1. ) TEY CHIN HUI 2. ) TEY CHIN SOON TETUAN ARISSA TAN, CHIEN & CO. (Didakwa sebagai sebuah Firma)
Plaintiffs failed to establish a prima facie lawyer‑client relationship or assumption of responsibility by the defendant; material factual disputes (including credibility and whether plaintiffs instructed the firm) precluded disposal on originating summons; plaintiffs also failed to prove loss and causation;...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-17D-2-05/2025 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: TEY CHIN HUI; Plaintiff: TEY CHIN SOON; Defendant: Tetuan Arissa Tan, Chien & Co.
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 5 December 2025
- Case Number
- JA-17D-2-05/2025 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Originating Summons (saman Pemula) / Judgment at High Court (decision on Originating Summons)
- Outcome
- Originating summons dismissed
- Legal Topics
- Duty of Care, Breach of Duty, Causation, Damages, Suitability of Originating Summons Vs Writ, Presumption of Death
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
TEY CHIN HUI
Plaintiff
TEY CHIN SOON
Plaintiff
Tetuan Arissa Tan, Chien & Co.
Defendant
Procedural Posture
Originating Summons (saman Pemula) / Judgment at High Court (decision on Originating Summons)
Legal Issues
- 1 Existence of lawyer-client relationship and professional/fiduciary duty to plaintiffs
- 2 Alleged professional negligence, fiduciary breach and alleged confession of mistake by counsel
- 3 Causation and proof of loss including claimed legal costs of RM35,000 and claims for exemplary and general damages
Ratio Decidendi
Plaintiffs failed to establish a prima facie lawyer‑client relationship or assumption of responsibility by the defendant; material factual disputes (including credibility and whether plaintiffs instructed the firm) precluded disposal on originating summons; plaintiffs also failed to prove loss and causation; therefore the originating summons is dismissed with costs to defendant.
Court Disposition
Originating summons dismissed
Orders
- Saman Pemula No. JA-17D-2-05/2025 dismissed in its entirety
- Costs of RM4000.00 to be paid by the Plaintiffs to the Defendant, subject to taxation (fi alokatur)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-17D-2-05/2025 Kand. 24 20/01/2026 10:47:53 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO.: JA-17D-2-05/2025 ANTARA TEY CHIN HUI (NO. K/P: 821229-01-5808) TEY CHIN SOON (NO. K/P: 850826-01-5059) …… PLAINTIF-PLAINTIF DAN TETUAN ARISSA TAN, CHIEN & CO. [DIDAKWA SEBAGAI SEBUAH FIRMA] …… DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN 1. Penghakiman ini adalah berhubung tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan berikutan urusan pengurusan harta pusaka Tey Yu Hing (si mati) yang didakwa dilakukan secara cuai dan melanggar tanggungjawab profesional. 1 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2. Perintah Mahkamah bertarikh 20 Mac 2023 mengisytiharkan kematian si mati (‘presumption of death’) telah diperoleh bukan oleh Plaintif-Plaintif tetapi oleh ibu si mati, Tan Yook Hua, melalui Defendan. Seterusnya, pada 8 November 2023 Defendan (sebagai peguamcara) menguruskan permohonan Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka, diikuti pengeluaran Perintah Pembahagian Harta Pusaka pada 26 Disember 2023 (rujuk kertas-kertas perbicaraan dalam prosiding- prosiding berkaitan). 3. Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa Defendan telah secara sengaja atau cuai memperolehi surat kuasa mentadbir dan perintah pembahagian tersebut tanpa melibatkan mereka sebagai waris pusaka, sekali gus melanggar tanggungjawab profesional dan fidusiari terhadap Plaintif-Plaintif. Plaintif- Plaintif menuntut deklarasi dan ganti rugi berdasarkan dakwaan salah laku Defendan. Defendan menafikan dakwaan Plaintif-Plaintif, menegaskan ia hanya bertindak mengikut arahan Tan Yook Hua dan Tey Chin Hong (anak lelaki si mati), serta tiada liabiliti undang-undang terhutang kepada Plaintif-Plaintif. 4. Saman Pemula ini, pada asasnya, memerlukan Mahkamah menilai dua perkara yang utama: (i) asas liabiliti Defendan terhadap Plaintif-Plaintif (khususnya isu hubungan peguam- klien, kewajipan profesional/fidusiari, dan elemen-elemen kecuaian/penipuan/kerugian); dan (ii) kesesuaian kaedah prosiding sama ada pertikaian sebegini wajar diputuskan 2 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal secara Saman Pemula atau memerlukan perbicaraan penuh melalui writ. 5. Setelah meneliti rekod prosiding, afidavit pihak-pihak, hujahan bertulis serta ikatan otoriti pihak-pihak, Mahkamah ini memutuskan bahawa Saman Pemula ini tidak berasas dan wajar ditolak dengan kos RM4000.00 dibayar oleh Plaintif- Plaintif kepada Responden tertakluk kepada fi alokatur. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan ini Plaintif-Plaintif telah memfailkan Notis Rayuan untuk merayu ke Mahkamah Rayuan. LATAR BELAKANG FAKTA RINGKAS 6. Si mati dilaporkan hilang sejak sekitar Mei 2011 dan tidak ditemui. Pada tahun 2023, suatu permohonan bagi ‘presumption of death’ telah dibuat dan perintah bertarikh 20 Mac 2023 diperoleh. Plaintif-Plaintif adalah anak-anak kepada si mati dan mendakwa mereka adalah waris sah pusaka. Rekod afidavit pihak-pihak juga menyentuh kewujudan beberapa ahli keluarga lain yang berkaitan, termasuk seorang ahli keluarga yang dinamakan Tey Chin Hong dan seorang lagi yang dinamakan Tey Chin Pei, serta suatu isu berhubung kewujudan pihak bernama Gan Mui Eng yang didakwa masih hidup dan relevan sebagai waris menurut undang-undang pusaka. 3 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7. Peranan pihak-pihak. Defendan ialah firma guaman yang dikendalikan oleh Peguam Chua (Encik Chuah Shyue Chien). Pada pertengahan 2023, Tey Chin Hong (anak lelaki si mati) dan Tan Yook Hua (ibu si mati) berjumpa dengan Encik Chuah untuk menguruskan masalah perundangan kematian Tey Yu Hing. Mereka memaklumkan si mati hilang sejak 2011 dan si mati mempunyai seorang balu (ibu, Tan Yook Hua) dan empat orang anak, termasuk Plaintif-Plaintif dan seorang lagi anak perempuan, Tey Chin Pei. Tiada maklumat diberikan mengenai ibu si mati (Gan Mui Eng) yang masih hidup. 8. Plaintif-Plaintif pula ketika itu menetap dan bekerja di Singapura dan tidak hadir sendiri ke pejabat Defendan. Menurut Defendan, Tey Chin Hong telah memberitahu bahawa semua waris (termasuk Plaintif-Plaintif) bersetuju melepaskan hak pusaka mereka kepada Tan Yook Hua (ibu). Encik Chuah seterusnya menyediakan dokumen perundangan yang diperlukan (termasuk akuan bersumpah bagi Plaintif-Plaintif) untuk proses permohonan Surat Kuasa Mentadbir dan pembahagian pusaka. Namun, Plaintif-Plaintif tidak hadir menandatangani akuan bersumpah tersebut, sehingga satu pihak menghadiri tangguh serta tunda mendapatkan tandatangan mereka. Akibatnya, kemasukan nama Plaintif- Plaintif tidak dimasukkan sebagai benefisiari dalam permohonan yang difailkan. 4 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9. Plaintif-Plaintif seterusnya memfailkan Saman Pemula ini pada 27 Mei 2025, menuntut deklarasi-deklarasi dan ganti rugi termasuk suatu tuntutan kos profesional yang didakwa berjumlah RM35,000.00, di samping tuntutan ganti rugi am dan teladan/’aggravated’/’exemplary’ yang dinyatakan dalam hujahan mereka. TUNTUTAN PLAINTIF-PLAINTIF 10. Plaintif-Plaintif, merasakan hak mereka sebagai waris pusaka telah terjejas, memfailkan Saman Permula ini pada 27 Mei 2025. Tuntutan utama mereka adalah deklarasi bahawa Defendan telah melanggar tanggungjawab profesional dan fidusiari sebagai peguamcara, serta deklarasi bahawa Defendan bertindak secara salah, cuai atau sengaja dalam memperoleh Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian Harta Pusaka tersebut. Plaintif-Plaintif juga menuntut ganti rugi termasuk kos profesional berjumlah RM35,000.00 (bayaran kepada peguamcara lain) dan gantirugi teladan/’aggravated’ atau ‘exemplary’. Dalam hujahan mereka, Plaintif-Plaintif menyatakan Encik Chuah sendiri telah mengaku “ini adalah kesilapan saya dan saya memang menyesal tentang kesilapan ini” serta mengakui mengetahui kewujudan Plaintif-Plaintif sebagai waris kadim semasa proses tersebut. Plaintif-Plaintif berpendapat pengakuan ini menunjukkan liabiliti Defendan atas dakwaan kecuaian/fidusiari. 5 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN 11. Isu-isu utama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini ialah: (i) Hubungan guaman / kewajipan: Sama ada wujud hubungan guaman antara Defendan dengan Plaintif- Plaintif yang menimbulkan kewajipan profesional dan/atau tanggungjawab fidusiari, sama ada melalui hubungan peguam–klien secara formal atau secara tersirat; (ii) Dakwaan kecuaian profesional / pelanggaran fidusiari /salah nyata dan “pengakuan kesilapan” (iii) Kerugian, kausaliti dan tuntutan ganti rugi (termasuk kos RM35,000.00): Sama ada Plaintif-Plaintif membuktikan kerugian yang nyata dan hubungan kausal yang memadai sehingga wajar dikompensasikan; (iv) Kesesuaian prosedur Saman Pemula: Sama ada isu- isu di atas boleh ditentukan secara muktamad melalui Saman Pemula berasaskan afidavit, atau pertikaian fakta material menjadikan Saman Pemula ini tidak sesuai. ANALISA UNDANG-UNDANG DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1: Sama ada wujud hubungan peguam-klien / kewajipan profesional atau fidusiari terhadap Plaintif-Plaintif 12. Tuntutan Plaintif-Plaintif, walau dinamakan sebagai kecuaian profesional dan pelanggaran fidusiari, pada asasnya 6 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal memerlukan Mahkamah terlebih dahulu meneliti sama ada Defendan terhutang suatu kewajipan undang-undang kepada Plaintif-Plaintif. Dalam tuntutan terhadap peguam, kewajipan profesional lazimnya berakar pada hubungan peguam-klien melalui kontrak pelantikan (‘retainer’), sama ada secara nyata atau tersirat, atau melalui keadaan khusus yang membenarkan undang-undang mengenakan kewajipan kepada pihak yang bukan klien. 13. Mahkamah mengambil panduan daripada prinsip yang dihuraikan dalam kes Mahkamah Persekutuan, Gurbachan Singh s/o Bagawan Singh & Ors v Vellasamy s/o Pennusamy & Ors [2015] 1 MLJ 773 (FC) bahawa, secara am, tanpa kontrak/retainer atau hubungan guaman yang boleh dibuktikan, tuntutan kecuaian profesional terhadap peguam oleh bukan klien berhadapan kekangan asas dari segi ‘duty’. Dalam konteks ini, Mahkamah menilai sama ada Plaintif-Plaintif telah menunjukkan, sekurang-kurangnya secara ‘prima facie’, bahawa Defendan telah dilantik oleh mereka atau telah menerima arahan, nasihat dan tanggungjawab profesional terhadap mereka. 14. Dalam kes ini, pihak Plaintif-Plaintif tidak menunjukkan bahawa mereka pernah berurusan secara langsung dengan Defendan untuk melantik Defendan, memberikan arahan, atau meletakkan Defendan dalam kedudukan ‘trusted adviser’ bagi pihak mereka. Keterangan yang dikemukakan lebih menjurus kepada fakta bahawa Defendan menerima arahan daripada 7 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pihak lain dalam keluarga si mati untuk menguruskan proses permohonan pusaka. Walaupun Plaintif-Plaintif menegaskan bahawa Defendan mengetahui kewujudan mereka sebagai waris, pengetahuan itu, dengan sendirinya, tidak semestinya mewujudkan hubungan peguam-klien atau kewajipan fidusiari kepada mereka, tanpa elemen pelantikan, penerimaan arahan, atau keadaan khusus yang menimbulkan ‘assumption of responsibility’ yang boleh dibuktikan. Segala konsultasi dan arahan dalam urusan pengurusan harta pusaka telah diberikan oleh Tan Yook Hua dan Tey Chin Hong. Plaintif-Plaintif sendiri tidak pernah bertemu atau mengarahkan Defendan. Defendan hanya mewakili Tan Yook Hua (ibu si mati) dan anak bongsunya, Tey Chin Hong. Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif bukan pihak kepada hubungan guaman ini, dan dengan itu Defendan tidak timbul sebarang kewajipan profesional undang-undang terhadap Plaintif-Plaintif. Oleh itu, pada peringkat awal Plaintif-Plaintif gagal menimbulkan ‘prima facie’ kewajipan guaman yang ditanggapi. Mana-mana dakwaan kecuaian atau pelanggaran tanggungjawab tidak akan dapat dibuktikan tanpa asas hubungan undang-undang yang sah. 15. Sehubungan itu, Mahkamah mendapati isu kewajipan (termasuk sama ada hubungan tersirat atau fidusiari wujud) tidak boleh ditentukan secara selamat melalui afidavit yang bercanggah, dan dapatan muktamad memerlukan perbicaraan penuh jika Plaintif-Plaintif memilih untuk meneruskan melalui kaedah yang sesuai. Pada tahap ini, Plaintif-Plaintif belum 8 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal meletakkan asas yang memadai untuk membolehkan Mahkamah memberikan deklarasi bahawa Defendan terhutang kewajipan profesional atau fidusiari terhadap Plaintif-Plaintif dalam prosiding ringkas ini. 16. Dengan itu, Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif gagal meletakkan asas yang memadai bahawa Defendan terhutang kewajipan profesional/fidusiari kepada mereka. Dapatan ini penting kerana tanpa ‘duty’, dakwaan kecuaian profesional tidak dapat melangkah kepada elemen seterusnya. Isu 2: Dakwaan kecuaian profesional / pelanggaran fidusiari / salah nyata dan “pengakuan kesilapan” 17. Plaintif-Plaintif juga mendakwa Defendan cuai, melanggar kewajipan profesional/fidusiari, serta melakukan salah nyata/penipuan dalam menyediakan dan memfailkan dokumen- dokumen prosiding pusaka. Mahkamah menegaskan bahawa dakwaan kecuaian profesional dan penipuan adalah dakwaan serius yang memerlukan rangka fakta yang kukuh serta pembuktian terperinci. 18. Mahkamah mengambil maklum rujukan kepada kes Kesang Leasing Sdn Bhd v Tetuan Zul Rafique & Partners [2018] 7 MLJ 573 (HCT) dan Shearn Delamore & Co v Sadacharamani a/l Govindasamy [2017] 1 MLJ 486 (COA) (sebagaimana dihujahkan oleh Defendan), bahawa tuntutan kecuaian profesional lazimnya memerlukan penentuan fakta tentang skop arahan, standard amalan munasabah, serta sama 9 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ada tindakan peguam menyimpang daripada standard tersebut dan beban pembuktian bukan ringan dan tidak wajar diasaskan pada inferens atau andaian semata-mata. 19. Dalam kes semasa, versi pihak-pihak mengenai fakta material adalah bercanggah, termasuk, sama ada Plaintif-Plaintif pernah bersetuju melepaskan hak pusaka, bagaimana dokumen persetujuan/afidavit (jika ada) diperoleh, apakah komunikasi sebenar antara waris dan apakah maklumat yang diberikan kepada Defendan untuk tujuan pemfailan. Penentuan isu-isu ini memerlukan penelitian terhadap niat, pengetahuan, konteks dan kredibiliti saksi adalah sesuatu yang tidak sesuai diputuskan secara muktamad melalui afidavit semata-mata. (A) “Pengakuan kesilapan” oleh peguam Defendan 20. Pengakuan Kesilapan Encik Chuah. Plaintif-Plaintif merujuk kepada pengakuan Encik Chuah bahawa tindakan yang diambilnya adalah suatu ‘kesilapan’. Namun, Mahkamah menilai bahawa pengakuan ini hanyalah pengakuan fakta kesilapan teknikal, bukan pelekatan tanggungjawab undang-undang. Encik Chuah menyatakan beliau “menyesal tentang kesilapan ini”, namun ia tidak ia tidak secara automatik menghasilkan kesimpulan undang-undang bahawa: (i) wujud hubungan peguam-klien; atau (ii) wujud liabiliti sivil yang terhutang kepada Plaintif-Plaintif. 10 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21. Mahkamah tidak bersetuju bahawa pengakuan kesilapan teknikal atau ungkapan rasa kesal, tanpa lebih, boleh disamakan secara automatik dengan pengakuan liabiliti undang-undang, apatah lagi untuk mewujudkan hubungan peguam–klien atau kewajipan fidusiari baharu kepada pihak yang bukan klien. Seperti yang ditekankan dalam rangka prinsip yang dirujuk pihak-pihak (termasuk kes Shearn Delamore (supra) dan Gurbachan Singh(supra)), liabiliti memerlukan analisis kewajipan, pelanggaran, kausaliti dan kerugian berdasarkan bukti, bukan semata-mata frasa pengakuan. 22. Dalam kes ini, tiada bukti yang menunjukkan bahawa selepas kenyataan tersebut, Defendan menerima arahan daripada Plaintif-Plaintif atau bertindak bagi pihak Plaintif-Plaintif sehingga menimbulkan pergantungan profesional baharu. Maka, hujahan Plaintif-Plaintif yang terlalu bergantung kepada “pengakuan kesilapan” itu adalah tersasar. 23. Pada asasnya, liabiliti undang-undang tidak lahir semata-mata daripada pengakuan “kesilapan” dalam erti pentadbiran atau teknikal. Liabiliti masih tertakluk kepada kerangka undang- undang yang menuntut kewajipan (‘duty’), pelanggaran (‘breach’), kausaliti dan kerugian. Maka, Mahkamah mendapati pengakuan sedemikian, pada tahap yang ditunjukkan dalam afidavit, tidak mengatasi kegagalan Plaintif-Plaintif membuktikan asas kewajipan undang-undang antara mereka dan Defendan. 11 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24. Oleh itu, pada merit Isu 2 sekalipun, Mahkamah mendapati dakwaan kecuaian profesional/salah nyata/penipuan tidak boleh diputuskan secara muktamad dalam prosiding Saman Pemula ini kerana pertikaian fakta yang ketara, dan “pengakuan kesilapan” yang didakwa tidak memadai untuk mengatasi keperluan pembuktian unsur-unsur liabiliti secara lengkap. Isu 3: Kerugian, kausaliti dan tuntutan ganti rugi (termasuk kos RM35,000.00 ganti khas, RM500,00.00 ganti rugi am dan RM500,000.00 ganti rugi teruk dan/atau teladan) 25. Walaupun Mahkamah mengandaikan untuk tujuan hujahan bahawa Plaintif-Plaintif boleh membuktikan kewujipan dan pelanggaran, Plaintif-Plaintif masih perlu membuktikan kerugian yang nyata dan boleh dikompensasikan serta hubungan kausal yang mencukupi. (A) Ketiadaan kerugian kewangan sebenar pada tahap ini 26. Berdasarkan keterangan afidavit, Mahkamah mendapati bahawa harta pusaka si mati masih berada di bawah kawalan/pentadbiran pihak yang berkaitan (sebagaimana dihujahkan) dan Plaintif-Plaintif tidak menunjukkan bahawa pada masa tindakan ini difailkan, terdapat pemindahan keluar harta yang menjejaskan kepentingan mereka secara nyata sehingga mewujudkan kerugian kewangan yang telah berlaku dan boleh dinilai. Mahkamah ini menggunapakai kes yang dirujuk oleh pihak Defendan iaitu di dalam kes Golden Star Co Sdn Bhd v Ling Peck Hoe & Anor [2024] 4 MLJ 749 (FC) dan 12 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Al Shahran Sdn Bhd v Edgco / Edipro Construction & Engineering [2021] 10 MLJ 585. 27. Mahkamah juga mengambil perhatian bahawa jika terdapat isu struktur pentadbiran pusaka, termasuk isu kewujudan waris lain yang perlu dinamakan, isu tersebut lebih berkait dengan fakta waris dan proses pusaka itu sendiri, dan bukan semestinya tanpa perbicaraan yang kononnya akibat langsung kecuaian Defendan. (B) Kausaliti 28. Plaintif-Plaintif juga perlu mengaitkan kerugian yang didakwa kepada tindakan Defendan secara langsung. Mahkamah mengambil maklum prinsip kausaliti yang dirujuk, termasuk kes Mahkamah Persektuan, Dr. Hari Krishnan & Anor v Megat Noor Ishak bin Megat Ibrahim & Anor and Another Appeal [2018] 3 MLJ 281 (FC), bahawa liabiliti hanya timbul jika kerugian adalah akibat langsung daripada pelanggaran kewajipan yang dibuktikan, bukan kerana faktor luar, tindakan pihak ketiga lain yang memutuskan rantaian kausal. 29. Dalam kes ini, rungutan Plaintif-Plaintif banyak berkisar kepada hasil perintah-perintah dalam prosiding terdahulu dan hubungan sesama waris. Sama ada kerugian (jika ada) berpunca daripada tindakan Defendan atau daripada faktor/fakta lain adalah isu fakta dan undang-undang yang kompleks yang tidak sesuai ditentukan melalui afidavit semata- mata. 13 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (C) Tuntutan ganti rugi emosi 30. Plaintif-Plaintif turut menyatakan tekanan emosi/keresahan. Mahkamah mengambil maklum rujukan pihak kepada prinsip bahawa tuntutan sedemikian tidak boleh diberikan secara umum tanpa asas yang diiktiraf dan tanpa bukti yang memadai dan Mahkamah turut mengambil maklum rujukan kepada kes Mahkamah Rayuan 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd v Ashvine Had Krishnan [2023] 3 MLJ 469 (sebagaimana dihujahkan) mengenai had tuntutan ganti rugi emosi dalam konteks undang- undang sivil. (D) Kos perundangan RM35,000.00 sebagai ganti rugi khas, RM500,000.00 sebagai gantirugi teruk dan/atau teladan dan gantirugi am RM500,000.00. 31. Plaintif-Plaintif menuntut kos perundangan RM35,000 sebagai ganti rugi khas. Mahkamah menegaskan tuntutan ganti rugi khas memerlukan pembuktian khusus dan ketat mengenai kewujudan kerugian, kuantum serta kausaliti. Selain itu Plaintif- Plaitnif juga menuntut gantirugi am, gantirugi teruk dan/atau teladan RM500,000.00 masing-masing. 32. Mahkamah mengambil maklum autoriti yang telah dirujuk iaitu kes Mahkamah Persektutan iaitu di dalam kes Golden Star Co Sdn Bhd v Ling Peck Hoe & Anor [2024] 4 MLJ 749 (FC) dan Al Shahran Sdn Bhd v Edgco / Edipro Construction & Engineering [2021] 10 MLJ 585 (sebagaimana dirujuk oleh pihak Defendan) bahawa ganti rugi adalah bersifat pampasan, bukan automatik; dan tuntutan angka kos/kerugian tidak boleh 14 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal diluluskan tanpa asas bukti yang memadai dan hubungan sebab-akibat yang jelas. 33. Dalam kes ini, Mahkamah mendapati tuntutan RM35,000.00, RM500,000.00 untuk gantirugi am, teruk dan/atau teladan masing-masing tidak ditunjukkan, dalam prosiding Saman Pemula ini, sebagai suatu kerugian yang timbul secara langsung dan perlu akibat perbuatan salah Defendan, apatah lagi apabila isu kewajipan itu sendiri masih dipertikaikan. Isu kos litigasi pada asasnya adalah tertakluk kepada budi bicara Mahkamah melalui perintah kos, melainkan keadaan luar biasa dibuktikan secara jelas. 34. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif gagal membuktikan kerugian yang nyata, kausaliti yang mencukupi, serta asas undang-undang yang memadai bagi tuntutan ganti rugi am, teruk dan/atau teladan (termasuk kos RM35,000.00 sebagai ganti rugi khas) dalam prosiding ini. Isu 4: Kesesuaian prosedur Saman Pemula 35. Setelah menilai keseluruhan isu, Mahkamah mendapati tuntutan Plaintif-Plaintif melibatkan dakwaan berat (kecuaian profesional, salah nyata, penipuan, fidusiari), dan memerlukan penentuan fakta yang mendalam berhubung pengetahuan, representasi, pergantungan, persetujuan bermaklumat, komunikasi keluarga, serta kredibiliti pihak-pihak. Percanggahan afidavit menunjukkan wujud pertikaian fakta material yang signifikan. 15 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 36. Mahkamah mengambil panduan dan bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi di dalam kes Leong Yeu Mai v Neo Ai Si [2015] 10 MLJ 518 dan Seah Choon Chee v Saraswathy Devi [1971] 1 MLJ 112, bahawa apabila wujud pertikaian fakta material yang ketara, lebih-lebih lagi apabila disertai dakwaan serius. Prosiding melalui Saman Pemula lazimnya tidak sesuai untuk penentuan muktamad dan kaedah yang sesuai ialah tindakan melalui writ supaya perbicaraan penuh boleh dijalankan termasuk keterangan lisan dan pemeriksaan balas. 37. Maka, dari sudut prosedur semata-mata, Saman Pemula ini tidak sesuai untuk pelupusan muktamad isu-isu yang berteras fakta material yang dipertikaikan. Dari sudut merit pula, Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif masih gagal menunjukkan asas yang mencukupi bagi kewajipan, liabiliti, kerugian dan kausaliti. Kedua-dua aspek ini saling menyokong dapatan bahawa Saman Pemula ini wajar ditolak. 38. Tanpa perbicaraan penuh yang membolehkan keterangan lisan, pemeriksaan balas, dan penemuan fakta yang kukuh, Mahkamah mendapati sukar untuk memuktamadkan kesimpulan bahawa Defendan telah melanggar standard penjagaan profesional. Ini lebih ketara apabila terdapat percanggahan fakta material yang menyentuh elemen ‘breach’ itu sendiri. 16 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 39. Oleh itu, pada merit semata-mata, Plaintif-Plaintif tidak menunjukkan asas pembuktian yang memadai bagi membolehkan Mahkamah membuat dapatan muktamad bahawa kecuaian profesional telah dibuktikan. KESIMPULAN 40. Sebagai kesimpulan, Mahkamah mendapati bahawa: (i) isu kewujudan hubungan peguam–klien/kewajipan fidusiari adalah isu fakta yang dipertikaikan dan tidak boleh ditentukan secara muktamad melalui afidavit semata-mata; (ii) dakwaan kecuaian profesional, salah nyata dan penipuan melibatkan pertikaian fakta material yang memerlukan penentuan lebih rapi; (iii) Plaintif-Plaintif gagal membuktikan kerugian sebenar dan hubungan kausal yang mencukupi, termasuk bagi tuntutan kos perundangan RM35,000 sebagai ganti rugi khas; dan (iv) dari sudut prosedur, Saman Pemula ini tidak sesuai untuk pelupusan muktamad isu-isu tersebut. KEPUTUSAN DAN PERINTAH MAHKAMAH 41. Setelah meneliti semua afiavit-afidavit dan hujahan pihak- pihak, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif tidak 17 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menimbulkan kes ‘prima facie’ yang boleh diteruskan. Saman Pemula ini tidak sesuai didengar kerana terdapat pertikaian fakta yang ketara dan tiada hubungan profesional (peguam- klien) antara Plaintif-Plaintif dengan Defendan. Oleh itu, Saman Pemula No. JA-17D-2-05/2025 ditolak sepenuhnya dengan kos RM4000.00 dibayar kepada Defendan. Plaintif-Plaintif juga boleh memfailkan tuntutan mereka melalui writ biasa jika berhasrat menuntut ganti rugi, tetapi ketiadaan asas liabiliti mungkin menjadikannya sia-sia. BERTARIKH: 19 JANUARI 2026 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU Peguam bagi pihak Plaintif Rajagunaseelan Tetuan G.K Sritharan Johor Bahru Peguam bagi pihak Defendan Chris Lee Bersama George Neo Tetuan Yeo Chambers Johor Bahru 18 S/N A0q5FqeWkCFOLUhKbzqjA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal