USAHA WIRAMAS SDN BHD
Court found overloading proven on the evidence and within statutory offence; having weighed public interest, deterrence, and mitigating factors (early plea and first offence), the fine of RM15,000 (12 months imprisonment if unpaid) was lawful and appropriate; the court exercised its statutory discretion under...
Source-derived case information.
- Citation
- CD-87-3-01/2024 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Prosecutor: Pendakwa Raya (Jabatan Pengangkutan Jalan, Negeri Pahang); Defendant: Usaha Wiramas Sdn Bhd
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 11 November 2024
- Case Number
- CD-87-3-01/2024 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Criminal / Appeal Against Vehicle Forfeiture/order of Release After Conviction and Sentencing
- Outcome
- Prosecution appeal against release of vehicle dismissed; conviction and sentence upheld; vehicle released to owner.
- Legal Topics
- Overloading, Vehicle Forfeiture, Sentencing, Public Interest, Statutory Interpretation
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Pendakwa Raya (Jabatan Pengangkutan Jalan, Negeri Pahang)
Prosecutor
Usaha Wiramas Sdn Bhd
Defendant
Procedural Posture
Criminal / Appeal Against Vehicle Forfeiture/order of Release After Conviction and Sentencing
Legal Issues
- 1 Whether prosecution entitled to mandatory forfeiture under s80(4) APAD 2010 despite conviction
- 2 Whether the proven overloading justified maximum or higher sentence
- 3 Whether release of the vehicle was a lawful exercise of the court's discretion under s80 APAD 2010
Ratio Decidendi
Court found overloading proven on the evidence and within statutory offence; having weighed public interest, deterrence, and mitigating factors (early plea and first offence), the fine of RM15,000 (12 months imprisonment if unpaid) was lawful and appropriate; the court exercised its statutory discretion under s80(3)-(4) APAD 2010 to release the vehicle to the owner rather than order forfeiture, therefore the prosecution's appeal against release was dismissed.
Court Disposition
Prosecution appeal against release of vehicle dismissed; conviction and sentence upheld; vehicle released to owner.
Orders
- Convicted: Usaha Wiramas Sdn Bhd guilty under s57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010
- Sentence: Fine RM15000; in default 12 months imprisonment
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
CD-87-3-01/2024 Kand. 36 1 25/11/2024 16:36:22 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PEKAN DALAM NEGERI PAHANG, MALAYSIA PERMOHONAN NO.: CD-87-3-01/2024 ANTARA Pendakwa Raya …PP [ Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Negeri Pahang (KUANTAN) ] DAN USAHA WIRAMAS SDN BHD [ Company No.: 200901038927 : 882062-H ] …OKS ------------------------------------------------------------------------------------------------ ALASAN PENGHAKIMAN ------------------------------------------------------------------------------------------------ S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 Pengenalan 1. Ini merupakan alasan penghakiman berikutan rayuan yang difailkan oleh Pendakwa Raya terhadap hukuman dan perintah pelepasan kenderaan OKS yang tidak dibenarkan oleh Mahkamah ini setelah OKS mengaku salah bagi pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 57 (1)(b) (vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010) yang boleh dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama. 2. Pada Tarikh sebutan apabila pertuduhan dibacakan semula, OKS yang diwakili oleh Pengarah Syarikat iaitu Kong Kuan Yow telah membuat pengakuan salah atas pertuduhan yang dikemukakan serta memahami sebab akibat pengakuan salah yang dibuat. 3. Mahkamah kemudian telah menerima pengakuan salah OKS dan mensabitkan OKS atas kesalahan yang dipertuduhkan dan setelah mendengar dan mempertimbangkan hujahan-hujahan mitigasi yang diberikan oleh peguambela OKS dan hujahan pemberatan oleh pihak Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan serta keseluruhan fakta kes, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman seperti berikut: a) Denda sebanyak RM 15,000 gagal bayar 12 bulan penjara; dan b) Kenderaan yang terlibat di dalam kes ini tidak dibenarkan untuk dilucuthak 4. Terkilan dengan keputusan tersebut, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap terhadap perintah pelucuthakan tersebut. S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 Fakta-fakta Ringkas 5. Pada 20/02/2024, OKS telah dituduhkan di Mahkamah ini di bawah seksyen 57(1)(b)(vi) APAD 2010, bernombor kes CD-87-3-01/2024, dan selanjutnya OKS tidak mengaku salah serta mohon untuk dibicarakan. Pertuduhan adalah seperti berikut: PERTUDUHAN Bahawa kamu, pada 11 DISEMBER 2023 lebih kurang jam 11.36 PAGI di SP JPJ PALOH HINAI (MESIN PENIMBANG RODA MUDAH ALIH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA) dalam kawasan pentadbiran Negeri PAHANG sebagai Pemilik kenderaan LORI RIGID – DUMPER/TIPPER Nombor Pendaftaran JQU8695 dilesenkan kepada USAHA WIRAMAS SDN BHD yang dipandu oleh KHAIRULAZMAN BIN MUSTAFA Nombor Kad Pengenalan 800907- 06-5327 telah melakukan kesalahan dengan MEMBAWA MUATAN “BATU KASARAN” MELEBIHI BERAT SEBANYAK 22300KG (92.92%) DARIPADA BERAT MAKSIMUM YANG DINYATAKAN SEBANYAK 24000KG. Oleh itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 57 (1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 57 (3) Akta yang sama dan boleh dilucuthakan dibawah Seksyen 80 (4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715). HUKUMAN: Seksyen 57 (3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715): S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 Apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya DAN: Seksyen 80 (4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715): Apabila disabitkan suatu kesalahan kenderaan yang berkaitan hendaklah dibuat pelucuthakan atau pelepasan oleh mahkamah. 6. Semasa pertuduhan dibacakan kepada OKS buat kali pertama pada 20/02/2024, OKS tidak mengaku salah. Namun, pada 11/11/2024, OKS dalam kes ini telah membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi terhadapnya. 7. Setelah pertuduhan dibacakan semula kepada Tertuduh dalam Bahasa Melayu, Tertuduh telah mengaku bersalah ke atas pertuduhan di bawah Seksyen 57(1) (b) (vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 tersebut. 8. Beberapa dokumen telah dikemukakan kepada Mahkamah dan ditandakan sebagai ekshibit selepas diakui benar oleh OKS seperti berikut:- Ekshibit Dokumen P1 Surat pemberian kuasa dibawah Seksyen 377(b) KTJ P2 Izin dakwa dibawah Seksyen 241 APAD 2010 P3 Fakta kes S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 P4 Permit Kenderaan P5 Lesen Pengendali P6 Permit Perkhidmatan P7 Notis Arah Timbang P8 Notis Penyitaan Kenderaan P9 Akuan Penerimaan Barang Yang Disita P10 Notis Panggilan Temusiasat P11 Sijil/Tiket Timbang Berat No. Tiket 457 lebih muatan 92.92% P12 8 Keping Gambar Kenderaan A-H 9. Mahkamah sebelum menerima pengakuan salah OKS, telah berpuas hati bahawa OKS telah memahami pertuduhan yang dibacakan kepadanya serta faham sifat dan akibat daripada pengakuannya. Mahkamah kemudiannya telah menerima pengakuan salah OKS, mendapati OKS bersalah dan mensabitkan OKS terhadap pertuduhan tersebut. 10. Berdasarkan undang-undang yang telah dirujuk, serta dapatan fakta kes bersama ekshibit yang dikemukakan setelah pengakuan salah OKS, Mahkamah ini telah mendapati bahawa jelas OKS membawa muatan dengan berat yang berlebihan, sekaligus melanggar syarat bagi lesen pengendali kenderaan berat apabila muatan yang dibenarkan hanyalah sebanyak 24,000 kg atau 25,000 kg sahaja. 11. Mahkamah dalam menerima pengakuan salah OKS dan sebelum menjatuhkan hukuman, telah mendengar hujahan mitigasi dan pemberatan pihak-pihak. S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 Hujahan Mitigasi Pihak Pembelaan 12. Rayuan mitigasi OKS melalui peguambela telah memohon hukuman berbentuk denda tidak terlampau tinggi apabila OKS telah membuat pengakuan bersalah dan sekaligus membantu menjimatkan masa dan kos mahkamah serta memberi peluang kepada kes-kes lain untuk dibicarakan. 13. Selain faktor pengakuan salah, peguam juga menyatakan bahawa ini merupakan kesalahan pertama OKS. 14. Peguam juga menyatakan bahawa syarikat OKS telah membuat perniagaan selama 10 tahun dan pada hari kejadian telah hujan dengan amat lebat mengakibatkan berat dalam lori bertambah berat semasa kenderaan milik OKS ditahan oleh pihak berkuasa. 15. Peguam OKS berhujah bahawa OKS berkanji untuk lebih berhati-hati pada masa depan dan pohon agar kadar denda dikurangkan serta agar lori untuk tidak disita. Hujahan Pemberat Pihak Pendakwaan 16. Pihak pendakwaan pula di dalam kes ini menghujahkan supaya OKS dikenakan hukuman maksima. Hal ini adalah kerana kenderaan OKS membawa lebih muatan 22300kg (92.92%) dari had yang dibenarkan 24000kg. 17. Membawa lebih muatan boleh menyebabkan penjajaran kenderaan serta fungsi mekanikal kenderaan tidak berfungsi dengan baik S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 contohnya fungsi brek, sekira berlakunya kecemasan boleh membawa kepada kemalangan melibatkan nyawa dan harta awam. 18. Membawa lebih muatan juga boleh menyebabkan kerosakan kepada struktur jalan raya dan penggunaan kenderaan-kenderaan di atasnya dalam keadaan berbahaya. Pihak pendakwaan juga hujahkan bahawa kejadian tersebut boleh dan berisiko memberi kesan kepada orang sekeliling terutamanya bagi yang menggunakan jalan raya. 19. Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa risikan telah dibuat sebelum Operasi Khas Lebih Muatan dibuat dan itu telah makan kos kerajaan yang tinggi. Pihak pendakwaan berhujah bahawa muatan yang terlebih berat boleh menyebabkan salah satu factor kerosakan jalan dan ianya telah menambahkan kos perbelanjaan kerajaan untuk membaiki jalan yang rosak dan berlubang. 20. Pihak pendakwaan juga pohon agar kenderaan OKS JQU8695 dilucuthak sepertimana peruntukan seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Hal ini adalah kerana, kenderaan yang terlibat adalah digunakan ketika kejadian dan berkaitan dengan kesalahan yang dipertuduhkan. Selain itu, OKS juga telah mengambil maklum dan tahu bahawa kenderaan yang terlibat boleh dilucuthak apabila melibatkan kesalahan lebih muatan. 21. Pihak pendakwaan berhujah bahawa adalah mandatori bagi Mahkamah untuk memberikan perintah lucuthak ke atas kenderaan sepertimana dalam peruntukan kerana kenderaan adalah “subject- matter” dalam kesalahan tersebut. S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 22. Pihak pendakwaan pohon agar kenderaan dilucuthak sebagai pengajaran kepada OKS dan juga sebagai amaran kepada syarikat yang lain untuk tidak membuat kesalahan yang sama pada masa akan datang. 23. Mahkamah juga sebelum hujahan pihak-pihak didengar dan sebelum menjatuhkan hukuman terhadap OKS telah pada asalnya bertanya sekali lagi kepada OKS untuk mendapatkan kepastian mengenai pengetahuan dan pemahamannya terhadap peruntukan undang- undang serta faham sifat akibat dari pengakuannya sebelum menerima pengakuan salah OKS dan OKS akui faham serta kekal mengaku bersalah. 24. Memandangkan OKS sendiri telah mengaku salah atas pertuduhan tersebut, isu yang wajar dipertimbangkan hanyalah berkenaan rayuan terhadap perintah pelucuthakan atau pelepasan kenderaan. Prinsip Undang-undang Mengenai Hukuman 25. Mahkamah telah merujuk kepada Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan seperti berikut:- Syarat yang boleh dikenakan pada lesen pengendali 57. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Suruhanjaya boleh mengenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa- apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya — S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 (b) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya, termasuk — (vi) bahawa berat dengan muatan bagi mana-mana kenderaan barangan tidak boIeh meIebihi maksimum yang dinyatakan; 26. Sesyen 57(3) Akta yang sama pula telah memperuntukkan bahawa: Seseorang pengendaIi berIesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada Iesen pengendaIi itu di bawah seksyen ini meIakukan suatu kesaIahan dan boIeh, apabiIa disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak Iebih daripada Iima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan seIama tempoh tidak meIebihi dua tahun atau kedua-duanya. 27. Seksyen 80 Akta yang sama pula memperuntukkan seperti berikut: Kuasa untuk menyita kenderaan yang berkaitan bagi kesalahan tertentu 80. (1) Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang berkenaan dengannya terdapat atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa teIah berIaku apa-apa kesaIahan terhadap seksyen 16, 28, 36, 46, 51 atau 63, subseksyen 22(3), 41(3) atau 57(3), atau perenggan 23(1)(b), 42(1)(b) atau 58(1)(b) boIeh disita oIeh mana-mana pegawai poIis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, pegawai pengangkutan jaIan atau pegawai diIantik, di mana-mana tempat. S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 (2) Apabila suatu kenderaan yang berkaitan telah disita di bawah subseksyen (1), seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, seorang pegawai pengangkutan jalan atau seorang pegawai dilantik, boleh, mengikut budi bicaranya, mengembalikan kenderaan itu secara sementara kepada pemunyanya, apabila jaminan yang memuaskan hati pegawai itu diberikan bahawa kenderaan itu akan diserahkan balik kepada pegawai itu apabila diminta (3) Sesuatu perintah bagi peIucuthakan atau bagi peIepasan mana- mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1) hendakIah dibuat oIeh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan yang berkaitan dengan perkara itu teIah diIakukan. (4) Sesuatu perintah bagi peIucuthakan suatu kenderaan yang berkaitan di bawah subseksyen (3) hendakIah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesaIahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) teIah diIakukan dan bahawa kenderaan itu iaIah haI perkara bagi kesaIahan itu, waIaupun tiada seorang pun teIah disabitkan atas kesaIahan itu. (5) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1), kenderaan itu hendakIah diIepaskan apabiIa habis tempoh satu buIan kaIendar dari tarikh penyitaan itu meIainkan jika kenderaan itu teIah diIepaskan sebeIum itu. 28. Berdasarkan undang-undang yang telah dirujuk, jelas bahawa OKS dalam kes ini telah melanggar syarat bagi lesen pengendali dimana muatan yang dibenarkan hanyalah sebanyak 24,000 kg. Namun, S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 semasa waktu kejadian, Tertuduh telah membawa Berat dengan lebihan muatan sebanyak 22,300 kg (92.92%). 29. Menjadi prinsip asas Mahkamah ini, bahawasanya undang-undang adalah mantap bahawa Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman yang bersesuaian serta mengikut undang-undang apabila seseorang pesalah telah didapati bersalah dan disabitkan bagi pertuduhan tersebut. 30. Dalam kes Public Prosecutor v. Jafa Bin Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315, Hakim Mohamed Azmi (pada ketika itu) telah menyatakan: “A ‘sentence according to law’ means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.” 31. Terdapat begitu banyak nas-nas undang-undang yang memberikan panduan mengenai prinsip undang-undang yang perlu dipatuhi dalam menjatuhkan hukuman terhadap seseorang pesalah. Mahkamah antaranya merujuk kepada penghakiman Hilbery J di dalam kes Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr App R 164 yang memutuskan seperti berikut: “In deciding the appropriate sentence a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe. … “It is for these reasons, and with these purposes in view, that before passing sentence the Court hears evidence of the antecedents and character of every convicted person.” 32. Mahkamah, dalam kes Lim Yoon Fah v PP [1971] 1 MLJ 37 telah menggunapakai prinsip yang sama dalam kes yang dinyatakan di atas. 33. Mahkamah juga telah merujuk kepada kes PP v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 dimana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over-sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused” 34. Mahkamah juga telah merujuk kepada beberapa kes yang mana Tertuduh telah dipertuduhkan dibawah seksyen yang sama seperti kes ini. 35. Kes pertama yang dirujuk adalah kes Pendakwa Raya lwn Teh Ling Hock [2017] MLJU 2368 di mana Responden dalam kes tersebut telah dituduh dengan 3 pertuduhan dimana pertuduhan ketiga adalah dibawah seksyen yang sama iaitu Seksyen 57 (1) (b) (vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Responden dalam kes itu telah membawa lebihan muatan bauksit sebanyak 43%. Akibat daripada lebihan muatan tersebut dan faktor bahawa ianya tidak diselenggara baik dimana skru tayar sebelah kiri gander kedua tidak dipasang dengan baik, tayar luar sebelah kiri gander kedua telah tercabut dan terpelanting ke laluan jalan sebelah yang bertentangan serta jatuh ke atas sebuah kenderaan Myvi. Kejadian tersebut telah menyebabkan kematian kepada seorang penama Norhaili binti Ahmad Zabidi. Responden telah mengaku salah atas kesemua pertuduhan dan bagi pertuduhan ketiga, Responden telah dihukum dengan hukuman denda sebanyak RM 8000 gagal bayar 3 bulan penjara. 36. Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut telah menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah gagal untuk meneliti fakta dan S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 keadaan kes ini di mana akibat dari tindakan Responden, ia telah menyebabkan kehilangan nyawa kepada seseorang. Hukuman yang dijatuhkan ke atas Responden jelas tidak mencukupi dan dia sengaja mewujudkan suatu keadaan yang merbahaya dan mendatangkan bencana kepada pengguna jalan raya yang lain. YA Hakim Mahkamah Tinggi telah mengetepikan dan menggantikan hukuman ke atas pertuduhan ketiga itu dan Responden telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 15,000 jika gagal bayar 6 bulan penjara. 37. Dalam kes PP v Yewan Maju Enterprise [2024] MLJU 669, Tertuduh telah dituduh kerana membawa muatan premix tar sebanyak 43,630kg melebihi muatan sebanyak 18,630kg (74.52%) dari Berat Dengan Muatan (BDM) yang dibenarkan di dalam lesen iaitu sebanyak 25,000kg. Majistret yang bijaksana telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 9,000.00 gagal bayar 4 bulan penjara dan kenderaan yang terlibat di dalam kes tersebut untuk dilepaskan semula kepada Pemilik. 38. Dalam kes Pendakwa Raya lwn Bukit Buloh Premix Sdn Bhd [2024] MLJU 1109, Tertuduh telah membawa muatan melebihi syarat muatan yang dibenarkan. Bahkan peratusan lebih muatan juga adalah sehingga 90 – 130% yang jelas jauh melangkaui had muatan yang dibolehkan bagi menjaga keselamatan sekeliling terutamanya pengguna jalan raya. Majistret yang bijaksana telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 9,000.00 gagal bayar 8 bulan penjara dan telah melepaskan 4 daripada 7 buah kenderaan yang terlibat di dalam kes tersebut. S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 39. Merujuk kepada kes-kes yang telah dinyatakan, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan dalam kes ini adalah wajar dan sesuai. Mahkamah telah mengambil kira kesalahan yang telah dipertuduhkan, faktor latar belakang OKS, kesalahan pertama, pengakuan bersalah serta faktor kepentingan awam sebelum menjatuhkan hukuman ke atas Tertuduh. 40. OKS dalam kes ini telah mengaku bersalah. Merujuk kepada kes Sau Soo Kim v PP (1975) 2 MLJ 134, Mahkamah telah memutuskan bahawa: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witness “ 41. Namun demikian, Mahkamah bersetuju bahawa dalam apa jua pertimbangan faktor yang harus diambil kira, prinsip pertama dan utama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman adalah faktor kepentingan awam. 42. Di dalam kes ini, kesalahan yang dilakukan oleh OKS adalah melibatkan kesalahan membawa muatan melebihi syarat muatan yang dibenarkan yang jelas jauh melangkaui had muatan yang dibolehkan bagi menjaga keselamatan sekeliling terutamanya pengguna jalan raya. 43. Di Malaysia, kekerapan berlakunya kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan berat seperti kenderaan-kenderaan OKS ini semakin hari, semakin meningkat. Ianya bukan sahaja memberi kesan kepada S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 pemilik kenderaan mahupun pemandu kenderaan tetapi juga melibatkan orang awam dan pengguna jalan raya lain. 44. Fakta inilah yang membawa kepada pengamatan penting Mahkamah bahawa kepentingan awam harus menjadi tunjang utama dalam Mahkamah menjatuhkan hukuman sedemikian kepada OKS. Justeru, hukuman denda sebagaimana jumlah yang dikenakan adalah wajar dan munasabah bagi memberi cerminan kepada OKS dan orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan kesalahan sedemikian rupa, sekaligus dilihat mampu menjaga kepentingan awam. 45. Kuantum denda yang dikenakan ke atas OKS pula dinilai oleh Mahkamah ini sebagai suatu jumlah yang berpadanan bagi memberikan OKS ruang dan peluang yang mencukupi untuk melakukan muhasabah diri agar OKS sedar bahawa setiap tindakan yang dilakukannya mempunyai sebab dan akibat yang perlu ditanggung. Ini dilihat mampu untuk memberikan pengajaran yang berguna keatas OKS secara khusus dan masyarakat awam secara umumnya agar berfikir panjang sebelum terdetik dalam fikiran untuk melakukan apa jua kesalahan yang melanggar undang-undang. 46. Sebagaimana nas peruntukan hukuman yang dibacakan kepada OKS, kesalahan yang dipertuduhkan ini boleh dikenakan dengan hukuman denda tidak kurang daripada RM1,000 tetapi tidak Iebih daripada RM500,000 atau dipenjarakan seIama tempoh tidak meIebihi 2 tahun atau kedua-duanya. 47. Di dalam kes ini, setelah mengambil kira hujahan dan permohonan peguambela yang mewakili OKS agar OKS hanya dikenakan hukuman denda sahaja serta bersandarkan kepada fakta kes S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 kejadian yang dikemukakan, Mahkamah telah memutuskan untuk mengenakan hukuman berbentuk denda sahaja kepada OKS. Bahkan jumlah denda yang dikenakan adalah jauh lebih rendah daripada jumlah maksimum yang boleh dikenakan ke atas Tertuduh, kerana hukuman yang diberikan masih dalam lingkungan hukuman yang diperuntukkan ataupun ‘within ambit of law’. 48. Mahkamah berpandangan bahawa hukuman denda adalah wajar dan setimpal untuk dikenakan bagi memberi pengajaran kepada OKS dan jumlah denda yang dikenakan ke atas OKS juga adalah tidak berlebihan, apatah lagi melampaui peruntukan undang-undang dan prinsip hukuman yang ada. 49. Nilai denda tersebut juga adalah suatu jumlah yang munasabah kerana Mahkamah berpendapat bahawa nilai denda yang dikenakan oleh Mahkamah tidaklah keterlaluan ataupun berlebihan bahkan mungkin jauh lebih rendah daripada jumlah hasil keuntungan yang telah dikecapi oleh syarikat OKS selama ini. Justeru, jumlah denda sedemikian adalah sangat berpadanan pada hemat Mahkamah bagi memberi impak keinsafan kepada OKS agar tidak mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang. 50. Kesalahan OKS yang membawa lebihan muatan dari had yang dibenarkan sudah pasti berisiko besar yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecelakaan kepada pengguna jalanraya yang lain. OKS sepatutnya sebagai pengendali kenderaan berat perlu memastikan keselamatan pemandu serta pengguna jalanraya yang lain terjaga dan tidak sepatutnya membenarkan kenderaan syarikat OKS yang terlibat membawa lebihan muatan yang sangat banyak sepertimana pertuduhan. OKS juga tidak sepatutnya hanya S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 memikirkan untuk mengaut keuntungan berganda dengan mengenepikan undang-undang serta keselamatan pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya lain. 51. Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini ke atas OKS adalah adil, wajar dan munasabah. 52. Berkaitan perintah lucuthak kenderaan OKS yang tidak dibenarkan dalam kes ini, Mahkamah merujuk kepada Seksyen 80(3) APAD 2010 yang mana jelas memperuntukkan kuasa Mahkamah untuk mengeluarkan perintah pelepasan atau lucut hak jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesaIahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) teIah diIakukan dan bahawa kenderaan itu iaIah haI perkara bagi kesaIahan itu. 53. Mahkamah tetap menggunakan kuasa di bawah seksyen 80(3) APAD 2010 untuk memulangkan atau melepaskan kenderaan kepada pemilik iaitu OKS. Keputusan sedemikian selaras dengan peruntukan seksyen 80(4) APAD 2010. Justeru, perintah pelepasan tersebut dibuat mengikut lunas undang-undang yang termaktub. 54. Merujuk kepada kes R v Ball seperti yang telah dinyatakan, ia adalah bidang kuasa dan budi bicara Mahkamah sama ada untuk mengambil pendekatan yang ringan “lenient” atau berat “severe”. 55. Mahkamah percaya hukuman yang diberikan adalah setelah mengambil kira semua faktor peringanan dan pemberatan yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak. S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 56. OKS dalam kes ini merupakan pesalah pertama dan telah membuat pengakuan salah pada peringkat awal. Mahkamah sedia maklum bahawa kesalahan membawa lebihan muatan daripada had yang ditetapkan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya juga kerosakan pada jalan raya, namun dalam kes ini, tiada kemalangan atau kecederaan telah disebabkan oleh Tertuduh. 57. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda yang agak tinggi iaitu sebanyak RM 15,000 jika gagal bayar 12 bulan penjara yang mana pada pendapat Mahkamah sesuai dan wajar untuk memberikan amaran serta pengajaran buat OKS supaya tidak melakukan kesalahan sama lagi. 58. Mahkamah juga telah memerintahkan untuk kenderaan yang terlibat dalam kes ini dilepaskan semula kepada pemilik untuk memberi pengajaran dan peluang kepada OKS untuk menjalankan urusan perniagaan dengan lebih baik dan mengikut undang- undang. 59. Mahkamah ini percaya bahawa hukuman serta perintah yang diberikan adalah wajar dan sesuai kerana dibawah peruntukan undang- undang serta telah mengambil kira semua faktor termasuk hujahan mitigasi pihak pembelaan, hujahan pemberat pihak pendakwaan serta diimbangi dengan faktor kepentingan awam serta latar belakang kes semasa. Kesimpulan 60. Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa keputusan Mahkamah ini adalah adil, wajar S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 dan munasabah bagi sabitan, hukuman dan perintah sepertimana yang telah diberikan kepada OKS. Bertarikh: 11 November 2024 Disediakan oleh, …………………………………. MELODY WOON SZE MUN Majistret Mahkamah Majistret Pekan Pihak-pihak: 1. Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang Timbalan Pendakwa Raya Negeri Pahang Unit Pendakwaan No. 402-404, Tingkat 4, Mahkota Square, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. [No Ruj: CD-87-3-01/2024] … En.Wan Abdullah Bin Wan Omar 2. Tetuan Bob S. Arumugam & Co Peguamcara OKS No. A-15, 1st Floor, Lorong Tun Ismail 10, Seri Dagangan Dua, 25300 Kuantan, Pahang Darul Makmur. [No Ruj: BA/2275/24/crm/sj] … Bob Arumugam S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 Kes-kes yang dirujuk: 1. Public Prosecutor v. Jafa Bin Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 2. Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr App R 164 3. Lim Yoon Fah v PP [1971] 1 MLJ 37 4. PP v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 5. Pendakwa Raya lwn Teh Ling Hock [2017] MLJU 2368 6. PP v Yewan Maju Enterprise [2024] MLJU 669 7. Pendakwa Raya lwn Bukit Buloh Premix Sdn Bhd [2024] MLJU 1109 8. Sau Soo Kim v PP (1975) 2 MLJ 134 S/N 048/ruuh1EqA94OSeCrXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal