Tiong Kim Yok PERUNDING JURU JASA SDN BHD
Court accepted plaintiff's invoices and testimony; held the defendant's letter dated 26.3.2024 and oral promise by its director in March 2024 constituted a fresh acknowledgement under s26(2) Limitation Act 1953 thereby reviving time-barred claims; defendant closed its case and failed to call material witnesses,...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-A52NCC-326-07/2024 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Tiong Kim Yok (trading as Agnes Tiong & Associates); Defendant: Perunding Juru Jasa Sdn Bhd
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 16 May 2025
- Case Number
- JA-A52NCC-326-07/2024 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Debt Claim / Judgment Delivered (trial Concluded)
- Outcome
- Judgment for plaintiff
- Legal Topics
- Debt Recovery (accounting and Secretarial Fees), Acknowledgement of Debt and Fresh Accrual, Time Bar / Limitation Act 1953, Adverse Inference for Failure to Call Witnesses (s 114(g) Evidence Act 1950), No Case to Answer
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Tiong Kim Yok (trading as Agnes Tiong & Associates)
Plaintiff
Perunding Juru Jasa Sdn Bhd
Defendant
Procedural Posture
Civil Debt Claim / Judgment Delivered (trial Concluded)
Legal Issues
- 1 Whether plaintiff proved claim for RM198,575.00 against defendant
- 2 Whether parts of the claim are time-barred under the Limitation Act 1953
- 3 Whether defendant's failure to call witnesses and alleged misappropriation rebut plaintiff's claim
Ratio Decidendi
Court accepted plaintiff's invoices and testimony; held the defendant's letter dated 26.3.2024 and oral promise by its director in March 2024 constituted a fresh acknowledgement under s26(2) Limitation Act 1953 thereby reviving time-barred claims; defendant closed its case and failed to call material witnesses, attracting an adverse inference under s114(g) Evidence Act 1950; accordingly plaintiff proved claim on balance of probabilities and judgment entered for plaintiff with costs.
Court Disposition
Judgment for plaintiff
Orders
- Judgment entered for plaintiff in the sum of RM198,575.00
- Costs awarded to plaintiff on the standard scale
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-A52NCC-326-07/2024 Kand. 65 30/08/2025 12:32:45 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM GUAMAN SIVIL NO. JA – A52NCC – 326 – 07 /2024 ANTARA Tiong Kim Yok (No. K/P: 570705016868) (Berniaga sebagai: Agnes Tiong & Associates) (No. Pendaftaran Perniagaan: 199403081508 (JM0203460-H) … PLAINTIF DAN PERUNDING JURU JASA SDN BHD (No. Syarikat: 200001029964) … DEFENDAN 1 S/N uFWjXkAoUhEZ9ZBYbdJQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN Latar Belakang Kes 1. Tuntutan plaintif terhadap defendan adalah untuk wang sebanyak RM198,575.00 iaitu fee perakaunan dan fee perkhidmatan penyerahan dokumen “Sales and Service Tax (SST)” bagi perkhidmatan yang telah disediakan oleh firma tersebut sebagai firma akauntan bagi syarikat defendan sejak 2008 sehingga 2024. 2. Tuntutan-tuntutan tersebut adalah berdasarkan inbois- inbois yang dilampirkan di m/s 1 – 16 Ikatan B butirannya seperti berikut: Bil. No. Inbois Tarikh (RM) 1. CB1024/23 31.3.2024 200.00 2. CB1099/22 31.12.2023 4,800.00 3. CB1089/22 31.12.2023 36,000.00 4. CB1028/19 6.7.2020 13,450.00 5. CB1034/18 5.6.2019 13,450.00 6. CB 1021/17 6.5.2018 13,450.00 7. CB1062/16 5.4.2017 13,450.00 8. CB1033/15 7.6.2016 13,450.00 2 S/N uFWjXkAoUhEZ9ZBYbdJQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9. CB1076/14 5.8.2015 19,425.00 10. CB1044/13 6.7.2014 19,455.00 11. CB1022/12 4.6.2013 15,810.00 12. CB1033/11 6.4.2012 13,435.00 13. CB1055/10 5.6.2011 7,380.00 14. CB1033/09 5.4.2010 6,150.00 15. CB1031/08 7.4.2009 6,160.00 16. CB1022/07 5.5.2008 2,510.00 JUMLAH 198,575.00 3. Menurut keterangan SP1 iaitu plaintif, firmanya T/n Agnes Tiong & Assoc. telah dilantik sebagai akauntan bagi defendan dan defendan telah gagal membayar perkhidmatan yang diberikan semenjak 2007 berlarutan sehingga 2024. 4. Menurut SP1, syarikat defendan ditubuhkan oleh adiknya Darren Tiong sejak 24 tahun yang lalu dan plaintif dilantik menjadi akauntan syarikat defendan. 5. Pada 26.3.2024 defendan telah menghantar surat kepada plaintif menamatkan perkhidmatan setiausaha syarikat 3 S/N uFWjXkAoUhEZ9ZBYbdJQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang dikendalikan oleh plaintif atas alasan pertukaran pihak pentadbiran (rujuk m/s 19 Ikatan B). Surat tersebut juga menyatakan “Please inform us the outstanding secretarial charges (if any)”. 6. SP1 juga memberi keterangan bahawa pada bulan Mac 2024 pada satu pertemuan dengan DZu Fahmi pengarah defendan, Dzul Fahmi telah berjanji secara lisan untuk membayar apa jua hutang tertunggak kepada plaintif. SP1 juga memberitahu Dzul Fahmi berjanji akan berbincang dengan Darren Tiong mengenai bayaran hutang tertunggak kepada plaintif memandangkan Darren Tiong merupakan penandatangan tunggal cek-cek defendan. 7. Memandangkan defendan tidak membuat apa-apa bayaran, plaintif telah menghantar satu Notis Tuntutan bertarikh 18.7.2024 kepada Defenda menuntunt pembayaran RM198,575.00 tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari penerimaan, namun tiada apa-apa maklumbalas diterima. 4 S/N uFWjXkAoUhEZ9ZBYbdJQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8. Pembelaan utama defendan ialah sebahagian besar tuntutan plaintif berjumlah RM130,675.00 dihalang oleh had masa kerana telah lebih enam (6) tahun. 9. Selain itu terdapat dakwaan penyelewangan wang di mana rakan kongsi plaintif iaitu SP1 memegang cek-cek defendan dan membuat bayaran kepada dirinya sendiri dan bayaran fii iktisas kepada juruaudit, setiausaha syarikat dan plaintif sebagai akauntan defendan. Analisis dan Dapatan Mahkamah 10. Hanya SP1 iaitu plaintif sendiri yang memberi keterangan dalam kes ini. 11. Defendan menutup kesnya tanpa memanggil mana-mana saksi. Defendan juga tidak memfailkan apa-apa hujahan bertulis sebelum Mahkamah memberikan keputusan walaupun Mahkamah telah memberikan tarikh-tarikh untuk kedua-dua pihak berbuat demikian. 5 S/N uFWjXkAoUhEZ9ZBYbdJQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12. Kesemua dokumen-dokumen yang difailkan dan dirujuk diletakkan di Bahagian B iaitu dipersetujui tertakluk kepada pemeriksaan dan hujahan. 13. Berdasarkan keterangan kes Mahkamah berpendapat hanya terdapat dua (2) isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah iaitu: i. Sama ada plaintif telah Berjaya membuktikan kesnya terhadap defendan; ii. Sama ada sebahagian tuntutan plaintif dihalang oleh had masa; 14. Plaintif mengemukakan inbois-inbois di m/s 1 – 16 Ikatan B yang menyenaraikan butiran-butiran tuntutan plaintif terhadap defendan iaitu sama ada untuk ‘submission of SST / accounting fee / printing charges / stationary’. Defendan tidak mempertikaikan kandungan inbois-inbois tersebut dan tiada pemeriksaan balas ke atasnya. 15. Undang-undang matan telah memutuskan bahawa kegagalan untuk memeriksa balas saksi berkenaan 6 S/N uFWjXkAoUhEZ9ZBYbdJQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal perkara material semasa perbicaraan membawa maksud keterangan saksi tersebut diterima (rujuk Wong Swee Chin v Public Prosecutor (1981) 1 MLJ 212 FC). 16. Mahkamah menerima keterangan SP1 dan keterangan sokongan iaitu inbois-inbois yang dikemukakan tersebut untuk membuktikan tuntutannya terhadap defendan. 17. Mengenai had masa, sebahagian besar daripada inbois- inbois tersebut sememangnya telah melebih tempoh 6 tahun iaitu tempoh yang dibenarkan dibawah seksyen 6(1) Akta Had Masa 1953. 18. Namun begitu Mahkamah bersetuju dengan hujahan plaintif bahawa kausa tindakan bagi inbois-inbois yang melebihi 6 tahun tersebut telah terakru semula apabila defendan menghantar surat bertarikh 26.3.2024 dan juga keterangan SP1 berkenaan akujanji Dzul Fahmi pada Mac 2024. 7 S/N uFWjXkAoUhEZ9ZBYbdJQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19. Mahkamah merujuk kepada seksyen 26(2) Akta Had Masa 1953 yang memperuntukkan seperti berikut: “Fresh accrual of action on acknowledgment or part payment (1) … (2) Where any right of action has accrued to recover any debt or other liquidated pecuniary claim, or any claim to the personal estate of a deceased person or to any share or interest therein, and the person liable or accountable therefor acknowledges the claim or makes any payment in respect thereof, the right shall be deemed to have accrued on and not before the date of the acknowledgment or the last payment …” 20. Mahkamah merujuk kepada kes Business Ethics Institute of Malaysia v Paradise Worldwide Sdn Bhd [2024] MLJU 3601 di mana fakta kes menunjukkan defendan di dalam kes ini telah gagal menjelaskan sewa tertunggak kepada plaintif. Namun begitu, pengarah defendan menulis surat bertarikh 30.9.2019 kepada plaintif mengakui jumlah tertunggak dan mencadangkan cara pembayaran melalui program CSR. Mahkamah Tinggi, semasa memutuskan isu 8 S/N uFWjXkAoUhEZ9ZBYbdJQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal had masa berkenaan tuntutan plaintif memutuskan seperti berikut: “Whether the claim was time-barred [16] The third ground concerning limitation requires careful consideration. The defendant argued that the claim was time- barred under Section 6 of the Limitation Act 1953. However, the letter dated 30.09.2019 from Mr. Ong Ewe Hock constituted a fresh acknowledgment of debt under Sections 26 and 27 of the Limitation Act 1953. [17] While the defendant contended that the letter was merely a CSR proposal, in my considered view the letter in question clearly acknowledged the rental arrears of RM71,820.00. This acknowledgment satisfied the requirement of being clear and unequivocal thereby preventing the claim from being time- barred.” 21. Berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada dan juga keterangan yang dikemukakan, Mahkamah berpuas hati bahawa surat bertarikh 26.3.2024 dan akujanji pengarah defendan Dzul Fahmi secara lisan menjadikan kausa tindakan terakru semula bagi plaintif menuntut jumlah terhutang yang telah melebihi tempoh enam (6) tahun tersebut. 9 S/N uFWjXkAoUhEZ9ZBYbdJQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22. Peguambela defendan telah memaklumkan Mahkamah bahawa defendan tidak akan memanggil mana-mana saksi. Defendan seterusnya menutup kesnya tanpa menawarkan apa-apa keterangan. 23. Peguambela defendan tidak membuat hujahan tiada kes untuk dijawab namun pada Mahkamah adalah selamat untuk Mahkamah berpendapat sedemikian lantaran tindakan defendan yang memilih untuk menutup kes tanpa memanggil saksi. Selain itu, Mahkamah berpendapat defendan bergantung penuh dengan pembelaan had masa terhadap sebahagian besar tuntutan plaintif yang telah melebihi enam (6) tahun. 24. Mahkamah merujuk kepada kes Yoong Sze Fatt v Pengkalen Securities Sdn Bhd [2010] 1 MLJ 85, 93 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan: In our judgment, it is trite law that once a defendant in civil proceedings makes a submission of no case to answer and elects not to call evidence, then all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be correct: per Gopal Sri Ram JCA in Jaafar bin Shaari, at p 712, citing Wasakah Singh. Selanjutnya m/s 102: 10 S/N uFWjXkAoUhEZ9ZBYbdJQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Suffice for me to say that when a submission of no case to answer has been made and coupled with the submission that no witnesses will be called, it gives rise to these unrebuttable implications: (a) the outcome to the question of whether there is a case to answer would be that all evidence led by the plaintiff must be presumed to be correct; and (b) so the burden falls on the first defendant to call evidence to rebut the plaintiff’s case and the first defendant’s failure to do so in the absence of reasonable explanation will trigger an adverse inference to be drawn against the first defendant under s 114(g) of the Evidence Act 1950. 25. Beban adalah di atas defendan untuk membuktikan pembelan-pembelaan yang diplidkan di dalam Penyata Pembelaan Defendan terutamanya mengenai penyelewangan cek-cek defendan yang dikatakan dibayar oleh plaintif kepada dirinya sendiri dan juga akujanji untuk membayar jumlah terhutang daripada pengarah defendan dapat diakaskan. 26. Mahkamah berpendapat defendan patut memanggil pengarah defendan Dzul Fahmi yang mengeluarkan surat defendan bertarikh 26.3.2024 dan memberi akujanji 11 S/N uFWjXkAoUhEZ9ZBYbdJQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kepada plaintif semasa pertemuan dengan plaintif dalam bulan Mac 2024 sebagai saksi memberi keterangan untuk mengakas kes plaintif. 27. Kegagalan berbuat demikian tanpa apa-apa alasan yang munasabah akan menarik inferen bertentangan bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 iaitu keterangan Dzul Fahmi, jika dipanggil sebagai saksi defendan, adalah tidak memihak kepada defendan. Ia juga bermaksud segala keterangan plaintif tidak diakas oleh defendan dan dibuktikan sebagai benar. KESIMPULAN 28. Berdasarkan di atas, plaintif Berjaya membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian. Tuntutan plaintif dibenarkan dengan kos. Kos mengikut skala. 12 S/N uFWjXkAoUhEZ9ZBYbdJQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bertarikh 30 Ogos 2025 …………………………. LAILAWATI BINTI ALI Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bharu Peguam bagi pihak plaintif: S. Jeyakumar T/n Alias, Kang, Ungku Mas & Associates Peguam bagi pihak defendan: K. Periasamy T/n Periasamy & Co. 13 S/N uFWjXkAoUhEZ9ZBYbdJQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal