341 - AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988
This provision sets out the Fire Services Act’s core administration, fire-hazard notices, hydrant-related rules, fire certificate rules, and related offences and penalties.
AI-assisted research synopsis — verify against the official legal text below.
- Jurisdiction
- Malaysia
- Instrument
- Act or statute
- Version
- Undated source snapshot
- Language
- en
- Official source
- View official record ↗
Publicly available, excluded from search-engine indexing
This page remains available for direct access and API use, but this release emits
noindex,follow for the following reason:
- The record does not meet this release's canonical indexing criteria.
(emergency-noindex)
Statute overview
About this statute
This provision sets out the Fire Services Act’s core administration, fire-hazard notices, hydrant-related rules, fire certificate rules, and related offences and penalties. This provision lets the court issue and cancel prohibition orders, lets the Director General order an immediate stop to dangerous activities in emergencies, and creates enforcement powers and offences for breaches and interference.
Search within this statute
Search all stored provisions in this version.
Legal text
Provisions of 341 - AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988
Showing 2 of 2
Part document.segment-1
341 - AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 — segment 1
- document.segment-1 Verify source ↗
341 - AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 — segment 1
AI-assisted research summary: This provision sets out the Fire Services Act’s core administration, fire-hazard notices, hydrant-related rules, fire certificate rules, and related offences and penalties.
Perkhidmatan Bomba 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 341 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 Sebagaimana pada 1 April 2023 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2023 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 1 25/07/2023 9:21 AM 2 Undang-Undang Malaysia AktA 341 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 Tarikh Perkenan Diraja … … … 11 Mei 1988 Tarikh penyiaran dalam … … … 9 Jun 1988 Warta Kali terakhir dipinda melalui Akta A1568 yang mula berkuat kuasa pada … … … 1 September 2018 Cetakan Semula Yang terdahulu Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 2009 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 2 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 341 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 SUSUNAN SEKSYEN Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran Bahagian II PENTADBIRAN 3. Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pegawainya 4. Pegawai Bomba Bantuan 4a. Pegawai Bomba Sukarela 4B. Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela 4c. Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar 4d. Rayuan 5. Tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat 6. Pakaian seragam dan kad pengenalan diri 7. Penjalanan kuasa dan pelaksanaan tugas 7a. Pengurniaan pingat atau pangkat kehormat 7B. Perintah tetap 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 3 25/07/2023 9:21 AM 4 Undang-Undang Malaysia AktA 341 Bahagian III PENGHAPUSAN BAHAYA KEBAKARAN Seksyen 8. Notis menghapuskan bahaya kebakaran 9. Kuasa Ketua Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran di premis kosong atau tidak dihuni 10. Kesalahan tidak mematuhi notis menghapuskan bahaya kebakaran 11. Kuasa Ketua Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran apabila notis menghapuskan bahaya kebakaran tidak dipatuhi 12. Kuasa Ketua Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran dalam kes mendesak 13. Perintah tutup 14. Rayuan terhadap perintah tutup atau keengganan membuat perintah tutup 15. Pelupusan harta yang dipindahkan oleh Ketua Pengarah 16. Mendapatkan kembali perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankan kerja di bawah seksyen 11 17. Mendapatkan kembali perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankan kerja di bawah seksyen 12 18. Kuasa Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan semasa kebakaran 18a. Kuasa untuk mendapatkan maklumat 19. Kuasa Pegawai Bomba semasa kecemasan yang tidak melibatkan kebakaran 20. Perlindungan Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela 21. Kerugian disebabkan kebakaran hendaklah termasuk kerosakan akibat daripada menentang kebakaran Bahagian IV AIR DAN PILI BOMBA 22. Penstoran air di dalam premis bagi maksud menentang kebakaran 23. Notis bagi kerja yang menjejaskan pili bomba 24. Kewajipan pihak berkuasa air untuk memberitahu Pengarah Negeri tentang apa-apa tindakan yang menjejaskan aliran air ke pili bomba 25. Kuasa untuk memasang plat tempat pili bomba 26. Penyembunyian dan penyalahgunaan pili bomba 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 4 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 5 Bahagian V PERAKUAN BOMBA Seksyen 27. Kuasa Ketua Pengarah untuk menentukan dan menetapkan penggunaan, saiz atau tempat tertentu premis 27a. Organisasi keselamatan kebakaran di premis ditetapkan 28. Kehendak bagi perakuan bomba 29. Permohonan bagi, dan pengeluaran, perakuan bomba 30. Bentuk perakuan bomba 31. Penetapan fi bagi pengeluaran perakuan bomba 32. Perubahan keadaan yang menjejaskan kecukupan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran 33. Kesalahan berhubung dengan perakuan bomba 34. Hak merayu 35. Kuasa mahkamah untuk melarang atau menyekat penggunaan premis tertentu 35a. Kuasa Ketua Pengarah untuk memerintahkan kegiatan dihentikan dalam kes mendesak 35B. Rayuan terhadap perintah Ketua Pengarah untuk menghentikan kegiatan 36. Rayuan terhadap perintah larangan atau keengganan untuk membuat perintah larangan Bahagian VI PENGUATKUASAAN 37. Penguatkuasaan Akta 38. Kuasa untuk masuk 39. Sekatan ke atas penzahiran maklumat 40. Kuasa untuk menangkap tanpa waran 41. Kuasa penyiasatan 42. Kuasa untuk menghendaki kehadiran saksi 43. Pemeriksaan saksi 44. Penjalanan pendakwaan 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 5 25/07/2023 9:21 AM 6 Undang-Undang Malaysia AktA 341 Bahagian VII SIASATAN TENTANG KEBAKARAN Seksyen 45. Suruhanjaya Siasatan Kebakaran 46. Mengambil milikan premis dan harta lain yang telah dirosakkan atau dimusnahkan oleh api 47. Kehadiran tanpa kebenaran di dalam premis yang telah diambil milikan di bawah seksyen 46 Bahagian VIII KUMPULAN WANG KEBAJIKAN 48. Penubuhan Kumpulan Wang 48a. Jawatankuasa Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perhidmatan Bomba 48B. Wang bagi Kumpulan Wang hendaklah diperdapat hanya dengan kebenaran 49. Pentadbiran dan penggunaan Kumpulan Wang Bahagian IX PELBAGAI 50. Tugas khas dan perbelanjaannya 51. Mengganggu Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela dalam melaksanakan tugasnya 52. Kegagalan mematuhi arahan 53. Pemakaian pakaian seragam tanpa kebenaran 54. Pemalsuan dokumen, pernyataan palsu, dsb. 55. Kesalahan berkenaan dengan penggera kebakaran 56. Memberikan laporan palsu mengenai kebakaran 57. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 58. Penalti am 59. Mengkompaun kesalahan 60. Kuasa untuk memakai Akta bagi vesel dan struktur boleh alih 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 6 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 7 Seksyen 61. Penyampaian notis dan dokumen lain 61a. Kewajipan untuk memberitahu apabila berlaku kebakaran 62. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 63. Pemansuhan Jadual Pertama Jadual Kedua 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 7 25/07/2023 9:21 AM 8 Undang-Undang Malaysia AktA 341 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 8 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 341 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 Suatu Akta untuk membuat peruntukan yang perlu untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat berfungsi dengan berkesan dan cekap, untuk melindungi manusia dan harta daripada risiko kebakaran atau kecemasan dan untuk bagi maksud yang berkaitan dengannya. [1 Januari 1989, P.U. (B) 701/1988] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi mula berkuat kuasanya Akta ini, atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini, masing-masing, di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 9 25/07/2023 9:21 AM 10 Undang-Undang Malaysia AktA 341 Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Akta ini” termasuklah peraturan-peraturan dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini; “bahaya kebakaran” ertinya— (a) apa-apa pengubahan yang menyalahi undang-undang pada mana-mana bangunan yang mungkin menjadikan pelepasan diri dari mana-mana bahagiannya sekiranya berlaku kebakaran secara materialnya lebih sukar atau kurang mudah daripada yang sepatutnya jika pengubahan itu tidak dibuat; (b) kesesakan mana-mana tempat hiburan awam atau perhimpunan awam yang mungkin menjadikan pelepasan diri dari mana-mana bahagiannya sukar sekiranya berlaku kebakaran; (c) apa-apa pengalihan dari, atau ketiadaan dalam, mana-mana bangunan apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang dikehendaki oleh undang-undang supaya diadakan di dalam bangunan itu; (d) adanya di dalam atau di luar mana-mana bangunan apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran atau apa-apa kemudahan, yang dipasang mengikut kehendak mana-mana undang-undang bertulis atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang tidak berada dalam keadaan baik; (e) jalan keluar yang tidak mencukupi dari mana-mana bahagian sesuatu bangunan ke mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar bangunan itu, yang memberikan keselamatan kepada orang sekiranya berlaku kebakaran; atau 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 10 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 11 (f) apa-apa perkara atau hal keadaan lain yang secara materialnya meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran atau bahaya kepada nyawa atau harta akibat daripada berlakunya kebakaran, atau yang secara materialnya akan mengganggu Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menjalankan tugasnya sekiranya berlaku kebakaran; “bencana” ertinya suatu kejadian yang disebabkannya nyawa atau harta terancam atau mungkin akan terancam; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Bomba yang ditubuhkan di bawah seksyen 48a; “kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran” ertinya apa-apa kelengkapan atau pepasangan bagi— (a) memadam, menentang, mencegah atau mengehadkan kebakaran; (b) memberikan amaran tentang sesuatu kebakaran; (c) mengadakan laluan masuk ke mana-mana premis atau tempat atau ke mana-mana bahagiannya bagi maksud memadam, menentang, mencegah atau mengehadkan kebakaran; (d) mengadakan bekalan kuasa kecemasan sekiranya berlaku gangguan kuasa biasa; (e) mengadakan lampu kecemasan bagi maksud melepaskan diri dari bangunan; (f) menunjukkan arah ke suatu laluan kecemasan atau tempat berlindung; (g) mengadakan jalan keluar yang cukup dan selamat bagi maksud pengungsian atau pengeluaran penghuni sekiranya berlaku kebakaran; atau (h) mengawal merebaknya asap akibat daripada kebakaran; 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 11 25/07/2023 9:21 AM 12 Undang-Undang Malaysia AktA 341 “kenderaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat yang dilantik menurut subseksyen 3(2); “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Bomba yang ditubuhkan di bawah seksyen 48; “pelanggaran” termasuklah kegagalan mematuhi, dan “melanggar” mempunyai makna yang bersamaan; “mahkamah” ertinya mahkamah Majistret Kelas Pertama; “Negeri” termasuklah Wilayah Persekutuan; “notis” ertinya suatu notis secara bertulis; “Pasukan Bomba Sukarela” ertinya Pasukan Bomba Sukarela yang ditubuhkan di bawah seksyen 4B; “Pegawai Bomba” ertinya orang yang diambil khidmat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk melaksanakan tugas yang pada melaksanakannya dia dikehendaki atau dibenarkan untuk memakai pakaian seragam; “Pegawai Bomba Bantuan” ertinya seorang Pegawai Bomba Bantuan yang dilantik di bawah seksyen 4; “pegawai diberi kuasa” ertinya Ketua Pengarah dan mana-mana Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah secara bertulis untuk bertindak di bawah peruntukan Akta ini; “Pegawai Kanan Bomba” ertinya seorang Pegawai Bomba daripada apa-apa pangkat daripada dan termasuk Ketua Pengarah ke bawah hingga dan termasuk Penolong Penguasa Bomba; “pemunya”, berhubung dengan mana-mana premis, ertinya— (a) tuan punya berdaftar premis itu; (b) jika tuan punya berdaftar premis itu tidak dapat dikesan, ejennya atau pemegang amanahnya; 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 12 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 13 (c) jika tuan punya berdaftar premis itu telah mati, wakil dirinya di sisi undang-undang; (d) jika tiada mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c) wujud, orang yang pada masa ini menerima sewa premis itu, sama ada bagi dirinya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah seseorang yang lain atau sebagai seorang penerima, atau yang sepatutnya menerima sewa itu jika premis itu disewakan; “Pendaftar” ertinya Ketua Pengarah; “Pengarah” termasuklah Pengarah Negeri; “Pengarah Negeri” ertinya Pengarah Bomba dan Penyelamat yang dilantik bagi sesuatu Negeri menurut subseksyen 3(3); “perakuan bomba” ertinya perakuan bomba yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 29(4); “perintah tutup” ertinya suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 13 yang melarang apa-apa penggunaan mana-mana premis sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, yang penggunaannya boleh secara materialnya meningkatkan kemungkinan terjadinya kebakaran atau bahaya kepada nyawa atau harta akibat daripada berlakunya kebakaran di dalam atau ke atas premis itu atau premis lain; “pihak berkuasa air” ertinya mana-mana orang atau badan yang diberi kuasa atau dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk membekalkan air dan mengenakan caj bagi bekalan itu; “premis” termasuklah mesuaj, rumah, bangunan atau bahagian sesuatu bangunan, tanah, tenemen, isemen dan hereditamen daripada apa-apa pemegangan, sama ada terbuka atau terkepung, sama ada terdapat binaan atau tidak, sama ada awam atau persendirian, dan sama ada disenggara di bawah pihak berkuasa berkanun atau tidak; “premis ditetapkan” ertinya premis yang penggunaan, saiz atau tempatnya, telah ditetapkan di bawah seksyen 27 bagi maksud pengeluaran perakuan bomba; 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 13 25/07/2023 9:21 AM 14 Undang-Undang Malaysia AktA 341 “tugas khas” ertinya apa-apa tugas atau perkhidmatan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela, selain tugas menentang kebakaran atau kecemasan, sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 50; “vesel” termasuklah tiap-tiap jenis vesel stim atau layar, hulk, jong, bot, sampan atau apa-apa jenis rakit yang digunakan untuk mengangkut orang atau benda melalui air atau untuk penstoran. Bahagian II PENTADBIRAN Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pegawainya 3. (1) Maka hendaklah ada suatu Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi Persekutuan. (2) Maka hendaklah ada seorang Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat dan apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Pengarah Bomba dan Penyelamat, dan Pegawai Kanan Bomba serta Pegawai Bomba lain sebagaimana yang perlu bagi Jabatan itu berfungsi dengan berkesan dan cekap. (3) Maka hendaklah ada seorang Pengarah Bomba dan Penyelamat bagi setiap Negeri di Malaysia. (4) Pelantikan Ketua Pengarah dan tiap-tiap Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah hendaklah disiarkan dalam Warta. (5) Tiap-tiap Pegawai Bomba hendaklah tertakluk pada kawalan dan arahan Ketua Pengarah. (6) Pangkat Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua. (7) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Kedua. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 14 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 15 Pegawai Bomba Bantuan 4. (1) Ketua Pengarah boleh, dengan persetujuan Menteri, melantik apa-apa bilangan Pegawai Bomba Bantuan bagi setiap Negeri atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan. (1a) Ketua Pengarah boleh menaikkan pangkat Pegawai Bomba Bantuan. (2) Pegawai Bomba Bantuan tidak boleh dibayar apa-apa saraan selain apa-apa elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan. (3) Pegawai Bomba Bantuan hendaklah tertakluk pada kawalan dan arahan langsung Pengarah Negeri masing-masing. (4) Seseorang Pegawai Bomba Bantuan hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574]. Pegawai Bomba Sukarela 4a. (1) Ketua Pengarah boleh, dengan persetujuan Menteri, melantik apa-apa bilangan Pegawai Bomba Sukarela atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan. (2) Ketua Pengarah boleh menaikkan pangkat Pegawai Bomba Sukarela. (3) Ketua Pengarah boleh menamatkan pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1). (4) Pegawai Bomba Sukarela tidak boleh dibayar apa-apa saraan selain apa-apa elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan. (5) Pegawai Bomba Sukarela hendaklah tertakluk pada kawalan dan arahan langsung Ketua Pengarah. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 15 25/07/2023 9:21 AM 16 Undang-Undang Malaysia AktA 341 Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela 4b. (1) Suatu Pasukan Bomba Sukarela yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang Pegawai Bomba Sukarela boleh memohon untuk didaftarkan dengan Pendaftar. (2) Pendaftar boleh, selepas menimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), meluluskan atau menolak permohonan itu. (3) Pendaftar hendaklah, apabila meluluskan pendaftaran Pasukan Bomba Sukarela, menetapkan suatu kawasan jagaan kepada Pasukan Bomba Sukarela itu. (4) Bagi maksud seksyen ini, “kawasan jagaan” ertinya suatu kawasan yang penyelamatan dan bantuan disediakan sekiranya berlaku kebakaran. Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar 4c. (1) Pendaftar hendaklah menyenggarakan suatu daftar Pegawai Bomba Sukarela dan suatu daftar Pasukan Bomba Sukarela. (2) Daftar itu hendaklah mengandungi— (a) nama dan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi tiap-tiap Pegawai Bomba Sukarela yang dilantik dan tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela yang berdaftar dan kawasan jagaannya; dan (b) nama dan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi tiap-tiap Pegawai Bomba Sukarela yang pelantikannya telah ditamatkan dan tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela yang pendaftarannya telah dibatalkan. (3) Pendaftar boleh melantik seorang Timbalan Pendaftar dan apa-apa bilangan Penolong Pendaftar dalam kalangan Pegawai Bomba yang hendaklah tertakluk pada arahan dan kawalan Pendaftar. (4) Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan semasa ketiadaannya kuasa dan fungsi itu boleh dijalankan oleh Timbalan Pendaftar. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 16 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 17 (5) Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar boleh menjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini tertakluk pada apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh Pendaftar. Rayuan 4d. Jika pelantikan seorang Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela ditamatkan oleh Ketua Pengarah, suatu rayuan sebagaimana yang ditetapkan boleh dibuat kepada Menteri. Tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat 5. (1) Tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat hendaklah termasuk— (a) mengambil langkah yang sah bagi— (i) memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran; (ii) melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran; (iii) menjamin pengadaan, penyelenggaraan dan pegawalseliaan yang sepatutnya bagi jalan keluar; dan (iv) menjamin pengadaan cara keluar yang cukup dari semua premis ditetapkan sekiranya berlaku kebakaran; (b) menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal keadaan kebakaran; dan (c) melaksanakan khidmat kemanusiaan, termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa apa-apa bencana. (2) Jabatan Bomba dan Penyelamat boleh, sebagai tambahan kepada tugasnya di bawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang dikenakan ke atasnya oleh undang-undang atau sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri supaya dilaksanakannya. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 17 25/07/2023 9:21 AM 18 Undang-Undang Malaysia AktA 341 Pakaian seragam dan kad pengenalan diri 6. (1) Tiap-tiap Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela hendaklah dibekalkan dengan pakaian seragam dan tanda pangkat sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri. (2) Tiap-tiap Pegawai Bomba dan Pegawai Bomba Bantuan hendaklah dibekalkan dengan kad pengenalan diri dalam bentuk yang ditetapkan. Penjalanan kuasa dan pelaksanaan tugas 7. (1) Kuasa dan tugas Ketua Pengarah di bawah subseksyen 4(1), 22(1), seksyen 29, 35a, 46 dan 50 boleh, tertakluk pada kawalan dan arahan Ketua Pengarah, dijalankan atau dilaksanakan oleh seorang Pengarah Negeri, tetapi penjalanan dan pelaksanaan kuasa dan tugas itu oleh Pengarah Negeri hendaklah terhad kepada Negeri yang baginya dia dilantik melainkan jika Ketua Pengarah, melalui pemberitahuan dalam Warta, meluaskan bidang kuasanya secara am berkenaan dengan kuasa dan tugas itu atau mana-mana daripadanya kepada sesuatu Negeri atau Negeri-Negeri lain atau bahagiannya. (2) Tertakluk pada peruntukan subseksyen (1) dan tertakluk pada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah, Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan penjalanan mana-mana kuasanya atau pelaksanaan mana-mana tugasnya di bawah Akta ini kepada mana-mana Pegawai Bomba, dan jika Ketua Pengarah bertindak di bawah subseksyen ini, dia hendaklah menyatakan had kawasan dan tempoh masa bidang kuasa yang diwakilkan. (3) Penjalanan kuasa atau pelaksanaan tugas yang diwakilkan di bawah subseksyen (2) hendaklah tertakluk pada kawalan dan arahan Ketua Pengarah. Pengurniaan pingat atau pangkat kehormat 7a. Ketua Pengarah boleh menentukan perkara yang berhubungan dengan pengurniaan pingat atau pangkat kehormat kepada mana-mana orang yang difikirkannya sesuai. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 18 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 19 Perintah tetap 7b. Ketua Pengarah boleh mengeluarkan perintah tetap bagi kawalan, arahan dan maklumat am Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela di bawah Akta ini. Bahagian III PENGHAPUSAN BAHAYA KEBAKARAN Notis menghapuskan bahaya kebakaran 8. (1) Ketua Pengarah, jika berpuas hati adanya apa-apa bahaya kebakaran di dalam mana-mana premis, boleh menyampaikan— (a) kepada orang yang disebabkan perbuatan, kemungkiran atau pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul atau berterusan, jika dia ialah penghuni premis itu pada masa notis itu hendak disampaikan; atau (b) jika orang yang disebabkan perbuatan, kemungkiran atau pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul atau berterusan bukannya penghuni premis itu pada masa notis itu hendak disampaikan atau tidak diketahui, kepada pemunya premis itu; atau (c) jika pemunya premis itu tidak dapat ditentukan atau dijumpai dengan mudah atau tidak berada di Malaysia, kepada penghuni premis itu tanpa mengira sama ada dia ialah orang yang disebabkan perbuatan, kemungkiran atau pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul atau berterusan, suatu notis menghapuskan bahaya kebakaran dalam Borang A dalam Jadual Pertama yang menghendakinya untuk menghapuskan bahaya kebakaran itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, dan untuk melakukan semua perkara yang perlu bagi maksud itu; dan notis itu boleh, jika difikirkan patut oleh Ketua Pengarah, menyatakan apa-apa kerja yang perlu dilaksanakan bagi maksud itu. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 19 25/07/2023 9:21 AM 20 Undang-Undang Malaysia AktA 341 (2) Jika difikirkan oleh Ketua Pengarah bahawa bahaya kebakaran itu mungkin akan berulang, dia boleh juga, melalui notis menghapuskan bahaya kebakaran di bawah subseksyen (1) atau melalui notis menghapuskan bahaya kebakaran yang berikutnya dalam Borang B dalam Jadual Pertama, menghendaki orang yang kepadanya notis itu disampaikan untuk melakukan apa jua yang perlu bagi mencegah berulangnya bahaya kebakaran yang berhubungan dengan notis itu dan, jika difikirkan wajar oleh Ketua Pengarah, menyatakan apa-apa kerja yang hendaklah dilaksanakan bagi maksud itu; dan suatu notis yang mengandungi kehendak sedemikian boleh disampaikan walaupun bahaya kebakaran yang berhubungan dengan notis itu mungkin telah dihapuskan pada masa itu. Kuasa Ketua Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran di premis kosong atau tidak dihuni 9. Jika premis yang terdapatnya bahaya kebakaran itu kosong atau tidak dihuni, Ketua Pengarah boleh, dengan kekerasan jika perlu, dengan menggunakan apa-apa cara yang ada padanya, menghapuskan bahaya kebakaran itu dan melakukan apa jua yang perlu untuk mencegah berulangnya bahaya itu. Kesalahan tidak mematuhi notis menghapuskan bahaya kebakaran 10. Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa kehendak notis menghapuskan bahaya kebakaran yang disampaikan kepadanya menurut seksyen 8 dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, sama ada suatu perintah di bawah seksyen 13 telah dibuat berkenaan dengannya atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 20 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 21 Kuasa Ketua Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran apabila notis menghapuskan bahaya kebakaran tidak dipatuhi 11. Jika suatu notis menghapuskan bahaya kebakaran telah disampaikan kepada mana-mana orang menurut seksyen 8 dan jika orang itu tidak mematuhi apa-apa kehendak notis itu dalam masa yang dinyatakan di dalamnya, Ketua Pengarah boleh menyebabkan supaya dijalankan dalam premis itu apa-apa kerja yang didapatinya perlu untuk menghapuskan bahaya kebakaran itu dan untuk mencegah berulangnya bahaya itu. Kuasa Ketua Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran dalam kes mendesak 12. Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa apa-apa bahaya kebakaran yang terdapat di dalam mana-mana premis— (a) menimbulkan bahaya kebakaran serta-merta dan nyata di dalam premis itu; atau (b) mungkin, jika kebakaran berlaku di dalam premis itu, akan meningkatkan dengan nyatanya risiko kepada nyawa atau harta yang biasanya akan terjadi sekiranya berlaku kebakaran, Ketua Pengarah boleh menyebabkan supaya dijalankan di dalam premis itu apa-apa kerja yang didapatinya perlu untuk menghapuskan bahaya kebakaran itu dan untuk mencegah berulangnya bahaya itu. Perintah tutup 13. (1) Jika suatu notis menghapuskan bahaya kebakaran telah disampaikan kepada mana-mana orang, sekiranya— (a) orang itu tidak mematuhi apa-apa kehendak notis itu dalam masa yang dinyatakan di dalamnya; dan (b) bahaya kebakaran itu, walaupun telah dihapuskan sejak penyampaian notis itu, mungkin pada pendapat Ketua Pengarah akan berulang di dalam premis yang sama, 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 21 25/07/2023 9:21 AM 22 Undang-Undang Malaysia AktA 341 dan Ketua Pengarah berpendapat bahawa adalah perlu untuk melarang apa-apa penggunaan premis itu yang boleh secara materialnya meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran atau bahaya kepada nyawa atau harta akibat daripada berlakunya kebakaran di dalam atau ke atas premis itu atau premis lain, Ketua Pengarah boleh, dengan cara suatu aduan, memohon kepada mahkamah bagi suatu perintah tutup. (2) Apabila aduan dan permohonan bagi perintah tutup di bawah subseksyen (1) diterima, mahkamah hendaklah menyampaikan notis dalam Borang C dalam Jadual Pertama kepada pemunya atau penghuni premis itu, atau kedua-duanya, meminta mereka menunjukkan sebab kenapa suatu perintah tutup tidak patut dibuat; dan jika sebabnya tidak ditunjukkan oleh sama ada pemunya atau penghuni itu atau kedua-duanya, mahkamah boleh membuat perintah sedemikian. (3) Sesuatu perintah tutup hendaklah dalam Borang D dalam Jadual Pertama dan hendaklah disampaikan kepada kedua-dua pemunya dan penghuni premis yang berkenaan. (4) Atas permohonan pemunya atau penghuni premis, atau apabila diberitahu oleh Ketua Pengarah, mahkamah, jika berpuas hati bahawa premis yang berkenaan dengannya suatu perintah tutup sedang berkuat kuasa telah menjadi sesuai untuk kegunaan yang dinyatakan dalam perintah itu, boleh membatalkan perintah tutup itu. (5) Mana-mana orang yang tanpa alasan yang munasabah dengan disedarinya melanggar suatu perintah tutup melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Rayuan terhadap perintah tutup atau keengganan membuat perintah tutup 14. (1) Mana-mana pemunya atau penghuni yang tidak berpuas hati dengan perintah tutup yang dibuat di bawah subseksyen 13(2) boleh, dalam masa sepuluh hari dari pembuatan perintah itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 22 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 23 (2) Jika mahkamah enggan membuat perintah tutup, Ketua Pengarah boleh, dalam masa sepuluh hari dari keputusan mahkamah itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu. (3) Suatu rayuan terhadap perintah tutup tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan tetapi mahkamah boleh, atas permohonan dan apabila sebab yang mencukupi ditunjukkan, membenarkan penggantungan pelaksanaan atas apa-apa terma yang difikirkannya patut. Pelupusan harta yang dipindahkan oleh Ketua Pengarah 15. (1) Ketua Pengarah, dalam menghapuskan atau melakukan apa-apa yang perlu untuk mencegah berulangnya bahaya kebakaran, boleh memindahkan apa-apa harta yang secara langsung boleh menyebabkan bahaya kebakaran. (2) Apa-apa harta yang dipindahkan di bawah subseksyen (1) boleh diletakkan di bawah jagaan Ketua Pengarah bagi tempoh yang tidak melebihi tujuh hari yang dalam tempoh itu pemunya hendaklah berhak untuk menuntut harta itu apabila dibayar perbelanjaan yang dilakukan oleh Ketua Pengarah. (3) Apabila pemunya tidak membuat tuntutan, Ketua Pengarah boleh memohon kepada mahkamah bagi suatu perintah untuk menjual atau melupuskan harta itu. (4) Wang yang didapati daripada penjualan apa-apa harta boleh disimpan oleh Ketua Pengarah dan digunakan untuk membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan olehnya berkaitan dengan penghapusan, atau pencegahan berulangnya, bahaya kebakaran itu, dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayar kepada pemunya harta itu. Mendapatkan kembali perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankan kerja di bawah seksyen 11 16. Perbelanjaan yang dilakukan oleh Ketua Pengarah dalam menjalankan apa-apa kerja di bawah seksyen 11 hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan boleh didapatkan kembali di mahkamah daripada orang yang kepadanya notis menghapuskan bahaya kebakaran itu telah disampaikan. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 23 25/07/2023 9:21 AM 24 Undang-Undang Malaysia AktA 341 Mendapatkan kembali perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankan kerja di bawah seksyen 12 17. (1) Perbelanjaan yang dilakukan oleh Ketua Pengarah dalam menjalankan apa-apa kerja di bawah seksyen 12 hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan boleh didapatkan kembali di mahkamah— (a) daripada orang yang disebabkan perbuatan, kemungkiran atau pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul atau berterusan, jika dia ialah penghuni premis itu pada masa kerja itu dimulakan; (b) jika orang yang disebabkan perbuatan, kemungkiran atau pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul atau berterusan bukannya penghuni premis itu pada masa kerja itu dimulakan atau tidak diketahui, daripada pemunya premis itu; atau (c) jika pemunya premis itu tidak dapat ditentukan atau dijumpai dengan mudah atau tidak berada di Malaysia, daripada penghuni premis itu pada masa kerja itu dimulakan tanpa mengira sama ada dia ialah orang yang disebabkan perbuatan, kemungkiran atau pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul atau berterusan. (2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menjejaskan apa-apa hak orang yang daripadanya perbelanjaan boleh didapatkan kembali di bawah subseksyen (1) boleh ada pada apa-apa sumbangan, tanggung rugi atau ganti rugi daripada mana-mana orang lain. Kuasa Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan semasa kebakaran 18. (1) Semasa sesuatu kebakaran, seseorang Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan boleh— (a) mengambil apa-apa langkah yang didapatinya perlu atau suai manfaat bagi melindungi nyawa dan harta; 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 24 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 25 (b) mengeluarkan mana-mana orang yang dengan kehadirannya atau tindakannya mengganggu operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat; (c) memasuki, memecah masuk atau merempuh masuk, dan mengambil milikan atau merobohkan, atau menyebabkan supaya diambil milikan atau dirobohkan, mana-mana premis, tempat atau benda bagi maksud memadamkan kebakaran itu atau melindungi premis, tempat atau benda itu daripada kebakaran itu, atau bagi menyelamatkan mana-mana orang atau apa-apa benda; (d) menutup mana-mana jalan yang berhampiran dengan tempat kebakaran itu atau mengawal lalu lintas atau orang ramai di mana-mana jalan itu; (e) menggunakan mana-mana bekalan air yang sesuai; (f) mengeluarkan atau mengarahkan pemindahan bahan mudah terbakar, letupan atau berbahaya di dalam atau di sekitar premis; (g) menutup atau memutuskan atau mengarahkan mana-mana orang yang mempunyai kawalan untuk menutup atau memutuskan apa-apa bekalan tenaga termasuk bekalan gas, bekalan bahan api atau bekalan elektrik di dalam atau di sekitar premis; dan (h) mengeluarkan, dengan paksa jika perlu, mana-mana kenderaan atau objek yang menghalang kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat. (2) Kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) boleh dijalankan setakat yang perlu jika suatu kebakaran telah dengan munasabahnya dipercayai terjadi atau berlaku. (3) Bagi maksud perenggan (1)(e), tiada bayaran boleh dikenakan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa air kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi penggunaan air dalam menjalankan tugas mereka di bawah Akta ini. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 25 25/07/2023 9:21 AM 26 Undang-Undang Malaysia AktA 341 Kuasa untuk mendapatkan maklumat 18a. (1) Bagi maksud perenggan 5(1)(b), seorang Pegawai Bomba boleh, melalui notis secara bertulis yang disampaikan kepada seseorang, menghendaki orang itu— (a) untuk memberikan semua maklumat yang berhubungan dengan kebakaran; dan (b) untuk hadir di hadapan seorang Pegawai Bomba untuk memberikan pernyataan lisan dan Pegawai Bomba hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah penyataan lisan itu ke dalam bentuk bertulis. (2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit. Kuasa Pegawai Bomba semasa kecemasan yang tidak melibatkan kebakaran 19. Semasa suatu kecemasan yang tidak melibatkan kebakaran atau risiko kebakaran, kuasa yang disebut dalam seksyen 18 hendaklah dijalankan oleh mana-mana Pegawai Bomba jika dia berpendapat bahawa nyawa atau harta berada dalam keadaan bahaya hampir. Perlindungan Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela 20. Tiada Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela yang bertindak secara suci hati di bawah kuasa yang diberikan oleh Akta ini boleh dikenakan apa-apa tindakan bagi ganti rugi kerana apa-apa perbuatan yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya berkaitan dengan tugasnya semasa sesuatu kebakaran atau apa-apa bencana. Kerugian disebabkan kebakaran hendaklah termasuk kerosakan akibat daripada menentang kebakaran 21. Apa-apa kerosakan atau kerugian yang ditanggung akibat daripada apa-apa tindakan yang diambil atau perkara yang dilakukan oleh Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 26 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 27 pada menjalankan kuasanya atau melaksanakan tugasnya semasa sesuatu kebakaran untuk memadamkan kebakaran itu atau untuk menyekatnya daripada merebak hendaklah, walau apa pun terma apa-apa kontrak insurans terhadap kebakaran atau peruntukan mana-mana undang-undang, dianggap sebagai kerugian disebabkan kebakaran bagi maksud kontrak itu. Bahagian IV AIR DAN PILI BOMBA Penstoran air di dalam premis bagi maksud menentang kebakaran 22. (1) Ketua Pengarah boleh, bagi maksud memastikan adanya penstoran air yang cukup di tempat yang sesuai di sesuatu premis, mengeluarkan apa-apa arahan kepada mana-mana orang yang mengawal, atau pemunya premis itu supaya menyediakan kemudahan dan bekalan air bagi maksud menentang kebakaran: Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi pihak berkuasa air. (2) Apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah mengikat orang yang kepadanya arahan itu diberikan. (3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan. Notis bagi kerja yang menjejaskan pili bomba 23. (1) Tiada seorang pun, selain pihak berkuasa air dan ejennya, boleh memulakan atau menjalankan, atau membenarkan atau mengarahkan permulaan atau penjalanan, apa-apa kerja yang menjejaskan mana-mana pili bomba atau aliran air kepadanya melainkan jika dia telah memberikan notis bertulis mengenai cadangan atau niat untuk menjalankan kerja itu kepada Pengarah Negeri yang berkenaan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum kerja itu dimulakan: 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 27 25/07/2023 9:21 AM 28 Undang-Undang Malaysia AktA 341 Dengan syarat bahawa dalam hal kecemasan, jika tidak praktik untuk memberikan notis itu dalam masa yang dikehendaki, peruntukan ini hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika notis itu diberikan dengan seberapa segera yang mungkin selepas kejadian itu. (2) Semua pili bomba hendaklah ditentukan supaya berada dalam keadaan baik apabila apa-apa kerja yang dijalankan oleh mana-mana orang di bawah subseksyen (1) disiapkan. (3) Apa-apa kerja yang berhampiran dengan atau di sekitar pili bomba yang menjejaskan laluan ke pili bomba itu, kedudukan pili bomba itu berhubung dengan tepi jalan yang sedia ada, atau penjajaran alur keluarnya dengan paras jalan hendaklah disifatkan sebagai kerja yang menjejaskan pili bomba. (4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan. Kewajipan pihak berkuasa air untuk memberitahu Pengarah Negeri tentang apa-apa tindakan yang menjejaskan aliran air ke pili bomba 24. Jika pihak berkuasa air memutuskan untuk mengambil apa-apa tindakan atau melakukan apa-apa perbuatan atau menjalankan apa-apa kerja yang akan atau mungkin akan mengurangkan atau menghentikan aliran air ke mana-mana pili bomba, menjadi kewajipan pihak berkuasa air itu untuk memberitahu Pengarah Negeri yang berkenaan secara bertulis mengenai keputusan itu dengan seberapa segera yang mungkin selepas keputusan itu dibuat. Kuasa untuk memasang plat tempat pili bomba 25. (1) Setelah memberikan notis tujuh hari secara bertulis kepada pemunya mana-mana harta yang terletak berhampiran dengan pili bomba, Ketua Pengarah boleh menyebabkan suatu plat yang menunjukkan tempat pili bomba itu dipasangkan pada mana-mana bahagian harta itu yang, pada pendapat Ketua Pengarah, adalah paling sesuai untuk menunjukkan tempat itu. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 28 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 29 (2) Mana-mana orang yang enggan membenarkan pemasangan apa-apa plat sedemikian sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) atau menghalang mana-mana orang yang sedang memasangnya atau mengalih atau mencacatkan apa-apa plat sedemikian selepas ia dipasang melakukan suatu kesalahan. Penyembunyian dan penyalahgunaan pili bomba 26. Mana-mana orang yang menutup, mengepung atau menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar ditentukan, atau mengganggu mana-mana pili bomba, atau menggunakan pili bomba selain bagi maksud menentang kebakaran melakukan suatu kesalahan. Bahagian V PERAKUAN BOMBA Kuasa Ketua Pengarah untuk menentukan dan menetapkan penggunaan, saiz atau tempat tertentu premis 27. (1) Ketua Pengarah boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menentukan dan menetapkan penggunaan, saiz atau tempat tertentu premis bagi maksud pengeluaran perakuan bomba di bawah Akta ini. (2) Jika suatu bahagian mana-mana premis menjadi premis ditetapkan, mana-mana bahagian lain premis itu hendaklah dikira sebagai menjadi sebahagian premis ditetapkan itu. Organisasi keselamatan kebakaran di premis ditetapkan 27a. (1) Pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas premis ditetapkan hendaklah menubuhkan suatu organisasi keselamatan kebakaran. (2) Mana-mana pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas premis ditetapkan yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 29 25/07/2023 9:21 AM 30 Undang-Undang Malaysia AktA 341 Kehendak bagi perakuan bomba 28. (1) Tiap-tiap premis ditetapkan hendaklah menghendaki suatu perakuan bomba. (2) Suatu perakuan bomba boleh dibaharui setiap tahun. (3) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi premis yang disediakan bagi, dan digunakan semata-mata atau terutamanya untuk, tempat sembahyang awam, atau premis yang terdiri daripada atau termasuk di dalam rumah yang dihuni sebagai tempat kediaman persendirian tunggal: Dengan syarat bahawa jika pada pendapat Ketua Pengarah terdapat apa-apa bahaya kebakaran di dalam premis yang disebut dalam subseksyen ini, Ketua Pengarah boleh menghendaki premis itu dikenakan pemeriksaan berkala dan apa-apa arahan yang perlu boleh diberikan kepada pemunya premis itu bagi pematuhan wajar peruntukan Akta ini. Permohonan bagi, dan pengeluaran, perakuan bomba 29. (1) Sesuatu permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan mana-mana premis ditetapkan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam bentuk yang ditetapkan. (2) Apabila permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan mana-mana premis ditetapkan diterima, Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon, dalam masa yang dinyatakan, mengemukakan kepadanya apa-apa pelan premis itu dan apa-apa butir lain yang berkaitan sebagaimana yang dinyatakannya. (3) Jika pemohon tidak mengemukakan pelan yang dikehendaki dan butir-butir berkaitan itu dalam masa yang dinyatakan, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik. (4) Jika permohonan bagi perakuan bomba telah dibuat dengan sewajarnya, Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan supaya dijalankan suatu pemeriksaan ke atas premis ditetapkan itu, dan apabila berpuas hati bahawa terdapat kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang mencukupi berhubung dengan penggunaan premis ditetapkan itu, 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 30 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 31 Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan bomba berkenaan dengan premis ditetapkan itu tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan atau yang ditetapkan. (5) Jika Ketua Pengarah, selepas menyebabkan supaya dijalankan suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (4) ke atas premis yang berkaitan, tidak berpuas hati bahawa wujudnya apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang mencukupi berhubung dengan penggunaan premis ditetapkan itu seperti yang disebut terdahulu, dia hendaklah, dengan menyampaikan notis kepada pemohon, memberitahu pemohon itu tentang kehendak yang perlu dipatuhi dalam masa yang dinyatakan sebelum perakuan bomba itu boleh dikeluarkan kepada pemohon itu. (6) Dalam seksyen ini, “pemohon” ertinya pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas premis ditetapkan. Bentuk perakuan bomba 30. Tiap-tiap perakuan bomba yang dikeluarkan berkenaan dengan mana-mana premis ditetapkan hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan. Penetapan fi bagi pengeluaran perakuan bomba 31. Ketua Pengarah boleh menetapkan fi yang kena dibayar bagi pengeluaran perakuan bomba dan caj bagi pemeriksaan mana-mana premis ditetapkan yang baginya perakuan itu dikeluarkan. Perubahan keadaan yang menjejaskan kecukupan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran 32. (1) Selagi suatu perakuan bomba berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana premis, Ketua Pengarah boleh menyebabkan mana-mana bahagian premis yang berkaitan diperiksa pada bila-bila masa yang munasabah bagi maksud menentukan sama ada terdapat perubahan keadaan yang disebabkan olehnya kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran telah menjadi tidak mencukupi berhubung dengan apa-apa penggunaan premis yang diliputi oleh perakuan itu. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 31 25/07/2023 9:21 AM 32 Undang-Undang Malaysia AktA 341 (2) Jika penghuni mana-mana premis ditetapkan bercadang untuk membuat sesuatu perubahan material pada premis itu semasa suatu perakuan bomba berkuat kuasa berkenaan dengannya, dia hendaklah, sebelum pelaksanaan cadangan itu dimulakan, memberikan notis mengenai cadangan itu kepada Ketua Pengarah; dan jika pelaksanaan cadangan itu dimulakan tanpa notis sedemikian diberikan, penghuni itu melakukan suatu kesalahan. (3) Jika Ketua Pengarah berpuas hati, berkenaan dengan mana-mana premis yang mengenainya notis di bawah subseksyen (2) telah diberikan kepadanya, bahawa pelaksanaan cadangan yang diberitahu itu akan mengakibatkan mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang disebut dalam subseksyen (1) menjadi tidak mencukupi berhubung dengan apa-apa penggunaan premis yang diliputi oleh perakuan bomba yang berkaitan, Ketua Pengarah boleh melalui notis yang disampaikan kepada penghuni itu memberitahunya mengenai langkah-langkah yang sepatutnya diambil untuk mengelakkan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang berkenaan itu menjadi tidak mencukupi sekiranya cadangan itu dilaksanakan dan, jika langkah-langkah itu diambil dengan sewajarnya berkaitan dengan pelaksanaan cadangan itu, Ketua Pengarah hendaklah meminda perakuan bomba itu atau, apabila fi yang ditetapkan dibayar, mengeluarkan perakuan yang baharu. (4) Jika Ketua Pengarah berpuas hati, berkenaan dengan mana- mana premis yang mengenainya suatu perakuan bomba sedang berkuat kuasa, bahawa mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang disebut dalam subseksyen (1) telah, akibat sesuatu perubahan keadaan, menjadi tidak mencukupi berhubung dengan apa-apa penggunaan premis yang diliputi oleh perakuan itu, Ketua Pengarah boleh melalui notis yang disampaikan kepada penghuni— (a) memberitahunya tentang hakikat itu dan mengarahkannya supaya mengambil apa-apa langkah yang difikirkan sesuai oleh Ketua Pengarah untuk menjadikan kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang berkenaan itu mencukupi; dan (b) memberitahunya bahawa jika langkah-langkah itu tidak diambil, perakuan bomba itu boleh dibatalkan, 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 32 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 33 dan jika langkah-langkah itu diambil dengan sewajarnya hendaklah, jika perlu, meminda perakuan bomba itu atau, apabila fi yang ditetapkan dibayar, mengeluarkan perakuan yang baharu. (5) Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan (4)(a) melakukan suatu kesalahan. Kesalahan berhubung dengan perakuan bomba 33. Jika tiada perakuan bomba berkuat kuasa berkenaan dengan mana-mana premis ditetapkan, pemunya premis itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Hak merayu 34. Mana-mana orang yang terkilan— (a) dengan keengganan Ketua Pengarah untuk mengeluarkan perakuan bomba di bawah subseksyen 29(4); (b) dengan syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah atas perakuan bomba yang dikeluarkan kepadanya; atau (c) dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 32(3) atau (4); boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari pemberitahuan keengganan atau keputusan itu, merayu secara bertulis kepada Menteri yang keputusannya mengenai perkara itu adalah muktamad. Kuasa mahkamah untuk melarang atau menyekat penggunaan premis tertentu 35. (1) Jika Ketua Pengarah berpuas hati berkenaan dengan mana-mana premis, sama ada ditetapkan atau tidak, bahawa risiko kepada manusia atau harta sekiranya berlaku kebakaran adalah begitu serius hingga penggunaan premis itu patut dilarang atau 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 33 25/07/2023 9:21 AM 34 Undang-Undang Malaysia AktA 341 disekat sehingga langkah-langkah telah diambil untuk mengurangkan risiko itu ke paras yang berpatutan, Ketua Pengarah boleh, dengan cara suatu aduan, memohon kepada mahkamah bagi suatu perintah larangan.
Part document.segment-2
341 - AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 — segment 2
- document.segment-2 Verify source ↗
341 - AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 — segment 2
AI-assisted research summary: This provision lets the court issue and cancel prohibition orders, lets the Director General order an immediate stop to dangerous activities in emergencies, and creates enforcement powers and offences for breaches and interference.
(2) Apabila aduan dan permohonan bagi perintah larangan di bawah subseksyen (1) diterima, mahkamah hendaklah menyampaikan notis dalam Borang E dalam Jadual Pertama kepada pemunya atau penghuni premis itu, atau kedua-duanya, meminta mereka menunjukkan sebab kenapa suatu perintah larangan tidak patut dibuat; dan jika sebabnya tidak ditunjukkan oleh sama ada pemunya atau penghuni itu atau kedua-duanya, mahkamah boleh membuat perintah sedemikian yang melarang atau menyekat penggunaan premis itu. (3) Sesuatu perintah larangan hendaklah dalam Borang F dalam Jadual Pertama dan hendaklah disampaikan kepada kedua-dua pemunya dan penghuni premis yang berkenaan. (4) Apabila dipohon oleh pemunya atau penghuni premis bagi pembatalan perintah larangan atau apabila diberitahu oleh Ketua Pengarah bahawa risiko telah dikurangkan ke paras yang berpatutan, mahkamah, jika berpuas hati bahawa premis yang berkenaan dengannya suatu perintah larangan sedang berkuat kuasa tidak akan mendatangkan apa-apa risiko yang serius kepada manusia atau harta jika berlaku kebakaran, boleh membatalkan perintah larangan itu. (5) Mana-mana orang yang tanpa alasan munasabah dengan disedarinya melanggar suatu perintah larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Kuasa Ketua Pengarah untuk memerintahkan kegiatan dihentikan dalam kes mendesak 35a. (1) Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini, jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa— (a) apa-apa kegiatan yang berterusan di dalam mana-mana premis akan menimbulkan bahaya kebakaran serta-merta yang memudaratkan keselamatan nyawa atau harta; dan 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 34 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 35 (b) kelewatan dalam memohon dan mendapatkan suatu perintah larangan di bawah subseksyen 35(2) akan dengan nyatanya meningkatkan risiko pada nyawa atau harta itu, dia boleh, melalui perintah, mengarahkan pemunya atau penghuni premis itu supaya menghentikan kegiatan itu. (2) Sesuatu perintah untuk menghentikan kegiatan hendaklah dalam Borang G dan hendaklah disampaikan kepada kedua-dua pemunya dan penghuni premis itu. (3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi sesuatu perintah Ketua Pengarah yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan. Rayuan terhadap perintah Ketua Pengarah untuk menghentikan kegiatan 35b. (1) Seseorang pemunya atau penghuni yang tidak berpuas hati dengan sesuatu perintah supaya menghentikan kegiatan yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 35a(1) boleh, dalam masa sepuluh hari dari pembuatan perintah itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi. (2) Sesuatu rayuan terhadap perintah supaya menghentikan kegiatan tidak boleh berkuat kuasa sebagai suatu penggantungan pelaksanaan, tetapi mahkamah boleh, atas permohonan dan apabila ditunjukkan sebab yang mencukupi, membenarkan penggantungan pelaksanaan atas apa-apa terma yang difikirkannya patut. Rayuan terhadap perintah larangan atau keengganan untuk membuat perintah larangan 36. (1) Mana-mana pemunya atau penghuni yang tidak berpuas hati dengan perintah larangan yang dibuat di bawah subseksyen 35(2) boleh, dalam masa sepuluh hari dari pembuatan perintah itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi. (2) Jika mahkamah enggan membuat perintah larangan, Ketua Pengarah boleh, dalam masa sepuluh hari dari keputusan mahkamah itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 35 25/07/2023 9:21 AM 36 Undang-Undang Malaysia AktA 341 (3) Suatu rayuan terhadap perintah larangan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan, tetapi mahkamah boleh, atas permohonan dan apabila sebab yang mencukupi ditunjukkan, membenarkan penggantungan pelaksanaan atas apa-apa terma yang difikirkannya patut. Bahagian VI PENGUATKUASAAN Penguatkuasaan Akta 37. Menjadi kewajipan Ketua Pengarah untuk menguatkuasakan peruntukan Akta ini. Kuasa untuk masuk 38. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, bersama-sama dengan mana-mana orang lain yang difikirkan perlu oleh pegawai itu, memasuki mana-mana premis bagi maksud— (a) menentukan sama ada terdapat, atau pernah terdapat, pada atau berkaitan dengan premis itu, apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini; (b) mendapatkan apa-apa maklumat berkenaan dengan premis itu sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud menentang kebakaran, termasuk bekalan air yang boleh didapati untuk atau di premis itu dan laluan masuk ke bekalan air itu; (c) menentukan sama ada terdapat apa-apa bahaya kebakaran di dalam atau yang menjejaskan premis itu; (d) menjalankan apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu berhubung dengan apa-apa perkara yang termasuk dalam peruntukan Akta ini; atau (e) menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa tugas Ketua Pengarah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang tiada kuasa masuk diberikan oleh undang-undang itu bagi menjalankan atau melaksanakannya. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 36 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 37 (2) Tiada tempat kediaman persendirian boleh dimasuki menurut kuasa seksyen ini antara jam tujuh malam hingga jam tujuh pagi. (3) Sebelum memasuki mana-mana premis menurut kuasa seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah menunjukkan kad pengenalan dirinya kepada penghuni premis itu, jika ada, dan, dalam hal seseorang pegawai diberi kuasa selain Ketua Pengarah, pemberikuasaan bertulis Ketua Pengarah dan adalah sah bagi penghuni premis itu untuk tidak membenarkan pegawai diberi kuasa itu masuk atau mengusirnya dari premis itu jika, apabila diminta oleh penghuni itu, dia gagal atau enggan mengemukakan kad pengenalan diri dan, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemberikuasaan itu. (4) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah meninggalkan mana-mana premis kosong atau tidak dihuni yang telah dimasukinya menurut kuasa seksyen ini dalam keadaan selamat daripada penceroboh sebagaimana keadaan yang didapatinya semasa dia memasukinya. Sekatan ke atas penzahiran maklumat 39. Mana-mana orang yang menzahirkan, selain melaksanakan tugasnya atau bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang, termasuk timbang tara, atau bagi maksud sesuatu laporan di mana-mana prosiding itu, apa-apa maklumat yang diperolehnya berhubung dengan apa-apa proses pengilangan atau apa-apa tred, semasa menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen ini melakukan suatu kesalahan. Kuasa untuk menangkap tanpa waran 40. (1) Mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang— (a) yang didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen 47; atau 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 37 25/07/2023 9:21 AM 38 Undang-Undang Malaysia AktA 341 (b) yang disyakinya dengan munasabahnya telah melakukan apa-apa kesalahan lain di bawah Akta ini jika orang itu enggan memberikan nama dan alamatnya atau memberikan suatu alamat di luar Malaysia atau terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah memberikan nama dan alamat palsu atau bahawa dia mungkin akan melarikan diri. (2) Jika mana-mana orang telah ditangkap menurut subseksyen (1) oleh pegawai diberi kuasa, pegawai yang membuat penangkapan itu hendaklah mematuhi seksyen 28 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] seolah-olah dia ialah seorang pegawai polis. Kuasa penyiasatan 41. (1) Mana-mana pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini. (2) Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa supaya memberikan maklumat atau mengemukakan apa- apa dokumen atau benda lain yang berhubungan dengan pelakuan apa-apa kesalahan yang dalam kuasa orang itu untuk diberikan hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat itu atau mengemukakan dokumen atau benda lain itu. Kuasa untuk menghendaki kehadiran saksi 42. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan di bawah seksyen 41 boleh melalui perintah secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang didapati oleh pegawai itu mengetahui hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian. (2) Jika mana-mana orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang sesudah itu boleh mengikut budi bicaranya mengeluarkan suatu waran untuk menjamin kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang disebut terdahulu. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 38 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 39 (3) Seseorang yang hadir sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) berhak dibayar perbelanjaan perjalanan dan sara hidup yang munasabah yang dilakukan olehnya; dan adalah sah bagi Ketua Pengarah untuk membayar perbelanjaan itu. Pemeriksaan saksi 43. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penyiasatan di bawah seksyen 41 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu. (2) Orang itu hendaklah terikat untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu: Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkencenderungan mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan. (3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang sebenar sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan. (4) Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (2) dan (3). (5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, pada bila-bila masa yang mungkin, diubahkan ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia membuatnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya. Penjalanan pendakwaan 44. Tiap-tiap pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk hadir di mahkamah dan menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 39 25/07/2023 9:21 AM 40 Undang-Undang Malaysia AktA 341 Bahagian VII SIASATAN TENTANG KEBAKARAN Suruhanjaya Siasatan Kebakaran 45. (1) Menteri boleh melantik mana-mana orang untuk membentuk suatu suruhanjaya dan untuk mengadakan siasatan tentang punca dan hal keadaan apa-apa kebakaran dan tindakan yang telah diambil untuk menentang atau memadamkan kebakaran itu dan untuk melaporkan tentang punca, hal keadaan dan tindakan sedemikian, dan membuat syor, berdasarkan dapatan siasatan itu, mengenai langkah-langkah yang hendaklah diambil untuk mencegah berlakunya, dan untuk memperbaiki kaedah menentang atau memadam, kebakaran secara amnya. (2) Seksyen 8, 9, 11, 12, 13, 14, 15, 19, 21 dan 22 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119] hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu dan setakat yang berkenaan, terpakai bagi siasatan di bawah subseksyen (1) dan bagi mana-mana orang yang mengadakan siasatan itu seolah-olah siasatan dan orang itu masing-masingnya suatu siasatan dan Suruhanjaya di bawah Akta itu. Mengambil milikan premis dan harta lain yang telah dirosakkan atau dimusnahkan oleh api 46. (1) Jika, disebabkan oleh kebakaran, mana-mana premis atau bahagian mana-mana premis telah menjadi tidak boleh diduduki, Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa dalam masa tujuh hari selepas kejadian kebakaran itu, mengambil milikan premis itu atau sebahagiannya dan apa-apa harta atau benda lain yang telah dirosakkan, atau sisa-sisa apa-apa harta atau benda lain yang dimusnahkan, oleh kebakaran itu, dan boleh mengekalkan pemilikan ke atas premis, bahagian, harta atau benda itu untuk suatu tempoh yang tidak melebihi tiga puluh hari selepas pengambilmilikannya, melainkan jika dalam tempoh itu seorang telah dilantik untuk mengadakan siasatan di bawah seksyen 45, yang dalam hal yang sedemikian Ketua Pengarah boleh terus mengekalkan pemilikan premis, bahagian, harta atau benda itu sehingga selesainya siasatan itu. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 40 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 41 (2) Jika Ketua Pengarah telah mengambil milikan mana-mana premis atau bahagian mana-mana premis di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, di mana-mana perlu, menyebabkan sawar didirikan di sekeliling premis atau bahagiannya itu. (3) Ketua Pengarah hendaklah selepas itu menampalkan notis-notis, di mana-mana tempat supaya orang yang menghampiri premis itu atau bahagiannya dari mana-mana arah boleh melihat satu daripada notis itu semasa dia sampai ke mana-mana sawar atau mana-mana bahagiannya, yang memberitahu orang ramai bahawa milikan premis itu atau bahagiannya telah diambil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan bahawa dilarang untuk memasuki premis itu atau bahagiannya. Kehadiran tanpa kebenaran di dalam premis yang telah diambil milikan di bawah seksyen 46 47. Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran Pegawai Bomba, memasuki atau berada di dalam mana-mana premis atau bahagian mana-mana premis yang telah diambil milikan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 46 melakukan suatu kesalahan. Bahagian VIII KUMPULAN WANG KEBAJIKAN Penubuhan Kumpulan Wang 48. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Bomba” yang akan dikendalikan sebagai Akaun Amanah dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. (2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada— (a) semua denda yang dikenakan ke atas Pegawai Bomba dalam mana-mana prosiding tatatertib; (b) satu perdua daripada jumlah wang yang dibayar bagi perkhidmatan Pegawai Bomba yang ditugaskan menjalankan tugas khas di bawah seksyen 50 dan bagi penggunaan kelengkapan yang disediakan baginya; 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 41 25/07/2023 9:21 AM 42 Undang-Undang Malaysia AktA 341 (c) semua jumlah wang dan harta lain yang diberikan kepada Pegawai Bomba dan dilucuthakkan atas perintah mahkamah; (d) derma atau hadiah yang diberikan kepada Kumpulan Wang atau anggota perseorangan Jabatan Bomba dan Penyelamat masing-masing dan diterima oleh Ketua Pengarah; (e) pendapatan yang didapati daripada pelupusan harta atau pelaburan yang dibeli atau didapati daripada wang Kumpulan Wang; (f) semua jumlah wang atau faedah yang diperoleh daripada penganjuran seminar atau peristiwa lain; dan (g) semua jumlah wang yang disumbangkan oleh Kerajaan. Jawatankuasa Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Bomba 48a. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Kumpulan Wang Jabatan Perkhidmatan Bomba yang hendaklah mempunyai kawalan ke atas Kumpulan Wang. (2) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Ketua Pengarah sebagai Pengerusi; (b) dua orang Pegawai Kanan Bomba yang hendaklah dilantik oleh Menteri; dan (c) dua orang pegawai awam yang hendaklah dilantik oleh Menteri. (3) Tiada mesyuarat Jawatankuasa boleh diadakan tanpa kehadiran Ketua Pengarah. (4) Kuorum bagi mesyuarat Jawatankuasa ialah tiga. (5) Tertakluk pada Akta ini, Jawatankuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawal selia prosidingnya. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 42 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 43 Wang bagi Kumpulan Wang hendaklah diperdapat hanya dengan kebenaran 48b. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa kegiatan untuk memperdapat wang bagi Kumpulan Wang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Jawatankuasa. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan. Pentadbiran dan penggunaan Kumpulan Wang 49. Kumpulan Wang hendaklah ditadbir mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan digunakan— (a) untuk memberi pampasan kepada Pegawai Bomba bagi perkhidmatan tambahan atau khas yang diberikan oleh mereka; (b) bagi maksud— (i) mengadakan keselesaan, kesenangan dan faedah lain, yang tidak dipertanggungkan pada hasil awam, bagi; atau (ii) memberikan pinjaman kepada, Pegawai Bomba, bekas Pegawai Bomba yang telah bersara dengan pencen, ganjaran atau elaun lain atau orang yang bergantung keseluruhannya atau sebahagiannya pada Pegawai Bomba atau bekas Pegawai Bomba yang telah mati pada masa kematiannya. Bahagian IX PELBAGAI Tugas khas dan perbelanjaannya 50. (1) Atas permohonan mana-mana orang, Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, menugaskan mana-mana pegawai diberi kuasa untuk menjalankan tugas khas di dalam, di atas atau 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 43 25/07/2023 9:21 AM 44 Undang-Undang Malaysia AktA 341 di persekitaran mana-mana premis, vesel, kenderaan, pesawat udara atau mana-mana struktur boleh alih yang dinyatakan oleh pemohon dan, bagi maksud itu, menyediakan apa-apa kelengkapan sebagaimana yang difikirkannya perlu. (2) Pemohon hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah bagi perkhidmatan mana-mana pegawai diberi kuasa yang ditugaskan sedemikian dan bagi penggunaan kelengkapan yang disediakan sedemikian apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan. Mengganggu Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela dalam melaksanakan tugasnya 51. Mana-mana orang yang dengan sengaja mencaci, mengamang, mengacau, menggalang, menghalang atau mengganggu mana-mana Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela yang bertindak dalam melaksanakan tugasnya atau mana-mana orang lain yang membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah arahan tertentu seorang Pegawai Bomba melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Kegagalan mematuhi arahan 52. Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan tugasnya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan. Pemakaian pakaian seragam tanpa kebenaran 53. Mana-mana orang, yang bukannya Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan, yang memakai tanpa kebenaran Ketua Pengarah apa-apa pakaian seragam Jabatan Bomba dan Penyelamat atau apa-apa pakaian yang mempunyai tanda khas, atau yang mungkin dikelirukan dengan sebagai, apa-apa pakaian seragam sedemikian melakukan suatu kesalahan. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 44 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 45 Pemalsuan dokumen, pernyataan palsu, dsb. 54. Mana-mana orang yang— (a) dengan niat untuk memperdaya, membuat atau memalsukan sesuatu perakuan bomba atau ada dalam milikannya suatu perakuan bomba tanpa kebenaran; atau (b) semasa permohonan bagi perakuan bomba, membuat apa-apa pernyataan atau memberikan apa-apa maklumat yang diketahuinya sebagai palsu dalam butir material atau dengan melulu membuat apa-apa pernyataan atau memberikan apa-apa maklumat yang nyata palsu; atau (c) berupa sebagai mematuhi apa-apa kewajipan untuk memberikan maklumat di bawah Akta ini, memberikan apa-apa maklumat yang diketahuinya sebagai palsu dalam butir material atau dengan melulu memberikan apa-apa maklumat yang nyata palsu; atau (d) membuat apa-apa catatan yang diketahuinya sebagai palsu dalam butir material dalam apa-apa daftar, buku, notis atau dokumen lain yang dikehendaki disimpan, disampaikan atau diberikan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan. Kesalahan berkenaan dengan penggera kebakaran 55. Mana-mana orang yang merosakkan, menyembunyikan, mengaktifkan atau menyahaktifkan mana-mana penggera kebakaran tanpa sebab yang munasabah melakukan suatu kesalahan. Memberikan laporan palsu mengenai kebakaran 56. Mana-mana orang yang dengan sengaja memberikan atau menyebabkan supaya diberikan suatu laporan palsu mengenai kebakaran atau bencana lain melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 45 25/07/2023 9:21 AM 46 Undang-Undang Malaysia AktA 341 Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 57. (1) Jika kesalahan di bawah Akta ini yang dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan dibuktikan telah dilakukan dengan persetujuan atau pembiaran, atau disebabkan oleh apa-apa keabaian pada pihak, mana-mana pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu, atau mana-mana orang yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian, dia serta pertubuhan perbadanan itu melakukan suatu kesalahan. (2) Jika hal ehwal sesuatu pertubuhan perbadanan diuruskan oleh anggotanya, subseksyen (1) hendaklah terpakai berhubung dengan perbuatan dan keingkaran seseorang anggota berkaitan dengan fungsi pengurusan seolah-olah dia ialah seorang pengarah pertubuhan perbadanan itu. Penalti am 58. Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata baginya boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Mengkompaun kesalahan 59. (1) Ketua Pengarah atau mana-mana Pegawai Bomba yang diberi kuasa olehnya secara bertulis boleh mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabahnya melakukan kesalahan sedemikian sejumlah wang yang tidak melebihi lima ratus ringgit: Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa sedemikian tidak boleh menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini melainkan jika orang itu mengaku secara bertulis bahawa dia telah melakukan kesalahan itu dan meminta Ketua Pengarah atau pegawai itu mengendalikan kesalahan itu di bawah seksyen ini. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 46 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 47 (2) Apabila apa-apa jumlah wang itu dibayar, orang yang disyaki dengan munasabahnya telah melakukan sesuatu kesalahan, jika dalam tahanan, hendaklah dibebaskan dan tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu. Kuasa untuk memakai Akta bagi vesel dan struktur boleh alih 60. Peruntukan Akta ini hendaklah terpakai, tertakluk pada apa-apa ubah suaian sebagaimana yang ditetapkan, bagi— (a) vesel yang berada di tambatan atau di daratan bagi apa-apa tempoh atau dalam apa-apa hal keadaan yang ditetapkan; dan (b) khemah dan struktur boleh alih lain. Penyampaian notis dan dokumen lain 61. (1) Suatu notis atau dokumen lain boleh disampaikan kepada seseorang atau suatu badan bagi maksud Akta ini— (a) dengan menghantar notis atau dokumen itu kepada orang itu; atau (b) dengan menghantar notis atau dokumen itu— (i) ke tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui orang itu, kepada pekhidmatnya atau anggota keluarganya yang dewasa; atau (ii) ke pejabat berdaftar badan itu atau ke tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui badan itu, kepada pekhidmat atau ejennya; atau (c) dengan meninggalkan notis atau dokumen itu di dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang atau badan itu— (i) di tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui orang itu; atau 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 47 25/07/2023 9:21 AM 48 Undang-Undang Malaysia AktA 341 (ii) di pejabat berdaftar badan itu atau di tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui badan itu; atau (d) dengan menghantar notis atau dokumen itu secara pos berdaftar prabayar kepada orang atau badan itu— (i) ke tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui orang itu; atau (ii) ke pejabat berdaftar badan itu atau ke tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui badan itu. (2) Jika nama atau alamat mana-mana pemunya atau penghuni premis yang kepadanya apa-apa notis atau dokumen lain seperti yang disebut terdahulu hendaklah disampaikan tidak dapat ditentukan selepas suatu siasatan yang munasabah oleh orang yang hendak menyampaikan notis atau dokumen itu, notis atau dokumen itu boleh disampaikan dengan mengalamatkannya kepada orang yang kepadanya notis atau dokumen itu hendaklah disampaikan dengan perihalan “pemunya” atau “penghuni” premis (dengan memperihalkannya) yang berhubung dengan notis atau dokumen itu, dan dengan menghantarserahkannya kepada mana- mana orang yang bertanggungjawab yang tinggal atau berupa tinggal di premis itu, atau, jika tiada orang yang sedemikian yang kepadanya notis atau dokumen itu boleh dihantarserahkan, dengan meletakkan notis atau dokumen itu atau salinannya di mana-mana bahagian premis itu yang mudah dilihat. (3) Suatu notis atau dokumen yang disampaikan melalui pos berdaftar prabayar di bawah perenggan (1)(d) hendaklah disifatkan telah disampaikan pada masa surat yang mengandungi notis atau dokumen itu dihantar serah dalam perjalanan biasa pos; dan menjadi bukti penyampaian yang cukup bahawa surat itu telah dialamatkan dengan sepatutnya mengikut perenggan itu dan telah diposkan; tetapi jika surat itu dipulangkan melalui pos tidak dihantar, notis atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah tidak disampaikan. (4) Dalam seksyen ini, “badan” termasuklah suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsian. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 48 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 49 Kewajipan untuk memberitahu apabila berlaku kebakaran 61a. Apabila berlaku kebakaran ke atas mana-mana premis, kenderaan atau vesel, pemunya premis, kenderaan atau vesel itu, atau penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas premis itu, hendaklah dengan serta-merta memberitahu berlakunya kebakaran itu kepada balai bomba yang terdekat. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 62. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan tujuan dan peruntukan Akta ini dengan lebih baik, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan terdahulu, bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut: (a) mengawal selia pengilangan, penjualan, pemasangan, pengujian, penservisan dan pengecasan semula kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; (b) menetapkan jenis, tempat dan pengujian kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang digunakan di dalam mana-mana premis; (c) mengawal selia penubuhan pasukan bomba di organisasi persendirian, institusi pendidikan dan organisasi sukarela; (ca) mengawal selia penubuhan, tugas dan kuasa pasukan bomba sukarela; (d) mengawal selia penubuhan, tugas dan kuasa organisasi keselamatan kebakaran di premis ditetapkan; (e) menetapkan pakaian seragam, tanda pangkat, kad pengenalan diri dan keperluan yang hendaklah dibekalkan kepada Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela; (f) mengadakan peruntukan bagi semua perkara yang berhubungan dengan Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela, termasuk tugas, kuasa, elaun dan pampasan mereka; (g) menetapkan tatalaku bagi Pegawai Bomba; 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 49 25/07/2023 9:21 AM 50 Undang-Undang Malaysia AktA 341 (h) melarang, menyekat atau mengawal pembakaran hutan, belukar atau tumbuhan-tumbuhan lain di mana-mana kawasan oleh mana-mana orang; (i) mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan keselamatan kebakaran dan langkah berjaga-jaga kebakaran; (j) melarang, menyekat atau mengawal pembakaran bahan mudah terbakar; (k) mengawal selia pengangkutan, penggunaan, pengendalian atau penstoran bahan mudah terbakar; (l) menetapkan fi yang kena dibayar di bawah peruntukan Akta ini; (m) menetapkan perkara yang boleh atau dikehendaki ditetapkan; (n) menetapkan kesalahan di bawah Akta ini yang boleh dikompaun, tatacara yang hendaklah diikuti dan borang yang hendaklah digunakan semasa mengkompaun; (o) mengawal selia pentadbiran Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Bomba. (2) Menteri boleh, dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1), menetapkan penalti denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya kerana pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, sejumlah wang yang tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Pemansuhan 63. (1) Bahagian X Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dimansuhkan. (2) Enakmen Perkhidmatan Bomba Negeri Sabah [En. 12 tahun 1971] dimansuhkan. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 50 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 51 Jadual Pertama AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 BORANG A [Subseksyen 8(1)] notis menghaPusKan Bahaya KeBaKaran Kepada........................................... ....................................................... ....................................................... sila amBil Perhatian bahawa *Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, setelah berpuas hati tentang adanya di ........................................................................ (premis) suatu bahaya kebakaran iaitu .........................................................................., (perihalkan bahaya kebakaran itu) dengan ini, menurut subseksyen 8(1) Akta Perkhidmatan Bomba 1988, menghendaki tuan, dalam masa .........................................dari penyampaian notis ini, (1) menghapuskan bahaya kebakaran itu dan bagi maksud itu hendaklah ............................................................................................................................... ............................................................................................................................... (nyatakan kerja yang hendaklah dilaksanakan) dan (2)** melakukan apa jua yang perlu bagi mencegah berulangnya bahaya kebakaran itu dan bagi maksud itu hendaklah............................................................... .......................................................................................................................... (nyatakan kerja yang hendaklah dilaksanakan) sila amBil Perhatian Bahawa jika tuan tidak mematuhi apa-apa kehendak notis ini dalam masa yang dinyatakan, tuan melakukan suatu kesalahan yang baginya, apabila disabitkan, tuan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Bertarikh pada........... hari bulan ................. 20........... ....................................................................... (Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat) * “atau mana-mana Pegawai Bomba yang telah diwakilkan kuasa kepadanya oleh Ketua Pengarah”. ** Potong jika tidak perlu. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 51 25/07/2023 9:21 AM 52 Undang-Undang Malaysia AktA 341 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 BORANG B [Subseksyen 8(2)] notis menghaPusKan Bahaya KeBaKaran BeriKutnya Kepada........................................... ....................................................... ....................................................... sila amBil Perhatian bahawa *Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, setelah berpuas hati bahawa bahaya kebakaran yang bagi menghapuskannya suatu notis menghapuskan bahaya kebakaran bertarikh................................. hari bulan ............................ telah disampaikan kepada tuan ** [dan yang telah pun dihapuskan sejak itu] mungkin akan berulang lagi di .......................................... .............................................................................................................................. , (premis) dengan ini, menurut subseksyen 8(2) Akta Perkhidmatan Bomba 1988, menghendaki tuan, dalam masa .............................. dari penyampaian notis ini, melakukan apa jua yang perlu bagi mencegah berulangnya bahaya kebakaran itu dan bagi maksud itu hendaklah ..................................................................... ......................................................................................................................... (nyatakan kerja yang hendaklah dilaksanakan) sila amBil Perhatian Bahawa jika tuan tidak mematuhi apa-apa kehendak notis ini dalam masa yang dinyatakan, tuan melakukan suatu kesalahan yang baginya, apabila disabitkan, tuan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Bertarikh pada ....... hari bulan ...............20........ ................................................................... (Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat) *“atau mana-mana Pegawai Bomba yang telah diwakilkan kuasa kepadanya oleh Ketua Pengarah”. **Potong jika bahaya kebakaran belum lagi dihapuskan. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 52 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 53 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 BORANG C [Subseksyen 13(2)] notis untuK memBeriKan seBaB Bahawasanya saya telah menerima suatu aduan daripada................................ .......................................................................................................................... (nama dan pangkat Pegawai Bomba) bahawa................................................................................................................. .......................................................................................................................... (inti pati aduan yang diterima) maKa dengan ini diPerintahKan suPaya.......................................................... .......................................................................................................................... (penentang) hadir di Mahkamah Majistret di................................................................................ pada............................hari bulan...........................................20................................ jam...................untuk memberikan sebab kenapa perintah tutup tidak patut dibuat berkenaan dengan …….......................................................................... .......................................................................................................................... (premis) Diberikan di bawah tandatangan saya dan meterai mahkamah pada .................... hari bulan ........................... 20 .................... (meterai) Majistret 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 53 25/07/2023 9:21 AM 54 Undang-Undang Malaysia AktA 341 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 BORANG D [Subseksyen 13(3)] Perintah tutuP Bahawasanya *Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, telah, melalui suatu aduan, memohon kepada mahkamah ini bagi suatu perintah tutup berkenaan dengan............................................................................................................... .......................................................................................................................... (premis) atas alasan......................................................................................................... .......................................................................................................................... .......................................................................................................................... dan Bahawasanya ..............................................................., pemunya premis itu, dan ..............................................................., penghuni premis itu, telah disampaikan notis yang meminta mereka menunjukkan sebab kenapa suatu perintah tutup tidak patut dibuat ** [dan........................................................... .......................................................................................................................... itu telah tidak menunjukkan sebab, dan .......................................................... itu telah tidak hadir untuk menunjukkan sebab]: oleh itu, setelah berpuas hati bahawa apa-apa penggunaan premis itu sebagaimana yang dinyatakan di bawah ini boleh secara materialnya meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran atau bencana lain atau bahaya kepada nyawa atau harta akibat daripada kejadian kebakaran atau kejadian apa-apa bencana lain dan bahawa dengan yang demikian adalah perlu untuk melarang penggunaan yang sedemikian, saya, menurut subseksyen 13(2) Akta Perkhidmatan Bomba 1988, dengan ini melarang penggunaan premis itu seperti yang berikut, iaitu................................................................................................................... .......................................................................................................................... .......................................................................................................................... Diberikan di bawah tandatangan saya dan meterai mahkamah pada ................... hari bulan ..............................20..................... (meterai) Majistret *“atau mana-mana Pegawai Bomba yang telah diwakilkan kuasa kepadanya oleh Ketua Pengarah”. **Ubah suai mengikut kehendak hal keadaan. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 54 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 55 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 BORANG E [Subseksyen 35(2)] notis untuK menunJuKKan seBaB Bahawasanya saya telah menerima suatu aduan daripada............................... .......................................................................................................................... (nama dan pangkat Pegawai Bomba) bahawa.............................................................................................................. .......................................................................................................................... (inti pati aduan yang diterima) maKa dengan ini diPerintahKan suPaya………………..……………………… (penentang) hadir di Mahkamah Majistret di..............................................................pada ..............................hari bulan...........................20 ................. jam ....................... untuk menunjukkan sebab kenapa perintah larangan tidak patut dibuat berkenaan dengan………………………………………………………………...........…....…. .......................................................................................................................... (premis) Diberikan di bawah tandatangan saya dan meterai mahkamah pada ................. hari bulan ...........................20 ............................ (meterai) Majistret 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 55 25/07/2023 9:21 AM 56 Undang-Undang Malaysia AktA 341 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 BORANG F [Subseksyen 35(3)] Perintah larangan Bahawasanya *Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat telah, melalui suatu aduan, memohon kepada mahkamah ini bagi suatu perintah larangan berkenaan dengan............................................................................................................... .......................................................................................................................... (premis) atas alasan ........................................................................................................ .......................................................................................................................... .......................................................................................................................... dan Bahawasanya............................................................... pemunya premis itu, dan................................................................., penghuni premis itu, telah disampaikan notis yang meminta mereka menunjukkan sebab kenapa suatu perintah larangan tidak patut dibuat **[dan ……................................................. itu telah tidak memberikan sebab, dan......................................... itu telah tidak hadir untuk memberikan sebab]: oleh itu, setelah berpuas hati bahawa apa-apa penggunaan premis itu sebagaimana yang dinyatakan di bawah ini boleh membahayakan manusia atau harta jika berlaku kebakaran dan bahawa dengan yang demikian adalah perlu untuk melarang penggunaan yang sedemikian, saya, menurut subseksyen 35(2) Akta Perkhidmatan Bomba 1988, dengan ini *melarang penggunaan premis yang tersebut di atas/menyekat penggunaan premis yang tersebut di atas, iaitu ....................................................................................... .......................................................................................................................... .......................................................................................................................... Diberikan di bawah tandatangan saya dan meterai mahkamah pada .............................. hari bulan ..............................20.......................... (meterai) Majistret *“atau mana-mana Pegawai Bomba yang telah diwakilkan kuasa kepadanya oleh Ketua Pengarah”. **Ubah suai mengikut kehendak hal keadaan. 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 56 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 57 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 BORANG G [Subseksyen 35a(1)] Perintah suPaya menghentiKan Kegiatan Bahawasanya Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat berpuas hati bahawa terdapat berkenaan dengan .............................................................................. ......................................................................................................................... (premis) suatu kegiatan, iaitu ....................................................................................... ......................................................................................................................... dan bahawa apa-apa penerusan kegiatan ini akan menimbulkan bahaya kebakaran serta-merta yang memudaratkan keselamatan nyawa dan harta; dan Bahawasanya Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat berpuas hati bahawa apa-apa kelewatan disebabkan oleh permohonan bagi mendapatkan, dan pemerolehan, perintah larangan daripada Mahkamah Tinggi akan dengan nyatanya meningkatkan risiko kepada nyawa atau harta itu: maKa oleh yang demiKian saya, menurut subseksyen 35A(1) Akta Perkhidmatan Bomba 1988, dengan ini memerintahkan supaya kegiatan ......................................................................................................................... ......................................................................................................................... di dalam premis yang tersebut di atas dihentikan dengan serta-merta. Bertarikh.............hari bulan ...............................20............................ .................................................................... (Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat) 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 57 25/07/2023 9:21 AM 58 Undang-Undang Malaysia AktA 341 Jadual Kedua [Subseksyen 3(6)] (A) PANGKAT PEGAWAI BOMBA (i) Penguasa Bomba Ketua Pesuruhjaya Bomba Pesuruhjaya Bomba Timbalan Pesuruhjaya Bomba Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Penolong Pesuruhjaya Bomba Penguasa Kanan Bomba I Penguasa Kanan Bomba II Penguasa Bomba (ii) Penolong Penguasa Bomba Timbalan Penguasa Bomba Penolong Kanan Penguasa Bomba Penolong Penguasa Bomba (iii) Pegawai Bomba Pegawai Bomba Tinggi Pegawai Bomba Kanan I Pegawai Bomba Kanan II Pegawai Bomba (B) PANGKAT PEGAWAI BOMBA BANTUAN Pegawai Bomba Bantuan Tinggi Pegawai Bomba Bantuan Kanan I Pegawai Bomba Bantuan Kanan II Pegawai Bomba Bantuan 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 58 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 59 (C) PANGKAT PEGAWAI BOMBA SUKARELA Pegawai Bomba Sukarela Tinggi Pegawai Bomba Sukarela Kanan I Pegawai Bomba Sukarela Kanan II Pegawai Bomba Sukarela 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 59 25/07/2023 9:21 AM 60 Undang-Undang Malaysia AktA 341 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 341 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A799 Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 12-04-1991 1991 Akta A879 Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 04-03-1994 1994 Akta A1568 Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 01-09-2018 2018 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 60 25/07/2023 9:21 AM Perkhidmatan Bomba 61 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 341 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari Tajuk panjang Akta A1568 01-09-2018 2 Akta A799 12-04-1991 Akta A1568 01-09-2018 3 Akta A879 04-03-1994 Akta A1568 01-09-2018 4 Akta A1568 01-09-2018 4a Akta A1568 01-09-2018 4B Akta A1568 01-09-2018 4c Akta A1568 01-09-2018 4d Akta A1568 01-09-2018 6 Akta A1568 01-09-2018 7 Akta A879 04-03-1994 7a Akta A1568 01-09-2018 7B Akta A1568 01-09-2018 18 Akta A1568 01-09-2018 18a Akta A1568 01-09-2018 20 Akta A1568 01-09-2018 27a Akta A1568 01-09-2018 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 61 25/07/2023 9:21 AM 62 Undang-Undang Malaysia AktA 341 Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 29 Akta A1568 01-09-2018 32 Akta A1568 01-09-2018 33 Akta A1568 01-09-2018 35a Akta A879 04-03-1994 35B Akta A879 04-03-1994 45 Akta A1568 01-09-2018 48 Akta A799 12-04-1991 48a Akta A799 12-04-1991 49 Akta A799 12-04-1991 51 Akta A1568 01-09-2018 56 Akta A1568 01-09-2018 61a Akta A1568 01-09-2018 62 Akta A879 04-03-1994 Akta A1568 01-09-2018 Jadual Pertama Akta A879 04-03-1994 Jadual Kedua Akta A879 04-03-1994 Akta A1568 01-09-2018 0 WJW23/0425 Akta 341 BM.indd 62 25/07/2023 9:21 AM
Provision text is displayed from LexChat’s stored statute record. Use the official source links to verify amendments, commencement, and current legal force.
Ask AI about this statute
341 - AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988
Sign in to ask AI about this statute
Sign in to start authenticated, citation-grounded statute research.
Sign in