SYARIKAT PEMBINAAN CAMERON HIGHLANDS JAYA SDN. BHD. 1. ) VIJAYA KUMAR A/L CHELLAPAN 2. ) KUMARESH A/L VIJAYA KUMAR
Court upheld the trial findings that the plaintiff proved special damages by admissible documentary evidence in the agreed bundles and through witness testimony; the claimed items were reasonable and not speculative, and therefore special damages of RM376,879.20 and costs of RM7,500.00 were properly awarded and are...
Source-derived case information.
- Citation
- CC-A53-1-11/2021 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Syarikat Pembinaan Cameron Highlands Jaya Sdn. Bhd.; Defendant: Vijaya Kumar a/l Chellapan; Defendant: Kumaresh a/l Vijaya Kumar
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 6 December 2023
- Case Number
- CC-A53-1-11/2021 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Trespass/possession and Remedies / Judgment (post Trial)
- Outcome
- Appeal dismissed as to quantum and costs; trial court award of special damages RM376,879.20 and costs RM7,500.00 upheld; declaratory and injunctive relief and vacant possession previously ordered remain in force.
- Legal Topics
- Trespass to Land, Mandatory Injunction, Prohibitory Injunction, Declaration, Vacant Possession, Assessment of Special Damages, Costs
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Syarikat Pembinaan Cameron Highlands Jaya Sdn. Bhd.
Plaintiff
Vijaya Kumar a/l Chellapan
Defendant
Kumaresh a/l Vijaya Kumar
Defendant
Procedural Posture
Civil Trespass/possession and Remedies / Judgment (post Trial)
Legal Issues
- 1 Whether the plaintiff proved special damages arising from defendants' trespass
- 2 Whether documentary evidence and witness testimony sufficed to quantify damages and were not speculative or remote
- 3 Appropriate measure of damages for deprivation of use of land and delay to development
Ratio Decidendi
Court upheld the trial findings that the plaintiff proved special damages by admissible documentary evidence in the agreed bundles and through witness testimony; the claimed items were reasonable and not speculative, and therefore special damages of RM376,879.20 and costs of RM7,500.00 were properly awarded and are affirmed.
Court Disposition
Appeal dismissed as to quantum and costs; trial court award of special damages RM376,879.20 and costs RM7,500.00 upheld; declaratory and injunctive relief and vacant possession previously ordered remain in force.
Orders
- Declaration that defendants and/or their agents/workers unlawfully entered plaintiff's land and erected an illegal structure on part of the plaintiff's land
- Order that defendants give vacant possession of the occupied portion of plaintiff's land within 7 days from date of order
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
CC-A53-1-11/2021 Kand. 138 15/07/2025 15:42:38 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI RAUB DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: CC-A53-1-11/2021 ANTARA SYARIKAT PEMBINAAN CAMERON HIGHLANDS JAYA SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 164296-P) PLAINTIF DAN 1. VIJAYA KUMAR A/L CHELLAPAN (NO. K/P: 610903-06-5357) 2. KUMARESH A/L VIJAYA KUMAR (NO. K/P: 871224-08-6151) DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG KES 1. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah untuk perintah injunksi, deklarasi, milikan kosong serta ganti rugi terhadap Defendan-Defendan yang telah menceroboh di atas sebahagian daripada tanah Plaintif. Pencerobohan oleh Defendan-Defendan itu telah menyebabkan rancangan Plaintif untuk membangunkan tanah itu dengan membina sebuah pangsapuri perkhidmatan 6 tingkat telah tergendala. 1 S/N aJJBFemtpE6m109uZyZ7uA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2. Selepas bicara penuh, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan- tuntutan Plaintif yang berikut; a. Satu deklarasi bahawa Defendan-Defendan dan/atau melalui ejen/pekerja telah dengan tidak sah dan/atau secara salah memasuki tanah Plaintif dan mendirikan satu struktur haram/tidak sah atas sebahagian tanah milik Plaintif; b. Satu perintah bahawa Defendan-Defendan diarahkan untuk memberi milikan kosong bahagian tanah milik Plaintif dimana mereka telah mencerobohi dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh perintah ini; c. Satu injunksi mandatori mengarahkan Defendan-Defendan dan/atau melalui ejen/pekerja dengan segera merobohkan struktur haram/tidak sah yang telah dibina atas tanah Plaintif dalam masa 7 hari dari tarikh perintah ini, dan sekiranya gagal, maka pihak polis Daerah Cameron Highlands diperintahkan untuk membantu Plaintif untuk merobohkan struktur haram/tidak sah tersebut tanpa gangguan, dan menggunakan kekerasan yang munasabah, sekiranya perlu untuk merobohkan struktur tersebut serta memberikan milikan kosong bahagian tanah tersebut. d. Satu injunksi larangan untuk menghalang Defendan-Defendan dan/atau pekerja atau ejen daripada memasuki atau memasuki secara berterusan ke atas bahagian tanah milik Plaintif; 2 S/N aJJBFemtpE6m109uZyZ7uA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3. Perenggan (c) dan (d) telah menjadi akademik kerana telah dilaksanakan selepas pendengaran notis permohonan injunksi secara inter parte di Lampiran 4 di mana suatu perintah injunksi interlokutori mandatori dan injunksi interlokutori larangan terhadap defendan telah dibenarkan pada 02.03.2022. 4. Turut dibenarkan, suatu perintah deklarasi bahawa defendan- defendan dan/atau melalui ejen/pekerja telah dengan tidak sah dan/atau salah memasuki tanah plaintif dan mendirikan satu struktur haram tidak sah atas sebahagian tanah milik plaintif 5. Berkenaan isu ganti rugi, merujuk kepada 26 (a) hingga (f) Penyata Tuntutan, Mahkamah telah memutuskan seperti yang berikut; a. Bagi anggaran kos untuk merobohkan struktur haram; b. Bagi anggaran kos untuk tenaga pekerja yang diperlukan; c. Bagi anggaran kos untuk pembersihan dan perataan tanah. • Ketiga- tiga item ini dibenarkan sebanyak RM23,800.00. d. Bagi kos untuk menyediakan pelan kajian pencerobohan dibenarkan sebanyak RM12,667.00 + RM4,800.00 = RM17, 467.00. e. Bagi kerugian harian terhadap pembangunan yang terbantut termasuk sewabeli jentera-jentera berat, kos barangan serta kerugian pendapatan dibenarkan sebanyak RM282,612.20. 3 S/N aJJBFemtpE6m109uZyZ7uA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal f. Bagi fee kepeguaman, perbelanjaan dan cukai dalam pemfailan tindakan Mahkamah untuk pencerobohan dan pengusiran dibenarkan sebanyak RM53,000.00. • Jumlah keseluruhan ganti rugi khas yang dibenarkan adalah sebanyak RM376,879.20. g. Tuntutan Plaintif bagi ganti rugi am adalah ditolak. h. Tuntutan Plaintif bagi ganti rugi punitif / teladan ditolak. 6. Turut dibenarkan faedah dan kos sebanyak RM7,500.00. Tuntutan balas Defendan-Defendan juga ditolak. 7. Tidak berpuashati dengan keputusan itu, pihak defendan-defendan telah mengemukakan rayuan terhadap sebahagian keputusan itu yang mengarahkan Defendan-defendan membayar ganti rugi khas sebanyak RM376,879.20 dan kos sebanyak RM7,500.00. 8. Penghakiman ini disediakan bagi tujuan rayuan tersebut. B. KEPUTUSAN MAHKAMAH: 9. Berdasarkan notis rayuan oleh Defendan-Defendan, rayuan mereka adalah terhad kepada isu ganti rugi khas menurut perenggan 26 (a) hingga (f) penyata tuntutan dan kos tindakan. 10. Berkaitan isu ini, Thomson LP di dalam kes Sum Kum v Devaki Nair & Anor [1964] 1 MLJ 74 telah membuat pernyataan, yang amat relevan dengan kes ini, iaitu; 4 S/N aJJBFemtpE6m109uZyZ7uA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “I would, however, add one observation of a general nature. This is by no means the first appeal this Court and its predecessor have had to deal with in which somewhat insufficient attention has been given at the trial to the question of giving adequate evidence on the question of quantum of damages. It is for counsel in such cases to devote a little more attention to that aspect of the matter in future. As Lord Goddard said in the case of Bonham-Carter v Hyde Park Hotel Ltd (1948) 64 TLR 177 178: "Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, and, so to speak, throw them at the head of the Court, saying: 'This is what I have lost; I ask you to give me these damages'. They have to prove it." 11. Perlu diberi perhatian bahawa sebelum perbicaraan kes ini dimulakan, kedua-dua belah pihak telah bersetuju bahawa dokumen-dokumen di Bahagian A dan B untuk ditandakan sebagai ekshibit dan hanya dokumen di Bahagian C, perlu ditandakan melalui saksi yang dipanggil memberi keterangan. 12. Berdasarkan prinsip dan persetujuan di atas, Mahkamah ini membuat keputusan yang berikut: 13. Bagi anggaran kos untuk merobohkan struktur haram, anggaran kos untuk tenaga pekerja yang diperlukan dan anggaran kos untuk pembersihan dan perataan tanah, tuntutan sebanyak RM23,800.00 telah dibenarkan. Dapatan ini dibuat berdasarkan dokumen di muka surat 101, Bahagian B Ikatan Dokumen Bersama (Lampiran 40) yang disediakan oleh Wah Lee Construction Sdn. Bhd. bertarikh 15.03.2022 yang menyatakan jumlah tuntutan nilai kerja tambahan yang perlu dikenakan bagi senarai kerja-kerja yang dinyatakan di dalam dokumen itu. 14. Seterusnya, bagi kos untuk menyediakan pelan kajian pencerobohan, tuntutan yang dibenarkan adalah sebanyak 5 S/N aJJBFemtpE6m109uZyZ7uA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sebanyak RM12,667.00 yang dinilai berdasarkan dokumen di muka surat 103, Bahagian B Ikatan Dokumen Bersama yang disediakan oleh Jurukur Amanah Sdn. Bhd bertarikh 15.08.2021. Tuntutan tambahan sebanyak RM4,800.00 turut dibenarkan sebagai bayaran kepada wakil dari Jurukur Amanah yang dipanggil sebagai saksi Plaintif (SP4 dalam tindakan ini). Bukti tuntutan turut dinyatakan di muka surat 103, Ikatan yang sama. Maka jumlah kedua-dua tuntutan yang dibenarkan adalah sebanyak RM17, 467.00. 15. Bagi kerugian harian terhadap pembangunan yang terbantut termasuk sewabeli jentera-jentera berat, kos barangan serta kerugian pendapatan, Mahkamah ini membenarkan tuntutan sebanyak RM282,612.20. Dapatan ini dibuat berdasarkan dokumen-dokumen di muka surat 93-96 bagi kos cerucuk, muka surat 97-98 bagi kos kayu dan muka surat 99-100 bagi kos keluli di Bahagian B Ikatan Dokumen Bersama yang masing-masing disediakan oleh Seng Fatt Piling Works Sdn. Bhd. bertarikh Jun, 2021 dan Mac 2022, Sin Hin Kayu Papan (Simpang Pulai) S/B bertarikh 01.06.2021 dan 01.03.2022 serta Ipmuda Buildermart Sdn Bhd bertarikh 06.06.2021 dan 24.03.2022. 16. Mahkamah mendapati bahawa keterangan saksi Plaintif, SP7, menunjukkan bahawa Plaintif tidak dapat memulakan kerja- kerja pembangunan di tapak projek disebabkan oleh pencerobohan yang dilakukan oleh Defendan-Defendan. Ini kerana kerja pemasangan cerucuk langsung tidak dapat dimulakan. Seterusnya, keterangan saksi-saksi SP3, SP2 dan SP1 pula menunjukkan bahawa jika kerja-kerja pembangunan dapat dimulakan sekitar bulan Jun 2021, kos bahan pembinaan dapat dijimatkan. Namun, 6 S/N aJJBFemtpE6m109uZyZ7uA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal disebabkan pencerobohan tanah oleh Defendan-Defendan, kerja pembangunan projek itu telah tergendala dan kos bahan pembinaan telah melambung tinggi, pada tahun 2022, seperti yang tertera di dalam dokumen-dokumen yang dikemukakan di atas. 17. Dalam keadaan ini Mahkamah ini merujuk panduan yang diberikan di dalam kes ECO HORIZON SDN BHD V PENGHUNI- PENGHUNI ARULMIGU KUIL SRI MAHA MUTHU MARIAMMAN, BATU KAWAN [2022] MLRHU 2308, di perenggan 104 dan 105, apabila Mahkamah Tinggi turut mengambil kira kerugian yang ditanggung oleh syarikat disebabkan kelewatan dalam menyempurnakan projek pembangunan. 18. Turut dirujuk kes OTHMAN BIN ALI & 290 ORS v. BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD [2016] 6 MLRA 65, di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa; "[31] It was undeniable that in a normal case where once a trespass to land or a deprivation of use of land had been established, the normal measure of damages to be applied would be the actual proof of 'loss of rental' or a reasonable estimation of such a 'rental return' that was directly attributable and flowing from a lawful use of the land but denied by that wrongful action. This was consistent with the two underlying basic principles in law which required that any damages awarded would, so far as money can, put the affected or deprived party in the same position as he would have been if the tort had not occurred subject to the further overriding consideration that such damages to be awarded was in any event not too remote or speculative in nature.” (penekanan oleh Mahkamah) 19. Menggunapakai prinsip di atas kepada fakta kes ini, mahkamah mendapati bahawa anggaran kerugian yang ditanggung 7 S/N aJJBFemtpE6m109uZyZ7uA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal oleh Plaintif turut boleh menjadi panduan dalam menaksirkan jumlah ganti rugi yang bersesuaian, asalkan jumlah itu munasabah, tidak terlalu ‘remote’ atau bersifat spekulatif semata-mata. 20. Di dalam kes ini, keterangan SP3, SP2 dan SP1 turut disokong oleh keterangan dokumen-dokumen semasa yang dinyatakan di atas. Maka, adalah jelas bahawa keterangan- keterangan itu tidak terlalu ‘remote’ mahupun bersifat spekulatif. Oleh itu, jumlah tuntutan yang dibenarkan adalah munasabah menurut keadaan di dalam kes ini. 21. Selanjutnya, bagi fee kepeguaman, perbelanjaan dan cukai dalam pemfailan tindakan Mahkamah untuk pencerobohan dan pengusiran, ia telah dibenarkan sebanyak RM53,000.00. Tuntutan ini dibenarkan berdasarkan dokumen di muka surat 104-105, Bahagian B Ikatan Dokumen Bersama (Lampiran 40) yang disediakan oleh Tetuan Kean Chye & Sivalingam bertarikh 22.03.2022. Tuntutan ini tidak disentuh mahupun dipertikaikan oleh peguam Defendan-Defendan seperti yang tertera di muka surat 105, Nota Keterangan. 22. Berkenaan isu kos sebanyak RM7,500.00 yang dibenarkan oleh Mahkamah untuk dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif, Mahkamah ini mendapati jumlah kos itu dibuat selaras dengan peruntukan Aturan 59 Kaedah 16 dan Kaedah 23, Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012. Perbicaraan penuh juga telah berjalan selama 02 hari dengan pihak Plaintif telah memanggil seramai 07 orang saksi dan pihak Defendan-Defendan memanggil 01 orang saksi. Pihak-pihak juga telah memfailkan ikatan pliding dan 8 S/N aJJBFemtpE6m109uZyZ7uA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dokumen masing-masing (Ikatan A hingga I) beserta dengan penyata-penyata saksi dan juga hujahan-hujahan bertulis di akhir kes mereka. Dengan itu, Mahkamah berpendapat jumlah kos yang dibenarkan itu adalah wajar dan berpatutan. 23. Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan yang dikemukakan di atas, Mahkamah ini mendapati jumlah ganti rugi khas serta kos yang dibenarkan di dalam tindakan ini adalah wajar dan munasabah. Bertarikh pada 15 Mei, 2025. Disediakan oleh: Ahmad Faizadh bin Yahaya Hakim Mahkamah Sesyen Raub, Pahang Darul Makmur. Bagi pihak Plaintif: Tetuan Kean Chye & Sivalingam Peguambela & Peguamcara 10A-10C, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak. 9 S/N aJJBFemtpE6m109uZyZ7uA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bagi pihak Defendan: Tetuan Manogar & Co. Peguambela & Peguamcara 2-5-2 (5th Floor), Jalan 3/50 Diamond Square, Off Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur. 10 S/N aJJBFemtpE6m109uZyZ7uA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal