SYED SHAH IQMAL BIN SYED MOHD SHAIFUL
The High Court was correct to infer that an order directing the accused to enter his defence imported that a prima facie case had been made out; after evaluating the totality of evidence including the complainant's credible testimony and supporting factors (complainant's background and mental health effects,...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-42S-9-09/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Prosecution: Pendakwa Raya; Defendant: Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 23 January 2026
- Case Number
- BA-42S-9-09/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal / Decision on Appeals Against Conviction and Sentence
- Outcome
- both appeals dismissed
- Legal Topics
- Rape, Consent, Prima Facie, Evidence, Sentence, Mental Health
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Pendakwa Raya
Prosecution
Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful
Defendant
Procedural Posture
Criminal Appeal / Decision on Appeals Against Conviction and Sentence
Legal Issues
- 1 Whether the High Court order permitting the accused to be called to defend imported a finding of a prima facie case by the prosecution
- 2 Whether elements of rape under s.375/376(1) were proved
- 3 Whether the accused's defence raised a reasonable doubt
Ratio Decidendi
The High Court was correct to infer that an order directing the accused to enter his defence imported that a prima facie case had been made out; after evaluating the totality of evidence including the complainant's credible testimony and supporting factors (complainant's background and mental health effects, accused's status and conduct, chronology and post-event conduct) the elements of rape under s.376(1) were established beyond reasonable doubt; the accused's defence was disbelief/denial with material contradictions and failed to raise reasonable doubt; and the sentence of 10 years imprisonment and three strokes was not grossly inadequate and therefore upheld. Execution of sentence was...
Court Disposition
both appeals dismissed
Orders
- Conviction under section 376(1) Kanun Keseksaan upheld
- Sentence of ten years imprisonment and three strokes upheld
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-42S-9-09/2024 Kand. 48 28/01/2026 15:15:42 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: BA-42H-35-09/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN SYED SHAH IQMAL BIN SYED MOHD SHAIFUL (NO. K/P:951021-03-5573) ESPONDEN [Dalam Mahkamah Sesyen Jenayah Di Shah Alam Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan Perbicaraan Jenayah: BA-62JS-10-12/2020 Pendakwa Raya lwn Syed Shah Iqmal Bin Syed Mohd Shaiful (No. K/P: 951021-03-5573) (Yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Puan Norazlin Binti Othman pada 30.08.2024)] 1 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: BA-42S-9-09/2024 ANTARA SYED SHAH IQMAL BIN SYED MOHD SHAIFUL (NO. K/P:951021-03-5573) DAN PENDAKWA RAYA [Dalam Mahkamah Sesyen Jenayah Di Shah Alam Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan Perbicaraan Jenayah: BA-62JS-10-12/2020 Pendakwa Raya lwn Syed Shah Iqmal Bin Syed Mohd Shaiful (No. K/P: 951021-03-5573) (Yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Puan Norazlin Binti Othman pada 30.08.2024)] 2 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN A. Pengenalan [1] Pada 30 Ogos 2024, Hakim Mahkamah Sesyen yang bjiaksana, Puan Norazlin Othman mendapati tertuduh Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful bersalah, dan mensabitkan tertuduh di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. HMS seterusnya memerintahkan tertuduh dihukum penjara sepuluh tahun bermula dari tarikh sabitan dan tiga kali sebatan rotan. [2] Berikutan keputusan HMS, dua rayuan telah difailkan, iaitu rayuan tertuduh terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan dan rayuan pihak pendakwaan terhadap hukuman yang diputuskan. [3] Setelah meneliti dokumen-dokumen di hadapan mahkamah, termasuk nota keterangan dan alasan penghakiman HMS, serta mendengar hujahan pihak-pihak, mahkamah menolak rayuan tertuduh dan rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan keputusan HMS. B. Latar Belakang Pertuduhan [4] Tertuduh dituduh di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, dengan pertuduhan berikut: bertempat di dalam sebuah bilik di rumah beralamat No.E-04-23, 3 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hyde Tower, I-City, PSN Multimedia, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, dalam daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah merogol Nur Atiqah Binti Mohamad Ghazali (No.K/P: 971123-06-5368) yang berumur 23 tahun. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Kronologi kejadian [5] Pada 26 November 2020, Nur Atiqah Mohamad membuat laporan polis Sek 6 Rpt: 010981/20. Dalam laporan polis tersebut, SP1 menyatakan bahawa: a. Pada 11 September 2019, jam lebih kurang 8.00 malam, SP1 telah keluar makan dengan tertuduh yang dikenalinya melalui laman sosial Instagram dengan nama @daisyed_; b. SP1 yang ketika itu berada di rumah sewa di Taman Mutiara Subang, Subang Jaya, telah mengikut tertuduh dengan menaiki kereta tertuduh ke tempat makan di kawasan Batu 3 Shah Alam; c. SP1 telah keluar makan dengan tertuduh untuk berbincang berkenaan masalah kemurungannya, dan rawatan Islam untuk merawat masalah tersebut; d. Setelah selesai makan, SP1 telah dibawa oleh tertuduh ke rumah sewa tertuduh di Seksyen 7, Shah Alam; 4 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal e. Ketika berada di rumah tersebut, tertuduh berbual menggunakan telefonnya, dan kemudian memarahi SP1 kerana tidak mengikut cakapnya. Tertuduh memaksa SP1 masuk ke dalam bilik tertuduh, dan menanggalkan seluar SP1 secara paksaan, dan kemudiannya merogol SP1; f. SP1 telah tinggal di dalam rumah tersebut kerana tidak tahu cara untuk melarikan diri. Pada pagi keesokan harinya, tertuduh menghantar SP1 ke lobi bawah rumah tersebut, dan SP1 pulang ke rumah sewanya di Taman Mutiara Subang, Subang Jaya dengan menaiki Grab; g. Tertuduh telah memberi amaran kepada SP1 untuk merahsiakan kejadian tersebut, dan memberitahu bahawa pengawal peribadi tertuduh akan sentiasa melihat SP1 dari jauh dan memfailkan saman terhadap SP1 jika kejadian tersebut dibangkitkan; dan h. Akibat kejadian tersebut, SP1 mengalami tekanan perasaan yang teruk dan telah mendapatkan rawatan psikiatri di beberapa hospital. Pada bulan Oktober 2019, SP1 telah pulang ke kampungnya di Pahang dan turut menjalani rawatan psikiatri untuk masalah kemurungannya. [6] SP1 kemudiannya membuat laporan polis, kira-kira setahun selepas kejadian di rumah sewa tertuduh. 5 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [7] Tertuduh tidak menafikan bahawa hubungan seks telah berlaku di antara tertuduh dan SP1. Namun, tertuduh mendakwa hubungan seks tersebut berlaku dengan kerelaan SP1 dan tanpa paksaan. Kronologi kes [8] Tertuduh dituduh dengan pertuduhan merogol di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Kes terhadap tertuduh bermula pada 10 Disember 2020 di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana, Puan Rihaida Rafie ( HMS Terdahulu ). Kes pendakwaan selesai pada 10 April 2023. [9] Di akhir kes pendakwaan, HMS Terdahulu mendapati pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. HMS Terdahulu melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa perlu membela diri. [10] Pihak pendakwaan kemudiannya menfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi. Pada 7 Mac 2024, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan tersebut dan mengarahkan tertuduh untuk membela diri di Mahkamah Sesyen n . Tertuduh memfailkan rayuan terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, namun rayuan tersebut telah ditarik balik oleh tertuduh. [11] Oleh itu, sambung bicara bagi kes pembelaan diteruskan pada 20 Mei 2024, kali ini di hadapan HMS. Tertuduh hanya mempunyai seorang saksi iaitu dirinya sendiri, dan perbicaraan selesai pada 20 Jun 2024. 6 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [12] Pada 30 Ogos 2024, HMS mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Oleh itu, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun bermula dari tarikh sabitan, serta tiga kali sebatan rotan. [13] Berikutan keputusan HMS, tertuduh memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan, manakala pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap hukuman yang diputuskan . C. Isu-Isu [14] Dalam rayuan-rayuan yang difailkan, beberapa isu telah ditimbulkan oleh tertuduh dan pihak pendakwaan, berkenaan dengan keputusan HMS. [15] Bagi pihak tertuduh, tertuduh menyatakan HMS telah terkhilaf dalam beberapa dapatan yang dibuat. Setelah meneliti kekhilafan- kekhilafan yang dikatakan dilakukan oleh HMS, mahkamah mendapati bahawa rayuan tertuduh pada asasnya adalah bersandarkan isu-isu berikut: a. Kekhilafan HMS dalam mendapati bahawa inferens yang timbul daripada keputusan Mahkamah Tinggi tersebut adalah bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan. Ini kerana Mahkamah Tinggi tidak memberikan apa-apa dapatan atau alasan penghakiman berkenaan Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut; 7 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b. Kekhilafan HMS dalam mendapati bahawa elemen- elemen bagi kesalahan di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan; dan c. Kekhilafan HMS dalam mendapati bahawa pembelaan tertuduh tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [16] Pihak pendakwaan pula menyatakan bahawa HMS tekhilaf dalam menjatuhkan hukuman yang terlampau ringan (grossly inadequate), tanpa mengambil kira keseluruhan fakta kes, kepentingan awam dan graviti kesalahan serta kekerapan berlaku kes seperti ini. D. Isu Pertama: Sama Ada HMS Terkhilaf Dalam Mendapati Keputusan Mahkamah Tinggi Tersebut Menimbulkan Inferens Bahawa Pihak Pendakwaan Membuktikan Kes Prima Facie Di Akhir Kes Pendakwaan [17] Peguam tertuduh yang terpelajar menghujahkan bahawa oleh kerana Mahkamah Tinggi tidak memberikan apa-apa dapatan atau alasan penghakiman berkenaan Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, HMS terkhilaf dalam mendapati bahawa inferens yang timbul daripada Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut adalah bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan. [18] Mahkamah merujuk kepada alasan penghakiman HMS, untuk menilai hujahan peguam tertuduh yang terpelajar berkenaan hal ini. Di perenggan [10] alasan penghakiman, HMS menyatakan bahawa: 8 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Walaupun Mahkamah Tinggi tidak memberikan dapatan atau alasan penghakiman terhadap Perintah yang mengarahkan Tertuduh membela diri pada 7 Mac 2024, namun Mahkamah ini berpendapat, apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan Tertuduh membela diri, maka inferensnya adalah Mahkamah Tinggi telah membuat dapatan, bahawa selepas kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh (penekanan ditambah) [19] HMS kemudiannya merujuk kepada seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah, khususnya seksyen 173(f)(i) dan seksyen 173(h)(i), yang memperuntukkan prosedur dalam perbicaraan terus: (i) When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused. (h)(i) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence. (penekanan ditambah) 9 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [20] Mahkamah mendapati tidak terdapat kesilapan dalam analisis yang dibuat oleh HMS dan khususnya dalam rujukan yang dibuat kepada seksyen 173(f)(i) dan seksyen 173(h)(i) Kanun Prosedur Jenayah, berkenaan tugas mahkamah di akhir kes pendakwaan. [21] Mahkamah turut mendapati HMS tidak terkhilaf dalam membuat inferens bahawa berdasarkan Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan. [22] Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut adalah hasil rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan HMS Terdahulu, yang mendapati pada akhir kes pendakwaan bahawa pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. HMS Terdahulu telah melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa perlu membela diri. [23] Dalam Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan: a. Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan HMS Terdahulu dibenarkan; dan b. Tertuduh membela diri terhadap pertuduhan ke atas tertuduh, di Mahkamah Sesyen. [24] Walaupun tiada alasan penghakiman bagi Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, adalah jelas berdasarkan perintah-perintah yang diberikan bahawa Mahkamah Tinggi telah mendapati kes prima facie telah terbukti terhadap tertuduh. 10 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [25] Oleh itu, mahkamah mendapati tiada kehilafan oleh HMS dalam inferens yang dibuat bahawa kes prima facie telah terbukti terhadap tertuduh. Inferens tersebut juga adalah selaras dengan peruntukan seksyen 173(f)(i) dan seksyen 173(h)(i) Kanun Prosedur Jenayah. [26] Mahkamah turut mendapati bahawa kesimpulan yang dibuat oleh HMS bahawa kes prima facie telah terbukti terhadap tertuduh bukanlah bermakna HMS tidak membuat penilaian maksima terhadap keseluruhan keterangan dalam kes ini. Di perenggan [11] alasan penghakiman, HMS menyatakan: Tugas Mahkamah di akhir kes pembelaan [11] Oleh yang demikian, pada peringkat pembelaan, setelah Mahkamah ini mendengar saksi pembelaan dan pembelaan telah menutup kesnya, tugas Mahkamah ini adalah untuk menilai keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan dan melihat sama ada pembelaan ada menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan atau tidak. Seksyen 173(m) KTJ memperuntukkan, Mahkamah hendaklah menentukan sama ada setelah mendengar pembelaan, pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah atau tidak. Jika ya, maka seterusnya Mahkamah akan mensabitkan Tertuduh bersalah terhadap pertuduhan dan menjatuhkan hukuman yang sewajarnya mengikut undang- undang. Jika pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah, bermakna kes pendakwaan tidak dapat dipertahankan, maka Mahkamah akan melepas dan membebaskan Tertud 11 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (penekanan ditambah) [27] Perenggan di atas menunjukkan bahawa HMS memahami tugas mahkamah untuk membuat penilaian maksima kesemua keterangan yang dikemukakan dalam kes ini, bagi menilai sama ada pihak pembelaan ada menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Pendekatan yang diambil oleh HMS adalah selaras dengan peruntukan seksyen 173(m) Kanun Prosedur Jenayah. [28] Pendekatan yang diambil oleh HMS disokong oleh kes Mahkamah Rayuan Nwite Ikechukwu Ogbonnaya lwn Pendakwa Raya [2018] MLJU 665. Dalam kes ini, yang melibatkan pertuduhan di bawah seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, hakim bicara di Mahkamah Tinggi pada mulanya memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh, dan tertuduh dibebaskan dan dilepaskan tanpa pembelaan dipanggil. Pihak pendakwaan merayu ke Mahkamah Rayuan dan tertuduh diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya. Di akhir kes pembelaan, hakim bicara memutuskan bahawa tertuduh telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Akibatnya, tertuduh telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman gantung mandatori seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang. Tertuduh merayu ke Mahkamah Rayuan, dan dapatan Mahkamah Rayuan berkenaan dengan pendekatan yang diambil oleh hakim bicara adalah seperti berikut: [14] Pada pandangan kami, pendekatan yang diambil oleh hakim bicara adalah betul di sisi undang-undang. Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa apabila Mahkamah Rayuan 12 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal telah mengakaskan keputusan hakim bicara dan memerintahkan agar Perayu dipanggil membela diri terhadap pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya, tugas hakim bicara ialah untuk memutuskan sama ada pembelaan Perayu telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan, dan jika apa-apa anggapan statutori telah digunapakai, sama ada anggapan tersebut telah dipatahkan atas imbangan kebarangkalian. [15] Hakim bicara adalah tidak dikehendaki untuk mengulangkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan bagi menentukan sama ada satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Pendekatan ini telah dinyatakan, antara lain, oleh kes PP v Sani Othman [2011] 1 CLJ 626, apabila Mahkamah ini menyatakan:- defence is directed to be called by an appeal court the trial judge must accept that a prima facie case has been proven. It is as if the defence was called by the learned judge himself (Saad Abas & Anor v. PP [1998] 4 CLJ 575). Only after he has gauged the total evidence adduced, inclusive of all the evidence adduced defence evidence may the fate of the accused person be decided by the court. In short there will be a maximum evaluation of the whole evidence at the close of the (penekanan ditambah) 13 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [29] Mahkamah juga mendapati bahawa pendekatan yang diambil oleh peguam tertuduh yang terpelajar dalam merujuk kepada dapatan- dapatan HMS Terdahulu, dan menggunakan dapatan-dapatan tersebut untuk menyokong kes pembelaan, adalah pendekatan yang salah dari segi undang-undang, memandangkan keputusan HMS Terdahulu telahpun diketepikan oleh Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. E. Isu Kedua: Sama Ada HMS Terkhilaf Dalam Mendapati Elemen-Elemen Bagi Kesalahan Di Bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan Telah Dibuktikan Oleh Pihak Pendakwaan [30] Isu kedua yang ditimbulkan oleh tertuduh adalah bahawa HMS terkhilaf dalam mendapati elemen-elemen bagi kesalahan di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Elemen-elemen kesalahan merogol [31] Elemen-elemen bagi kesalahan merogol dinyatakan dalam seksyen 375 Kanun Keseksaan. Elemen-elemen ini turut dijelaskan dalam PP v Mohd Ridzwan bun Md Borhan [2004] MLJ 300, di mana Mahkamah Tinggi menerangkan: s. 375 of the Penal Code which provides for the offence of rape, a man is said to commit rape if he has sexual intercourse with a woman eg, without her consent. In order to establish a prima facie case of rape, the burden is on the prosecution to prove the following ingredients:- 14 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (1) sexual intercourse; (2) penetration; and (3) without consent. (penekanan ditambah) [32] Dalam kes ini, tertuduh dan SP1 tidak menafikan bahawa hubungan seks telah berlaku, dan tertuduh telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1. Tertuduh dan SP1 juga tidak menafikan bahawa hubungan seks berlaku pada 11 September 2019, di rumah sewa tertuduh di Hyde Tower, I-City, PSN Multimedia, Seksyen 7, Shah Alam, seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan terhadap tertuduh. [33] Perkara yang menjadi pertikaian adalah sama ada hubungan seks di antara tertuduh dan SP1 dan kemasukan kemaluan tertuduh ke dalam kemaluan SP1, telah berlaku secara paksaan atau tanpa kerelaan SP1. [34] Peguam tertuduh yang terpelajar merujuk mahkamah kepada elemen-elemen bagi kesalahan rogol dalam seksyen 375 Kanun Keseksaan yang relevan bagi kes ini. Di bawah seksyen 375, kesalahan rogol berlaku jika seseorang lelaki bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam, antara lain, keadaan-keadaan berikut: (a) against her will; (b) without her consent; 15 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (c) with her consent, when her consent has been obtained by putting her in fear of death or hurt to herself or any other person, or obtained under a misconception of fact and the man knows or has reason to believe that the consent was given in consequence of such misconception; (d) (e) with her consent, when, at the time of giving such consent, she is unable to understand the nature and consequences of that to which she gives consent; (f) with her consent, when the consent is obtained by using his position of authority over her or because of professional relationship or other relationship of trust in relation to her; (h) (penekanan ditambah) [35] Berdasarkan peruntukan-peruntukan seksyen 375 Kanun Keseksaan, jika salah satu keadaan yang dinyatakan di perenggan- perenggan (a) hingga (h) berlaku semasa seseorang lelaki bersetubuh dengan seseorang perempuan, lelaki tersebut dikatakan melakukan kesalahan merogol. [36] Perenggan-perenggan (a) dan (b) merujuk kepada keadaan- keadaan di mana persetubuhan berlaku bertentangan dengan kemahuan 16 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal atau tanpa kerelaan seseorang perempuan. Perenggan-perenggan (c) hingga (h), walau bagaimanapun, merujuk kepada keadaan-keadaan di mana persetubuhan berlaku dengan kerelaan seseorang perempuan, tetapi kerelaan tersebut dianggap terbatal kerana kerelaan tersebut diperolehi dalam keadaan-keadaan yang dinyatakan. Ini termasuk keadaan di mana kerelaan diperolehi dengan mendatangkan ketakutan mati atau cedera kepada seseorang perempuan (seksyen 375(c)), seseorang perempuan tidak memahami jenis dan akibat memberi kerelaan (seksyen 375(e)), atau kerelaan diperolehi dengan menggunakan kedudukan yang berkuasa seseorang lelaki ke atas seseorang perempuan (seksyen 375(f)). [37] Tertuduh mendakwa pihak pendakwaan tidak menjelaskan perenggan yang mana di bawah seksyen 375 Kanun Keseksaan yang terpakai bagi kes ini, dan ini telah memprejudiskan tertuduh, kerana tertuduh tidak dapat membela diri dengan berkesan. [38] Walau bagaimanapun, setelah meneliti keterangan di hadapan mahkamah serta hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah jelas, iaitu persetubuhan di antara tertuduh dan SP1 berlaku bertentangan dengan kemahuan atau tanpa kerelaan SP1, dalam keadaan yang diperuntukkan di bawah seksyen 375(a) dan (b) Kanun Keseksaan. [39] Mahkamah mendapati keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan berkenaan latar belakang SP1 dan keadaan kesihatan mental SP1 bukan bertujuan untuk membuktikan pemakaian seksyen 375(c), (e) atau (f) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan keadaan-keadaan di mana kerelaan dianggap terbatal. 17 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Sebaliknya, keterangan-keterangan tersebut digunakan oleh pihak pendakwaan untuk menyokong keterangan SP1 bahawa hubungan seks berlaku dengan paksaan dan tanpa kerelaan SP1. Keterangan SP1 [40] Dalam menilai sama ada persetubuhan di antara tertuduh dan SP1 berlaku tanpa kerelaan SP1, HMS menerima keterangan SP1 tentang kejadian yang berlaku di antara tertuduh dan SP1. [41] SP1 memberi keterangan bahawa semasa berada di rumah sewa tertuduh, SP1 pada mulanya berada di ruang tamu, sementara tertuduh berbual menggunakan telefon bimbit di dalam biliknya. Kira-kira setengah jam selepas itu dan setelah tertuduh selesai dengan perbualan telefon, tertuduh dengan suara yang tinggi menyuruh SP1 masuk ke dalam bilik, dengan alasan untuk menjimatkan letrik. Di dalam bilik tertuduh, yang berada dalam keadaan gelap, tertuduh duduk di atas katil sambil bermain game di telefon bimbit. SP1 pula duduk di kerusi di tepi tingkap. [42] Tertuduh kemudian mengajak SP1 duduk di atas katil. Tertuduh mengajak SP1 sebanyak dua kali, dan pada kali yang kedua, tertuduh memarahi SP1. SP1 akur dan duduk dengan tertuduh di atas katil. [43] Nota keterangan di Mahkamah Sesyen menunjukkan bahawa SP1 telah memberi keterangan yang jelas mengenai kejadian yang berlaku di dalam bilik tertuduh selepas itu: - Okey lepas dah duduk sebelah tertuduh, tengok dia main game senyap, apa jadi lepas tu? 18 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal J - Lepas dia main game, dia tutup phone, dia dah mula macam rangkul saya, kemudian dia dah mula cium-cium muka saya, dan saya cuba mengelak, sebab saya cakap saya tak biasa benda-benda macam tu. Kemudian dia dah mula kasar, dia pegang saya tu kasar, dan saya ada juga meronta. Saya cuba juga menjerit tapi suara saya tak keluar. Kemudian dia tarik seluar saya, dia cuba tanggal baju saya dan dia cuba masukkan kemaluan dia. Sebab tangan dia masa tu pegang tangan saya. Sebab saya cuba untuk meronta ronta. Kemudian dia ada cuba untuk masukkan kemaluan dia dan seingat saya dia ada ludah pada kemaluan saya dengan air liur dia. S - Okey baik. Apa respons kamu Atiqah? J - Saya cuba meronta. Saya cuba lepaskan tangan saya dari pelukan dia. S - Kamu suka atau tak dengan apa yang dia buat tu? J - Tak. S - Kemudian kamu kata dia mula cium-cium di muka kamu, ya? J - Betul. 19 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S - Yang itu kamu suka atau tidak apa yang dilakukannya? J - Tidak. S - Kemudian kamu kata tertuduh ini bertindak kasar kepada kamu? Apa yang dia buat, kasar tu? J - Dia cuba pegang tangan saya. Supaya saya tak meronta. S - Kemudian Atiqah? Tangan kamu dipegang apa jadi lepas tu? J - Bila saya jadi makin anxiety saya akan jadi lagi lemah. Dia rentap seluar saya. Tarik. S - Masa kamu dipegang tangannya. Kemudian apa reaksi kamu pada ketika itu? J - Saya cuba meronta sambil menangis. Dan saya cuba fikir macam mana nak lepas dari genggaman dia. S - Kejap Atiqah ya, kamu meronta, memangis dan cuba melepaskan diri. Okey, kenapa kamu meronta, menangis dan cuba untuk melepaskan diri daripada situasi ini? J - Sebab saya rasa takut dan saya rasa macam apa yang sedang berlaku? 20 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S - Kamu suka dengan keadaan itu? J - Tidak. S - Kemudian Atiqah, seluar kamu dah tercabut, seluar dalam pun dah tercabut, baju dah terselak, apa jadi lepas tu? J - Dia cuba masukkan kemaluan dia. S - Okey terangkan macam mana caranya? J - Kemudian dia cuba masuk tu, dia ada ludah dekat kemaluan saya. S - Okey Atiqah masa tu kamu dalam keadaan berbaring? J - Ya. S - Baik Atiqah, kamu kata tertuduh cuba memasukkan kemaluan dia ke dalam kemaluan kamu. Pada ketika itu kamu nampak di mana kedudukan kaki tertuduh? J - Kaki dia dekat atas katil, tepi kaki saya. S - Dan kedudukan kaki kamu macam mana semasa diludah kemaluan kamu tu? J - Kaki saya terkangkang. S - Dan siapa yang mengangkangkan itu? J - Dia tarik guna kaki dia. Kaki dia bertemu macam bukakan. Dia guna kaki dia, dia letakkan lutut dia di tengah-tengah kaki saya dan dia gunakan kekuatan lutut dia untuk bukakan, luaskan kaki saya. 21 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S - Atiqah, ada kamu melawan masa tu? J - Ketika itu saya cuba melawan tapi tak mampu. Sebab saya dah lemah. Takut. S - Yang kamu kata kamu meronta-ronta tadi tu bagaimana kamu lakukan? J - Saya cuba tolak tangan dia. Tapi kekuatan dia lagi kuat daripada saya. S - Okey dia dah ludah kemaluan kamu, buka kangkang kamu, apa jadi lepas tu? J - Lepas tu dia ada pusingkan badan saya. S - Baik, sebelum kita pergi kepada pusing badan kamu, saya nak sahkan dengan kamu, semasa kamu terbaring itu, tangan di atas, seluar dibuka, berlaku atau tidak kemasukan kemaluan ke dalam vagina kamu? J - Saya dapat rasakan benda tu masuk, tapi sikit. S - Macam mana kamu tahu? J - Sebab saya dapat rasakan. Ada sesuatu masuk ke dalam kemaluan saya. S - Ada sesuatu masuk, macam mana kamu tahu itu kemaluan? J - Sebab tangan dia berada di tangan saya. So kalau tangan dia pegang saya jadi saya nampak badan dia turun ke bawah. 22 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S - Jadi apabila kamu kata kemaluan masuk ke dalam kemaluan kamu tu, rasa kamu apa? J - Sakit. S - Kemudian kamu ingat tak agak-agak berapa lama kemaluan tertuduh ni masuk ke dalam kemaluan kamu semasa kamu berbaring? J - Saya dah tak boleh ingat. S - Lama? Kejap? J - Lama. S - Semasa itu apa kamu punya reaksi? J - Saya just menangis. S - Ada kamu cakap apa-apa pada tertuduh sebagainya? J - Saya cakap saya tak nak, itu saja. S - Jadi lepas kamu kata tak nak, sakit, menangis, apa respons tertuduh? J - Dia tak ada apa respons, dia just teruskan apa yang dia buat. S - Kamu rela dengan benda ni? J - Tidak. 23 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S - Kita teruskan lagi. Tadi kamu kata selepas itu kamu ditonggengkan. Maksud kamu? J - Dia pusingkan badan saya. S - Menjadi posisi apa boleh kamu ceritakan? J - Lutut saya dalam keadaan tegak. Saya menonggeng pada dia. Sebab dia tarik badan saya untuk duduk dalam posisi yang dia buat. Ketika itu saya dah tak cuba melawan sebab saya hanya menangis sahaja. Dalam keadaan posisi yang macam tu seingat saya dalam tempoh yang tak lama sebab saya ada dapat rasakan ada satu cecair panas macam ada air panas terkena pada kulit celahan paha saya. S - Berkaitan dengan posisi kamu menonggeng tadi, semasa kamu membuat posisi tersebut kamu berada di mana dalam bilik tu? J - Di bawah, maknanya dia di belakang saya. S - Di mana? Di lantai, di atas katil? J - Di atas katil. S - Dan pada ketika itu kamu kata tadi lutut kamu berada di mana? J - Atas katil dalam keadaan berdiri. Tangan lebar ke bawah, ke depan. S - Dan kamu kata tertuduh menarik kamu ke mana? J - Dia menarik saya supaya saya menonggeng. 24 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S - Menonggeng tu apa? J - S - Bahagian mana tubuh kamu? J - Punggung. S - Jadi semasa kamu menonggeng tu tertuduh ni berada di mana? J - Di belakang punggung saya. S - Apa yang tertuduh buat pada kamu di belakang? J - Semasa tu saya dapat rasakan kedua tangan dia pegang pinggang saya dan saya dapat rasakan ada benda masuk ke dalam kemaluan saya. S - Kamu tahu apa yang masuk dalam kemaluan kamu tu? J - Mungkin kemaluan dia. Sebab tangan dia berada di pinggang saya. S - Semasa dalam keadaan menonggeng macam tu lepas kamu kata mungkin kemaluan masuk ya, apa yang kamu rasa lah? J - Ketika tu saya rasa sakit dan saya punya kemaluan tu rasa panas, sakitlah macam kulit disiat, kulit dalam tu saya rasa macam melecet. 25 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S - Dan kamu kata tak lama lah menonggeng tu. Lebih kurang berapa lama? J - Saya tak boleh nak agak sebab benda tu saya rasa macam benda yang tak boleh brain. Jadi macam benda tu saya tak boleh nak jangka apa yang dia buat. S - Kamu kata benda tak boleh brain. Apa tu Atiqah? Benda tak boleh brain ni? J - Maksudnya benda yang terjadi tu betul ke terjadi kepada saya atau pun itu hanya ilusi saya. S - Kamu kata lepas tu kamu rasa air panas. Kena di mana? J - Di celah paha saya. S - Kamu tahu air apa tu? J - Masa tu saya tak tahu sebab keadaan gelap. S - Kemudian? J - Kemudian dia suruh saya masuk ke toilet untuk cuci kemaluan saya, jadi saya ke toilet, saya cuci dan saya ternampak satu cecair putih dekat celah paha dan juga terpercik dekat baju. Dan baju tu pun saya cuci. S - Saya nak tanya kamu ya, sepanjang perlakuan seks yang dibuat dengan kamu ni, bagaimana tertuduh ini dia berpakaian atau tidak semasa itu? J - Dia tidak berpakaian. (penekanan ditambah) 26 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [44] Keterangan SP1 di atas telah diterima oleh HMS sebagai keterangan yang membuktikan bahawa persetubuhan di antara tertuduh dengan SP1 berlaku secara paksaan dan tanpa kerelaan SP1. Mahkamah mendapati tiada kekhilafan dalam kesimpulan yang dibuat oleh HMS, memandangkan dalam keterangan tersebut, SP1 beberapa kali menyatakan bahawa tertuduh mengasarinya, dan SP1 meronta dan cuba melepaskan diri daripada tertuduh. SP1 juga memberi keterangan bahawa semasa kejadian, dia menangis, takut dan memikirkan bagaimana untuk melepaskan diri daripada tertuduh. [45] Bagi kes jenayah seksual, yang sering berlaku tanpa saksi lain melainkan pihak-pihak yang terlibat, kes PP v Mardai [1950] 1 MLJ 33 menyatakan bahawa: the evidence of the complainant must be corroborated; nevertheless it appears to me, as a matter of common sense, to be unsafe to convict in cases of this kind unless either the evidence of the complainant is unusually convincing or there is some corroboration of the complainant's story (penekanan ditambah) [46] Berdasarkan kes di atas, keterangan mangsa tidak perlu disokong oleh keterangan yang lain jika keterangan mangsa adalah . [47] Walaupun HMS menerima keterangan SP1 sebagai bukti bahawa persetubuhan di antara tertuduh dan SP1 berlaku dengan paksaan dan 27 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tanpa kerelaan, HMS mendapati keterangan SP1 bukanlah keterangan yang , yang tidak perlu disokong oleh keterangan lain. Oleh itu, dalam membuat kesimpulan bahawa persetubuhan berlaku dengan paksaan dan tanpa kerelaan SP1, HMS telah mengambil kira beberapa keterangan sokongan lain. [48] Mahkamah mendapati pendekatan yang diambil oleh HMS adalah betul. Mahkamah meneliti keterangan-keterangan sokongan yang diambil kira oleh HMS, untuk menentukan sama ada keterangan- keterangan tersebut sebenarnya menyokong dapatan HMS bahawa persetubuhan di antara tertuduh dan SP1 berlaku dengan paksaan dan tanpa kerelaan SP1. Keterangan-keterangan sokongan tersebut adalah seperti berikut: a. Latar belakang SP1; b. Status tertuduh; c. Kronologi hari kejadian; dan d. Tindakan pihak-pihak selepas kejadian. Latar belakang SP1 [49] HMS telah mengambil kira latar belakang SP1, yang merupakan anak kampung yang hanya meninggalkan kampung halamannya di Felda Bukit Kepayang, Bera, Pahang untuk menyambung pelajaran dan untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur, pada umur 23 tahun. HMS menganggap SP1 adalah seorang gadis kampung yang bersikap naif. 28 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [50] SP1 juga mempunyai mengalami masalah kemurungan, dan kerap mengalami masalah tidur dan sakit dada apabila menghadapi tekanan. SP1 telah mendapatkan rawatan bermula bulan Februari 2019 di Hospital Shah Alam dan telah disahkan mengalami Major Depressive Disorder. [51] Pakar-pakar psikiatri memberi keterangan bahawa keadaan SP1 menjadi lebih teruk selepas kejadian, dan diagnosisnya berubah daripada Major Depressive Disorder with Psychosis kepada Major Depressive Disorder with Anxiety, dan kemudian menjadi Major Despressive Disorder and Possible Borderline Personality Disorder, kerana menghadapi tekanan yang tinggi. Status tertuduh [52] Status tertuduh juga turut diambil kira dalam menentukan sama ada persetubuhan dilakukan dengan kerelaan SP1. [53] Tertuduh merupakan seorang penceramah selebriti yang dikenali ramai, dengan persona awam (public persona) yang mengagumkan. Dia muncul dalam program televisyen dan di universiti-universiti tempatan sebagai penceramah motivasi yang berasaskan agama. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa tertuduh menonjolkan imej sebagai seorang penceramah agama yang versatile, aktif, fasih berbahasa Arab, dan boleh menyanyi, berlakon dan berceramah. Imej ini membina kepercayaan masyarakat terhadapnya. [54] Tertuduh menggunakan akaun Instagramnya, @daisyed_, yang mempunyai pengikut-pengikut yang ramai, untuk berinteraksi dengan 29 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pengikut-pengikutnya. Semasa memberi keterangan, tertuduh mengakui menggunakan akaun tersebut untuk mencari kawan untuk berkenalan. Kronologi hari kejadian [55] Berdasarkan keterangan-keterangan di hadapan mahkamah, kronologi hari kejadian menunjukkan tertuduh dan SP1 hanya berkenalan pada hari kejadian, dan hanya pertama kali bertemu pada hari tersebut. [56] Tertuduh yang mula menyapa SP1, dengan membalas story SP1, yang dimuatnaik ke akaun Instagramnya, @Tiqah_tj. Tertuduh memberi keterangan berikut: : Kenapa awak nak reply dekat ig story Atiqah? J : Pada saat itu saya belum berkahwin dan saya mencari kawan untuk berkenalan, jadi saya reply ig story dia. S : Kenapa kepada akaun ig Atikah? J : Yang saya ingat, sebab dia berada dekat dengan saya dan kita boleh keluar dan berkawan, kerana dia juga berada di Shah Alam, dia berada di situ dan saya rasa boleh berkawan dengan dia. Dia selalu berada di I- City. S : Berapa kali awak tengok ig story sebab awak berkata selalu tengok dia? J : Saya lihat dia selalu berada di I-City. 30 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S : Bagaimana awak jumpa akaun dia? J : kita akan nampak postingan orang. Jadi saya nampak gambar dia di mall I-City Mall, sebab itu saya rasa nak (penekanan ditambah) [57] Jelas dilihat daripada keterangan di atas adalah bahawa tertuduh menyapa SP1 kerana melihat SP1 berada berdekatan dengan tertuduh di Shah Alam. Tertuduh juga mengetahui bahawa SP1 selalu berada di I- City Mall. [58] Semasa berbual dengan SP1 melalui Instagram, tertuduh beberapa kali mengajak SP1 untuk bertemu dengannya, untuk tujuan membincangkan masalah kemurungan SP1. Menurut keterangan- keterangan SP1 dan rakan sebilik SP1, Nur Shazeera Mohamad Shukri SP1 meminta SP7 menemaninya, tetapi SP7 tidak mahu turut bersama. [59] SP1 setuju keluar bersama tertuduh, dan tertuduh mengambil SP1 dari rumah sewa SP1 di Taman Mutiara Subang, Subang Jaya dengan kereta BMW tertuduh, yang dipandu oleh tertuduh. SP1 duduk di kerusi penumpang belakang kereta tertuduh. [60] Tertuduh membawa SP1 ke tempat makan di Batu 3, Shah Alam, dan selepas beberapa jam, kira-kira jam 11.00 malam, tertuduh mengesyorkan mereka berpindah ke tempat lain. 31 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [61] SP1 bersetuju dengan tertuduh, dan tertuduh dan SP1 menaiki kereta tertuduh. Menurut keterangan SP1, semasa di dalam kereta, tertuduh memaklumkan kepada SP1 bahawa tertuduh ingin pulang ke rumah. Apabila ditanya oleh SP1 sama ada terdapat sesiapa di rumah tertuduh, tertuduh menjawab bahawa pengawal peribadi tertuduh berada di rumah, dan rakan-rakan tertuduh selalu datang ke rumah tertuduh. [62] Tertuduh membawa SP1 ke rumah sewa tertuduh. Semasa tiba di tempat letak kereta rumah sewa tertuduh, tertuduh memberi SP1 kad akses bagi rumah tertuduh, dan menyuruh SP1 naik ke atas dahulu, manakala tertuduh menunggu di dalam kereta. Tetapi, SP1 tidak tahu menggunakan kad akses tersebut. SP1 memberi keterangan bahawa tertuduh memarahinya tentang perkara ini, dan kedua-dua tertuduh dan SP1 menaiki lif bersama untuk ke rumah sewa tertuduh. [63] SP1 menerangkan setibanya di rumah sewa tertuduh, dia memerhatikan terdapat selipar perempuan di luar rumah. Walau bagaimanapun, rumah tersebut dalam keadaan gelap, dan tiada orang di dalam rumah. [64] Setelah masuk ke rumah, tertuduh masuk ke bilik dan berbual menggunakan telefon bimbitnya selama kira-kira 30 minit. Pada waktu itu, SP1 berada di ruang tamu rumah sewa tertuduh. SP1 kemudiannya disuruh memasuki bilik tertuduh. [65] Dalam alasan penghakimannya, HMS memberi penerangan berikut tentang keadaan mental tertuduh pada waktu itu: 32 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [63] Tiba-tiba Tertuduh mengarahkan SP1 masuk ke bilik tidurnya dengan suara yang tinggi, dengan alasan mahu menutup lampu dan pendingin hawa di ruang tamu Pada masa ini, Tertuduh telah memarahi SP1 sebanyak 3 kali. Ketika mahu ke lif, ketika masuk ke rumah dan ketika disuruh masuk ke bilik demi menjimatkan elektrik ruang tamu. Perubahan pada watak yang ditonjolkan Tertuduh ini menyebabkan kemurungan SP1 terus menyerang. Oleh itu tindakan SP1 yang seterusnya adalah dipengaruhi oleh kemurungannya. Sepertimana yang diterangkan oleh SP5, minda pesakit mental boleh dipengaruhi oleh penyakitnya apabila berlaku suatu keadaan tertentu yang boleh memberikan tekanan kepadanya. [64] Sebagai pesakit yang telah disahkan menghidap Major Depressive Disorder with Psychosis sejak 12 Februari 2019 di Hospital Shah Alam, SP1 mengalami kemurungan yang ketara dan berterusan. Jika penyakit ini menyerang, SP1 akan menunjukkan simptom-simptom seperti rasa susah hati yang berpanjangan, hilang minat untuk melakukan apa-apa perkara, sukar untuk fokus, berasa letih yang berpanjangan, berputus asa, rasa seperti hidup tidak lagi berharga, mempunyai keinginan untuk membunuh diri dan mengalami gangguan tidur serta selera makan. Ini adalah gejala biasa yang telah diterangkan oleh SP5 mengenai pesakit Major Depressive Disorder. Oleh sebab itu menurut SP8 yang mana 33 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal turut disokong SP10, bagi mengawal gejala ini, SP1 dipreskripsikan ubat tablet Duloxetine sebanyak 120mg dan tablet Quetiapine sebanyak 200mg untuk diambil setiap malam. Duloxetine bertujuan untuk menstabilkan emosi SP1 yang mengalami kemurungan manakala Quetiapine diberikan sebagai ubat tambahan kepada ubat penyakit kemurungan untuk menstabilkan emosi pesakit kerana SP1 menunjukkan tanda- tanda depresi dan bipolar. [65] Tiada siapa yang tahu bagaimana pemikiran SP1 ketika dia setuju masuk ke dalam bilik tidur. Susah hati, hilang fokus, tidak tahu apa yang perlu dilakukan, berputus asa dan pasrah, letih. Semua ini adalah kemungkinan. Tambahan pula, SP1 tidak mengambil ubat yang sepatutnya diambil setiap malam, pada ketika itu. Keterangan SP1 tentang depresinya menyerang apabila berhadapan dengan situasi itu, adalah dipercayai kerana keterangan SP1 ini bukan keterangan yang probable. Keterangannya disokong dengan dapatan perubatan daripada SP5, SP8 dan SP10 tentang gejala Major Depressive Disorder with Psychosis. Keterangan SP1 yang tidak dapat membuat keputusan pada masa tekanan akibat serangan depresi adalah reliable. Segala tindakan SP1 pada masa ini adalah dipengaruhi, bukan saja sifat naif dan lurus, tetapi gejala kemurungan yang tidak mendapat penawarnya pada masa itu. (penekanan ditambah) 34 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [66] Mahkamah mendapati tiada kesilapan dalam analisis HMS berkenaan dengan tekanan mental yang dialami tertuduh semasa kejadian. Analisis tersebut mengambil kira latar belakang tertuduh, dan kemurungan yang dialami tertuduh, dan disokong dengan keterangan daripada pakar-pakar perubatan. [67] Adalah perlu ditekankan juga bahawa tertuduh bukanlah orang yang mana latar belakangnya tidak dikenali oleh SP1. Tertuduh dikenali bukan sahaja oleh SP1, tetapi oleh masyarakat secara umum di Malaysia sebagai pendakwah. Secara amnya, masyarakat menerima bahawa seorang pendakwah tidak akan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam, yang dianggap sebagai dosa besar. Perkara- perkara ini bersama dengan keadaan mental SP1 perlu diambil kira dalam menilai tindakan SP1 mengikut tertuduh ke rumahnya dan masuk ke dalam bilik tertuduh. [68] Secara keseluruhannya, mahkamah mendapati analisis yang dibuat oleh HMS menyokong dapatan bahawa persetubuhan di antara tertuduh dan SP1 berlaku tanpa kerelaan SP1. [69] Naratif yang dikemukakan bagi pihak tertuduh berkenaan hari kejadian adalah persetubuhan di antara tertuduh dan SP1 berlaku dengan kerelaan tertuduh, dan ini dapat dibuktikan kerana SP1 mempunyai beberapa peluang untuk melarikan diri. Namun, dia memilih untuk mengikuti tertuduh ke rumah sewa tertuduh dan memasuki bilik tertuduh. SP1 juga tidak membalas mesej-mesej yang dihantar kepadanya oleh SP7 melalui WhatsApp pada malam kejadian. 35 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [70] Mahkamah walau bagaimanapun mendapati kegagalan SP1 melarikan diri dan keluar daripada rumah tertuduh tidak membuktikan bahawa SP1 rela dengan persetubuhan yang berlaku, dan persetubuhan berlaku tanpa paksaan. Adalah penting untuk mahkamah menekankan bahawa hanya kerana SP1 berada di rumah sewa tertuduh pada lewat malam dan tidak keluar daripada rumah tertuduh tidak boleh sama sekali membuktikan kerelaan SP1 melakukan hubungan seks dengan tertuduh. Kegagalan SP1 membalas mesej-mesej WhatsApp SP7 juga tidak membuktikan kerelaan SP1 melakukan hubungan seks dengan tertuduh. Tindakan pihak-pihak selepas kejadian [71] Akhir sekali, HMS telah mengambil kira tindakan pihak-pihak selepas kejadian, untuk menentukan sama ada hubungan seks di antara tertuduh dan SP1 berlaku tanpa paksaan dan dengan kerelaan tertuduh. [72] Selepas perlakuan seks di rumah sewa tertuduh, SP1 berada di rumah tertuduh sehingga pagi keesokan harinya. Pada pagi tersebut, tertuduh menghantar SP1 ke lobi bawah rumah sewa tersebut, dan SP1 pulang ke rumah sewanya di Taman Mutiara Subang, Subang Jaya dengan menaiki Grab. Apabila SP1 tiba di rumah, dia menghantar mesej WhatsApp kepada tertuduh yang menyatakan, . [73] Tertuduh mendakwa penghantaran mesej-mesej oleh SP1 kepada tertuduh, termasuk mesej untuk memaklumkan kepada tertuduh yang SP1 telah sampai di rumah, menunjukkan SP1 tidak mempunyai masalah dengan hubungan seks yang berlaku, dan membuktikan hubungan seks berlaku dengan kerelaan SP1. 36 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [74] Mahkamah meneliti mesej-mesej yang ditukar di antara SP1 dan tertuduh selepas kejadian, dan mendapati bahawa SP1 beberapa kali cuba menghubungi tertuduh. Namun, tertuduh tidak membalas mesej- mesej tersebut, atau membalas dengan cara endah tak endah. SP1 juga berusaha berjumpa dengan tertuduh, tetapi tertuduh enggan berjumpa atas alasan tertuduh sibuk. [75] Mahkamah mendapati mesej-mesej yang dihantar oleh SP1 bukan menampakkan seseorang yang merelakan hubungan seks di antara tertuduh dan SP1. Sebaliknya, mesej-mesej tersebut menunjukkan kekesalan SP1 tentang kejadian yang berlaku. Dalam beberapa pertukaran mesej di antara tertuduh dengan SP1, tertuduh menampakkan seolah-olah kejadian di antara tertuduh dan SP1 tidak pernah berlaku. [76] Mesej-mesej berikut telah ditukar di antara tertuduh dan SP1 pada 28 Oktober 2019: : Bulan 11 ada free tak, saya nak jumpa awak sekejap je, I need your help, pease. Tertuduh : Inshaallah SP1 : Pernah tak orang Islam tanya awak, Allah tu betul ke wujud? Kenapa Dia tak dengar doa saya? Tertuduh : Allah wujud. Dia dengar awak SP1 : Atau sebab Dia murka kerana terlalu banyak dosa sehingga doa doa tak sampai ke langit 37 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Tertuduh : Wallahu aklam SP1 : Okayy Tertuduh : ? SP1 : Tertuduh : Tahu. SP1 : Baiklah saya cuba. N saya minta pada awak tolong jgn anggap saya perempuan murahan. Sampai skrg jati saya tidak tenang memikirkn bnda yang da jadi. Saya terkejut dgn apa dah jadi n mula tak percayakan agama Islam. Sbb saya triggered awk seorang dai tapi boleh buat perkara tu. maaf klau saya ada buat awk terasa. Tapi itu yg terbuku dalam hati saya. Saya tahu setiap orang tak terlepas daripada berbuat dosa. Tertuduh : Saya tak fikir awak mcm tu. Semoga Allah sentiasa (penekanan ditambah) [77] Dakwaan tertuduh adalah bahawa mesej-mesej yang dihantar membuktikan bahawa persetubuhan yang berlaku di antara tertuduh dan 38 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal SP1 berlaku dengan kerelaan SP1. Namun, hubungan di antara tertuduh dan SP1 menjadi retak kerana tertuduh tidak lagi melayani SP1. Ini menyebabkan SP1 membuat tuduhan rogol terhadap tertuduh. SP1 digambarkan oleh tertuduh sebagai atau kekasih yang telah terpedaya. [78] Mahkamah tidak bersetuju dengan dakwaan tertuduh. Mahkamah mendapati mesej-mesej yang ditukar di antara tertuduh dan SP1 menunjukkan bahawa SP1 bukanlah seorang jilted lover seperti yang didakwa oleh tertuduh. Sebaliknya, mesej-mesej yang dihantar oleh SP1 membayangkan mesej-mesej seorang mangsa rogol yang cuba mendapatkan penutupan (closure) atau penyelesaian berkenaan kejadian yang berlaku. [79] Dapatan ini adalah konsisten dengan keadaan kesihatan mental tertuduh, yang merosot selepas kejadian. Keterangan-keterangan di hadapan mahkamah menunjukkan bagaimana kemurungan SP1 menjadi semakin teruk selepas kejadian: a. SP7 memberi keterangan bahawa SP1 berada dalam ketakutan pada suatu malam, dan memaklumkan kepada SP7 bahawa ada orang sedang memerhatikannya. Keterangan ini adalah berkaitan dengan keterangan SP1 tentang amaran yang diberikan oleh tertuduh untuk tidak membangkitkan kejadian yang berlaku kepada sesiapa, kerana pengawal peribadi tertuduh akan sentiasa memerhatikan SP1; 39 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b. SP7 menemui SP1 dalam keadaan berlumuran darah selepas mengelar tangannya. SP1 dimasukkan ke wad Psikiatri dan Kesihatan Mental di Hospital Kajang pada 23 September 2019 hingga 8 Oktober 2019; c. Pada waktu ini, SP1 terus cuba menghubungi tertuduh. Dalam keterangan-keterangan berbentuk mesej-mesej kepada tertuduh, SP1 dilihat meminta pertolongan daripada tertuduh dan cuba mendapatkan penutupan (closure) dan penyelesaian berkenaan kejadian yang berlaku; d. Selepas keluar daripada Hospital Kajang, keadaan SP1 semakin merosot sehinggakan SP1 mahu membunuh diri. SP7 menghubungi kakak SP1, dan SP1 dibawa pulang ke Pahang untuk mendapat rawatan di Hospital Temerloh; dan e. SP1 dimasukkan ke Hospital Temerloh pada 19 Disember 2019, kerana mengalami gejala kemurungan dan gangguan halusinasi, dan cuba membunuh diri. SP1 diberi diagnosis Major Despressive Disorder and Possible Borderline Personality Disorder. [80] Mahkamah mendapati keadaan kesihatan mental SP1 yang merosot selepas kejadian menyokong kes pendakwaan bahawa persetubuhan di antara terutuduh dan SP1 berlaku dengan paksaan dan tanpa kerelaan SP1. 40 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [81] Seterusnya, tertuduh mendakwa kegagalan SP1 membuat laporan polis berkenaan kejadian pada 11 September 2019 pada masa yang terawal membuktikan bahawa SP1 rela dengan persetubuhan yang berlaku. [82] Mahkamah merujuk kepada kes Hairani Sulong v PP [1993] 2 CLJ 79, yang mendapati: g the commission of the offence by the complainant was stressed by learned Counsel for the appellant. But in my view delay in reporting an offence such as rape should not be taken as evidence of concoction without more. The reason for the delay should be considered in the light of the other relevant and admissible evidence available before (penekanan ditambah) [83] Dalam kes ini, mahkamah mendapati tiada kekhilafan dalam dapatan HMS bahawa sebab-sebab kelewatan pemfailan laporan polis oleh SP1 adalah munasabah. HMS telah mengambil kira keadaan kesihatan mental SP1 sejurus selepas kejadian, dan halangan ibu bapa SP1 yang keberatan untuk membuat laporan polis, kerana memikirkan isu kos. Perlu ditekankan bahawa keluarga SP1 adalah keluarga daripada kampung yang tidak memahami proses mahkamah. HMS juga tidak terkhilaf dalam menerima keterangan rakan SP1, Ainun Najwa Mohd Pauzi tertuduh, selepas berjumpa dengan SP1 pada bulan November 2020. 41 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kesimpulan [84] Secara keseluruhannya, dan setelah meniliti dan menilai keterangan-keterangan di hadapan mahkamah, mahkamah mendapati HMS tidak terkhilaf dalam dapatannya bahawa elemen-elemen bagi kesalahan di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan, iaitu: a. Persetubuhan berlaku di antara tertuduh dan SP1; b. Tertuduh memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1; dan c. Kemasukan kemaluan tertuduh ke dalam kemaluan SP1 berlaku secara paksaan atau tanpa kerelaan SP1. [85] Dapatan HMS dibuat dengan mengambil kira keterangan SP1 berkenaan dengan persetubuhan yang berlaku. Keterangan SP1 menunjukkan dengan jelas bahawa SP1 tidak rela dengan apa yang diperlakukan terhadapnya. SP1 menerangkan bahawa dia telah dikasari oleh tertuduh, dia meronta dan cuba melepaskan diri daripada tertuduh, dia memikirkan bagaimana untuk melepaskan diri daripada tertuduh. [86] HMS turut mengambil kira keterangan-keterangan lain yang menyokong keterangan tertuduh, iaitu: 42 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a. Latar belakang SP1, yang merupakan gadis kampung yang bersikap naif, dan mempunyai masalah kemurungan; b. Status tertuduh, yang merupakan penceramah motivasi yang berasaskan agama yang dikenali ramai, dengan persona awam (public persona) yang mengagumkan, dan yang dipercayai oleh orang ramai. Tertuduh menggunakan akaun Instagramnya, @daisyed_, untuk berinteraksi dengan pengikut-pengikutnya, termasuk tertuduh; c. Kronologi hari kejadian, yang menunjukkan tertuduh dan SP1 hanya berkenalan pada hari kejadian, dan hanya pertama kali bertemu pada hari tersebut. Tertuduh yang mula menyapa SP1 dan mengajak SP1 keluar, dan kemudian membawa SP1 ke rumah sewanya, atas alasan ingin membantu tertuduh dengan masalah kemurungannya dengan rawatan Islam; dan d. Tindakan pihak-pihak selepas kejadian, yang menunjukkan SP1 cuba menghubungi tertuduh untuk mendapatkan penyelesaian kejadian yang berlaku. Keadaan kesihatan mental SP1 yang merosot juga telah dibuktikan dengan keterangan pakar-pakar psikiatri yang merawat SP1. 43 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal F. Isu Ketiga: Sama Ada HMS Terkhilaf Dalam Mendapati Pembelaan Tertuduh Tidak Menimbulkan Keraguan Munasabah Terhadap Kes Pendakwaan [87] Dalam pembelaannya, tertuduh mendakwa hubungan seks yang berlaku di antara dia dan SP1 adalah dengan kerelaan SP1. HMS mendapati pembelaan tertuduh bersifat penafian semata-mata, dan terdapat percanggahan dalam keterangan-keterangan yang diberikan oleh tertuduh berkenaan kejadian yang berlaku. [88] Percanggahan ketara keterangan tertuduh dapat dilihat melalui pernyataan yang dibuat oleh tertuduh kepada pihak polis pada 25 Tertuduh pernyataan tersebut, tertuduh memberi jawapan berikut kepada soalan yang ditanya oleh pihak polis: S: ADAKAH BENAR KAMU ADA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SECARA PAKSAAN TERHADAP NUR ATIQAH BINTI MOHAMMAD GHAZALI PADA 11/09/2019 DI RUMAH KAMU DI ALAMAT TINGKAT 3 APARTMENT STUDIO I SOHO SEK 7 SHAH ALAM ? J: TIDAK. TIADA PAKSAAN. PADA SUATU TARIKH YANG SAYA TIDAK PASTI, SAYA TELAH TERIMA (1) MESEJ DARIPADA APLIKASI INSTAGRAM, DARIPADA AKAUN YANG SAYA TIDAK KENALI. KEMUDIAN PEMILIK AKAUN TELAH KENALKAN DIRI SEBAGAI ATIQAH DAN TELAH CERITA MASALAH BELIAU BERKAITAN MASALAH 44 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (penekanan ditambah) [89] Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS bahawa jawapan yang diberikan oleh tertuduh bercanggah dengan keterangan berupa mesej-mesej melalui Instagram yang ditukar di antara tertuduh dan SP1. Mesej-mesej tersebut jelas menunjukkan tertuduh yang menyapa SP1 dengan membalas Instagram story SP1, dan memulakan perbualan dengan SP1. [90] HMS juga menjelaskan percanggahan di antara Pernyataan Seksyen 112 Tertuduh dengan laporan polis yang difailkan oleh tertuduh, yang dibuat hanya sehari sebelum Pernyataan Seksyen 112 Tertuduh direkodkan. Laporan polis tersebut dibuat oleh tertuduh setelah tular tuduhan merogol terhadapnya di laman Twitter. Dalam laporan polis tersebut, tertuduh menafikan merogol seorang perempuan. Namun, di dalam Pernyataan Seksyen 112 Tertuduh, tertuduh mengakui bahawa hubungan seks berlaku di antara dia dan SP1. HMS mendapati adalah mustahil tertuduh tidak mengingati langsung perlakuan seks yang dilakukannya dengan SP1, sehingga dia dapat terus menafikan tuduhan yang tular di media sosial terhadapnya. [91] HMS seterusnya mengulaskan beberapa percanggahan- percanggahan lain, iaitu: a. Kenyataan tertuduh dalam Pernyataan Seksyen 112 Tertuduh bahawa dia menghantar SP1 pulang ke rumahnya pada jam 1.00 pagi pada 12 September 2019. Walau bagaimanapun, keterangan SP1 yang disokong 45 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal oleh mesej-mesej membuktikan SP1 pulang ke rumah sewanya pada keesokan harinya dengan menaiki Grab; b. Keterangan tertuduh bahawa sebelum membawa SP1 ke rumah sewa tertuduh, tertuduh membawa SP1 ke rumah sewa SP1 untuk menunjukkan kepada rakan-rakan serumah SP1 bahawa dia telah pulang ke rumah. Tertuduh tidak memanggil saksi-saksi, termasuk rakan- rakan serumah SP1, untuk menyokong keterangan tertuduh; dan c. Keterangan tertuduh bahawa dia tidak tahu tentang keadaan kemurungan SP1, sedangkan perkara itu dibincangkan oleh tertuduh semasa berbual melalui Instagram, sebelum kejadian. [92] HMS mendapati keterangan yang diberikan oleh tertuduh hanyalah penafian semata-mata dan tidak disokong dengan keterangan lain, serta keterangan yang direka-reka oleh tertuduh. [93] Secara amnya, dapatan HMS berkenaan keterangan dan pembelaan tertuduh adalah dapatan fakta yang dibuat oleh HMS setelah meneliti keterangan-keterangan, termasuk keterangan lisan oleh tertuduh sendiri. Mahkamah atasan tidak seharusnya mengganggu dapatan fakta yang dibuat oleh mahkamah bawahan, melainkan terdapat kesilapan yang jelas. Dalam kes 193, Mahkamah Persekutuan menyatakan di muka surat 215B: 46 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal an appellate court should be slow to disturb the finding of facts of the lower court especially here where there are concurrent findings of facts by two courts, namely the High Court and the Court of Appeal. Unless it can be shown that the findings of facts are not supported by the evidence or it is against the weight of evidence or that it is a perverse finding, it is not for us to disagree. Further, we should be slow to disturb the learned judge's assessment and finding on the demeanour of the witnesses. This is for the simple reason that he is the best person to observe their demeanour. We are handicapped as we have to (penekanan ditambah) [94] Berdasarkan penilaian dan penelitian mahkamah terhadap keterangan-keterangan yang dikemukakan, mahkamah mendapati bahawa tiada kekhilafan dalam dapatan HMS berkenaan tertuduh dan tingkahlaku tertuduh, dan dalam dapatan bahawa pembelaan tertuduh tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. G. Isu Keempat: Sama Ada Hukuman Yang Dijatuhkan Oleh HMS Terlampau Ringan [95] Berkenaan dengan rayuan terhadap hukuman, secara amnya mahkamah atasan tidak akan mengganggu hukuman yang dijatuhkan oleh hakim perbicaraan, melainkan hukuman tersebut adalah terlalu tidak 47 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mencukupi, terlalu berlebihan atau atau tidak sah di sisi undang-undang (lihat (supra), di perenggan 228C). [96] Mahkamah mendapati hukuman yang diberikan oleh HMS adalah munasabah. HMS telah mengambil kira bahawa hukuman yang diberikan tidak seharusnya menyebabkan ke atas tertuduh. [97] Mahkamah telah meneliti kes-kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk menyokong hujahan pihak pendakwaan bahawa hukuman yang dijatuhkan adalah terlampau ringan (grossly inadequate). Mahkamah mendapati kes-kes tersebut rata-rata melibatkan kekasaran dan kekerasan yang melampau, atau mangsa dibawa ke sesuatu tempat tanpa kerelaan mangsa dan dirogol. Kes-kes yang dirujuk oleh pihak pendakwaan termasuk: a. Chai Ruong Huei lwn Pendakwaraya [2016] MLJU 1895, yang melibatkan mangsa yang diperdaya dengan tawaran pekerjaan dan dibawa ke hotel, dan dirogol di dalam bilik hotel. Duit dan barang-barang mangsa juga telah diambil oleh tertuduh. Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 18 tahun dari tarikh jatuh hukum dan enam kali sebatan rotan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen; b. Shahrul Hafizam bin Samsul Kamal lwn Pendakwa Raya [2022] MLJU 2201, yang melibatkan pertuduhan merogol dan membunuh. Bagi kesalahan merogol, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 15 48 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tahun dari tarikh tangkapan dan sepuluh kali sebatan rotan yang dijatuhkan oleh Mahkamah TInggi; c. Amar Sufian bin Sulaiman v PP [2019] MLJU 801, yang melibatkan mangsa yang diambil daripada hentian bas oleh tertuduh yang berpura-pura sebagai teksi sapu. Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan dan lima kali sebatan rotan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen; dan d. Pendakwa Raya lwn Yong Choo Kiong [2023] 7 MLJ 744, yang melibatkan seorang majikan merogol pembantu rumahnya. Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan lima kali sebatan rotan ke atas tertuduh. [98] Mahkamah turut mendapati dalam kes-kes di atas, mahkamah atasan tidak mengganggu hukuman yang diberikan oleh mahkamah bawahan yang mendengar perbicaraan. [99] Dalam kes ini, walaupun mahkamah telah mendapati persetubuhan di antara tertuduh dan SP1 berlaku tanpa kerelaan SP1, namun tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa terdapat kekasaran atau kekerasan yang berlebihan semasa kejadian tersebut. [100] Oleh itu, mahkamah mendapati hukuman yang dijatuhkan oleh HMS adalah munasabah, dan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan. 49 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal H. Keputusan [101] Mahkamah menolak rayuan tertuduh dan rayuan pihak pendakwaan. [102] Keputusan Mahkamah Sesyen yang mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan adalah selamat dan dikekalkan. Hukuman penjara sepuluh tahun dan tiga kali sebatan rotan dikekalkan. Hukuman penjara bermula dari tarikh hukuman dijatuhkan oleh mahkamah ini. [103] Tertuduh memohon agar pelaksanaan hukuman yang dijatuhkan digantung sehingga rayuan tertuduh di Mahkamah Rayuan dilupuskan. Peguam tertuduh yang terpelajar menghujahkan bahawa terdapat isu-isu undang-undang yang rumit dalam kes ini, yang mewajarkan penggantungan pelaksanaan hukuman. Peguam juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh hadir ke setiap ke setiap prosiding mahkamah. Tertuduh juga mempunyai anak kecil berumur tiga bulan. [104] Mahkamah mendapati perkara-perkara yang dibangkitkan oleh peguam tertuduh yang terpelajar bukanlah keadaan-keadaan khas yang menjustifikasikan penggantungan pelaksanaan hukuman. Kesalahan di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan adalah suatu kesalahan yang serius, dan memandangkan mahkamah telah mendapati sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen adalah selamat, hukuman perlu dimulakan tanpa penggantungan. 50 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bertarikh 28 Januari 2026 ADLIN ABDUL MAJID Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Timbalan Pendakwa Raya Maizatul Munirah Abdul Rahman Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor Peguambela Abu Bakar Isa Ramat Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff Muhammad Amin Othman Norelly Etasya Affriena Mohd Zamri Nur-Diana Ezlyn Nashim Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak 51 S/N vZXcux8qf0S95w5eIdL3BQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal