SURESH KUMAR RAJADURAI 1. FABINA PROPERTIES SDN BHD 2. LOW YANG CHEOK 3. DATO TANASEGARAN A/L NAGURU 4. NORAN BIN SHARIF 5. LOW LUP YOU 6. ABLE AGRO PRODUCE SDN BHD
The application to set aside the 12.3.2020 judgment was dismissed because the defendants filed after an inordinate and unexplained delay, their explanations were afterthoughts and implausible, the judgment was a regular final judgment obtained after a full trial, and the doctrine of functus officio applies such that...
Source-derived case information.
- Citation
- B52NCVC-96-03-2019 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Suresh Kumar Rajadurai; Defendant: Fabina Properties Sdn Bhd; Defendant: Low Yang Cheok; Defendant: Dato' Tanasegaran A/L Naguru; Defendant: Noran bin Sharif; Defendant: Low Lup You; Defendant: Able Agro Produce Sdn Bhd
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 22 April 2021
- Case Number
- B52NCVC-96-03-2019 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Claim (debt/enforcement) / Post Judgment Application to Set Aside Final Judgment Under Order 35 Rule 2 KKM 2012
- Outcome
- Application dismissed
- Legal Topics
- Setting Aside Judgment, Default Judgment, Functus Officio, Delay/laches, Costs
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Suresh Kumar Rajadurai
Plaintiff
Fabina Properties Sdn Bhd
Defendant
Low Yang Cheok
Defendant
Dato' Tanasegaran A/L Naguru
Defendant
Noran bin Sharif
Defendant
Low Lup You
Defendant
Able Agro Produce Sdn Bhd
Defendant
Procedural Posture
Civil Claim (debt/enforcement) / Post Judgment Application to Set Aside Final Judgment Under Order 35 Rule 2 KKM 2012
Legal Issues
- 1 Whether the application to set aside the judgment dated 12.3.2020 was brought within time or was subject to inordinate/unexplained delay
- 2 Whether the judgment of 12.3.2020 was irregular/defective such that it could be set aside
- 3 Whether the doctrine of functus officio prevents the court from setting aside a final judgment after a full trial
Ratio Decidendi
The application to set aside the 12.3.2020 judgment was dismissed because the defendants filed after an inordinate and unexplained delay, their explanations were afterthoughts and implausible, the judgment was a regular final judgment obtained after a full trial, and the doctrine of functus officio applies such that the appropriate remedy is appeal; costs were awarded to the plaintiff.
Court Disposition
Application dismissed
Orders
- Application to set aside the judgment dated 12.3.2020 dismissed
- Judgment of 12.3.2020 stands as a final and regular judgment
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: BA-B52NCVC-96-03/2019 ANTARA SURESH KUMAR RAJADURAI (No. K/P: 630726-10-5511) ... PLAINTIF DAN 1. FABINA PROPERTIES SDN BHD (No. Syarikat: 289093-X) 2. LOW YANG CHEOK (No. K/P: 540620-08-5701) 3. DATO’ TANASEGARAN A/L NAGURU (No. K/P: 820507-04-5309) 4. NORAN BIN SHARIF (No. K/P: 540616-01-5575) 5. LOW LUP YOU (No. K/P: 850514-14-5057) 6. ABLE AGRO PRODUCE SDN BHD (No Pendaftaran: 1028330-H) ... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN KEPUTUSAN (Lampiran 56 - Permohonan Defendan Ke-3, Ke-4 dan Ke-5 Untuk Mengenepikan Penghakiman Bertarikh 12.3.2020 ) Pendahuluan [1] Ini adalah permohonan defendan ke-3, ke-4 dan ke-5 (“defendan-defendan”) bertarikh 15.1.2021 untuk mengenepikan penghakiman bertarikh 12.3.2020 dalam ketidakhadiran pihak-pihak menurut Aturan 35 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012’). [2] Setelah meneliti permohonan defendan-defendan dan setelah mempertimbangkan hujah-hujah kedua-dua_ pihak, mahkamah memutuskan permohonan’ defendan-defendan ditolak dengan kos. [3] Defendan-defendan tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi. Berikut adalah alasan-alasan kepada keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada defendan-defendan. Fakta kes [4] Writ terpinda bertarikh 22.3.2019 dan pernyataan tuntutan bertarikh 14.3.2019 telah diserahkan kepada kepada defendan- defendan dan memorandum kehadiran bertarikh 17.5.2019 telah difailkan bagi pihak defendan pertama hingga defendan kelima oleh peguamcara Tetuan T. Raja & Co. [5] Seterusnya, pernyataan pembelaan defendan pertama hingga defendan kelima telah difailkan pada 7.6.2019. Seterusnya plaintif dan defendan-defendan telah memfailkan dokumen-dokumen pra-perbicaraan iaitu ikatan pliding, ikatan dokumen bahagian B, isu-isu untuk dibicarakan dan fakta-fakta dipersetujui. Mahkamah_ seterusnya menetapkan _ tarikh perbicaraan pada 19.2.2020. [6] Pada hari perbicaraan bertarikh 19.2.2020 jam 9 pagi, peguamcara plaintif dan plaintif telah hadir di mahkamah tetapi peguamcara defendan-defendan dan defendan-defendan tidak hadir. Mahkamah telah menetapkan jam 10.00 pagi untuk perbicaraan sementara menunggu kehadiran peguam dan defendan-defendan dan meminta peguamcara plaintif menghubungi peguamcara defendan-defendan. [7] Mahkamah dan plaintif telah menunggu sehingga jam 10 pagi dan kemudiannya mahkamah mengarahkan perbicaraan dijalankan tanpa kehadiran peguamcara defendan dan defendan-defendan. Saksi tunggal plaintif selesai memberi keterangan dan mahkamah mengarahkan pihak-pihak memfailkan hujahan dan menetapkan tarikh keputusan pada 12.3.2020. [8] Tiada penjelasan diterima oleh mahkamah berkenaan kegagalan peguam dan defendan-defendan untuk hadir pada hari perbicaraan kecuali peguamcara defendan-defendan Tetuan T. Raja & Co telah memfailkan permohonan untuk menarik diri daripada mewakili defendan pertama hingga defendan kelima pada 20.2.2020 iaitu sehari selepas tarikh perbicaraan tersebut. [9] Pada 12.3.2020 setelah mendengar keterangan saksi tunggal plaintif dan setelah mempertimbangkan hujah-hujah yang dikemukakan, mahkamah memutuskan membenarkan tuntutan plaintif ternhadap defendan dengan kos. [10] Pada 1.7.2020 mahkamah telah membenarkan permohonan plaintif untuk satu perintah pemeriksaan penghutang penghakiman terhadap defendan ke-2, defendan ke-3, defendan ke-4 dan defendan ke -5. [11] Pada 15.1.2021 defendan-defendan melalui peguamcara baharu mereka iaitu Tetuan Aswar Siomon & Azhar telah memfailkan permohonan untuk mengenepikan penghakiman bertarikh 12.3.2020 yang diberikan tanpa kehadiran defendan- defendan. KEPUTUSAN MAHKAMAH Alasan-alasan permohonan [12] Dalam permohonan untuk mengenepikan penghakiman bertarikh 12.3.2020 yang diperolehi tanpa kehadiran defendan- defendan, defendan-defendan telah mengemukakan alasan bahawa penghakiman bertarikh 12.3.2020 adalah cacat dan defektif dan wajar diketepikan. [13] Defendan-defendan juga turut mengemukakan alasan bahawa peguamcara Tetuan T. Raja (yang tidak dilantik oleh defendan-defendan) telah menyerahkan permohonan untuk menarik diri daripada bertindak untuk defendan pertama hingga defendan kelima dua hari sebelum perbicaraan iaitu pada 10.3.2020 di mana ia merupakan short service dan penyerahan dibuat kepada defendan pertama sahaja. Samada terdapat inordinate delay dalam permohonan ini? [14] Mahkamah ingin menekankan bahawa permohonan untuk mengenepikan penghakiman bertarikh 12.3.2020 hendaklah difailkan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh penghakiman tersebut diperolehi. [15] Mahkamah telah mempertimbangkan alasan-alasan yang dikemukakan dan mendapati terdapat kelewatan dalam memfailkan permohonan ini dan meneliti kepada alasan-alasan yang dikemukakan, ternyata alasan-alasan tersebut tidak munasabah dan tidak wajar dipertimbangkan oleh mahkamah. [16] Plaintif berhujah terdapat kelewatan yang melampau dalam memfailkan permohonan ini memandangkan’ permohonan defendan-defendan hanya difailkan selepas hampir setahun penghakiman tersebut diperolehi. [17] Defendan kelima dalam pengakuannya menyatakan bahawa beliau hanya mengetahui mengenai kewujudan penghakiman bertarikh 12.3.2020 melalui surat peguamcara plaintif bertarikh 13.5.2020. Memandangkan permohonan ini difailkan pada 15.1.2021, terdapat keleawatan selama 8 bulan dalam memfailkan permohonan ini. [18] Defendan keempat pula menyatakan bahawa beliau hanya mengetahui mengenai penghakiman bertarikh 12.3.2020 apabila menerima Saman Penghutang Penghakiman pada 15.10.2020. Memandangkan permohonan ini difailkan pada 12.3.2020, terdapat kelewatan selama hampir 5 bulan dalam memfailkan permohonan ini. [19] Manakala defendan ketiga pula dikatakan langsung tidak mengetahui tentang kewujudan penghakiman _ bertarikh 12.3.2020 sehingga kini. [20] Berdasarkan kepada keadaan semasa kes ini dan berdasarkan kepada pengetahuan defendan-defendan berkenaan penghakiman bertarikh 12.3.2020 walaupun diketahui lewat, adalah munasabah untuk mengatakan bahawa defendan-defendan boleh dihubungi dengan mudah oleh mana- mana pihak termasuk plaintif. [21] Oleh itu, adalah tidak munasabah untuk defendan- defendan menafikan tentang pengetahuan defendan-defendan tentang perbicaraan pada 19.2.2020 dan penghakiman yang diperolehi pada 12.3.2020. [22] Plaintif berhujah dengan merujuk kepada afidavit sokongan defendan-defendan tersebut, defendan ke-3 hingga ke-5 telah memberi pelbagai alasan-alasan yang tidak munasabah untuk melepaskan diri daripada_liabiliti-liabiliti yang dikenakan terhadap mereka. [23] Sebagai contoh, defendan ke-3 hingga ke-5 bukan sahaja menafikan pengetahuan berkenaan tarikh perbicaraan tetapi mereka juga menafikan perwakilan oleh Tetuan T. Raja & Co sebagai peguamcara mereka. [24] Ini adalah sangat aneh kerana perkara ini adalah sangat serius tetapi defendan ke-3 hingga ke-5 telah gagal mengambil apa-apa tindakan selepas penerimaan penghakiman tersebut dan juga selepas penerimaan saman penghutang penghakiman tersebut pada tahun lepas. [25] Oleh hal yang demikian, apa-apa juga alasan yang dikemukakan oleh defendan ke-3 hingga ke-5 pada tahap ini hanyalah satu pemikiran kemudian (afterthought) dan ia tidak wajar dipertimbangkan oleh mahkamah. [26] Plaintif berhujah kelewatan yang keterlaluan ini adalah disengajakan dan ia adalah satu taktik defendan-defendan untuk menewaskan hasil litigasi plaintif. Oleh sebab ketidakpatuhan kepada arahan mahkamah_ termasuk arahan prab-bicara, maka kelewatan defendan-defendan sebegini tidak boleh dimaafkan oleh mahkamah. [27] Dalam kes Khor Cheng Wah v Sungai Way Leasing Sdn Bhd (1996) 1 MLJ 223 semasa mempertimbangkan isu sama ada wujud kelewatan pada pihak perayu dalam permohonannya untuk mengenepikan penghakiman ingkar, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan tersebut dan memutuskan seperti berikut: (2) It is a cardinal principle of law, that when a litigant seeks the intervention of the court in a matter that affects his rights, he must do so timeously. The maxim vigilantibus, non dormientibus, jura subveniunt, though having its origins in the Court of Chancery, is of universal application. Even in cases where a right is exercisable ex debito justitae, a court may refuse relief to an idolent litigant (see p 229D-E). (3) In all cases in which delay in approaching the court is in issue, the burden is upon the litigant who has delayed to render a_ satisfactory explanation for it. Whether the explanation in a given case is satisfactory depends upon the facts and circumstances of each case..." [28] Kejahilan atau ignorance berkenaan tarikh perbicaraan dan juga isu tentang perwakilan oleh Tetuan T.Raja & Co bukan suatu alasan yang munasabah kerana defendan ke-3 hingga ke- 5 masih gagal memberi penjelasan munasaabah berkenaan kelewatan dalam mengemukakan permohonan ini. [29] Defendan-defendan turut memberi alasan bahawa mereka tidak mengetahui tentang implikasi tentang penghakiman bertarikh 12.3.2020 dan memohon maaf kepada mahkamah [30] Dalam kes Mah Siew Seng & Anor (both as administrators of the estate of Mah Khin Kee (the deceased) v Seema Development Sdn Bhd [2014] 7 MLJ 372 prinsip yang sama berkenaan isu kelewatan juga telah ditegaskan di mana Mahkamah Tinggi memutuskan: (3) The unexplained delay in applying to set aside the two orders was about six years and three years respectively and the applications were made only after the plaintiffs had served a winding up notice on the defendant and after the defendant failed in its Fortuna injunction application to restrain the plaintiffs from presenting a winding up petition. The defendant's late applciations lacked bona fides and were an afterthought. Such a long delay was deleterious and damaging to the defendant (see para 20). Samada penghakiman bertarikh 12.3.2020 cacat dan defektif? [31] Saya berpendapat penghakiman bertarikh 12.3.2020 yang saya berikan selepas perbicaraan penuh tanpa_ kehadiran defendan-defendan adalah sah dan teratur. [32] Pada tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan pada 19.2.2020 jam 9 pagi, peguamcara plaintif dan saksi plaintif telah hadir dan bersedia untuk perbicaraan tetapi defendan- defendan tidak hadir. Mahkamah kemudiannya menangguhkan perbicaraan ke jam 10 pagi untuk menunggu_ kehadiran defendan-defendan dan dalam ingatan saya, saya telah meminta peguamcara plaintif menghubungi peguamcara defendan-defendan. [33] Mahkamah dan plaintif telah menunggu sehingga jam 10 pagi dan dalam _ ingatan saya, pegumacara _plaintif memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah menghubungi peguamcara defendan tetapi tiada jawapan. Memandangkan bahawa saya telah menetapkan tarikh perbicaraan dan berpendapat bahawa peguam defendan mengetahui tentang tarikh perbicaraan, saya telah mengarahkan _ perbicaraan dijalankan tanpa kehadiran peguam dan defendan-defendan. [34] Dalam perbicaraan tersebut, saya telah mengarahkan plaintif memulakan kes. Plaintif telah mengemukakan saksi tunggal plaintif iaitu Suresh Kumar Rajadurai (SP1) dan setelah keterangan SP1_ selesai, plaintif menutup kes. Mahkamah kemudiannya mengarahkan pihak-pihak memfailkan hujahan bertulis dan menetapkan keputusan pada 12.3.2020. [35] Dalam membuat keputusan untuk meneruskan perbicaraan tanpa kehadiran peguam dan _ defendan-defendan, saya beranggapan bahawa peguam dan_ defendan-defendan sememangnya mengetahui tentang tarikh perbicaraan pada bahawa 19.2.2020. [36] Anggapan saya ternyata benar apabila keesokkan harinya iaitu pada 20.2.2020, Tetuan T. Raja & Co. telah memfailkan permohonan untuk menarik diri dari mewakili defendan pertama hingga defendan kelima. Alasan utama yang diberikan oleh Tetuan T. Raja adalah kerana kesemua defendan-defendan akan melantik peguamcara yang baharu' bagi menggantikan peguamcara sekarang. [37] Walau bagaimanapun, Tetuan T. Raja dalam _ afidavit sokongan untuk menarik dari turut menyatakan bahawa firma tersebut telah memaklumkan kepada kesemua_ defendan- defendan berkenaan tarikh perbicaraan pada 19.2.2020 tetapi tiada perlantikan peguamcara baharu dibuat oleh kesemua defendan-defendan tersebut. [38] Pada 12.3.2020 setelah mendengar keterangan saksi tunggal plaintif dan setelah mempertimbangkan hujah-hujah yang dikemukakan, mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan plaintif dengan kos. [39] Penghakiman bertarikh 12.3.202 telah diserahkan kepada kesemua defendan-defendan secara berasingan sejak bulan Mei 2020. Namun begitu, defendan ke-3 hingga ke-5 masih gagal untuk memberi apa-apa jawapan terhadap liabiliti-liabiliti mereka. [40] Fakta kes yang saya bentangkan di sini berkenaan dengan apa yang berlaku tentang penghakiman bertarikh 12.3.2020 ternyata bercanggah dengan alasan-alasan yang diberikan oleh defendan-defendan dalam afidavit sokongan mereka. [41] Defendan-defendan dalam afidavit sokongan menyatakan bahawa peguamcara Tetuan T. Raja (yang tidak dilantik oleh defendan-defendan) telah menyerahkan permohonan untuk menarik diri daripada bertindak untuk defendan pertama hingga defendan kelima dua hari sebelum perbicaraan iaitu pada 10.3.2020 di mana ini merupakan penyerahan short service dan penyerahan dibuat kepada defendan pertama sahaja. [42] Fakta sebenar adalah bahawa perbicaraan telah dijalankan pada 19.2.2020 dan mahkamah telah menetapkan keputusan pada 12.3.2020. Mahkamah tidak pernah menetapkan tarikh 12.3.2020 sebagai tarikh perbicaraan. [43] Plaintif berhujah tindakan defendan ke-3 hingga ke-5 dalam memfailkan permohonan ini telah memprejudiskan hak plaintif secara serius memandangkan_ prosiding saman penghutang penghakiman tersebut yang sedang dijalankan sekarang terpaksa digantung sementara. [44] Adalah jelas bahawa penghakiman bertarikh 12.3.2020 yang saya putuskan selepas perbicaraan adalah sah dan merupakan satu regular judgment selepas perbicaraan. Saksi plaintif telah memberi keterangan di mahkamah terbuka dan dokumen-dokumen juga telahpun dikemukakan sebagai eksibit. [45] Dalam kes Abdul Rafar bin Maimuni v HM Latiff bin KM Haneefa [2008] MLJU 155 Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: Having heard the submission of parties it is clear to me that this is not a proper case to allow the defendant's application to set aside the judgment obtained by the plaintiffs on 23.4.2007. The Court of Appeal in Shocked and another v Goldschmidt and others [1998] 1 All ER 372 should provide a strong persuasive authority with respect to an application to set aside the judgment obtained by one party under Order 35 rule 2(1) of the Rules of the High Court 1980 where Leggatt LJ held that: "On an application to set aside a judgment given after a trial, in the absence of the applicant, different considerations applied than on an application to set aside a default judgment. In particular, the predominant consideration for the court was not whether there was a defence on the merits but the reason why the applicant had absented himself, and if the absence was deliberate and not due to accident or mistake, the court would be unlikely to allow a rehearing. Other relevant considerations included the prospects of success of the applicant in a retrial, the delay in applying to set aside, the conduct of the applicant, whether the successful party would be prejudiced by the judgemnt being set aside and the public interest in there being to an end to litigation." [46] Dalam kes Abdul Rafar bin Maimuni (supra), selepas pertimbangan Mahkamah berdasarkan fakta-fakta kes tersebut, mahkamah telah membatalkan permohonan defendan untuk mengenepikan penghakiman dan mahkamah_ seterusnya menyatakan: This application is not bona fide. Counsel for the defendant had not deemed it fit to inform the plaintiffs or this court by phone or otherwise that he was unable to attend court due to his ailment. Neither did the defendant himself turned up. The record shows that the court had waited for them before commencing the plaintiff's case in their absence. Secondly, the defendant had not acted promptly to apply to set aside this judgment having acted only nearly 3 months after receiving the draft order of the judgment contrary to Order 35 rule 2(1) which requires such an application to be made within 7 days. Having failed to advance any good grounds for failing to attend court there is no necessity for the court to assess whether there is any defence on the merit. [47] Plaintif berhujah wujud persamaan di antara kes Abdul Rafar bin Maimuni (supra) dengan kes di hadapan mahkamah sekarang iaitu semasa hari bicara, peguamcara plaintif telah cuba menghubungi peguamcara defendan tetapi panggilan telefon tersebut tidak dijawab dan plaintif bersama mahkamah telah menunggu sehingga jam 10 pagi dan _ selanjutnya mahkamah mengarahkan~ perbicaraan’ dijalankan dalam ketidakhadiran defendan-defendan. [48] Juga tiada penjelasan yang diberikan berkenaan ketidakhadiran tersebut kecuali suatu notis penarikan diri oleh peguamcara yang difailkan sehari selepas perbicaraan dan defendan ke-3 hingga ke-5 hanya memfailkan permohonan untuk mengenepikan penghakiman tersebut selepas hampir setahun. [49] Oleh itu adalah jelas bahawa penghakiman tersebut tidak boleh diketepikan dan penghakiman bertarikh 12.3.2020 yang saya putuskan terhadap defendan-defendan adalah sah dan teratur. Samada doktrin functus officio terpakai? [50] Plaintif telah merujuk kepada kes Kirba Daisy A/P John Das v Mahinder Singh A/L Bachittar Singh (2012) 5 MLJ 712 dan berhujah wujud isu-isu yang serupa dalam kes ini dengan permohonan sekarang. Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: (1) The Judgment obtained by the Plaintiff on 31 July 2009 was a regular judgment. It was not null and void on the ground of illegality or lack of jurisdiction or breach of natural justice, to warrant the judgment to be set aside ex debito justitiae. If the defendant was dissatisfied on the issue of liability or the amount of damages awarded, he should mount an appeal against the decision of the HCJ and not attempt to set it aside on the alleged grounds of breach of the rules of natural justice because he was not heard on the hearing date. He could not be now heard to say that he was absent because he was not informed of the hearing date (see para 13). (3) 0.35 r 2(1) of the RHC was not applicable to the factual matrix of this case as the HCJ was functus officio upon pronouncemnt of the final judgment on 31 July 2009. A HCJ cannot set aside the final judgment. The only remedy is by way of an appeal against the findings in the judgment to an appeallate court (see para 15). (4) In any event, an application under 0.35 r2(1) of the RHC to set aside a judgment given in the absence of a party must be made within 7 days after the trial (0.35 r2(2)). In this case, it was made more than five months from the date of the judgment and more than one month from the receipt of a sealed copy of the judgment. The assertion that the defendant was not aware of the progress of his case until receipt of the copy of the final judgment was unacceptable and unconvincing and was without merit (see para 16). (Penegasan ditambahkan) [51] Plaintif berhujah permohonan defendan-defendan di bawah Aturan 35 Kaedah 2 KKM 2012 tidak terpakai dalam fakta kes sekarang kerana mahkamah ini adalah functus officio selepas memberikan penghakiman selepas perbicaraan pada 12.3.2020. Oleh itu, penghakiman tersebut tidak boleh diketepikan dan remedi yang seharusnya diambil oleh defendan-defendan adalah melalui rayuan terhadap penghakiman _ bertarikh 12.3.2020 tersebut. [52] Prinsip functus officio telah diperjelaskan dalam kes Pacific & Oriental Insurance Co Bhd v Azhar bin Azizan (Mohd Ashraf Yusoff, as intervener) [2015] 10 MLJ 532 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mengetepikan perintah yang dibuat di dalam tindakan yang sama di mana penghakiman itu telah diperoleh secara teratur dan selepas ia telah dimasukkan dan diputuskan [53] Oleh hal yang demikian, adalah jelas bahawa penghakiman yang saya putuskan pada 12.3.2020 merupakan satu final judgment dan remedi yang ada untuk defendan-defendan hanyalah melalui rayuan dan bukannya memohon mengenepikan penghakiman muktamad tersebut. Kesimpulan [54] Defendan-defendan telah gagal memberikan alasan-alasan yang munasabah untuk mengenepikan penghakiman tersebut. Sebaliknya alasan-alasan tersebut merupakan satu afterthought dan wujud kelewatan keterlaluan dalam permohonan ini. [55] Penghakiman tersebut bukan suatu penghakiman ingkar yang boleh diketepikan dan doktrin functus officio terpakai dalam fakta kes ini. Mahkamah sekarang ini tidak boleh membatalkan final judgment bertarikh 12.3.2020 yang telah diberi setelah perbicaraan penuh tanpa kehadiran defendan- defendan. [56] Oleh itu, berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan defendan-defendan dengan kos. [57] Kos permohoan ini ditetapkan atas jumlah RM3000.00 dibayar oleh defendan-defendan kepada plaintif. Bertarikh pada 11 haribulan Jun, 2021 (ISHAK BIN BAKRI) Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor. Pihak-pihak: Lim Li Hong (Tetuan Anton & Chen) b/p plaintif Alvina Mun (Tetuan Aswar Simon & Azhar) b/p defendan