YUGANES NAIDU A/L SANNASEE NAIDU 1. ) DORAI RAJOO A/L DORAISAMY 2. ) GEETHA A/P SANNASI PENCELAH ALLIANZ GENERAL INSURANCE COMPANY (M) BERHAD
The application to intervene was dismissed because the applicant filed it inordinately late after the plaintiff had given evidence, failed to obtain permission and comply with case management directions for a late additional affidavit, and failed to demonstrate a bona fide, timely prima facie case of fraud; although...
Source-derived case information.
- Citation
- BE-A73KJ-42-11/2022 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Plaintiff: YUGANES NAIDU A/L SANNASEE NAIDU; Defendant: DORAI RAJOO A/L DORAISAMY; Defendant: GEETHA A/P SANNASI; Proposed Intervener (applicant): ALLIANZE GENERAL INSURANCE CO (M) BHD
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 21 December 2023
- Case Number
- BE-A73KJ-42-11/2022 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Civil Motor Vehicle Accident (insurance Liability) / Interlocutory — Application to Intervene (annex 19) Decided; Main Trial Ongoing
- Outcome
- Application (Annex 19) to intervene dismissed
- Legal Topics
- Intervention, Case Management and Delay, Admission of Affidavits, Allegations of Fraud, Section 96 Road Transport Act 1987
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
YUGANES NAIDU A/L SANNASEE NAIDU
Plaintiff
DORAI RAJOO A/L DORAISAMY
Defendant
GEETHA A/P SANNASI
Defendant
ALLIANZE GENERAL INSURANCE CO (M) BHD
Proposed Intervener (applicant)
Procedural Posture
Civil Motor Vehicle Accident (insurance Liability) / Interlocutory — Application to Intervene (annex 19) Decided; Main Trial Ongoing
Legal Issues
- 1 Whether the insurer (proposed intervener) may be allowed to intervene under Order 15 Rule 6 KKM 2012
- 2 Whether the applicant's delay in filing the intervention application is fatal
- 3 Whether the applicant's additional affidavit filed late should be admitted
Ratio Decidendi
The application to intervene was dismissed because the applicant filed it inordinately late after the plaintiff had given evidence, failed to obtain permission and comply with case management directions for a late additional affidavit, and failed to demonstrate a bona fide, timely prima facie case of fraud; although the insurer has legal and financial interest under Order 15 Rule 6 KKM 2012 and Section 96 RTA 1987, those factors did not justify intervention given delay, non-compliance and lack of credible supporting evidence.
Court Disposition
Application (Annex 19) to intervene dismissed
Orders
- Application (Annex 19) dismissed
- Applicant to pay costs of RM 500 to Plaintiff
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BE-A73KJ-42-11/2022 Kand. 41 31/12/2023 22:10:46 DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET DI SUNGAI BESAR DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA WRIT SAMAN NO: BE-A73KJ-42-11/2022 ANTARA YUGANES NAIDU A/L SANNASEE NAIDU (NO. K/P: 960920086571) …PLANTIF DAN DORAI RAJOO A/L DORAISAMY (NO. K/P: 760122086431) GEETHA A/P SANNASI (NO. K/P: 810701086690) …DEFENDAN - DEFENDAN ALLIANZE GENERAL INSURANCE CO (M) BHD …PENCELAH DICADANGKAN (NO. Syarikat: 735426-V) ALASAN PENGHAKIMAN MUKKADIMAH [1] Ini adalah alasan penghakiman terhadap keputusan Mahkamah ini yang telah menolak permohonan lampiran 19 pada 21.12.2023 di mana Pemohon (pencelah yang dicadangkan) tidak berpuas hati dan merayu atas keseluruhan keputusan tersebut. Notis rayuan telah difailkan pada 21.12.2023 oleh Pemohon pada hari yang sama keputusan diberikan. S/N krljCcwE0E2wsQSMjG9CA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal FAKTA KES [2] Pemohon membuat alegasi bahawa terdapat unsur penipuan dalm tuntutan Plantif terhadap Defendan-Defendan berkenaan suatu kemalangan pada 18.11.2021 yang melibatkan motorsikal no. VFL 8418 yang ditunggang Plantif dengan motorsikal no. JTS 1804 yang ditunggang Defendan (1) yang dimiliki oleh Defendan (2). Pada setiap masa yang material, Defendan (2) telah mengambil polisi insurans dengan Pemohon. [3] Pada awalnya, Plantif telah mengeluarkan Notis Seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bertarikh 5.1.2022 terhadap Pemohon sebelum tindakan sivil difailkan Plantif pada 1.11.2022 di Mahkamah ini. Seterusnya Tetuan Kanaga Suresh & Co. telah dilantik mewakili Defendan-Defendan dan penyataan pembelaan difailkan pada 11.1.2023. [4] Bicara penuh kes ini pada kali pertama telah ditetapkan pada 20.6.2023 tetapi dilapangkan atas permohonan Defendan-Defendan atas alasan laporan penyelaras masih belum disiapkan. Kemudian bicara penuh pada 5.9.2023 dijalankan di mana 1 saksi iaitu Plantif telah dipanggil memberikan keterangan dan tarikh sambung bicara adalah pada 21.12.2023. Walaubagaimanapun, Pemohon telah memfailkan permohonan lampiran 19 pada 12.10.2023. Keputusan permohonan tersebut telah diberikan Mahkamah ini pada 21.12.2023 yang mana permohonan tersebut adalah ditolak dengan kos RM 500. ALASAN PERMOHONAN [5] Alasan-alasan Pemohon secara ringkas adalah seperti berikut: a. Berdasarkan siasatan penyelaras pemohon, versi cerita yang diberikan oleh Defendan (1) dengan versi cerita yang diberikan saksi yang yang berada di tempat kemalangan iaitu abang ipar Planitf adalah berbeza melibatkan motorsikal Plantif pada 18.11.2021. Oleh itu, disyaki kemalangan tersebut tidak pernah berlaku seperti dalam laporan polis Plantif dan Defendan (1). b. Pemohon akan diprejudiskan kerana akan bertanggungan untuk membayar sebarang penghakiman yang diperolehi Plantif dalam tindakan ini. Hal ini demikian, Pemohon mempunyai kepentingan undang-undang dan kepentingan kewangan dalam tindakan ini. c. Kehadiran Pemohon akan dipelihara kerana penipuan disyaki dilakukan oleh Defendan (1) yang menunggang motorsikal yang diinsuranskan oleh Pemohon, maka segala isu dan pekara yang timbul dalam tindakan ini dapat didengar dan diputuskan secara efektif dan sepenuhnya oleh Mahkamah. S/N krljCcwE0E2wsQSMjG9CA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [6] Plantif membantah permohonan tersebut atas alasan-alasan berikut: a. Permohonan difailkan berniat jahat (mala fide) dan suatu pemikiran semula (afterthought) untuk melepaskan dirinya sebagai penanggung insurans motorsikal yang ditunggang Defendan (1). Permohonan telah dibuat sangat lewat tanpa alasan munasabah yang menyebabkan ketidakadilan teruk ke atas Plantif. b. Dakwaan terdapat unsur penipuan iaitu kewujudan saksi bebas yang berada di tempat kejadian semasa kemalangan dan versinya yang bercanggah dengan keterangan Defendan (1) adalah tidak berasas. Tiada apa-apa laporan polis dibuat oleh mana- mana saksi bebas. c. Pemohonan berkemungkinan mempunyai kepentingan kewangan sahaja tetapi tidak mempunyai kepentingan undang-undang, selaku penginsurans motorsikal Defendan (2). d. Pemohon telah melantik Tetuan Kanaga Suresh & Co. untuk mewakili Defendan- Defendan dan memfailkan pembelaan mereka, maka permohonan ini adalah membazirkan masa semua pihak di mana Pemohon hanya bertindak sebagai pengacau yang tiada hala tuju dan berniat memperbetulkan keadaan demi manfaatnya ISU-ISU BERBANGKIT A. Bantahan-Bantahan Awal Plantif [7] Sebelum Mahkamah dapat menimbangkan berkenaan permohonan ini, Plantif membangkitkan dua (2) isu bantahan awalan. Dalam mengadili isu bantahan awal, Mahkamah merujuk kepada Aturan 2 Kaedah 3 KKM 2012 bagi memastikan benar wujud ketidakadilan yang substansial berlaku dalam kes ini terhadap bantahan-bantahan awal tersebut: Mahkamah atau Hakim tidak boleh membenarkan apa-apa bantahan awal oleh mana-mana pihak kepada apa-apa kausa atau perkara atau prosiding hanya atas alasan ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini melainkan jika Mahkamah atau Hakim berpendapat bahawa ketidakpatuhan itu telah menyebabkan suatu salah laksana keadilan yang substansial atau menyebabkan prejudis yang tidak boleh dibetulkan sama ada melalui pindaan atau suatu perintah yang bersesuaian bagi kos atau kedua-duanya. S/N krljCcwE0E2wsQSMjG9CA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal i. Kelewatan Memfailkan Permohonan [8] Mahkamah memutuskan bantahan awal pertama Plantif yang telah dibangkitkan dalam Afidavit Jawapan Plantif berkenaan kelewatan terlampau pemfailan permohonan ini adalah wajar dibenarkan. Mahkamah mendapati tiada alasan munasabah yang dikemukakan oleh Pemohon dalam afidavit sokongan permohonan. Malah dalam afidavit balasan bagi menjawab bantahan Plantif dalam isu ini hanya dinyatakan bahawa mereka boleh membuat permohonan ini di mana-mana peringkat prosiding, kes Plantif masih belum ditutup dan kes Defendan masih belum bermula. Mahkamah berpendapat sungguhpun Aturan 15 Kaedah 6 KKM 2012 menyatakan, bahawa pada mana-mana peringkat prosiding boleh difailkan permohonan sebegini tetapi pada hemat Mahkamah, permohonan lampiran tersebut telah dibuat pada peringkat terlalu lewat di mana perbicaraan dengan 1 saksi iaitu Plantif telahpun selesai memberi keterangan. Ini adalah berpandukan kepada maksud "at any stage of the proceedings" yang telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Hong Leong Bank Bhd v. Staghorn Sdn Bhd [2008] 2 MLJ 622: [30] Thus, we see that our courts have been very consistent regarding the scope of the application of this rule. This is very sensible as the words "At any stage of the proceedings..." necessarily mean that there is a proceeding pending. Once the judgment is entered, the proceeding has come to an end. Furthermore, O. 15 is concerned with the very early stage of a proceeding, to have all the necessary parties in before the trial begins. Thus, r. 8 provides that, when the order under r. 6 has been made, the plaintiff must accordingly amend the writ and serve the amended writ on the new defendant and upon service the new defendant is given the right to enter an appearance. All these happen before the trial. [9] Mahkamah juga merujuk kes Badruzamani Azmi v. Kurnia Insurans (M) Bhd [2001] 6 MLJ 481 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- It is clear that Kurnia had delayed in making their application to the Sessions Court. They had allowed over a year to lapse before filing the application to be made 'an intervener' and, a fortiori, after the close of the plaintiff's case. This could probably be construed as a waiver on Kurnia's part. Further, Kurnia would seem to have admitted that there was delay, as they had not offered any riposte or answer to the appellant's submission on that score. As such, this court could not but to hold that there was inordinate delay and that the delay was fatal to the respondent's case. [10] Dalam hal ini, Mahkamah berpendirian permohonan tersebut wajar dibuat pada peringkat awal sebelum bicara penuh dimulakan. Mahkamah mendapati eksibit YN-1 Afidavit Jawapan Plantif iaitu Notis Seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bertarikh 5.1.2022 telah diserah awal pada Januari 2022 kepada Pemohon. Kemudian tindakan guaman telah S/N krljCcwE0E2wsQSMjG9CA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal difailkan Plantif pada November 2022 dan pada Jun 2023 bicara penuh ditangguhkan atas permohonan Defendan kerana menunggu laporan penyelaras disediakan. Bagai siang menanti malam, Pemohon terus menerus memilih untuk tidur di atas haknya sehingga setelah hampir sebulan bicara penuh dijalankan baru Pemohon memfailkan permohonan tersebut pada Oktober 2023. [11] Mahkamah bependapat pada ketika peringkat kes ini sekarang, adalah tidak munasabah untuk dikategorikan di “peringkat awalan”. Adalah perlu diingatkan pihak-pihak adalah terikat dengan pliding masing-masing dan saksi Plantif telah memberi keterangan dalam kes ini maka prejudis akan timbul ke atas Plantif di samping pembaziran masa dan kos pihak-pihak. Jika situasi sebegini tidak dititikberatkan oleh Mahkamah, maka pentadbiran keadilan tidak dapat dilaksanakan dengan efisyen dan dilihat adil. Maka pihak insurans di luar sana akan mengambil masa yang terlalu lewat sebegini untuk memfailkan permohonan walhal masa yang mencukupi telah wujud lama. ii. Penolakan Afidavit Tambahan Pemohon [12] Selanjutnya, Mahkamah memutuskan bantahan awal kedua Plantif berkenaan pemfailan Afidavit Tambahan Pemohon yang difailkan pada 28.11.2023 yang mana afidavit tersebut difailkan setelah penutupan pemfailan afidavit-afidavit selesai dan arahan pemfailan hujahan bertulis pihak-pihak telah diberikan adalah wajar dibenarkan. Dalam isu ini, mahkamah mendapati tiada apa-apa permohonan mahupun makluman melalui surat ataupun ketika pengurusan kes pada 14.11.2023 oleh Peguamcara Pemohon untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah untuk memfailkan afidavit tambahan tersebut. [13] Pihak-pihak telah sedia maklum, pada pengurusan kes 14.11.2023 tersebut, arahan- arahan berkenaan pemfailan hujahan bertulis dan hujahan balasan diberikan kerana afidavit- afidavit telah selesai difailkan. Malahan itu, semasa sesi pengurusan kes tersebut, Peguamcara Pemohon telah memohon kepada Mahkamah untuk ditetapkan tarikh yang singkat untuk hujahan bertulis dan keputusan. Ini jelas bermaksud Peguamcara Pemohon sedar dan tahu tiada lagi pemfailan afidavit dibenarkan kerana pihak-pihak bersedia untuk pemfailan hujahan bertulis dan hujahan balasan. [14] Mahkamah mendapati Pemohon enggan atau gagal mematuhi arahan pengurusan kes yang telah ditetapkan. Lebih memburukkan keadaan, ketidakpatuhan arahan tersebut oleh Pemohon bukan disebabkan oleh hal keadaan di luar kawalannya dan tidak dapat dielakkan. Pematuhan arahan Mahkamah semasa pengurusan kes adalah sangat penting bagi membolehkan Mahkamah melupuskan permohonan ini dengan lancar dan adil. S/N krljCcwE0E2wsQSMjG9CA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah mendapati dalam Afidavit Tambahan tersebut dieksibitkan Penyataan Bertulis Defendan (1) bertarikh 11.3.2022 – eksibit “A-1”. Di sini menunjukkan, dokumen ini telah berada lama dalam simpanan Pemohon. Keseluruhannya, Mahkamah mendapati pekara atau situasi ini bukanlah suatu “accidental omission or oversight” dari Pemohon. Keengganan, kegagalan dan kelewatan Pemohon dalam mematuhi arahan Mahkamah telah menggambarkan niat untuk mengabaikan arahan Mahkamah secara berterusan dan tidak serius dalam tuntutannya. [14] Pertimbangan budi bicara Mahkamah berkenaan lanjutan masa yang telah ditetapkan di bawah Aturan 3 Kaedah 5 KKM 2012 adalah tidak wajar dibenarkan. Sekiranya keadaan dan sikap sebegini dibenarkan untuk diamalkan oleh mana-mana pihak, sudah pasti Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012 tidak perlu wujud lagi dan mana-mana pihak boleh berbuat apa-apa sahaja atas alasan keadilan dan boleh dipampas dengan kos. Mahkamah ini akan dilihat gagal mencegah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana fakta kronologi secara keseluruhan kes ini membawa kepada inferens bahawa Pemohon sengaja melengahkan prosiding dan penyelesaian kes dengan cepat yang mana bercanggah dengan objektif diwujudkan pengurusan kes di bawah Aturan 34 KKM 2012. Sehubungan itu, Mahkamah perlu bertegas menolak penerimaan masuk Afidavit Tambahan Pemohon tersebut berserta apa- apa jua eksibit yang dilampirkan bersama. Maka dalam meneliti permohonan ini, Mahkamah ini tidak sekali mengambil kira isi kandungan afidavit tersebut. B. Samada Pemohon Berjaya Membuktikan Isu Penipuan [15] Sungguhpun isu-isu awalan telah diputuskan seperti di atas adalah berpihak kepada Plantif, demi keadilan Mahkamah akan juga meneliti isu -isu lain antaranya sama ada Pemohon telah membuktikan isu penipuan wujud. [16] Dalam membincangkan isu ini, Mahkamah merujuk kepada kes Govinaraju Nagarajan v. Pacific & Orient Insurance Co Bhd [2014] 1 CLJ 1076 yang memutuskan: It must be borne in mind that the application to intervene is only an interlocutory application. It does not deal with and/or finally dispose and conclusively determine the rights of the parties to the action. Hence, at the stage of intervening, there should not be a heavy burden imposed on the intervener to establish its case for intervention. All that the intervener should demonstrate is that they have acted timeously and without any mala fide and have a prima facie case for intervention in the sense that the reasons for intervention should not be baseless and frivolous or lacking in credibility. Having said that, it is of course desirable but not mandatory or imperative that the adjusters report or the interview S/N krljCcwE0E2wsQSMjG9CA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal statement between the adjusters and the insured (defendant) be disclosed at the stage of intervention. Again, it all depends on the circumstances. In the present case, it cannot be said that the grounds relied upon are totally frivolous. All that can be said is that the grounds relied upon by P & O as suggestive of fraud and/or collusion can only be explored, tested and/or repudiated in a trial by viva-voce evidence. So for instance, the contradictory statement that was given by the defendant to the adjusters would have to be tested at the trial. Also, the defendant would need to explain the circumstances that led him to lodge a report almost days after the accident. All of these raise searching questions and cannot be ventilated unless P & O are a party to the running down action and are permitted to actively pursue their fraud and collusion theory against the plaintiff and defendant. [17] Berpandu kepada otoriti tersebut, jika diteliti afidavit sokongan dan afidavit balasan yang difailkan oleh Pemohon tanpa apa-apa dokumen sokongan bagi menyatakan asas keraguan berkenaan penipuan berpunca daripada hasil siasatan seorang Penyelaras yang dilantik terdapat unsur penipuan oleh Plantif dan Defendan (1). Pada setiap masa material yang dibenarkan Mahkamah untuk pihak-pihak membalas afidavit, laporan penyelaras, penyataan bertulis mahupun laporan polis saksi yang didakwa berada di tempat kejadian gagal dikemukakan sebagai eksibit bagi kedua-dua afidavit tersebut. Lebih memburukkan keadaan, Mahkamah mendapati eksibit YN-1 Afidavit Jawapan Plantif iaitu Notis Seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bertarikh 5.1.2022 telah diserah awal pada Januari 2022 kepada Pemohon. Kemudian tindakan guaman telah difailkan Plantif pada November 2022. Namun permohonan ini hanya difailkan pada Oktober 2023. [18] Adalah tidak disangkal, pada peringkat ini pemohon tidak mempunyai beban yang berat dalam membuktikan isu penipuan tersebut secara mutlak. Perkara ini hanya dapat diputuskan pada peringkat perbicaraan penuh kes ini setelah saksi-saksi memberi keterangan. Kendatipun, berdasarkan kepada dakwaan yang ditimbulkan dalam afidavit berserta fakta keseluruhan kronologi permohonan ini, Mahkamah berpendapat Pemohon gagal menunjukkan bahawa mereka telah bertindak secara bona fide dan tepat pada masanya. Asas mencelah yang dibangkitkan ternyata bukan satu kes prima facie, tidak berasas dan remeh atau kurang kredibiliti. Hal ini kerana keterangan dengar cakap berkaitan wujud unsur penipuan dalam afidavit sokongan dan afidavit balasan gagal memberikan merit malah tidak boleh diterima pada peringkat ini. [19] Mahkamah ini sedar bahawa bila, di mana, bagaimana cara kemalangan berlaku, kerosakan kenderaan dan kecederaan yang dialami pihak-pihak adalah antara isu-isu yang akan diputuskan oleh Mahkamah dan bukan melalui andaian semata-mata. Mahkamah berpendapat hak Defendan dan/atau Pemohon dalam tindakan ini telah terjamin apabila S/N krljCcwE0E2wsQSMjG9CA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pemohon sendiri telah melantik Tetuan Kanaga, Suresh & Co. yang mana mereka telah memfailkan pembelaan tersebut bagi membela tindakan di sini. Fakta bahawa wujudnya kemalangan antara Plantif dan Defendan adalah dinafikan oleh Defendan dalam pembelaan yang difailkan. Maka tidak mungkin wujud ketidakadilan ke atas Pemohon apabila isu berkaitan penipuan ini akan diketengahkan sewajarnya. Adalah menjadi tanggungjawab Plantif bagi membuktikan kewujudan kemalangan tersebut semasa perbicaraan. [20] Maka atas penjelasan-penjelasan di atas, persoalan adakah permohonan ini boleh disifatkan sebagai bona fide? Jawapannya negatif. Mahkamah mendapati bahawa permohonan ini sengaja difailkan untuk mengelak liabiliti membayar gantirugi (jika Plantif berjaya dalam tuntutannya) dan semestinya melengahkan masa, kos dan tenaga semua pihak yang terlibat. C. Samada Pemohon Memenuhi Keperluan Aturan 15 Kaedah 6 [21] Kendatipun isu – isu di bahagian A dan bahagian B telah diputuskan adalah berpihak kepada Plantif, demi keadilan Mahkamah turut meneliti isu terakhir iaitu samada keperluan yang dikehendaki di bawah Aturan 15 Kaedah 6 KKM 2012 dipenuhi. Peruntukan undang undang yang menjadi tunjang permohonan ini adalah di bawah Aturan 15 Kaedah 6 (2) KKM 2012. [22] Dalam membincangkan isu ini, rujukan dibuat kepada kes Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad V. Muhammad Hafizul Hanif Md Noor & Satu Lagi [2021] 1 LNS 1117 di mana PK Mohamad Abazafree Mohd Abbas (kini Hakim Mahkamah Tinggi) telah menerangkan undang – undang berkenaan Pencelah: [4] Merujuk kepada kes Pegang Mining Co Ltd v. Choong Sam & Ors [1968] 1 LNS 96; [1969] 2 MLJ 52 Lord Diplock pada peringkat Privy Council telah menyatakan ujian yang perlu diaplikasikan bagi membenarkan sesuatu pihak untuk mencelah dalam sesuatu kausa atau perkara. Lord Diplock menyatakan; "It has been sometimes said as in Moser v. Marsden[1892] 1 Ch 487 and Re LG Farbenindustrie AG [1944] Ch 41 that a party may be added if his legal interests will be affected by the judgment in the action but not if his commercial interests only would be affected. While their Lordships agree that the mere fact that a person is likely to be better off financially if a case is decided one way rather than another is not a sufficient ground to entitle him to be added as a party, they do not find the dichotomy between "legal" and "commercial" interests helpful. A better way of expressing the test is: will his rights against or liabilities S/N krljCcwE0E2wsQSMjG9CA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal to any party to the action in respect of the subject matter of the action be directly affected by any order which may be made in the action?" [5] Mahkamah Agung di dalam kes Arab Malaysian Merchant Bank Bhd v. Jamaludin bin Dato' Mohd Jarjis [1991] 1 CLJ (Rep) 19 telah meluaskan prinsip di dalam kes Pegang Mining [Supra ] dan memutuskan mahkamah boleh membenarkan "pecuniary interests in addition to the proprietary interest in an application to intervene". Mahkamah memutuskan; "One of the class of cases covered by the said rule which allows intervention by persons not parties, is where the proprietary or pecuniary rights of the intervener are directly affected by the proceedings or where the intervener may be rendered liable to satisfy any judgment directly or indirectly. The ambit of this class has been materially widened by the decision of the UK Court of Appeal in Gurtner v. Circuit, the effect of which is to include any case in which the intervener is directly affected not only in his legal rights but in his pocket. In this connection, we would refer to and respectfully adopt the following dictum of Lord Denning MR, in that case, in which His Lordship said as follows: "It seems to me that, when two parties are in dispute in an action at law and the determination of that dispute will directly affect a third person in his legal rights or in his pocket, in that he will be bound to foot the bill, then the court in its discretion may allow him to be added as a party on such terms as it thinks fit. By so doing, the court achieves the object of the rule. It enables all matters in dispute to be effectually and completely determined and adjudicated upon between all those directly concerned in the outcome". [23] Berpandukan kepada otoriti tersebut, Mahkamah berpendapat dalam kes ini, Pemohon memenuhi kriteria yang dikehendaki di bawah Aturan 15 Kaedah 6 KKM 2012. Pemohon bukan sahaja mempunyai kepentingan undang-undang tetapi juga kepentingan kewangan apabila mempunyai tanggungjawab statutori berdasarkan Seksyen 96 APJ 1987. Pemohon bertanggungjawab untuk menanggung apa - apa penghakiman yang diperolehi Plantif terhadap Defendan. Sungguhpun begitu, memandangkan isu penipuan yang ditimbulkan jelas tidak mempunyai asas yang munasabah (seperti yang dibincangkan pada Bahagian B), maka Mahkamah mendapati Pemohon tidak wajar diberi kebenaran untuk mencelah dalam kes ini bagi melindungi kepentingan undang-undang dan /atau kepentingan kewangan Pemohon. S/N krljCcwE0E2wsQSMjG9CA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal KESIMPULAN [25] Atas alasan-alasan ini, Mahkamah berpendapat bahawa di atas faktor-faktor yang dibincangkan di atas, permohonan Lampiran 19 adalah wajar ditolak dengan kos RM 500 dibayar Pemohon kepada Plantif. Bertarikh pada 31 Disember 2023 Disediakan oleh: SITI HAJAR BINTI ALI Majistret Mahkamah Majistret Sungai Besar Selangor S/N krljCcwE0E2wsQSMjG9CA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal