Truong Cam Tu [Timbalan (TPR), Jabatan Peguam Negara]
The Court held that the prosecution proved beyond reasonable doubt that the appellant had physical control of the bag containing controlled substances together with her personal effects, and that her conduct plus the presence of weighing scales and cash supported an irresistible inference of knowledge; the weight of...
Source-derived case information.
- Citation
- W-05(M)-628-12/2019 (Mahkamah Rayuan)
- Parties
- Appellant: Truong Cam Tu; Respondent: Pendakwa Raya
- Court
- M
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 19 February 2021
- Case Number
- W-05(M)-628-12/2019 (Mahkamah Rayuan)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal / Judgment on Appeal (court of Appeal)
- Outcome
- Appeal dismissed in respect of the charges appealed (charges 1 and 2); convictions and sentences for those charges affirmed; court had earlier allowed appeal on charge 3 (not subject of this appeal) and prosecution did not appeal that decision.
- Legal Topics
- Possession With Knowledge, Presumption of Distribution Under Statutory Provision, Chain of Custody, Credibility of Arresting Officer, Absence of Fingerprint Evidence
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Truong Cam Tu
Appellant
Pendakwa Raya
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal / Judgment on Appeal (court of Appeal)
Legal Issues
- 1 Whether prosecution proved possession with knowledge and mens rea for drugs found in appellant's bag
- 2 Whether statutory presumption of distribution under section 37(da)(xvi) ADB 1952 applied and was rebutted
- 3 Whether reliance on single arresting officer's testimony was permissible without additional witnesses
Ratio Decidendi
The Court held that the prosecution proved beyond reasonable doubt that the appellant had physical control of the bag containing controlled substances together with her personal effects, and that her conduct plus the presence of weighing scales and cash supported an irresistible inference of knowledge; the weight of methamphetamine met the statutory threshold invoking the distribution presumption under section 37(da)(xvi) ADB 1952 which was not rebutted; credibility findings favoring the arresting officer were properly made and not to be disturbed, therefore convictions and mandatory sentences on the appealed charges were safe and affirmed.
Court Disposition
Appeal dismissed in respect of the charges appealed (charges 1 and 2); convictions and sentences for those charges affirmed; court had earlier allowed appeal on charge 3 (not subject of this appeal) and prosecution did not appeal that decision.
Orders
- Appeal dismissed in respect of charges 1 and 2
- Convictions and sentences imposed by the High Court for charges 1 and 2 are upheld and confirmed
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
W-05(M)-628-12/2019 Kand. 55 09/06/2022 15:43:56 DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: W-05(M)-628-12/2019 & W-05(M)-629- 12/2019 ANTARA TRUONG CAM TU …PERAYU DENGAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Kuala Lumpur Perbicaraan Jenayah No.: WA-45A-69-10/2017 & WA-45A-74/2017 ANTARA PENDAKWA RAYA DENGAN TRUONG CAM TU] KORAM: ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL, HMR VAZEER ALAM BIN MYDIN MEERA, HMR SUPANG LIAN, HMR 1 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Perayu, Truong Cam Tu, seorang warga Vietnam, mencabar sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh YA Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur terhadapnya atas tiga (3) pertuduhan yang berikut: Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 1 Jun 2017 lebih kurang jam 6.15 petang di tepi Jalan Sungai Besi, di dalam daerah Cheras, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memperedarkan dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 683.04-gram dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama”. Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 1 Jun 2017 lebih kurang jam 6.15 petang di tepi Jalan Sungai Besi, di dalam daerah Cheras, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah ada dalam milikan dadah berbahaya iaitu Nimetazepam seberat 0.11 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama”. Pertuduhan Ketiga “Bahawa kamu pada 1 Jun 2017, jam lebih kurang 7.00 petang, di dalam rumah bernombor 3-17-3A, Kuchai Avenue, Jalan Kuchai Maju 13, Kuchai Enterpreneurs Park, di dalam daerah Brickfields, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 147.0 gram. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama." 2 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [2] Setelah perbicaraan penuh, perayu telah didapati bersalah atas kesemua pertuduhan dan dijatuhkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan di bawah seksyen 39B dan satu tahun penjara bagi kesalahan di bawah seksyen 12 (2), Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952). Terkilan, perayu merayu ke mahkamah ini. [3] Setelah mendengar dan mempertimbangkan rayuannya dengan penuh ketelitian, kami memutuskan rayuan terhadap pertuduhan pertama dan kedua tidak mempunyai merit. Bagaimanapun, kami mendapati rayuan terhadap pertuduhan ketiga bermerit. Susulan itu, rayuan atas sabitan dan hukuman terhadap pertuduhan pertama dan kedua ditolak, manakala rayuan terhadap pertuduhan ketiga dibenarkan. Alasan kami memutuskan sedemikian akan nyatakan selepas ini. [4] Dicatatkan bahawa perayu hanya merayu terhadap keputusan kami yang menolak rayuannya berkenaan dengan sabitan dan hukuman bagi pertuduhan pertama dan kedua. Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap keputusan kami yang membenarkan rayuan terhadap pertuduhan ketiga. Oleh itu, alasan ini akan memberikan tumpuan pada rayuan perayu sahaja. Kes Pendakwaan [5] Pada 1 Jun 2017, lnspektor Mohd Khairul Ismail (SP3) dan pasukan polis dari IPD Cheras telah menjalankan satu operasi sindiket pengedaran dadah melibatkan warganegara asing di Jalan Sungai Besi. Pada pukul lebih kurang 6.00 petang, SP3 dan pasukannya tiba di Jalan Sungai Besi dan selepas 15 minit membuat pemerhatian, mereka telah menahan 3 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tertuduh (perayu), seorang perempuan warganegara Vietnam, di tepi Jalan Sungai Besi tersebut. SP3 selanjutnya mengarahkan anggota polis wanita, Lans Koperal Siti Hasnah, untuk memeriksa perayu. [6] Semasa diperiksa, perayu sedang memegang sebuah beg tangan berwarna hitam berjenama Coach (beg P30) di tangan kirinya. Ketika itu juga, perayu cuba melawan dan tidak memberikan kerjasama. SP3 seterusnya memeriksa beg tangan tersebut dan menemukan: (a) dua (2) paket plastik lut sinar (P51 & P52) yang mengandungi bahan disyaki dadah berbahaya dengan anggaran berat kasar 1,025 gram; (b) dua (2) kepingan foil yang mengandungi dua puluh (20) biji pil (P57 (A dan B)) yang disyaki dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan anggaran berat kasar 5.5 gram; (c) alat penimbang digital (P31); (d) sekeping pasport atas nama perayu; (e) sebuah dompet jenama F.Timber (P32) yang mengandungi sekeping kad debit atas nama perayu (Ekshibit P33); (f) segugus kunci dengan cip biru; dan (g) wang tunai berjumlah RM200.00. Perayu dan barang kes kemudiannya dibawa ke Balai Polis Salak Selatan Baru untuk disoal siasat. [7] Arakian soal siasat, perayu telah membawa SP3 dan pasukannya ke rumah kediamannya di unit 3-17-3A, Kuchai Avenue. Di situ, SP3 telah membuat pemeriksaan dan menemukan di dalam sebuah bilik satu peket plastik lut sinar (P25) yang mengandungi dadah berbahaya dengan anggaran berat kasar 212 gram di atas lantai, di bahagian bawah katil di 4 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam bilik tersebut. Kesemua barang kes, perayu dan seorang yang bernama Mai kemudiannya dibawa ke IPD Cheras dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat dari IPD Cheras, Inspektor Khairul Hisham bin Midin (SP10) dan Pegawai Penyiasat dari IPD Brickfields, Inspektor Lee Kian Ho (SP8). [8] Barang-barang kes yang disyaki dadah berbahaya telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Hasil analisis dilaporkan sepertimana yang berikut: (a) laporan kimia bertarikh 14 Ogos 2017 (P49), SP9 (ahli kimia, Mohd Amir Husna Bin Nik Ali) telah menganalisis dua peket plastik (P51 & P52) yang didapati mengandungi bahan kristal jernih yang disahkan mengandungi, masing-masing, 333.58 gram Methamphetamine dan 349.46 gram Methamphetamine; (b) laporan kimia yang kedua bertarikh 7 Ogos 2017 (P60) pula, hasil analisis SP9 ke atas dua kepingan foil yang mengandungi 20 biji pil berwarna oren [P57 (A dan B)], didapati berat bersih pil tersebut ialah 3.76 gram yang mengandungi 0.11 gram Nimetazepam; dan (c) laporan kimia bertarikh 17 Ogos 2017 (P23) yang disediakan oleh Dr. Vanitha a/p Kunalan (SP4) mengesahkan kandungan bahan kristal jernih di dalam sampul surat bertanda "LE" (P24) mengandungi 147.0 gram Methamphetamine. 5 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Keputusan Di Akhir Kes Pendakwaan [9] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap perayu bagi ketiga-tiga pertuduhan berkenaan. Setelah membuat penilaian ke atas keterangan yang dikemukakan secara maksimum, hakim bicara berpuas hati bahawa: (a) dadah-dadah yang dinyatakan dalam ketiga-ketiga pertuduhan ialah Methamphetamine dan Nimetazipam iaitu dadah berbahaya yang termasuk dalam takrifan dadah di bawah Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) sepertimana yang disahkan oleh SP9 dan SP4; (b) rantaian keterangan mengenai barang kes dari mula penerimaannya oleh SP4 dan SP9 sehingga dikemukakan di Mahkamah tidak terputus; (c) bagi pertuduhan pertama dan kedua, perayu mempunyai kawalan atau jagaan dan dengan itu milikan ke atas dadah yang ditemukan berdasarkan keterangan langsung yang berikut: hanya perayu seorang berada di tempat kejadian; beg P30 dipegang di tangan kiri perayu semasa tangkapan dibuat; dadah telah ditemukan di dalam beg P30 tersebut bersama-sama dengan penimbang digital (P31), barangan peribadi perayu seperti pasport Vietnam, dompet (P32), kad debit serta wang tunai. Daripada keterangan di atas, inferens yang tidak dapat disangkal ialah perayu mempunyai pengetahuan akan dadah- dadah tersebut; (d) bagi pertuduhan ketiga iaitu penemuan dadah (P25) di atas lantai di bawah katil di dalam bilik rumah berkenaan, hakim 6 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bicara turut mendapati perayu mempunyai milikan dan pengetahuan atas dadah yang dirampas itu kerana: bilik tersebut berkunci tetapi boleh dibuka dengan kunci (P18) yang ditemukan di dalam beg P30; tiada orang lain di dalam bilik itu; terdapat barang kes iaitu folder (P38) yang mengandungi gambar-gambar perayu dan kad rawatan pesakit PPUM atas nama perayu (P39 dan P40); dan dadah yang dijumpai juga sama jenis, warna, saiz dan bentuk pembungkusan. (e) bagi elemen ketiga untuk pertuduhan pertama dan pertuduhan ketiga iaitu perayu mengedar dadah berbahaya tersebut, keterangan dengan jelas menunjukkan dadah berbahaya berkenaan melebihi berat minimum bagi setiap pertuduhan untuk maksud pengedaran di bawah seksyen 37 (da)(xvi) ADB 1952 lantas membangkitkan anggapan pengedaran. [10] Berdasar premis di atas, hakim bicara mengarahkan perayu untuk membela dirinya. Kes Pembelaan [11] Teras utama pembelaan perayu ialah penafian memiliki dan berpengetahuan tentang dadah-dadah yang ditemukan di dalam beg P30 dan juga di dalam bilik di rumah bernombor 3-17-3A, Kuchai Avenue. Perayu menafikan dia ditangkap di tempat dan pada masa yang dinyatakan oleh SP3. Sebaliknya dia mendakwa ditahan semasa berjalan keluar di aras bawah lobi kondominium tempat tinggalnya. Dia kemudian dibawa ke sebuah perhentian bas untuk diperiksa. Tiada apa-apa barang salah dijumpai semasa pemeriksaan itu kecuali beberapa barangan di 7 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam sebuah beg kecil yang dibawanya. Perayu menafikan membawa dan memegang beg P30 dan barang kes termasuk dadah-dadah berkenaan yang dikatakan ditemukan oleh SP3 di dalam beg P30 itu. Tegasnya, perayu menafikan tentang milikan dan pengetahuan tentang dadah-dadah yang dikatakan dirampas daripadanya sepertimana dinyatakan dalam ketiga-tiga pertuduhan. Dapatan Di Akhir Kes Pembelaan [12] Hakim bicara mendapati pembelaan perayu lebih merupakan satu penafian kosong semata-mata. Pembelaan bahawa dia dianiaya dan dadah-dadah yang dirampas di dalam beg P30 itu sengaja diwujudkan tidak disokong oleh apa-apa keterangan dan tidak berupaya mengetepikan keterangan yang diberikan oleh SP3, yang keterangannya dipercayai dan diterima oleh hakim bicara. Hakim bicara mendapati pembelaan ini juga telah gagal untuk mematahkan anggapan di bawah seksyen 37 (da) (xvi) ADB 1952. Secara keseluruhannya, hakim bicara mendapati perayu gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Ekoran itu, perayu didapati bersalah, disabitkan dan dijatuhkan hukuman bagi kesemua pertuduhan sepertimana yang dinyatakan di atas. Rayuan: Isu Milikan Dengan Pengetahuan Dadah-dadah Berbahaya Berkenaan [13] Sehubungan dengan rayuan terhadap sabitan pertuduhan pertama dan kedua, teras hujahan peguam perayu yang terpelajar ialah pendakwaan telah gagal membuktikan elemen-elemen milikan dengan 8 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mens rea dadah-dadah yang dikatakan ditemukan di dalam beg P30 terhadap perayu. Di hadapan kami, sepertimana juga di Mahkamah Tinggi, peguam menegaskan lagi bahawa: (a) perayu tidak ditangkap di tempat yang disebut dalam pertuduhan sepertimana yang dikatakan oleh SP3; (b) perayu tidak memiliki beg P30 dan tiada juga sebarang keterangan yang menunjukkan perayu pada masa itu sedang memegang beg P30 tersebut; (c) tiada sebarang keterangan bahawa dadah yang telah dirampas oleh SP3 di tepi jalan tersebut menunjukkan perayu mempunyai pengetahuan terhadapnya; (d) pihak pendakwaan gagal memanggil Lans Koperal Siti Hasnah dan salah seorang pegawai polis yang berada di tempat kejadian pada masa itu untuk membuktikan perkara di atas dan ini menunjukkan bahawa perayu tidak langsung berada di tempat kejadian tersebut; (e) tidak munasabah untuk perayu berada di tepi jalan tersebut selama 3 jam iaitu dari mula maklumat diterima oleh SP3 pada pukul 3.00 petang sehinggalah perayu ditahan pada pukul 6.15 petang; (f) pihak pendakwaan hanya bergantung sepenuhnya pada keterangan SP3 untuk membuktikan jagaan dan kawalan terhadap beg P30 tersebut; 9 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (g) tiada sebarang kesan cap jari perayu pada beg P30 dan juga pada dadah-dadah yang ditemukan tersebut (P51 dan P52) serta alat penimbang digital; (h) tiada sebarang ‘overt act’ iaitu ‘act with purpose’ yang boleh menimbulkan anggapan bahawa perayu mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut. Keterangan yang ada hanyalah bahawa perayu ‘meronta’. Dapatan Mahkamah [14] Kami telah menghayati penghujahan peguam perayu yang terpelajar serta membaca dan menyemak keterangan dalam rekod rayuan dengan penuh ketelitian dan merumuskan bahawa hujahan perayu tidak mempunyai merit untuk mewajarkan kami mengganggu keputusan hakim bicara yang bijaksana. [15] Elemen utama yang mesti dibuktikan oleh pihak pendakwaan ialah perayu memiliki dengan pengetahuan dadah-dadah berbahaya yang ditemukan di dalam beg P30. Bagi tujuan ini, hakim bicara berhak, selaras dengan keputusan kes locus classicus Mohamad Hassan v PP [1998] 2 CLJ 170, untuk mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 37 (d) ADB 1952 atau keterangan langsung untuk membuktikan milikan dan pengetahuan itu. Dalam kes ini, hakim bicara telah membuat dapatan tersebut berdasarkan keterangan langsung. Ini pendekatan yang betul dan kami berpendapat tiadanya cacat cela dalam dapatan hakim bicara apabila menyimpulkan bahawa perayu memiliki dadah-dadah yang ditemukan di dalam beg P30 dengan pengetahuan tentang dadah-dadah itu kerana: 10 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (i) perayu bersendirian semasa ditangkap dan tiada sesiapa yang dilihat bersama-samanya sambil memegang beg P30; (ii) perlakuan perayu yang tidak memberikan kerjasama kepada pihak polis dan meronta semasa pemeriksaan beg P30; (iii) beg P30 tersebut berada dalam kawalan dan jagaan perayu bersama-sama dengan dadah-dadah berkenaan dan barangan peribadi perayu seperti yang berikut: (a) dua (2) paket plastik lut sinar (P51 & P52) yang mengandungi bahan disyaki dadah dengan anggaran berat kasar 1,025 gram; (b) dua (2) kepingan foil yang mengandungi dua puluh (20) biji pil (P57 (A dan B)) yang disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat kasar 5.5 gram; (c) alat penimbang digital (P31); (d) sekeping pasport atas nama perayu; (e) sebuah dompet jenama F.Timber (P32) yang mengandungi sekeping kad debit atas nama perayu (Ekshibit P33); (f) segugus kunci dengan cip biru; dan (g) wang tunai berjumlah RM200.00. [16] Selaras dengan prinsip yang kini mantap berdasarkan kes-kes locus classicus iaitu Leow Nghee Lim v. Reg [1955]1 LNS 53 dan Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [ 1956] 1 LNS 17, terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kehendak milikan iaitu elemen fisikal dan elemen mental termasuklah elemen kuasa eksklusif untuk mengendalikan (deal) dadah-dadah itu sebagai empunya, jika keadaan memerlukan. (Rujuk juga PP v. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209). Tidak dapat dinafikan rumusan mengenai terbuktinya elemen-elemen 11 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berkenaan melibatkan dapatan fakta berserta penilaian kredibiliti. Setelah menyemak semula keterangan yang dikemukakan, kami tidak mendapati apa-apa kesilapan atau salah arah, fakta ataupun undang-undang, di pihak hakim bicara apabila menerima sepenuhnya keterangan SP3, yang beliau berhak bertindak sedemikian, untuk merumuskan perayu mempunyai kawalan dan jagaan secara fisikal beg P30 termasuk apa jua di dalam beg itu. Ini diperteguhkan lagi dengan hakikat bahawa perayu dilihat bersendirian dan tiada sesiapa dilihat bersama-samanya sepanjang masa pemantauan oleh SP3 dan pasukannya. Ini menutup ruang bagi perayu untuk mendakwa dadah itu dikirim, diberikan atau ditinggalkan kepadanya oleh seseorang lain di situ. Itu sebabnya peguam perayu dengan bersungguh-sungguh cuba menafikan bahawa tahanan dan tangkapan dilakukan di tempat yang dikatakan oleh SP3 dan menafikan memiliki ataupun memegang beg P30. Malahan dikatakan tangkapan berlaku di aras bawah Kondominium yang didiaminya dan beg P30 itu diwujudkan oleh pihak polis untuk menganiayanya. Semua ini ditolak oleh hakim bicara dan kami tidak mendapati adanya kekhilafan yang dilakukan oleh hakim bicara. [17] Mengenai pengetahuan, di samping dapatan pemilikan secara fizikal, perlakuan perayu yang tidak memberikan kerjasama kepada pihak polis serta meronta apabila ditahan menyokong kedudukan bahawa dia mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Sekiranya perayu tidak mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut dan/atau mengetahui tiada sebarang barang salah berada dengannya, sudah tentu perayu akan bertindak sebaliknya. Namun, tiada sebarang bukti atau penjelasan diberikan oleh perayu sendiri untuk menerangkan mengapa dia bertindak sedemikian (rujuk seksyen 8 dan seksyen 9 Akta 12 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Keterangan 1950 dan kes Parlan Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717 akan keperluan ini). Setelah menyemak dapatan hakim bicara tentang isu ini, kami memutuskan hakim bicara mempunyai landasan yang baik dan bersetuju dengan rumusan bahawa “terdapat suatu “irresistible inferences” yang OKT juga mempunyai pengetahuan terhadap dadah- dadah tersebut”. Cabaran perayu atas isu ini tidak bermerit dan jauh meleset. [18] Peguam perayu juga secara khusus telah menimbulkan isu berkenaan ketiadaan saksi lain dipanggil untuk menyokong keterangan SP3, dan ketiadaan kesan cap jari diperoleh daripada beg P30 dan dadah-dadah di dalam P51 dan P52 untuk menyokong hujahannya bahawa perayu tidak ditangkap di tempat yang dikatakan oleh SP3 dengan beg P30. Kami mendapati tiada merit langsung dalam isu ini. Berdasarkan seksyen 134 Akta Keterangan 1950, undang-undang adalah mantap bahawa, kecuali dalam keadaan yang memerlukan sokongan, yang tidak timbul di sini, tiada kehendak yang memerlukan pihak pendakwaan memanggil seramai mana boleh saksi untuk membuktikan sesuatu fakta. Keterangan tidak dikira tetapi dinilai dan ditimbang (rujuk antaranya kes Balasingam v PP [1959] MLJ 193; Khaw Cheng Bok v Khaw Cheng Poon [1998] 3 MLJ 457; MGG Pillai v Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun [1995] 2 MLJ 493} . Dalam skema perundangan ini, hakim bicara juga tidak terkhilaf apabila mempercayai dan menerima keterangan SP3 sahaja berlandaskan seksyen 114 (e) Akta Keterangan 1950 (rujuk kes Natcha Dabkaew v. PP [2014] 8 CLJ 719). Jelasnya dapatan yang dicabar melibatkan penemuan fakta dan melibatkan penilaian kredibiliti SP3 oleh hakim bicara, sesuatu yang Mahkamah ini tidak akan ganggu kecuali dapat dibuktikan kekhilafan nyata telah 13 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dilakukan, yang perayu gagal tunjukkan di sini. Tambahan lagi, tiada sebarang bukti bahawa SP3 mengenali perayu sebelum tangkapan dibuat. Malahan perayu sendiri mengakui bahawa dia pertama kali berjumpa SP3 pada masa kejadian. Oleh itu, tiada sebab untuk hakim bicara meragui keterangan SP3 dan sekali gus menolak saranan perayu bahawa dirinya dianiaya oleh pihak polis. Ternyata, isu ini juga tidak bermerit. [19] Selanjutnya, bagi isu ketiadaan cap jari pada beg P30 dan P51 dan P52, sekali lagi kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara. Seperti mana yang telah dihuraikan di atas, perayu bersendirian semasa ditangkap dan diperiksa bersama-sama dengan beg P30 yang dipegangnya. Tiada orang lain dilihat atau pun dicadangkan oleh perayu, maka tiada isu identiti orang atau sesiapa yang lain berjaya ditimbulkan. Dalam keadaan ini, isu keterangan cap jari tidak mempunyai nilai dan ketiadaan keterangan tersebut tidak menjejaskan atau meninggalkan apa-apa kelompangan pada kes pendakwaan- rujuk kes PP v. Mansor Md. Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233. Tidak ada juga kewajaran untuk mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 seperti mana yang dikehendaki oleh peguam perayu. Dalam keadaan yang sejelas ini, cabaran atas isu ini juga tidak berasas. [20] Mengenai isu pengedaran berkaitan dengan pertuduhan pertama, kami tidak nampak adanya salah arah atau kekhilafan yang dilakukan oleh hakim bicara. Kami bersetuju dengan keputusan hakim bicara apabila beliau mengguna pakai anggapan seksyen 37 (da) (xvi) ADB 1952 memandangkan berat bersih dadah yang dituduh ialah 683.04 gram 14 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bagi pertuduhan pertama, yang hakim bicara dikehendaki (compelled) untuk mengguna pakai (rujuk kes Mohamad Hassan v. PP, supra) anggapan berkanun (statutory presumption) tersebut. Tiada isu overt act tertimbul. Namun, andai kata hendak diambil kira isu ini sekali pun, dapatan milikan fizikal dengan pengetahuan itu berserta penemuan alat timbang digital bersama-sama juga dengan wang dalam keadaan fakta kes ini jelas menunjukkan perbuatan perayu di situ bertujuan untuk memindah milik atau berurusan dengan dadah-dadah itu kepada atau dengan mana-mana pihak ketiga. Keadaan tersebut merupakan manifestasi tujuan perbuatan itu. Susulan itu, isu ini gagal dibuktikan atas imbangan kebarangkalian untuk mematahkan anggapan di bawah seksyen 37 (da)(xvi) ADB 1952. [21] Secara keseluruhan, kami merumuskan hakim bicara telah bertindak dengan betul apabila mendapati telah terbuktinya satu kes prima facie terhadap perayu bagi pertuduhan pertama dan kedua. Arakian, setelah menilai kes pembelaan secara tuntas, kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa pembelaan perayu lebih merupakan satu penafian semata-mata dan telah gagal bukan sahaja untuk mematahkan anggapan pengedaran di bawah seksyen 37 (da)(xvi) ADB 1952 malahan telah juga gagal menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap keseluruhan kes pendakwaan. Oleh itu, kami mendapati hakim bicara tidak terkhilaf dan telah menimbang kes pembelaan dengan penuh ketelitian. 15 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENUTUP [22] Sebagai kesimpulan, berdasarkan huraian kami di atas, kami sebulat suara mendapati sabitan terhadap kedua-dua pertuduhan yang dirayu adalah selamat. Dengan itu, kedua-dua rayuan perayu ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi disahkan dan dikekalkan. Sgd DATUK ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL Hakim Mahkamah Rayuan Mahkamah Rayuan Malaysia, Putrajaya Tarikh : 8 Jun 2022 Bagi Pihak Perayu Tay, Bernard & Cheong Bagi pihak Responden Faizah Mohd Salleh Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara 16 S/N bbWLD2vvkk2eiXGAlwhWdQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal