif cukai yang dibenarkan. (c) Suatu deklarasi bahawa Responden adalah terikat kepada dan memberi kesan kepada keputusan Mahkamah ini dalam kes Syarikat Pendidikan Staffield Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2011] 5 CLJ 916 yang diputuskan bahawa Responden harus memberi kesan kepada Perintah Pengecualian Cukai Pendapatan jika pembayar cukai telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perintah pengecualian tersebut dan Responden tidak dibenarkan untuk mengenakan syarat-syarat tambahan atas pembayar cukai. (d) Suatu deklarasi bahawa Pemohon terus menikmati pengecualian cukai yang diberi kepada Pemohon oleh Menteri Kewangan menurut Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No.11) 2006. 3 (e) Suatu deklarasi bahawa Responden adalah terikat kepada dan memberi kesan kepada keputusan Mahkamah ini dalam kes Foxconn Technology Malaysia Sdn, Bhd. V Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (WA-14-11-09/2018) yang diputuskan bahawa perintah pengecualian yang dibuat di bawah s.127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) tidak boleh dibatalkan atau ditolakkan oleh Menteri Kewangan di bawah s.127(3A) ACP maka dengan itu, surat Kementerian Kewangan bertarikh 24.7.2012 tidak boleh digantung kepada oleh Responden sebagai asas untuk mengengkarkan bahawa Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No.13) 2005 telah dibatalkan dan tidak sah. (f) Suatu perintah bahawa Responden tidak boleh menggantung kepada ketetapan umum sendirinya untuk mengabaikan dan menggantikan sesuatu perintah pengecualian yang sah dan sedia ada. (ii) Bahawa semua prosiding-prosiding yang selanjutnya termasuk penguatkuasaan Keputusan tersebut digantung sehingga permohonan untuk membatalkan Keputusan tersebut ditentukan secara penuh dan muktamad. (iii) Bahawa segala arahan dan perintah yang diperlukan dan berasaskan arahan dan perintah tersebut diberikan. 4 (iv) Bahawa kos-kos permohonan ini adalah kos-kos di dalam kausa. (v) Segala relif-relif lain dan selanjutnya yang dianggap patut dan sesuai oleh Mahkamah ini. Fakta Penting [2] Pemohon terlibat secara khususnya dalam perniagaan pembekalan transaksi-transaksi ‘back office’, pemprosesan data, pembangunan perisian, infrastruktur teknologi maklumat, penyokongan dan penyelenggaraan bagi subsidiari-subsidiari dan cawangan-cawangan luar negara Kumpulan Bank Standard Chartered. Pemohon sebelum ini dikenali sebagai Scope International (m) Sdn. Bhd. [3] Pada 14.6.2001, berikutan permohonan Pemohon, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDec) telah memberikan status Koridor Raya Multimedia (MSC) kepada Pemohon. Selanjutnya pada 8.1.2015, berikutan permohonan Pemohon, Menteri Kewangan melalui MDec telah memberikan Pemohon 100% pengecualian cukai ke atas pendapatan statutori yang diperolehi daripada perniagaan-perniagaan yang diluluskan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di mana kelulusan tersebut yang meliputi, antara lain, Pemohon kekal sebagai sebuah syarikat Status MSC Malaysia (Customised Incentive). Customised Incentive tersebut telah diberikan selama 5 tahun dari 1.1.2014 hingga 31.12.2018 dan telah diberikan menurut Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No.11) 2006 [P.U. (A) 112/2006] (Perintah Pengecualian 2006). Apabila Customised Incentive tersebut diberikan, sesalinan keputusan tersebut 5 juga telah dihantar kepada Responden oleh MDec. Oleh yang demikian, Responden telah dimaklumkan pada semua masa material. [4] Melalui surat bertarikh 5.12.2016, Pemohon telah memaklumkan MDec berkenaan perubahan nama syarikatnya. Selanjutnya, pada 30.10.2017 hingga 3.11.2017, Responden telah menjalankan satu audit cukai terhadap Pemohon. Lanjutan dari itu, Responden telah mengeluarkan satu surat penemuan audit bertarikh 28.9.2018 yang menyatakan bahawa MDec telah mengesahkan bahawa Pemohon masih menikmati Status MSC Malaysia tanpa tarikh tamat tempoh. [5] Walau bagaimanapun, Pemohon mendakwa bahawa Responden tidak membenarkan tuntutan Pemohon bahawa menurut kepada Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No.13) 2005 [P.U. (A) 102/2005] (Perintah Pengecualian 2005), syarikat bukan pemastautin adalah dikecualikan daripada pembayaran cukai pendapatan yang berkenaan dengan pendapatan yang diterima daripada sebuah syarikat Status MSC Malaysia yang diluluskan untuk, antara lain, nasihat teknikal atau servis teknikal yang dibekalkan. Oleh itu, pembayaran yang diberikan oleh sebuah syarikat Status MSC Malaysia kepada syarikat bukan pemastautin adalah tidak tertakluk kepada cukai pegangan. [6] Pemohon juga mendakwa bahawa Responden bergantung kepada surat bertarikh 24.7.2012 daripada Kementerian Kewangan yang didakwa untuk menarik balik pengecualian tersebut sebagai asas mereka untuk mengenakan obligasi cukai pegangan ke atas Pemohon untuk pembayaran yang diberikan kepada syarikat bukan pemastautin. 6 [7] Sehubungan itu, Pemohon telah mengadakan perbincangan dengan Responden serta berbalas surat menyurat dengan Responden antara 23.10.2018 hingga 6.12.2018 bagi menjelaskan sebab pembayaran yang diberikan oleh Pemohon kepada syarikat bukan pemastautin tidak sepatutnya tertakluk kepada cukai pegangan. [8] Walaupun Pemohon telah memberikan penjelasan yang sewajarnya, Responden masih tetap dengan pendiriannya bahawa Perintah Pengecualian 2005 telah dibatalkan secara berkesan oleh Kementerian Kewangan melalui surat Kementerian Kewangan bertarikh 24.7.2012 dan tidak terpakai kepada syarikat yang menikmati Status MSC Malaysia tanpa tarikh tempoh tamat. Responden juga menyatakan bahawa surat Kementerian Kewangan bertarikh 24.7.2012 tersebut telah dialamatkan kepada MDec dan seterusnya disampaikan kepada Pemohon. [9] Melalui surat Responden bertarikh 14.6.2019, Responden menyatakan: (i) Berdasarkan surat daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia bertarikh 12.10.2018 kepada Ketua Pengarah Eksekutif Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. Fasa 2, Technology Park Malaysia dan Wisma Standard Chartered telah termasuk sebagai MSC Malaysia Cybercity pada 12.10.2018. Oleh kerana Wisma Standard Chartered tidak termasuk dalam kawasan MSC yang terpilih sebelum 12.10.2018, maka Pemohon tidak layak untuk menikmati pengecualian cukai pendapatan bermula dari tahun 2014 apabila Pemohon berpindah ke Wisma Standard Chartered. 7 (ii) Disebabkan ia telah dinyatakan di dalam Ketetapan Umum (KU) 1/2014 bahawa pengecualian daripada cukai pegangan hanya diberi kepada syarikat yang terletak di Technology Park Malaysia, Fasa 1, penaksiran tambahan akan dibangkitkan mulai TT 2014. [10] Melalui surat bertarikh 26.6.2019, Pemohon tidak bersetuju dengan pendirian Responden berdasarkan sebab-sebab berikut: (i) Pemohon telah memenuhi semua syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat Customised Incentive dan adalah layak untuk 100% pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan statutori yang diperolehi daripada perniagaan-perniagaan yang diluluskan. (ii) Lokasi Wisma Standard Chartered tidak pernah menjadi sebahagian syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat Customised Incentive. (iii) Ia telah dinyatakan dalam Nota 18 surat Customised Incentive bahawa hanya Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa untuk menarik balik Customised Incentive yang diberi kepada Pemohon jika terdapat pelanggaran syarat-syarat oleh Pemohon. (iv) Pada masa kini, Pemohon masih belum dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah membatalkan Customised Incentive Pemohon. (v) Status MSC Malaysia yang diberikan kepada Pemohon tidak terdapat tarikh pelupusan dan sebarang pembatalan Status MSC Malaysia memerlukan sokongan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 8 (vi) Portal dalam talian MDec menunjukkan bahawa Status MSC Malaysia pemohon masih sah. [11] Melalui surat bertarikh 28.6.2019, Responden mengekalkan pendiriannya untuk menarik balik pengecualian cukai yang diberikan kepada Pemohon melalui Customised Incentive dan Perintah Pengecualian 2005 dan menurunkan Keputusan tersebut dalam Notis-Notis Taksiran Tambahan bagi TT 2014, 2015 dan 2016 termasuk penalti-penalti seperti berikut: (i) TT 2014 : RM42,612,792.13 (ii) TT 2015 : RM70,325,361.78 (iii) TT 2016 :RM67,201,103.41 Jumlah : RM180,139,257.31 Tidak berpuas hati dengan Keputusan Responden tersebut, maka Pemohon telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ini bagi mencabar Keputusan tersebut antara lainnya atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas. [12] Bantahan oleh pihak Peguam Negara Pihak Jabatan Peguam Negara bagaimana pun membantah terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman ini antara lainnya atas alasan-alasan berikut: (i) Pemohon tidak layak menerima insentif cukai kerana Wisma Standard Chartered tidak berada di dalam kawasan MSC sebelum ianya digazetkan pada 12.10.2018. Di samping itu, surat dari Menteri Komunikasi dan Multimedia bertarikh 9 12.10.2018 dengan jelas menyatakan bahawa Wisma Standard Chartered hanya digazetkan sebagai MSC Malaysia Cybercity bermula pada 12.10.2018. Oleh yang demikian, pengecualian cukai bagi tempoh taksiran yang diaudit dari 2014 hingga 2016 telah dibatalkan. (ii) Berkenaan dengan isu Customised Incentive bertarikh 8.1.2015, Responden berhak mengambil sebarang tindakan ke atas syarikat tersebut menurut ACP 1967. (iii) Berkenaan isu cukai pegangan, Status MSC Malaysia yang tidak mempunyai tempoh tamat tidak lagi terpakai berdasarkan kepada surat daripada Kementerian Kewangan. Tambahan pula, berdasarkan kepada Ketetapan Umum No.1/2014, adalah jelas dinyatakan bahawa pengecualian ke atas cukai pegangan hanya diberikan kepada syarikat yang terletak di Technology Park Malaysia, Fasa 1. Justeru itu, memandangkan Pemohon tidak terletak di dalam kawasan Technology Park Malaysia, maka Pemohon adalah bertanggungan terhadap cukai dan disebabkan itu, Notis Taksiran Tambahan telah diisukan kepada Pemohon. (iv) Permohonan semakan kehakiman Pemohon di sini adalah pra- matang memandangkan masih terdapat peluang bagi Pemohon untuk mengemukakan rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) menurut s.99 ACP 1967. (v) Masih terdapat remedi dalaman yang diperuntukan menurut s.99 ACP 1967 yang masih belum digunakan oleh Pemohon 10 dan oleh yang demikian, pemfailan permohonan semakan kehakiman ini adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. (vi) Pemohon perlu membangkitkan isu-isu yang diutarakan di sini di hadapan PKCP. ACP 1967 telah memperuntukan proses rayuan kepada PKCP di mana penemuan fakta dan pemakaian undang-undang yang relevan akan diputuskan. (vii) Kes-kes yang dirujuk oleh Pemohon adalah kes-kes yang telah dirujuk kepada PKCP. Oleh yang demikian, Pemohon sedar masih terdapat remedi dalaman yang belum digunakan dan Pemohon boleh memfailkan rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan Keputusan tersebut tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian. Peluang untuk mengemukakan rayuan tersebut telah dinyatakan dengan jelas di dalam Notis-Notis Taksiran Tambahan yang dibangkitkan. (viii) Mahkamah ini tiada bidangkuasa untuk mendengar pertikaian ini dan oleh itu permohonan semakan kehakiman ini tidak perlu diputuskan. Pemohon mempunyai hak untuk merayu menurut s.99 ACP 1967. Pemohon sepatutnya meneruskan dengan rayuan di hadapan PKCP terlebih dahulu dan bukannya memfailkan permohonan semakan kehakiman di sini. Pihak Peguam Negara bersandarkan hujahannya dengan menerimapakai keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Alcatel Lucent Malaysia Sdn Bhd & Anor [2017] 1 MLJ, 563 memutuskan seperti berikut; 11 “Held; (2) (per Suriyadi FCJ) Although the respondents claimed that the reason why they had proceeded with a judicial review application instead of an appeal under s 99 of the Act was because a withholding tax did not fall under the definition of assessment and thus the ambit of s 99 of the Act, this was not entirely accurate. The appellant had made an official administrative act when it ordered the first respondent to make payments of the withholding tax. That being so, with the imposition of the withholding tax being an assessment, it was subject to appeal to the Special Commissioners under s 99 of the Act.” Putatif Responden juga membantah dengan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman oleh Pemohon atas alasan yang sama sebagaimana yang dibantah oleh pihak Peguam Negara. Hujahan Pemohon [13] Pemohon berhujah bahawa “ordinary threshold’ bagi kebenaran untuk semakan kehakiman adalah rendah iaitu sama ada permohonan adalah “frivolous”. Permohonan semakan kehakiman masih boleh dibuat meskipun terdapat remedi dalaman menurut s.99 ACP1967 sekiranya dibuktikan terdapatnya keadaan-keadaan luar biasa wujud seperti; (a) Bertindak diluar bidangkuasa; atau (b) Gagal melaksanakan tugas statutori; atau (c) Pelanggaran serius prinsip keadilan asasi. [14] Pemohon hanya perlu menunjukkan keadaan-keadaan luar biasa bagi membolehkan semakan kehakiman boleh dibuat tanpa memenuhi 12 peruntukan s.99 ACP 1967. Pemohon menyatakan Responden telah bertindak di luar bidangkuasanya apabila menarikbalik pengecualian cukai yang diberikan kepada Pemohon melalui Customised Incentive. Menurut perenggan 6 Perintah Pengecualian 2006 dan perenggan 18 surat Customised Incentive jelas menyatakan hanya Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk menarikbalik pengecualian cukai yang diberi kepada Pemohon. Penarikan balik pengecualian hanya boleh dibuat sekiranya berlaku pelanggaran syarat-syarat oleh Pemohon sebagaimana dinyatakan dalam surat Customised Incentive. [15] Pemohon menyatakan kesemua syarat-syarat dalam surat Customised Incentive telah dipatuhi. Pemohon tidak dimaklumkan bahawa pengecualian cukai telah ditarikbalik oleh Menteri Kewangan. Penarikan balik pengecualian cukai oleh Responden adalah diluar dari bidangkuasanya. [16] Responden gagal mengambilkira prinsip undang-undang yang diputuskan dalam kes Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Latex Manufacturing Sdn Bhd [2017] 7 MLJ 379 dan kes Syarikat Pendidikan Staffield Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2017] 8 CLJ 298 bahawa apabila tiada pembatalan cukai insentif oleh pihak berkuasa, maka pembayar cukai sepatutnya dibenarkan menikmati secara berterusan cukai insentif yang diberikan. Kegagalan memberikan pembayar cukai hak untuk didengar menyebabkan kerugian ekonomi kepada pembayar cukai. Ini bertentangan dengan hak keadilan asasi pembayar cukai. [17] Responden gagal menerimapakai prinsip undang-undang mengenai tafsiran cukai sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah atasan. Lokasi 13 dan status ibu pejabat Pemohon bukan merupakan syarat-syarat dalam surat Customised Incentive dalam membenarkan pengecualian cukai kepada Pemohon. Responden telah menggunapakai syarat tambahan seperti dalam Perintah Pengecualian 2006 dan surat Customised Incentive yang mana Responden tiada kuasa berbuat demikian. [18] Responden telah menggunapakai Ketetapan Umum untuk menafikan Pemohon daripada pengecualian cukai yang diberikan di bawah Perintah Pengecualian 2005 yang secara langsungnya sekarang menyebabkan Pemohon tertakluk kepada bayaran cukai. Bagi menyokong hujahan, Pemohon telah merujuk kepada keputusan kes Positive Vision Labuan Ltd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2013] 6 MLJ 567. [19] Pemohon berhujah bahawa Responden tiada asas sama ada secara undang-undang dan fakta untuk menarikbalik pengecualian cukai yang diberikan kepada Pemohon. [20] Hujahan Pihak Peguam Negara Pihak Peguam Negara berhujah bahawa Pemohon gagal mengemukakan rayuan keputusan Responden kepada PKCP sebagaimana yang diperuntukan dalam ACP. Permohonan semakan kehakiman oleh Pemohon adalah “frivolous and vexatious” dan bertentangan dengan Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Ini adalah kerana masih terdapatnya peruntukan undang-undang untuk remedi dalaman di bawah ACP 1967. [21] Pemohon mencabar Notis-Notis Taksiran Tambahan bagi tahun 2014, 2015 dan 2016. Pemohon yang tidak berpuas hati dengan notis-notis 14 taksiran tambahan tersebut sepatutnya membuat rayuan kepada PKCP untuk penentuan. Hak merayu ini dinyatakan di bawah s.99 ACP 1967. Pemohon mempunyai peluang untuk menghuraikan semua ketakpuasan notis-notis taksiran tambahan tersebut dengan mengemukakan dokumen- dokumen dan memberi keterangan jika perlu. [22] PKCP adalah pihak yang bertanggung jawab bagi memutuskan apa- apa rayuan mengenai cukai. Pihak Pemohon bersetuju bahawa PKCP adalah Hakim Fakta mengenai ketakpuasan notis-notis taksiran tambahan tersebut. PKCP belum lagi membuat keputusannya. Maka itu permohonan untuk semakan kehakiman ini adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. [23] Responden sememangnya membuat taksiran cukai dan Pemohon boleh merayu keputusan Responden kepada PKCP. Sekiranya Pemohon tidak bersetuju dengan keputusan PKCP, Pemohon boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi. [24] Pihak Peguam Negara merujuk kepada keputusan kes Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Alcatel- Lucent (M) Sdn Bhd & Anor [2017] 1 MLJ 563 yang memutuskan isu mengenai remedi dalaman hendaklah digunakan terlebih dahulu bagi memutuskan semua isu yang menjadi pertikaian oleh pihak yang tidak berpuashati. Apa-apa keputusan PKCP tersebut kemudiannya boleh dirayu ke Mahkamah Tinggi. Keputusan dalam kes Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Bandar Nusajaya Development Sdn Bhd [2016] MSTC 30-117, kes Iskandar Coast Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur [Civil Appeal No. W-01(A)-392-11/2017, CA, kes 15 Ta Wu Realty Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri & Anor [2008] 6 CLJ 235 dan kes Cheah Foong Chiew v Lembaga Jurutera Malaysia [1999] 3 MLJ 110 memberi keputusan yang sama bahawa pihak- pihak hendaklah menggunapakai remedi dalaman yang diperuntukan undang-undang dan semakan kehakiman sepatutnya tidak boleh dibenarkan. [25] Hujahan Putatif Responden Putatif Responden (Responden) berhujah bahawa Pemohon gagal memenuhi ‘threshold test’ untuk permohonan suatu kebenaran bagi semakan kehakiman. Terdapatnya remedi pilihan dalam rayuan dan pemfailan permohonan semakan kehakiman ini adalah pra-matang. Perkara utama dalam permohonan semakan kehakiman ini adalah ketidakpuasan Pemohon terhadap notis-notis cukai taksiran yang dibangkitkan oleh Responden terhadap Pemohon berdasarkan pengauditan cukai yang dibuat ke atas Pemohon. Oleh kerana Pemohon adalah pihak yang terkilan dengan notis-notis taksiran tersebut, maka Pemohon sepatutnya merayu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan menurut s.99 ACP 1967. Responden berhujah bahawa forum yang betul bagi Pemohon mencabar notis-notis cukai taksiran tambahan adalah melalui remedi dalaman yang diperuntukan di bawah ACP 1967. [26] Responden selanjutnya berhujah meskipun Mahkamah mempunyai budibicara dalam semakan kehakiman kes-kes Lembaga Hasil Dalam Negeri, kuasa budibicara hanya boleh dilaksanakan dalam keadaan sangat luar biasa iaitu dengan menunjukkan bahawa berlakunya kegagalan melaksanakan tugas statutori, pelanggaran prinsip hak keadilan asasi dan 16 bertindak di luar bidangkuasa. Prinsip undang-undang sedemikian diputuskan dalam kes Government of Malaysia & Another v Jagdis Singh (1997) 2 MLJ 185 yang mana YA Hakim Hashim Yeop Sani SCJ (pada ketika itu) dalam penghakimannya menyatakan seperti berikut; “A clear principle is reiterated here i.e it is not rigid rule that when ever there is an appeal procedure available to the applicant he should be denied judicial review. Judicial review is always at the discretion of the court but where there is another avenue or remedy open to the applicant it will only be exercised in very exceptional circumstances. In Re Preston was a tax case. It was quite clear from the speeches of their Lordship in the House of Lords that the Inland Revenue Commissioners were not immune from the process of judicial review. But what was also made clear is that remedy by way of judicial review is not to be available where an alternative remedy exists except in very exceptional cases. In answer to the first question we would therefore hold that the discretion is still with the courts but where there is an appeal provision available to the applicant certiorari should not in normally issue unless there is shown a clear lack of jurisdiction or a blatant failure to perform some statutory duty or in appropriate cases a serious breach of the principles of natural justice.” [27] Pihak Responden juga merujuk kepada keputusan kes Central Cold Storage Kuching Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (Judicial review No. JR-1-2010-1). Fakta kes Central Cold adalah menyamai kes Pemohon di sini. Mahkamah berpendapat dalam kes sebegini, adalah menjadi tugas Responden untuk membuat penentuan tanggungan cukai oleh pembayar cukai. 17 [28] Pemohon mendakwa bahawa adalah menyalahi undang-undang bagi Responden bergantung keputusannya berdasarkan surat daripada Menteri Kewangan yang menyatakan pengecualian cukai kepada Pemohon ditamatkan bermula dari tarikh surat. Ini adalah kerana Menteri tidak menamatkan pengecualian cukai melalui surat. Pihak Responden menyatakan adalah tidak wajar menyifatkan tindakan Responden adalah tidak sah tanpa terlebih dahulu menjadikan Menteri sebagai pihak dalam tindakan ini. [29] Adalah menjadi tugas Responden menjalankan arahan Menteri menurut s.135 ACP 1967. Seksyen 135 ACP 1967 menyatakan; “135. The Minister may give to the Director General directions of general character (not inconsistent with this Act) as to the exercise of the functions of the Director General under this Act, and the Director General shall give effect to any directions so given”. [30] Perenggan 2(2) Perintah Pengecualian 2005 jelas menyebut syarikat MSC Status hendaklah berada dalam kawasan yang ditetapkan iaitu dalam Technology Park Malaysia-Phase 1. Meskipun Responden telah merujuk kepada Public Ruling No. 1/2014, namun perkara mengenai syarikat Status MSC Malaysia hendaklah berada dalam kawasan Technology Park Malaysia-Phase 1 telahpun disebut dalam Public Ruling No.1/2014 tersebut. Pemohon gagal menunjukkan bahawa mereka telah mematuhi keperluan syarat-syarat dalam Perintah Pengecualian 2005 tersebut untuk berada dalam kawasan yang ditetapkan dalam Perintah Pengecualian 2005 bagi memastikan Pemohon menikmati pengecualian cukai. 18 [31] Dokumen-dokumen menunjukkan Pemohon sejak tahun 2004 telah berpindah kawasan kepada Technology Park Malaysia-Phase 2 yang hanya digazet pada 2018. Fakta ini tidak dicabar oleh Pemohon. Maka adalah wajar Responden menarikbalik pengecualian cukai bagi tahun 2014, 2015 dan 2016. [32] Bagi Customised Incentive di bawah Perintah Pengecualian 2006, berdasarkan surat Menteri Komunikasi dan Multimedia, Pemohon tidak berhak untuk pengecualian cukai di bawah Perintah Pengecualian 2006 berdasarkan alasan bahawa; (i) Perintah Pengecualian 2006 diisukan menurut s.127(3) ACP 1967 dan dilaksanakan oleh Responden menurut s.134 ACP yang sama. (ii) Customised Incentive diberikan kepada Pemohon menurut perenggan 3(1) Perintah Pengecualian 2006. Menurut perenggan 3(2) Perintah Pengecualian 2006, pengecualian cukai diberikan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan oleh Menteri dalam suatu surat kelulusan. [33] Perenggan 2 Customised Incentive dirujuk dan menyatakan; “The Customised Incentive is subject to the Income Tax 1967 (including any modification, re-enacment or consolidation thereof and any regulations, rules, order or other statutory instruments made pursuant thereto) any any other applicable laws in Malaysia and accordingly, the conditions specified herein shall be in addition to and shall not be in derogation of any powers and/or provisions as may be specified under such law; and the Company shall take steps to comply with the same”. 19 Customised Incentive tidak menjejaskan/mengurangkan (derogate) kuasa Responden dalam menentukan kelayakan Pemohon di bawah Perintah Pengecualian 2006. Perenggan 8 menyatakan; “The Company shall remain an MSC Status Company and comply with all the conditions stipulated thereunder”. Jelas perenggan 8 menuntut Pemohon mematuhi keperluan yang ditetapkan. [34] Pemohon pada bila-bila masa gagal menjawab mengenai isu Pemohon yang tidak berada dalam kawasan MSC Cybercity pada masa material. Pemohon masih layak untuk pengecualian cukai di bawah Customised Incentive bagi tahun 2018 apabila premis digazetkan berada dalam kawasan yang ditetapkan. [35] Undang-undang yang terpakai dalam kes ini adalah ACP 1967 yang memberi kuasa kepada Responden untuk membangkitkan taksiran tambahan di bawah s.91(1) ACP. Tiada apa-apa yang menghalang Responden daripada melaksanakan kuasa yang diperuntukan. Perintah Pengecualian 2005 dan Perintah Pengecualian 2006 tidak memberi tugas undang-undang yang sama kepada Menteri. Fakta kes Latex Manufacturing (supra) hendaklah dibezakan dengan kes ini. [36] Taksiran yang dikeluarkan melalui Notis-Notis Taksiran oleh Responden adalah menurut undang-undang dan sebarang aduan oleh Pemohon merupakan suatu merit taksiran yang berada dalam bidang kuasa PKCP. 20 Dapatan Mahkamah [37] Undang-Undang berkaitan permohonan kebenaran dalam semakan kehakiman Ujian yang terpakai bagi permohonan suatu kebenaran dalam semakan kehakiman menurut Aturan 53 kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 diputuskan dalam kes WRF Asia Pacific Sdn Bhd v Tenaga Nasional Bhd [2012] 4 CLJ 478, FC di mukasurat 488 perenggan 12 menyatakan seperti berikut; “[12] For purposes of its application, the appellant had alluded to the statutory route of O. 53 of the Rules. Under this order two stages are anticipated, with the leave stage being the first, to be followed closely by the substantive hearing after successfully obtaining leave at the High Court. At the leave stage, on a quick perusal of the material available, if the court thinks that subsequently at the substantive hearing stage an arguable case may be disclosed, and the relief sought may be granted, leave should be granted (IRC v. National Federation of Self-Employed and Small Businesses Ltd [1982] AC 617). In Malaysia, the Federal Court in Mohd Nordin Johan v. The Attorney-General, Malaysia [1983] 1 CLJ 130; [1983] CLJ (Rep) 271 when allowing the appeal, opined that 'the point taken was not frivolous to merit refusal of leave in limine and justified argument on a substantive motion for certiorari '. Without the need to go into depth of the abundant authorities, suffice if we state that leave may be granted if the leave application is not thought of as frivolous, and if leave is granted, an arguable case in favour of granting the relief sought at the substantive hearing may be the resultant outcome. A rider must be attached to the application though ie, unless the matter for judicial review is amenable to judicial review absolutely no success may be envisaged.” 21 [38] Kes Tuan Haji Sarip Hamid & Anor v PAtco Malaysia Bhd [1995] 3 CLJ 627, SC, di mukasurat 633, Mahkamah Agong dalam penghakimannya telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di England dalam kes In R. v. Secretary of State for the Home Department, ex parte Rukshanda Begum [1990] Crown Office Digest 109, Dip, mengenai ketetapan suatu garis panduan kepada Mahkamah dalam mempertimbangkan suatu permohonan untuk kebenaran dalam suatu semakan kehakiman. “…..the Court of Appeal in England correctly laid down guidelines to be followed by the Court when considering an application for leave, in the following terms: (i) The Judge should grant leave if it is clear that there is a point for further investigation on a full inter partes basis with all such evidence as is necessary on the facts and all such argument as is necessary on the law. (ii) If the Judge is satisfied that there is no arguable case he should dismiss the application for leave to move for judicial review. (iii) If on considering the papers, the Judge comes to the conclusion that he really does not know whether there is or is not an arguable case, the right course is for the Judge to invite the putative respondent to attend and make representations as to whether or not leave should be granted. That inter partes leave hearing should not be anywhere near so extensive as a full substantive judicial review hearing. The test to be applied by the Judge at that inter partes leave hearing should be analogous to the approach adopted in deciding whether to grant leave to appeal against an arbitrator's award... namely: if, taking account of a brief argument on either side, the Judge is satisfied that there is a case fit for further consideration, then he should grant leave.” 22 [39] Adalah fakta nyata bahawa Pemohon sebagai pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan Responden berhak membuat rayuan kepada PKCP menurut s.99 ACP 1967. Isu-isu yang ditimbulkan oleh Pemohon bukan sahaja mengenai perihal fakta tetapi juga pemakaian undang-undang. Seksyen 99 Akta yang sama dengan jelas memberi kuasa kepada PKCP untuk menentukan isu-isu yang diketengahkan oleh Pemohon dalam bentuk rayuan. Mahkamah sepatutnya perlahan dalam mengambil alih tugas suatu badan pentadbiran atau tribunal khususnya yang telah diperuntukan oleh undang-undang untuk penentuan. Mahkamah merujuk kepada seksyen 99 (1) yang menyatakan seperti berikut; “A person aggrieved by an assessment made in respect of him may appeal to the Special Commissioner against the assessment by giving to the Director General within thirty days after the service of the notice of assessment or……a written notice of appeal in the prescribed form (ie Forn Q) stating the ground of appeal and containing such other particulars as may be required by that form”. [40] PKCP juga terdiri daripada orang-orang berkelayakan dalam undang- undang untuk mendengar rayuan Pemohon dan memutuskan menurut undang-undang. Peruntukan s.98(3) ACP 1967 menyatakan keahliannya iaitu; “98. The Special Commissioner and the Clerk (3) The Special Commissioner shall include such number of persons with judicial or other legal experience (that is to say, experience as an advocate, as a member of the judicial and legal service as as the holder of an office to which the Judges Remuneration Act 197 [Act 45], applies) as may be necessary for the purposes of paragraph1 of Schedule 5; and, if 23 the Yang di-Pertuan Agong considers it expedient to do so, he may appoint from amongst those persons a Chairman ans such number of Deputy Chairman of the Special Commissioners”. Mahkamah ini juga berpendapat bahawa Parlimen mempunyai niatnya bagi penyelesaian dalaman bagi kes-kes percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh dibuat dengan memberi kuasa kepada PKCP melalui peruntukan s.99 ACP 1967 tersebut. Melalui kes-kes yang diputuskan, peruntukan s.99 ACP 1967 ini hanya boleh dilangkaui sekiranya berlaku keadaan yang sangat luar biasa. [41] Keputusan kes Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Alcatel- Lucent Malaysia Sdn Bhd & Anor [2017] 1 MLJ, 563, FC YA Hakim Suriyadi Halim Omar HMP dalam penghakimannya telah memutuskan isu pemakaian mengenai s.99 ACP 1967 dan menyatakan seperti berikut; “[58] To dispel any fear of a taxpayer, merely because he has to face such an awesome body in the form of the government, Gill FJ in Sun Man Tobacco Co v Government of Malaysia [1973] 2 MLJ 163 had occasion to state: The doors of justice are not shut to him merely because its claimant is the Government, but he has to enter the doors of the Special Commissioners first to raise the plea of non-observance of the principle of natural justice or to establish that the Director-General acted arbitrarily and in a non- judicial manner. It is only after he has availed himself of that remedy as laid down by the law that he has a right to come to the courts. (Emphasis added.) [59] The respondents when asked about the failure to appeal, replied that the issue of withholding tax is not an assessment, hence the irrelevancy of s 99 in this appeal. We will discuss the issue of ‘assessment’ later (see paras 72–75). 24 [60] Had the respondents filed an appeal before the Special Commissioners, where the onus is on the respondents to establish their position, they will be accorded every opportunity to show where the appellant went wrong. The respondents may request for the attendance of witnesses to give evidence on oath and request any witness to produce any books, papers or documents which is in his custody or his control necessary for purposes of the appeal. Therefore, before the Special Commissioners the respondents will have all the opportunity to ventilate his disgruntlement, with every opportunity to undo what the appellant determined (see Director-General of Inland Revenue v Lahad Datu Timber Sdn Bhd [1978] 1 MLJ 203). [61] At the completion of the hearing of the appeal, the Special Commissioners shall give their decision in the form of an order known as a deciding order, and which in certain circumstances may be final. Either party to the proceedings before the Special Commissioners may appeal on a question of law against a deciding order, or may request the Special Commissioners to state a case (generally known as case stated) for the opinion of the High Court. Any dissatisfied party may appeal only up to the Court of Appeal (Tio Chee Hing v United Overseas Bank (M) Bhd [2013] 3 MLJ 212; [2013] 2 CLJ 910; Koperasi Jimat Cermat dan Pinjaman Keretapi Bhd (now known as Koperasi Keretapi Bhd) v Kumar a/l Gurusamy [2011] 2 MLJ 433; [2011] 3 CLJ 241; Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Syarikat Jasa Bumi (Woods) Sdn Bhd (Civil Application No 08–31of 1999(S)) (unreported)). [62] By filing an appeal before the Special Commissioners the respondents would have had that opportunity to challenge the decision of the appellant as to whether the payments were indeed royalty. Likewise the respondents would have had the chance to rebut s 15A of the ITA. Section 15A provides that certain income, including the likes of services rendered by the second respondent to the first respondent, shall be deemed to be derived from Malaysia. 25 [64] At the risk of repeating, as there was no appeal to the Special Commissioners, this court has no option but to accept certain facts and conclusions as not reversible (fait accompli). We cannot alter the view that the payments made by the first respondent are royalty payments and now be heard to complain, bearing in mind that they have failed to avail themselves, to echo Gill FJ, ‘of that remedy as laid down by the law’ before coming to the courts.” [79] A view held by Wan Hamzah J in Government of Malaysia v P Corporation (M) Sdn Bhd (1950-1985) MSTC 426, and of which we approve, had occasion to opine that s 99 refers to ‘assessment’ generally and not specifically to ‘assessment to tax’. It is established law that papers or notices of assessments sent out by the appellants to taxpayers are not assessments. An assessment is the official administrative act of the appellant who determines the amount of tax to be paid by a taxpayer, after having taken into account all the relevant circumstances. Notices of assessments will be sent out only after the ascertainment is complete. In The King v Deputy Federal Commissioner of Taxation (SA), ex parte Hooper [1926] 37 CLR 368 at p 373 Isaacs J said: An assessment is not a piece of paper; it is an official act or operation; it is the Commissioner’s ascertainment, on consideration of all relevant circumstances, including sometimes his own opinion, of the amount of tax chargeable to a given taxpayer. When he has completed his ascertainment of the amount, he sends by post a notification thereof called ‘a notice of assessment’ … But neither the paper sent nor the notification it gives is the ‘assessment’. That is and remains the act or operation of the Commissioner. [80] The above view was cited with approval by Buttrose J in ABC v The Comptroller of Income Tax, Singapore [1959] 1 MLJ 162 at p 165 when he said: The assessment itself is the administrative act of the Comptroller and determines the quantum of the tax … [81] The relevant question that must follow is, did the appellant make an assessment ie carry out an official administrative act, when he ordered the first 26 respondent to make payments of the withholding tax? Without a doubt the answer is in the affirmative. That being so, with the imposition of the withholding tax being an assessment, it is thus subject to appeal to the Special Commissioners under s 99. [42] Prinsip yang sama juga telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Iskandar Coast Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Civil Appeal No.W-01(A)-392-11-2017, CA yang menyatakan seperti berikut; “[22] There is nothing exceptional about the appellant’s case to entitle to by- pass the domestic appeal process prescribed by section 99 of the ITA. Nor could we find “very exceptional circumstances”, in the sense that there was a clear lack of jurisdiction, or ablatant failure to perform some statutory duty, or a serious breach of the principles of natural justice that the respondent can be said to be guilty of when he issued the Notices of Assessment. [23] The dispute was over the decision of the respondent to issue the Notices of Assessment for the years of assessment 2008, 2009 and 2013, for which the appellant’s remedy lies in appealing to the Special Commissioners in accordance with section 99 of the ITA. That would be the proper avenue for the appellant to challenge the decision of the respondent: Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Alcatel-Lucent (M) Sdn BHd 7 Anor [2017] 2 CLJ;[2017] 1 MLJ 563. [24] This court’s decision in Ta Wu Realty Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri & Anor [2008] 6 CLJ 235 is also relevant where it was held any question pertaining to the merits of the assessment made by the Director General of Inland Revenue is a matter that is better reserved for the Special Commissioners or a matter to be transmitted to the High Court by way of case stated. At paragraph [6] of the judgment this is iwhat the court said: 27 [6] Before the Special Commissioners a tawpayer, in this case the appellant, will have all the opportunity to ventilate his disgruntlement, with every opportunity to tender exhibits, and give oral evidence if necessary (Director-General of Inland Revenue v Lahad Datu Timber Sdn Bhd [1978] 1 MLJ 203). If the taxpayer is successful, the tax so paid will be refunded in full. A taxpayer has an additional safeguard in that in the event a dispute on question of law is identified it may be transmitted to the High Court by way of stated”. [43] Mahkamah merujuk kepada surat Responden bertarikh 28.6.2019 ekshibit “TTK-1” Afidavit Sokongan Pemohon (KM2) yang diperturunkan semula seperti berikut; “STANDARD CHARTERED GLOBAL SERVICES SDN BHD (SCGBS) TAHUN TAKSIRAN (TT) 2011 HINGGA 2016 PENYELESAIAN AUDIT Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada surat tuan bertarikh 26 Jun 2019 2. Adalah dimaklumkan bahawa LHDNM telah meneliti semula kedudukan kes tuan dan selepas semakan terperinci dijalankan beserta perbincangan di peringkat pengurusan, didapati keputusan yang diambil adalah teratur dan dikekalkan berasaskan kepada penerangan di dalam surat kami bertarikh 14 Jun 2018. 3. LHDNM berpendirian SCGBS tidak layak menerima insentif pelepasan cukai yang dinikmati kerana Wisma Standard Chartered bukan dalam lokasi yang diwartakan sebelum 12 Oktober 2018. Surat kelulusan dari YB Menteri Komunikasi dan Multimedia ini telah menerangkan dengan jelas bahawa Wisma Standard Chartered hanya diwartakan sebagai MSC Malaysia Cybercity bermula 12 Oktober 2018. Sehubungan dengan itu, pelepasan cukai untuk tempoh yang diaudit dari tahun taksiran 2014 hingga 2016 akan ditarik balik. 28 4. Merujuk kepada surat Customised Incentive bertarikh 8 Januari 2018, kami ingin menarik perhatian tuan kepada perkara 19 di mana tercatat Ketua Pengarah Hasil dalam Negeri atau pihak berkuasa berkaitan adalah berhak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat seperti tertakluk di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. 5. Bagi isu cukai pegangan, taksiran tambahan akan dibangkitkan bermula tahun taksiran 2014 seperti tertakluk di dalam Public Ruling No.1/2014 for Witholding Tax on Special Classes of Income (PR/2014) di mana secara jelas tercatat pengecualian cukai pegangan hanya diberi pada syarikat yang berada Technology Park Malaysia- Phase 1. 6. Adalah dimaklumkan lanjutan daripada pengecualian ini, penalti di bawah subseksyen 113(2) ACP 1967 atas kadar 45% akan dikenakan ke atas pihak tuan bagi pelarasan ini. 7. Bersama-sama surat ini disertakan notis-notis taksiran bagi tahun taksiran 2014 hingga 2016 untuk perhatian tuan. Sekiranya pihak tuan tidak berpuashati dengan notis taksiran tersebut pihak tuan boleh memfailkan rayuan di bawah seksyen 99 Akta Cukai Pendapatan 1067 dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut ini diserahkan kepada tuan”. (penekanan tambahan) Perenggan 7 surat Responden bertarikh 28.6.2019 tersebut adalah jelas. Oleh kerana tiada rayuan kepada Pesuruhjaya Khas dibuat oleh Pemohon, maka segala fakta dan keputusan yang dibuat oleh Responden kekal tanpa disangkal oleh Pemohon. Ini juga bermakna fakta-fakta dan kesimpulan tertentu tidak boleh diakaskan dan Mahkamah ini tidak boleh menilai merit perkara ini yang sepatutnya diselesaikan oleh Pesuruhjaya Khas. [44] Responden diberi kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan sebagaimana diperuntukan di bawah ACP 1967. Responden diberi kuasa di bawah s.91(1) ACP 1967 untuk membangkitkan sebarang cukai taksiran 29 dan cukai taksiran tambahan. Responden juga berkuasa untuk mengeluarkan apa-apa notis taksiran sepertimana yang diperuntukan di bawah seksyen 96(1) ACP 1967. Tindakan Responden mengeluarkan notis-notis taksiran bagi tahun 2014, 2015 dan 2016 adalah selaras dengan s.96(1) ACP 1967. Bagi mematuhi peruntukan s.96(4)(c)(iii) ACP 1967, Responden juga telah mematuhi keperluan yang dinyatakan dengan memaklumkan hak rayuan kepada Pemohon. Seksyen 91(1), 96(1) dan 96(4) (c) (iii) Akta yang sama menyatakan seperti berikut: “Assessments and additional assessments in certain cases 91. (1) The Director General, where for any year of assessment it appears to him that no or no sufficient assessment has been made on a person chargeable to tax, may in that year or within five years after its expiration make an assessment or additional assessment, as the case may be, in respect of that person in the amount or additional amount of chargeable income and tax or in the additional amount of tax in which, according to the best of the Director General’s judgment, the assessment with respect to that person ought to have been made for that year.” “Notice of assessment 96. (1) As soon as may be after an assessment, other than an assessment under subsections 90(1) and 91A(1), has been made, the Director General shall cause a notice of assessment to be served on the person in respect of whom the assessment was made. 96 (4) A notice served under subsection (1) or (2) shall be in the prescribed form and shall indicate, in addition to any other material included therein— 30 (a) in the case of a notice served under subsection (1), the year of assessment, the amount or additional amount of chargeable income and the tax charged thereon or the amount of the tax or additional tax, as the case may be; (b) in the case of a notice served under subsection (2), the year of assessment and the amount of the increase in the tax charged; and Income Tax 277 (c) in either case— (i) the place at which payment is to be made; (ii) the increase for late payment imposed by subsection 103(5), (6), (7) or (8); and (iii) any right of appeal which may exist under this Act.” [45] Sama ada Pemohon berjaya mengemukakan sebarang keadaan yang sangat luar biasa Adalah menjadi tugas Responden untuk melaksanakan arahan-arahan Menteri sebagaimana yang diperuntukan di bawah s.135 ACP 1967. “Power of Minister to give directions to Director General 135. The Minister may give to the Director General directions of a general character (not inconsistent with this Act) as to the exercise of the functions of the Director General under this Act; and the Director General shall give effect to any directions so given.” Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Responden bahawa adalah tidak wajar menuduh Responden telah bertindak diluar bidangkuasa tanpa memastikan terlebih dahulu tentang keesahan keputusan Menteri tersebut. Malangnya dalam permohonan Pemohon ini, Menteri tidak dijadikan pihak dalam permohonan Pemohon. 31 [46] Mahkamah ini juga berpendapat tiada keadaan yang sangat luar biasa berjaya ditunjukkan oleh Pemohon bagi membolehkan Mahkamah ini memberi kebenaran bagi Pemohon memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Responden tanpa terlebih dahulu melaksanakan hak Pemohon di bawah s.99 ACP 1967. [47] Mahkamah juga berpendapat adalah pra-matang bagi Mahkamah ini pada peringkat ini untuk memutuskan bahawa terdapatnya tindakan Responden dibuat diluar bidangkuasa kerana terdapatnya persoalan fakta dan undang-undang yang belum didengar dan diputuskan oleh PKCP yang merupakan Hakim Fakta yang mempunyai bidangkuasa untuk memutuskannya mendengar rayuan Pemohon. Kesimpulan [48] Menimbang permohonan dan hujahan pihak-pihak, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa permohonan Pemohon untuk kebenaran semakan kehakiman adalah pra-matang dan suatu penyalahan proses Mahkamah. Pemohon juga gagal menunjukkan adanya suatu kes prima facie yang boleh dipertikaikan bagi membolehkan kebenaran diberikan untuk memulakan suatu semakan kehakiman terhadap Responden. Bagi maksud kes ini dan sebagai panduan, Mahkamah ini menerimapakai keputusan kes Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Alcatel-Lucent Malaysia Sdn Bhd & Anor (supra) berhubung dengan hak remedi dalaman menurut s.99 ACP 1967. Pemohon sepatutnya melaksanakan haknya di bawah s.99 ACP 1967 untuk merayu keputusan Responden tersebut. [49] Pemohon sewajarnya meneruskan dengan rayuannya di hadapan PKCP terlebih dahulu dan bukannya memfailkan permohonan semakan 32 kehakiman di sini. Tiada keadaan yang sangat luar biasa ditunjukkan oleh Pemohon untuk Mahkamah ini melaksanakan budibicaranya mendengar permohonan Pemohon tanpa mengambilkira hak rayuan Pemohon di bawah s.99 ACP 1967. Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini menolak permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman Pemohon dengan kos sebanyak RM2,000.00 di bayar kepada pihak Peguam Negara dan kos sebanyak RM2,000 di bayar kepada Putatif Responden bagi kes ini bersama-sama dengan kes WA-25-305-7-2019 dan WA-25-307-7-2019. MARIANA BINTI HAJI YAHYA HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA (BAHAGIAN KUASA-KUASA KHAS 2) MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR BERTARIKH: 20 NOVEMBER 2019 Peguam Cara bagi pihak Pemohon Encik S.Saravana Kumar bersama Encik Steward Lee Wai Fong, Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Kuala Lumpur. 33 Peguam Negara Puan Krishna Priya a/p Venugopal, Peguam Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Sivil, Putrajaya. Peguam Cara bagi Putatif Responden Encik Danial Ahmad bersama Puan Wan Hamdanie binti Wan Mohamad, Peguam Hasil, Bahagian Rayuan Khas, Jabatan Undang-Undang, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Cyberjaya, Selangor. 34