THIYAGA MURTY A/L SUBRAMANYAN [ ]
Conviction and sentence were upheld because the prosecution proved beyond reasonable doubt that the victim suffered grievous hurt caused by a parang, the appellant was reliably identified in bright conditions and in-court identification supported by an independent eyewitness, omissions in the charge and absence of...
Source-derived case information.
- Citation
- B-09-553-11/2019 (Mahkamah Rayuan)
- Parties
- Appellant: Thiyaga Murty A/L Subramanyan; Respondent: Public Prosecutor (Pendakwa Raya)
- Court
- Court of Appeal
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 6 July 2023
- Case Number
- B-09-553-11/2019 (Mahkamah Rayuan)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal (s.326 Read With S.34 Penal Code) / Appeal Judgment (court of Appeal)
- Outcome
- Appeal dismissed; conviction and sentence affirmed
- Legal Topics
- Grievous Hurt, Common Intention (s.34), Identification Evidence, Alibi (notice), Admissibility and Weight of CCTV, Defective Charge, Sentencing Principles
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Thiyaga Murty A/L Subramanyan
Appellant
Public Prosecutor (Pendakwa Raya)
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal (s.326 Read With S.34 Penal Code) / Appeal Judgment (court of Appeal)
Legal Issues
- 1 Whether the prosecution proved grievous hurt under s.320 and offence under s.326 read with s.34 beyond reasonable doubt
- 2 Validity and reliability of dock identification and need for identification parade/CCTV
- 3 Whether omission in the charge (missing co-accused names and phrase about 'in furtherance of common intention') rendered the charge defective or prejudiced the accused
Ratio Decidendi
Conviction and sentence were upheld because the prosecution proved beyond reasonable doubt that the victim suffered grievous hurt caused by a parang, the appellant was reliably identified in bright conditions and in-court identification supported by an independent eyewitness, omissions in the charge and absence of original CCTV did not prejudice the defence, and the appellant's alibi lacked statutory notice and was an afterthought.
Court Disposition
Appeal dismissed; conviction and sentence affirmed
Orders
- Appeal of the appellant is dismissed
- Conviction under section 326 Penal Code read with section 34 Penal Code is upheld
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
B-09-553-11/2019 Kand. 70 17/10/2023 10:35:49 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO.: B-09-553-11/2019 ANTARA THIYAGA MURTY A/L SUBRAMANYAN - PERAYU LAWAN PENDAKWA RAYA - RESPONDEN [Dalam Perkara mengenai Rayuan Jenayah 42S-16-03/2019 dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam Antara Thiyaga Murty A/L Subramanyan - Perayu Dan Pendakwa raya - Responden] KORAM: VAZEER ALAM BIN MYDIN MEERA, HMR AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM, HMR AZMI BIN ARIFFIN, HMR 1 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Pertuduhan terhadap Perayu adalah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama dengan dua orang yang dituduh pada 24/2/2016 jam lebih kurang 8.30 malam bertempat di hadapan rumah No. 20, Lorong Dato’ Abdul Hamid 28A, Taman Sentosa, di dalam Daerah Klang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah menyebabkan cedera parah kepada Sudheash a/l Wothaya Kumar dengan menggunakan sebilah parang yang digunakan untuk memotong. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Fakta Kes Pendakwaan [2] Sembilan (9) orang saksi pihak pendakwaan yang telah dipanggil untuk memberikan keterangan adalah seperti berikut: (a) SP 1 - Sudheash a/I Wothaya Kumar (Mangsa); (b) SP2 - ASP Azman Bin Bin Tubin (Pegawai Tangkapan); (c) SP3 - Vinesh a/l Wothaya Kumar (Adik Mangsa); 2 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (d) SP4 - Rajasegaran a/I Appusamy (Abang Saudara Mangsa); (e) SP 5 - Doktor Vijay Rabin (Pegawai Perubatan HTAR); (f) SP 6 - ASP Ravi a/l. Perumal (Pegawai Penyiasat) (g) SP 7 - Dr Fikri Mudzammil Bin Ismail (Pegawai Perubatan HTAR); (h) SP 8 - Clifford Anthony a/l Leo Selvarajah (Abang Ipar Mangsa); dan (i) SP 9 - Doktor Manivannan a/I Mutappan (Pegawai Perubatan, Beacon Hospital, PJ) [3] Pada 24/2/2016 jam lebih kurang 8.30 malam, Sudheash a/I Wothaya Kumar (SP1/mangsa) telah pergi ke rumah abang saudaranya iaitu Rajasegaran a/I Appulasamy (SP4) di alamat No. 18, Lorong Dato Abdul Hamid, 28A, Taman Sentosa, 41200 Klang. Tujuan SP1 ke rumah SP4 ialah untuk menghantar pulang teman wanitanya bernama Shanmugi yang tinggal bersebelahan rumah SP4. Ketika SP1, SP4 dan Shanmugi (teman wanita SP1) berada di hadapan rumah Shanmugi, telah datang 6 buah motosikal yang dinaiki 12 orang lelaki India melepasi hadapan rumah tersebut dan kemudiannya mereka berhenti selepas selang 4 buah rumah dari situ 3 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [4] Melihat kejadian tersebut, SP1 telah pergi berjalan ke arah mereka dan bertanyakan siapakah mereka. Mereka tidak menjawab pertanyaan SP1 dan memberitahu sesama mereka bahawa ini ialah Sudheash (SP1) dan mereka cuba menetak SP1 dengan menggunakan parang. SP1 telah berlari ke arah rumah teman wanitanya dan kemudian SP1 jatuh di hadapan rumah tersebut. [5] Lelaki-lelaki India yang menunggang motosikal tersebut telah pergi ke hadapan rumah teman wanita SP1 dan terus menetak SP1 di hadapan rumah tersebut. Menurut SP1, daripada 12 orang lelaki tersebut, hanya 5 lelaki sahaja yang turun daripada motosikal mereka dan menetak SP1. SP1 telah ditetak di bahagian kepala dan pergelangan tangannya. [6] Semasa kejadian, SP1 telah dapat mengecam 3 orang penyerangnya termasuk Perayu yang telah menyerang dan menetak SP1. Selain Perayu, SP1 dapat mengecam Keerti dan Martin yang turut juga menyerangnya. Pada masa serangan dilakukan, keadaan cahaya di tempat kejadian adalah agak terang kerana ada lampu di hadapan rumah di kawasan itu dan SP1 dapat melihat muka penyerang-penyerangnya. [7] SP1 telah dapat mengecam Perayu di mahkamah sebagai salah seorang penyerangnya semasa kejadian tersebut. Menurut SP1 semasa kejadian, Perayu telah menggunakan parang dan menetak pergelangan tangan SP1. Akibat tetakan tersebut, pergelangan tangan SP1 telah terputus dan jatuh ke bawah. Mengikut SP1 tangan Perayu mempunyai tatu dan tangan tersebutlah yang digunakan oleh Perayu untuk memegang parang dan menetak SP1. 4 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [8] Akibat serangan Perayu dan lain-lain penyerang yang terlibat dalam kejadian ini, SP1 telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan pergelangan tangan. SP1 telah dibawa oleh SP4 ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk menerima rawatan perubatan. [9] Laporan polis mengenai kejadian SP1 diserang oleh Perayu dan penyerang-penyerang yang lain telah dibuat oleh adik SP1 iaitu Vinesh a/I M Wothaya Kumar (SP3) di Balai Polis Klang Selatan Report No. Klang/006795/16 pada 25/2/2016 jam 4.26 petang (ekshibit P8). [10] SP1 dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau sendiri tidak dapat membuat laporan polis tersebut kerana mengalami kecederaan parah dan telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan. [11] Begitulah fakta kes pendakwaan secara ringkasnya. Peruntukkan Undang - Undang (i) Seksyen 326 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti berikut: Voluntarily causing grievous hurt by dangerous weapons or means “Whoever, except in the case provided by section 335, voluntarily causes grievous hurt by means of any instrument for shooting, stabbing or cutting, or any instrument which, used as a weapon of offence, is likely to cause death, or any scheduled weapon as 5 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal specified under the Corrosive and Explosive Substances and Offensive Weapons Act 1958, or by means of fire or any heated substance, or by means of any poison or any corrosive substance, or by means of any explosive substance, or by means of any substance which it is deleterious to the human body to inhale, to swallow, or to receive into the blood, or by means of any animal, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to fine or to whipping”. (ii) Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti berikut: Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone “When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone”. (iii) Seksyen 320 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti berikut: Grievous hurt “The following kinds of hurt only are designated as "grievous": (a) emasculation; (b) permanent privation of the sight of either eye; 6 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (c) permanent privation of the hearing of either ear; (d) privation of any member or joint; (e) destruction or permanent impairing of the powers of any member or joint; (f) permanent disfiguration of the head or face; (g) fracture or dislocationof a bone; (h) any hurt which endangers life, or which causes the sufferer to be, during the space of ten days, in severe bodily pain, or unable to follow his ordinary pursuits.” Intipati Kesalahan Yang Harus Dibuktikan Oleh Pendakwaan (i) Mangsa/SP1 telah mengalami kecederaan parah; (ii) Perayu mempunyai niat bersama atau pengetahuan bahawa perbuatan Perayu akan menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa/SP1; dan (iii) Perayu telah menggunakan senjata dalam menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa/SP1. 7 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Dapatan Hakim Mahkamah Tinggi Diakhir Kes Pendakwaan [12] Di akhir kes pendakwaan, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: “[36] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan hakim bicara yang memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu di akhir kes pendakwaan setelah membuat penilaian maksima keterangan dan kredibiliti saksi-saksi pendakwaan. Oleh itu, perayu telah diperintahkan membela diri bagi pertuduhan di bawah s. 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama s.34 Kanun Keseksaan”. Pembelaan Perayu [13] Perayu (SD1) telah dipanggil untuk membela diri. SD1 telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan telah mengemukakan 5 orang saksi pembelaan. (a) SD 1 - Thiyaga Murthy a /l Subramanyan (Perayu); (b) SD 2 - Vasanthie a/p Singaram (Ibu Perayu); (c) SD 3 - Insp Mohd Adnan bin Othman (Pegawai Penyiasat Asal); 8 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (d) SD 4 - Khoosboo a/p Natasara (Bekas Teman Wanita Perayu); dan (e) SD 5 - Dr Muhammad Firdaus Bin Mohd Fauzi (Pegawai Perubatan Hospital HTAR) Keterangan Perayu (SD1) [14] SD1 tidak mengenali SP1 dan hanya melihat SP1 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 24/2/2016 pada kali pertamanya di mana SP1 berada di katil bersebelahan SD1 di wad kecemasan tetapi pada masa itu, SD1 tidak tahu nama SP1. SD1 juga tidak kenal Rajasegaran (SP4) tetapi pernah melihat dia di hospital bersama SP1. [15] Mengimbas kembali sebelum kejadian, pada 24/2/2016 SD1 telah pergi kerja pada jam 8.00 pagi dan balik ke rumah pada jam 6.00 petang. [16] Pada hari yang sama lebih kurang pukul 8.00 malam, SD1 telah pergi ke rumah Martin di Taman Sentosa, Klang dengan menaiki motor EX5. Nama sebenar Martin adalah Krishna Kumar. Turut bersama-sama SD1, adalah kawan-kawannya yang bernama Keerthi, Tamil, Dinesh serta 4 hingga 5 orang yang tidak dikenali oleh SD1. Kebiasaannya, SD1 pergi ke rumah Martin selepas waktu kerja. [17] Semasa berada di rumah Martin, SD1 berbual dengan kawan- kawannya dan semasa hendak keluar, Martin menerima panggilan daripada seseorang dan Martin bercakap dengan suara yang tinggi. Selepas itu, 9 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Martin membuat panggilan telefon kepada seseorang dan juga bercakap dengan nada yang tinggi. Seterusnya, Martin memberitahu kepada Keerthi bahawa Saravanan telah menelefonnya dan mengadu tentang teman lelaki kepada adik perempuannya. Selepas itu, Martin dan Keerthi masuk ke dalam rumah dan membawa parang dan rotan. Martin, Keerthi, Tamil, Dinesh dan seorang lagi yang SD1 tidak kenal telah meletakkan parang di bawah tempat duduk motorsikal dan ingin keluar dan Martin juga mengajak semua keluar. Pada masa itu, SD1 sudah agak bahawa mereka ingin pergi ke sesuatu tempat untuk melakukan sesuatu yang tidak betul. Oleh sebab itu, SD1 memberitahu kepada Martin bahawa SD1 ingin pergi ke hospital kerana dia telah mengalami kemalangan bersama bekas teman wanitanya (SD4) di Westport, Klang pada 23/2/2016 dan berasa pening. Selepas itu, SD1 telah pergi ke hospital dan semasa menunggu untuk nombor giliran di hospital, SD1 melihat SP4 membawa SP1 ke wad kecemasan tetapi pada masa itu SD1 tidak kenal SP1 dan SP4. [18] SD1 kemudiannya telah diarahkan untuk masuk ke wad kecemasan. Semasa di wad kecemasan tersebut SP1 diletakkan di katil bersebelahan dengan SD1. Pada masa itu, teman wanita SP1 dan bekas teman wanita SD1 yang hadir bersama telah bercakap antara satu sama lain dan bertanyakan apa yang telah berlaku. Pada masa itu, kawan SP1 bernama Boy yang juga merupakan kawan kepada SD1 juga ada bersama dengan SP1 dan memberitahu kepada SD1 bahawa SP1 telah ditetak. Apabila ditanyakan oleh SD1 siapa yang menetak, Boy menjawab 'kawan SP1' tetapi tidak sebut nama. Pada masa itu, Boy juga menunjukkan satu video yang menunjukkan kejadian SP1 ditetak. 10 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [19] Semasa berada di hospital tersebut, tiada sesiapa yang bertanya kepada SD1 tentang kejadian itu. SD1 menyatakan tangan kirinya tidak mempunyai kecacatan. SD1 tidak pemah melihat SP1 sebelum kejadian. Selepas menunggu lama di wad kecemasan, SD1 bercadang untuk pergi ke klinik swasta kerana tiada doktor yang merawatnya. SD1 ditangkap polis pada Disember 2017. SD1 menyatakan daripada tarikh kejadian sehingga tarikh ditangkap, SD1 tinggal di rumahnya dan tidak melarikan diri. Polis tidak pernah pergi ke rumahnya sejak tarikh kejadian. Pada 17/7/2016, SD1 ditangkap oleh pihak polis di rumahnya kerana disyaki terlibat dalam kes gaduh namun dilepaskan selepas tempoh reman tamat. SD1 menyatakan apabila beliau ditangkap untuk kes gaduh dan pihak polis tidak pernah menyiasat bagi kes sekarang ini. SD1 menonton rakaman CCTV (ID11) dan mengenal pasti suspek sebagai Keerthi, Martin dan seorang lagi yang memakai baju putih yang kelihatan seperti Dinesh namun muka tidak jelas sebab mereka memakai helmet. SD1 mengaku mempunyai tatu di kedua belah tangan. Dinesh juga ada tatu di kedua-dua tangan dan rupa fizikalnya sama seperti SD1. SD1 memberitahu Mahkamah bahawa beliau tidak menetak SP1 dan mempersoalkan bahawa jika benar SDI yang menetak SP1, SP1 atau kawannya yang berada di katil sebelah boleh terus bertanya kepadanya dan polis juga berada di hospital, namun tiada sesiapa pun yang menunjukkan SD1 kepada pihak polis. [20] Pada keesokkan harinya, SD1 telah pergi ke balai polis bersama dengan seorang wanita atas urusan kereta dan pada masa itu SD1 nampak Martin dan kawan-kawan SP1 namun tiada sesiapa pun yang menunjukkan SD1 kepada pihak polis. SD1 menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai nama samaran. SD1 tidak kenal Vinesh dan hanya melihat SP1 buat pada 11 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kali pertama di hospital. Selepas ditangkap, pihak polis tidak pernah pergi ke rumah SP1 untuk melakukan pemeriksaan. Keterangan SD2 [21] SD2 adalah ibu kepada SD1. SD2 menetap bersama SD1 di alamat sekarang selama sembilan (9) tahun dan tidak pernah berpindah ke mana – mana tempat. Menurut SD2, SD1 terlibat dalam kemalangan pada bulan Februari 2016. SD2 menyatakan bahawa itu adalah kali pertama SD1 terlibat dalam kemalangan. [22] SD2 menyatakan bahawa pihak polis tidak pernah datang ke rumahnya untuk pemeriksaan selepas SD1 ditangkap berkaitan kes ini. SD1 ditangkap bagi kes gaduh pada 17/7/2016 dan dibawa ke IPD Klang Selatan. SD2 masih ingat tarikh 17/7/2016 ini kerana harijadi SD1 adalah pada 16/6/2016 dan SD1 ditangkap sehari selepas hari lahirnya. SD2 pernah dengar nama Martin dan jika SD1 hendak pergi berjumpa Martin, SD1 akan memberitahu SD2. SD1 pernah jatuh dari motorsikal dan terdapat Iuka akibat tergelincir namun tidak pernah dimasukkan ke dalam wad. [23] SD1 telah terlibat dalam kemalangan pada 23/2/2016 dan SD 2 dapat mengingati tarikh tersebut kerana itulah kali pertama SD1 mendapat kecederaan yang serius. Menurut SD2, SD1 telah pergi kerja pada 24/2/2016 dan bercuti pada 25/2/2016. SD2 mengenali kawan-kawan SD1 tetapi tidak tahu nama mereka dan beliau mengenali Martin sebagai Kumar. SD2 menyatakan kali pertama SD1 mengalami kemalangan adalah pada 23/2/2016 kerana kemalangan yang berlaku sebelum ini hanya melibatkan 12 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kecederaan yang ringan sahaja. Selepas mendapatkan rawatan di hospital, SD1 telah kembali ke rumahnya pada awal pagi pada 24/2/2016. SD2 tidak dapat mengingati tarikh pembedahan bisul untuk SD1 pada tahun 2018 kerana SD1 sentiasa pergi ke hospital untuk pemeriksaan dan tiada tarikh yang tertentu untuk diingati manakala tarikh 23/2/2016 dapat diingatinya kerana SD1 mendapatkan laporan perubatan bagi tarikh 23/2/2016 dua minggu sebelum SD2 memberi keterangan di Mahkamah dan SD1 memaklumkan tarikh kemalangan ini kepada SD2. Keterangan SD3 [24] SD3 merupakan pegawai yang bertugas di Balai Polis Klang Selatan pada hari kejadian dan telah menerima repot berkaitan kes ini. SD3 telah dimaklumkan bahawa ASP Ravi (SP6) akan mengambil alih kes ini. SD3 yang bertindak sebagai pembantu kepada SP6 telah pergi ke tempat kejadian. SD3 tidak mempunyai peranan lain dalam kes ini selain daripada mengikuti SP6 ke tempat kejadian. SP6 berjumpa dengan tuan rumah di mana kejadian berlaku dan tiada soal siasat yang dibuat ke atas sesiapa lagi di tempat kejadian tersebut. [25] SD3 menyediakan rajah kasar dan ia ditandakan sebagai D14. Berdasarkan D14, tempat yang ditandakan “X” adalah tempat di mana kejadian berlaku. SD3 menyatakan bahawa SP6 pernah menunjukkan rakaman CCTV kepadanya namun wajah suspek memang tidak nampak kerana kesemua mereka pakai helmet dan visor. 13 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Keterangan SD4 [26] SD4 adalah bekas teman wanita kepada SD1. Pada tahun 2016, SD4 masih mempunyai hubungan dengan SD1. Pada 23/2/2016, SD1 bersama dengan SD4 terlibat dalam kemalangan semasa hendak pulang ke Klang dari Seremban. SD1 dan SD4 mendapat kecederaan akibat kemalangan tersebut. Selepas mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, kedua-dua mereka pulang ke rumah masing-masing. SD1 tidak bekerja pada 23/2/2016. SD4 mengingati tarikh 23/2/2016 secara spesifik kerana pada tarikh itulah kali pertama SD1 bercakap dengan SD4. Di dalam tempoh SD1 menjalin hubungan dengan SD4, SD1 akan sentiasa memaklumkan kepada SD4 jika SD1 hendak pergi ke mana-mana tempat. [27] Pada 24/2/2016, jam lebih kurang pukul 9.00 malam, SD4 menemani SD1 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana SD1 tidak sihat. Pada hari tersebut, SD1 menghantar mesej kepada SD4 bahawa beliau hendak pergi ke rumah kawannya namun SD4 tidak ingat nama kawan SD1 tersebut. SD4 dan SD1 menunggu lama di hospital tersebut tetapi tiada rawatan yang diberikan oleh doktor kepada SD1. Pada masa itu, SD4 melihat kawannya bernama Shanmugi dan Shanmugi memberitahu kepada SD4 bahawa teman lelakinya (SP1) telah ditetak. SP1 terbaring di katil bersebelahan SD1. Menurut SD4, SD1 memakai baju lengan panjang. Seterusnya, teman lelaki Shanmugi iaitu SP1 menunjukkan sebuah video kepada SD1 dan SD4. SP1 baring di atas katil bersebelahan SD1 selama 2 hingga 3 jam tiada sesiapa yang menuduh SD1 terlibat dalam kejadian dan tiada sesiapa yang menuduh SD1 terlibat dalam kejadian ini. SD4 menyatakan bahawa doktor hanya memberikan ubat tahan sakit dan 14 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal memeriksa darah SD1 sahaja tanpa membuat apa - apa pemeriksaan lanjut ke atas SD1. Katil tempat SD1 dan SP1 berbaring tidak ditutup dengan tirai. SD1 boleh melihat muka SP1 dengan jelas semasa SP1 terbaring di katil bersebelahan katil SD1. SD4 telah menasihati SD1 untuk pergi sahaja ke klinik swasta dan kemudiannya kedua-dua mereka pun pulang ke rumah. Keterangan SD5 [28] SD5 menyediakan laporan perubatan SD1 dan beliau mengesahkan bahawa SD1 telah pergi ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 23/2/2016 kerana mengalami kemalangan. Laporan perubatan ditandakan sebagai D16. Dapatan Hakim Mahkamah Tinggi Diakhir Kes Pembelaan [29] Di akhir kes pembelaan, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: “[55] Setelah membuat penilaian maksima dan menimbangkan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan juga pembelaan perayu serta kredibiliti saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, mahkamah ini bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa perayu telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Kesimpulannya, sabitan perayu bagi pertuduhan di bawah s.326 15 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kanun Keseksaan dibaca bersama s.34 Kanun Keseksaan adalah selamat dan boleh dipertahankan”. [59] Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara ke atas perayu adalah setimpal dan munasabah iaitu manifestly adequate, mengambil kira kesalahan serius dan aspek kepentingan awam serta faktor mitigasi dan pemberatan hukuman yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan dan perayu. Oleh itu, mahkamah ini tidak berhasrat untuk campur tangan dan mengubah hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara. [61] Bersandarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman adalah ditolak. Manakala rayuan Pendakwa Raya terhadap hukuman juga adalah ditolak. [62] Justeru, sabitan dan hukuman terhadap perayu oleh hakim bicara adalah dikekalkan”. Rayuan Perayu [30] Peguamcara terpelajar bagi pihak Perayu membangkitkan lima (5) isu sahaja di hadapan kami dalam mencabar sabitan dah hukuman terhadap Perayu tersebut. Lima (5) alasan rayuan tersebut untuk dipertimbangkan adalah seperti berikut: (a) Pertuduhan yang dibuat terhadap Perayu adalah defektif atau cacat. Ini adalah kerana pertuduhan tersebut tidak menyebut 16 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal nama dua orang penyerang yang lain serta ketinggalan perkataan “dalam lanjutan daripada niat bersama kamu” (“in furtherance of common intention”) di dalam pertuduhan di dalam seksyen 34 Kanun Keseksaan. (b) Kegagalan saksi - saksi pendakwaan untuk mengecam Perayu sebagai salah seorang penyerang yang telah mencederakan SP1; (c) Kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Saravanan dan Shanmugi telah memudaratkan kes pendakwaan dan terjumlah kepada penyembunyian keterangan yang penting, material dan mewujudkan kelompangan di dalam di dalam kes pendakwaan. Ini telah membangkitkan inferen yang bertentangan terhadap kes pendakwaan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950; (d) Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf apabila menolak pembelaan alibi yang telah dibangkitkan oleh Perayu; dan (e) Hukuman yang dikenakan ke atas Perayu adalah terlalu tinggi. [31] Bagi mengupas tentang isu pengecaman terhadap Perayu sebagai salah seorang yang telah mendatangkan kecederaan parah kepada SP1, adalah penting bagi kami menyingkap kembali dapatan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi di mana beliau menyatakan seperti berikut: 17 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “(13) Mahkamah ini bersetuju dengan keputusan hakim bicara bahawa SP1 telah mengalami kecederaan parah akibat ditetak dengan parang oleh perayu semasa kejadian. SP1 telah dapat mengecam perayu sebagai salah seorang penyerangnya dan juga dapat melihat muka perayu semasa kejadian tersebut. (14) SP1 telah dibawa oleh SP4 ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk menerima rawatan perubatan. Laporan perubatan [eks. P3) bertarikh 12/5/2016 yang disediakan oleh pegawai perubatan Jabatan Otopedik, Dr. Vijay Rabin (SP5) telah mengesahkan SP1 mengalami kecederaan parah iaitu "open right distal third radius fracture with DRUJ disruption and multiple extensor tendon cut" dan menerima rawatan "wound debridement, wound exploration, extensor tendon repair, open reduciton of ulna, k-wiring of right radius and across wrist external fixation. (15) Selain keterangan SP5 mengenai kecederaan parah yang dialami SP1, keterangan Dr Fikry Mudzammil (SP7) dan Dr Manivanan a/I Muthappan (SP9) juga mengesahkan kecederaan parah yang dialami oleh SP1 semasa SP1 menerima rawatan perubatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. (16) Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa kecederaan di tangan kanan SP1 adalah parah kerana terdapat Iuka dan tulang terdedah sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Keterangan SP5 menyatakan tulang radius SP1 patah dan 7 rawan terpotong yang mana tulang radius dan 7 rawan putus telah dijahit dan 18 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 wayar telah dimasukkan. lni mengesahkan bahawa SP1 mengalami tulang radius yang patah sehingga menyebabkan terpaksa menjalani pembedahan. (17) Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa akibat tetakan yang dilakukan oleh perayu dan penyerang-penyerang yang lain ke atas SP1 semasa kejadian, SP1 telah mengalami kecederaan parah yang dinyatakan di bawah s. 320 Kanun Keseksaan khasnya kecederaan di perenggan (e) dan (g). (18) Menurut keterangan SP1, semasa kejadian, seramai 5 orang lelaki India daripada 12 orang kesemuanya yang menunggang motosikal telah turun dari motosikal dan telah menyerang SP1. Daripada 5 orang lelaki India yang menyerang SP1, SP1 dapat mengecam dan mengenali perayu, Keerti dan Martin. Semasa kejadian, keadaan cahaya di kawasan tersebut agak terang kerana ada lampu di hadapan rumah dan SP1 dapat melihat muka penyerang- penyerangnya termasuk muka perayu. (19) SP1 dapat mengecam 3 orang penyerangnya walaupun mereka memakai topi keledar yang mempunyai visor semasa kejadian. Menurut SP1, visor 3 orang penyerangnya terbuka semasa kejadian dan disebabkan visor mereka terbuka, SP1 dapat mengecam muka 3 orang penyerangnya termasuk muka perayu. SP1 juga dapat mengecam perayu di mahkamah semasa perbicaraan kes (dock identification) sebagai salah seorang penyerang yang telah menyerang dan mencederakan SP 1. 19 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (20) SP1 juga dapat mengecam perayu yang menyerangnya menggunakan parang semasa kejadian. SP1 juga dapat mengecam tangan kiri perayu yang mempunyai tatu yang memegang parang yang digunakan untuk menetak SP1. Selain perayu yang menetak tertuduh, Martin juga menetak SP1 di bahagian kepala dan penyerang yang lain memukul SP1 menggunakan batang besi. (21) Kejadian serangan ke atas SP1 telah disaksikan oleh SP4 yang juga berada di tempat kejadian. Menurut SP4, beliau melihat penyerang penyerang menetak SP1 menggunakan parang dan SP1 telah memberitahu SP4 bahawa 3 orang penyerangnya ialah perayu, Keerti dan Martin. SP4 juga yang membawa SP1 ke hospital untuk menerima rawatan perubatan selepas diserang oleh perayu dan lain- lain penyerangnya. (22) Keterangan SP1 mengenai serangan oleh perayu dan lain-lain penyerang ke atas SP1 telah disokong oleh keterangan SP4. Kecederaan parah yang dialami oleh SP1 juga telah disokong oleh keterangan SP4. Keterangan SP1 mengenai serangan oleh perayu dan lain-lain penyerangnya bukanlah suatu rekaan semata-mata. Kejadian serangan ke atas SP1 benar-benar berlaku yang menyebabkan kecederaan parah ke atas SP1. (32) Mahkamah ini mendapati bahawa SP1 telah dapat mengecam perayu dan 2 lagi penyerangnya iaitu Keerti dan Martin semasa kejadian. SP1 juga telah dapat mengecam perayu dalam mahkamah semasa perbicaraan kes. Walaupun kawad cam tidak diadakan oleh 20 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pegawai penyiasat (SP6) kerana SP1 telah mengenali perayu lebih dari 3 tahun, ianya tidak menjejaskan pengecaman SP1 ke atas perayu semasa perbicaraan kes. Malahan SP6 selaku pegawai penyiasat kes juga telah mengecam perayu di mahkamah semasa perbicaraan sebagai salah seorang penyerang yang telah menyerang dan menetak SP1. (33) Dalam dapatan mahkamah ini, SP1 telah dapat mengecam perayu semasa perbicaraan di mahkamah melalui pengecaman dari kandang orang salah (dock identification). Keterangan SP1 mengenai pengecaman perayu adalah konsisten dan tidak dapat dinafikan atau dipatahkan oleh perayu. Perayu telah dicam secara positif oleh SP1 [lihat kes R v Turnbull & Ors [1976] 3 All ER 549, Arumugam s/o Muthusamy v PP [1998] 3 MLJ 73 dan Duis Akim & Ors v PP [2013] 9 CLJ 692]. [32] Bagi memperincikan lagi dapatan yang dicapai oleh Hakim Mahkamah Tinggi berkaitan isu pengecaman ke atas Perayu ini dan tiada kekhilafan identiti yang berlaku, adalah amat berfaedah sekali bagi kami menurunkan beberapa bahagian keterangan SP1 yang relevan berkaitan dengan pengecaman yang di buat oleh SP1 terhadap Perayu sebagai salah seorang penyerang yang telah mencederakan beliau. Ini dinyatakan oleh SP 1 di dalam keterangannya seperti berikut: (muka surat 10 - 12 Rekod Rayuan Jilid 3 (1). “Cara mereka menetak (ditunjukkan), saya dalam keadaan terbaring di tengah tengah rumah abang dan teman wanita saya. Mereka datang 21 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal terus menetak di atas kepala saya dan di pergelangan tangan kanan saya. Kedudukan 12 orang itu masa saya terbaring, 5 orang turun dari motorsikal, yang bakinya masih duduk atas motosikal. Kedudukan 5 orang itu masa saya terbaring ialah mereka berdiri mengelilingi saya. Dari 5 orang itu saya dapat camkan 3 orang, dapat camkan 3 orang tersebut sebab saya membangkitkan kenal 3 orang tersebut. Masa kejadian saya pasti 3 orang itu telah menetak saya kerana saya memang lihat mereka. Keadaan cahaya di kawasan tersebut memang agak terang kerana ada lampu di hadapan rumah dan juga cctv. Dalam keadaan terbaring saya dapat lihat muka 3 orang ini kerana masa saya baring atas lantai saya cuba mengelak tangan tetakan mereka dan pada masa itu saya lihat muka mereka. Memang mereka masih memakai topi keledar tetapi wiser buka. Antara 5 orang itu, kesemua mereka wiser topi keledar mereka buka. Walaupun semua wiser buka tapi tapi hanya dapat cam 3 orang sebab saya hanya kenal 3 orang tersebut. Bagaimana kenal mereka, Keerti dan Martin adalah kawan saya, Kulla pula saya hanya mengenali macam itu sahaja, ada nampak dia beberapa tempat. Rupa fizikal Kulla ialah orangnya rendah, agak gempal sikit ada tatu di bahagian tangan kiri. Orang yang namakan tadi ada di dalam mahkamah hari ini pakai baju warna biru dalam kandang tertuduh (OKT dicamkan). OKT menggunakan parang dan menetak saya di pergelangan saya. Pergelangan tangan saya putus dan jatuh ke 22 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bawah. Masa orang - orang mengelilingi saya, OKT berdiri di hadapan saya. Kedudukan helmet, wiser topi keledar buka dan beliau menetak saya dengan gunakan tangan kirinya. Saya nyatakan tangan kirinya kerana saya memang nampak terus beliau menetak saya dan saya cam tangan beliau ada tatu. Tangan kanan saya ditetak. OKT tetak saya dengan guna senjata parang. Selain tangan saya ditetak, Martin menetak kepala saya dan yang lain semua memukul saya dengan batang Besi. Selain ditetak di tangan dan kepala, ada juga muka kena parang di tangan kiri saya. Ada juga luka - luka di bahagian belakang saya. Saya dapat cam Martin dan OKT yang tetak kepala dan tangan walaupun saya dikelilingi ramai orang kerana saya telah jatuh ke bawah. Tetakan pertama oleh Martin kena ke atas kepala saya dan saya cuba bangun, pada masa itu, OKT menetak saya di tangan. Saya dihantar ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang”. [33] Kami tiada mempunyai apa-apa kesangsian dengan pengecaman yang dilakukan oleh SP1 terhadap Perayu. Tidak mungkin SP1 dapat memberikan keterangannya berkaitan pengecaman dan peranan yang dimainkan oleh Perayu (yang telah beliau kenali sebelum ini) secara naratif dan terperinci sebegini jika beliau tidak melihat sendiri dari dekat dan di dalam keadaan tempat yang terang apa yang telah dilakukan oleh Perayu pada SP1. Malah SP1 juga dapat memberi deskripsi istimewa tentang kewujudan tatu pada tangan kiri Perayu. Keterangan ini sangat konsisten 23 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dengan pengakuan Perayu sendiri di dalam keterangannya di mana Perayu mengakui bahawa beliau mempunyai tatu di kedua belah tangannya. Ini mempertenguhkan lagi keterangan SP1 terhadap kehadiran Perayu di situ sebagai orang yang telah menyerang dan mencederakannya pada malam kejadian tersebut. [34] SP1 mengakui bahawa beliau ada mengambil sedikit minuman keras sebelum insiden ini berlaku. Namun begitu, pada hemat kami ini tidak mengurangkan kemampuan SP1 untuk mengecam Perayu kerana SP1 telah menyatakan dengan yakin bahawa beliau sedar dan tahu orang menyerangnya dengan parang pada hari kejadian tersebut. Fakta bahawa SP1 mampu untuk menceritakan kejadian yang berlaku ini secara terperinci membuktikan kesedaran dan pengetahuan beliau tentang apa yang berlaku dan siapa yang terlibat menyerang beliau. [35] Sewajarnya ditekankan juga bahawa pengecaman SP1 terhadap Perayu tidak berakhir di situ. Ianya diperkemaskan lagi dengan keterangan sokongan oleh SP4 yang juga berada di tempat kejadian tersebut. SP4 di dalam keterangannya (muka surat 104 hingga 105 Kandungan 15 Rekod Rayuan Jilid 3 (2) mengatakan seperti berikut: “6 motosikal yang datang dengan 12 orang itu saya tidak kenal siapa mereka. Mereka semua datang dan pergi membuat pusingan di hadapan rumah No. 28. Selepas itu datang dan berhenti di rumah No. 20 iaitu rumah Shanmugi dan bertanya siapakah Sudheash. Pada masa itu saya mendukung anak saya. Setelah mereka tanya siapa 24 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Sudheash, Sudheash menjawab saya Sudheash melangkah ke hadapan. Pada masa itu mereka menetak Sudheash dengan parang, mereka juga mengejar saya sebab itu saya berlari dan mendukung anak saya masuk ke dalam rumah. Selepas itu, saya memberi anak saya pada isteri saya dan saya cuba keluar semula untuk tengok Sudheash. Ada 2 orang lagi menetak Sudheash di hadapan rumah saya, Sudheash selepas itu jatuh ke bawah. Sudheash mendapat tetakan di kepala, tangannya terkulai, selepas itu mereka semua melarikan diri dari tempat itu. Selepas itu isteri saya keluar dari rumah dan menangis menjerit - jerit. Selepas itu jiran saya datang menolong untuk membalut tangan Sudheash dengan kain. Selepas itu, saya membawa Sudheash ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Dalam perjalanan ke hospital, saya bertanya kepada Sudheash adakah masalahnya. Sudheash memberitahu bahawa 3 orang menetaknya, dia juga memberitahu nama orang - orang yang menetak dia iaitu Keerti, Martin dan Kulla”. [36] Selanjutnya, SP4 di dalam keterangannya (muka surat 108 - 111 Kandungan 15 Rekod Rayuan Jilid 3 (2)) mengatakan lagi: “Selepas itu beliau menangis bertanyakan adakah tangan beliau akan pulih semula. Saya beritahu beliau kita pergi hospital dulu tetapi tangan kamu sudah terkulai. Kenapa dia boleh jelaskan siapa yang menetak dia, sebab beliau ada nampak siapa yang menetaknya. Visor 25 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal helmet terbuka dan Sudheash ada nampak muka orang yang menetak Sudheash. Nama yang disebut Martin, Keerti dan Kulla”. “Balik dari hospital saya tengok cctv. Cctv di rumah saya, boleh cam gambar - gambar cctv. Gambar D orang yang bertanda T ialah Kulla dan beliau berlari selepas menetak. Tahu ia Kulla kerana saya mengecam tangan Kulla kerana tangan Kulla nampak agak cacat dan juga ada tatu. Selain itu dapat cam Kulla berdasarkan masa lihat video di rumah kawan - kawan Sudheash memberitahu yang itu adalah Kulla. Saya dapat cam Kulla semasa di hospital. Dapat camkan orang di hospital dan dalam cctv adalah Kulla kerana saya camkan dengan cara dia berdiri. Selain itu beliau berkulit cerah dan ada tatu, beliau memakai t - shirt warna putih”. “Selepas 4 hari saya membawa recording cctv ke Jalan Pasar Kuala Lumpur dan CCTV tersebut telah dicuri dari kereta saya dengan wang saya sekali, ada orang pecah cermin belakang tempat pemandu dan mencurinya. Saya membawa CCTV tersebut dalam kereta sebab saya tidak tahu bagaimana hendak mengambil recording tersebut sebab itu saya membawa ke kedai saya beli CCTV tersebut. Kedai tersebut berada di Jalan Pasar Kuala Lumpur. Kejadian cermin kereta saya dipecahkan, tindakan saya pergi ke balai dan buat repot polis di Balai Polis Pudu”. [37] Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan di atas, adalah jelas bahawa keterangan SP1 berkaitan identiti Perayu yang berada di tempat kejadian tersebut dan mencederakan SP1 tidak berdiri sendiri. Ianya 26 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal disokong oleh keterangan SP4. Ini menguatkan lagi kredibilti SP1 sebagai saksi yang kredibel dan boleh dipercayai. [38] Kami berpandangan bahawa naratif kes pendakwaan tidak terjejas walaupun rakaman CCTV tidak dikemukakan sebagai ekshibit kerana ianya hanyalah bersifat keterangan sokongan sahaja. Isu ini telah dinilai oleh Hakim Mahkamah Sesyen melalui Alasan Penghakimannya di muka surat 38 hingga 39 (Kandungan 13 Rekod Rayuan Jilid 2 di m/s 41 - 42) di mana beliau memutuskan seperti berikut: “Pembelaan juga menghujahkan bahawa kegagalan pendakwaan mengemukakan rakaman CCTV yang asal dan hanya mengemukakan rakaman video yang viral (ID11) turut membangkitkan anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1952 kepada pendakwaan. Mahkamah berpendapat bahawa rakaman CCTV amat berguna apabila keterangan pengadu tidak disokong atau pengadu tidak dapat mengecam tertuduh yang melakukan kesalahan tersebut. Walau bagaimanapun dalam kes ini, SP1 telah memberikan keterangan yang jelas bagaimana kejadian tersebut berlaku dan SP1 juga mengecam tertuduh yang terlibat. Oleh yang demikian, kegagalan mengemukakan rakaman CCTV tersebut tidak menjejaskan kes pendakwaan memandangkan rakaman CCTV hanya merupakan keterangan sokongan semata-mata dan keperluan mengemukakannya telah diketepikan melalui keterangan terus melalui SP1. Sehubungan dengan itu itu, penghujahan pembelaan ini tidak dapat dipertahankan. 27 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [39] Berkaitan dengan isu pengemukaan rakaman CCTV ini, Mahkamah Rayuan di dalam kes La Orde Ardi Rasila v. PP [2015] 10 CLJ 48, memutuskan seperti berikut: “(21) On these primary facts, the learned trial judge found that a prima facie case had been established against the appellant in respect of both charges and accordingly called for his defence. In our view the learned judge was absolutely right in calling for the defence as the evidence against the appellant was overwhelming and surpassed we would say the quantum of proof that is required of the prosecution to establish a prima facie case. The CCTV footages provide independent corroborative evidence of the testimonies of SP9, SP10 and SP23, not that their evidence requires corroboration in law”. [40] Wajar juga dinyatakan bahawa walaupun SP1 tidak terlibat di dalam sesi kawad cam yang diadakan oleh SP6 namun ini bukanlah sesuatu yang mampu melemahkan kes pendakwaan kerana ianya hanyalah bersifat keterangan sokongan sahaja. Pengecaman yang dibuat oleh SP1 terhadap Perayu di kandang tertuduh sudah memadai untuk diterima sebagai pengecaman yang berkualiti. [41] Rujukan dibuat kepada kes Dorai Pandian a/l Munian & Anor v. PP [2009] 4 MLJ 525 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: [31] “The holding of an identification parade is a part of the investigation process carried out by the investigation authority. The evidence of identification parade is relevant and admissible under 28 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal section 9 of the evidence Act 1950, and can be used to corroborate the substantive evidence given by the witnesses in court on identification of the accused as the perpetrator of the alleges offence. It is well settled that the substantive evidence is the evidence of identification in court”. [38] “Thus even in a case where no identification parade is held, the court can rely on the evidence of the dock identification as sufficient basis for conviction if it is satisfied with the credibility and realibility of the witness giving the evidence of identification in court”. [42] Bagi membuktikan elemen cedera parah, Responden telah memanggil SP5, SP7 dan SP9 Pegawai Perubatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. [43] SP7 yang ketika itu bertugas di Bahagian Orthopaedik Hospital tersebut dalam keterangannya di muka surat 217- 219 Kandungan 16 Rekod Rayuan Jilid 3 (3) mengatakan bahawa tugasan beliau di bahagian ini adalah untuk melihat pesakit yang telah dirujuk ke bahagian ini oleh Jabatan Kecemasan dan pesakit di wad serta di klinik berkaitan masalah patah tulang dan jangkitan dengan soft tissue dan luka - like soft tissue. [44] SP7 di dalam keterangannya telah merujuk kepada pemeriksaan perubatan yang buat oleh SP5 ke atas SP1 pada 25/2/2016 yang diperincikan di dalam Laporan Perubatan SP5 yang ditandakan sebagai Ekshibit P3. SP7 di dalam keterangannya menyatakan seperti berikut: 29 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “ ….. dalam kes ini dan rujuk laporan ini peranan saya untuk menilai tahap keseriusan kecederaan pesakit dan rawatan selanjutnya. Saya ingat pesakit ini, kebiasaannya saya sebagai doktor ingat pesakit berdasarkan kecederaan sebab setiap pesakit yang datang berbeza dari segi kecederaan dan bentuk luka. Pesakit ini luka dia di pergelangan tangan kiri, luka yang tajam danada bahagian tulang yang terdedah. Daripada apa yang saya lihat dari pesakit ini, yang boleh menyebabkan kecederaan ini ialah trauma dengan kata lain dari objek tumpul dan tajam. Kecederaan itu boleh disebabkan oleh objek tajam ini kerana ia adalah disebabkan keadaan luka pesakit yang tidak bergerigi (clean cut) dan terdapat beberapa tendon yang putus dan tulang yang patah. Objek tajam maksudnya ialah menurut pesakit ia adalah parang dan ia konsisten dengan kecederaan pesakit. Secara spesifik kecederaan yang dialami oleh pesakit ini ialah: (i) Tulang radius; (ii) Abductor policis longus; (iii) Extensor policis frevis; (iv) Extensor capri radialis frevis; (v) Extensoe policis longus; 30 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (vi) Extensor digiforum of indexa, middle and ringfinger. Luka terdapat di bahagian belakang tangan dan terdapat tulang yang terdedah. Pesakit juga tidak dapat mengangkat ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah dan jari cincin (ring finger). Basically, there is a deformity di pergelangan tangan kiri. Maksudnya ia tidak mengikut anatomi yang asal. Selain itu, pesakit ada luka abrasion di bahagian lengan. Terdapat luka di bahagian kulit kepala tapi itu ada di bawah bahagian pembedahan am. Tulang yang patah ialah tulang radius di pergelangan tangan. Tulang tersebut dapat dipatahkan berdasarkan x-ray pesakit ini merupakan patah yang berbentuk oblique atau spiral. Secara amnya is disebabkan objek tajam jika patah itu berbentuk hancur Kebiasaannya oleh objek tumpul. Kemungkinan disebabkan oleh objek tumpul sebab ia patah di tempat yang sama, kemungkinan objek tajam. Yang tumpul itu jika kecederaan itu pecah ia disebabkan objek tumpul. Pesakit ini ada fracture patah kemungkinan objek tajam”. [45] Bersandarkan kepada keterangan yang dikemukakan oleh SP5, SP7 dan SP9 tiada keraguan di minda kami bahawa SP1 telah mengalami kecederaan parah seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 320 (g) Kanun Keseksaan. 31 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [46] Bagi elemen ketiga dan yang terakhir, keterangan jelas membuktikan bahawa Perayu telah menggunakan senjata parang sehingga menyebabkan kecederaan parah ke atas SP1. [47] Menyentuh mengenai isu pertuduhan yang dihujahkan sebagai defektif, kami berpandangan bahawa isu ini tidak bermerit sama sekali. Perayu tidak mengalami apa - apa prejudis atau telah terpedaya atas kegagalan pihak pendakwaan menamakan Keerti dan Martin di dalam pertuduhan sebagai kedua-dua orang lagi yang terlibat di dalam melakukan kesalahan ini. Berdasarkan kepada nota keterangan peguam terpelajar Perayu telah pun mempunyai pengetahuan tentang identiti mereka kerana kedua - dua penama ini juga telah ditangkap dan lebih awal dituduh di mahkamah. Hanya Perayu sahaja yang ditangkap dan dituduh kemudiannya. Nama Keerti dan Martin ini seringkali disebut di dalam perbicaraan ini dan pembelaan juga telah memohon untuk memasukkan Nota Keterangan perbicaraan berlibatkan kedua - dua penama ini di dalam prosiding perbicaraan Perayu ini. Maka dengan itu, tidak bolehlah dikatakan bahawa Perayu dan peguamnya tidak mempunyai pengetahuan atau dikejutkan secara tiba - tiba berkenaan kewujudan identiti kedua - dua penama ini. Malah Seksyen 156 Kanun Acara Jenayah memperuntukkan bahawa tiada kesilapan atau peninggalan dalam menyatakan kesalahan atau butiran dalam pertuduhan adalah material melainkan tertuduh diperdayakan olehnya dan ia telah menyebabkan kegagalan keadilan. Di dalam kes ini, tidak ada apa-apa yang menunjukkan bahawa tertuduh telah diperdayakan. Rujukan dibuat kepada kes Zulkiflee bin Mohd Dom v PP [1997] 4 MLJ 161 di mana Augustine Paul JC (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: 32 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “It follows that the object of s. 156 is to ensure that technical defects in the charge should not be allowed to defeat the ends of justice. In considering the application and object of this section the AIR Commentaries on The Code of Criminal Procedure 1973 Vol 2 says at p. 594. It is for the Court to decide in each case whether the defect in a charge has misled the accused. The question of prejudice to the accused is ultimately one of inference from all the facts and circumstances of the case.The Court will be slow to entertain the question of prejudice when the details are not furnished. In considering the question whether the accused has been prejudiced in his defence by the defect in the charge, regard must be had to the fact that the objection to the frame of the charge was not raised till a late stage of the proceedings. The section is aimed, among other things, at objections on the ground of variance between the charge and the evidence. But the fundamental principle in all criminal charges is that the accused should not be prejudiced in his defence and, therefore, where a charge expressed in vague terms has been understood in a certain sense and proceedings have gone on on such basis, it is not thereafter open to the prosecution to contend that the charge means something else. The object of the section is that technical defects in the charge should not be allowed to defeat the ends of justice.” 33 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [48] Susulan daripada itu, ketinggalan pihak pendakwaan untuk menyebut perkataan “lanjutan daripada niat bersama kamu” di dalam pertuduhan bagi penggunaan seksyen 34 Kanun Keseksaan tidak meruntuhkan kes pendakwaan. Ini adalah kerana peruntukan seksyen 34 Kanun Keseksaan telah disebut secara spesifik di dalam pertuduhan dan seksyen ini adalah berkaitan dengan niat bersama. Maka dengan itu, kami tidak nampak di mana wujudnya apa - apa unsur prejudis atau perdayaan yang dialami oleh Perayu akibat daripada ketinggalan barisan perkataan ini. Wajar juga ditekankan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi juga di dalam Alasan Penghakiman Bertulisnya (di muka surat 19 Kandungan 12 Rekod Rayuan Jilid 1) telah mengupas isu niat bersama ini dan selanjutnya membuat dapatan berkaitan isu tersebut berdasarkan kepada keterangan - keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Hakim Mahkamah Tinggi juga telah membincangkan peranan dan penglibatan Keerti, Martin dan Perayu di dalam perlakuan kesalahan ini. Keerti dan Martin bukanlah pemerhati sahaja di dalam kes ini. Mereka berdua hadir secara fizikal di tempat kejadian. Mereka juga turut terlibat secara langsung menyerang SP1. Jika perbuatan Keerti, Martin dan Perayu digabungkan bersama, jelas akan menunjukkan wujudnya niat bersama mereka untuk mencederakan Perayu walaupun nama mereka berdua tidak dizahirkan di dalam pertuduhan. Maka dengan itu, dapatlah kami rumuskan bahawa tidak apa - apa kelemahan di dalam pertuduhan yang dibuat terhadap Perayu ini. [49] Bagi melengkapkan isu berkaitan niat bersama ini, kami perturunkan beberapa nas undang - undang berkaitan seksyen 34 Kanun Keseksaan. 34 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [50] Menyingkap kembali pada tahun 1983, Hashim Yeop A Sani (beliau pada ketika itu) di dalam kes PP v. Dato' Mokhtar Hashim [1983] 1 CLJ 138; [1983] CLJ (Rep) 721 mengatakan (pada muka surat 749): “Under section 34 of the Penal Code, to succeed the prosecution must prove that the criminal act was done in concert pursuant to the prearranged plan or arrangement. In practice it is of course difficult to produce direct evidence to prove the intention of an individual. In most cases, however, it can be inferred from his act or conduct or other relevant circumstances of the case. (see Mahbub Shah v. King Emperor [1945] 72 I.A. 148,153). It is also a common-sense principle that if two or more persons intentionally do a thing jointly it is just the same as if each of them had done it individually. If two or more persons combine in injuring another in such a manner that each person engaged in causing the injury must know that the result of such injury may be the death of the injured person, it is no answer on the part of any one of them to allege and perhaps prove, that his individual act did cause death, and that by his individual act he cannot be held to have intended death. Every one must be taken to have intended the probable and natural results of the combination of acts in which he joined. Thus it is clear that the leading feature of section 34 of the Penal Code is the element of participation in action. Two preliminary elements are in fact necessary to fulfill the requirement of section 34. First, there must be evidence (direct or by inference) the accused was present at 35 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal the scene of the crime. Secondly, there must be evidence to show that there was prior concert or prearranged plan involving the accused. This is logical because how can there be participation without physical presence. Even passive participation may require physical presence”. [51] Mahkamah Rayuan di dalam kes Ahmad Majmi Idris & Anor v. PP [2014] 1 LNS 148 menerangkan pemakaian undang - undang berkaitan seksyen 34 Kanun Keseksaan sepertimana berikut: “... In our judgment, when section 34 of the Code is invoked, there is no requirement to prove who actually or ultimately caused the death of the deceased as was held in Ong Chee Hoe v. PP [1999] 4 SLR 688 as follows: In any case, the effect of invoking section 34 made it unnecessary to determine who exactly the actual doer of the offence in question was”. [52] Di dalam situasi yang hampir sama juga, Mahkamah Agung di dalam kes Namasiyiam Doraisamy v. PP & Other Cases [1987] 1 CLJ 540; [1987] CLJ (Rep) 241; [1987] 2 MLJ 336 bercakap melalui Syed Agil Barakbah SCJ (beliau pada ketika itu) telah menggariskan undang - undang yang harus dipakai berkaitan persoalan niat bersama di mana beliau mengatakan (di m/s 251-252 (CLJ) seperti berikut: “In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not enough. There must be 36 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. Where the prosecution case rests on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference. Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (see the Supreme Court (of India) on Criminal Law 1950-1960 by J.K Soonavala page 188 to 193)”. [53] Menyentuh mengenai isu kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Saravanan dan Shanmugi yang berada di tempat kejadian tersebut, kami berpandangan bahawa kegagalan berbuat demikian bukanlah sesuatu yang boleh meruntuhkan kes pendakwaan atau terjumlah kepada penyembunyian keterangan yang material. Malah tiada kelompangan yang wujud di atas kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil mereka berdua sebagai saksi pendakwaan. Ini adalah kerana terdapat saksi - saksi pendakwaan lain yang telah dipanggil untuk menyokong naratif dan keterangan kes pendakwaan. Oleh yang demikian tiada inferens bertentangan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 yang boleh digunakan terhadap pihak pendakwaan. 37 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [54] Pada hemat kami tiada keperluan bagi pihak pendakwaan untuk memanggil kesemua orang terlibat atau yang dinamakan di dalam kes ini untuk membuktikan kes terhadap Perayu. Pihak pendakwaan mempunyai budibicara sepenuhnya untuk memilih saksi mana yang harus dipanggil semasa perbicaraan. Tugas pendakwaan hanyalah untuk memanggil saksi- saksi yang material sahaja bagi membentangkan naratif kes pendakwaan (lihat kes Ti Chuee Hiang v. PP [1995] 3 CLJ 1; [1995] 2 MLJ 433). Hanya di dalam kes - kes yang terdapat niat penyembunyian keterangan yang material sahaja barulah inferens bertentangan ini boleh digunakan PP v. Mansor Md Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233 di m/s 254). [55] Menyentuh mengenai pembelaan alibi yang telah dibangkitkan oleh Perayu, kami mendapati pembelaan yang dikemukakan ini hanyalah bersifat pemikiran terkemudian sahaja. Secara ringkasnya, di dalam pembelaannya Perayu menyatakan bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian pada malam tersebut kerana berada di hospital. Namun begitu, Perayu gagal untuk mengemukakan sebarang Notis Alibi untuk menyokong pembelaannya itu yang boleh menunjukkan bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian pada malam tersebut sebaliknya berada di hospital. Di dalam keadaan sedemikian, undang - undang adalah jelas dan mantap bahawa pihak pembelaan tidak boleh bergantung kepada keterangan yang menyokong alibi tersebut. Perayu hanya memanggil SD4 untuk menyokong pembelaannya ini. Hakim Mahkamah Sesyen telah menilai secara maksima keterangan-keterangan saksi pembelaan dan memutuskan bahawa pembelaan Perayu hanya bersifat pemikiran terkemudian dan penafian semata-mata dan menyimpulkan bahawa Perayu telah gagal menimbulkan 38 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan bagi membolehkan beliau dibebaskan. [56] Sehubungan dengan itu juga, Mahkamah Persekutuan di kes Pathmanabhan Nalliannen v. PP & Other Appeals [ 2017] 4 CLJ 137 menyatakan seperti berikut: “[250] Alluding to the defence of the first accused as at para. 34 of this judgment, it was mere denial and one of alibi. The second accused at para. 38 of this judgment merely said that nothing happened at the farm on the day in question. The fourth accused in his defence merely testified that he saw Sosilawati and the three others being beaten up, but completely denied his involvement (as per paras. 42 and 43 of this judgment). We conclude that the defence evidence failed to raise any reasonable doubt on the prosecution case”. [57] Di dalam konteks ini juga, Hakim Hakim Mahkamah Tinggi di peringkat rayuan dalam menilai pembelaan Perayu melalui Alasan Penghakimannya di muka surat 30 Kandungan 12 RR Jilid1 memutuskan seperti berikut: “[49] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa pembelaan alibi perayu adalah tidak teratur di sisi undang- undang atas alasan tiada notis alibi diberikan oleh perayu mengikut kehendak s. 402A Kanun Tatacara Jenayah. Oleh itu, hakim bicara dan mahkamah ini juga tidak dapat menerima keterangan perayu dan juga keterangan saksi-saksi alibi pembelaan perayu. 39 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [50] Mahkamah ini juga mendapati bahawa semasa kes pendakwaan, tiada sebarang soalan ataupun cadangan kepada saksi- saksi pendakwaan mengenai pembelaan alibi perayu dikemukakan oleh pihak perayu. Tanpa notis alibi tersebut, pegawai penyiasat kes tidak dapat menjalankan siasatan lanjut untuk mengesahkan pembelaan alibi perayu. [51] Mahkamah ini telah menimbangkan pembelaan alibi perayu dan memutuskan isu pembelaan alibi yang dibangkitkan oleh perayu adalah merupakan suatu “afterthought” serta lebih merupakan penafian semata-mata oleh perayu ke atas keterangan saksi-saksi pendakwaan. Pembelaan alibi perayu tidak dapat diterima oleh hakim bicara dan mahkamah ini serta gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan”. [58] Berdasarkan kepada dapatan - dapatan di atas, kami sebulat suara berpandangan bahawa tiada asas bagi kami di peringkat rayuan ini untuk menganggu dapatan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi. Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Sabitan terhadap Perayu adalah selamat dan dikekalkan. Hukuman [59] Dalam menjatuhkan hukuman ke atas Perayu, kami ini mengambil panduan yang telah digariskan di dalam kes Public Prosecutor v. Loo 40 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, di mana Hakim Hashim Yeop Sani (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the Courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. Lord Goddard LG in Rex v. Grondkowski [1946] 1 All ER 560, 561 offered some good advice when he said: The Judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often nowadays thought, or seems to be thought that the interests of justice means only the interests of the prisoners.” [60] Di dalam kes Veerian T Latchmanen v. PP [2001] 7 CLJ 466, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: “It must be observed that every sentence passed by the court or a trial court is based on the nature of the offence, the evidence adduced on behalf of the prosecution and the defence, the facts presented by the 41 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal prosecution, the circumstances in which the offence was committed whether with or without violence, provocation if any, the age, character, antecedents, the background of the offender, the plea in mitigation and the views given by the prosecution. This court is of the view that the power to impose sentence is a judicial discretion and unless and until the lower courts had erred in principle or that the sentence was manifestly excessive or manifestly low or upon considering the particular facts of the case, the High Court sitting in an appellate capacity ought not to disturb or interfere with that discretion just for the sake of pleasing public views. The sentence passed by the court must not only appear to be a judicial pronouncement but seen to be one.” [61] Hukuman maksimum yang diperuntukan di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan adalah pemenjaraan sehingga 20 tahun, denda atau sebatan. Walaupun Perayu pada ketika hukuman dijatuhkan berusia 28 tahun dan ini merupakan kesalahan beliau yang pertama, namun kami berpendapat bahawa kecederaan parah yang dialami oleh SP1 akibat perbuatan Perayu ini memerlukan suatu bentuk hukuman pemenjaraan dan sebatan yang boleh memberi pengajaran kepada beliau. Perbuatan menyerang dan menetak SP1 dengan parang adalah satu perbuatan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. [62] Berdasarkan alasan-alasan yang telah kami huraikan di atas dan ketiadaan rayuan balas atas hukuman yang difailkan oleh pihak Pendakwa Raya, maka kami mendapati tiada sebarang alasan atau merit untuk kami mengganggu hukuman yang telah dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi. 42 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [63] Justeru, kami sebulat suara menolak rayuan Perayu dan mengekalkan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi. Tarikh: 4 September 2023 - Sgd - Azmi bin Ariffin Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bagi Perayu : Dato' Geethan Ram Vincent & Cik Lavanyia Raja; (Geethan Ram Petaling Jaya) Bagi Responden : TPR Khairul Aisamuddin bin Abdul Rahman; Timbalan Pendakwa Raya; Jabatan Peguam Negara, Malaysia. 43 S/N 7NGAcBb7z0KgXSOMTBEaPQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal