1. ) TENG WEI XIONG 2. ) CHAI YING
Although prosecution established seizure and chemical identity of drugs and invoked presumptions under s.37(da), material contradictions in prosecution witness accounts (notably passport seizure and SD5's presence), failures to call or disprove the occupier Yap Tiang Joo who was a plausible owner of the seized...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-45A-25-04/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Prosecution: Pendakwa Raya; Defendant: Teng Wei Xiong; Defendant: Chai Ying
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 4 February 2025
- Case Number
- JA-45A-25-04/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Drug Offences / Trial Judgment (acquittal)
- Outcome
- Accused acquitted and discharged on all charges
- Legal Topics
- Possession, Trafficking (distribution), Prima Facie Case, Presumptions Under S.37(da) ADB, Chain of Custody, Burden and Standard of Proof
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Pendakwa Raya
Prosecution
Teng Wei Xiong
Defendant
Chai Ying
Defendant
Procedural Posture
Criminal Drug Offences / Trial Judgment (acquittal)
Legal Issues
- 1 Whether prosecution proved possession, custody, control and knowledge of the seized drugs
- 2 Whether the elements of trafficking were established or could be presumed under s.37(da) ADB
- 3 Whether prosecution’s evidence (CCTV, DNA, witness testimony, seizure particulars and chain of custody) was credible and unbroken
Ratio Decidendi
Although prosecution established seizure and chemical identity of drugs and invoked presumptions under s.37(da), material contradictions in prosecution witness accounts (notably passport seizure and SD5's presence), failures to call or disprove the occupier Yap Tiang Joo who was a plausible owner of the seized items, and evidential weaknesses regarding access and forensic timing created a real possibility and rebuttal on balance of probabilities; defence thereby raised reasonable doubt and successfully rebutted statutory presumptions, requiring acquittal under s.182A CPC.
Court Disposition
Accused acquitted and discharged on all charges
Orders
- Teng Wei Xiong and Chai Ying are acquitted and discharged from all charges dated 5 May 2020
- Immediate release of the accused if not otherwise lawfully detained
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-45A-25-04/2021 Kand. 29 15/04/2025 08:47:17 DI MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-18 & 25-04/2021 PENDAKWA RAYA LAWAN TENG WEI XIONG CHAI YING ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Kedua-dua tertuduh telah dituduh bersama-sama mengedar dadah jenis Methampethamine seberat 75.79 gram dibawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB), Cannabis seberat 107.18 gram dibawah sekyen 6 ADB, 3,4-Methylenedioxy Methamphetamine (MDMA) seberat 18 gram, Ketamin seberat 23.58 gram dibawah sekyen 12(2) ADB dan racun Etizolam seberat 237.97 gram dibawah sekyen 9(1) Akta Racun 1952. [2] Pertuduhan-pertuduhan terhadap tertuduh-tertuduh adalah seperti berikut: "Bahawa kamu bersama-sama pada 5/05/2020 jam lebih kurang 9.00 malam bertempat di bilik no 3, Rumah no. 23, Jalan Rusa 3, Taman Abad, dalam daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Ta'zim telah di dapati mengedar dadah berbahaya berat bersih 75.79 gram iaitu Methamphetamine. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan." S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 1 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Bahawa kamu bersama-sama pada 5/05/2020 jam lebih kurang 9.00 malam bertempat di bilik no 3, Rumah no. 23, Jalan Rusa 3, Taman Abad, dalam daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Ta'zim telah di dapati memiliki dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat bersih 107.18 gram dan dengan itu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan." “Bahawa kamu bersama-sama pada 5/05/2020 jam lebih kurang 9.00 malam bertempat di bilik no 3, Rumah no. 23, Jalan Rusa 3, Taman Abad, dalam daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Ta'zim telah di dapati memiliki dadah berbahaya iaitu 3,4 – Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat bersih 18 gram dan dengan itu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan." "Bahawa kamu bersama-sama pada 5/05/2020 jam lebih kurang 9.00 malam bertempat di bilik no 3, Rumah no. 23, Jalan Rusa 3, Taman Abad, dalam daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Ta'zim telah di dapati memiliki dadah berbahaya iaitu Ketamine 23.58 gram dan dengan itu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan." "Bahawa kamu bersama-sama pada 5/05/2020 jam lebih kurang 9.00 malam bertempat di bilik no 3, Rumah no. 23, Jalan Rusa 3, Taman Abad, dalam daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Ta'zim telah di dapati memiliki kamu racun yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952 iaitu Etizolam seberat bersih 237.97 gram dan dengan itu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 9(1) Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 32(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan." S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 2 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [3] Di akhir kes pendakwaan, saya memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan tertuduh-tertuduh telah dipanggil untuk membela diri. [4] Kedua-dua tertuduh memilih memberi keterangan bersumpah dan memanggil lima (5) orang saksi termasuk saksi yang telah ditawarkan. [5] Di akhir kes pembelaan, setelah membuat penilaian secara maksimum, saya dapati pembelaan telah berjaya mengakas anggapan dibawah sekyen 37(da) dan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Kedua-dua tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan dari kesemua pertuduhan ke atas mereka. [6] Pihak Pendakwaan telah merayu ke Mahkamah Rayuan atas keputusan tersebut, maka berikut adalah alasan saya. Naratif kes Pendakwaan [7] Bertindak atas maklumat kegiatan dadah, pada 5.2.2020, jam lebih kurang 8.00 malam, ASP Mohd Nasiruddin bin Adnan (SP3) bersama anggota daripada IPK Johor telah membuat pemerhatian di sebuah rumah beralamat No. 23, Jalan Rusa 3, Johor Bahru, Johor (rumah tersebut). [8] Setelah satu (1) jam pemerhatian, SP3 melihat kedua-dua tertuduh berjalan keluar dari dalam kawasan rumah tersebut melalui satu pagar kecil. Pasukan serbuan telah menahan kedua-dua tertuduh lalu membuat pemeriksaan ke atas mereka. SP3 menjumpai satu beg hitam bertulisan “Forever Young” yang dipakai oleh tertuduh kedua. Dari dalam beg tersebut dijumpai sebatang kunci yang mana digunakan oleh SP3 untuk membuka manga pintu pagar kecil rumah tersebut. S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 3 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [9] SP3 kemudiannya meminta tertuduh pertama membuka pintu hadapan utama menggunakan jari telunjuk sebelah kanannya dan mereka masuk dan seterusnya tertuduh pertama menggunakan satu kombinasi nompor pin untuk masuk ke dalam salah satu bilik. [10] Pemeriksaan dalam bilik dibuat dan SP3 menjumpai bahan-bahan yang disyaki dadah dari dalam laci, almari dan dibawah katil. [11] Dadah-dadah yang dijumpai adalah seperti berikut: (a) 5 paket plastik lutsinar mengandungI hablur kristal disyakki dadah jenis syabu. (b) 1 balutan plastik mengandungi dadah jenis Cannabis. (c) 1 paket plastik lutsinar mengandungi 21 biji pill yang mengandung dadah jenis MDMA. (d) 1 paket plastic lutsinar mengandungi 20 biji pill yang mengandungi dadah jenis MDMA (2.02 gram). (e) 1 plastik kelabu yang mengandungi 119 keranjang timah yang setiap satu mengandungi 10 biji pil yang mengandungi racun Etizolam (237.97 gram). (f) 1 beg kertas yang mengandungi 31 paket plastik berwarna merah yang mengandungi dadah MDMA (5.71 gram). (g) 38 paket plastik berwarna hijau yang mengandungi MDMA (5.71 gram) dan Ketamine (9.04gram). (h) 22 paket plastic berwarna hitam yang mengandungi Ketamine (1.75 gram). S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 4 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (i) 10 paket plastic berwarna hitam yang mengandungi MDMA (1.43 gram) dan Ketamine (5.26 gram). (j) 8 paket plastik berwarna merah/kuning yang mengandungi MDMA (0.85gram) dan Ketamine (1.67 gram). [12] Selain dari dadah di atas, turut dijumpai dua (2) paspot atas nama kedua-dua tertuduh. [13] Usai rampasan dibuat, tertuduh-tertuduh beserta dadah yang dijumpai dibawa balik ke IPD Johor Bharu Selatan untuk tindakan lanjut. [14] Dadah telah dihantar untuk analisa kimia dan pegawai sains, Liew Chyi (SP6) mengesahkan dari Laporan Kimia yang disediakan (P19) bahawa kesemua barang kes yang dirampas adalah dadah berbahaya jenis seperti berikut: (a) Methamphetamine seberat bersih 75.79 gram; (b) Cannabis seberat bersih 107.18 gram (c) MDMA seberat bersih 18 gram; (d) Ketamine seberat bersih 23.58 gram (e) Etizolam seberat bersih 237.97 gram [15] Barang kes dan tangkapan kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat, Insp Lethumanen a/l Nandagopal (SP7). Siasatan lanjut oleh SP7 dibuat dan mendapati, dari keterangan pemilik rumah tersebut, Raymond Ng Wee Han (SP4) bahawa bilik yang mana dadah dijumpai telah disewakan kepada tertuduh pertama sejak lapan (8) bulan sebelum tarikh tangkapan. S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 5 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [16] Pintu pada setiap bilik dilengkapi dengan system kunci elektronik dengan nombor PIN yang boleh di “reset” jika bilik bertukar penyewa. SP4 mengatakan dia tidak mengetahui nombor PIN yang digunakan oleh setiap penyewa. Kunci hanya diberikan untuk membuka pagar kecil dihadapan rumah. [17] SP4 juga mengatakan bahawa bayaran sewa bilik yang disewa oleh tertuduh pertama di masukan ke dalam akaun bank milik adiknya, Ng Wee Chin. Dapatan Di Akhir Kes Pendakwaan [18] Di peringkat akhir kes pendakwaan, satu kes prima facie sebagaimana diperuntukkan dalam s.180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan dari keterangan bukti yang boleh dipercayai dan kredibel yang mana jika tidak disangkal akan membolehkan sabitan dibuat (rujuk s.180 (4) KTJ dan kes Abdullah Atan lwn PP (2020) 9 CLJ 151). [19] Ungkapan "mengemukakan keterangan kukuh yang membuktikan setiap satu faktor kesalahan” dalam s. 180(4) bermaksud bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan setiap elemen kesalahan sama ada dengan mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai, membuat inferen terhadap fakta atau menggunapakai anggapan undang-undang (lihat kes Abdullah Atan di muka surat 166). [20] Kes prima facie ialah kes yang mencukupi untuk tertuduh-tertuduh dipanggil untuk menjawab pertuduhan ke atas mereka dan keterangan yang dikemukakan mencukupi melainkan ia disangkal atau diakas melalui keterangan lain (lihat kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85). Dalam kes Ong Cheng Heong lwn PP (1998) 4 CLJ 209, pandangan Vincent Ng, J telah dirujuk dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 6 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Abdullah Atan mengenai apa yang terjumlah sebagai satu kes prima facie seperti berikut: “..prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary but is not conclusive. I would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected.” [21] Begitu juga sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65, yang mengatakan seperti berikut: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative, then no prima facie case has been made out, and the accused would be entitled to an acquittal.” [22] Maka, dalam menentukan pembuktian kes prima facie, satu penilaian secara maksima perlu dibuat terhadap keseluruhan keterangan bukti yang dikemukakan termasuk menilai kredibiliti saksi-saksi dan melihat inferen yang boleh dibuat dari keterangan bukti kes pendakwaan untuk membuktikan setiap elemen kesalahan (rujuk kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457). Kes Prima Facie [23] Keterangan bukti yang perlu dikemukakan untuk kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah s. 39B (1) (a) ADB adalah S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 7 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bahawa dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB, ia adalah dalam pemilikan tertuduh-tertuduh apabila dibuktikan dadah adalah di bawah jagaan, kawalan dan pengetahuan mereka dan seterusnya, tertuduh-tertuduh mengedar dadah tersebut. Pengedaran boleh dibuktikan dengan keterangan langsung berdasarkan tafsiran pengedaran di bawah seksyen 2 ADB atau anggapan di bawah seksyen 37 (da). Dadah adalah yang tersenarai di Jadual Pertama dan sepertimana yang didefinasikan dibawah ADB. [24] Jenis dan berat dadah telah disahkan dan dibuktikan dari keterangan SP6 dan Laporan Kimia yang disediakan, P19 sebagaimana dalam pertuduhan-pertuduhan. [25] Penilaian saya berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, saya dapati setelah dadah dirampas oleh SP3, tandaan dibuat di pejabat narkotik kemudian diserahkan kepada pegawai penyiasat, SP7 yang seterusnya menghantar barang kes untuk dianalisa oleh ahli kimia, SP6. [26] Barang kes yang sama telah disimpan di stor penyimpanan barang kes sehingga dikemukakan ke mahkamah pada hari perbicaraan (rujuk kes Gunalan Ramachandran v PP (2004) 4 CLJ 551 – “..the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist..”) [27] Maka dengan itu, saya mendapati bahawa rantaian keterangan barang kes tidak terputus dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen jenis dan berat dadah sebagaimana dalam pertuduhan (rujukan juga dibuat mengikut kes Shahrizal Abdul Ghani v. PP [2014] 1 CLJ 70 dan Su Ah Ping v. PP [1979] 1 LNS 100) S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 8 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pemilikan terhadap dadah [28] Berkait keperluan membuktikan ramuan pemilikan, pihak pendakwaan perlu mengemukakan keterangan bahawa tertuduh-tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan serta pengetahuan tentang dadah yang dijumpai (lihat kes Chan Pean Leon v. PP [1956] MLJ 237). Mahkamah dalam kes Chan Pean Leon juga telah memutuskan bahawa “..a person is said to be in possession of a thing if he has the power to deal with it as the owner to the exclusion of all other persons.” [29] Maksud "custody", "control" and "possession" telah dibincangkan dalam kes Leow Nghee Lim v Red [1956] 1 MLJ, yang mana dipetik seperti berikut: “Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them. Custody therefore implies knowledge of the existence and whereabouts of the goods and power of control over them, not amounting to possession. Control must be proved as a fact and it must arise from the relation of the person to the goods, irrespective of whether they are contraband. Probably the most helpful definition of possession is:- “The relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons.” This definition does not express, but it does imply that the meaning of the word includes some element of knowledge. A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge.” S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 9 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [30] Mengenai pembuktian pengetahuan, Mahkamah Persekutuan dalam kes Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717 memutuskan bahawa elemen pengetahuan boleh dilihat dari inferen atau kesimpulan fakta. Petikan yang dirujuk adalah seperti berikut: “Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge.” [31] Ringkasnya, istilah "pemilikan" merujuk kepada keupayaan pemiliknya untuk berurusan dengan dadah dengan mengecualikan akses orang lain dan mempunyai pengetahuan tentang dadah yang dirampas. [32] Dalam kes ini, pihak pendakwaan telah mengemukakan fakta dan inferen berikut untuk membuktikan pemilikan tertuduh-tertuduh terhadap dadah yang dijumpai: 1. Dari pemerhatian yang dibuat selama 1 jam, kedua-dua tertuduh dilihat berjalan keluar dari rumah tersebut dan setelah ditahan, kunci manga pagar hadapan dijumpai dalam beg tertuduh kedua, manakala tertuduh pertama telah membawa masuk pasukan serbuan melalui pintu utama dengan menggunakan cap jari telunjuk kanan dan seterusnya menggunakan kombinasi nombor PIN untuk membuka pintu bilik yang dikatakan disewa oleh beliau. 2. Dadah dijumpai dari dalam bilik tersebut dan disahkan dadah jenis Methampethamine, Cannabis, MDMA, Ketamine dan racun Etizolam. 3. SP4 mengesahkan bahawa tertuduh pertama menyewa bilik tersebut sejak 8 bulan sebelumnya. S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 10 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4. Pintu bilik boleh diakses oleh penyewa (tertuduh pertama) menggunakan nombor PIN. 5. Kunci manga pagar rumah diperoleh dari dalam beg tertuduh kedua. 6. Wujud DNA kedua-dua tertuduh pada pakaian yang dirampas dari dalam bilik. 7. Dari rakaman CCTV kelihatan kedua-dua tertuduh bergerak keluar dari bilik dan seterusnya ke luar pagar rumah dan mengunci manga pagar luar. 8. Turut dijumpai dari dalam bilik adalah dua (2) paspot milik kedua-dua tertuduh. 9. Saksi polis adalah kredibel dan boleh dipercayai. 10. Elemen pengedaran dibuktikan dengan pemakaian anggapan di bawah s. 37(da)(xvi) dan (xxii) ADB. 11. Jumlah dadah yang sangat banyak adalah satu indikasi bukan untuk kegunaan sendiri. 12. Kedua-dua tertuduh mempunyai niat bersama mengedar dadah tersebut dibawah seksyen 34 Kanun Kesiksaan. [33] Pada peringkat ini, pihak pembelaan mengatakan dan berhujah seperti berikut: 1. Pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan pemilikan dadah yang dijumpai oleh tertuduh-tertuduh. 2. Dadah yang dijumpai dalam bilik bukan dalam milikan fizikal kedua-dua tertuduh. 3. Kedua-dua tertuduh ditahan di luar rumah tanpa dijumpai apa- apa barang salah. 4. Tiada nexus dibuktikan tertuduh-tertuduh dengan dadah dalam bilik. S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 11 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5. Keterangan sedia ada tidak cukup untuk membuktikan tertuduh-tertuduh mempunyai jagaan, kawalan dan pengetahun bagi kesemua dadah dan racun yang dirampas. 6. Kedua-dua tertuduh pertama tidak dibuktikan sebagai penyewa dan menghuni bilik tersebut. 7. Salinan asal perjanjian sewaan, ID20 gagal dikemukakan oleh Pendakwaan. 8. Terdapat percanggahan keterangan SP3 mengenai paspot yang dijumpai. Pada mulanya mengatakan dari dalam laci almari dalam bilik, kemudiannya mengatakan dijumpai dalam beg yang dipakai oleh tertuduh kedua semasa dirampas di luar rumah. Ini juga bertentangan dengan keterangan bukti Borang Senarai Geledah yang mencatitkan paspot dirampas dari bawah katil. 9. Kewujudan DNA tertuduh-tertuduh pada pakaian yang dirampas adalah tidak konklusif kerana pakaian dirampas selepas dua (2) hari dari tarikh kejadian dan bilik tersebut tidak dikawal untuk mengelak kemungkinan wujud gangguan atau tercemar serta kemungkinan akses orang lain dalam tempoh tersebut. Tambahan lagi, pakaian telah dibuat acu pakai sebelum ianya di hantar untuk analisa, maka kemungkinan kesan DNA adalah hasil physical contact tertuduh-tertuduh dengan pakaian tersebut semasa itu. 10. Tiada profil DNA ditemui pada berus gigi dan tuala mandi. 11. Kedua-dua tertuduh tidak membuat cubaan untuk melarikan diri semasa ditahan. 12. Dadah dijumpai di tempat yang tersembunyi iaitu dibawah katil dan dari dalam laci. S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 12 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13. Siasatan tidak dibuat samada cap jari telunjuk tertuduh pertama boleh digunakan untuk akses masuk ke rumah tersebut. Tiada keterangan bukti yang tertuduh kedua mempunyai akses kepada pintu utama atau pintu bilik. 14. Pemilik sebenar rumah tersebut tidak dibuktikan oleh Pendakwaan. 15. Penama Ng Wei Chin, penerima wang sewa dan penama Kenji Lai Kim Meng tidak dipanggil oleh Pendakwaan yang merupakan tuan punya rumah terdahulu yang juga mempunyai master nombor PIN kepada semua bilik dan – seksyen 114(g) terpakai. 16. Niat bersama tidak dibuktikan. 17. Pegawai penyiasat, SP7 tidak menyiasat perkara-perkara yang material menyebabkan kelompangan dalam siasatan kes Pendakwaan. 18. Kegagalan SP7 menyiasat penama Yap Tiong Joo yang merupakan real trafficker menjejaskan kes pendakwaan. [34] Undang-undang adalah mantap bahawa dengan hanya mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dadah tersebut tidak mencukupi untuk membuktikan pemilikan (lihat Ibrahim Mohamad v. PP [2011] 4 CLJ 1). [35] Adalah juga berdasarkan nas kes-kes duluan bahawa dua elemen yang diperlukan untuk membuktikan pemilikan ialah kawalan fizikal dan pengetahuan. Untuk memenuhi unsur fizikal, ia mesti ditunjukkan bahawa tertuduh-tertuduh berada berhampiran dengan dadah dan mereka boleh mengendalikannya seolah-olah ia adalah milik mereka. Bagi unsur mental atau mens rea pula, perlu dibuktikan bahawa tertuduh-tertuduh berniat atau berhasrat untuk berurusan dengan dadah tersebut (intended to deal with the drugs) (rujuk kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 5 MLJ 237 S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 13 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (FC), Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 (HC)). Dalam erti kata lain, keperluan unsur fizikal dan mental tersebut perlu wujud dan dibuktikan sebelum pemilikan dapat dibuktikan. [36] Di akhir kes pendakwaan, saya mendapati bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan serta pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai maka ianya adalah dalam milikan mereka semasa ditangkap. [37] Pada peringkat ini saya menerima keterangan SP3 bahawa kedua- dua tertuduh telah diperhatikan keluar dari rumah tersebut dan ada dalam milikan mereka kunci pagar yang mana membuktikan mereka mempunyai akses kepada rumah tersebut. [38] Fakta bahawa pintu utama dibuka oleh tertuduh pertama dan juga pintu bilik dengan menggunakan kombinasi PIN yang ada dalam pengetahuan tertuduh pertama, maka akses kepada bilik tersebut juga telah dibuktikan. [39] Dadah yang dirampas oleh pasukan serbuan adalah dari dalam bilik tersebut. Fakta ini cukup untuk membuktikan, pada tahap prima facie, dadah tersebut berada di dalam bilik yang mana tertuduh pertama mempunyai akses. Beban beralih kepada tertuduh-tertuduh untuk menjelaskan atau menyangkal keterangan ini. [40] Pada peringkat ini, saya berpandangan tiada sebab untuk meragui keterangan saksi-saksi pendakwaan (rujuk PP v. Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257 dan Shah Irwan Ton v. PP [2013] 1 LNS 377). [41] Mengikut kes Saad bin Ibrahim v PP (1968) 1 MLJ 158, telah diputuskan bahawa: S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 14 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Possession which incriminates must have certain characteristics, the possessor must be aware of his possession, must know the nature of those thing possessed and must have the power of disposal over it.” [42] Saya merujuk kepada kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 yang mana Mahkamah Persekutuan telah merujuk kepada keputusan kes Ramis a/l Muniady v PP (2001) 3 SLR 534, saya petik: “In Ramis a/l Muniandy v PP (2001) 3 SLR 534, the Singapore Court of Appeal again propounded on the question of knowledge necessary to establish possession and at page 541 states: Knowledge of drugs The starting point in the consideration of this issue was that we had already concluded that the drugs was already on Ramis’s motorcycle when he entered the vaccinity and that he had physical control of the drugs. In the absence of any reasonable explanation by Ramis, these facts were sufficient to lead strong inference that Ramis knew that the bag found on his motorcycle contained drugs.” -Penekanan ditambah [43] Mahkamah Persekutuan juga dalam kes yang sama telah merujuk satu kes daripada Singapura iaitu Tan Ah Tee & Anor v PP [1980] 1 MLJ 49 yang mana Ketua Hakim Wee Chong Jin di muka surat 9 menyatakan seperti berikut: “In Tan Ah Tee, Wee Chong Jin CJ, delivering the judgment of the court, said ([1978-1979]) SLR 211 at pp 217 – 218; [1980] 1 MLJ 49 at p 52): Even if there were no statutory presumptions available to the prosecution, once the prosecution had proved the fact of physical control or possession of the plastic bag and the circumstances in which this was acquired by and remained with the second appellant, the trial judges would be justified in finding that she had possession of the contents of the plastic bag within the meaning of the Act unless she gave an explanation of the physical fact which the trial judges S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 15 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal accepted or which raised a doubt in the minds that she had possession of the contents within the meaning of the Act.” [44] Dari keputusan kes-kes di atas, saya berpendapat, melainkan tertuduh-tertuduh mengemukakan penjelasan munasabah, dengan terbuktinya fakta fizikal keberadaan dadah berhampiran mereka, pemilikan telah dibuktikan. [45] Berkait hujahan pembelaan mengenai kegagalan Pendakwaan membuktikan keterangan forensic dan CCTV, saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan dalam PP v. Ebrahim Mirzaie Hj Ebrahim Deh Mokhtar [2017] 1 CLJ 575, telah diputuskan bahawa: "[38] The evidential value of CCTV evidence. DNA profiles and fingerprint impressions as decided by high authority is only corroborative. The learned trial judge correctly appreciated the position. In PP v. Mansor Md Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233, the Federal Court stated that: Where the identity of a culprit is in question or required to be proved, fingerprint evidence would be of great significance and immense value. In the present case under appeal, however, the charge alleged trafficking in the form of sale and there is evidence indicating the identities of the alleged offenders and the sale transaction. Fingerprint evidence on the newspaper wrapping, white plastic and the loytape, therefore, assumes little value or significance. [39] Now, having scrutinised the evidence, we were with the learned DPP that even without the CCTV evidence, DNA profiles and fingerprint impressions, there are sufficient evidence to prove the prosecution's case". [46] Oleh yang demikian, saya merumuskan bahawa berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan, elemen pemilikan dadah tersebut telah dibuktikan secara afirmatif. S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 16 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Tertuduh-tertuduh telah mengedar dadah [47] Bagi elemen pengedaran, memandangkan elemen pemilikan telah berjaya dibuktikan maka saya membuat dapatan bahawa satu kes prima facie pengedaran dibuktikan bawah seksyen 180(4) KTJ dengan pemakaian anggapan bawah seksyen 37(da) ADB (rujuk kes Abdullah Atan) berdasarkan berat dadah-dadah yang dirampas. [48] Oleh yang demikian, kedua-dua tertuduh telah dipanggil untuk membela diri dan mereka memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Tertuduh-tertuduh juga telah memanggil lima (5) saksi lain untuk kes pembelaan. Kes Pembelaan [49] Tertuduh pertama memberikan keterangan secara bersumpah dan mengatakan bahawa pada tarikh kejadian, dia tinggal dan menetap di rumah keluarganya di Taman Rinting, Masai, Johor. Tertuduh pertama sudah menetap disitu bersama keluarga sejak 10 tahun yang lalu dan tidak pernah tinggal di rumah di Taman Abad (rumah tersebut). Fakta ini disahkan oleh adiknya, Teng Weng Leong (SD3). [50] Begitu juga dengan tertuduh kedua, dia mengatakan bahawa dia tinggal bersama ibu dan keluarganya di Senai dan tidak pernah menyewa atau menghuni dirumah lain. Ibunya, SD4 mengesahkan fakta ini. [51] Menurut tertuduh pertama, pada hari kejadian adalah kali pertama dia pergi ke rumah tersebut dan mengatakan tidak bermalam atau menghuni dalam bilik tempat dadah dijumpai. [52] Pada tarikh kejadian, tertuduh pertama pergi ke rumah tersebut untuk melepak dengan rakannya bernama Yap Tiang Joo yang menyewa bilik yang mana dadah dirampas bersama teman wanitanya bernama S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 17 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal YuJing Qiu. Yap Tiang Joo adalah orang yang membuat bayaran sewa kepada tuan rumah. [53] Semasa tertuduh pertama sampai, lebih kurang jam 6.00 petang, Yap Tiang Joo menjemput dia masuk dan dia (Yap Tiang Joo) kemudian, lebih kurang jam 7.00 malam, keluar bersama teman wanitanya untuk urusan lain. Yap Tiang Joo telah meninggalkan sebatang anak kunci manga pintu luar kepada tertuduh pertama. [54] Sebelum itu, pada jam 6.30, tertuduh pertama telah menghubungi teman wanitanya, tertuduh kedua untuk keluar makan pada jam 9.00 malam. Tertuduh kedua pada masa itu berada bersama rakannya Alice (SD6) di bilik nombor 7. Sebelum itu, tertuduh kedua mengatakan yang dia telah dihantar oleh mendiang bapanya untuk berjumpa SD6 di rumah tersebut pada jam lebih kurang 6.00 petang. Tertuduh kedua berada dalam bilik SD6 hingga dihubungi oleh tertuduh pertama. [55] Pada jam 8.30 malam, tertuduh kedua pergi ke bilik tersebut untuk berjumpa tertuduh pertama. Selesai bersiap, mereka keluar untuk makan malam. Semasa diluar mereka telah ditahan dan diperiksa oleh sepasukan anggota polis diluar rumah tersebut. [56] Saksi SD6, Alice Yeo Ai Lit (penghuni bilik no 7) yang merupakan rakan tertuduh kedua juga mengesahkan yang tertuduh pertama dan kedua tidak menyewa di bilik tersebut tetapi dihuni oleh sepasang kekasih lain yang bukan kedua-dua tertuduh. Analisa dan Dapatan Di Akhir Kes Pembelaan [57] Berdasarkan kepada seksyen 182A KTJ, jika pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui sebarang keraguan yang munasabah, tertuduh-tertuduh hendaklah didapati bersalah dan disabitkan. Namun S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 18 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal jika sebaliknya, Mahkamah hendaklah melepas dan membebaskan kedua-dua tertuduh. (Rujuk kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan Mohamad Radhi bin Yaacob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311). [58] Mengenai anggapan pengedaran dibawah s.37(da), beban akan berpindah kepada tertuduh-tertuduh untuk menyangkal anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian yang mana bebannya adalah lebih berat dari menimbulkan keraguan yang munasabah (rujuk kes PP v. Yuvaraj [1968] 1 LNS 116). [59] Mengikut kes Liam Heng Boon v. PP [2012] 1 LNS 1455, Mahkamah Rayuan memutuskan: “So the appellant had to rebut the operative presumption of trafficking under s. 37(da) of the DDA on the balance of probabilities. That level of rebuttal places a higher evidentiary burden on the appellant.” [60] Dengan pemakaian anggapan di bawah s.37(da) ini juga, elemen pengedaran telah dianggap maka tertuduh-tertuduh dikatakan mengedar dadah tersebut sehingga dibuktikan sebaliknya (until the contrary is proved). Mereka dengan ini perlu mengemukakan keterangan yang mencukupi untuk mengakas anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian (rujuk Ng Chai Kem v PP (1994) 2 CLJ 593 dan Mohamad Radhi v PP (1992) 2 SCR 145). [61] Asas pembelaan tertuduh-tertuduh adalah mereka tidak menginap, menghuni atau menyewa bilik yang mana dadah-dadah dijumpai. Mereka kesana untuk berjumpa dan mengikut tertuduh pertama, bilik tersebut adalah milik rakannya, Yap Tiang Joo. Oleh itu, mereka menafikan pengetahuan mengenai dadah-dadah tersebut dan seterusnya menafikan mempunyai jagaan atau kawalan terhadapnya. S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 19 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [62] Kes pembelaan di atas telah di letakkan dan dicadangkan pada peringkat kes pendakwaan lagi. Namun pada peringkat ini, kedua-dua tertuduh kini berpeluang untuk memberikan keterangan dan mengemukakan fakta untuk menyangkal kes pendakwaan. [63] Tugas mahkamah di peringkat akhir perbicaraan ini adalah untuk mempertimbangkan semula keterangan bukti yang dikemukakan untuk melihat samada pembelaan berjaya menyangkal anggapan dan menimbulkan keraguan terhadap kes pihak Pendakwaan dan seterusnya membuat keputusan samada Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes sehingga melampaui keraguan munasabah atau sebaliknya (rujuk seksyen 182A KTJ). [64] Kedua-dua tertuduh menafikan ada pengetahuan, kawalan dan jagaan terhadap dadah yang dirampas. Keterangan sokongan fakta ini adalah dari ahli keluarga mereka. Saya sedia maklum akan kemungkinan mereka saksi yang berkepentingan, namun, tanpa dibuktikan mereka ada kemungkinan untuk tidak bercakap benar, saya berpendapat keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh tinggal bersama keluarga pada masa kejadian, boleh dipercayai. Saya merujuk kepada kes Suthakar Sivakumar v PP (2024) CLJU 2114 yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa keterangan saksi berkepentingan masih boleh dipercayai melainkan ada alasan undang-undang untuk menolak keterangan mereka (evidence to the contrary). [65] Tambahan lagi, SD6 mengesahkan kedua-dua tertuduh tidak menyewa di bilik tersebut tetapi ada pasangan lain yang menghuni disitu dan keterangan SD6 ini tidak dicabar oleh Pendakwaan. S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 20 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [66] Malah, fakta bahawa SP4 tidak dapat mengecam dengan pasti siapa yang membayar sewa kepadanya (melalui akaun adiknya) setiap bulan juga memungkinkan keterangan SD6 adalah benar. [67] Mengenai akses kepada rumah tersebut, pembelaan menyebut kewujudan penama Yap Tiong Joo sebagai orang yang menyewa bilik tersebut. Pembelaan telah memanggil SD7, iaitu ASP Mohd Nazry bin Midun untuk mengesahkan bahawa Yap Tiong Joo adalah seorang yang wujud, telah ditangkap pada malam yang sama dengan tangkapan kedua- dua tertuduh dan telah ditahan dibawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 berkait dadah yang dirampas dirumah tersebut. [68] Pihak Pendakwaan memilih untuk tidak memanggil Yap Tiang Joo untuk menyangkal keterangan di atas. Saya setuju dengan rujukan kes Teo Kian Chun v PP (2020) 10 CLJ 398, CA oleh pembelaan bahawa tanggung jawab adalah atas pendakwaan untuk menyanggah notis “Alcantora” di atas yang mana siasatan harus dijalankan mengenai keterangan pembelaan mengenai penglibatan Yap Tiang Joo. Tambahan pula, adalah dalam pengetahuan pendakwaan bahawa Yap Tiang Joo telah mengakui bahawa semua barang kes yang dijumpai dalam bilik tersebut adalah miliknya (Laporan Polis Scientex 2999/20). [69] Kegagalan pihak Pendakwaan menyangkal keterangan pengakuan Yap Tiang Joo adalah fatal kepada kes pendakwaan – rujuk kes Kobra Taba Seidali v PP (2014) 2 MLJ 554. [70] Kewujudan fakta kemungkinan Yap Tiang Joo merupakan penyewa bilik tersebut juga disokong dengan kegagalan penemuan apa-apa barang peribadi kedua-dua tertuduh dalam bilik tersebut. Mengenai DNA S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 21 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pada pakaian yang dirampas tidak membantu kes Pendakwaan kerana ianya dianalisa setelah proses acu pakai dijalankan. [71] Seterusnya, berkaitan dengan siri percanggahan keterangan mengenai rampasan paspot kedua-dua tertuduh dan keterangan SD5, saksi yang ditawarkan (Lpl Noor Shawariah binti Muhamed) telah memberi kesan terhadap naratif kes pendakwaan yang mana faedah keraguan perlu diberikan kepada tertuduh-tertuduh (rujuk kes Tai Chai Keh v PP (1948) CLJU 122). Untuk ini, pihak pembelaan telah membawa kepada perhatian Mahkamah secara lebih terperinci untuk memerhati semula rakaman CCTV yang dikemukakan. [72] Mengikut tertuduh pertama, dia membawa masuk anggota serbuan melalui pintu utama rumah tanpa memasukkan apa-apa nombor PIN atau cap jari kerana pintu, walaupun dalam keadaan tertutup, sebenarnya tidak terkunci. Dari penelitian rakaman CCTV, saya setuju dengan hujahan pembelaan bahawa tidak dapat dilihat dengan jelas perbuatan tertuduh pertama meletakkan jarinya untuk masuk ke dalam rumah tersebut. [73] Keterangan mengenai rampasan paspot juga menjadi tanda tanya. Kedua-dua tertuduh mengatakan paspot dirampas dari dalam beg yang disandang oleh tertuduh kedua semasa didalam bilik iaitu setelah dadah dijumpai. [74] Semasa kes pendakwaan, SP3 pada mulanya mengatakan paspot dijumpai dalam beg sandang tertuduh kedua, tetapi semasa pemeriksaan balas, menukar keterangan kepada dijumpai dari dalam bilik. Oleh kerana SP3 mengatakan pemeriksaan badan tertuduh kedua dibuat oleh SD5 maka pembelaan telah memanggil SD5 untuk mengesahkan keterangan SP3. S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 22 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [75] SD5 mengatakan bahawa SP3 telah menjalankan pemeriksaan dan rampasan beg yang disandang oleh tertuduh kedua di luar rumah dan beg telah dalam jagaan SP3 [76] Sekali lagi pembelaan telah membawa perhatian saya kepada rakaman CCTV yang mana diperhatikan bahawa tatkala tertuduh kedua masuk ke dalam perkarangan rumah bersama anggota serbuan, beg sandang masih kelihatan berada di badannya. [77] SD5 kemudiannya menukar keterangan dan mengesahkan bahawa beg sandang tertuduh kedua tidak pernah dirampas sebelum rampasan dadah dibuat. SD5 juga mengatakan bahawa beliau ada mengikuti anggota serbuan masuk ke dalam bilik kerana mengiringi tertuduh kedua tetapi tidak dapat memberikan keterangan yang pasti tentang di mana dadah dijumpai. [78] Akan tetapi, setelah ditayangkan rakaman CCTV, didapati tiada kelibat SD5 di sepanjang rakaman semasa anggota masuk dan keluar dari rumah tersebut. SD5 kemudiannya mengakui bahawa beliau sebenarnya tiada ditempat kejadian dan tidak pernah mengiringi tertuduh kedua masuk ke dalam bilik. [79] Dari senario diatas, jelas bukan sekadar percanggahan keterangan fakta berjaya dibuktikan terhadap naratif kes pendakwaan tetapi satu insiden yang mencalar kredibiliti, bukan sahaja SD5 tetapi juga SP3. Ini sekali gus memberi kesan kepada pembuktian kes pendakwaan kerana percanggahan yang jelas disengajakan ini harus memihak kepada pembelaan (rujuk kes See Kek Chuan v PP (2013) 6 CLJ 98). [80] Saya berpendapat, dari keseluruhan keterangan yang dikemukakan dalam pembelaan, ianya tidak boleh dikatakan bersifat penafian dan pemikiran terkemudian tetapi satu kemungkinan (probability) yang S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 23 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berkemungkinan benar. Oleh itu, fakta bahawa tertuduh pertama tidak menyewa dan menghuni bilik tersebut serta tertuduh kedua kemungkinan seorang mere visitor, boleh diterima sebagai satu kemungkinan (rujuk Radin Irwan Iskandar Isagani v PP (2017) CLJU 1508 dan Tang Teck Seng & Anor v PP (2018) 10 CLJ 315). [81] Saya merujuk kepada kes Public Prosecutor v Iskandar bin Mohamad Yusof [2006] 5 MLJ 559, telah diputuskan bahawa: “[12] In the course of the defence stage, the accused person here had alleged that the bag which contained the drugs was owned by one Hassan, a friend who had hitched a ride from him that night. This person had managed to make good his escape during the confusion, leaving the accused person eventually stranded and being held responsible for the abandoned incriminating item. With the testimony of the accused person given under oath, his evidence thus merit serious consideration let alone at no stage of the hearing was he impeached. The pertinent question required to be resolved thus was, was it possible that the mysterious Hassan did probably exist, and not a mere scapegoat of a name alluded to by him as a passport to escape the charge? At this stage of the defence there was no legal demand that he must factually prove Hassan did exist. All he needed to do was to merely persuade the presiding judge of that probability. If he succeeded, then on a balance of probability those drugs could have been Hassan's, thus inexorably exonerating him.” [82] Saya juga merujuk kepada kes Ganapathy Renggasamy v PP (1998) 2 CLJ 1, yang menyebut: "It needs to be remembered that however weak a defence may be, trial judges being judges of both fact and law should not just brush aside the defence on the basis that the prosecution witnesses are to be believed and not the defence. Where the law casts the onus of giving an explanation upon an accused person, and the explanation is given, which is consistent with innocence, the court is duty bound to consider whether it might reasonably be true, although not convinced of its truth. On the issue of S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 24 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal the court's duty to consider the defence, the age old decision in Mat v. PP [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263 is still good law as it was then. This followed by the Supreme Court in Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169". -Penekanan ditambah [83] Diperingkat pembelaan, hanya reasonable doubt perlu dikemukakan. Maksud reasonable doubt (rujuk kes PP v Saimin (1971) 1 LNS 115) adalah satu doubt which makes you hesitate as to the correctness, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its part, you say to yourself I doubt if he is guilty. Keputusan [84] Oleh yang demikian, dengan wujudnya keraguan dan percanggahan diatas, maka setelah membuat penilaian secara maksimum, saya dapati pembelaan telah berjaya mengakas anggapan dibawah seksyen 37(da) dan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [85] Maka dengan itu, kedua-dua tertuduh dilepaskan dan dibebaskan dari kesemua pertuduhan ke atas mereka. Bertarikh : 9 April 2025 (NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 25 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Perwakilan:- Bagi pihak Pendakwaan: Tuan Umar Faiz bin Abdul Kohar Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Aras 2, Bangunan Dato’ Ja’afar Muhammad, Kota Iskandar, Nusajaya Johor. Bagi pihak Tertuduh Pertama: Encik Muhammad bin Abd Kadir Tetuan Muhammad Abd. Kadir & Co. #02-20, Blok 7, Danga Bay, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru Johor Bagi pihak Tertuduh Kedua: Encik Mohd Daud bin Ismail Tetuan Daud & Co No. 2-27, Jalan Kolam Air 2 Nong Chik Riverside 80100 Johor Bahru Johor S/N MCdVHUeg1EOdWMqdw2dA/A 26 JA-45A-18 & 25-04/2021 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal