Zailan Bin Jauhari [ ]
The High Court held the amendment of the charge was lawful and within judicial discretion; the prosecution proved receipt of RM20,000 cash and a RM60,000 cheque constituting a suap (bribe); section 50 ASPRM presumption applied to infer corrupt purpose and the appellant failed to rebut that presumption on the balance...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-42(R)(A)-1-01/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: Zailan bin Jauhari; Respondent: Pendakwa Raya
- Court
- R
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 17 February 2022
- Case Number
- BA-42(R)(A)-1-01/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal Against Conviction for Corruption Under ASPRM 2009 / High Court Judgment on Appeal From Sessions Court Conviction
- Outcome
- Appeal dismissed; conviction and sentence upheld.
- Legal Topics
- Bribery, Presumption Under Section 50 ASPRM, Amendment of Charge, Admissibility of Evidence, Credibility of Witnesses, Sentence
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Zailan bin Jauhari
Appellant
Pendakwa Raya
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal Against Conviction for Corruption Under ASPRM 2009 / High Court Judgment on Appeal From Sessions Court Conviction
Legal Issues
- 1 Whether the original charge could be validly amended
- 2 Whether the prosecution proved prima facie case and all elements of section 16(a)(A) ASPRM 2009
- 3 Admissibility and weight of documentary and audio‑visual evidence
Ratio Decidendi
The High Court held the amendment of the charge was lawful and within judicial discretion; the prosecution proved receipt of RM20,000 cash and a RM60,000 cheque constituting a suap (bribe); section 50 ASPRM presumption applied to infer corrupt purpose and the appellant failed to rebut that presumption on the balance of probabilities; evidence including trap money, cheque and corroborating witness testimony was admissible and credible; hence the conviction and two‑year imprisonment and RM400,000 fine were upheld.
Court Disposition
Appeal dismissed; conviction and sentence upheld.
Orders
- Appeal dismissed
- Conviction under section 16(a)(A) ASPRM 2009 affirmed
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-42(R)(A)-1-01/2019 Kand. 91 Penghakiman 26/04/2022 09:29:36 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH NO: BA-42(R)(A)-1-01/2019 (Dalam Perkara Mahkamah Sesyen Jenayah Shah Alam Kes Tangkap No: BA-61R-1-02/2017) ANTARA ZAILAN BIN JAUHARI … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Perayu menghadapi pertuduhan di bawah seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (“ASPRM 2009”) seperti berikut – “Bahawa kamu pada 8 Januari 2014 di antara jam 7.30 malam ke 8.00 malam, di Mak Engku Steamboat & Grill yang beralamat di No. 2, Jalan Bendahara 1/2, Taman Bendahara, Kuala Selangor, dalam daerah Kuala Selangor, di dalam Negeri Selangor telah secara rasuah menerima suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM20,000.00 dan sekeping cek Bank Islam Malaysia Berhad, S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 1 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman no.574178, bertarikh 10 Januari 2013, bernilai RM60,000.00 daripada Siti Rahmah binti Sabli (No. KP: 610917-10-6164) sebagai upah bagi melakukan suatu transaksi yang mungkin berlaku, iaitu telah membantu syarikat KCM Maju Resources dan Syarikat Sri Kajang Jaya mendapatkan tender bagi kerja-kerja pembersihan sekolah di Zon 2 dan Zon 4 dalam Daerah Kuala Selangor daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. Hukuman : (a) Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan (b) Didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau sepuluh ribu ringgit mengikut mana-mana yang lebih tinggi.” [2] Perayu tidak mengaku salah dan dibicarakan. Pertuduhan kemudiannya telah dipinda oleh mahkamah di akhir kes pendakwaan seperti berikut – “Pertuduhan pindaan Bahawa kamu pada 8 Januari 2014 di antara jam 7.30 malam ke 8.00 malam, di Mak Engku Steamboat & Grill yang beralamat di No. 2, Jalan Bendahara 1/2, Taman Bendahara, Kuala Selangor, dalam daerah Kuala Selangor, di dalam Negeri Selangor telah secara rasuah menerima suatu suapan bagi mana-mana orang iaitu wang tunai sebanyak RM20,000.00 dan sekeping cek Bank Islam Malaysia Berhad, no.574178, bertarikh 10 Januari 2013, bernilai RM60,000.00 daripada Siti Rahmah binti Sabli (No. KP: 610917-10-6164) sebagai upah bagi melakukan suatu transaksi yang mungkin berlaku, iaitu telah membantu syarikat KCM Maju Resources dan Syarikat Sri Kajang Jaya mendapatkan tender bagi S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 2 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman kerja-kerja pembersihan sekolah di Zon 2 dan Zon 4 dalam Daerah Kuala Selangor daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama..” (penekanan ditambah) [3] Perayu diarahkan membela diri dan di akhir kes pembelaan, Perayu telah disabitkan dengan pertuduhan pindaan dan dihukum dengan dua tahun penjara dan denda sejumlah RM400,000.00. Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Perayu telah memfailkan rayuan ini. Rayuan Perayu telah didengar dan mahkamah telah menolak rayuan tersebut lalu Perayu memfailkan rayuan ini ke Mahkamah Rayuan. FAKTA RINGKAS KES [4] Pengadu (SP31) telah membuat laporan kepada SPRM berkenaan permintaan rasuah daripada Perayu untuk membayar sejumlah wang kepada Perayu yang didakwa sebagai upah/komisen kepada bantuan yang diberikan Perayu kepada Kamaruddin bin Miskon (SP19) untuk mendapatkan tender Perkhidmatan Pembersihan Sekolah di daerah Kuala Selangor kepada Syarikat KCM Maju Resources (zon 4) dan Syarikat Sri Kajang Jaya (zon 2). Perkara mengenai komisen ini diketahui oleh SP31 setelah dia mengambil-alih kerja-kerja kontrak ini daripada SP19 yang menghadapi kekangan kewangan. SP19 memaklumkan bahawa bayaran komisen secara bulanan telah disetujui untuk dibuat kepada Perayu atas S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 3 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman pertolongannya dan SP31 terpaksa meneruskan pembayaran yang sama jika mahu mengambil-alih kontrak pembersihan itu. [5] SP31 dimaklumkan bahawa Perayu adalah pegawai khas kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussin, seorang menteri pada ketika itu. SP31 telah berjumpa dengan Perayu setelah didesak berulang-kali oleh Perayu untuk berbincang. Akibat sering didesak oleh Perayu berkaitan bayaran tersebut SP31 telah membuat laporan kepada SPRM. Dalam satu pertemuan antara SP31 bersama suaminya (SP30) dengan Perayu yang dirakam dan diawasi oleh SPRM di tempat kejadian seperti dalam pertuduhan, penyerahan wang tunai dan cek seperti dalam pertuduhan telah berlaku. Perayu telah ditangkap selepas meninggalkan restoran tersebut dan wang perangkap (bertanda) serta cek daripada SP31 telah dirampas daripada Perayu. PETISYEN RAYUAN PERAYU [6] Dalam Petisyen Rayuan Perayu, secara ringkasnya, perkara-perkara berikut telah dibangkitkan – Peringkat prima facie: 6.1 Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) yang bijaksana khilaf apabila memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie ke atas Perayu; 6.2 Kes prima facie didakwa tidak dibuktikan atas alasan – S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 4 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman a. HMS khilaf apabila memutuskan Perayu tidak mempertikaikan telah menerima wang dan cek berkaitan sepertimana dalam pertuduhan (ms. 19 Alasan Penghakiman) tanpa mengambil kira keseluruhan keterangan dalam kes ini; b. pertuduhan asal yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah cacat (defective); c. HMS khilaf apabila mendapati pertuduhan dibuktikan selepas pertuduhan dipinda sedangkan elemen “menerima suapan bagi mana-mana orang” tidak dibuktikan; Isu penerimaan keterangan (admissibility of evidence): d. HMS khilaf apabila menerima kemasukan P15 iaitu cek tarikh hadapan (post-dated) Bank Islam bertarikh 10.1.2014; e. HMS khilaf apabila menerima kemasukan P142 yang dikatakan mengandungi rekaan dan tidak benar; f. HMS khilaf apabila menerima kemasukan P46 yang dikatakan mengandungi butiran palsu dan kaitan dengan keterangan SP5; g. HMS khilaf apabila menerima kemasukan rakaman audio-video, rakaman perbualan dan manuskrip perbualan yang dikatakan tidak memenuhi kehendak undang-undang bagi kemasukannya sebagai keterangan; S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 5 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman h. HMS khilaf apabila menerima kemasukan keterangan- keterangan yang tidak relevan dan memprejudiskan Perayu; Isu kredibiliti saksi pendakwaan: i. HMS khilaf apabila gagal menilai keterangan SP19, SP29 dan SP31 secara berhati-hati den secara keseluruhannya; j. HMS khilaf apabila gagal mempertimbangkan dengan sewajarnya kelewatan SP31 memberi maklumat kepada SPRM sehingga P142 disediakan dan SP31 sendiri tiada membuat laporan; k. HMS khilaf apabila gagal mempertimbangkan bahawa terdapat dua set keterangan berbeza antara keterangan lisan SP31 dengan rekod forensik pesanan SMS yang dikemukakan pihak pendakwaan; l. HMS khilaf apabila gagal mempertimbangkan keterangan SP8 secara berhati-hati dan teliti; m. HMS khilaf apabila gagal menerima keterangan SP25 dan SP27 yang berkecamuk dan meragukan berkenaan pengalaman, kepakaran dan kredibiliti mereka secara keseluruhan; n. HMS khilaf apabila gagal mempertimbangkan keterangan SP32 bahawa siasatannya tidak menyeluruh dan tidak lengkap; S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 6 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman Anggapan yang bertentangan (adverse inference) o. HMS khilaf apabila gagal menggunakan anggapan yang bertentangan terhadap Responden akibat kegagalan Responden mengemukakan keterangan penting dan tidak memanggil saksi-saksi penting untuk membuktikan kes terhadap Perayu dan telah meninggalkan lompang dalam kes pendakwaan; Anggapan di bawah seksyen 50, ASPRM 2009 p. HMS khilaf apabila memutuskan bahawa anggapan di bawah seksyen 50, ASPRM 2009 terpakai dalam kes ini; 6.3 Keputusan di akhir kes pembelaan: a. HMS khilaf apabila gagal mempertimbangkan pembelaan Perayu dengan sewajarnya; b. HMS khilaf apabila gagal memutuskan bahawa pembelaan Perayu tidak jujur, tidak dapat diterima, berdolak-dalik, tidak munasabah dan tidak langsung menimbulkan keraguan yang munasabah di fikirannya (ms. 36, Alasan Penghakiman) sedangkan keterangan Perayu telah dapat menyangkal anggapan di bawah seksyen 50, ASPRM 2009; c. HMS khilaf apabila mengalihkan beban pembuktian ke atas Perayu dan meletakkan beban pembuktian yang lebih tinggi ke atas Perayu; S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 7 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman d. HMS khilaf apabila memutuskan pembelaan Perayu adalah suatu penafian, rekaan semata-mata dan meletakkan kesalahan ke atas orang lain; e. HMS khilaf apabila memutuskan versi pendakwaan adalah lebih tepat dan dipercayai berbanding pembelaan, tidak membawa keterangan sokongan bebas walaupun tiada keperluan undang- undang; f. HMS khilaf apabila gagal menilai semula keterangan yang dikemukakan Responden semasa kes pendakwaan di akhir perbicaraan setelah dibandingkan dengan keterangan Perayu semasa kes pembelaan; 6.4 Hukuman g. HMS khilaf apabila menjatuhkan hukuman yang terlalu berat (grossly excessive), gagal mempertimbangkan faktor-faktor peringanan hukuman yang dikemukakan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas Perayu. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [7] Dalam suatu rayuan dari Mahkamah Rendah, kuasa Mahkamah Tinggi diperuntukkan di bawah seksyen 316 Kanun Tatacara Jenayah – S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 8 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman “Decision on appeal 316. At the hearing of the appeal the Judge may, if he considers there is no sufficient ground for interfering, dismiss the appeal, or may— (a) in an appeal from an order of acquittal, reverse the order, and direct that further inquiry be made, or that the accused be re-tried, as the case may be, or find him guilty and pass sentence on him according to law; (b) in an appeal from a conviction or in an appeal as to sentence— (i) reverse the finding and sentence and acquit or discharge the accused, or order him to be re-tried; or (ii) alter the finding, maintaining the sentence, or with or without altering the finding reduce or enhance the sentence or alter the nature of the sentence; (c) in an appeal from any other order, alter or reverse such order” (penekanan ditambah) [8] Mahkamah harus perlahan dalam mengganggu keputusan HMS yang bijaksana yang berpeluang mendengar sendiri saksi-saksi yang memberi keterangan di hadapannya untuk ditentukan kredibiliti saksi-saksi tersebut.1 [9] Fakta kes ini menunjukkan bagaimana dalamnya isu rasuah dan ketirisan dana kerajaan, semua yang terlibat dalam sesuatu proses akan terpalit, yang membezakan adalah takat penglibatan itu. Bagi kes ini, dalam menentukan sama ada sabitan adalah selamat dan tidak perlu diganggu, 1 Timhar Jimdani Ong & anor v PP [2010] 3 CLJ 938 S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 9 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman mahkamah memberi fokus kepada ujud atau tidak keterangan yang membuktikan elemen pertuduhan dan sama ada HMS yang bijaksana telah menapis isu-isu yang mungkin relevan tetapi tidaklah material kepada pembuktian pertuduhan. Hanya kerana berbagai isu telah dibangkitkan oleh pihak pembelaan, mahkamah sewajarnya tidak not seeing the forest for the trees2. [ 10 ] Setelah meneliti keterangan dalam kes ini dan Alasan Penghakiman HMS yang bijaksana, mahkamah mendapati alasan-alasan rayuan yang dibangkitkan oleh pihak Perayu tidak mencukupi untuk mewajarkan mahkamah mengganggu keputusan yang dibuat oleh HMS yang bijaksana dan menolak rayuan ini. ISU YANG DIBANGKITKAN Pindaan pertuduhan: [ 11 ] Mahkamah mendapati tiada kekhilafan oleh HMS yang bijaksana apabila meminda pertuduhan asal kepada pertuduhan pindaan. Pindaan pertuduhan adalah budi bicara mahkamah di bawah seksyen 158 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”). HMS telah memberikan justifikasi dan penelitiannya sebelum meminda pertuduhan tersebut seperti dalam Alasan Penghakimannya3. Ini merupakan hasil penelitian HMS ke atas keterangan kes pihak pendakwaan yang telah dinilai secara maksima. Pindaan 2 Merriam-Webster.com Dictionary, Merriam-Webster 3 ms. 20 – 24 Jilid I, Rekod Rayuan S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 10 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman pertuduhan oleh HMS yang bijaksana juga masih dalam ruang lingkup peruntukan seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009. [ 12 ] Apabila HMS yang bijaksana memasukkan perkataan “bagi mana- mana orang” kepada pertuduhan asal, mahkamah berpendapat ia merujuk kepada mana-mana orang termasuk Perayu sendiri kerana keterangan saksi-saksi pendakwaan membuktikan wang tunai dan cek tersebut diserah/diterima oleh Perayu sendiri. [ 13 ] Setelah pertuduhan dipinda, HMS yang bijaksana telah mematuhi peruntukan seksyen 159 KTJ dan seksyen 162 KTJ. Perayu masih minta bicara setelah pertuduhan pindaan dibacakan dan penelitian ke atas Nota Keterangan menunjukkan pihak Perayu memilih untuk tidak memanggil semula mana-mana saksi pendakwaan untuk disoal lebih lanjut4 walaupun peluang telah diberikan oleh mahkamah. Ini menunjukkan pihak Perayu faham dan tidak diprejudiskan dengan pindaan pertuduhan itu serta berupaya mengemukakan pembelaannya kepada pertuduhan pindaan tersebut. Pembuktian elemen pertuduhan: [ 14 ] Mahkamah mendapati HMS yang bijaksana telah membuat penelitian maksima ke atas keterangan dan fakta kes ini dalam memutuskan semua elemen pertuduhan pindaan telah dibuktilan oleh pihak pendakwaan iaitu – 4 ms. 763 – 764, 769, Jilid 2D Rekod Rayuan. Ms. 777, Jilid 2E, Rekod Rayuan. S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 11 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman 14.1 “Tertuduh/Perayu telah menerima wang tunai dan cek bagi mana-mana orang” Mahkamah mendapati dapatan HMS yang bijaksana bahawa Perayu sebagai pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri Pengangkutan Malaysia (pada masa material) telah menerima suatu suapan berbentuk wang tunai dan cek daripada SP315 adalah tepat HMS yang bijaksana membuat penelitian dan penilaian maksima semua keterangan yang relevan dan material dalam Alasan Penghakimannya yang berkaitan dengan elemen ini. Tiada sebab untuk mahkamah mengganggu dapatan HMS ini. Tidak dapat dipertikaikan bahawa Perayu telah menerima wang dan cek tersebut. Keujudan pihak lain yang didakwa meminta atau penerima wang dan cek tersebut dicadangkan oleh Perayu sendiri (Datuk Shukor dan Dato’ Mohar). Walau bagaimanapun di akhir kes pendakwaan dakwaan dan cadangan Perayu bahawa wang tunai dan cek itu adalah untuk dua orang penama ini kekal sebagai dakwaan Perayu sahaja. Justeru, Perayulah yang perlu membawa bukti lain untuk menyokong dakwaan ini sebagai suatu yang dalam pengetahuan khusus Perayu. 14.2 “wang dan cek tersebut adalah suapan” Wang dan cek sebagai bayaran komisen yang diterima daripada SP31 memenuhi takrif suapan seperti di bawah seksyen 3 Akta ASPRM 2009. Suatu derma juga boleh menjadi 5 Ms. 28 - 32, Jilid I Rekod Rayuan. S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 12 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman suatu suapan dalam konteks sesuatu kes itu dilihat dari kaedah dan tujuannya. Dalam kes ini tujuan pembayaran sebagai komisen bagi mendapatkan tender kontrak pembersihan adalah perbuatan rasuah. 14.3 “sebagai upah bagi melakukan suatu transaksi yang mungkin berlaku, iaitu telah membantu Syarikat KCM Maju Resources dan Syarikat Sri Kajang Jaya mendapatkan tender”6 Dalam kes ini SP19 percaya kontrak pembersihan sekolah tersebut diperolehinya dengan bantuan daripada Perayu yang memberitahu nilai kontrak yang patut diletakkan dalam borang tender dan seterusnya SP19 telah berjaya mendapat tender tersebut. Walaupun keterangan saksi-saksi dari Kementerian Pelajaran menyatakan tatacara pemberian tender dipatuhi dan terdapat keterangan bahawa Perayu adalah pegawai di Kementerian lain tidak menjejaskan pertuduhan terhadapnya kerana seksyen 19 ASPRM 2009 memperuntukkan kesalahan tetap dilakukan walaupun maksud atau tujuan perbuatan itu tidak dilakukan atau pelaku tiada kuasa untuk melakukannya atau tujuan itu tidak berkaitan dengan tugasnya. 6 Ms. 33 – 35, Jilid I, Rekod Rayuan S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 13 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman Pemakaian anggapan di bawah seksyen 50 ASPRM 2009 [ 15 ] Anggapan di bawah seksyen 50 ASPRM adalah terpakai dalam kes ini setelah dibuktikan wang tunai dan cek tersebut diterima oleh Perayu dan wang tunai dan cek tersebut adalah suatu bentuk suapan. Justeru mahkamah boleh memakai anggapan ini bagi pembuktian elemen tujuan yang dinyatakan dalam pertuduhan. Mahkamah tidak mendapati ada kekhilafan pada analisa dan dapatan HMS yang bijaksana berkaitan perkara ini.7 “Seksyen 50. Anggapan dalam kesalahan tertentu. (1) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21, 22 atau 23 adalah dibuktikan bahawa apa-apa suapan telah diterima atau dipersetujui untuk diterima, disetuju terima atau dipersetujui untuk disetuju terima, diperoleh atau cuba diperoleh, diminta, diberikan atau dipersetujui untuk diberikan, dijanjikan, atau ditawarkan oleh atau kepada tertuduh, suapan itu hendaklah dianggap telah diterima atau dipersetujui untuk diterima, disetuju terima atau dipersetujui untuk disetuju terima, diperoleh atau cuba diperoleh, diminta, diberikan atau dipersetujui untuk diberikan, dijanjikan atau ditawarkan secara rasuah sebagai suatu dorongan atau upah bagi atau kerana perkara- perkara yang dinyatakan dalam butir-butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.” (penekanan ditambah) 7 Ms. 35 -42, Jilid I Rekod Rayuan, Attan bin Abdul Gani v PP [1970] 2 MLJ 143 S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 14 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman [ 16 ] Peguam Perayu menghujahkan bahawa sekiranya pertuduhan boleh dibuktikan melalui keterangan langsung, anggapan tidak perlu dipakai kerana ini akan meletakkan beban yag lebih tinggi ke atas Perayu. Peguam merujuk kepada kes PP v Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649. [ 17 ] Walau bagaimanapun, mahkamah berpendapat keterangan yang ada tidak sepenuhnya membuktikan elemen tujuan penerimaan wang dan cek tersebut kerana saksi-saksi dari Kementerian Pelajaran yang terlibat dengan tender kontrak pembersihan tersebut menafikan apa-apa penglibatan dari Perayu atau orang lain dalam pemberian kontrak pembersihan itu. Justeru, pemakaian anggapan di bawah seksyen 50 ASPRM 2009 oleh HMS yang bijaksana adalah tepat. Lain-lain Isu Yang Berbangkit Dalam Kes Pendakwaan: [ 18 ] Dalam membuat penilaian maksima HMS yang bijaksana telah membuat dapatan tentang perkara-perkara berikut – a. Kredibiliti saksi penting pendakwaan. SP31 – mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS yang bijaksana bahawa SP31 merupakan saksi yang kredibel dan boleh dipercayai.8 Keterangannya juga disokong oleh lain-lain saksi seperti SP19, SP20, SP24, SP30 dan pegawai SPRM yang terlibat. Begitu juga dengan keterangan dokumentari, 8 Ms. 30 – 32, Jilid I Rekod Rayuan. S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 15 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman rakaman audio dan video yang menyokong dan menguatkan keterangan SP31. SP31 merupakan seorang yang bertanggungjawab kerana melaporkan perbuatan salah laku Perayu untuk tindakan SPRM. SP19 – HMS yang bijaksana telah meneliti dan menilai keterangan SP19 secara terperinci dan memutuskan SP19 juga saksi yang kredibel dan tidak dicabar. HMS yang bijaksana menerima keterangan fakta yang sama (similar fact evidence) yang dinyatakan oleh SP19 tentang pembayaran yang pernah dibuat oleh SP19 kepada Perayu sebagai komisen untuk pemberian kontrak pembersihan tersebut9. Keterangan ini menjadikan keterangan SP31 tentang permintaan bayaran komisen oleh Perayu munasabah dan kredibel. b. Wang adalah untuk “Dato’ Mohar” dan anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Pembelaan Perayu adalah wang yang diminta didakwa untuk penama Dato’ Mohar seorang ahli politik – Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kulim, bagi membiayai program kemasyarakatan yang akan dijalankan di Kulim. 9 Ms. 40 – 41, Jilid I Rekod Rayuan. S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 16 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman HMS yang bijaksana telah meneliti keterangan berkaitan cadangan pihak Perayu ini10. SP19 telah disoal-balas mengenai penama ini tetapi SP19 tidak bersetuju dengan cadangan kononnya bayaran wang adalah untuk projek komuniti, malah tidak pasti, kenal atau cam gambar penama Dato’ Mohar tersebut. Malah SP19 menegaskan bayaran yang pernah dibuat kepada SP19 selepas pertemuan di PJ Hilton adalah sebahagian bayaran komisen mendapatkan kerja kontrak pembersihan sekolah tersebut. Pegawai SPRM SP8 menyatakan Perayu mendakwa wang dan cek yang diterima daripada SP31 adalah untuk penama Dato’ Mohar dan satu perangkap telah diatur yang akhirnya gagal dilaksanakan apabila penama tersebut tidak hadir seperti diatur11. Perayu menghujahkan anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai apabila penama Dato’ Mohar tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan. SP8 telah disoal-balas mengenai penama Dato’ Mohar secara panjang-lebar12 iaitu berkaitan dakwaan Perayu bahawa wang dan cek adalah untuk Dato’ Mohar serta perangkap yang diatur selepas Perayu ditangkap. Pihak Perayu juga mengemukakan 10 Ms. 36 – 40, Jilid I rekod Rayuan. 11 Ms. 546, Jilid 2C, Rekod Rayuan 11 Ms. 181 – 196, 201 - 212 Jilid 2A, Rekod Rayuan dan ms. 535 – 547 Jilid 2C Rekod Rayuan S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 17 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman transkrip perbualan telefon antara Perayu dan penama Dato’ Mohar iaitu D14613 dan D14714. Kandungan D146 pada pandangan mahkamah tidak menunjukkan pengesahan atau sokongan kepada dakwaan Perayu. Jawapan dari penama Dato’ Mohar (suara B) bersifat kabur dan tidak mengikat (vague and non-committal). Perayu hanya maklumkan “kak rahimah” telah memberi RM20,000 dan cek RM60,000. Tiada perbualan tentang tujuan pemberian wang tersebut. Begitu juga dengan D147 di mana Perayu diminta “pegang dulu” wang tersebut. Malah penama Dato’ Mohar (suara B) bertanya15 - “27. Suara B Apa cerita dia?… 28. Suara A Aaa… cerita tu lah, dia bagi duit itulah.. ok jer tak ada masalah… 29. Suara B Aaa…. Ingat ada cerita-cerita hari tu, tak ada lah?.. 30. Suara A Aaa.. tak ada lah tu lah Tok… herm..” Tiada langsung rujukan kepada sumbangan program kemasyarakatan Dato’ Mohar seperti didakwa oleh Perayu. Vague and non-committal. Justeru, mahkamah berpendapat dakwaan Perayu tentang sumbangan bagi pembiayaan 13 Ms. 1293 – 1294, Jilid 3G Rekod Rayuan 14 Ms. 1295 – 1297, Jilid 3G Rekod Rayuan 15 Ms. 1296, baris 27 – 30, Jilid 3G, Rekod Rayuan S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 18 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman program Dato’ Mohar kekal bersifat dakwaan dan cadangan Perayu semata-mata di akhir kes pendakwaan. Mahkamah berpendapat ketiadaan penama Dato’ Mohar sebagai saksi pendakwaan tidak menjejaskan kes pendakwaan dan tidak menyebabkan pemakaian anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 ke atas pihak pendakwaan. Ini kerana di peringkat akhir kes pendakwaan keterangan yang ada berkaitan penama Dato’ Mohar juga tidak disetujui atau tidak diketahui oleh saksi pendakwaan seperti SP19 dan SP31. Sebaliknya, dakwaan itu adalah suatu perkara khusus yang dalam pengetahuan Perayu dan dia mempunyai beban pembuktian yang perlu dilunaskan berkaitannya seperti diperuntukkan di bawah seksyen 106 Akta Keterangan 1950. Selanjutnya, bukan tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan pembelaan Perayu apabila telah membuktikan elemen-elemen pertuduhan. Dalam kes ini sama ada wang dan cek yang diterima Perayu adalah sebenarnya untuk Dato’ Mohar; setakat akhir kes pendakwaan kekal suatu dakwaan daripada Perayu kepada saksi-saksi pendakwaan sahaja dan daripada kandungan D147 dan 148 tidak langsung disokong. Hanya Perayu mempunyai pengetahuan khusus tentangnya S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 19 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman dan Perayu lah yang perlu membuktikannya kerana ia tidak melibatkan “difficulty or inconvinience16 kepada Perayu. [ 19 ] Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS yang bijaksana bahawa kes pendakwaan telah dibuktikan secara prima facie dan keputusan supaya Perayu dipanggil membela diri. KES PEMBELAAN [ 20 ] SD1 (Perayu) memberi keterangan bersumpah. Ringkasnya Perayu menerangkan siapa Dato’ Mohar, antara perkara yang dilakukan oleh Dato’ Mohar ialah memohon sumbangan daripada Menteri untuk membiayai aktiviti politik di bahagian-bahagian17. Perayu mengemukakan gambar Dato’ Mohar yang dicetak daripada telefon bimbitnya, iaitu gambar profil Whatsapp atas nombor Dato’ Mohar yang disimpannya18. [ 21 ] Perayu menafikan terlibat dalam mengatur pemberian kontrak pembersihan sekolah di Kementerian Pelajaran atau memaklumkan kepada SP19 kadar harga yang perlu diletakkan di dalam borang tender. Tetapi SP19 ada maklumkan syarikat yang memasuki tender kerja pembersihan telah berjaya dan nama syarikat dimaklumkan secara spesifik dalam pertemuan di PJ Hilton – satu pertemuan yang didakwa diminta oleh Dato’ Mohar bagi pemohon-pemohon tender kerja pembersihan di Selangor. 16 PP v Hoo Chee Keong [1997] 4 MLJ 451, 459-460 17 Ms. 781, Jilid 2E Rekod Rayuan. 18 D122, ms. 783-786, jilid 2E, Rekod Rayuan S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 20 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman Perayu mendakwa Dato’ Mohar hanya meminta sumbangan daripada syarikat untuk membiayai aktiviti kerja amal di kawasannya tanpa paksaan. [ 22 ] Tiga bulan selepas pertemuan di PJ Hilton, SP19 mengenalkan SP31 kepada Perayu dan berjumpa SP31 pada bulan Julai 2013 didakwa berkaitan janji hendak memberikan sumbangan. Pada pertemuan kali kedua, Perayu ditangkap selepas menerima wang tunai dan cek daripada SP31. Perayu menafikan membantu syarikat KCM Maju dan Sri Kajang mendapatkan kontrak pembersihan dan menafikan ada memaksa SP31 membuat apa-apa bayaran kepadanya atau sesiapa. [ 23 ] Selepas ditangkap, Perayu memaklumkan kepada pegawai SPRM yang wang tunai dan cek tersebut adalah untuk disampaikan kepada Dato’ Mohar dan pihak SPRM meminta Perayu menghubungi Dato’ Mohar untuk menetapkan perjumpaan bagi memberikan wang tunai dan cek tersebut kepadanya. Perbualan telefon dengan Dato’ Mohar dirakam oleh pihak SPRM dan pertemuan ditetapkan di Restoran D’Naina, Damansara. Pertemuan dengan Dato’ Mohar tidak berjaya. Hanya Perayu memberi keterangan bagi pihak pembelaan19. DAPATAN MAHKAMAH [ 24 ] Penelitian mahkamah kepada Analisa HMS yang bijaksana dalam Alasan Penghakimannya20 mendapati HMS telah memberi analisa yang terperinci kepada kes pembelaan serta menimbangkan keseluruhan 19 Ms. 870, Jilid 2E Rekod Rayuan 20 Ms. 43 – 54, Jilid I Rekod Rayuan S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 21 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman keterangan di hadapannya sebelum memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan kes tanpa keraguan munasabah21. [ 25 ] Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS yang bijaksana bahawa Perayu gagal menyangkal anggapan di bawah seksyen 50 ASPRM 2009 dengan keterangannya. Perayu juga gagal membangkitkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Pembelaan Perayu berkaitan elemen kesalahan merupakan penafian dan tidak munasabah apabila dibandingkan dengan fakta dan keterangan kes pendakwaan. Kegagalan menyangkal anggapan di bawah seksyen 50 ASPRM 2009 - Wang bukan rasuah tetapi janji SP19 mengenai sumbangan walaupun kononnya tiada paksaan untuk memberi sumbangan itu. [ 26 ] Berkaitan dakwaan sumbangan tersebut, Perayu menggunakan perkataan-perkataan “patut diberikan kepada Dato’ Mohar”22 dan mengingatkan “janji hendak memberi sumbangan”23 oleh SP19 walaupun beberapa kali mengatakan tiada paksaan bagi sumbangan itu. Perkataan “patut” dan “janji” tidak menunjukkan suatu perbuatan yang rela atau tanpa paksaan tetapi sesuatu yang boleh dituntut. Mahkamah mendapati adalah tidak munasabah untuk Perayu meminta SP31 menunaikan janji SP19 kepada “Dato’ Mohar” sedangkan SP31 bukan sebahagian (not a party) daripada kontraktor yang hadir semasa perjumpaan di PJ Hilton, apalagi jika benar tiada paksaan untuk memberi sumbangan. 21 Perenggan 173(m), Kanun Tatacara Jenayah 22 Ms. 793, Jilid 2E Rekod Rayuan 23 Ms. 797, Jilid 2E Rekod Rayuan S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 22 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman [ 27 ] Sekiranya permintaan wang ‘sumbangan’ itu tidak berkait dengan kontrak pembersihan yang akan diambil-alih oleh SP31, Dato’ Mohar boleh meminta terus apa-apa sumbangan daripada SP31 tanpa melalui Perayu. Tetapi jika benar ini adalah sumbangan yang “dijanjikan” SP19 dan tidak berkait dengan kontrak pembersihan itu, maka tuntutan sewajarnya dibuat kepada SP19 sendiri dan bukan SP31. Hakikat bahawa SP31 didesak oleh Perayu untuk melunaskan janji SP19 membayar ‘sumbangan’ yang “dijanjikan” dan “patut” diberikan pada “Dato’ Mohar” walaupun SP31 bukan pihak yang terlibat dalam pertemuan di PJ Hilton menyokong keterangan SP31 bahawa wang itu adalah bayaran komisen - suatu suapan sebagai upah atau balasan bagi bantuan yang diberikan oleh Perayu sehingga SP19 berjaya dalam mendapatkan tender kontrak pembersihan itu. Tanggungjawab untuk melunaskan janji bayaran komisen ini diletakkan atas bahu SP31 sebagai syarat pengambil-alihan kontrak pembersihan itu - iaitu satu syarat tidak tersurat tetapi tersirat. Justeru anggapan di bawah seksyen 50 ASPRM gagal disangkal atas imbangan kebarangkalian. Kegagalan Perayu menimbulkan keraguan munasabah - Penama Dato’ Mohar: [ 28 ] Seperti dinyatakan sebelum ini, setakat akhir kes pendakwaan penama Dato’ Mohar kekal suatu dakwaan daripada Perayu sahaja. Kedudukannya sama di akhir kes pembelaan. Sama ada dakwaan Perayu bahawa wang tunai dan cek adalah sumbangan untuk kerja amal Dato’ Mohar adalah sesuatu yang dalam pengetahuan khusus Perayu dan bukanlah sesuatu yang susah untuk Perayu kemukakan penama tersebut sebagai saksinya. Perayu sendiri mengatakan bahawa Dato’ Mohar adalah S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 23 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman seorang peniaga di Kota Damansara yang secara munasabahnya boleh di sapina ke mahkamah dengan mudah; jika tidak sebagai saksi, sekurang- kurangnya untuk dicamkan oleh Perayu, bukan berdasarkan gambar yang tidak dibuktikan secara teratur. [ 29 ] Gambar D22 sepatutnya tidak diterima sebagai keterangan kerana tidak dibuktikan dengan kehadiran penama sendiri untuk disahkan atau dicam oleh Perayu. Tidak diketahui siapa yang merakam gambar tersebut walaupun dikatakan dicetak oleh Perayu. Walau bagaimanapun HMS yang bijaksana, setelah menerima D22 ini menyatakan ia tertakluk kepada keberatan yang boleh diberikan ke atasnya (Tinggal lagi the weight to be attached to it)24. Di akhir kes pembelaan penama Dato’ Mohar ini kekal sebagai figura yang amat material kepada kes pembelaan tetapi elusive. Ketiadaanya menyebabkan dakwaan Perayu bahawa wang tunai dan cek adalah untuk Dato’ Mohar kekal hanya dakwaan kosong. [ 30 ] Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS yang bijaksana bahawa Perayu telah gagal menyangkal anggapan di bawah seksyen 50 ASPRM 2009. Mahkamah juga bersetuju dengan dapatan HMS yang bijaksana tentang kegagalan Perayu membangkitkan keraguan munsabah atas kes pendakwaan. Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan munasabah. Sabitan oleh HMS yang bijaksana adalah selamat dan dikekalkan. 24 Ms 785, Jilid 2E Rekod Rayuan S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 24 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman Hukuman [ 31 ] Hukuman yang dijatuhkan ke atas Perayu adalah wajar dalam keadaan dan fakta kes ini dan tidaklah terlalu berat (not manifestly excessive). Mahkamah mendapati HMS yang bijaksana telah memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada faktor-faktor mitigasi dan pemberat yang dikemukakan kedua-dua pihak. Hukuman dikekalkan. KESIMPULAN [ 32 ] Berdasarkan pertimbangan di atas, mahkamah menolak rayuan oleh Perayu dalam kes ini. Sabitan dan hukuman dikekalkan. (JULIA BINTI IBRAHIM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Selangor. Bertarikh : 17 Februari 2022 Kaunsel: Bagi pihak Perayu Hisyam Teh Poh Tek P.G Cyrill Tetuan Vignesh Kumar & Associates Tetuan Hisyam Teh Peguambela dan Peguamcara. S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 25 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Penghakiman Bagi pihak Responden TPR Rasyidah Murni Adzmi TPR Fadhli Ab Wahab Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Putrajaya. S/NAP/BA-42(R)(A)-1-01/2019 ojK0LMv0R0igeU1YYL810g (JI/uo) Page 26 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal