PENDAKWARAYA SULAIMAN BIN SAAD
The magistrate held that the defendant's guilty plea was voluntary and thus barred appeal against conviction; sentencing discretion under s.292 CPC permits ordering the 5-month term to commence after the existing sentence where offences are not one transaction; given the seriousness of drug offences and public...
Source-derived case information.
- Citation
- AJ-83D-838-10/2019 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Prosecution: Pendakwa Raya; Defendant: Sulaiman bin Samad
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 23 October 2019
- Case Number
- AJ-83D-838-10/2019 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Criminal / Post Conviction Appeal Against Conviction and Sentence at Magistrate Court
- Outcome
- Appeal against conviction dismissed; sentence of 5 months imprisonment to run after completion of existing imprisonment affirmed and two years police supervision under Section 38B affirmed.
- Legal Topics
- Self Administration of Drugs, Concurrent Vs Consecutive Sentences, Plea of Guilty and Right to Appeal, Section 292 Commencement of Sentence, One Transaction Rule
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Pendakwa Raya
Prosecution
Sulaiman bin Samad
Defendant
Procedural Posture
Criminal / Post Conviction Appeal Against Conviction and Sentence at Magistrate Court
Legal Issues
- 1 Whether a defendant who pleaded guilty can appeal against conviction
- 2 Whether the subsequent sentence should run concurrently with or consecutively to an existing sentence
- 3 Proper sentencing for self-administration of morphine under Section 15(1)(a) Dangerous Drugs Act 1952
Ratio Decidendi
The magistrate held that the defendant's guilty plea was voluntary and thus barred appeal against conviction; sentencing discretion under s.292 CPC permits ordering the 5-month term to commence after the existing sentence where offences are not one transaction; given the seriousness of drug offences and public interest a 5-month imprisonment and two-year supervision under s.38B were appropriate and justified, and the plea only mitigated but did not negate the need for a consecutive custodial sentence.
Court Disposition
Appeal against conviction dismissed; sentence of 5 months imprisonment to run after completion of existing imprisonment affirmed and two years police supervision under Section 38B affirmed.
Orders
- Conviction under Section 15(1)(a) Dangerous Drugs Act 1952 upheld
- Sentence of 5 months imprisonment to commence after completion of the defendant's existing sentence
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET PARIT BUNTAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERBICARAAN JENAYAH: AJ-83D-838-10/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN SULAIMAN BIN SAMAD ALASAN PENGHAKIMAN LATAR BELAKANG KES. 1. Tertuduh di dalam kes ini telah dipertuduhkan dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 2. Tertuduh semasa dituduh di hadapan Mahkamah ini bagi kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ini sedang 1 menjalani hukuman penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (AJ83RS-29-10/2019) yang mana Mahkamah ini pada 10/10/2019 telah menjatuhkan hukuman penjara selama 7 bulan ke atas Tertuduh dari tarikh tangkap. 3. Tertuduh telah sekali lagi di bawa di hadapan Mahkamah ini pada 23 Oktober 2019 dan dituduh dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 4. Semasa Pertuduhan dibacakan kepada Tertuduh pada 23 Oktober 2019, Tertuduh telah mengaku salah terhadap pertuduhan dan Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara 5 bulan dan dua (2) tahun Perintah Pengawasan di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hukuman dijalankan selepas tamat tempoh menjalani hukuman penjara yang sedang berjalan (AJ83RS-29- 10/2019) 5. Tertuduh melalui Jabatan Penjara, memfailkan Notis Rayuan pada 05 November 2019 dan merayu kepada keseluruhan Sabitan dan Hukuman. 2 6. Di bawah adalah alasan penghakiman Mahkamah ini untuk Notis Rayuan yang difailkan Tertuduh. PERTUDUHAN Pertuduhan “Bahawa kamu pada 12.03.2017 jam lebih kurang 12.30 malam bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kerian di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, didapati kamu telah memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya jenis MORPHINE dalam badan kamu sendiri, oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan Akta A 1167/2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama” 7. Bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ini, hukuman yang diperuntukkan adalah denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih daripada dua tahun dan pengawasan di bawah Seksyen 38B akta sama selama tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari tiga tahun. 3 PENGAKUAN SALAH TERTUDUH 8. Pada 23 Oktober 2019, Timbalan Pendakwaraya, Tuan Haiqal Asyraf bin Suhaimi telah memohon agar pertuduhan dibacakan kepada Tertuduh. Tertuduh pada tarikh 23 Oktober 2019 tersebut telah diwakili oleh En Faizul yang merupakan peguam lantikan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. 9. Jurubahasa Mahkamah kemudiannya membacakan pertuduhan kepada Tertuduh dalam bahasa Melayu dan menerangkan sifat pertuduhan dan kesan pengakuan salah kepada Tertuduh. 10. Selepas diterangkan dengan pertuduhan dan sifat pertuduhan, Tertuduh mengangguk faham dan mengaku secara akuan mulut dan mengatakan bahawa beliau mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau. 11. Selepas Pertuduhan dibacakan dan Tertuduh mengaku salah, Timbalan Pendakwaraya telah memohon untuk Fakta Kes dibacakan 4 kepada Tertuduh oleh Jurubahasa yang mana Jurubahasa Mahkamah telah menerangkan dalam Bahasa Melayu kepada beliau. 12. Fakta kes adalah berbunyi sepertimana berikut :- “Pada 12/03/2017, jam lebih kurang 12.30 malam, bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kerian, Perak. Pengadu telah menjalankan ujian saringan awal Polis terhadap Tertuduh dan didapati positif Morfin. Pengadu beritahu kesalahan terhadap Tertuduh kerana disyaki dengan sengaja memasukkan dadah ke dalam tubuh sendiri. Laporan polis dibuat sebagaimana Bagan Serai Repot : 892/2017. Siasatan telah dijalankan oleh Sjn Siti Zaleha bt Basharudin, Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik IPD Kerian Perak. Sampel air kencing Tertuduh telah dihantar ke Jabatan Patologi, Hospital Taiping, Perak pada 14/3/2017 untuk dianalisa. Hasil Analisis Pegawai Sains Kimia Hayat mengesahkan sampel air kencing Tertuduh ada mengandungi Morfin. 5 Hasil siasatan mendapati Tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan Akta 1167/2002) iaitu memberikan kepada diri sendiri dadah Morfin ke dalam tubuh badan sendiri dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) Akta yang sama” 13. Selepas Fakta Kes dibacakan, Tertuduh telah mengakui Fakta Kes berkenaan dan Fakta Kes ditandakan ke dalam Mahkamah sebagai P1. 14. Selepas Fakta Kes diakui, beberapa dokumen seperti Laporan Polis ditandakan ke dalam Mahkamah sebagai P2 dan Laporan Urin yang menyatakan air kencing Tertuduh positif Morfin telah dikemukakan dan diakui benar oleh Tertuduh dan ditandakan sebagai P3. 15. Setelah berpuas hati dengan akuan salah berkenaan, Mahkamah kemudiannya menerima akuan salah berkenaan dan mensabitkan Tertuduh dengan kesalahan di bawah Pertuduhan berkenaan. 6 16. Mahkamah kemudiannya menjemput peguambela untuk rayuan mitigasi hukuman sekiranya ada. Peguambela menyatakan bahawa Tertuduh berumur 60 tahun, bekerja sebagai pengawal sekuriti dengan gaji bulanan sebanyak RM1200.00 dan Tertuduh juga mempunyai tanggungan 3 anak. Peguambela memohon supaya penjara dijalankan daripada tarikh tangkap dan dapat dijalankan secara serentak dengan hukuman penjara sedia ada sekarang. 17. Tuan Pendakwaraya pula di dalam Hujahan Pemberatan Hukuman memohon satu hukuman setimpal dan memaklumkan bahawa Tertuduh tiada rekod lampau atas kesalahan sama yang dipertuduhkan ini 18. Mahkamah ini setelah meneliti akuan salah dan mengambil kira hujahan mitigasi hukuman dan pemberatan hukuman, telah menjatuhkan hukuman penjara 5 bulan selepas selesai hukuman penjara yang sedang dijalani Tertuduh dan dua tahun pengawasan polis di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952. 7 19. Pada 05/11/2019, Tertuduh melalui Jabatan Penjara, memfailkan satu Notis Rayuan dan Petisyen Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang diberikan Mahkamah ini dan memohon hukuman penjara diringankan dan dapat berjalan serentak dengan hukuman penjara sedia ada. Rayuan Terhadap Sabitan dan Hukuman 20. Seksyen 305 Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan bahawa "apabila Tertuduh mengaku salah dan telah disabitkan oleh seseorang Majistret terhadap akuan itu, maka tiada sebarang rayuan boleh dibuat kecuali berkenaan berat atau sahnya hukuman itu". 21. Di dalam kes ini, Tertuduh telah mengaku salah apabila Pertuduhan dibacakan ke atas beliau. Tertuduh semasa Pertuduhan dibacakan kepada beliau mengakui faham sebab dan akibat pengakuan salah berkenaan. Tiada sebarang paksaan dikenakan atas Tertuduh untuk mengaku salah oleh mana-mana pihak. 8 22. Atas alasan-alasan ini, Mahkamah telah menerima akuan salah Tertuduh yang teratur, tidak bersyarat dan mengikut prosedur yang ditetapkan dan seterusnya menyabitkan Tertuduh dan selepas mendengar rayuan mitigasi dan pemberatan hukuman pihak-pihak menjatuhkan hukuman penjara 5 bulan yang berjalan berasingan daripada hukuman penjara sedia ada. 23. Oleh yang demikian, memandangkan Tertuduh telah mengaku salah dan pengakuan salah berkenaan adalah teratur, tidak bersyarat dan mengikut prosedur yang betul, Tertuduh adalah dihalang daripada merayu kepada sabitan dan hanya boleh merayu kepada hukuman yang diberikan Majistret sahaja. Perkara ini dijelaskan dalam kes Danh Coi & Ors v. PP [2017] 1 CLJ 464, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa:- “"Pleading Guilty” [6] This court finds that from the appeal records in respect of the four appeals, all the appellants understood the charges preferred against them and the nature and consequences of pleading guilty and pleaded guilty. Throughout proceedings in the Sessions Court, all the appellants were represented by their 9 counsel who also mitigated on behalf of all the appellants before they were convicted on their own plea of guilty and before the sentences were passed by the learned Sessions Court Judge. [7] The learned Sessions Court Judge upon being satisfied that the offences have been committed, admission of the facts of the cases by the appellants, that the appellants have voluntarily pleaded guilty, accepted the appellants' guilty plea and convicted them of the offences preferred against them. The notes of proceedings showed that the learned Sessions Court Judge had complied fully with s. 173(a) and (b) of the Criminal Procedure Code. [8] Thus this court finds that the convictions of the all the appellants and the sentences passed by the learned Sessions Court Judge was proper and within the ambit ofs. 25 of the Fisheries Act 1985. 10 [9] Section 305 of the Criminal Procedure Code prevents a convicted person from appealing against his conviction if he had pleaded guilty to the charge, such person may however appeal to the extent or legality of the sentence. By pleading guilty to the charge, they are deemed to have waived their right to question the legality of their convictions."” KEWAJARAN HUKUMAN TERHADAP TERTUDUH 24. Oleh yang demikian, Mahkamah ini kemudiannya perlu memberikan justifikasi di atas kewajaran menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh dan alasan mengapa Mahkamah ini mengarahkan agar hukuman berjalan selepas menjalani hukuman penjara sedia ada. 25. Prinsip di dalam kewajaran menjatuhkan hukuman dinyatakan dengan jelas oleh YA Siti Norma Yaakob di dalam Yusmarin Samsudin v. PP [1999] 4 CLJ 391 di mana Mahkamah menyatakan bahawa :- 11 “The principles of sentencing have long been entrenched and well settled in our criminal law jurisprudence and a court seized with such jurisdiction is empowered to take into account the following considerations: (1) the extent and seriousness of the offence committed; (2) the guilty person's antecedents; and (3) the public interest” 26. Hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya adalah sepertimana berikut :- “Self administration. (1) Any person who- (a) consumes, administers to himself or suffers any other person, contrary to section 14 to administer to him any dangerous drug specified in Parts III and IV of the First Schedule; or (b) is found in any premises kept or used for any of the purposes specified in section 13 in order that any such dangerous drug may be administered to or smoked or otherwise consumed by him, shall be guilty of an offence against this Act and shall be liable on conviction to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years. 12 (2) For the purpose of this section, "consumes" includes eat, chew, smoke, swallow, drink, inhale or introduce into the body in any manner or by any means whatsoever.” 27. Sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini telah menjemput pihak Pendakwaan dan peguambela yang mewakili Tertuduh untuk membuat hujahan mitigasi dan pemberatan hukuman. 28. Tertuduh merayu supaya hukuman penjara dapat berjalan serentak memandangkan Tertuduh sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan lain yang telah dijatuhkan Mahkamah ini iaitu di AJ-83RS- 29-10/2019. 29. Bagi pertuduhan di bawah no kes AJ-83RS-29-10/2019 ini Tertuduh telah dituduhkan dengan tuduhan sepertimana berikut :- “Bahawa kamu pada 19/08/2019, jam lebih kurang 09.00 pagi bertempat di alamat Kedai Casa Impian Kampung Kedah, Parit Buntar Perak di dalam Daerah Kerian, di dalam Negeri Perak, telah mencuri sekeping cek nombor siri 000479 yang berada di dalam milik Mohamad Aiman bin Ibrahim yang bernilai RM2,000.00 Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 7 tahun atau didenda atau kedua-duanya.” 13 30. Pada tarikh Sebutan 10/10/2019, Tertuduh telah mengaku salah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan ini dan Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 7 bulan dari tarikh tangkap ke atas Tertuduh. Sama Ada Hukuman Perlu Berjalan Secara Berasingan atau Bersekali (Concurrent or Consecutive) 31. Akuan Salah oleh Tertuduh telah diambil kira oleh Mahkamah ini dan selepas menjatuhkan hukuman, Mahkamah ini perlu menentukan samada hukuman penjara perlu dijatuhkan untuk berjalan secara berasingan atau bersekali. 32. Tertuduh telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa Tertuduh sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Justeru itu, bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan, Tertuduh memohon supaya hukuman penjara dapat dijalankan serentak. 14 33. Mahkamah ini telah merujuk kepada Seksyen 292 Kanun Tatacara Jenayah sebelum menjatuhkan hukuman di mana Seksyen 292 menyatakan seperti berikut :- “Commencement of sentence of imprisonment on prisoner already undergoing imprisonment (1) When a person who is an escaped convict or is undergoing a sentence of imprisonment is sentenced to imprisonment, such imprisonment shall commence either immediately or at the expiration of the imprisonment to which he has been previously sentenced, as the Court awarding the sentence may direct. (2) A sentence of death shall be executed notwithstanding the pendency of any sentence of imprisonment. (2) Nothing in subsection (1) shall be held to excuse any person from any part of the punishment to which he is liable upon his former or subsequent conviction. 34. Mahkamah boleh menggunapakai budibicara dalam mengarahkan supaya hukuman penjara berjalan serta merta atau selepas selesai menjalani hukuman sedia ada selepas meneliti fakta-fakta dan latar belakang kes berkenaan. Antara yang sering diberikan perhatian adalah ujian ‘one transaction rule’ dalam sesuatu kes berkenaan. 15 35. Mahkamah ini telah merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan di dalam BACHIK ABDUL RAHMAN v. PP [2004] 2 CLJ 572 :- [1] Seksyen 292 Kanun Prosedur Jenayah menyatakan dengan jelas bahawa "Apabila seseorang yang... sedang menjalani sesuatu hukuman, dihukum penjara, pemenjaraan itu hendaklah bermula sebaik sahaja atau ketika tamat tempoh pemenjaraan yang ianya sebelum itu dihukum, sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah yang mengawardkan hukuman itu". Pelaksanaan budibicara berkaitan penetapan tarikh mula sesuatu hukuman penjara bergantung kepada fakta dan hal keadaan sesuatu kes; pada amnya mahkamah akan berpandukan kepada kaedah satu-transaksi dan prinsip keseluruhan. Berdasarkan fakta dan hal keadaan kes semasa, hakim sesyen betul bilamana enggan memerintahkan hukuman berjalan secara berasingan, dan Mahkamah Tinggi juga betul kerana mengesahkan keputusan hakim sesyen itu. Walaupun kedua-dua kesalahan melibatkan cara perlakuan yang sama, dan seimbang seriusnya, kedua-duanya tidak berkaitan antara satu dengan yang lain. Tertuduh mungkin akan 'dihempap' kesan kumulatif hukuman berasingan, namun ianya harus diadili dengan berdasarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan. 36. Adalah melalui penghakiman Bachik Abdul Rahman v PP ini, walaupun kedua-dua kesalahan adalah sama namun ianya tidak menjadikan hukuman penjara yang dijatuhkan secara automatik untuk diperintahkan untuk berjalan serentak. Apatah lagi jika kedua- 16 dua kesalahan adalah merupakan dua kesalahan yang berbeza dan berlainan transaksi. 37. Prinsip ‘one transaction rule’ ini dinyatakan di dalam penghakiman Mahkamah Rayuan Yap You Jee v. Public Prosecutor & Other Appeals [2015] 7 CLJ 897 dimana Mahkamah Rayuan mengatakan :- "In respect of the second and third appellants, in determining whether the sentences should be concurrent or consecutive, we are guided by the one transaction rule where four elements must be present, that is to say, proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design (see Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572 " Consequently, four elements must be present for an offence to be considered a one transaction principle, namely- (a) proximity of time; (b) proximity of place; (c) continuity of action; and (d) continuity of purpose or design. 38. Dapat dilihat bahawa kesalahan yang dituduhkan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan terhadap Tertuduh adalah kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh pada 19/08/2019 manakala kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pula dilakukan 17 Tertuduh pada 12/03/2017. Wujudnya sengga masa yang lama kira- kira hampir dua tahun berbeza di antara kesalahan-kesalahan jenayah yang dilakukan Tertuduh. 39. Tiada langsung kedekatan di antara kedua-dua kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Tertuduh ini dan ujian yang dinyatakan di dalam kes Bachik v PP dan Yap You Jee v PP jelas sekali gagal dipenuhi oleh Tertuduh. 40. Mahkamah ini juga merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan di dalam PUBLIC PROSECUTOR v. OOI WANG SAN [1998] 3 CLJ 270 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan : [1] The law on the commencement of sentences of prisoners already undergoing imprisonment is provided vides. 292 of the Criminal Procedure Code. Under this section, the courts have the discretion to order the commencement of the sentence on such convicted persons, either immediately or at the expiration of the imprisonment for which he has been previously sentenced. The exercise of this discretion however is based on the facts and circumstances of each case. [2] In Ooi's matter, he was to be released in the year 2001. As the High Court had decided that his current 10-year sentence was to begin on 4 April 1996, the overlap of several years would not reflect the gravity of the present offence. 18 [3] A prison is a place where one is rehabilitated, and not to commit further crimes. [4] In cases of this nature, public interest is the first and foremost consideration. Based on the surrounding facts, public interest would demand a custodial sentence to commensurate with the offence. [5] Accordingly, the respondents are to serve their 10-year prison term upon the completion of their present sentences. 41. Mahkamah ini telah mengambil kira pengakuan salah Tertuduh yang mana telah menjimatkan masa Mahkamah dan kesemua pihak yang terlibat. Dalam PP v. Wan Hasrul Nizam [2017] 4 CLJ 389, Mahkamah memutuskan seperti berikut:- "[16] In the criminal justice system, the court should give the appropriate discount to the sentence supposed to be imposed at the end of a full trial after having heard the mitigation. In the present case, this court takes into account the plea of guilty and the respondent being a first offender as relevant mitigating factors, and acknowledged that the learned trial judge had correctly considered these factors in her grounds of judgment." 19 42. Walaubagaimanapun, Mahkamah ini juga berpendapat bahawa kesalahan yang dilakukan Tertuduh adalah satu kesalahan yang serius dan kepentingan awam perlu diberikan pertimbangan utama. Setiap hari ada sahaja laporan akhbar yang melaporkan kes-kes penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dan sukar dibendung. 43. Penyalahgunaan dadah ini adalah satu ‘judicial notice’ dimana jenayah penyalahgunaan dadah ini merupakan pemangkin kepada banyak lagi jenayah-jenayah jalanan dan jenayah-jenayah serius antaranya jenayah curi, samun, rompak, dan lain-lain lagi. Ini nyata terbukti di mana selepas Tertuduh melakukan kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah pada tahun 2017, Tertuduh kemudiannya dipertuduhkan pula dengan satu pertuduhan jenayah curi pada tahun 2019. Satu hukuman yang berbentuk deteren perlu dijatuhkan kepada Tertuduh bagi memberikan mesej kepada orang awam bahawa Mahkamah memandang serius akan kesalahan yang acap kali terjadi di dalam masyarakat kini. 20 44. Keseriusan berkenaan kesalahan berkaitan dadah ini ditekankan dengan tegas oleh Mahkamah Tinggi di dalam PP lwn. ABU YAZID ISMAIL [2015] 1 LNS 220 :- “12. Tuan HMS itu dalam alasan penghakimannya langsung tidak menimbangkan kesalahan dadah merupakan kesalahan yang berat yang memerlukan hukuman yang berbentuk deteran bagi memberikan pengajaran kepada responden dan amaran kepada orang ramai daripada terjebak dengan sebarang kesalahan dadah. Mahkamah ini telah menimbangkan kesalahan yang dilakukan oleh responden iaitu memiliki dadah suatu kesalahan yang berat. Nas duluan ada menyentuh dan mengutuk sekeras-kerasnya kesalahan dadah merupakan kesalahan yang dipandang keji di mata Kerajaan atau masyarakat. Mahkamah ini sekadar merujuk beberapa nas duluan yang melibatkan hukuman bagi kesalahan dadah. 13. Mahkamah ini merujuk kes PP v. Shariffah bte Syed Hashim [2006] 6 CLJ 503; [2005] 5 MLJ 381 yang menyatakan: “[11] Mahkamah ini juga memang sedar dan amat prihatin bahawa kesalahan mengedar dadah adalah merupakan suatu jenayah yang amat serius yang mana tertuduh telah dipertuduhkan pada asalnya. Walau bagaimanapun, pertuduhan tersebut telah dipinda kepada pemilikan. Walaupun pertuduhan memiliki dadah ini adalah tidak seserius pertuduhan mengedar dadah, mahkamah ini perlu mengambil kira bahawa apa-apa kesalahan mengenai dadah adalah merupakan kesalahan yang amat dibenci oleh masyarakat dan usaha kerajaan untuk memerangi masalah ini akan menjadi sia-sia sekiranya mahkamah tidak menunjukkan pendirian yang tegas di dalam menghukum pesalah-pesalah jenayah dadah.” 14. Mahkamah ini selanjutnya merujuk kes PP v. Abdul Halim Ishak & Satu Lagi [2013] 9 CLJ 559 di mana YA Mohd Zawawi 21 Salleh HMR telah menzahirkan pandangannya sebagaimana berikut: “[21] Tidak dapat dipertikaikan bahawa kesalahan yang berkaitan dengan dadah adalah merupakan satu kesalahan yang serius yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara serta kesihatan umum. Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara oleh kerajaan pada tahun 1983. Justeru, jika mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan kepada satu kesalahan yang ditetapkan melalui Parlimen sebagai serius, sudah tentu perlindungan sewajarnya tidak dapat diberikan kepada orang ramai. Dalam kes Yusmarin Samsudin v. PP (supra) mahkamah menegaskan: The severity of sentence can only be to reflect Parliament’s intention that conviction for being in possession of a large amount of any form of prohibited drugs must commensurate with the sentence to be passed on the peculiar facts of each case.” 15. Mahkamah ini berpendapat Tuan HMS itu terkhilaf apabila dalam alasan penghakimannya tidak memfokuskan mindanya kepada kesalahan dadah yang dilakukan oleh responden merupakan kesalahan yang berat. Mahkamah ini berpendapat hukuman penjara satu (1) tahun ianya tidak memadai dan tidak memberi deteran kepada responden dan amaran kepada orang ramai. Mahkamah ini berpendapat hukuman penjara empat (4) tahun berpatutan dan ianya tidak berlebihan. Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini mengenepikan hukuman yang dijatuhkan oleh Tuan HMS itu.” 45. Justeru itu, Mahkamah ini telah melaksanakan satu pendekatan imbangan (balancing act) untuk memastikan keadilan dilaksanakan kepada orang awam dan juga kepada Tertuduh dengan menjatuhkan 22 hukuman penjara 5 bulan yang berjalan berasingan dengan hukuman penjara yang sedang dijalankan Tertuduh. 46. Semoga dengan tahanan penjara berkenaan, Tertuduh dapat mendekati ilmu agama dan dapat membantu Tertuduh sedar akan kesilapan yang dilakukan. Adalah juga diharapkan program-program rehabilitasi di penjara akan dapat membantu Tertuduh insaf sekaligus tidak lagi bergelumang dengan penyalahgunaan dadah dan kembali ke dalam masyarakat sebagai insan yang berguna dan mampu berbakti kepada masyarakat. KESIMPULAN 47. Kesimpulannya, jumlah penjara 5 bulan dan pengawasan polis selama dua tahun yang dijatuhkan Mahkamah ini kepada Tertuduh dan hukuman penjara berjalan selepas selesai menjalani hukuman penjara sedia ada bolehlah dianggap amat berpatutan dan wajar selepas mengambil kira kepentingan awam dan akuan salah Tertuduh. 23 48. Berdasarkan kepada alasan-alasan yang diberikan, Mahkamah ini berpendapat bahawa dapatan Mahkamah terhadap sabitan dan hukuman adalah betul dan selamat. ( NUR AIN BINTI MUSTAPA ) Majistret Mahkamah Parit Buntar Perak Darul Ridzuan Pihak-pihak: Bagi pihak Pendakwaan … Tn Haiqal Asyraf bin Suhaimi Timbalan Pendakwaraya Bagi Pihak Pembelaan … En Faizul Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan 24