TEIK JOO CHAN SDN. BHD.
The prosecution failed to establish a prima facie case under s57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 because critical elements were unproven or undermined: digital images were inadmissible without s90A proof, the weighing-related exhibits were incomplete or inconsistent (missing trailer identification,...
Source-derived case information.
- Citation
- AI-87-16-06/2023 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Prosecution: Public Prosecutor; Defendant: Teik Joo Chan Sdn Bhd
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 21 February 2025
- Case Number
- AI-87-16-06/2023 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Criminal Transport Offence Under Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 / Post Trial (magistrate Acquittal at Close of Prosecution); Prosecution Has Filed Appeal
- Outcome
- Accused (Teik Joo Chan Sdn Bhd) discharged and acquitted; prosecution failed to make out a prima facie case
- Legal Topics
- Overloading Vehicle, Prima Facie Test, Chain of Custody, Calibration of Weighing Machines, Admissibility of Digital Images (s90 A), Defective Charge Particulars, Burden of Proof
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Public Prosecutor
Prosecution
Teik Joo Chan Sdn Bhd
Defendant
Procedural Posture
Criminal Transport Offence Under Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 / Post Trial (magistrate Acquittal at Close of Prosecution); Prosecution Has Filed Appeal
Legal Issues
- 1 Whether prosecution established a prima facie case under s57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010
- 2 Admissibility of mobile phone photographs under s90A Evidence Act
- 3 Completeness and identity of exhibits (missing trailer number on notice and discrepancies between documents)
Ratio Decidendi
The prosecution failed to establish a prima facie case under s57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 because critical elements were unproven or undermined: digital images were inadmissible without s90A proof, the weighing-related exhibits were incomplete or inconsistent (missing trailer identification, incomplete calibration documentation, discrepancies between permits and tickets), and the chain of custody and correct particulars of offence (time/place) were not established, creating reasonable doubt such that the accused could not properly be called to defend.
Court Disposition
Accused (Teik Joo Chan Sdn Bhd) discharged and acquitted; prosecution failed to make out a prima facie case
Orders
- Accused released and acquitted without being called to enter defence pursuant to section 173(f)(ii) CPC
- Prosecution case dismissed for failure to prove prima facie case
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
AI-87-16-06/2023 Kand. 81 03/05/2025 14:25:40 1DALAM MAHKAMAH MAJISTRET SLIM RIVER DALAM DAERAH SLIM RIVER DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA KES JENAYAH NO. AI-87-16-06/2023 ANTARA PENDAKWARAYA LAWAN TEIK JOO CHAN SDN BHD ALASAN PENGHAKIMAN LATAR BELAKANG KES [1] Orang Kena Saman (OKS) dalam kes ini telah dituduh dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 seperti berikut : “Bahawa kamu pada 31.05.2023 lebih kurang jam 8.30malam bertempat di Hentian Rehat Slim River Arah Selatan, Jalan Ipoh ke Tanjung Malim, Perak di dalam Daerah Muallim di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan sebagai Pengendali Berlesen Kenderaan barangan bernombor pendafataran RS 6820 T/AA 1477 yang telah dielesenkan di bawah Lesen Pengendali SPAD : 176826X, No. Rujukan Permit : 1A0040021-5/17 telah di dapati membenarkan pemandu Davindran a/l V. Subramaniam – No KP : 780128-08-6609 memandu kenderaan tersebut diatas jalanraya dengan membawa muatan PASIR sebanyak 108,430 kg melebihi muatan sebanyak 57,430kg (112.61%) dari Berat Dengan Muatan seperti mana yang di benarkan di dalam lessen atau Permit sebanyak 51,000kg. Oleh yang demikian, kamu telah di dapati melanggar peruntukkan di bawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57(3) dan di bawah Seksyen 80(4) Akta yang sama Hukuman : Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) denda tidak kurang daripada RM 1,000 tetapi tidak melebihi RM 500,00 atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. Dan 1 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) : Jika di buktikan sehingga memuaskan hati mahkamah, dan kenderaan berkaitan yang disita hendaklah dilucuthakkan.” [2] Selepas pertuduhan dibacakan dan diterangkan kepada OKS, OKS telah mengaku tidak bersalah dan mohon untuk bicara. [3] Kes bicara telah bermula dan pihak pendakwaan telah memanggil seramai sebelas (11) orang saksi bagi kes di tahap pendakwaan seperti berikut: a) SP1 : Encik Mohd Fikri bin Muhammat (Ketua Operasi) b) SP2 : Encik Mohd Zainuddin bin Busran (Anggota Pasukan Operasi) c) SP3 : Encik Mohd Noor Hafiza bin Ismail (Anggota Pasukan Operasi) d) SP4 : Encik R.Yogeswaran (Pegawai rekod Kenderaan) e) SP5 : Encik Mod Tarmizi bin Abu Bakar (Pegawai Rekod Pengendali) f) SP6 : Encik Mohd Firdaus bin Baharuddin (Pegawai Timbang Kenderaan) g) SP7 : Encik Mohd Najmy bin Mohd Noor (Anggota Timbang Kenderaan) h) SP8 : Encik Raja Mohamad Hariri bin Raja Mohamed Effendi (Anggota Timbang Kenderaan) i) SP9 : Encik Ahmad Afiq bin Baharuddin (Pegawai dari De Metrology Sdn. Bhd.) j) SP10 : Encik Muhammad Safarel bin Saad (Pegawai Penguatkuasan KPDN Selangor) k) SP11: Encik Nor Azam bin Ismail (Pegawai Penyiasat JPJ) [4] Sepanjang kes pendakwaan, sebanyak lima belas (15) ekshibit telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan melalui saksi-saksi pendakwaan seperti berikut : a) Izin Mendakwa – P1(A) b) Pemberian Kuasa di bawah Seksyen 377 Kanun Tatacara Jenayah – P2(A) c) Notis Arah Timbang – P3 d) Empat (4) keping Gambar Kenderaan – ID4 (A hingga D) e) Sijil Perakuan Sesyen 90A Akta Keterangan 1950 oleh SP4– P5 f) Maklumat Terperinci Kenderaan – P6 g) Sijil Perakuan Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 oleh SP5– P7 h) Peraku Pengendali – P8 i) Permit Perkhidmatan Kenderaan No. Pendaftaran RS 6820 – P9 j) Permit Perkhidmatan Kenderaan No. Pendaftaran T/AA 1477 – P10 k) Tiket Timbang – P11 2 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal l) Sijil daripada WIM System Sdn. Bhd – P12 m) Penurunan Kuasa untuk Menimbang Kenderaan di bawah Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 – P13 n) Ujian Kejituan & Penentusahan Mesin Penimbang Roda Semasa Bergerak – P14 o) Sijil Kejituan Mesin Penimbang Roda Mudah Alih – P15 [5] Setelah membuat penelitian dan pernilaian maksima terhadap keterangan saksi-saksi dan ekshibit yang dikemukakan, Mahkamah telah mendapati bahawa pihak Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKS, dan OKS telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. [6] Oleh kerana tidak berpusa hati dengan keputusan tersebut, pihak Pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah dalam kes ini. FAKTA KES [7] Pada 31 Mei 2023 jam lebih kurang 3.00petang SP1 bersama SP2 dan SP3 telah menjalankan operasi penguatkuasaan di Jalan Persekutuan sekitar Tanjong Malim dan Tapah. Pada jam lebih kurang 8.30 malam semasa SP1 hingga SP3 berada berhampiran hentian Rehat dan Rawat Slim River (arah selatan) di Jalan Persekutuan, SP1 telah menjumpai sebuah motor lori jenis tipping treler dengan nombor pendaftaran RS6820 nombor treler T/AA1477 di kawasan tersebut. [8] SP1 kemudian telah mengarahkan SP2 untuk menahan motor lori tersebut. SP1 juga telah mengarahkan SP3 untuk memeriksa dokumen terhadap pemandu seperti lesen memandu, road tax, LKM, PUSPAKOM dan juga dokumen berkaitan perlesenan bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat. SP1 juga telah mengarahkan SP3 untuk membuat pemeriksaan fizikal terhadap motor lori tersebut dan didapati motor lori tersebut membawa muatan pasir yang mana disyaki lebih muatan yang dibenarkan. Setelah itu, SP1 telah mengarahkan SP2 untuk mengeluarkan notis arah timbang kepada pemandu bagi tujuan penimbangan di Stesen Penguatkuasa Elmina. [9] Hasil penimbangan SP6 bersama SP7 dan SP8 di Stesen Penguatkuasa Elmina di dapati bahawa motor lori tersebut membawa muatan pasir sebanyak 108,430 kg yang mana melebihi muatan yang dibenarkan sebanyak 57,430kg (112.61%). 3 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [10] Oleh itu, OKS telah dituduh sepertimana kertas pertuduhan. KES DI PERINGKAT PENDAKWAAN HUJAHAN PIHAK PENDAKWAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [11] Dalam membuktikan kes terhadap OKS, pihak pendakwaan telah berhujah seperti berikut: a) Motor lori tersebut telah ditahan di atas jalan raya dengan membawa muatan; b) Motor lori tersebut bergerak dari tempat muatan diambil di Tanjung Tualang ke Slim River; c) Bagi isu tiada nombor treler dinyatakan dalam P3, pihak pendakwaan berhujah bahawa kenderaan nombor pendaftaran RS 6820 dan nombor treler T/AA 1477 dilesenkan bersama dan wajib bergerak secara cantuman, tanpa ceraian; d) Bagi isu gambar yang dirakamkan dengan kamera telefon bimbit, pihak pendakwaan berhujah bahawa gambar tiada kesan kepada pertuduhan kerana gambar hanya membantu menguatkan pertuduhan. Gambar tidak boleh membuktikan berat lebih muatan yang dikatakan dalam pertuduhan; e) Bagi isu sama ada SP11 menyemak P15, pihak pendakwaan berhujah bahawa ia bukan mandatori untuk SP11 menyemak P15 kerana seseorang pegawai peguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan menjalankan proses penimbangan jika tarikh kalibrasi mesin timbangan telah tamat tempoh. SP9 dan SP10 telah mengesahkan bahawa mesin timbangan tersebut dalam keadaan sah tempoh kalibrasi; f) Isu masa motor lori hadir untuk timbangan tidak menjejaskan pertuduhan kerana kenderaan tersebut telah ditimbang dan keputusannya adalah lebih muatan; g) Tiada keperluan untuk pihak pendakwaan memeriksa doket tanah kerana doket tersebut adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah bagi pemindahan muatan dari satu kawasan ke kawasan yang lain; h) Jenama atau jenis buatan walkie talkie yang digunakan tidak penting kerana peralatan tersebut bertujuan untuk berhubung antara pihak-pihak sahaja; dan i) Peruntukkan Seksyen 117 (6) (b) (aa) dan (bb) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyatakan bahawa dokumen tiket timbang (P3) adalah memadai bagi untuk membuktikan kes prima facie. [12] Oleh itu, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie dan OKS boleh disabitkan sepertimana pertuduhan. 4 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal HUJAHAN PIHAK PEMBELAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [13] Pihak pembelaan telah berhujah bahawa bagi pertuduhan ke atas OKS, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa motor lori yang dipandu atas jalan raya membawa lebih muatan dari had yang dibenarkan, mesin penimbang berada dalam keadaan baik dan sempurna dengan sijil kalibrasi yang sah tempoh dan motor lori melanggar syarat Lesen Pengendali. [14] Dalam menyangkal pertuduhan ke atas OKS, pihak pembelaan telah berhujah seperti berikut : a) Kegagalan mencatit nombor treler T/AA 1477 dalam P3 oleh SP2 adalah kelompongan dalam kes pendakwaan. Menurut Seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987, kenderaan motor lori nombor pendaftaran RS 6820 dan treler nombor pendaftaran T/AA 1477 adalah kenderaan motor yang berbeza kerana mempunyai nombor casis yang berbeza. Kegagalan mencatit nombor treler tersebut menunjukan bahawa pihak pendakwaan beranggapan treler tersebut bukan kenderaan bermotor. Perkara ini juga dipersetujui oleh SP2 dan SP11; b) Gambar di ID 4(a) hingga (d) tidak dirakam mengikut SOP Jabatan Pengangkutan Jalan kerana ia dirakam dengan telefon bimbit peribadi, bukan dengan peranti yang diwartakan; c) P5 dibuat 4 bulan selepas tarikh pencetakan P6 yang mana menjadikan perakuan P5 diragui; d) P15 tidak mematuhi peraturan dan prosedur di bawah Akta Timbang dan Sukat 1971 di mana SP10 dan SP11 telah gagal mengemukakan Borang D; e) Tiada keterangan mengenai walkie talkie yang digunakan oleh SP6 untuk berhubung dengan SP7 dan SP8 berkaitan aspek undang-undang; f) Mahkamah harus menolak keterangan ekshibit P11 kerana terdapat percanggahan ketara untuk nilai Berat Gandar 1, 2 dan 3 dalam P9 dan P11 yang mana memprejudiskan OKS dalam kes ini, dan diskaun 10% yang dinyatakan oleh SP6 tidak dinyatakan dalam P11; dan g) Mahkamah harus membatalkan pertuduhan ke atas OKS kerana pertuduhan ke atas OKS adalah cacat dari segi tarikh, masa dan tempat kejadian yang mana adalah tidak tepat dan tidak memenuhi seksyen 152 CPC serta otoriti di PP v Abdul Wahab bin Darus [1987] 1 MLJ 154. Pihak pembelaan berhujah bahawa mengikut P11 kesalahan dilakukan pada 01.06.2023 jam 4.08pagi di SPK Elmina tetapi pertuduhan menyatakan 5 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bahawa kesalahan dilakukan pada 31.05.2023 jam 8.30malam di Hentain Rehat dan Rawat Slim River arah Selatan. [15] Berdasarkan kepada hujahan-hujahan tersebut, pihak pembelaan berhujah OKS dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu untuk membela diri. KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR PERINGKAT PENDAKWAAN [16] Setelah membuat penelitian dan pernilaian maksima terhadap keterangan saksi-saksi dan ekshibit yang dikemukakan serta nas-nas otoriti undang-undang, Mahkamah telah mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKS, dan OKS telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. [17] Di tahap ini dan dalam pembuktian terma prima facie di bawah seksyen 173(f)(i) Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah merujuk kepada nas otoriti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 302 di mana dinyatakan seperti berikut: “The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie. As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt”. [18] Mahkamah juga merujuk kepada kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734, yang mana diputuskan bahawa : “A jugde sitting alone must subject the prosecution evidence to the maximum evaluation and ask himself the question “if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contain in the prosecution case?” If the answer was in the negative, then no prima facie case had been made out and the accused would be entitled to an acquittal…” 6 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [19] Dengan mengambil kira nas otoriti di atas, tugas Mahkamah pada tahap ini adalah untuk meneliti sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membutikan satu kes prima facie terhadap OKS dengan mengambil kira sama ada semua elemen pertuduhan telah dipenuhi atau tidak. [20] Berdasarkan pertuduhan di bawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, elemen-elemen yang harus dibuktikan adalah seperti berikut: a) OKS adalah seorang pengendali lesen; b) Berat dengan muatan bagi mana-mana kenderaan barangan yang dibawa adalah melebihi maksimum yang dinyatakan; c) Kegagalan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan dalam lesen pengendali oleh OKS. Elemen Pertama : OKS adalah seorang pengendali lesen [21] Mahkamah merujuk kepada seskyen 2 Akta Pengankutan Awam darat 2010 di mana pengendali lesen ditafsirkan seperti berikut : “pengendali berlesen” ertinya- (a) Seseorang pemegang lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab 1 Bahagian III; (b) Seseorang pemegang lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab 3 Bahagian III; atau (c) Seseorang pemegang lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bahagian IV...” [22] Bagi memenuhi elemen pertama, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKS adalah pengendali lesen mengikut tafsiran di dalam sekyen 2 tersebut. Mahkamah merujuk kepada ekshibit P7 hingga P10 yang mana telah dinyatakan bahawa syarikat Teik Joo Chan Sdn. Bhd. adalah pengendali lesen tersebut. Sepanjang perbicaraan berlangsung, tiada isu dibangkitkan oleh mana-mana pihak berkenaan penama pengendali lesen tersebut. Walaupun tiada carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia dikemukakan, pihak pembelaan tidak pernah menyangkal fakta bahawa OKS adalah pengendali lesen tersebut. Oleh itu, Mahkamah dengan merujuk kepada ekshibit yang dinyatakan mendapati bahawa elemen pertama telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan tanpa keraguan munasabah. Elemen Kedua : Berat dengan muatan bagi mana-mana kenderaan barangan yang dibawa adalah melebihi maksimum yang dinyatakan [23] Bagi memenuhi elemen kedua ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa motor lori yang ditahan oleh SP1 membawa muatan yang melebihi maksima yang dibenarkan. Di 7 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sini, Mahkamah merujuk kepada P6 dan P11 dimana Berat dengan Muatan (BDM) yang dibenarkan bagi motor lori bersama treler tersebut adalah 51,000kg. Mengikut pertuduhan dan P11, motor lori bersama treler tersebut telah membawa muatan pasir sebanyak 108,430kg dimana lebihan muatan sebanyak 57,430kg (112.61%). [24] Dalam membuktikan lebihan muatan ini, pihak pendakwaan bergantung kepada ekshibit- ekshibit yang dikemukakan seperti Tiket Timbang berat (P11). Namun, Mahkamah mendapati terdapat beberapa isu berbangkit dalam memenuhi elemen ini seperti berikut: A. Isu pertama adalah kegagalan pembuktian gambar oleh pihak pendakwaan di mana gambar ditandakan sebagai ID 4A-D. Ketika perbicaraan berlangsung, SP3 telah memberi keterangan bahawa 4 keping gambar motor lori bersama treler tersebut telah dirakam menggunakan telefon bimbit Iphone 11 Pro Max. Selanjutnya, tiada sijil seskyen 90A Akta Keterangan 1950 [Akta 56] mahupun persoalan berkaitannya dikemukakan oleh pihak pendakwaan walaupun pihak pembelaan telah membantah penerimaan ekshbit tersebut. Pihak pendakwaan telah berhujah secara lisan bahawa gambar hanya dokumen sokongan dan bukan subject matter pertuduhan, oleh itu penandaannya sebagai ID tidak menjejaskan pertuduhan. Pihak pendakwaan juga tidak mengemukakan sebarang penjelasan mahupun hujahan lanjut tentang penerima pakaian gambar-gambar tersebut di bawah seksyen 64 dan 65 Akta Keterangan 1950. Di sini, Mahkamah merujuk kepada kes Hanafi Mat Hassan v PP [2006] 1 MLRA 706 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa : “...[23] A careful perusal of s 90A(1) reveals that in order for a document produced by a computer to be admitted in evidence it must have been produced by the computer in the course of its ordinary use. It is therefore a condition precedent to be established before such a document can be admitted in evidence under s 90A(1). The manner of establishing this condition has been prescribed. It can be proved by tendering in evidence a certificate as stipulated by s 90A(2) read with s 90A(3). Once the certificate is tendered in evidence the presumption contained in s 90A(4) is activated to establish that the computer referred to in the certificate was in good working order and was operating properly in all respects throughout the material part of the period during which the document was produced. Section 90A(4) must therefore be given its full effect as it has a significant role to play in the interpretation and application of s 90A. 8 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Ordinarily a certificate under s 90A(2)must be tendered in evidence in order to rely on the provisions of s 90A(3) and (4). However, the use of the words "may be proved" in s 90A(2) indicates that the tendering of a certificate is not a mandatory requirement in all cases. In PP v. Chia Leong Foo [2000] 1 MLRH 764; [2000] 6 MLJ 705; [2000] 4 CLJ 649 a plethora of authorities was referred to in ruling that facts to be presumed can, instead, be proved by other admissible evidence which is available. Thus the use of the certificate can be substituted with oral evidence as demonstrated in R v. Shepherd [1993] 1 All ER 225 in dealing with a provision of law similar to s 90A. Needless to say, such oral evidence must have the same effect as in the case of the use of a certificate. It follows that where oral evidence is adduced to establish the requirements of s 90A(1)in lieuof the certificate the presumptions attached to it, in particular, the matters presumed under s 90A(4) must also be proved by oral evidence...” Menurut kes tersebut, bagi suatu keterangan digital diterima pakai oleh Mahkamah, sijil di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 harus dikemukakan dan dalam keadaan di mana sijil tersebut tidak dikemukakan, maka persoalan lisan perlu dikemukakan bagi maksud sijil tersebut. Di dalam kes ini, bukan sahaja pihak pendakwaan tidak mengemukakan sijil tersebut malah pihak pendakwaan juga tidak mengemukakan sebarang persoalan yang sepatutnya kepada SP2 ataupun pegawai penyiasat (SP11) bagi menjadikan gambar-gambar tersebut suatu ekshibit pendakwaan. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa ia tidak selamat untuk menerima ID4 (A hingga D) sebagai keterangan dalam kes ini mengambil kira kelompongan di atas. Mahkamah merujuk kepada kes Malaysia National Insurance Sdn Bhd v Malaysia Rubber Development Corp [1986] 2 MLJ 124 dan kes Ali Hosseinzadeh Bashir v Public Prosecutor [2015] MLJU 2069 dimana ia telah diputuskan dengan jelas bahawa Mahkamah masih boleh memutuskan kebolehterimaan suatu dokumen walaupun dokumen tersebut telah dikemukakan di Mahkamah ketika perbicaraan. Mahkamah Rayuan dalam kes Ali Hosseinzadeh Bashir v Public Prosecutor (supra) telah nyatakan seperti berikut : “It is trite law that the court must disregard all inadmissible evidence irrespective of whether any objection was raised when it was sought to be admitted” 9 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Oleh yang demikian, ID4 (A hingga D) adalah tidak diterima sebagai keterangan dalam kes ini. Sepertimana yang dinyatakan di atas, pihak pendakwaan hanya bergantung kepada ekshibit yang dikemukakan untuk membuktikan kes mereka. Gambar-gambar tersebut sepatutnya adalah bukti utama/primary evidence dalam kes ini bagi pembuktian identiti barang kes memandangkan tiada barang kes fizikal dikemukakan ke Mahkamah ini. Tiada apa-apa keterangan diberikan tentang keberadaan barang kes fizikal juga dalam kes ini. Dengan mengambil kira bahawa gambar-gambar ID 4 (A hingga D) tidak diterima sebagai keterangan, maka Mahkamah ini tidak dapat mengambil kira keterangan ini dalam memenuhi elemen kedua. B. Isu kedua adalah notis timbangan P3 tidak lengkap kerana tiada nombor treler. Kegagalan menulis nombor treler dalam notis ini telah secara langsung menimbulkan keraguan (cast a doubt) ke atas identiti barang kes yang ditahan. Pihak pendakwaan telah berhujah bahawa treler dan kepala lori adalah dilesenkan bersama dan wajib bergerak secara cantuman tetapi pihak pembelaan telah menyangkal dengan menyatakan bahawa motor lori nombor pendaftaran RS 6820 dan treler nombor pendaftaran T/AA 1477 adalah kenderaan motor yang berbeza kerana mempunyai nombor casis yang berbeza. Namun, Mahkamah mendapati bahawa tiada keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk menyokong bahawa treler dan motor lori tersebut wajib bergerak bersama. Pada tahap ini, Mahkamah merujuk kepada seksyen 103 Akta Keterangan 1950 yang menyatakan seperti berikut : “Burden of proof as to particular fact 103. The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person. ILLUSTRATIONS (a) A prosecutes B for theft and wishes the court to believe that B admitted the theft to C. A must prove the admission. (b) B wishes the court to believe that at the time in question he was elsewhere. He must prove it.” 10 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Berdasarkan peruntukan undang-undang di atas, beban pembuktian adalah kepada pihak pendakwaan bagi membuktikan bahawa motor lori dan treler tersebut wajib bergerak bersama. Sepanjang perbicaraan, tiada apa-apa keterangan saksi mahupun dokumen dikemukakan bagi membuktikan perkara tersebut. Permit Perkhidmatan di P9 dan P10 yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak membuktikan secara jelas jika motor lori dan treler tersebut boleh diasingkan, malah menunjukkan bahawa . motor lori dan treler tersebut mempunyai permit masing-masing. Dengan adanya permit masing-masing dan tanpa penjelasan pihak pendakwaan tentang perkara ini, Mahkamah mendapati bahawa terdapat kemungkinan besar bahawa motor lori dan treler tersebut boleh diasingkan dan tidak wajib bergerak bersama. Mengambil kira ketiadaan nombor treler dalam P3 dan tanpa kepastian tentang pergerakan bersama atau tidak motor lori bersama treler tersebut, Mahkamah dengan ini mendapati bahawa keraguaan munasabah telah ditimbulkan oleh pihak pembelaan yang mana menjurus sekali lagi kepada identiti barang kes. Oleh itu, kegagalan pihak pendakwaan untuk membuktikan fakta yang dinyatakan ini telah menyebabkan kelompongan dalam pembuktian elemen kedua. C. Isu ketiga adalah berkenaan kalibrasi mesin penimbang Bagi isu ini, pihak pendakwaan berhujah bahawa timbangan hanya akan dibuat jika kalibrasi dalam tempoh sah kerana ia adalah SOP Jabatan Pengangkutan Jalan dan SP9 dan SP10 telah mengesahkan bahawa mesin timbangan tersebut dalam keadaan sah tempoh kalibrasi. Mahkamah di tahap ini mengambil maklum bahawa ketika SP9 memberi keterangan pihak pendakwaan telah kemukakan dua (2) helaian untuk P14 tetapi pihak pembelaan telah memohon untuk expunge helaian ketiga yang mana tidak dikemukakan oleh pihak pendakwaan ketika keterangan saksi tersebut. Selepas itu, tiada apa-apa percubaan untuk membetulkan perkara ini dilakukan oleh pihak pendakwaan melalui mana-mana saksi, yang mana menjadikan ekshibit P14 tidak lengkap untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah. Mahkamah merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Azrul bin Ahmad [2021] MLJU 2387 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut: “...Pada peringkat ini Mahkamah mendapati bahawa, walaupun keterangan SP2 berkenaan dengan fungsi alat timbangan yang dikatakan berada dalam keadaan baik 11 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dan telah menjalani ujian kalibrasi secara berkala dan kali terakhir adalah pada 2017, namun SP2 tidak dapat menunjukkan bukti kepada Mahkamah bahawa ujian kalibrasi terhadap alat penimbang itu telah sebenarnya dibuat... SP2 yang telah mengesahkan bahawa sijil ujian yang dikatakan telah dikeluarkan bagi setiap kali ujian kalibrasi dibuat terhadap alat penimbang yang digunakan dalam menimbang dadah yang dianalisis, telah gagal dibawa ke Mahkamah bagi membuktikan bahawa ujian tersebut sebenarnya telah dibuat...” Oleh itu, Mahkamah mendapati hujahan bahawa hanya jika kalibrasi dalam tempoh yang sah sahaja pihak Jabatan Pengakutan Jalan akan lakukan timbangan adalah suatu hujahan tanpa asas. Sekali lagi Mahkamah merujuk kepada peruntukkan seksyen 103 Akta Keterangan 1950. Dengan ekshibit P14 yang tidak lengkap, Mahkamah tidak mempunyai kepastian sama ada mesin penimbang tersebut telah dikalibrasikan. Oleh itu, Mahkamah mendapati terdapat kelompongan dalam pembuktian elemen kedua. D. Isu keempat adalah isu rangkaian barang kes (chain of custody) dan seksyen 152 Kanun Tatacara Jenayah Menurut SP1 motor lori dan treler telah di tahan di Hentian Rehat dan Rawat Slim River pada jam lebih kurang 8.30malam dan telah diarahkan ke Stesen Timbangan Elmina, Selangor untuk proses timbangan. SP6 telah nyatakan bahawa motor lori dan treler tersebut tiba jam lebih kurang 4.00pagi di Elmina. Walau bagaimanapuin, Mahkamah mendapati tiada keterangan bagaimana motor lori dan treler tersebut bergerak dari Hentian Rehat dan Rawat Slim River ke Stesen Timbangan Elmina; sama ada SP1 telah mengiringinya, dan jika tidak bagaimana dipastikan motor lori dan treler tersebut sampai ke Stesen Timbangan Elmina tanpa berhenti di mana-mana atau berlaku apa- apa kepada muatannya antara perjalanan tersebut. Tiada keterangan siapa yang telah hantar barang kes kepada SP6 untuk timbangan. Walaupun SP1 telah nyatakan bahawa dia tidak terlibat dalam proses timbangan tetapi apakah tindakan yang dilakukan olehnya sebagai pegawai tangkap (raiding officer) untuk pastikan kenderaan yang ditahan adalah kenderaan yang sama tiba di Stesen Timbangan Elmina. Tiada persoalan oleh pihak pendakwaan tentang tandaan barang kes mahaupun apa-apa bukti lain selain nombor pendattaran kenderaan bagi membuktikan kenderaan yang sama tiba di Stesen Timbangan Elmina. Hanya setakat 12 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mengingati nombor pendaftaran adalah tidak memadai kerana apa yang berlaku di antara Hentian Rehat dan Rawat Slim River ke Stesen Timbangan Elmina adalah tidak diketahui terutamanya melibatkan muatan dalam kenderaan tersebut. Dengan hilangan keterangan dari tempat tahanan ke tempat timbangan dan dengan mengambil kira nas- nas otoriti daripada kes-kes otoriti yang telah diputuskan, ia secara tidak langusng menimbulkan keraguan munasabah dan seterusnya memutuskan rangkaian barang kes / chain of custody barang kes. Dalam isu ini juga, Mahkamah juga mendapati tiada keterangan atau hujahan dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi menerangkan tempat dan masa sebenar kesalahan dilakukan. Pihak pembelaan berhujah bahawa pertuduhan ke atas OKS adalah cacat dari segi tarikh, masa dan tempat kejadian yang mana adalah tidak tepat dan tidak memenuhi seksyen 152 Kanun Tatacara Jenayah serta otoriti di PP v Abdul Wahab bin Darus [1987] 1 MLJ 154. Pihak pembelaan juga menegaskan bahawa mengikut P11 kesalahan dilakukan pada 01.06.2023 jam 4.08pagi di Stesen Timbangan Elmina tetapi pertuduhan menyatakan bahawa kesalahan dilakukan pada 31.05.2023 jam 8.30malam di Hentian Rehat dan Rawat Slim River arah Selatan. Sekali lagi, tiada penjelasan, keterangan atau hujahan dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk menjawab isu ini. Pihak pendakwaan juga tidak pernah menjelaskan mengapa motor lori dan treler tersebut dihantar ke Stesen Timbangan Elmina yang berada di negeri lain dan sama ada terdapat stesen timbangan lain yang berhampiran. Dengan ketiadaan penjelasan bagi isu rangkaian keterangan serta isu pertuduhan, maka Mahkamah mendapati bahawa elemen kedua ini gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. E. Isu kelima adalah percanggahan ketara di P9 dan P11 Dalam isu kelima ini, pihak pembelaan telah berhujah bahawa Mahkamah harus menolak keterangan ekshibit P11 kerana terdapat percanggahan ketara untuk nilai Berat Gandar 1, 2 dan 3 dalam P9 dan P11 yang mana memprejudiskan OKS dalam kes ini, dan diskaun 10% yang dinyatakan oleh SP6 tidak dinyatakan dalam P1. 13 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pada tahap ini Mahkamah merujuk kepada kes Lim Pah Soon v Public Prosecutor [2013] 6 MLJ 252 dimana dinyatakan “...The ratio decidendi laid down in Zaifull bin Muhammad is that an accused person is entitled to any benefit of reasonable doubt from any material discrepancy, which goes to the identity of the drugs exhibits that is left unexplained... Where there is a material discrepancy in the weight of the drug exhibit as found by the police and the chemist, it is incumbent on the prosecution to explain such discrepancy satisfactorily. Affirmative evidence is required to dispel any lingering or remaining reasonable doubt on the identity of the drugs exhibits. The absence of a reasonable explanation would give rise to a reasonable doubt on the identity of the drugs exhibits. This point has already been made earlier but deserved to be reiterated...” Dengan mengambil kira nas otoriti di atas, Mahkamah di sini bersetuju dengan hujahan peguambela tersebut mengenai percanggahan berat di P9 dan P11 kerana tiada penjelasan, hujahan atau bukti dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi menjelaskan percanggahan berat dalam kedua-dua dokumen tersebut yang mana telah menimbulkan keraguan terhadap berat sebenar gandar kenderaan barang kes. Oleh itu, Mahkamah mendapati elemen kedua tidak dipenuhi oleh pihak pendakwaan. [25] Oleh itu dengan mengambil kira isu berbangkit berkaitan gambar dan identiti barang kes, P3 tidak lengkap, putus rangkaian barang kes, isu pertuduhan dan percanggahan P9 dan P11, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal memenuhi elemen kedua tanpa keraguan munasabah dan secara tidak langsung menimbulkan kelompongan dalam kes prima facie. Elemen Ketiga: Kegagalan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan dalam lesen pengendali oleh OKS [26] Bagi elemen ketiga, mahkamah mendapati bahawa sepanjang perbicaraan berlangsung pihak pendakwaan tidak mengemukakan apa-apa dokumen atau ekshbit yang mengandungi syarat-syarat lesen pengendali tersebut. Dokumen yang dikemukakan oleh pihak pendawaan di P7 hingga P10 hanya membuktikan penama lesen pengendali tersebut tanpa menyatakan syarat-syarat yang sepatutnya dipatuhi. 14 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [27] Pada tahap kes di peringkat pendakwaan, beban pembuktian adalah terletak di atas pihak pendakwaan untuk membuktikan kesemua elemen-elemen pertuduhan sepertimana yang telah diputuskan oleh pelbagai nas otoriti. Ia adalah tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa OKS telah gagal mematuhi syarat-syarat yang dikenakan dalam lesen pengendali kepada Mahkamah. Oleh itu, dengan mengambil kira ketiadaan ekshibit yang melampirkan syarat-syarat tersebut, maka Mahkamah ini tidak dapat mempertimbangkan sama ada telah berlaku kegagalan pematuhan syarat tersebut oleh OKS. [28] Justeru ini, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal memenuhi elemen ketiga ini sekali gus telah menimbulkan kelompongan dalam kesnya. [29] Secara keseluruhan, dengan mengambil kira alasan-alasan di atas dan setelah Mahkamah mempertimbangkan semula semua keterangan saksi-saksi bersama dengan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan dengan menggunapakai ujian penilaian maksima ke atas semua keterangan saksi pendakwaan, Mahkamah mendapati ia adalah tidak selamat untuk Mahkamah memanggil OKS untuk membela diri ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atas OKS. Oleh itu, dengan bersandar kepada seksyen 173(f)(ii) Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKS di atas pertuduhan di bawah seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. [30] OKS dengan ini dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. Disediakan pada 2 Mei 2025 Phulrani Kaur a/p Gurcharon Singh Majistret Mahkamah Majistret Slim River 15 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pegawai Pendakwa : Encik Rameswaran a/l Tanimaley dan Encik Ahmad Fadzil bin Ahmad Jalaluddin Peguambela : Encik Keshvinder Singh a/l Kashmira Singh 16 S/N MiJU2YbxD0SUbylI/MGAvw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal