[Polis Diraja Malaysia (PDRM)] Tajul Arus Bin Abdul Aziz
Prosecution failed to prove the accused’s knowledge of and control over the drugs beyond reasonable doubt; the key evidential fact (keys allegedly in accused’s pocket) was disputed and critical defence witnesses that prosecution had offered were not produced without explanation, causing prejudice and leaving...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-45-3-03/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Prosecution: Public Prosecutor; Defendant: Tajul Arus bin Abdul Aziz
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 13 November 2024
- Case Number
- BA-45-3-03/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Trial – Dangerous Drugs Act 1952 Offences / Judgment (post Trial; Defence Concluded)
- Outcome
- Accused acquitted and discharged on all charges
- Legal Topics
- Possession, Knowledge, Presumption of Possession (s37(d) Adb), Prima Facie Evidence, Right to Fair Trial, Failure to Produce Prosecution‑offered Witnesses
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Public Prosecutor
Prosecution
Tajul Arus bin Abdul Aziz
Defendant
Procedural Posture
Criminal Trial – Dangerous Drugs Act 1952 Offences / Judgment (post Trial; Defence Concluded)
Legal Issues
- 1 Whether prosecution proved possession and knowledge of dangerous drugs beyond reasonable doubt
- 2 Whether prosecution proved distribution (s39B) or whether charges should be treated as possession (s12/39A)
- 3 Whether presumption under s37(d) ADB could be relied on to prove knowledge
Ratio Decidendi
Prosecution failed to prove the accused’s knowledge of and control over the drugs beyond reasonable doubt; the key evidential fact (keys allegedly in accused’s pocket) was disputed and critical defence witnesses that prosecution had offered were not produced without explanation, causing prejudice and leaving reasonable doubt; accordingly the accused must be acquitted on all charges.
Court Disposition
Accused acquitted and discharged on all charges
Orders
- Accused Tajul Arus bin Abdul Aziz acquitted and discharged from all charges
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-45-3-03/2021 Kand. 18 02/12/2024 10:13:13 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-29-03/2021 NO: BA-45-3-03/2021 NO. BA-45-17-08/2021 PENDAKWA RAYA LAWAN TAJUL ARUS BIN ABDUL AZIZ LATAR BELAKANG [1] Tertuduh telah dituduh dengan pertuduhan-pertuduhan seperti berikut: KES NO. BA-45A-29-03/2021 Bahawa kamu pada 22 Jun 2020, jam lebih kurang 9.25 malam, di rumah No.1 Jalan 1/5, Taman Tun Abdul Razak, Ampang di dalam Daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengedar dadah berbahaya Heroin seberat 35 gram dan Monoacetylmorphines seberat 246 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B (2) Akta yang sama. 1 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal KES NO. BA-45-3-03/2021 Bahawa kamu pada 22 Jun 2020, jam lebih kurang 9.25 malam, di rumah No.1 Jalan 1/5, Taman Tun Abdul Razak, Ampang di dalam Daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memiliki dadah berbahaya Methamphetamine seberat 9.14 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama KES NO. BA-45-17-08/2021 1. Bahawa kamu pada 22 Jun 2020, jam lebih kurang 9.25 malam, di rumah No.1 Jalan 1/5, Taman Tun Abdul Razak, Ampang di dalam Daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah memiliki dadah berbahaya Heroin seberat 0.38 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama. 2. Bahawa kamu pada 22 Jun 2020, jam lebih kurang 9.25 malam, di rumah No.1 Jalan 1/5, Taman Tun Abdul Razak, Ampang di dalam Daerah Hulu Langat, di dalam Negeri 2 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Selangor Darul Ehsan telah memiliki dadah berbahaya Monoacetylmorphines seberat 0.89 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama. [2] Perbicaraan dijalankan dengan pemanggilan 8 orang saksi. Di akhir kes pendakwaan Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: KES NO BA-45A-29-03/2021 Pihak pendakwaan gagal membuktikan suatu kes prima facie bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) ADB tetapi telah berjaya membuktikan kes prima facie di bawah seksyen 12 (2) / 39A (2) ADB dengan penggunaan anggapan di bawah seksyen 37 (d) ADB. Justeru Tertuduh diarahkan untuk membela diri dibawah pertuduhan yang dipinda. KES NO. BA-45-3-03/2021 Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dengan penggunaan anggapan di bawah seksyen 37 (d) ADB. dan mengarahkan Tertuduh membela diri KES NO. BA-45-17-08/2021 3 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dengan penggunaan anggapan di bawah seksyen 37 (d) ADB. dan mengarahkan Tertuduh membela diri bagi kedua-dua pertuduhan [3] Fakta ringkas kes pihak pendakwaan adalah seperti berikut: Bertindak atas maklumat pada 22.6.2020 jam lebih kurang 9.15 malam, pengadu iaitu Insp.Darwis bin Aripin (SP6) bersama sepasukan anggota Polis telah pergi ke alamat No.1, Jalan 1/5, Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Selangor iaitu rumah yang disewa oleh Tertuduh. Sampai di rumah itu SP6 mendapati pintu pagar rumah bertutup rapat. SP6 bersama anggota serbuan buat pemerhatian lebih kurang 10 minit, dan telah dapati Tertuduh sedang duduk di atas kerusi hadapan meja kayu bahagian kiri tepi luar rumah tersebut. SP6 telah buat serbuan dengan memanjat pagar rumah dan telah menangkap Tertuduh dan setelah pemeriksaan badan dibuat SP6 telah menjumpai serangkai anak kunci kereta beserta alat kawalan jauh di dalam poket seluar yang dipakai oleh Tertuduh. Pemeriksaan lanjut di atas meja kayu di hadapan tempat Tertuduh duduk telah menjumpai (1) uncang kain bertulis DEBAUS di dalamnya terdapat (2) peket plastik lutsinar 4 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berisi bahan disyaki dadah heroin (A/B: 26 gram) dan (1) peket plastik lutsinar yang berisi bahan disyaki dadah syabu (AB: 13 gram) Dengan dipandu arah oleh Tertuduh, Tertuduh telah menunjukkan kepada SP6 sebuah kereta Toyota Alphard warna hitam nombor pendaftaran WJN 6 (kereta Alphard) yang dipakir di kawasan beranda (porch) rumah. Dengan menggunakan alat kawalan jauh pada kunci yang dirampas SP6 telah membuka kenderaan tersebut. Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut telah menjumpai di atas alas kaki penumpang baris belakang bahagian kanan kenderaan iaitu: i. (1) plastik beg warna oren mengandungi (11) peket plastik lutsinar/perak yang berisi bahan disyaki dadah heroin (Anggaran Berat:4950). ii. (1) plastik beg warna oren mengandungi (9) peket plastik lutsinar yang berisi bahan disyaki dadah heroin (A/B:4050 gram). (Anggaran berat keseluruhan: 9000 gram) Pemeriksaan lanjut di bahagian atas tempat duduk penumpang baris belakang bahagian kanan kenderaan tersebut telah menjumpai: 5 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal i. (1) kotak warna coklat bertulis Dextrose Mono 25 kg yang mengandungi (1) bungkusan plastik lutsinar yang diikat dengan pita kabel (cable tie) di dalamnya terdapat (1) bungkusan plastik lutsinar yang berisi bahan serbuk putih disyaki dadah (A/B:13000 gram). Pemeriksaan seterusnya di bahagian belakang tempat letak barang di dalam kenderaan tersebut, telah menjumpai set periuk nasi, tong dan tin gas, besen plastik, baldi, penapis, sudip, botol kaca, alat penimbang, dapur mudah alih, topeng muka, sarung tangan dan sebagainya. Turut dijumpai oleh pengadu di dalam ruangan tempat letak barang dashboard di hadapan tempat duduk penumpang bahagian hadapan kenderaan tersebut telah menjumpai (2) keping surat pelepasan kerja dan kebenaran kerja luar kawasan atas penama Tajul Arus bin Abdul Aziz, No.K/P: 661029-10-6553 Hasil analisa oleh Dr. Nur Nazihah bin Md Shahari Ahli Kimia (SP1) dari Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan dadah yang dirampas mengandungi dadah berbahaya sepertimana berikut: i. F1 .Satu uncang bertanda F berisi: 6 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a. Dua peket plastik bertanda F1 dan F2 yang mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna putih setelah dianalisis mengandungi berat bersih 0.38 gram heroin dan 0.89 gram monoacetylmorphines b. Satu peket plastik bertanda F3 yang mengandungi bahan kristal jernih setelah dianalisis mengandungi 9.14 gram methamphetamine. ii. F2 a. Satu beg plastik berwarna oren bertanda F berisi 11 peket plastik silver bertanda F1 hingga F11 yang mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna putih setelah dianalisis mengandungi 19.0 heroin dan 125.0 monoacteylmorphines. b. Satu beg plastik berwarna oren bertanda FA berisi 9 peket plastik bertanda FA1 hingga FA9 yang mengandungi bahan ketulan dan serbuk berwarna putih setelah dianalisis mengandungi 16.0 heroin dan 121.0 monoacteylmorphines. Heroin, Monoacetylmorphines dan Methamphetamine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 7 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal TUGAS MAHKAMAH PADA AKHIR KES PENDAKWAAN [4] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah harus meneliti bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan secara maksima untuk menentukan sama ada pendakwaan telah membuktikan kes prima facie atau tidak. Ia adalah seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Bukti yang dikemukakan haruslah begitu kukuh dan boleh dipercayai yang membuktikan setiap unsur kesalahan dan hanya boleh dipatahkan dengan pembuktian sebaliknya. Ini adalah kerana, jika Tertuduh memilih untuk tetap berdiam diri, dia boleh disabitkan bersalah. (Rujuk kes Looi Kow Chai & Anor v. Pendakwa Raya [2003] 1 CLJ 734; PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457); Balachandran SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN TELAH MEMBUKTIKAN KESNYA [5] Elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan bagi kesemua pertuduhan yang dihadapi oleh Tertuduh di bawah ADB adalah seperti berikut: 1. Dadah tersebut tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 2. Tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut 8 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Manakala terdapat elemen tambahan bagi pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) ADB iaitu: 3. Tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut. Elemen Pertama: Dadah tersebut tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 [6] Di dalam kes ini, tidak keraguan lagi bahawa dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya jenis Heroin, Monoacetylmorphines dan Methamphetamine seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB. Ia juga telah disahkan melalui keterangan Ahli Kimia (SP1) dan laporan kimia iaitu ekshibit P13. Mahkamah mendapati tidak terdapat lompang di dalam rantaian keterangan berkenaan barang kes tersebut semenjak ia dirampas sehinggalah ia dikemukakan di Mahkamah. Saksi-saksi telah mengenal pasti dadah-dadah tersebut melalui penandaan-penandaan yang dibuat. Setiap saksi telah membuat pengecaman yang positif terhadap barang kes dadah tersebut di Mahkamah sehingga kesimpulan yang dapat dibuat adalah:- ia adalah barang kes yang sama yang telah dirampas oleh pihak polis, diserahkan kepada pegawai penyiasat, dihantar untuk analisis oleh Ahli Kimia dan dikemukakan di Mahkamah ini. 9 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Elemen Kedua: Tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut Elemen Ketiga: Tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut. [7] Adalah menjadi undang-undang yang mantap, bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah berbahaya tersebut. Pembuktian ‘milikan’ bermaksud pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen fizikal dan mental (pengetahuan) tertuduh berkaitan dengan dadah berbahaya jenis Heroin, Monoacetylmorphines dan Methamphetamine. [8] Dadah berbahaya itu dikatakan berada dalam milikan tertuduh apabila dia berada dalam kedudukan, sama ada dari segi fizikal atau mental yang membolehkannya untuk berurusan dengannya sebagai pemilik dengan mengecualikan semua orang lain. Mahkamah merujuk kepada kes Chan Pean Leon v PP (1956) 22 MLJ 237,Thomson J menjelasan ‘milikan’ sebagai:- "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edn., p. 304): "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, 10 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element, which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case… ..Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there 11 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. [9] Di dalam kes ini, dadah berbahaya Heroin seberat 35 gram dan Monoacetylmorphines seberat 246 gram iaitu pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) ADB bagi Kes No. BA-45A-29-03/2021 telah dijumpai di dalam kereta Alphard. Manakala dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 9.14 gram iaitu pertuduhan di bawah seksyen 12(2) / 39A (1) ADB bagi Kes No. BA-45-3-03/2021 dan dadah berbahaya jenis Heroin seberat 0.38 gram dan Monoacetylmorphines seberat 0.89 gram bagi Kes No. BA-45-17- 08/2021 telah dijumpai di dalam uncang kain bertulis DEBAUS. yang berada di atas meja kayu di hadapan Tertuduh duduk. [10] Keterangan SP6 mengatakan kunci dan alat kawalan jauh kereta Alphard berada di dalam poket seluar Tertuduh manakala uncang kain bertulis DEBAUS berada di atas meja kayu di hadapan Tertuduh duduk. Pada masa itu hanya Tertuduh sahaja yang berada di luar rumah manakala pintu pagar tertutup rapat. Di ruangan tempat letak barang dashboard hadapan di tempat duduk penumpang kereta Alphard telah dijumpai (2) keping surat pelepasan kerja dan kebenaran kerja luar kawasan atas penama 12 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Tertuduh. Keterangan ini membuktikan elemen fizikal bahawa Tertuduh berada di dalam kedudukan boleh berurusan dengan dadah yang berada di dalam kereta Alphard dan di atas meja kayu yang berada dekat dengannya itu pada bila-bila masa dia mahu dengan mengecualikan orang lain. Dokumen atas namanya juga menunjukkan kaitan Tertuduh secara fizikal dengan kereta tersebut [11] Untuk membolehkan pihak pendakwaan bergantung kepada anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB bagi membuktikan elemen pengedaran, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah yang berada di dalam kereta Alphard itu. Melalui keterangan Inspektor Fitri Farhan Bin Wan Chik (SP8) iaitu pegawai penyiasat di dalam kes ini, pemunya berdaftar kereta Alphard tersebut merupakan seorang yang bernama Wan Mohd Najib Bin Wan Mohamad yang telah disahkan meninggal dunia pada 5/2/2015. Namun begitu, siasatan SP8 berkenaan kereta Alphard telah terhenti di situ. Tiada renteten keterangan bagaimana kereta Alphard itu boleh berada di dalam kawasan rumah Tertuduh atau telah diserahkan kepada Tertuduh. Kecuali kunci yang berada di dalam poket seluarnya, saya mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan 13 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pengetahuan Tertuduh berkenaan dengan dadah yang berada di dalam kereta Alphard itu. [12] Saya juga mendapati keterangan SP6 bahawa Tertuduh dalam keadaan terkejut dan cemas ketika ditahan tidak dapat membuktikan elemen pengetahuan Tertuduh. Ini adalah kerana mengikut keterangan SP6 sendiri, beliau telah memanjat pagar rumah Tertuduh semasa serbuan dilakukan. Dalam keadaan ini tentulah sesiapa pun akan berasa terkejut dan cemas. Sayà merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes PP v. Tan Tatt Eek [2005] 4 CLJ 460 yang memutuskan seperti berikut:- The factum of the respondent having dropped the bag and displayed reaction of shock can be facts upon which the prosecution can invite the trial court to infer guilt on part of the respondent over the presence of the drugs in the bag. But such conduct is equally consistent with an innocent man who is in a state of pure panic reacts in that way [13] Saya adalah terikat untuk membuat inferen yang memihak kepada Tertuduh. Justeru tingkah laku Tertuduh yang kelihatan terkejut dan cemas tidak dapat membantu kes pendakwaan dalam membuktikan elemen pengetahuan Dengan ketiadaan keterangan-keterangan yang jelas yang membolehkan Mahkamah membuat inferen 14 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pengetahuan Tertuduh terhadap dadah berbahaya itu, pendakwaan tidak boleh bergantung kepada anggapan di bawah seksyen 37 (da) ADB bagi membuktikan elemen pengedaran. [14] Dengan kegagalan pendakwaan membuktikan elemen pengedaran, pihak pendakwaan hanya boleh membuktikan elemen milikan dengan menggunakan peruntukan di bawah seksyen 37 (d) ADB bagi membuktikan elemen pengetahuan. Seksyen 37(d) menyatakan: (d) any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug; [15] Mahkamah telah mendapati bahawa Tertuduh mempunyai dalam jagaan atau di bawah kawalannya dadah berbahaya tersebut, maka peruntukan anggapan di bawah seksyen ini akan berkuat kuasa; bahawa Tertuduh dianggap telah memiliki dadah tersebut dan dianggap telah mengetahui sifat dadah itu. Justeru Tertuduh dipanggil membela diri bagi kesemua pertuduhan yang dihadapinya iaitu bagi kes no: BA-45-3-03/2021 dan kes no BA- 15 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 45-17-08/2021. Manakala bagi pertuduhan seksyen 39B (1) (a) ADB bagi kes no BA-45A-29-03/2021, Mahkamah meminda pertuduhan tersebut kepada pertuduhan di bawah seksyen 12 (2) / 39A (2) ADB dan memanggil Tertuduh membela diri bagi pertuduhan pindaan. Pertuduhan pindaan adalah berbunyi begini. Bahawa kamu pada 22 Jun 2020, jam lebih kurang 9.25 malam, di rumah No.1 Jalan 1/5, Taman Tun Abdul Razak, Ampang di dalam Daerah Hulu Langat, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah di dapati dalam milikan kami dadah berbahaya Heroin seberat 35 gram dan Monoacetylmorphines seberat 246 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A (2) Akta yang sama. KES PEMBELAAN [16] Apabila pertuduhan dibacakan,Tertuduh telah minta untuk dibicarakan. Dia telah memberikan keterangan bersumpah. Pembelaan juga telah memanggil seorang saksi iaitu anak perempuannya Shareena Shahira binti Tajul Arus (SD2) dan memanggil semula saksi pendakwaan Syed Adrin Putra bin 16 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Abdullah (SP7) iaitu kawan Tertuduh. Keterangan pembelaan adalah seperti berikut: Pada tarikh 21/6/2020 sekitar jam 9:30 malam, Tertuduh telah dihubungi oleh Syed Adrin (SP7) untuk berjumpa di rumahnya yang beralamat di No.3, Elitis Dahina South Golf Presinct Valencia, Sungai Buloh, Selangor. Tujuannya adalah untuk meminjam kereta Alphard untuk ditunjukkan kepada pelanggan SP7 yang ingin membeli kereta Alphard tersebut. Tertuduh telah menghantar kereta Alphard tersebut kepada SP7 sekitar jam 1.30 pagi pada 22/6/2020 dan telah diambil oleh isterinya yang bernama Farraizan binti Abd Murad dari rumah SP7 untuk balik ke rumahnya. Tertuduh juga mengatakan kereta Alphard tersebut telah diserahkan kepada isteri Tertuduh oleh seorang perempuan bernama Faridah iaitu isteri kepada pemilik berdaftar kereta itu pada sekitar tahun 2019. Ia bertujuan agar Tertuduh mencari pembeli kepada kereta Aphard tersebut. Namun begitu sehingga Tertuduh ditangkap, kereta itu masih gagal dijual. Oleh itu, kereta tersebut telah ditinggalkan di rumah dan digunakan oleh isteri Tertuduh. Tertuduh mengatakan dia jarang menggunakan kereta tersebut kerana dia ada kereta sendiri iaitu sebuah kereta Audi S5 nombor pendaftaran WHA 110. Pada tarikh 17 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang sama iaitu 22/6/2022, Tertuduh telah ke Kuala Selangor dengan menaiki kereta Audi daripada jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. Setelah sampai di rumah, dia melihat kereta Alphard tersebut diparkir hadapan rumah dan dimaklumkan oleh isterinya bahawa SP7 telah memulangkan kereta tersebut pada sekitar jam 5.00 petang pada hari yang sama dan kunci kereta itu telah diambil oleh pembantu rumahnya dan digantung di dinding rumah. Pada malam yang sama, sekitar jam 9.20 malam ketika Tertuduh selesai menghisap rokok di kerusi kayu di hadapan rumah, tiba-tiba sekumpulan lelaki telah memanjat pagar dan masuk ke kawasan rumahnya. Pada masa itu Tertuduh tidak mengetahui mereka adalah pasukan polis. Justeru dia berasa sedikit terkejut dan cemas kerana menyangka mereka ingin merompaknya. Tertuduh menyatakan polis telah membuat pemeriksaan badan dan di poket seluarnya telah dijumpai kunci kereta Audi. Tertuduh menafikan kunci kereta Alphard dijumpai di dalam poket seluarnya tetapi menyatakan ia telah dijumpai tergantung di dinding rumahnya dengan isteri, ibu mertua, anak perempuan dan pembantu rumahnya menjadi saksi kepada proses pemeriksaan di dalam rumah dan jumpaan pihak polis kunci kereta Alphard tersebut. 18 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Tertuduh menafikan mempunyai pengetahuan terhadap dadah berbahaya yang dijumpai di dalam kereta Alphard. Tertuduh juga menafikan mempunyai pengetahuan terhadap dadah berbahaya yang dijumpai di dalam beg uncang DEBAUS tersebut dengan mengatakan dia tidak pernah membuka bungkusan kain tersebut dan hanya berada di situ selama 10 minit sahaja. Tertuduh juga mengatakan seluruh ahli keluarganya iaitu isteri, ibu mertua, anak perempuan, dua orang anak lelaki dan pembantu rumah telah ditahan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang (IPD Ampang) untuk tujuan siasatan. Tertuduh juga telah dibawa oleh polis ke rumah SP7 dan polis telah menahan SP7 dan teman wanitanya bernama Ratnee Nimnoun. Ketika di IPD Ampang, Tertuduh telah dimaklumkan oleh pegawai serbuan bahawa kesemua ahli keluarganya akan dituduh di Mahkamah sekiranya Tertuduh tidak mengaku bahawa kunci kereta Alphard dijumpai di dalam poket seluarnya. [17] Di akhir kes pihak pendakwaan terdapat beberapa orang saksi pendakwaan yang telah ditawarkan kepada pihak pembelaan. Daripada Senarai Saksi Pendakwaan (Exhibit P10), terdapat 4 orang saksi yang secara khusus dikehendaki oleh pihak pembelaan iaitu:- 19 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (a) Farraizan binti Abd Murad (isteri Tertuduh) – saksi nombor 36; (b) Ramlah binti Ishak (ibu mertua Tertuduh) – saksi nombor 37; (c) Ratnee Nimnoun – (teman wanita SP7) saksi nombor 40; dan (d) Shareena Shahira binti Tajul Arus (anak Tertuduh) – saksi nombor 41 [18] Hanya anak perempuan Tertuduh iaitu Shareena Shahira berjaya dikesan oleh pihak pendakwaan dan dipanggil sebagai saksi pembelaan kedua. Saksi ini telah memberikan keterangan menyokong keterangan Tertuduh dengan mengatakan kunci kereta Alphard tersebut telah dijumpai oleh pihak polis tergantung di dinding dalam rumahnya. Saksi-saksi lain telah gagal dikesan dan dikemukakan kepada pihak pembelaan. [19] SP7 juga telah dipanggil semula oleh pihak pembelaan dimana saksi ini mengesahkan dia ada meminjam kereta Alphard tersebut pada awal pagi hari Tertuduh ditangkap dengan tujuan untuk ditunjukkan kepada pelanggan yang berminat untuk membelinya. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [20] Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa di akhir pembelaan, Mahkamah hendaklah mempertimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan secara maksima dan 20 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Maksud keraguan yang munasabah telah diterangkan di dalam kes Public Prosecutor v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115. Menurut Hakim Sharma, keraguan munasabah adalah keraguan yang membuat anda teragak-agak tentang kebenaran kesimpulan yang anda capai setelah meneliti kesemua keterangan. (Rujuk juga kes Mahkamah Agung di dalam kes Mohamad Radhi Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 1 CLJ Rep 311.) SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN BERJAYA MEMBUKTIKAN KES MELAMPAUI KERAGUAN MUNASABAH [21] Mahkamah telah mendengar dan membuat penilaian maksima terhadap keterangan saksi-saksi pembelaan dan keseluruhan keterangan yang dikemukakan. Mahkamah juga telah meneliti hujahan pihak-pihak serta undang-undang yang berkenaan dan Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes mereka diluar keraguan munasabah bagi kesemua pertuduhan terhadap Tertuduh. Justeru Tertuduh dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan-pertuduhan yang dihadapinya. [22] Keterangan penting pihak pendakwaan bagi mengaitkan Tertuduh dengan kereta Alphard dimana dadah-dadah tersebut ditemui 21 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal adalah kunci kereta tersebut yang dikatakan dijumpai di dalam poket seluar Tertuduh. Pihak pendakwaan juga bergantung kepada keterangan bahawa Tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan terhadap kereta tersebut bagi membuktikan pengetahuan Tertuduh. Selain itu pihak pendakwaan juga bergantung kepada keterangan bahawa Tertuduh mempunyai jagaan atau kawalan terhadap beg uncang DEBAUS bagi membuktikan pengetahuan Tertuduh. [23] Keterangan ini telah dibantah dan dicabar dengan hebatnya oleh pihak pembelaan semenjak kes pendakwaan lagi dengan mengatakan bahawa kunci kereta Alphard tersebut sebenarnya diambil dari tempat penggantungan di dinding dalam rumahnya. Pembelaan juga mengatakan kereta tersebut sering digunakan oleh isteri Tertuduh dan telah diambil oleh SP7 untuk dijual sebelum rampasan dadah dibuat. Pembelaan juga mengatakan uncang dimana dadah ditemui berada di atas meja di luar rumah dimana kesemua orang di dalam rumah mempunyai akses kepadanya. [24] Untuk membuktikan fakta ini pihak pembelaan memerlukan saksi- saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan iaitu ahli keluarga Tertuduh yang tidak dinafikan pada hari tersebut memang berada di dalam rumah tersebut. Pihak pembelaan juga memerlukan teman wanita SP7 bagi membuktikan bahawa SP7 ada meminjam kereta Alphard tersebut pada awal pagi hari rampasan dadah dibuat. 22 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Walau bagaimanapun pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan saksi-saksi ini dan tiada penjelasan munasabah berkenaan kegagalan ini. [25] Walaupun saya meragui kebenaran keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan terutamanya keterangan daripada Tertuduh sendiri, saya mendapati kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan saksi-saksi pendakwaan yang ditawarkan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Ini adalah kerana saya mendapati ia telah menyebabkan Tertuduh tidak diberikan perbicaraan yang adil dan tidak dapat mengemukakan keterangan pembelaan secara penuh bagi membolehkan saya meneliti kredibiliti saksi-saksi tersebut. [26] Adalah tidak wajar untuk saya mengatakan bahawa saksi-saksi ini tidak penting seperti yang telah dihujahkan oleh pihak pendakwaan. Ini adalah kerana saya masih belum mendengar keterangan mereka yang perlu diuji dengan soalan-soalan oleh pihak pembelaan dan juga soalan balas oleh pihak pendakwaan. Justeru persoalan timbul, terdapat kemungkinan kunci kereta Alphard itu ditemui tergantung di dinding dalam rumah Tertuduh dan bukannya dirampas dari poket seluar Tertuduh. Terdapat juga kemungkinan isteri Tertuduh adalah orang yang sering menggunakan kereta Alphard itu. Kemungkinan juga kereta itu telah dipinjam oleh SP7 23 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sebelum rampasan dadah dibuat. Ia hanya boleh ditentukan tanpa keraguan munasabah, setelah pihak pembelaan diberikan peluang memanggil saksi-saksi yang telah ditawarkan itu. [27] Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan yang telah dikemukakan oleh pihak pembelaan iaitu PP v. Asnawi Yusuf [2012] 3 CLJ 41 yang memutuskan seperti berikut: (1) When witnesses were offered by the prosecution to the defence at the end of the case for the prosecution, it was the bounden duty of the prosecution to avail those witnesses for the defence. If in the exercise of that duty, the prosecution failed to fulfill that obligation, the accused must be acquitted. In the present case, the three witnesses were offered to the defence by the prosecution. The defence too had alerted the prosecution of their wish to call them and that made it all the more imperative for the prosecution to avail them. The reason proffered by the prosecution that they could not be traced as they were Indonesians was simply untenable and indefensible particularly in this case which involved the liberty of an individual. (paras 23 & 25) (2) It was in evidence that the three witnesses were arrested and brought to the police station. They were important and material witnesses to the defence of the respondent as they 24 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal were the only people who could testify and establish the existence of Fakrullah. The respondent was innocent until proven guilty and he must be given every opportunity to substantiate his story. Without those three witnesses, the respondent would not be able to do so. The failure by the prosecution to secure their attendance once they were offered as witnesses to the defence, had occasioned a miscarriage of justice. Further, there was a doubt in the prosecution’s case as the testimonies of the three witnesses were required to establish the existence of Fakrullah and the role he played in this case. (paras 24-26 & 29) [28] Sekali lagi saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan iaitu Masoumeh Gholami Khaveh v. PP [2013] 5 CLJ 59 yang memutuskan bahawa Mahkamah ini perlu menilai kepentingan keterangan saksi-saksi yang ditawarkan itu kepada kes pembelaan setelah mendengar keterangan mereka dan bukannya terus membuat kesimpulan sebelum itu. Kes tersebut menyatakan seperti berikut: (1) SP3 ought to have conducted a trace on Amin to secure his attendance before the trial started and certainly before he was offered to the defence. However, there was no effort taken by SP3 to find out the whereabouts of Amin before the 25 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal commencement of trial. The conduct of SP3, to trace Amin only after the commencement of the trial, was most unsatisfactory and unacceptable. (para 15) (2) Even though Amin was not an important witness in the unfolding of the narrative of the prosecution’s case, it did not relieve the learned trial judge from determining whether Amin was an important and material witness as far as the defence was concerned. The learned trial judge had misdirected herself in that she overlooked and failed to appreciate the importance of Amin to the defence’s case as he was the one who could raise a reasonable doubt on the prosecution’s case. Hence, the appellant had been seriously prejudiced. (para 18) (3) The appellant’s right to a fair trial had been compromised as a result of the failure on the part of the prosecution to secure the attendance of Amin. The conviction of the appellant was thus rendered unsafe as the appellant might have lost a chance which was fairly opened to her of being acquitted. There had been occasioned a failure or miscarriage of justice. (para 19) KESIMPULAN [29] Di dalam kes ini tiada apa-apa penjelasan yang diberikan oleh pihak pendakwaan berkenaan kegagalan mereka mengemukakan saksi- 26 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal saksi yang ditawarkan. Oleh itu, Tertuduh telah tidak diberikan peluang untuk mengemukakan pembelaannya secara penuh yang mengakibatkan haknya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil terjejas. Justeru Mahkamah tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil jalan selamat iaitu melepas dan membebaskan Tertuduh dari kesemua pertuduhan yang dihadapinya. Bertarikh pada 13 November 2024 ROSZIANAYATI AHMAD Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah 3 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Perayu / Pendakwa Raya Maizatul Munirah Binti Abdul Rahman bersama Rosnee Binti Mohd Radzuan Timbalan Pendakwa Raya Kamar Peguam Negara Aras 5, No 45,Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya Responden / Peguambela Kee Wei Lon bersama Ee Gen You Tetuan Mustafa Ling & Co. Peguambela & Peguamcara Suite A205 Block A (Lift Lobby 03 & 05) Pusat Dagangan Phileo Damansara 1 No 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara 46350 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan 27 S/N LOsHPK/LEySihf9VVufwQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal