Tseng I Fang Kwang Shen Steel Industries Sdn Bhd
Plaintiff established a prima facie case by documentary and bank evidence showing the loan advances and issuance of post-dated cheques; defendant's denials were bare and unsubstantiated and did not disclose any arguable or triable issue; the claim was not statute-barred as cause of action arose on the failed deposit...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-22NCC-222-05/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: Tseng I Fang (Passport: 350393127); Defendant: Kwang Shen Steel Industries Sdn Bhd (Company No: 199701038886 (454386-V))
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 13 September 2021
- Case Number
- WA-22NCC-222-05/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Debt (loan) / Summary Judgment Application Under Order 14 (kaedah 14 KKM 2012)
- Outcome
- Summary judgment granted for the plaintiff
- Legal Topics
- Loan, Summary Judgment, Post Dated Cheques, Oral Agreements, Statute of Limitations
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Tseng I Fang (Passport: 350393127)
Plaintiff
Kwang Shen Steel Industries Sdn Bhd (Company No: 199701038886 (454386-V))
Defendant
Procedural Posture
Civil Debt (loan) / Summary Judgment Application Under Order 14 (kaedah 14 KKM 2012)
Legal Issues
- 1 Whether the defendant received the friendly loan totalling RM2,330,000
- 2 Whether the defendant issued the two post-dated cheques dated 15 November 2019 as repayment
- 3 Whether absence of a written agreement defeats the plaintiff's claim
Ratio Decidendi
Plaintiff established a prima facie case by documentary and bank evidence showing the loan advances and issuance of post-dated cheques; defendant's denials were bare and unsubstantiated and did not disclose any arguable or triable issue; the claim was not statute-barred as cause of action arose on the failed deposit of the cheques on 15 November 2019; therefore summary judgment under Order 14 was appropriate.
Court Disposition
Summary judgment granted for the plaintiff
Orders
- Judgment entered for the plaintiff in the sum of RM2,330,000
- Interest at 5% per annum on RM2,330,000 from date of filing of the writ until date of judgment
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
WA-22NCC-222-05/2021 Kand. 43 10/05/2022 08:46:54 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO. WA-22NCC-222-05/2021 ANTARA TSENG I FANG (NO. PASPORT REPUBLIK CHINA: 350393127) … PLAINTIF DAN KWANG SHEN STEEL INDUSTRIES SDN BHD (NO. SYARIKAT: 199701038886 (454386-V)) … DEFENDAN DI HADAPAN YA ADLIN ABDUL MAJID PESURUHJAYA KEHAKIMAN PENGHAKIMAN (Kandungan 8) 1 S/N JUyHKDYsf0OW6DlNSaF7tA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal A. Pengenalan [1] Plaintif membuat permohonan untuk penghakiman terus terhadap defendan. Penghakiman yang dituntut adalah untuk jumlah sebanyak sebanyak RM2,330,000 berserta faedah ke atas jumlah tersebut, pada kadar 5% setahun dari tarikh pemfailan writ dan pernyataan tuntutan sehingga tarikh penghakiman. [2] Mahkamah membenarkan permohonan plaintif, atas sebab- sebab yang dinyatakan di sini. B. Latar Belakang [3] Atas permintaan defendan, plaintif telah memberikan pinjaman wang persahabatan (“friendly loan”) kepada defendan, bermula dari 15 September 2014 sehingga 2019 kesemuanya berjumlah RM2,330,000 (“Pinjaman tersebut”). [4] Pinjaman tersebut telah diberikan melalui cara-cara berikut: a. Jumlah sebanyak RM1,293,756 diberikan kepada defendan di antara 15 September 2014 sehingga 16 Oktober 2017 melalui cek-cek akaun plaintif di Hong Leong Bank Berhad, yang dikeluarkan ke atas nama defendan. b. Jumlah sebanyak RM930,000 diberikan kepada defendan di antara 25 April 2018 sehingga 3 Oktober 2019 secara tunai, dan telah diterima oleh pengarah- 2 S/N JUyHKDYsf0OW6DlNSaF7tA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pengarah defendan, iaitu Mou, Yu Hui dan Chan, Hsun- Wei (“Pengarah-Pengarah Defendan”). c. Jumlah sebanyak RM106,244 diberikan kepada defendan secara tunai, dan telah diterima oleh Pengarah- Pengarah Defendan. Plaintif tidak mempunyai rekod berkenaan dengan jumlah ini. [5] Pada tahun 2019, plaintif meminta defendan membayar balik Pinjaman tersebut. Defendan telah mengeluarkan dua cek tertunda (“post-dated cheque”) kepada plaintif sebagai pembayaran balik Pinjaman tersebut (“Cek-Cek Tertunda tersebut”). Cek-Cek Tertunda tersebut bertarikh 15 November 2019. Satu cek berjumlah RM1,200,000 dan satu berjumlah RM1,130,000. [6] Walau bagaimanapun, plaintif menjelaskan bahawa Pengarah- Pengarah Defendan telah meminta supaya plaintif tidak mendepositkan Cek-Cek Tertunda tersebut atas alasan bahawa defendan menghadapi masalah kewangan dan selanjutnya, atas alasan bahawa Cek-Cek Tertunda tersebut telah luput tarikh. [7] Pinjaman tersebut masih tertunggak dan plaintif menuntut Pinjaman tersebut daripada defendan. C. Undang-Undang Penghakiman Terus [8] Permohonan plaintif dibuat di bawah aturan 14 kaedah 1(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah (“KKM 2012”). Aturan 14 kaedah 1(1) menyatakan bahawa: 3 S/N JUyHKDYsf0OW6DlNSaF7tA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Jika dalam suatu tindakan yang baginya kaedah ini terpakai suatu pernyataan tuntutan telah disampaikan kepada defendan dan defendan itu telah memasukkan kehadiran dalam tindakan itu, plaintif boleh, atas alasan bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan kepada suatu tuntutan yang termasuk dalam writ, atau kepada suatu bahagian tertentu suatu tuntutan itu, atau tidak mempunyai pembelaan mengenai suatu tuntutan itu atau sebahagian daripadanya kecuali tentang amaun apa-apa ganti rugi yang dituntut, memohon kepada Mahkamah untuk penghakiman terhadap defendan itu.” (penekanan ditambah) [9] Dalam menghujahkan bahawa plaintif berhak kepada penghakiman terus, peguam plaintif merujuk kepada Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400 and Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying [2006] 2 MLJ 685. Kes-kes ini menerangkan prinsip- prinsip penghakiman terus seperti berikut: a. Penghakiman terus adalah prosedur untuk penentuan kes secara pantas dan tepat tanpa melalui perbicaraan penuh. b. Untuk berjaya dalam permohonan penghakiman terus, semua isu asas perlulah nyata dan dapat ditentukan secara keseluruhannya. 4 S/N JUyHKDYsf0OW6DlNSaF7tA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal c. Setelah plaintif memenuhi keperluan-keperluan di bawah kaedah 14 aturan-aturan 1 dan 2, iaitu (i) defendan telah memasuki kehadiran; (ii) pernyataan tuntutan telah diserahkan kepada defendan; dan (iii) afidavit sokongan memenuhi keperluan-keperluan di bawah kaedah 14 aturan 2, plaintif telahpun membuktikan kes prima facie terhadap defendan. Beban beralih kepada defendan untuk membuktikan mengapa penghakiman tidak sepatutnya diberikan terhadapnya. d. Jika penegasan, penafian atau pertikaian yang ditimbulkan oleh defendan adalah meragukan atau tidak tepat atau tidak selaras dengan keterangan mutakhir yang tidak dipertikaikan, penegasan, penafian atau pertikaian tersebut akan ditolak. Mahkamah akan memberi penghakiman terus terhadap defendan. D. Penilaian Mahkamah [10] Berdasarkan undang-undang penghakiman terus yang dijelaskan di atas, mahkamah mendapati bahawa plaintif berhak atas dasar prima facie untuk penghakiman terhadap defendan. Ini kerana pernyataan tuntutan telah diserahkan kepada defendan, dan defendan telah memasuki kehadiran, menurut aturan 14 kaedah 1(1) KKM 2012. Selanjutnya, aturan 14 kaedah 2 KKM 2012 telah dipatuhi, di mana plaintif telah menyatakan bahawa tidak ada pembelaan terhadap tuntutan plaintif. Kini, beban telah beralih kepada defendan untuk menunjukkan bahawa terdapat isu-isu untuk dibicarakan. 5 S/N JUyHKDYsf0OW6DlNSaF7tA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [11] Isu-isu yang ditimbulkan oleh defendan adalah seperti berikut: a. Defendan tidak menerima Pinjaman tersebut i. Mahkamah mendapati bahawa pernyataan defendan bahawa ia tidak pernah menerima Pinjaman tersebut adalah penafian kosong. Plaintif telah melampirkan salinan cek-cek yang dikeluarkan oleh plaintif ke atas nama defendan. Salinan cek-cek tersebut mempunyai pengesahan kemasukan cek-cek tersebut ke dalam akaun bank defendan. ii. Pernyataan plaintif bahawa Pinjaman tersebut telah diberikan kepada defendan juga perlu dinilai bersama dengan pengeluaran Cek-Cek Tertunda tersebut oleh defendan. Defendan gagal menyangkal bukti pengeluaran Cek-Cek Tertunda tersebut, atau memberi sebarang alasan mengapa Cek-Cek Tertunda tersebut dikeluarkan. iii. Justeru itu, kesimpulan yang dapat dibuat adalah bahawa Cek-Cek tersebut dikeluarkan oleh defendan sebagai pembayaran Pinjaman tersebut. 6 S/N JUyHKDYsf0OW6DlNSaF7tA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b. Tiada perjanjian bertulis di antara plaintif dan defendan berkenaan dengan Pinjaman tersebut i. Mahkamah mendapati bahawa ketiadaan perjanjian bertulis di antara plaintif dan defendan bukanlah isu untuk dibicarakan, kerana perjanjian lisan adalah sah dan boleh dilaksanakan di bawah Akta Kontrak 1950 (rujuk Razman Abdullah v Azim Tan Sri Datuk Abdul Aziz [2015] 1 CLJ 706 dan Khazanah Jaya Sdn Bhd v Abdul Rahman bin Ahmad (carrying on business under the name of Misi Mega Enterprise) [2017] 10 MLJ 549). c. Defendan tidak mengeluarkan Cek-Cek Tertunda tersebut i. Cek-Cek Tertunda tersebut, yang dilampirkan di afidavit sokongan plaintif untuk penghakiman terus menunjukkan butir-butir berikut: (A) Tarikh pengeluaran Cek-Cek Tertunda tersebut adalah 15 November 2019; (B) Cek-Cek Tertunda tersebut dikeluarkan oleh defendan daripada akaun Maybank Subang Perdana, Shah Alam, Selangor di bawah nombor bank akaun 512080235909. 7 S/N JUyHKDYsf0OW6DlNSaF7tA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (C) Nombor akaun bank defendan iaitu 512080235909 yang tertera di Cek-Cek Tertunda tersebut adalah sama dengan nombor akaun bank yang mana defendan telah mendepositkan cek-cek yang dikeluarkan oleh plaintif untuk Pinjaman tersebut. ii. Defendan gagal untuk menjelaskan mengapa Cek-Cek Tertunda tersebut dikeluarkan dan mengapa Cek-Cek Tertunda tersebut adalah di dalam milikan plaintif. Oleh itu, mahkamah mendapati bahawa penafian pengeluaran Cek- Cek Tertunda tersebut adalah penafian kosong semata-mata. d. Tuntutan plaintif dihalang oleh had masa i. Defendan menghujahkan bahawa tuntutan plaintif adalah terhalang oleh had masa memandangkan Pinjaman tersebut mula diberikan pada tahun 2014. ii. Walau bagaimanapun, oleh kerana Cek-Cek Tertunda tersebut dikeluarkan pada 15 November 2019, kausa tindakan bermula apabila Cek-Cek Tertunda tersebut tidak dapat didepositkan oleh plaintif. Oleh itu, mahkamah 8 S/N JUyHKDYsf0OW6DlNSaF7tA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mendapati bahawa tututan plaintif, yang difailkan dalam tahun 2020, adalah masih di bawah had masa yang diperuntukkan oleh seksyen 6(2) Akta Had Masa 1953. [12] Setelah meneliti isu-isu yang dibangkitkan, mahkamah mendapati bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan yang bermerit terhadap tuntutan plaintif dan pembelaan defendan langsung tidak dapat dipertahankan. Defendan telah gagal untuk membangkitkan apa-apa isu yang berkemampuan untuk dibicarakan. [13] Peguam defendan memetik penghakiman Mahkamah Persekutuan di United Merchant Finance Bhd v Majlis Agama Islam Negeri Johor [1999] 2 CLJ 151, yang mempertimbangkan pemakaian aturan 14 kaedah 3 KKM. Aturan 14 kaedah 3 menyatakan bahawa: “(1) Melainkan jika semasa pendengaran suatu permohonan di bawah kaedah 1 sama ada Mahkamah menolak permohonan itu atau defendan memuaskan hati Mahkamah mengenai tuntutan itu, atau sebahagian daripada tuntutan, yang permohonan itu berkaitan bahawa ada isu atau persoalan yang dipertikaikan yang patut dibicarakan atau kerana sesuatu sebab yang lain patut diadakan perbicaraan mengenai tuntutan itu atau sebahagiannya, Mahkamah boleh memberikan apa-apa penghakiman memihak plaintif terhadap defendan itu atas tuntutan itu atau sebahagiannya sebagaimana yang adil dengan memberi perhatian berat jenis remedi atau relief yang dituntut.” (penekanan ditambah) 9 S/N JUyHKDYsf0OW6DlNSaF7tA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [14] Peguam defendan menghujahkan bahawa penghakiman di atas adalah terpakai di dalam kes ini, tetapi tidak menjelaskan apa faktor-faktor yang menyebabkan kes ini dianggap sebagi suatu kes yang mana terdapat sebab lain yang patut diadakan perbicaraan. [15] Kes-kes di mana mahkamah telah mendapati bahawa terdapat sebab lain yang patut diadakan perbicaraan melibatkan kes-kes di mana penzahiran, interogatori atau pemeriksaan balas saksi diperlukan (Miles v Bull [1968] All ER 632) atau terdapat frod atau penipuan (Concentrate Engineering Pte Ltd v United Malayan Banking Corp Bhd [1990] 3 MLJ 1 dan United Merchant Finance Bhd (supra)). [16] Kes di hadapan mahkamah ini hanya melibatkan pinjaman persahabatan, di mana pembelaan defendan adalah penyangkalan kosong. Mahkamah mendapati bahawa fakta-fakta kes ini tidak menimbulkan apa-apa sebab yang mana perbicaraan patut diadakan. [17] Tambahan pula, isu-isu yang ditimbulkan di dalam kes ini tidak mencukupi untuk mewajarkan perbicaraan. Mahkamah Persekutuan di dalam Voo Min En & Ors v Leong Chung Fatt [1982] 2 MLJ 241 menyatakan bahawa: “...That being the case, it is not enough for the respondent in answer to the appellants’ application to sign final judgment, to raise an issue, or any issue. He must, however, raise such issue as would require a trial in order to determine it. In other words, the issue raised must be an arguable issue ...” 10 S/N JUyHKDYsf0OW6DlNSaF7tA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (penekanan ditambah) [18] Isu-isu yang ditimbulkan oleh defendan hanyalah penafian kosong atau isu undang-undang yang dapat disangkal. Oleh itu, kes ini tidak menimbulkan isu yang mencukupi untuk mewajarkan perbicaraan. E. Keputusan [19] Berdasarkan penilaian di atas, mahkamah membenarkan permohonan penghakiman terus plaintif, dengan kos. Bertarikh 31 Januari 2022 Adlin Abdul Majid Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Bahagian Dagang (NCC6) Kuala Lumpur Peguam: Plaintif : Soo Yee Fei daripada Tetuan Amin Yap & Co Defendan : Nor Erini Mustapha Kamal (bersama dengan Nor Alya Alyana) daripada Tetuan Rafaei & Co 11 S/N JUyHKDYsf0OW6DlNSaF7tA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Undang-undang yang dirujuk: Akta Had Masa 1953, seksyen 6(2) Akta Kontrak 1950 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, aturan 14 Kes-kes yang dirujuk: Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400 Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying [2006] 2 MLJ 685 Concentrate Engineering Pte Ltd v United Malayan Banking Corp Bhd [1990] 3 MLJ 1 Khazanah Jaya Sdn Bhd v Abdul Rahman bin Ahmad (carrying on business under the name of Misi Mega Enterprise) [2017] 10 MLJ 549) Miles v Bull [1968] All ER 632 Razman Abdullah v Azim Tan Sri Datuk Abdul Aziz [2015] 1 CLJ 706 United Merchant Finance Bhd v Majlis Agama Islam Negeri Johor [1999] 2 CLJ 151 Voo Min En & Ors v Leong Chung Fatt [1982] 2 MLJ 241 12 S/N JUyHKDYsf0OW6DlNSaF7tA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal