ZAWAHID BINTI CHE AMAT 1. ) KAWASAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BERSEPADU BAHAGIAN KERIAN 2. ) KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN 3. ) KERAJAAN MALAYSIA
The court struck out the writ and statement of claim because the plaintiff's claim in tort against public authorities failed to comply with statutory requirements (failure to join the responsible government officer under Government Proceedings Act 1956 ss.5-6), was time-barred under Public Authorities Protection Act...
Source-derived case information.
- Citation
- AA-B51-2-10/2021 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Zawahid binti Che Amat; Defendant: Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Bahagian Kerian; Defendant: Kawasan Pembangun Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA); Defendant: Kerajaan Malaysia
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 15 July 2022
- Case Number
- AA-B51-2-10/2021 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Suit (tort/trespass) / Interlocutory Application to Strike Out at Sessions Court (decision)
- Outcome
- Defendants' strike out application allowed; writ and statement of claim struck out
- Legal Topics
- Trespass to Land, Negligence, Vicarious Liability, Limitation Period Under Public Authorities Protection Act 1948, Strike Out Under Order 18 R19, Government Proceedings Joinder Under Government Proceedings Act 1956, Admissibility of Affidavit, Res Ipsa Loquitur
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Zawahid binti Che Amat
Plaintiff
Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Bahagian Kerian
Defendant
Kawasan Pembangun Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)
Defendant
Kerajaan Malaysia
Defendant
Procedural Posture
Civil Suit (tort/trespass) / Interlocutory Application to Strike Out at Sessions Court (decision)
Legal Issues
- 1 Whether plaintiff wrongly named defendants without joining the government officer responsible under Government Proceedings Act 1956 ss.5-6
- 2 Whether the action is time-barred by section 2(a) of the Public Authorities Protection Act 1948 (36-month limitation)
- 3 Whether the affidavit filed by the plaintiff's solicitor complied with Order 41 r.5 and was admissible
Ratio Decidendi
The court struck out the writ and statement of claim because the plaintiff's claim in tort against public authorities failed to comply with statutory requirements (failure to join the responsible government officer under Government Proceedings Act 1956 ss.5-6), was time-barred under Public Authorities Protection Act 1948 s.2(a) (filed beyond 36 months), contained an inadmissible affidavit by the solicitor contrary to Order 41 r.5, and on the face of the pleadings disclosed no reasonable cause of action or amounted to an abuse of process; accordingly the defendants' Order 18 r.19 application was allowed with costs.
Court Disposition
Defendants' strike out application allowed; writ and statement of claim struck out
Orders
- Writ and Statement of Claim struck out pursuant to Order 18 r.19 Rules of Court 2012
- Plaintiff to pay costs to Defendants in the sum of RM2000.00
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
AA-B51-2-10/2021 Kand. 25 06/09/2022 10:53:16 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. AA-B51-2-10/2021 DIANTARA ZAWAHID BINTI CHE AMAT .......... PLAINTIF (No. K/P: 640716-08-5982) DAN 1. KAWASAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BERSEPADU BAHAGIAN KERIAN 2. KAWASAN PEMBANGUNGAN PERTANIAN BERSEPADU (IADA) 3. KERAJAAN MALAYSIA ......... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Plaintif merupakan pemilik yang sah dan berdaftar Hartanah yang dikenali sebagai GM 9395, Lot 8205, Mukim Bagan Serai, daerah Kerian, Negeri Perak Darul Ridzuan (selepas ini dikenali sebagai ‘Tanah tersebut’). Sekitar tahun 2011, Plaintif dan suaminya menjalankan penanaman pokok kelapa sawit di atas Tanah tersebut dan mendapat faedah dan keuntungan hasil daripada penanaman lima puluh (50) batang pokok kelapa sawit. [2] Menurut Plaintif, pada tahun 2016 satu projek penggalian dan pengorekan tanah telah dilaksanakan oleh pihak Defendan dan/atau orang Page 1 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang diberi kebenaran, Defendan Pertama bersebelahan dengan lokasi Tanah tersebut yang dimiliki oleh Plaintif. Projek berkenaan adalah satu projek penggalian kolam tadahan serta takungan air (selepas ini dirujuk sebagai ‘Projek tersebut’) yang dibuat oleh Defendan Pertama dan/atau agen dan/atau orang yang diberi kebenaran oleh Defendan Pertama dan telah diluluskan oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga selaku badan kerajaan yang bertanggungjawab di atas pelaksanaan Projek tersebut. [3] Menurut Plaintif, akibat Projek tersebut, segala sisa-sisa pengorekan tanah yang berlebihan telah diletakkan di Tanah tersebut yang dimiliki oleh Plaintif. Akibat daripada tindakan ini, Plaintif telah mengalami kerugian yang besar iaitu: a) pengeluaran kos benih upah bagi penanaman dan baja pokok bagi empat puluh lima (45) batang pokok kelapa sawit; b) kehilangan pendapatan; c) kehilangan hak dan keupayaan bagi menggunakan Tanah tersebut kerana sisa pengorekan tanah yang ditambun merupakan tanah selut yang mempunyai komposisi yang tidak bersesuaian bagi tujuan penanaman tumbuhan – terutama pokok kelapa sawit; d) Struktur hartanah Plaintif telah berubah daripada tanah jenis gambut kepada tanah selut; e) Tanah milik Plaintif menjadi tidak subur; Page 2 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal f) Plaintif telah mengalami kerugian kerana Plaintif tidak dapat menggunakan Tanah tersebut selama lima(5) tahun dan berterusan; g) Empat puluh lima (45) batang pokok kelapa sawit telah mengalami kerosakan dan mati akibat tindakan Defendan Pertama yang menambun tanah selut ke atas Tanah tersebut; h) Akibat pencerobohan ini, Plaintif telah alami kerugian. [4] Plaintif menyatakan bahawa pihak Defendan telah melakukan tort pencerobohan ke atas Tanah tersebut serta melakukan gangguan dan oleh itu pihak Plaintif telah memfailkan saman dan penyata tuntutan terhadap Defendan-Defendan bagi menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk. [5] Pihak Defendan menafikan tuntutan Plaintif dan telah memfailkan Lampiran 7 iaitu Notis permohonan di bawah Aturan 18, kaedah 19(1)(a), (b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai KKM 2012) untuk membatalkan saman dan penyata tuntutan atas alasan bahawa: i) Plaintif telah menamakan pihak yang salah sebagai Defendan-Defendan di dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut; ii) Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut adalah suatu tindakan yang diambil bagi pencerobohan tanah yang didakwa berlaku pada tahun 2016 dan/atau 2017 yang terhalang oleh had masa menurut Seksyen 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948; Page 3 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal iii) Tindakan Plaintif mengaibkan, remeh dan menyusahkan Defendan-Defendan kerana Plaintif mendakwa bahawa pencerobohan tanah didakwa berlaku pada 2016 dan/atau 2017 namun hanya membawa tindakan kepada Defendan-Defendan pada 7 Oktober 2021 iaitu lebih daripada 36 bulan selepas insiden yang menyebabkan kerugian tersebut; iv) Pemfailan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut terhadap Defendan-Defedan adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah yang mulia ini. [6] Mahkamah telah memutuskan membenarkan permohonan pihak Defendan di dalam Lampiran 7 dengan kos sebanyak RM2,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada pihak Defendan. Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan kini merayu ke Mahkamah Tinggi atas keputusan tersebut. [7] Isu: Plaintif telah menamakan pihak yang salah sebagai Defendan- Defendan Hujah Pihak Defendan Pihak Defendan menyatakan bahawa menurut Seksyen 5 dan 6 Akta Prosiding Kerajaan 1956, dalam mana-mana tuntutan tort terhadap Kerajaan, pegawai Kerajaan yang bertanggungjawab atas perbuatan tort yang didakwa itu hendaklah dijadikan satu pihak dan liabilitinya hendaklah dibuktikan terlebih dahulu sebelum Kerajaan boleh didapati menanggung liabiliti vikarius sebagai prinsipal. Plaintif telah menamakan pihak yang salah sebagai Defendan di Page 4 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam tindakan ini dan gagal menamakan pegawai Kerajaan yang bertanggungjawab atas perbuatan tort seperti yang didakwa oleh Plaintif. Hujah pihak Plaintif Pihak Plaintif telah menjawab dengan menyatakan bahawa pihak Plaintif tidak membuat kesilapan dalam memulakan tindakan terhadap Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. Pihak Plaintif telah beberapa kali ke pejabat Defendan Pertama untuk membuat aduan berkenaan sisa-sisa penggalian tanah bagi mengenal pasti pihak dan/atau pegawai kerajaan yang bertanggungjawab di atas pencerobohan dan kecuaian tersebut tetapi permintaan dan permohonan Plaintif tidak pernah diendahkan. Pihak Plaintif merujuk kepada kes Lai Seng & Co v Government of Malaysia & Ors [1973] 2 MLJ 36 di mana diputuskan bahawa penamaan pegawai kerajaan secara terperinci yang juga merupakan pelaku tort bukanlah sesuatu perkara yang signifikan. Pendapat Mahkamah Pihak Defendan telah menjawab bahawa Mahkamah Persekutuan di dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors v Lay Kee Tee & 183 Ors [2009] 1 MLJ 1 telah menghuraikan perbezaan dalam penghakiman kes Lai Seng tersebut. Mahkamah Persekutuan di dalam penghakimannya menyatakan: “[15] It must be pointed out that the cases of Haji Abdul Rahman and Lai Seng & Co, supra, are easily distinguishable. In Lai Seng & Co the case was indeed properly brought against the Government because the claim arose out of the revenue laws. Section 4 of Act 359 clearly allows such claim to be directly brought against the Government. However, in Haji Page 5 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Abdul Rahman, the action was one based in tort to which ss. 4 and 5 of Act 359 apply. See Steven Phoa Cheng Loon & Ors. v. Highland Properties Sdn Bhd & Ors. [2000] 4 CLJ 508 where the same issue was successfully raised and not disturbed by the appellate courts. [16] Thus, I entirely agree with the views expressed by Abdul Aziz J (later FJ) in Haji Abdul Rahman, supra. Contrary to the finding of the Court of Appeal, Haji Abdul Rahman was correctly decided and should be upheld. Therefore, on the proper construction of ss. 5 and 6 of Act 359, in any claim in tort against the Government, the officer of the Government who was responsible for the alleged tortious act must be made a party and his liability be established before the Government can be made liable vicariously as principal. It would be insufficient to merely identify the officer without joining the officer as a party because liability by evidence needs to be established. It is only upon a successful claim against the officer personally can a claim be laid against the Government.” Mahkamah setuju dengan hujah pihak Defendan bahawa memandangkan Plaintif membawa tindakan pencerobohan tanah di bawah kesalahan kecuaian, atau tort, maka seksyen 5 dan 6 Akta Prosiding Kerajaan 1956 terpakai dan kegagalan mematuhi peruntukkan ini menyebabkan ia mustahil untuk dikekalkan di bawah undang-undang. [8] Isu Samada tindakan Plaintif dihalang oleh had masa Hujah Pihak Defendan Pihak Defendan berhujah bahawa tindakan Plaintif dihalang oleh had masa menurut seksyen 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948. Page 6 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Seksyen ini menetapkan bahawa apa-apa guaman, tindakan, pendakwaan atau prosiding lain dimulakan di Persekutuan terhadap mana-mana orang yang melaksanakan kewajipan awam atau kuasa awam tidak boleh diambil atau dimulakan melainkan jika ia dimulakan dalam tiga puluh enam (36) bulan selepas sahaja perbuatan, keabaian atau keingkaran yang diadukan itu. Kejadian yang didakwa oleh Plaintif berlaku pada 2016 dan/atau 2017. Oleh kerana saman dan pernyataan tuntutan difailkan pada 7.10.2021, iaitu lebih tiga puluh enam (36) bulan maka tindakan ini dihalang oleh had masa seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948. “Where, after the coming into force of this Act, any suit, action, prosecution or other proceeding is commenced in the Federation against any person for any act done in pursuance or execution or intended execution of any written law or of any public duty or authority or in respect of any alleged neglect or default in the execution of any such written law, duty or authority the following provisions shall have effect- (a) the suit, action, prosecution or proceeding shall not lie or be instituted unless it is commenced within thirty-six months next after the act neglect or default complained of or, in the case of a continuance of injury or damage, within thirty-six months next after the ceasing thereof;” Hujah pihak Plaintif Pihak Plaintif pula menyatakan bahawa pihak Defendan terkhilaf dalam mentafsirkan seksyen tersebut di atas kerana pihak berkuasa awam adalah tertakluk dan diberi perlindungan di bawah seksyen tersebut sekiranya syarat- syarat atau elemen dipenuhi. Di antara syarat dan elemen yang perlu dipenuhi Page 7 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal adalah dengan mengambil kira sama ada terdapat pengaiban, kecuaian dan/atau keingkaran dalam melaksanakan kewajipan oleh pihak berkuasa awam. Pihak Defendan merujuk kepada kes Chin Kim Phin v Director of Lands & Surveys, Sabah & Anor [2020] MLJU 430 dan juga kes Ngo Ong Chung & Ors v Pengarah Tanah dan Galian Perak Darul Ridzuan [2013] 10 MLJ 879 di mana diputuskan seksyen 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 adalah tidak terpakai di dalam kes tersebut. Plaintif berhujah bahawa seksyen 2(a) ini hanya terpakai sekiranya pihak berkuasa awam telah pun menunaikan serta menjalankan kewajipan awam. Dengan kata lain, perbuatan atau tindakan pihak berkuasa awam hendaklah terlebih dahulu bersifat intra vires sebelum mengguna pakai perlindungan di bawah seksyen ini. Di dalam kes ini, pihak Defendan Pertama telah melakukan kecuaian serta keingkaran terhadap Plaintif apabila pihak Defendan Pertama dan /atau pihak ketiga yang telah dilantik oleh Defendan-Defendan (sekiranya ada) telah menambun sisa-sisa pengorekan tanah hasil daripada projek penggalian tersebut sehingga menyebabkan kerosakan kepada tanah milik Plaintif yang akhirnya menyebabkan kerugian kepada Plaintif. Selain daripada itu, Plaintif menyatakan bahawa pihak Defendan Pertama juga telah mengabaikan aduan-aduan yang dikemukakan oleh Plaintif. Defendan Pertama telah janjikan satu kaedah penyelesaian tetapi tiada tindakan susulan diambil. Page 8 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pada awal tahun 2021, Plaintif telah menyatakan kegusaran berkenaan masalah yang dihadapi kepada kenalan beliau dan baru sedar bahawa tindakan secara undang-undang dapat diambil bagi perkara atau kes seperti ini. Oleh yang demikian, Plaintif ingin menyatakan bahawa adalah munasabah bahawa “cause of action” dan/atau masa tindakan adalah pada tahun 2021 dan sekiranya masa tindakan adalah pada tahun 2021, maka had masa bagi pihak Plaintif mengemukakan saman bermula pada tahun 2021. Pendapat Mahkamah Mahkamah berpendapat bahawa tindakan Plaintif adalah dihalang oleh had masa menurut seksyen seksyen 2(a) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 kerana adalah jelas bahawa prosiding adalah terhadap pihak berkuasa awam dan kejadian yang didakwa oleh Plaintif berlaku lebih daripada tiga puluh enam (36) bulan semasa saman dan pernyataan tuntutan difailkan. [9] Isu: Bantahan awal terhadap afidavit jawapan Plaintif (Lampiran 9) yang diikrarkan oleh peguam cara Plaintif Hujah pihak Defendan Bantahan awal pihak Defendan adalah bahawa : a) Afidavit jawapan tersebut bertentangan dengan Aturan 41, kaedah 5 KKM 2012 kerana deponen tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai fakta-fakta yang dideposkan. Secara alternatif, fakta-fakta yang dinyatakan di dalam afidavit jawapan tersebut melibatkan fakta-fakta yang dipertikaikan dan seharusnya Plaintif sendiri mendeposkan afidavit jawapan tersebut memandangkan hanya Plaintif yang boleh memberi Page 9 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keterangan di dalam Mahkamah untuk membuktikan fakta-fakta berkenaan. Tindakan peguam cara Plaintif yang mendeposkan fakta-fakta yang dipertikaikan di dalam afidavit jawapan tersebut juga bercanggah dengan Kaedah 28 (c) Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket). b) fakta-fakta yang dinyatakan di dalam afidavit jawapan tersebut hanyalah keterangan dengar cakap (hearsay) c) Tiada sumber dan alasan bagi fakta-fakta yang dinyatakan di dalam afidavit jawapan tersebut Oleh yang demikian, pihak Defendan menyatakan bahawa Mahkamah harus menolak afidavit jawapan tersebut kerana ia bercanggah dengan keperluan Aturan 41 KKM 2012. Kes Kerajaan Malaysia & Ors v Lay KeeTee & 183 Ors [2009] 1 MLJ 1 dirujuk. Hujah pihak Plaintif Pihak Plaintif berhujah bahawa peguam cara Plaintif mempunyai pengetahuan asas terhadap rekod dan dokumen yang diperolehi. Permohonan Defendan bersifat interlokutori maka pengecualian di bawah Aturan 41, kaedah 5(2) KKM 2012 terpakai maka adalah tidak menjadi kesalahan untuk peguam cara Plaintif mendeposkan afidavit jawapan bagi pihak Plaintif. Peguam cara Defendan juga telah mendeposkan afidavit sokongan kepada Notis Permohonan Lampiran 7. Oleh itu tidak menjadi satu permasalahan sekiranya sesuatu afidavit dideposkan oleh peguam cara Plaintif kerana fakta kes ada di dalam pengetahuan beliau sebagaimana yang diceritakan oleh anak guam. Page 10 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Oleh kerana segala fakta yang dideposkan oleh peguam cara Plaintif berada di dalam pengetahuannya, maka fakta-fakta yang dinyatakan bukanlah keterangan dengar cakap (hearsay). Bagi menjawab isu yang ditimbulkan oleh pihak Defendan bahawa tiada sumber dan alasan bagi fakta-fakta yang dinyatakan di dalam afidavit jawapan Plaintif, Plaintif bersandarkan doktrin ‘Res ipsa Loquitor’, maka Plaintif tidak dapat buktikan secara terperinci bagaimana kerosakan telah terjadi. Pihak Plaintif juga berhujah mengenai isu yang ditimbulkan oleh pihak Defendan bahawa afidavit jawapan tersebut bertentangan dengan Aturan 41, kaedah 1(4) KKM 2012 kerana tidak dinyatakan dalam bentuk kata diri pertama dengan menyatakan bahawa ia tidak menjadi suatu kesalahan kerana Plaintif merupakan pihak yang terkesan akibat kecuaian Defendan. Menurut Aturan 41, kaedah 4 KKM 2012, Mahkamah mempunyai budi bicara untuk suatu afidavit difailkan atau digunakan sebagai keterangan walaupun terdapat apa-apa ketidakaturan. Pendapat Mahkamah Mahkamah merujuk kepada kes Tiffany Chau v Jabatan Imigresen Malaysia & Anor [2020] 8 MLJ 503 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[45] I agree with the learned SFC that this deposition was made in contravention with O. 41 r. 5(1) of the Rules of Court 2012 ("ROC 2012"). An affidavit must contain facts that the Page 11 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal deponent to his own knowledge is able to prove. The facts deposed therein can only be verified by the applicant's mother since the applicant has no direct knowledge regarding what actually transpired. This evidence is purely hearsay. [46] Failure to observe the abovementioned requirement will discard the particular deposition or evidence of any probative value and the impugned statement may be expunged by the court (see Ringgit Exoticka Sdn Bhd v. Pengarah Tanah & Galian Selangor & Ors [2013] 10 CLJ 663; [2014] 8 MLJ 111).” Berdasarkan hujah pihak Defendan dan kes-kes di atas, Mahkamah menerima bantahan awal yang dibangkitkan oleh pihak Defendan mengenai afidavit jawapan yang telah difailkan oleh peguam Plaintif di dalam Lampiran 9. [10] Aturan 18, kaedah 19(1)(a), (b) dan (d) KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut: (1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that- (a) it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be; (b) it is scandalous, frivolous or vexatious; or (d) it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be. Page 12 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Di dalam kes Tan Tian Sin v. Koperasi Juruukur Tanah Berlesen Berhad [2011] 1 LNS 681, Hakim Mahkamah Tinggi telah menyatakan (dengan izin): [6] The principles to be adopted by courts in considering an application under O. 18 r. 19 of RHC had been succinctly spelt out in the Supreme Court case of Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7; [1993] 3 MLJ 36. Mohamed Dzaiddin bin Hj Abdulh SCJ (as he then was) had this to say: “The principle upon which the Court acts in exercising its power under any of the four limbs of O. 18 r. 19(1) Rules of the High Court are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley M.R. in Hubbuck v. Wilkinson [1899] 1 QB 86, p. 91), and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it "obviously unsustainable" (Attorney-General of Duchy of Lancaster v. L.& N.W. Ry. Co [1892] 3 Ch. 274, CA). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (Wenlock v. Moloney[1965] 1 WLR 1238; [1965] 2 All ER 871, CA). The authorities further show that if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O. 33 r. 3 (which is in pari materia with our O. 33 r. 2 Rules of the High Court ) (Hubbuck v. Wilkinson) (supra). The Court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable". Page 13 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [7] In the context of O. 18 r. 19(1)(b), the word 'scandalous' means wholly unnecessary and irrelevant, and not just unpleasant allegations: Boey Oi Leng (t/a Indah Reka Construction & Trading) v. Trans Resources Corporation Sdn Bhd [2002] 1 CLJ 405; [2001] 4 AMR 4807 (HC); [2001] MLJU 566. A pleading is 'frivolous or vexatious' when it is obviously unsustainable. In examining the Defendant's ground, the Court is entitled to refer to affidavits. (See Harapan Permai Sdn Bhd v. Sabah Forest Industries Sdn Bhd [2011] 1 CLJ 285; [2010] 1 LNS 1038; [2011] 2 MLJ 192) [8] In nutshell, a party should not be "driven from the judgment seat "except cases where it is plain that the alleged cause of action or defence has no chance of success. [9] Reverting to the case at hand, from the Writ Summons and Statement of Claim, it is clear that the Plaintiff's main claim against the Defendant in this civil suit is for the delivery of the Pawn Tickets No: 240303-0022-0036 in the prescribed form or such other Pawn Tickets for the gold allegedly pledged by the Plaintiff and the delivery of the said gold upon payment of the alleged loan together with interest thereon. [10] To my mind, the central dispute between the parties is this: Whether there is such a loan transaction and/or contractual relationship between the Plaintiff and Defendant. In other words: Whether the Plaintiff has a reasonable or indeed any cause of action against the Defendant. This is the foremost issue that must be determined in the present application and this must be done with caution. [11] The cause of action relevant to this case is contractual in nature. However its existence has been denied by the Defendant as there is no loan contract ever executed by both parties which then requires the Plaintiff to pledge the purported gold purchased Page 14 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal from VC Gold Sdn Bhd. It is trite law that contractual relationship between two parties needs not be a direct one. It can be in many forms. Such relationship may also exist in an indirect manner based on the circumstances of the transaction. In spite of this principle, the averments made by the Plaintiff in his pleadings and the documents exhibited in his Affidavit In Reply (Enclosure 9) do not support any possible way to refute the defence raised by the Defendant. The Plaintiff even failed to produce any documentary evidence to support the alleged loan. Hence, the Court is of considered opinion that there is no contract exists between the Plaintiff and the Defendant. [11] Seperti yang dihujahkan oleh pihak Defendan melalui isu-isu yang dibangkitkan, Mahkamah mendapati tuntutan Plaintif adalah ‘obviously unsustainable’ kerana ia tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan, mengaibkan, remeh atau menyusahkan, dan juga merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah. Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan permohonan pihak Defendan di Lampiran 7 dengan kos sebanyak RM2,000/-. Bertarikh pada 5 September, 2022 ……………………..…...………… ( Priscilla Hemamalini Nadarajan) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Ipoh, Perak Page 15 of 15 S/N lBTWK9TP0SCuCnvkDE80g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal