Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1. ) KOON YEW YIN 2. ) TAN KIT PHENG 3. ) DAVID CHEW @ CHEW HOOI BOON 4. ) YAP SUNG PANG
The Commission's sanction constituted a public-law decision that became final when defendants failed to seek judicial review; the sanction created a civil debt recoverable under s220(5) CMASA and defendants failed to raise any bona fide triable issue under Order 14, therefore summary judgment for recovery of the...
Source-derived case information.
- Citation
- AA-B52NCvC-25-07/2022 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; Defendant: Koon Yew Yin; Defendant: Tan Kit Pheng; Defendant: David Chew @ Chew Hooi Boon; Defendant: Yap Sung Pang
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 13 December 2022
- Case Number
- AA-B52NCvC-25-07/2022 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Statutory Recovery (securities) / Summary Judgment (order 14)
- Outcome
- summary judgment granted for plaintiff
- Legal Topics
- Take Overs and Persons Acting in Concert, Penalty Assessment and Recovery, Judicial Review Vs Collateral Attack, Summary Judgment (order 14)
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Plaintiff
Koon Yew Yin
Defendant
Tan Kit Pheng
Defendant
David Chew @ Chew Hooi Boon
Defendant
Yap Sung Pang
Defendant
Procedural Posture
Civil Statutory Recovery (securities) / Summary Judgment (order 14)
Legal Issues
- 1 Whether defendants were persons acting in concert triggering mandatory takeover obligations under the take-over rules and s218 APMP/CMASA
- 2 Whether the Securities Commission's sanction/penalty is enforceable as a civil debt recoverable in court under s220(5) CMASA
- 3 Whether defendants are barred from attacking the Commission's sanction in a civil defence when they failed to seek judicial review
Ratio Decidendi
The Commission's sanction constituted a public-law decision that became final when defendants failed to seek judicial review; the sanction created a civil debt recoverable under s220(5) CMASA and defendants failed to raise any bona fide triable issue under Order 14, therefore summary judgment for recovery of the RM520,000 penalty (plus interest and costs) was proper.
Court Disposition
summary judgment granted for plaintiff
Orders
- Judgment entered for plaintiff for RM520,000.00 as claimed
- Interest at 5% per annum on the sum claimed from date of judgment to date of full settlement
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
AA-B52NCvC-25-07/2022 Kand. 81 16/02/2023 16:36:04 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. AA-B52NCvC-25-07/2022 ANTARA SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA .......... PLAINTIF DAN 1. KOON YEW YIN 2. TAN KIT PHENG 3. DAVID CHEW @ CHEW HOOI BOON 4. YAP SUNG PANG ......... DEFENDAN - DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Pihak Plaintif telah membawa tindakan guaman menuntut Penalti sebanyak RM520,000.00 secara kolektif terhadap Defendan -defendan dibawah seksyen 220(1)(b) Ak t a P a s a r a n M o d a l d a n P e r k h i d m a t a n 2 0 0 7 ( APMP). [2] Pihak Plaintif kemudiannya telah failkan Notis permohonan Lampiran 21 menurut Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 92, kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai KKM 2012) terhadap Defendan Pertama, Kedua dan Keempat dan juga Notis Page 1 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal permohonan Lampiran 48 dibawah seksyen yang sama terhadap Defendan Ketiga. Keputusan Mahkamah adalah seperti berikut: “Notis Permohonan pihak Plaintif di dalam Lampiran 21 dibenarkan. Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah yang dipohon dari tarikh penghakiman ke tarikh penyelesaian penuh. Kos dibenarkan sebanyak RM2,000/-. Notis Permohonan pihak Plaintif di dalam Lampiran 48 dibenarkan. Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah yang dipohon dari tarikh penghakiman ke tarikh penyelesaian penuh. Kos dibenarkan sebanyak RM2,000/-.” [3] Pihak Defendan tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah ini dan kini merayu ke Mahkamah Tinggi atas keputusan tersebut. Defendan Pertama, Kedua dan Keempat telah memfailkan notis rayuan melalui Lampiran 74 manakala Defendan Ketiga telah memfailkan notis rayuan melalui Lampiran 75. Memandangkan fakta dan isu adalah sama bagi kedua-dua notis permohonan, maka Mahkamah menyediakan satu Alasan Penghakiman bagi kedua-dua notis rayuan tersebut. Latarbelakang kes [4] Plaintif ialah sebuah badan pengawal selia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (“ASSM”). Plaintif diberikan mandat oleh Parlimen untuk membangunkan dan mengawal selia pasaran modal Malaysia. Plaintif mempunyai semua kuasa yang perlu bagi atau berkaitan dengan, Page 2 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal atau semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah undang -undang sekuri ti. Dibawah seksyen 220 APMP, Plaintif mempunyai kuasa dan budi bicara untuk mengambil tindakan dalam kes ketidakpatuhan dengan peruntukan APMP mengenai pengambilalihan, percantuman dan pengambilan paksa, Kod Mala ysia mengenai Pengambilalihan, Percantuman dan Pengambilan Paksa 2016 ( Malaysian Code on Take-over and Mergers 2016 ), dan Kaedah-kaedah mengenai Pengambilalihan, Percantuman dan Pengambilan Paksa (“Kaedah-Kaedah”) (Rules on Take-overs, Mergers and Compulsory Acquisitions). Pada masa yang material dan setakat 29.11.2017, Defendan Pertama (Koon), Defendan Kedua (Tan), Defendan Ketiga ( David Chew) dan Defendan Keempat ( Yap) ialah pemegang-pemegang saham JAKS Resources Berhad (" J AKS"), sebuah syarikat awam yang tersenarai di P asaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. [5] Hujah pihak Plaintif adalah seperti berikut : a) Pada 29.11.2017, Koon telah memperoleh 310,000 syer dalam JAKS yang menyebabkan peningkatan dalam pegangan saham kolektif Defendan -defendan dalam JAKS daripada 32.99% kepada 33.05%, dengan itu mendapat kawalan dalam JAKS. Ini Page 3 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menimbulkan kewajipan ke atas Defendan-defendan menurut seksyen 218(2) APMP dan Kaedah 4.01(a) Kaedah -Kaedah untuk melaksanakan satu tawaran pengambilalihan mandatori bagi syer mengundi yang tinggal dalam JAKS. b) Oleh kerana Defendan-defendan telah gagal melaksanakan tawaran pengambilalihan mandatori tersebut , maka pada 29.3.2021, Plaintif telah mengeluarkan satu Notis Tunjuk Sebab kepada Defendan -defendan (“Notis Tunjuk Sebab ”). Dalam Notis Tunjuk Sebab, Plaintif: (i) Menjelaskan asas penilaian Plaintif dalam mendapati bahawa Defendan-defendan merupakan orang yan g bertindak bersama -sama menurut seksyen 216(3)(h) APMP; (ii) Menyatakan butiran pelanggaran seksyen 218(2) APMP dan Kaedah 4.01(a) Kaedah -Kaedah oleh Defendan- defendan; (iii) Memberikan peluang kepada Defe ndan-defendan untuk mengemukakan satu penjelasan bertulis dalam masa 14 hari bekerja dari 29.3.2021 tentang mengapa pihak Plaintif tidak harus mengambil satu atau lebih tindakan terhadap Defendan -defendan di bawah seksyen 220(1) APMP untuk pelanggaran ters ebut; dan (iv) Memaklumkan Defendan -defendan bahawa pihak Plaintif akan terus mengambil tindakan yang difikirkan sesuai Page 4 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sekiranya Defendan -defendan gagal memberikan penjelasan bertulis dalam jangka masa yang ditetapkan. c) Selepas itu, pihak Plaintif telah menerima jawapan -jawapan bertulis Defendan -defendan kepada Notis Tunjuk Sebab. Pihak Plaintif telah mengkaji dan mempertimbangkan jawapan -jawapan bertulis tersebu t. d) Melalui surat bertarikh 14.7.2021, Plaintif telah memaklumkan Defendan-defendan bahawa jawapan -jawapan bertulis mereka kepada Notis Tunjuk Sebab telah gagal menjelaskan dengan memuaskan mengapa tindakan tidak harus diambil terhadap Defendan-defendan untuk pelanggaran seksyen 218(2) APMP dan Kaedah 4.01(a) Kaedah -Kaedah oleh mereka. Oleh itu, pihak Plaintif telah mengenakan sanksi -sanksi berikut terhadap Defendan-defendan menurut seksyen 220(1) APMP (“Keputusan Sanksi”): (i) Satu pencelaan ( reprimand) bagi pelanggaran tersebut menurut seksyen 220(1)(c) APMP; dan (ii) Satu penalti untuk jumlah RM520,000.00 secara kolektif terhadap Defendan -defendan (“Penalti”) menurut seksyen 220(1)(b) APMP . Jumlah ini dikehendaki dibayar kepada Plaintif dalam 14 hari bekerja dari 14.7.2021. Page 5 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal e) Keputusan Sanksi telah disampaikan dengan sewajarnya kepada Defendan -defendan, tetapi Defendan -defendan telah gagal untuk membayar Penalti dalam tempoh yang ditetapkan. f) Defendan-defendan juga gagal untuk membalas kepada e -mel Plaintif bertarikh 18.8.2021 yang meminta Defendan -defendan untuk memberikan butiran pembayaran Penalti pada 23.8.2021. g) Selanjutnya, Defendan -defendan tidak membuat sebarang permohonan kepada pihak Plaintif untuk satu kajian semula Keputusan Sanksi dibawah seks yen 364 APMP dalam tempoh 30 hari selepas menerima Keputusan sanksi dan/atau dengan memohon kepada Mahkamah untuk semakan kehakiman dibawah Aturan 53 KKM 2012 dalam masa 3 bulan selepas menerima keputusan sanksi . Tempoh masa statutori untuk kedua-dua tindakan telah lama luput. h) Menurut seksyen 220(5) APMP, Penalti yang dikenakan oleh pihak Plaintif boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia. i) Di bawah seksyen 220(1)(b) APMP, pihak Plaintif diberi kuasa untuk mengenakan penalti sehingga RM 1 juta ke atas seseorang yang didapati memungkiri peruntukan dan peraturan statutori yang relevan. Di sini, pihak Plaintif hanya mengenakan denda RM520,000.00 secara kolektif terhadap Defendan -defendan. Penalti yang dikenakan oleh pihak Plaintif berada dalam had monetari statutori. Page 6 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal j) Pada 24.2.2022, pihak Plaintif telah memfailkan guaman ini untuk menuntut dan mendapatkan kembali Penalti tersebut. k) Plaintif kemudiannya telah failkan Notis permohonan terhadap Defendan - defendan untuk Penghakiman Terus bagi jumlah RM520,000/-. l) Hubungan Defendan -defendan adalah jelas daripada dokumen - dokumen. Percubaan lewat Defendan -defendan untuk menafikan hubungan mereka antara satu sama lain dalam pembelaan mereka selepas pihak Plaintif memfailkan guaman sivil ini jelas merupakan satu fikiran lewat dan bukan merupakan pembelaan bona fide. m) Sekiranya Defendan -defendan tidak bersetuju dengan dapatan pihak Plaintif bahawa Defendan-defendan ialah " persons acting in concert", mereka sepatutnya menggunakan forum yang sesuai seperti kajian semula kepada pihak Plaintif atau di Mahkamah dalam prosiding Semakan kehakiman. Dengan gagal berbuat demikian, dapatan pihak Plaintif dan Keputusan Sanksi adalah muktamad dan mengikat ke atas Defendan -defendan. [6] Hujah Defendan adalah seperti berikut: a) Pihak Defendan mempunyai pilihan sama ada untuk memohon Semakan Kehakiman terhadap Keputusan Sanksi atau membela diri dalam guaman sivil yang difailkan oleh pihak Plaintif . b) Tiada peruntukan dalam APMP yang menghalang Mahkamah ini untuk mendengar dan mempertimbangkan pembelaan Defendan-defendan dan Mahkamah ini mempunyai kewajipan Page 7 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Perlembagaan untuk mendengar dan mempertimbangkan pembelaan mereka . c) Pihak Plaintif telah bersilap dalam penemuannya mengena i hubungan mereka antara satu sama lain . d) Defendan-defendan tidak memiliki pegangan saham dalam JAKS lebih daripada 33% secara kolektif . e) Defendan-defendan bukanlah orang yang bertindak secara konsert menurut perjanjian, penyusunan atau persefahaman . f) Sanksi-sanski yang dikenakan ke atas Defendan -defendan adalah tidak sah, salah dari segi undang -undang, tidak munasabah dan/atau sangat tidak wajar . g) Jumlah Penalti adalah berlebihan, tidak munasabah, sembarangan, tidak dapat dijangkakan, menyalahi undang - undang dan/atau tidak sesuai untuk dikenakan terhadap mereka. h) Penalti adalah menyalahi undang -undang, terbatal dan tidak sah dan oleh itu tidak perlu dibayar . Pendapat Mahkamah [7] Mahkamah mendapati bahawa pihak Defendan telah cuba menafikan perhubun gan mereka diantara satu sama lain tetapi seperti yang dihujahkan oleh pihak Plaintif, hubungan Defendan - Defendan telah dibuktikan melalui ekshibit “TAR -1” dan “TAR-2” di dalam Lampiran 22. Jelas dapat dilihat daripada ekshibit -ekshibit tersebut bahawa Defendan Pertama telah merujuk kepada Defendan Page 8 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kedua sebagai isterinya , Defendan Pertama juga telah merujuk kepada Defendan Ke-4 sebagai penamanya dan Defendan Pertama juga telah merujuk kepada Defendan Ke-3 sebagai anak tirinya dan begitu juga Defendan Ke-3 merujuk kepada Defendan Pertama sebagai bapa tirinya . Seksyen 220 APMP memperuntukkan seperti berikut: Tindakan oleh Suruhanjaya dalam hal ketidakpatuhan Kod dan arahan (1) Walau apa pun peruntukan subseksyen 218(4), jika mana-mana orang yang di bawah suatu obligasi untuk mematuhi, menuruti atau melaksanakan peruntukan di dalam Penggal ini atau Kod atau mana- mana arahan yang dibuat di bawah subseksyen 217(4), melanggar atau tidak mematuhi, menuruti atau melaksanakan mana-mana peruntukan atau arahan, Suruhanjaya boleh mengambil satu atau lebih daripada tindakan yang berikut: (a) mengarahkan orang yang mungkir itu mematuhi, menuruti atau melaksanakan mana-mana peruntukan Kod atau arahan itu; (b) mengenakan penalti yang sepadan dengan beratnya kemungkiran itu ke atas orang yang mungkir itu, tetapi dalam apa jua keadaan tidak melebihi satu juta ringgit; Oleh kerana perhubungan persaudaraan diantara Defendan - Defendan telah dibuktikan, maka timbul kewajipan ke atas Defendan-defendan menurut seks yen 218(2) APMP dan Kaedah 4.01(a) Kaedah -Kaedah untuk melaksanakan satu tawaran Page 9 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pengambilalihan mandatori bagi syer mengundi yang tinggal dalam JAKS. [8] Tuntutan pihak Plaintif terhadap Defendan -defendan ialah tindakan pemulihan statutory. Ia adalah suatu kes yang jelas dan nyata (‘plain and obvious case’) bahawa Defendan -defendan telah gagal membayar Penalti yang dikenakan oleh pihak Plaintif dalam tempoh yang ditetapkan . Seksyen 220 (5) APMP Jika seseorang tidak mematuhi penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 1(b), penalti yang dikenakan oleh Suruhanjaya itu boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia. Pihak Plaintif telah mengeluarkan Keputusan Sanksi dan mengenakan Penalti ke ata s Defendan-defendan mengikut kuasa statutorinya di bawah seksyen 220 APMP. Oleh itu, Keputusan Sanksi membawa elemen undang -undang awam. Ia adalah ditetapkan (‘ well-established’) bahawa apabila seseorang yang terkilan ingin mencabar keputusan yang melibatkan elemen undang-undang awam, orang yang terkilan itu mesti menerima pakai prosedur di bawah Aturan 53 KKM 2012 melalui Semakan Kehakiman. Lihat keputusan Mahkamah Persekutuan Ahmad Jefri Page 10 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mohd Jahri v. Pengarah Kebudayaan & Kesenian Johor & Ors [2010] 3 MLJ 145 . Prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Ahmad Jefri di atas baru - baru ini telah dinyatakan semula dan dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes YKK (Malaysia) Sdn Bhd v Pengarah Tanah dan Galian Johor [2021] 8 CLJ 179 . Mahkamah juga merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Tuan Hj Zulkifli bin Hj Hussain & Ors v IOI Corp Bhd & Ors [2012] 7 MLJ 215 (“Tuan Hj Zulkifli”) ], Nallini Pathmanathan J (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) memutuskan bahawa defendan -defendan dihalang daripada mencabar penemuan dan keputusan SC melalui pembelaan dalam tindakan sivil kerana tiada percubaan dibuat oleh defendan-defendan untuk mencabar keputusan i tu melalui semakan kehakiman. Jika tidak (‘ otherwise’), ia akan menjadi cagaran serangan selanjutnya (‘ collateral subsequent attack’ ) terhadap keputusan Suruhanjaya Sekuriti yang harus dianggap sebagai muktamad. Fakta-fakta Tuan Hj Zulkifli juga adalah se rupa dengan kes di hadapan Mahkamah ini. Page 11 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Merujuk kepada kes-kes di atas, adalah jelas bahawa k eputusan Sanksi hanya boleh dicabar atau dikaji semula di Mahkamah melalui prosiding Semakan Kehakiman. [9] Dalam kes ini, sebelum membenarkan suatu Penghakiman Terus, Mahkamah perlu menilai sama ada pihak Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit dan isu untuk dibicarakan. Mahkamah merujuk kepada kes Bank Pembangunan Malaysia Berhad v Pesaka Technologies Sdn Bhd [2019] 1 LNS 412 di mana diputuskan (dengan izin) : “[8] Upon the fulfilment of the above preliminary requirements the burden is on the defendant to prove under Order 14 rules 3 and 4 of the RoC 2012 that there is an issue or question in dispute which ought to be tried (National Company For Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 1 CLJ (Rep) 283; Cempaka Finance Bhd v. Ho Lai Ying & Anor [2006] 3 CLJ 544). An application for summary judgement may also be dismissed by the court if the defendant satisfies the court that there ought for some other reason to be a trial namely there are circumstances that ought to be investigated by the court (United Merchant Finance Bhd v. Majlis Agama Islam Negeri Johor [1999] 2 CLJ 151; [1999] 1 MLJ 657). [9] In this respect it is apt to be reminded of the principles laid in Bank Negara Malaysia v. Mohd Ismail & Ors [1992] 1 CLJ Rep 14; [1992] 1 MLJ 400 at page 408 - In our view, basic to the application of all those legal propositions, is the requirement under O. 14 for the court to be satisfied on affidavit evidence that the defence has not only raised an issue but also that Page 12 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal the said issue is triable. The determination of whether an issue is or is not triable must necessarily depend on the facts or the law arising from each case as disclosed in the affidavit evidence before the court. Under an O. 14 application, the duty of a judge does not end as soon as a fact is asserted by one party, and denied or disputed by the other in an affidavit. Where such assertion, denial or dispute is equivocal, or lacking in precision or is inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent, or is inherently improbable in itself, then the judge has a duty to reject such assertion or denial, thereby rendering the issue not triable. In our opinion, unless this principle is adhered to, a judge is in no position to exercise his discretion judicially in an O. 14 application. Thus, apart from identifying the issues of fact or law, the court must go one step further and determine whether they are triable. This principle is sometimes expressed by the statement that a complete defence need not be shown. The defence set up need only show that there is a triable issue.” Seterusnya, Mahkamah juga merujuk kepada kes South East Asia Insurance Bhd v Kerajaan Malaysia [1998] 1 CLJ 1045 di mana diputuskan (dengan izin): “If a defendant in an O. 14 application succeeds in raising even a single triable issue, it will not be a fit and proper case to order summary judgment. It is only in plain and obvious cases where there are no issues to be tried that recourse should be had to O. 14.” Page 13 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah mendapati bahawa pihak Defendan telah gagal untuk mendedahkan sebarang pembelaan sebenar atau bona fide dalam menentang tindakan pemulihan statutori ini. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia v Wong Kok Seong & Ors [2019] MLJ 284 di mana penghakiman terus telah diberikan terhadap defendan - defendan dalam keadaan yang serupa. Merujuk kes Perwira Affin Merchant Bank v Dato’ Soh Chee Wen [2000] 3 MLJ 555; [1999] 1 LNS 170 di mana Mahkamah memutuskan (dengan izin): “Thus, after first identifying the issues of fact or law, the court must go one step further and determine whether they are triable. A complete defence need not be shown. The defence set up need only show that there is a triable issue. It is trite that the term 'triable' is used in the sense of requiring to be tried so as to determine a fact in issue, and not in the colloquial usage of merely 'can be tried'. If the latter sense is adopted, every argument however absurd or unlikely to succeed could be used to insist upon a trial. A triable issue is an assertion that not only has been raised and is denied or disputed, but is one upon which there is some evidence that is not equivocal or lacking in precision, or is not inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent, or is not inherently improbable in itself, to support it. Page 14 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Where the facts are clear and undisputed, there is no purpose in a trial. In such a case the court should exercise its power of summary judgment under O 14 because then the issue remaining is then only a question of inferences to be drawn from those facts and/or question of law, which requires submission but not the calling of witnesses. Also, if the point of law is identified and the court is satisfied that it is unarguable, the court is not prevented from granting a summary judgment merely because the question of law at first appears to be of some complexity and therefore took a little longer to understand': Cow v Casey [1949] 1 All ER 197; European Asian Bank AG v Punjab & Sind Bank [1983] 2 All ER 508.” Jelas di sini Mahkamah hanya perlu melihat sekiranya terdapat isu yang perlu dibicarakan. [10] Merujuk kepada kes Malayan Insurance (M) Sdn Bhd v Asia Hotel Sdn Bhd [1987] 2 MLJ 183 (SC) YA Hashim Yeop Sani SCJ (as he then was) menyatakan (dengan izin): “The underlying philosophy in the O.14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the plaintiff is entitled to judgment. Order 14 is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases.” Page 15 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah ini mendapati pihak Defendan tidak mempunyai pembelaan yang bermerit dan tidak menimbulkan isu yang perlu dibicarakan. Oleh yang demikian, Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak Plaintif untuk memasukkan Penghakiman terus terhadap Defendan - defendan. Bertarikh pada 16 Februari, 2023 ……………………………...………… ( Priscilla Hemamalini Nadarajan) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Ipoh, Perak ---------------------------------------------------------------------------------------------------------- Peguamcara: Bagi pihak Plaintif : Tetuan Lim Chee Wee Partnership Bagi pihak Defendan : Tetuan Leong & Tan Page 16 of 16 S/N ujrbcrwZU025jTn5knGMGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal